Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli seharusnya berbangga apabila Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun telah menyebar di khayalak ramai mengenai dogengan dan gurauan beliau. Kita seharusnya tabik dan 'standing ovation' dekat Rafizi Ramli yang dengan begitu mudah berjaya membuatkan mantan Perdana Menteri selama 22 tahun percaya cerita bohong dan dongengnya.
Tun Dr Mahathir di dalam ucapannya di dalam satu majlis dengan masyarakat Tionghua pagi tadi semperna kempennya membantu calon PAN (baca DAP) di Sekinchan, Sungai Besar, sempat menyelitkan isu perkahwinan anak Perdana Menteri serta penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri.
Walaupun isu perkahwinan dan penggunaan jet ini acapkali telah dijelaskan, demi dendam yang tidak sudah kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir sanggup melakukan 'gutter politic' iaitu serangan ke atas keluarga Perdana Menteri.
Berdasarkan risalah-risalah (seperti di atas) yang disebarkan tentang kedatangan Tun Dr Mahathir ke Dewan Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir akan membuat pendedahan besar-besaran bersama-sama dengan bukti selain dokumen-dokumen berkaitan dengan dakwaannya terhadap Najib Abdul Razak.
Malangnya, selain hanya lebih kurang 300 orang sahaja yang hadir untuk mendengar dan menyaksikan sendiri bukti serta dokumen seperti yang dinyatakan dalam risalah tersebar berbanding reputasinya yang sangat gah, Tun Mahathir rupa-rupanya kembali dengan perangai lamanya ialah kuat menipu.

Kedua-dua isu fitnah berkenaan isu perkahwinan dan isu penggunaan jet pertama kalinya dimainkan oleh Rafizi Ramli sehinggakan beliau acapkali terduduk apabila fitnah beliau dipatahkan. Seperti mana isu pembelian cincin di mana beliau mengakui itu adalah gurauannya, begitulah isu perkahwinan anak Perdana Menteri dan penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri yang sehingga sekarang masih menjadi gurauan yang juga ingauan ngeri beliau apabila fitnah tersebut memakan dirinya.
Barangkali kerana sedar tentang penipuan Rafizi Ramli yang terlalu bergantung kepada kalkulator untuk mengira dan kemudian cuba menimbulkan persepsi bahawa DSP Rosmah Mansor berada di dalam pesawat sewaan ganti itu selama 2 bulan, Tun Dr Mahathir sekadar mampu menyindir dan tidak berani membuat tuduhan sebagaimana yang sering dilakukannya sebelum ini.
Isu remeh seperti peranan DSP Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri yang sudah tentu turut diberikan tanggungjawab tertentu mewakili negara, Tun Dr Mahathir benar-benar telah menjatuhkan dirinya ke tahap paling rendah dan hina. Tun Dr Mahathir hanya mampu mensensasikan pembohongan Rafizi Ramli sedangkan pada masa yang sama, tindakan-tindakannya yang merugikan rakyat negara ini selama 22 tahun, langsung tidak disentuhnya.

Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang gah dan sangat masyhur, Tun Dr Mahathir akhirnya memalukan dirinya hari ini dengan sekadar menggunakan tohmahan sebagai hujah. Mana pergi kehebatan Che Det? Mana perginya segala maklumat-maklumat yang kononnya telah sampai ke pengetahuannya daripada orang-orang tertentu? Tun Dr Mahathir menjadikan gurauan dan sindiran sebagai modal beliau untuk menghentam musuh politiknya tanpa memperdulikan dosa dan pahala di bulan Ramadhan. Kita fikir baik sajalah. Mungkin Tun Dr Mahathir tidak berpuasa hari ini.