April 22, 2018

26 DAP Cipta Sejarah Senaraikan Cucu Pemimpin Komunis Dalam PRU14



Sejarah tercipta apabila DAP dengan secara terbuka kali ini menyenaraikan sesorang waris pemimpin terkenal Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai calon mereka di Selangor. 

Mungkin mereka cuba memprovokasi Masyarakat Malaysia atau sekadar mencuba agenda tersembunyi mereka selama ini, langkah ini CTS sifatkan sebagai berani dan angkuh.

CTS tidak pasti sama ada ini kali pertama tokoh PKM dan waris mereka bertanding di dalam pilihan raya umum. Namun, penyertaan calon ini mendapat liputan yang cukup baik dari portal pro pembangkang

Jamalaiah Jamaluddin, cucu kepada pemimpin PKM yang terkenal, Shamsiah Fakeh, dipertaruhkan untuk kerusi Damansara Utama. Jamaliah tidak diletakkan di kerusi Melaka atau Pulau Pinang sebaliknya di Selangor, negeri yang dinaungi Raja Berpelembagaan.

DUN ini dikenali sebagai Bandaf Utama sebelum persempadanan semula, tempat di mana 99% adalah pro pembangkang. Letak seluar dalam pemimpin DAP sekalipun boleh menang. DAP letakkan calon ini di kawasan pasti menang untuk memberikan satu isyarat yang jelas kepada Rakyat Malaysia.

Mat Sabu, Presiden PAN pasti antara yang paling bangga kerana beliaulab antara orang yang mahu mendaulatkan PKM sebagai pejuang kemerdekaan seperti apa yang dilakukan terhadap Mat Indera.

Kini DAP tidak berselindung lagi. DAP tahu masyarakat Malaysia terutama bangsa Melayu telah berpecah belah. Kinilah masanya DAP hendak menunjukkan belang sebenar mereka.

49 Tak Malukah Tun @chedetofficial Mainkan Isu Bangla Mengundi? Terdesak Sangatkah?


Bekas ahli UMNO di dalam PPBM juga tahu bahawa dakwaan pembangkang berkaitan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 adalah palsu.

Hari ini, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir tanpa segan silu berbohong dengan membuat kenyataan pengundi hantu dari Bangladesh bakal digunakan pada PRU ke 14.

Macai-macai pembangkang hendaklah bekerja keras untuk membuktikan dakwaan tidak masuk akal Tun Dr Mahathir ini. Ini kerana pakar Strategi Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming sendiri bersetuju dengan pemerhati bebas PRU13, PEMANTAU yang mengatakan tiada pengundi hantu di dalam PRU13.



Apa sudah jadi pada Tun Dr Mahathir hari ini? Adakah Tun Dr Mahathir sudah terlalu terdesak? Bagaimana agaknya nanti Tun Dr Mahathir mahu menerima kekalahannnya? 

Tun Dr Mahathir sepatutnya menumpukan kepada isu akar umbi PKR yang menolak dirinya menggunakan lambang dajjal mata satu. Semalam demontrasi di hadapan pejabat PKR di Tropicana. Esok di Seberang Jaya pula.


Nota Kaki - Buat macai-macai pembangkang, kedua-dua dalam gambar di bawah bukan pengundi hantu dari Bangladesh. Harap maklum.

April 21, 2018

49 Hanif Katri Patut Rujuk Kenyataan Tun @chedetofficial Mengenai Penangguhan Mesyuarat UMNO


Mungkin Hanif Katri tidak tahu. Mungkin ketika itu Hanif Katri belum lagi mumaiyyiz. Tun Dr Mahathir pada Jun 2015 pernah berkata, keputusan menangguhkan pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun depan (2016) selama 18 bulan merupakan tindakan biasa, yang turut dilakukan sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO itu berkata, beliau juga pernah menangguhkan pemilihan UMNO ketika memimpin parti utama Barisan Nasional (BN) itu berikutan beberapa sebab. Dipetik Sinar Harian, di sini, beliau berkata,

Saya dulu pun biasa tangguh juga (pemilihan UMNO). Saya tangguh pasal takut bergoncang dalaman, masalah dan perpecahan.
Sebelum ini, pemilihan UMNO diadakan pada 2004, 2009 dan akhir tahun 2013. Ini bermakna, adalah kebiasaan bahawa pemilihan UMNO akan diadakan selepas setiap pilihanraya umum.

Kedua-dua Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Setiausaha-Agung UMNO berkata pemilihan UMNO yang diadakan selepas pilihanraya tidak ada masalah tetapi yang katakan ada masalah cuma peguam Tun Dr Mahathir sahaja.

Ini ialah peguam Tun Dr Mahathir yang sama yang telah kalah di mahkamah dalam hampir semua kes-kes yang dibawa oleh PPBM ataupun Tun Dr Mahathir ke atas DS Najib Tun Razak, UMNO dan kerajaan. Masih mahu percaya pendapat dia ke? 

Berikut adalah Kenyataan Media Ketua Penerangan UMNO Malaysia, TS Annuar Musa.

KUALA LUMPUR:
Sabtu. 21.04.18.

1. Kumpulan 16 yang membawa isu status UMNO ke mahkamah sebenarnya telah diketahui bukan lagi ahli UMNO pada prinsipnya.

2. Mereka telah lama menjadi pembelot dan adalah aktivis pembangkang.

3. Cuma sistem semakan keahlian UMNO belum memutihkan senarai keahliannya, kerana ia memakan masa.

4. Tindakan mereka memudahkan sedikit ibu pejabat UMNO bertindak, dan pemecatan mereka bererti mereka tidak lagi mempunyai wibawa dan locus standi untuk mencampuri urusan UMNO.

5. Proses ini akan membersihkan parti daripada segala gunting dalam lipatan, sekali gus menjadikan parti bertambah kuat.

6. Sebagai sebuah parti yang besar dan berwibawa, UMNO mesti hanya dianggotai oleh ahli ahli yang setia, jujur dan komited.

7. Mana-mana ahli yang gagal membuktikan kesetiaan kepada parti, termasuk mensabotaj parti dengan apa jua tindakan sekalipun mesti dihadapkan dengan tindakan paling tegas mengikut segala peraturan sedia ada.

Tan Sri Annuar Musa
Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Kuala Lumpur.

Sabtu. 21/04/18.

10 Kes Pengharaman UMNO Bakal Dibuang Mahkamah, Hanif Katri Mahu Kelentong Dakwaan Menghina Pulak

Semalam, 16 orang ahli UMNO yang telah memulakan satu kes sivil untuk menuntut agar Mahkamah membenarkan semakan sivil dibuat, bagi mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan UMNO.

Peguam yang memfailkan kes ini ialah peguam Tun Dr Mahathir, iaitu Hanif Katri. Apa yang akan berlaku dalam kes ini? Kes ini pasti akan dibuang oleh Mahkamah. Ini kerana,

1. 16 orang ahli UMNO tersebut hilang keahlian mereka dengan serta-merta. Klausa 20.7 Perlembagaan UMNO memperuntukan bahawa seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.

Hari ini, Setiausaha Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan 16 anggota UMNO yang memfailkan semakan kehakiman untuk membubarkan UMNO dipecat serta merta hari ini.


Oleh itu, mereka sekarang adalah bekas ahli-ahli UMNO. Maka mereka hilang locus standi untuk membuat tuntutan di atas.

2. Menurut Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966, Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa permohonan berkenaan dengan keputusan yang dibuat parti politik berkenaan dengan hal-ehwal parti.



Agak mustahil peguam Tun Dr Mahathir tidak tahu semua ini? Mungkin beliau sengaja failkan perkara berkenaan di mahkamah untuk mengalih tumpuan konsentrasi pejuang-pejuang Barisan Nasional.

Apabila Mahkamah Tinggi menolak kes ini, macai-macai Pakatan Harapan akan berkata hakim bodoh, hakim makan dedak dan sebagainya.

Terkini, kita lihat fokus mereka juga berubah. Dari cubaan untuk mengharamkan UMNO telah menjadi usaha untuk membuat dakwaan menghina terhadap UMNO. Suka hati kau lah Labu.

April 20, 2018

69 DS @NajibRazak Tidak Boleh Tandatangan Watikah? Yang Tak Boleh Adalah Tun @chedetofficial Dan @MuhyiddinYassin Lah Bodoh



Berkatalah peguam PPBM (parti haram) yang tidak.pernah memenangi sebarang kes yang berprofil tinggi, Hanif Katri, bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN), DS Najib Tun Razak tidak dapat menandatangani watikah ahli UMNO dan BN. 

Sebabnya, 16 jahanam (zaman P Ramlee hanya ada 6 Jahanam) telah memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Pendaftar Syarikat (ROS) yang membenarkan UMNO menangguhkan pemilihan parti sehingga tahun depan.

Pertama, peguam mamak Hanif Katri baru failkan semakan. Hakim Mahkamah Tinggi belumpun sempat buka fail. Hang mendahului keputusan hakim ka Mamak?

Kedua, kalau ada masalah dengan UMNO, apa sebab DS Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BN tidak dapat menandatangani watikah perlantikan.

Ketiga, berapa kali CTS hendak beritahu macai IQ14, yang bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), bukan UMNO, tetapi Barisan Nasional. Waima hendak pasang bendera UMNO semasa kempen pun salah di sisi Akta Plihan Raya. Susah sangat ka nak hadam?

Keempat, yang tidak boleh tandatangan watikah adalah TS Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir. Sebabnya adalah parti sudah tiada. Mereka terpaksa beratur kalau tidak melutut untuk mengambil watikah calon yang DS Dr Wan Azizah tanda tangan. Hinanya.


Kelima, 16 Jahanam kalau hendak menipupun tidak perlulah menggunakan dua peguam dari PPBM. Mereka inipun terkenal dari Bahagian yang anti DS Najib Tun Razak yang masih tebal muka kulit buaya, tidak mahu keluar parti.


Kesimpulan, siapa 16 Jahanam ini? Tak pernah dengar namapun? PPBM nak buat lawak pun bawaklah ramai sikit Ahli UMNO. 16 Jahanam bahagi dengan 3 juta ahli UMNO, dapat berapa peratus ya? CTS lemah sikit matematik.

April 19, 2018

84 Selepas 10 Kali Pilihan Raya Umum, Baru Pembangkang Pertikai Logo Dacing?


Sudah 13 kali Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan di Malaysia. Dari 13 kali PRU yang diadakan, PRU tahun 1959, 1964 dan 1969 Perikatan bertanding menggunakan logo Kapal Layar.

Selepas itu pada tahun 1974, Perikatan diberikan imej baru dan Barisan Nasional (BN) dibentuk secara rasmi. Ini bermakna sudah 10 kali PRU, BN bertanding menggunakan lambang Dacing.

Ironinya, sekarang baru pembangkang hendak persoalkan mengenai lambang Dacing. Tidak ke gila? Berikut adalah kenyataan Setiausaha Agung BN, DS Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan)
KENYATAAN MEDIA 
Isu pertikaian berkenaan warna dan lambang Barisan Nasional telah menular sejak beberapa hari di media sosial. 
Hal ini telah menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi yang pada hemat saya tidak sepatutnya berlaku kerana :- 
Mengikut perlembagaan Barisan Nasional yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada 20 November 2010, fasal 16 Perlembagaan Barisan Nasional menyatakan seperti berikut: 
“ FASAL 16. LAMBANG – Lambang, Lencana dan Bendera Barisan Nasional adalah dacing yang bewarna putih dan berlatar-belakangkan warna nilakandi. Walaubagaimanapun, Parti Anggota bolehlah menggunakan lambang, lencana dan bendera masing-masing jika difikirkan perlu. 
2. Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan secara disjuntif bahawa bendera, simbol, lambang, lencana atau apa-apa insignia yang telah diluluskan boleh digunapakai untuk tujuan pilihan raya. Barisan Nasional telahpun mendapat kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan setelah pindaan perlembagaan dibuat pada tahun 2010. 
Justeru itu, tidak timbul isu Barisan Nasional tidak boleh menggunakan lambang dacing yang bewarna putih dan berlatar-belakangkan warna nilakandi. 
Para penyokong  Barisan Nasional adalah disarankan untuk kekal komited, fokus dan bekerja keras bagi memasitikan kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya ini. 
Sekian Terima Kasih 
Tengku Adnan Tengku Mansor
18 APRIL 2018
Mengenai penularan di media-media sosial yang membuat dakwaan UMNO akan diharamkan, ini kenyataan dari Ku Nan,
Saya sedar bahawa penularan mesej yang mendakwa UMNO haram ini telah menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi. Namun pada hemat saya akar umbi UMNO tidak sepatutnya merasa risau dan gelisah kerana dakwaan tersebut tidak benar 
Ini adalah kerana Pendattar Pertubuhan (ROS) telah diberi kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa tambahan (residual powers) di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, yang memberi kuasa untuk ROS membenarkan perlanjutan masa kepada UMNO untuk mengadakan pemilihan di peringkat Majls Tertinggi UMNO bagi tahun 2017 sehingga April 2018. 
Kebenaran yang dibuat oleh ROS itu berdasarkan kuasa tambahan yang diperuntukkan kepada Pendaftar Pertubuhan yang telah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang. 
UMNO juga telah menerima surat rasmi Pendaftar Pertubuhan Malaysia bertarikh 31 0ktober 2017  dialamatkan kepada pejabat Setiausaha Agung UMNO Malaysia yang membenarkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019. 

26 Rasmi Titi Kayu Tidak Perlulah Presiden Parti Rasmi Kot?



Macam-macam gelagat kita dapat lihat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang akan diadakan tidak sampai sebulan lagi. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menarik perhatian pengundi. Namun perasmian titi kayu yang dilakukan oleh Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang sangat menggelikan hati. Bagi CTS, setakat rasmi titi kayu, cukuplah Ketua Kampung saja yang turun.

36 Tsunami Hijau Di Permatang Pauh, Tenggelam Pakatan Harapan ... Eh Silap PKR

Parlimen Permatang Pauh sebelum tahun 1982 adalah kerusi PAS. Sejak tahun 1999 Anwar Ibrahim dan isteri kekal di Permatang Pauh kerana sokongan dari akar umbi PAS. Malah gerak kerja kempen pilihanraya juga dilakukan oleh penyokong-penyokong PAS. Jentera pilihanraya PKR di Permatang Pauh tidak sekuat mana. Tanpa PAS, jentera Pilihanraya PKR akan menjadi lemah dan berkemungkinan lumpuh.

PAS akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Calonnya juga sudah dinamakan iaitu Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden. Bukan calang-calang orang. Anak seorang penceramah terkenal. Seorang calon tempatan dan pengusaha stesen Petronas di Tanah Liat dalam Parlimen Permatang Pauh. Mungkin sebab itulah Dr Wan Azizah cabut lari ke kawasan lain, katanya ke Parlimen Pandan.

Nurul Izzah Anwar Ibrahim menurut Dr Hoo Ke Ping dalam Buletin Utama semalam, dijangka akan kalah di Parlimen Permatang Pauh kerana Tsunami Hijau, bukan kerana Tsunami Melayu. Tsunami Cina juga tidak akan berlaku kali ini. Malah Tun Dr Mahathir juga, menurut beliau juga akan kalah di Langkawi kerana tsunami Hijau.

April 18, 2018

17 Pertanyaan @limkitsiang Kepada @MukhrizMahathir Mengenai @chedetofficial Yang Kini Dilupakan


Peristiwa pertanyaan di bawah berlaku di Dewan Rakyat pada 09/05/2008. Semua watak di dalam perbualan ini masih hidup dan watak utama sudahpun mencecah 92 tahun. Berikut adalah pertanyaan Lim Kit Siang kepada DS Mukhriz Mahathir: 
Adakah Yang Berhormat dari  Jerlun (Mukhriz) bersetuju, bahawa masalah rasuah bermula dalam  masa  Tun Dr Mahathir?  
Masa itu pentadbiran Dr Mahathir disamakan dengan KKN, tahukah Yang Berhormat Jerlun apa itu KKN? Pentadbiran Suharto pun dikenali di antarabangsa dengan KKN! Tahukah Yang Berhormat Jerlun apa itu KKN? Taukah? Mau (saya) bagitau apa KKN? 
K yang pertama- Kronisme
K yang kedua - Korupsi
dan N- Nepotisme 
Adakah Yang Berhormat Jerlun setuju bahawa di bawah pentadbiran Tun Mahathir, Malaysia mahsyur di dunia dengan KKN?  
Adakah yang Berhormat Jerlun setuju bahawa bekas Perdana Menteri pun patut didakwa oleh  kerana korupsi, oleh menyalahgunaan yang mengakibatkan pemecatan kuasa Tun Salleh Abbas sebagai Lord Presiden?  
Bukankah ini lebih jelas bahawa masa itu PM pada tahun 1988 ada menyalahguna kuasa beliau untuk mencetuskan satu krisis yang saya sifatkan Mother Of All Judicial Crisis dengan pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Lord President dengan dua hakim Supreme Court. 
Mau jawab perkara ini? Apakah penjelasan bagi perkara ini? Berani menjawab bagi (pihak) bapa beliau?
Itu dulu. Pertanyaan pada tahun 2008. Tahun 2018 apa jadi? Lim Kit Siang sudah lupa. Mukhriz Mahathir sudah lupa. Tun Dr Mahathir? Apa yang dia ingat? 

17 Video-Video Jawapan CEO Arul Kanda Tentang Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang 1MDB - Siri 1 Hingga 4







Nota buat macai Pakatan Harapan, tonton dan hadam.

34 Adakah Peristiwa Prebet Adam, Spray Di Kelantan Dan Soros Menjadi Taktik Simpati @chedetofficial Di Saat Akhir Sebelum PRU14


Kisah Prebet Adam mengamuk pada 18/08/1987. dijadikan isu oleh Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu untuk mengubah Perlembagaan yang seterusnya mengikis kekebalan Raja Raja Melayu pada Mac 1993. Selama 30 tahun lebih masyarakat tidak tahu kisah sebenar. Prebet Adam dihantar ke Tanjung Rambutan kononnya gila dan sebagainya. 

Namun akhirnya kebenaran muncul juga. Hawa Jaafar, adik Prebet Adam, membuat pengakuan berikut,
Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan. Semua adik beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah. 
Lihat video penuh di bawah.


Begitu juga dengan drama Tun Dr Mahathir kena 'spray' di Kelantan pada tahun 2006. Ianya kalau dikaji hanyalah sandiwara Tun Dr Mahathir sahaja. Pada 28/07/2006, Nik Sapeia menyerang Tun Dr Mahathir di Pengkalan Chepa, kemudian khabarnya dalam diam diam Nik Sapeia memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir selepas itu menerusi pintu belakang. Motif Tun Dr Mahathir hanyalah untuk dapatkan simpati sahaja. Beliau hanya mahukan masyarakat menaruh simpati dan kesian kepada beliau. Berikut adalah kronologi kejadian:

28/07/2006: Datuk Nik Sapeia serang Mahathir di Pengkalan Chepa
14/01/2010: Mahkamah Majisteret menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan
18/03/2015: Dibebaskan daripada tuduhan.


Tun Dr Mahathir sejak krisis ekonomi tahun 1998, menjadikan George Soros sebagai kambing hitam beliau. Tun Dr Mahathir menyalahkan George Soros akibat kejatuhan matawang. Beginilah sifat Tun Dr Mahathir. Semua orang bersalah kecuali dirinya. Sehingga beliau mengelar George Soros sebagai 'penyagak matawang'. 8 tahun selepas itu, pada 15/12/2006, Tun Dr Mahathir berjumpa dengan George Soros di Kuala Lumpur. Soros memaafkan pula semua dosa-dosa Tun Dr Mahathir yang terdahulu. 

Kali ini pastinya Tun Dr Mahathir sedang buat sesuatu pada 7 hari terakhir sebelum hari pengundian untuk drama simpati buat rakyat Malaysia. Apa apa sahaja Mahathir akan buat di saat akhir nanti. Hati hatilah dengan drama dari Kerala ini, lagi dahsyat dari filem Tamil. 

11 Cubaan Bunuh @chedetofficial, Adakah Ini Strategi Terakhir Untuk Meraih Undi Simpati?


Apabila calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir membuat dakwaan terdapat cubaan untuk membunuhnya, ramai yang mengambil ringan apa yang diucapkan oleh beliau. Ini memandangkan pada fikiran logik, tidak mungkin ada sesiapa yang sanggup untuk mencederakan apatah lagi untuk membunuh seorang warga platinum yang berusia 92 tahun.


Teringat pada satu kes dalam tahun 2009, baca di sini, di mana kes cubaan bunuh bunuh Presiden Taiwan, Chen Shui-Bian pada 2004 telah dibuka kembali. Ini berikutan dakwaan bahawa Chen Shui-Bian telah melakonkan adengan cubaan tembak menembak untuk meraih undi. Chen Shui-Bian telah memenangi pilihanraya berkenaan dengan peratusan kecil dan kini sedang merengkok di dalam penjara akibat pertuduhan rasuah.

Apakah dakwaan Tun Dr Mahathir, di dalam Malaysiakini, baca di sini, bahawa "Tunggu saya dibunuh baru polis, tentera nak sedar?" mempunyai motif untuk mendapatkan simpati pilihanraya seperti Mantan Presiden Taiwan berkenaan? Adakah Tun Dr Mahathir berkemungkinan berlakon diserang sakit jantung seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) atau beliau merancang cubaan pembunuhan terhadapnya?

April 17, 2018

37 @NgaKorMing Bakal Menteri Lantikan @cmlimguaneng? Calon Perdana Menteri @chedetofficial Hangpa Nak Buang Mana?


Di dalam majlis menamakan calon PKR (DAP dan Pakatan Harapan tidak bertanding) di Teluk Intan semalam, Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Kit Siang berjanji akan melantik calon PKR Teluk Intan, Nga Kor Ming sebagai Menteri.

Terdapat dua situasi di sini. Pertama, walapun Nga Kor Ming menang di Teluk Intan, beliau tetap tidak boleh jadi Menteri sekiranya Pakatan Harapan (baca PKR) tidak mempunyai kerusi yang cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. PKR yakin ka dapat membentuk Kerajaan Persekutuan?

Kedua, perlantikan Menteri adalah di bawah kuasa Perdana Menteri. Adakah Joseph Lim Guan Eng bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan (baca PKR)? Sekiranya gabungan ini masih mahu mengekalkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri (sekiranya beliau masih hidup dan menang di Parlimen Langkawi), adakah kuasa Setiausaha Agung DAP lebih besar dari Perdana Menteri. Kuasa Tokong lebih besar dari Top Dog?



16 GST Ke Atas Syarikat China, Kenapa Tidak Perlu?



Nampaknya pemimpin Pakatan Harapan (PH) mahu mengambil kesempatan dari penyokong mereka yang kurang pengetahuan bagi mencetus kebencian lagi, terhadap Kerajaan terutama melalui sistem percukaian GST. Asas utama serta prinsip GST atau VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan membayar sepenuhnya GST atau VAT. Pihak ketiga dalam sistem perbekalan boleh menuntut kembali namun pengguna terakhir tidak boleh menuntut kembali GST / VAT.

Bagi projeck Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pertama, pelanggan terakhir adalah pihak Kerajaan. Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan. Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia diperuntukkan melalui Akta GST agar tiada proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan.

Kedua, tidak seperti projek kerajaan lain, projek ini dibiayai oleh pinjaman mudah luar negara. Memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah akan meningkat. Kalau kos projek termasuk GST maka kos RM55 billion akan meningkat ke RM58.3 bilion. Yang perlu dipinjam pun naik RM3.3 bilion juga walaupun akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik oleh Kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat. Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta elak perbelanjaan bertindih bagi projek ini.

Ketiga, syarikat tempatan yang juga buat projek untuk Kerajaan sebagai pembeli terakhir di mana projek mereka tidak di beri penegecualian khas untuk GST akan membayar GST semasa menjalankan projek. Syarikat tempatan ini akhirnya akan mengenakan dan mengutip GST dari kerajaan (yang dibayar balik ke kerajaan) tetapi boleh menuntut kembali semua GST (sebagai input tax) yang telah dibayar oleh syarikat dalam proses menjalankan projek itu. Akhir-akhirnya, kesemua GST yang Syarikat tempatan itu bayar semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga ditanggung balik oleh Kerajaan.

Keempat, bagi projek ECRL, China juga bersetuju untuk memberi kadar faedah paling murah juga bagi mengurangkan kos keseluruhan ECRL. Kadar faedah pinjaman ECRL sekitar 3% lebih murah jika dibandingkan dengan bon yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sendiri iaitu sekitar 4% dan pihak China memberi pelepasan 7 tahun sebelum mula membayar pinjaman (grace period).

Kesimpulannya, kita perlu lihat hubungan dagangan bersama Kerajaan China dan Malaysia dalam konteks kerangka yang lebih besar. Kita juga ada perjanjian dengan Kerajaan China untuk membeli sawit kita pada harga yang lebih stabil di kala negara-negara Eropah menyekat dan menyekat minyak sawit Malaysia. Ini memberi faedah kepada pendapatan peneroka FELDA dan pengusaha sawit tempatan lain dan harga sawit telah menjadi stabil sejak itu.

April 16, 2018

7 Tidak Perlu Berebut Dan Merusuh, Setiap Pemandu Teksi Pasti Akan Menerima BT1M





Pagi ini, kumpulan pertama pemandu teksi hadir untuk menerima kad Bantuan Teksi 1Malaysia (BT1M). Terima kasih kepada semua pemandu teksi yang bersabar menunggu giliran. Kita masyarakat Malaysia yang kaya dengan budaya adab sopan dan berbudi bahasa. Tidak perlu merusuh dan berebut untuk mendapatkan kad berkenaan.

Bagi pemandu-pemandu teksi yang lain yang tidan berkesempatan untuk hadir, anda boleh mengambil kad BT1M ini hingga 4.30 petang di lokasi tertentu. Tarikh terakhir untuk kutipan kad ini ialah pd 16/07/2018. Manakala bagi cawangan SPAD di Melaka, UTC Ipoh, UTC Alor Setar, UTC Kota Bahru dan UTC Kuantan, kad tersebut boleh diperolehi bermula dari Selasa 17/04/2018 sehingga 16/07/2018. Bagi para pemandu di Sabah dan Sarawak, mereka boleh mendapati kad BT1M daripada LPKP Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Tarikh akan dimaklumkan oleh pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.

Kejadian rempuhan yang berlaku pada majlis penyerahan kad BT1M pada 13/04/2018 tempoh hari sewajarnya dijadikan pengajaran. Syabas kepada anggota penguatkuasaan SPAD, PDRM dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan pada hari berkenaan. Ucapan terima kasih juga buat 12,000 pemandu teksi telah hadir dan sebahagian besar pemandu-pemandu teksi tersebut telah memberikan kerjasama ketika beratur untuk mengambil kad tersebut.

Namun, CTS amat tertarik dengan komen yang dibuat oleh beberapa pemandu teksi yang hadir pada majlis berkenaan. Antaranya adalah Azahari Mohd Ali, pemandu teksi dari Seri Iskandar Bota Perak. Katanya,


Di bawah pula adalah pemandu teksi Pak Azlan yang sudah menerima kad BT1M dan terus dapat menggunakannya. Diharap Pak Azlan akan terus menyediakan perkhidmatan teksi yang berkualiti.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates