Ini adalah kenyataan awal daripada Menteri Belia Dan Sukan (KBS), YB Khairy Jamaluddin. Mengikut jangkaan beliau pada November 2013, Parlimen Belia Malaysia (PBM) akan bersidang pada April 2014. Sekarang bulan Oktober sudah mahu habis. Kelibat pilihanraya PBM masih lagi kelam kabut. Dikatakan pengundian pilihanraya PBM adalah mengunakan sistem berkomputer.
Adalah diharapkan sistem adalah telus dan tiada cubaan menceroboh (hack) untuk menganggu keputusan pilihanraya. Jangan jadi macam Pilihanraya Jawatankusa Pusat (CEC) DAP sudahlah. Apabila mengundi menggunakan sistem, manipulasi boleh dilakukan. Keputusan seseorang calon boleh ditentukan dengan senang.
Di atas adalah Fanpage PBM, jumlah "like" adalah hanya sebanyak 3,545?! Jumlah yang 'review' adalah sebanyak 223 'reviews'. Ini satu bukti nyata program PBM mendapat sambutan hangat daripada seluruh belia di Malaysia.
CTS tidak kenal sangat dengan calon-calon PBM. Kebanyakannya tampil di dalam poster-poster mereka dengan memakai 'coat' dan tali leher. Amat poyo sekali. Cuba lihat pemimpin-pemimpin belia yang dididik oleh PR. Adakah mereka kelihatan poyo sebegini? Di bawah ini adalah salah seorang calon PBM. Namanya Shahril Hamdan. Beliau adalah EXCO Pemuda UMNO Malaysia.
Buat apa yer seorang EXCO Pemuda UMNO bertanding PBM? Adakah suara beliau tidak laku di dalam mesyuarat Pemuda UMNO? Adakah aspirasi beliau tidak boleh dizahirkan di dalam EXCO Pemuda? Pembaca agak-agaklah adakah seorang EXCO Pemuda Menteri KBS akan kalah di dalam pilihanraya PBM yang menggunakan sistem komputer? Bukankah PBS bertujuan mencari pemimpin pelapis baru dan bukannya Pak Turut?
Akhir sekali, seramai 8,632 daripada 171,094 jumlah belia yang berdaftar sebagai pemilih PBM dari seluruh negera mengundi bagi memilih calon untuk mewakili mereka dalam PBM. Negeri kelahiran Menteri KBS hanya mencatatkan 466 daripada 7,454 pemilih yang mengundi. Begitu tinggi sekali aura Menteri KBS di kalangan belia. Sebab itulah CTS akan memulakan hidup sihat dengan menari zumba serta memakai stokin pink ke pejabat. Mudah-mudahan, CTS dapat menarik lebih ramai golongan belia.