April 11, 2015

6 Bilal Dah Qamat Sebelum Solat Jumaat Masih Nak Berpolitik!!

Kejadian berlaku di masjid sebuah sekolah menengah agama di Kajang ketika solat Jumaat. Selesai sahaja khatib berkhutbah dan bilal qamat menandakan untuk memula solat fardu Jumaat, secara tiba-tiba seorang lelaki berumur 40an merampas mikrofon daripada imam yang bertugas.

"Imam kita ni, belum bernikah lagi. Lebih elok jika solat ini diimamkan oleh mereka yang layak dan berpengaruh. Dengan ini saya menjemput Dato Seri Zahid Hamidi untuk mengimamkan solat".

Datuk Seri Zahid Hamidi memang kebetulan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. Memang menjadi satu kebiasaan, solat diimamkan oleh pelajar Sekolah Menengah Agama tersebut dan selama ini tiada pun sebarang bantahan daripada pihak sekolah termasuk para ustaz.

Datuk Seri Zahid Hamidi yang berada di saf nombor tiga mengangkat tangan tanda menolak dengan baik. Lelaki tersebut yang masih memegang mikrofon tiba-tiba sekali lagi mengejutkan seluruh jemaah "Inikah dia tokoh pemimpin kita??", dengan nada menyindir.

Akhirnya keadaan tegang tersebut berjaya ditenangkan apabila seorang jemaah yang agak senior merampas semula mikrofon dan menyerahkan semula kepada imam yang bertugas.

Datuk Seri Zahid Hamidi bukannya tidak layak menjadi imam, beliau sendiri adalah lepasan pelajar sekolah agama dan lahir dalam keluarga yang alim agama.

Nak jadi imam masjid bukan isu tangkap muat. Seseorang imam tu mestilah sama ada yang mendapat tauliah Jabatan Agama, atau pun dipilih oleh Nazir dan Jawatankuasa masjid. Peraturan tetap peraturan.

Apa pun tahniah kepada Datuk Seri Zahid yang tertib, menjaga adab dan masih lagi bersifat "cool" walapun di provok di rumah Allah oleh penyokong pembangkang yang tak cerdik dan taksub.

Jadi pembaca nilaikan sendiri mentaliti penyokong pembangkang yang gila berpolitik sampaikan 2 minit sebelum solat Jumaat masih lagi nak berpolitik di masjid.

Kejadian Jumaat baru-baru ini telah diceritakan oleh Rezal Fahmi Arjunaidi, Bekas Pelajar Maahad Hamidiah, Kajang.

6 comments:

Anonymous said...

Abnormal behaviour.
Aku rasa mamat tu mengalami masalah kecelaruan mental.

Anonymous said...

mamat tu bukan kecelaruan mental tapi nak burukkan nama datuk Zahid...kalau lah pada masa itu datuk zahid jadi imam solat jumaat dan tersebar dlm dlm W/A pasti jadi isu besar...

Anonymous said...

Orang gila je terpikir dan sanggup buat benda macam tu semata-mata nak burukkan nama orang.

Orang lain cuma pikir nak sembahyang je. Takde sampai nak rampas microfon imam, kutuk imam, lepas tu nak nipu orang jadi imam, bila ditolak dia kutuk pulak orang yang dia jemput jadi imam, memang gila tu.

Ada masalah mental tu. Bahaya. Sekarang rampas microfon, tak taule lepas ni sanggup buat apa pulak.

Anonymous said...

Mungkin sakit mental akibat hari-hari hirup white coffee nga dan ngeh...

Anonymous said...

Teringat masa blaja kat kajang. Ada sorang ustaz tue bukan main lagi hentam umno dlm khutbah (zaman taun 98/99 dulu). Pastu jadila imam semayang jumaat. Sudahnya lepas selesai semayang, ada sorang pakcik bangun dan mintak buat semayang balik sbb imam tue baca alfatihah tajwid tunggang langgang! Hehehe... aku tak tau sapa yg bingai dlm kes nie... samada imam @ pakcik tue. Tapi yg nyata, tajwid iman dlm khutbah lebih betul berbanding masa imamkan solat.keh3xxx... itula kualiti penyokong pakatoooon rakyat.keh3xxx

Anonymous said...

Anom 4.29..betui tu..aku pakat gelak imam belah sana baca al fatihah dah la non stop yg hujung tu harakat pun tak betui..harap janggut ngan jubah je

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates