Tahun lalu, pada 14/03/2016 Malaysiakini, baca di sini, melaporkan EXCO Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab bagi perumahan, Jagdeep Singh Deo sebagai berkata:
"Dalam tempoh 2008 hingga 2015, sebanyak 8,092 unit rumah mampu milik berharga RM42,000 (dahulu dikenali Kos Rendah) dan sebanyak 8,107 unit rumah mampu milik berharga RM72,500 (dahulu dikenali Kos Sederhana Rendah) dibina di Pulau Pinang,"
Oleh itu, dari kenyataan beliau di atas, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 8,092+8,107=16,199 unit.
Jumlah rumah Kos Sederhana Rendah (KSR) yang dinyatakan ini adalah tidak sama dengan jumlah yang dinyatakan oleh Jagdeep semalam. Pada 2016, Jagdeep menyatakan jumlah rumah KSR adalah 8,107 unit, dan semalam jumlahnya hanya 6,266 unit sahaja. Mustahil rumah KSR boleh hilang atau lesap dalam tempoh tidak sampai setahun?
Jagdeep Singh sebagaimana laporan Malaysiakini semalam, baca di sini, menyatakan jumlah rumah Mampu Milik Kategori A (KR) dan Kategori B (KSR) yang telah disiapkan sehingga kini pada 15,889 unit.
Pecahan agihan rumah KR adalah 5,686 kepada orang Melayu, 3,029 unit kepada orang Cina, 872 unit kepada orang India dan 36 unit kepada yang lain-lain bagi rumah KR yang memberikan jumlah sebanyak 9,623 unit. Manakala pecahan agihan rumah KSR adalah 2,188 Melayu, 3,498 Cina, 550 India dan 30 yang lain-lain yang memberikan jumlah 6,266.
Baiklah, rasanya tidak perlu dahulu pertikai angka yang diberikan oleh Jagdeep Singh itu walaupun telah banyak kali dibuktikan DAP kalau bab angka selalu silap kiraan. Paling klasik, silap kiraan dalam jumlah undi pemilihan CEC partinya sendiri.
Di Pulau Pinang ada 6 kategori Rumah Mampu Milik dari harga serendah RM42,000 untuk Kategori A @ Kos Rendah (KR) hinggalah kepada RM 400,000 seunit untuk Kategori F. Mengikut polisi perumahan Kerajaan Negeri yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang terdahulu dan diteruskan polisi berkenaan oleh Kerajaan Negeri semasa, setiap pembangunan perumahan melebihi 100 unit perlu membina 30% rumah KR (RMM Kategori A) atau KSR ( RMM Kategori B).
Terkini, Jagdeep Singh menyatakan 15,889 unit (Rumah KR dan KSR) telah dibina dan diagihkan kepada pembeli yang layak dalam tempoh 2008-2015 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Apakah jumlah rumah-rumah mewah (melebihi siling harga RM400,000 seunit) yang dibina di Pulau Pinang adalah 37,074 unit? Dan jumlah ini melebihi rumah-rumah Mampu Milik?
Perlu diambil maklum juga, Kerajaan Negeri turut memberikan pelepasan kouta Rumah KR dan KSR kepada pemaju-pemaju yang memohon pelepasan untuk tidak membina kouta KR dan KSR yang disyaratkan dalam garispanduan pemajuan perumahan. Pemaju-pemaju cuma perlu membayar pampasan atau "gantirugi" dalam bentuk tunai kepada Kerajaan Negeri. Adakah ini bermakna jumlah KR dan KSR yang siap dibina kurang daripada jumlah yang sepatutnya?
Kalau Kerajaan DAP Pulau Pinang betul-betul komited untuk membuat perumahan mampu milik untuk Rakyat, tirulah projek-projek Kerajaan Barisan Nasional Pusat seperti di bawah:
Kalau Kerajaan DAP Pulau Pinang betul-betul komited untuk membuat perumahan mampu milik untuk Rakyat, tirulah projek-projek Kerajaan Barisan Nasional Pusat seperti di bawah: