Setelah kejadian Deklarasi 'Selamatkan Malaysia' mendapat sambutan lebih banyak negatif daripada positif daripada penyokong kedua-dua pihak iaitu pihak Kerajaan dan pembangkang akibat masing-masing masih tidak dapat menerima sikap hipokrik Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang 'comolot', blog hantu seperti biasa digunakan untuk membuat fitnah dan menyebarkan 'gutter politic' ke atas keluarga Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak.
Blog hantu 'Suara Kami' telah dipadam oleh pihak SKMM. Pengendali blog hantu ini kembali dengan alamat url baru iaitu http://suarakamiibaru.blogspot.my/. Tuduhan 'gutter politic' ke atas keluarga DS Najib Razak dalam tajuk posting hari ini, "Anak Najib Masih Belajar Miliki Kereta Jutaan Ringgit...Sebarkan", baca di sini, bukan perkara baru. Dengan meletakkan sekeping gambar sebuah kereta mewah jenama Bantley, tuduh anak DS Najib Razak yang punya. Sedangkan nombor plat kereta itu sah-sah bertulis "TMJ"!!!
Tuduhan kedua bahawa anak DS Najib Razak merupakan Pengarah Syarikat itu dan ini, apa masalahnya. Apa anak Perdana Menteri tidak boleh menjadi Pengarah Syarikat? Hanya anak Mantan Perdana Menteri sahaja yang boleh menjadi 'billionaire' dan bapanya menggunakan wang Petronas untuk 'bail out' syarikat anaknya yang hampir bangkrap satu ketika dulu?
Tuduhan ketiga, masih mengenai perkahwinan anak DS Najib Razak, Nooryana Najwa dengan warga Kazakkhtan, Daniar Nazarbayev pada 17/06/2011 masih lagi diperkatakan. Blog ini beberapa kali membuat posting mengenai perkara ini. Sila rujuk arkib blog ini. Suami dia si Daniar orang kaya. Bapa si Daniar 'billionaire'. Kenapa perlu cemburu?
Cukup-cukuplah melakukan 'gutter politic' untuk menutup Deklarasi Selamatkan Malaysia yang telah 'backfire'.