April 7, 2015

2 #KTMB Perlu Reformasi, Presiden Perlu Digantikan


Kemelut yang melanda Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Kesatuan Pekerja Keretapi Malaysia (RUM) masih belum ada jalan penyelesaian dan keadaan ini merencatkan perkembangan hala tuju dan perniagaan KTMB itu sendiri. Piket dan mogok yang dilakukan oleh RUM setelah sekian lama berlaku kerana "personaliti" dalam pengurusan KTMB itu sendiri. Personaliti yang dimaksudkan merujuk kepada Presiden KTM, Datuk Elias Kadir. RUM pada dasarnya berpiket bukan kerana soal gaji atau soal kebajikan. Piket mereka itu kerana seorang personaliti iaitu Datuk Elias Kadir.

Prestasi Kewangan KTMB juga tidak menunjukkan keadaan yang memuaskan. Sejak KTMB dikorporatkan pada 1992, sebanyak RM7.4 juta jumlah pendapatan terkumpul direkodkan sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu. Walau bagaimanapun katanya, KTMB telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.5 bilion dalam tempoh tersebut disebabkan beberapa faktor iaitu kadar tambang yang rendah selain kos operasi yang tinggi. Untuk rekod, Datuk Elias Kadir, dilantik memegang jawatan presiden KTM sejak 2 Mei 2012. Beliau sebelum itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Multimodal Freight Sdn Bhd, sebuah unit di bawah pentadbiran KTMB.

Kajian juga menunjukkan berlaku penurunan penumpang dalam pengunaan tren. Data membuktikan dalam tempoh Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB memegang jawatan lebih dari 30% penurunan penumpang berbanding sebelum beliau menerajui Presiden KTMB. Berikut adalah data penumpang tren KTMB sejak 2010.

2010 - 4,047,428
2011 - 3,691,490
2012 - 3,055,899
2013 - 2,702,191
2014 - 2,192,518


Tindakan KTMB di atas perancangan membeli 10 set coach Electric Train Service (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Butterworth dalam masa tiga jam harus dipuji. Menurut Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad, keretapi set baru yang dibeli dari syarikat China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (CSR ZELC) dijangka mula beroperasi pada Jun 2015. Tiga set akan memulakan perjalanan mereka pada laluan KL-Butterworth pada bulan Jun 2015. Tujuh akan digunakan secara berperingkat menjelang Januari 2016. Keretapi ETS ini mampu bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam dengan model keretapi sekarang hanya dengan kelajuan 140 kilometer sejam. 

Unit-unit baru akan dibawa ke Malaysia bermula bulan depan dan mereka akan diuji oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Semua ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar melalui projek landasan berkembar elektrik. Sekarang ini pun, kita sudah ada keretapi ETS yang mnghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dalam masa 1 jam 30 minit. 

Syabas sekali lagi kita ucapkan kepada pihak KTMB atas usaha mereka meningkatkan taraf perkhidmatan ke tahap lebih selesa dan cekap. KTMB mempunyai masa depan yang cerah. Cumanya Presiden KTMB yang tidak mencapai tahap yang membanggakan perlu diganti. KTMB adalah syarikat 'Government Link Agency (GLC)' di bawah Kementerian Kewangan yang perlu dijaga. KTMB harus menunjukkan prestasi kewangan yang memberangsangkan untuk mengelakkan pihak Kerajaan daripada terus dipersaalahkan.

2 comments:

zakzak said...

Ulasan yang baik dan seimbang. Bagus lah...Beginilah menyokong kerajaan dengan betul. Sokong mana yang bagus, kritik mana yang x bagus.

ayen said...

Tak dak ulasan 1 MDB ka? Bg chance la rakyat marheim macam kami ni paham.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates