April 8, 2015

0 MCA Terus Menyokong Kepimpinan Perdana Menteri DS @NajibRazak

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menegaskan MCA akan terus menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dalam usaha kerajaan membangunkan negara pada masa depan. DS Liow berkata, pihaknya akan terus bersama-sama DS Najib dalam melakukan pelbagai transformasi untuk rakyat dan negara. 

MCA mengulangi pendirian parti itu yang menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri dan enggan melayan kritikan terhadap kepimpinannya. DS Liow menambah fokus parti MCA sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) adalah bersama-sama Umno untuk membangunkan negara. MCA tidak mahu terganggu dengan semua serangan daripada mana-mana pihak. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen semalam. Pendirian MCA ini berikutan kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  yang lantang mengkritik kepimpinan Najib melalui blognya. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan DS Liow yang juga Menteri Pengangkutan menyifatkan penyenaraian usul Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan pelaksanaan Hudud di Kelantan di dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat membuktikan pakatan pembangkang tidak sepakat. Katanya tindakan Presiden PAS,  DS Abdul Hadi Awang tetap dengan pendirian membentangkan usul itu menunjukkan DAP gagal menyekat keinginan PAS seperti dijanjikan sebelum ini.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates