January 21, 2014

0 SPAD Lancar Kempen Kesedaran & Pematuhan SPAD ICOP


Bertempat di Terminal Bersepdu Selatan petang tadi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat telah melancarkan Majlis Perlancaran Kempen Kesedaran Dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan Untuk Pengendali Bas Dan Kenderaan Barangan. Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar sebagai Pengerusi SPAD telah melancarkan kempen tersebut.

Kempen ini dijalankan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan, sebagai langkah keselamatan yang diambil oleh SPAD bagi memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya. SPAD telah  menetapkan had laju kenderaan 90 km/sejam sebagai syarat lesen pengendali bas dan kenderaan barangan. SPAD ICOP ini amat penting sebab kebanyakan kes kemalangan berpunca daripada pemandu yang memandu terlalu laju.

Had laju yang terkandung dalam SPAD ICOP untuk pengendali bas berkuatkuasa pada 20 Ogos tahun lalu manakala untuk  pengendali kenderaan barangan, pada 11 November tahun yang sama. Program latihan SPAD ICOP telah dijalankan sejak  November 2012 dan selesai pada Oktober 2013.

Di bawah program SPAD-ICOP, pengendali yang tidak mematahui had laju akan diberikan surat amaran jika melakukan  kesalahan untuk kali pertama. Jika mereka lakukan kali kedua, permit kenderaan akan digantung selama sebulan. Jika pengendali melakukan  kesalahan kali ketiga, permitnya akan digantung tiga bulan dan untuk kesalahan keempat, permitnya akan dibatalkan terus.






0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates