March 25, 2017

8 Pelancaran Buku Komik Propaganda @cmlimguaneng Hambar

Walaupun diadakan di sebuah pusat membeli belah, pelancaran buku komik propaganda Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng sebagai pemimpin paling jujur dan amanah, adalah hambar.

Sebagai seorang Ketua Menteri yang kononnya disayangi Rakyat, seharusnya pelancaran buku komik beliau buat julung-julung kalinya pasti mendapat sambutan hangat dan Rakyat Pulau Pinang seharusnya memenuhi gedung membeli belah berkenaan untuk mendapatkan tanda tangan beliau. Sayangnya, ini semua tidak berlaku.

23 Drama Tamil Petang Sabtu Di Kuala Kangsar

Sebelah sini kena kencing. Penyokong sebelah sana pun kena kecing. Pung pang pung pang kata nak adakan debat. Cabar sana, cabar sini. Bila berjumpa makan laksa dan cendol. 

Itulah kerja pemimpin dari duli. Depa bagi orang bawah bergasak sesama sendiri sampai putus silaturrahim. Depa pula pi pekena cendol dan gelak tawa sambil bertepuk tampar.

Selalunya petang Sabtu sebegini ditayangkan gambar Hindustan di TV3. Namun hari ini istimewa sikit sebab drama Tamil ditayangkan di Kuala Kangsar. Pelakon pula bakal Mertua dan Menantu yang tak jadi.

March 24, 2017

113 Lebai @AzminAli Di Media Sosial

Setelah membelasah Nik Mohamad Abduh sebagai Pak Lebai malang, hari ini Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali bertebiat mengubah kesemua gambar profil beliau di laman-laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan memakai lebai!

Adakah anda mempercayai seorang Menteri Besat sebegini? Sama ada beliau ingin menjadi seorang Pak Lebai sebenar atau adakah beliau sekadar ingin memomokkan pengikut-pengikut PAS. Mana ada Pak Lebai makan ais kerim dalam bilik air?

13 Sabar YB @yeobeeyin ... Belum Lagi Buat Laporan SPRM

Hari ini pukul 4.00 petang, sepatutnya DS Jamal Yunos bersama rakan-rakan NGO akan datang ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam untuk buat laporan berkenaan kes pecah amanah YAWAS milik ADUN Yeo Bee Yin.

Pada masa yang sama, YB Yeo Bee Yin datang juga dengan membawa troli berisi fail-fail ke Pejabat SPRM. Sedangkan SPRM belumpu  memanggil beliau lagi. Nampak sangat YB sudah gelabah gila. Sabar la. Tidak lari gunung dikejar.

March 23, 2017

118 Kini ... PKR Mendabik Dada Mereka Menang PRK 2015 Permatang Pauh Tanpa Bantuan PAS


Naib Ketua Pemuda PKR yang juga EXCO Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, semalam di dalam laman sosial Twitter, mendabik dada dengan kemenangan PRK 2015 Permatang Pauh tanpa sokongan malah diboikot daripada Pemuda Lebai (baca Pemuda PAS).

Pastinya Pemuda PAS dan ahli PAS yang membantu PKR dan Dr Wan Azizah Wan Ismail mencapai kemenangan di dalam PRK Permatang Pauh tahun 2015 mesti terasa sedih.

Sekarang, PKR kata mereka menang atas usaha sendiri dan dengan "jentera PKR sendiri yang kuat" tanpa pertolongan dari Pemuda PAS.

Hendak dikatakan apa lagi. Sudah menang, PKR boleh cakap apa sahaja. Apa yang ahli PAS dan Pemuda PAS dapat lakukan? 

Pemuda PAS Pulau Pinang sekarang kelihatan sangat bodoh macam kena guna-guna sahaja. Ibarat pepatah habis manis sepah dibuang, habis dara dijamah dibiar mengandung tanpa berbapa. Dalam istilah anak muda sekarang puas mereka kena kencing dengan PKR.

Untuk rekod, disertakan kembali beberapa keratan akhbar semasa dan selepas kemenangan di PRK Permatang Pauh berkenaan.




Sumber: Sinar Harian

98 Terkini!!! Tahniah TS Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Jawatan Presiden FAM


Sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia, TS Annuar Musa (TSAM), yang menarik diri dari bertanding bagi jawatan Presiden FAM. TSAM pagi ini mengadakan sidang akhbar di Parlimen memberitahu bahawa keputusan ini dibuat secara sukarela dan tiada siapa yang mendesak beliau untuk membuat keputusan berkenaan. 

Menurut TSAM hasrat beliau berkenaan berikutan beliau ingin menumpukan kepada tugas-tugas beliau sebagai Wakil Rakyat Parlimen Ketereh, menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) serta membantu Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan.

TSAM berkata, ia dibuat selepas mengambil kira komitmen calon jawatan sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pembangunan bola sepak negara serta perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Saya buat ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, TMJ supaya Baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar Presiden FAM baru. Sokongan perkenan duli Sultan Johor juga penghormatan pada bola sepak Malaysia."
Dalam pada itu, TSAM bercadang hendak mengadakan pertandingan menulis sama ada dalam bentuk Instagram, penulisan blog atau apa-apa bentuk yang bertajuk  "Lim Kit Siang dikatakan rasis, anti Islam, dan 51 tahun diktator. Adakah benar?"

Pertandingan ini terbuka sehingga akhir bulan Mei. Artikel berkenaan boleh dihantar ke pejabatnya di Ibupejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 menanti pemenang. Menurut TSAM, artikel-artikel berkenaan boleh membantu beliau dalam memberikan fakta melalui kajian-kajian yang dilakukan oleh para peserta.





51 Kementerian Pendidikan Tinggi Sedia Berbincang Dengan Dong Zhong Isu UEC

Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), DS Idris Jusoh bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan pihak jawatankuasa pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zhong bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC).

Ini ekoran kurikulum UEC yang masih tidak selari dengan kurikulum kebangsaaan seperti dinyatakan di dalam Akta Pendidikan 1996 serta tidak selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara. DS Idris Jusoh mengulas demikian ketika menggulung titah Yang di Pertuan Agong bagi kementeriannya di Parlimen dua hari lepas. bahawa KPT sedia berbincang agar sistem penilaian UEC perlu dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan bukan oleh badan penilai sijil tersebut. Ia juga perlu selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.

Kerajaan sebelum inipun telah bersedia mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu, UEC jika pihak berkepentingan sanggup mengikut syarat-syarat Kerajaan. Antaranya, sijil tersebut harus seiring dengan dasar dan falsafah pendidikan nasional dan penyelarasan kertas Bahasa Malaysia dan Sejarah dalam peperiksaan tersebut.

Tambahnya, subjek Bahasa Melayu yang ditawarkan di dalam sijil UEC perlu setara dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia kod 1103 diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk subjek Sejarah yang juga perlu selari dengan Sejarah negara.

UEC diperkenalkan oleh pertubuhan Dong Zhong, sebagai sebahagian syarat kemasukan Universiti Selangor, UNISEL. Ia mencetus kontroversi apabila Dong Zhong meminta UEC diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke universiti awam menggantikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi penuntut-penuntutnya.

Sijil UEC sebelum ini telahpun diiktiraf sebagai sijil kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Maktab Perguruan dalam sekular bertulis kerajaan. Bagaimanapun sijil UEC tidak diiktiraf secara spesifik sebagai sijil kelayakan untuk masuk ke Institut Pengajian Awam Swasta (IPTA) dan sebagai sijil untuk memohon jawatan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

March 22, 2017

68 Pertelingkahan PAS - PKR Panas Di Media Sosial


Menteri Besar Selangor menaikkan kemarahan ahli-ahli PAS apabila beliau secara terbuka mengkritik Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mantan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz Nik Mat yang kalah di dalam dalam pemilihan Timbalan Yang Di Pertua peringkat kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019.

Ini berikutan posting yang dibuat oleh Nik Mohamad Abduh sebelum itu yang secara sinis ingin parti PAS merampas Selangor.


Panggilan Pak Lebai oleh Azmin Ali juga mendapat kencaman daripada tokoh agamawan Selangor yang disegani, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.


Walau bagaimanapun, Nik Mohamad Abduh hanya menjawab sinis kencaman daripada Menteri Besar Selangor itu.


Menteri Besar Selangor mungkin terlupa. Kalau tidak disebabkan oleh wakil-wakil Rakyat di dalam DUN Selangor memberi sokongan kepadanya, Menteri Besar Selangor sekarang pastinya adalah DS Dr Wan Azizah.

0 Langkah Malaysia Tawarkan Diri Sebagai Calon IMO Satu Langkah Tepat


Malaysia akan menawarkan diri sebagai calon kepada Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) di bawah Kategori C untuk pemilihan pada Perhimpunan Agung IMO November ini. Kategori C merujuk kepada negara yang mempunyai kepentingan istimewa dalam pengangkutan maritim atau pelayaran.

Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai berkata langkah itu diambil kerana Malaysia amat berminat serta berazam untuk terus memainkan peranan aktif bagi mencapai hasrat IMO untuk melihat wujudnya keadaan laut lebih selamat dan standard industri maritim yang lebih cemerlang. Menurut beliau, Malaysia berharap semua rakan negara serantau akan merestui dan memberi sokongan agar Malaysia terus menjadi anggota Majlis IMO.

DS Liow yang juga Presiden MCA berkata demikian ketika merasmikan sessi Forum Ketua Agensi Keselamatan Maritim Asia Pasifik (APHOMSA) di Langkawi. Untuk rekod, Malaysia menjadi anggota IMO sejak 1971 dan dipilih menjadi Anggota Majlis di bawah Kategori C sejak 2005. DS Liow berkata Malaysia mempunyai banyak perkhidmatan feri domestik yang menggunakan vesel bukan konvensional, tetapi malangnya, ia tidak dikawal selia IMO.

Oleh itu, DS Liow berkata penganjuran forum ini adalah tepat pada waktunya dan penting bagi Malaysia sebagai pengawal selia maritim untuk memberi fokus terhadap isu keselamatan, tanpa menumpulkan semangat daya saing dalam industri. Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia sedang membina Pusat Latihan Rantau ASEAN bagi Perkhidmatan Trafik Perkapalan (VTS) di Institut Pengangkutan Maritim (MATRAIN) di Pelabuhan Klang. 

Pusat latihan itu, yang dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Integrasi Jepun-ASEAN, akan digunakan untuk melatih petugas VTS berdasarkan standard antarabangsa bagi menyumbang kepada keselamatan pelayaran di perairan ASEAN. “Pusat itu akan mengadakan program pertamanya pada Julai 2017, yang melibatkan 20 peserta dari negara anggota ASEAN dalam kursus latihan selama tiga bulan.

44 Posting Prihatin - Warga Emas Hilang Dicari






Maafkan CTS sebab posting kali ini tidak berunsurkan sosio-politik. Saya memanjangkan permintaan Rakyat Gelang Patah untuk mencari seorang warga emas yang hilang. Minta agar pembaca-pembaca CTS agar dapat mentularkan perkara ini agar warga emas berkenaan dapat ditemukan dengan selamat.

Butiran Peribadi:

1. Lelaki Cina.
2. Berumur dalam lingkungan 70an.
3. Terkenal dengan panggilan Uncle Lim Kit Siang.
4. Dilihat selalu bersama warga emas berusia 92 tahun, lelaki Melayu.
5. Kali terakhir ditemui adalah sebelum Pilihanraya Kecil Gelang Patah dengan menjanjikan bulan dan bintang kepada penduduk.

Diharap sesiapa yang menjumpai lelaki berkenaan dapat menghubungi balai polis yang terdekat. Terima kasih.

0 Panas!!! Wawancara Khas TS Annuar Musa Isu EAC


"Kalau diteliti hansard parlimen perkara itu amat jelas. Tapi kemungkinan sebabnya terdahulu itu ada sebuah media bukan Bahasa Melayu menggunakan caption (keterangan gambar) mengatakan saya dipecat kerana sokong UEC. 

Eloklah saya jelaskan pertama:

1. Soal iktiraf atau tak iktiraf ada dua aspek berbeza. UEC telahpun diiktiraf sebagai sijil kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Maktab Perguruan. Pengiktirafan itu ada dalam sekular bertulis kerajaan. 

2. UEC tidak diiktiraf secara spesifik sebagai sijil kelayakan untuk masuk ke Institut Pengajian Awam Swasta (IPTA) dan sebagai sijil untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

Tetapi ramai yang tidak mendalami, mereka rangkum sekali antara iktiraf dan tak iktiraf."

TS Annuar Musa menjelaskan panjang lebar dalam sessi temubual beliau dengan wartawan dan media sosial di Parlimen berkaitan isu panas pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC).

"Saya tidak menekankan soal iktiraf atau tidak diiktiraf. Itu kuasa Kerajaan. Saya mempertahankan apa yang kerajaan putuskan buat masa ini. Ertinya, dalam bentuknya sekarang, UEC belum boleh diiktiraf. Itu pendirian Kerajaan dan saya menyokong. Tetapi oleh kerana Dong Zhong sudah mengalami perubahan kepimpinan di bawah kepimpinan Datuk Temenggong Lau sekarang, saya dapat lihat ada keterbukaan dan kesediaan berunding."

"Maka saya kata dalam ucapan di Parlimen, kita harus reciprocate (respon), maka (perlu) berunding atas perkara-perkara terutama dalam soal Bahasa Melayu dan Sejarah dan terpulanglah kepada hasil rundingan itu nanti sama ada nak iktiraf atau tidak," kata TS Annuar dalam satu temubual di Parlimen. Menurut TS Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO, isu UEC ini tidak boleh dilihat secara perkauman.

"UEC bukan soal orang Cina. UEC adalah soal pendidikan dan soal kandungan yang perlu menepati Dasar Pelajaran Kebangsaan, perlu mematuhi Akta Pelajaran dan perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan negara. Itu tidak ada kompromi. Itu wajib. Wajib kedudukan UEC dan kedudukan sekolah-sekolah persendirian Cina mestilah selari dengan perlembagaan, tidak bercanggah dengan akta, menghormati Dasar Pelajaran Kebangsaan."

Tambahnya ramai dikalangan individu dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak memahami isu sebenar UEC melalui perbincangan di dalam blog dan media sosial. Mereka mendakwa UEC bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pelajaran.

"Kalau ada yang kata ia bercanggah, itu saya nak mendalami dan memahaminya, kalau ada orang yang nak duduk berbincang sebab fahaman saya, (jelas) ia tidak bercanggah dengan perlembagaan. Malah UEC wujud sebelum wujud perlembagaan, sebelum Merdeka. Dong Zhong wujud sejak 1954, sebelum kita Merdeka."

TS Annuar turut memberi maklumbalas terhadap dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa beliau melutut kepada Dong Zhong dalam hal UEC.

"Di hadapan jawatankuasa Dong Zhong yang ada 20-30 orang saya cakap direct – Dong Zhong mestilah menghormati dasar pelajaran kebangsaan. Dalam negara ini tak ada tempat untuk berfikiran cauvinis. Orang tembak jauh. Saya tembak depan-depan. Itu bezanya."

"Saya minta nak bertemu (Dong Zhong) atas kapasiti peribadi tetapi kerana ada jawatan dalam parti, saya minta kebenaran dengan Presiden. Saya hantar nota ringkas kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak minta izin. Dia benarkan. Cuma dia sebut tidak perlu buat apa-apa kenyataan kerana kerajaan belum memutuskan apa-apa."

Mengenai isu kontroversi kenyataan beliau dipecat disebabkan menyokong UEC, TS Annuar berkata,

"Tak ramai yang menghubungi untuk tanya maklumat sebenar. Macam suratkhabar Cina yang saya kata tadi. Bila saya panggil wartawan yang interviu saya dia mengaku caption dibuat oleh editornya dan juga perenggan pertama juga bukan dia punya. Bila saya baca yang bawah memang betul macam yang saya kata. Tapi caption - saya dipecat kerana sokong UEC. Mana pulak saya dipecat? Saya cuma direhatkan kerana isu tajaan bola Kelantan."

21 YB @yeobeeyin Harus Menjawab Dakwaan Penyelewengan Wang YAWAS Oleh DS Jamal Yunos


Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam hadir di Perkarangan IPD Petaling Jaya untuk membuat laporan kepada pihak polis mengenai penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

DS Jamal yang hadir kira-kira pada pukul 2.15 petang semalam bersama beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan beberapa individu yang lain membuat 6 laporan polis berkenaan penyelewengan dana YAWAS berkenaan.

Menurut DS Jamal, mereka mengesyaki berlaku penyelewengan, ketidakjujuran dan pecah amanah yang dilakukan oleh ADUN Damansara Utama, YB Yeo Bee Yin yang sebelum ini telah disebut olehnya dalam satu sidang media di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor.

DS Jamal berharap ADUN terbabit tampil untuk menafikan kenyataan berkenaan jika ianya tidak benar dan beliau bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang jika perkara berkenaan adalah fitnah.

Dalam kenyataan sidang media pada hari ini, DS Jamal turut mempertikaikan Kad ATM Ambank yang diberikan oleh Pihak YAWAS kepada ADUN Damansara Utama berkenaan yang mengeluarkan wang secara berlebihan dan tidak mengikut tatacara yang ditetapkan. Terdapat lebihan dana YAWAS sebanyak RM35,000 daripada ADUN berkenaan.


14 Mat Bunga Fitnah DS @NajibRazak Tidak 'Graduate' Pulak Dah


video

Seorang pemimpin Parti Cap Bunga Raya, Dato Abdul Rahman Mohd Noor, semalam telah mengeluarkan satu video di Youtube seperti di atas, berkempen agar beliau dicalonkan di Parlimen Pekan, Pahang untuk bertanding menentang DS Najib Tun Razak. Tidak ada sebab Rakyat Pekan hendak menukar seorang Wakil Rakyat berjawatan Perdana Menteri dengan calon yang tidak ada tempatpun dalam Parti Cap Bunga Raya, apa lagi nak jadi Perdana Menteri dalam Pakatan.

Di dalam video berkenaan, beliau berkata bahawa beliau adalah seorang pesara miskin, Untuk rekod, beliau kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah untuk PECD Bhd (Peremba) sejak 2008 dan umum mengetahui bahawa beliau merupakan rakan bersekutu atau bahasa mudahnya kroni Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Kita tahu kedua-dua Tun berkenaan bukanlah orang miskin.

Tak kisahlah beliau hendak bertanding di mana di dalam PRU14. Cumanya di dalam video berkenaan beliau telah membuat fitnah bahawa Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak bukanlah seorang graduan universiti. Beliau mendakwa bahawa beliau berada di United Kingdom pada masa DS Najib Tun Razak tidak menduduki peperiksaan akhir di University of Nottingham.

Semakan kami ke atas website universiti berkenaan di sini, DS Najib Tun Razak telah menjadi graduan di dalam 'Industrial Economics' pada tahun 1974. Professor David Greenaway, Naib Canselor University of Nottingham, berkata,
"I am delighted that a graduate of The University of Nottingham is to hold such an important position. The University has a long history of working closely with Malaysia - two former Kings are also Nottingham graduates, and we were the first British university to establish a campus in the country."
Manakala Professor Ian Pashby, Naib President dan Chief Executive Officer (CEO) University of Nottingham Malaysia Campus, berkata,
"The whole UNMC community is beaming with pride that one of its own has become the sixth Prime Minister of Malaysia."
Cukup-cukuplah geng bunga membuat fitnah.

Nota Kaki: Blog ini mengharapkan agar calon yang betul-betul layak untuk bertanding menentang DS Najib Tun Razak di Parlimen Pekan di dalam PRU14 adalah Rafizi Ramli. Ini adalah kerana kenyataan beliau yang terbaru yang berkata siapa yang paling lantang melawan Najib layak bertanding di Pekan. Dengan itu, blog ini menyokong penuh Rafizi Ramli bertanding di Pekan. Rafizi Ramli ada telor?

0 SPAD Teruskan Usaha Banteras Kegiatan Ulat Di KLIA Walaupun Tugas Mereka Sering Dipertikai


Saban hari kita sering mendengar pertindihan bidang kuasa di antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Kemeterian Pengangkutan. Namun, ini tidak mematahkan semangat penguatkuasa-penguatkuasa SPAD untuk menjalankan tugas mereka seperti mana tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Semalam, 21/03/2017, lebih kurang jam 10.00 pagi, 13 anggota Penguatkuasa SPAD telah terlibat bagi melaksanakan Ops Khas Parasit bertempat di sekitar Terminal KLIA 2, Sepang, Selangor. Operasi tertumpu kepada kepada aktiviti 'memujuk / mendesak / mengulat' bagi menawarkan perkhidmatan kereta sapu dan teksi terhadap orang awam / warga asing yang baru tiba ke KLIA2.

Hasil dari operasi yang dilaksanakan, SPAD telah menahan 2 orang lelaki warga tempatan berumur antara 40an bersama kereta jenis Toyota Innova dan teksi bajet disyaki memujuk dengan menawarkan perkhidmatan kereta sapu dan teksi terhadap orang awam di sekitar Balai Ketibaan, KLIA2. Harga tambang yang ditawarkan sekitar RM110 hingga RM120 bagi perjalanan ke Ibukota.

Bagi kes kesalahan pertama, Zuril Arif berumur 38 tahun telah menawarkan perkhidmatan kenderaan Toyota Innova dari KLIA2 ke Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur kepada satu keluarga (2 dewasa dan 3 kanak-kanak) warga tempatan dengan kadar tambang RM110. Zuril pernah sekali ditangkap dan dijatuhkan hukuman 14 hari penjara dan denda RM5,000 di atas kesalahan yang sama pada 10/08/2016.

Bagi kes kesalahan kedua, Tan Tiang Boh berumur 43 tahun telah menawarkan perkhidmatan teksi dari KLIA2 ke Puchong kepada satu keluarga (2 dewasa dan 4 kanak-kanak) warga tempatan dengan kadar tambang RM120.

Kedua-dua pesalah tersebut telah ditahan di lokap Balai Sepang sebelum dibawa ke Mahkamah Sepang hari ini 22/03/2017 untuk proses pendakwaan. Dua buah kenderaan telah disita untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 16 dan 22, APAD 2010. Kes 'ulat' berkenaan disiasat di bawah Seksyen 205, APAD 2010, yang memperuntukan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua duanya, 

Untuk rekod, di bawah  Seksyen 16, APAD 2010, kesalahan menggunakan kenderaan tiada permit SPAD adalah denda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua duanya dan Seksyen 22, iaitu denda tidak kurang dari RM1,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua duanya seperti dibawah APAD 2010.

March 21, 2017

44 Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin



Berikut adalah posting terbaru Pegawai Khas DS Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin:
ADUN Damansara Utama telah menuduh saya berbohong dan mendakwa kononnya Betty Chew telah menolak tawaran dari PCCCC sebaik saja dimaklum hal itu. Sila rujuk lampiran ‘screenshot’ di bawah di mana nama Betty Chew telah pun tersenarai sebagai ahli di dalam komiti pengurusan dan pembangunan hartanah PCCC. Selepas seminggu dikritik, barulah dimaklumkan yang beliau telah menolak tawaran berkenaan.
Malah, dalam laporan yang disiarkan pada 14 Jan 2015 oleh edisi versi cetak Sin Chew (seperti yang dilampirkan), Datuk Choong Khuat Seng , pengerusi komiti itu telah mengesahkan bahawa Betty pada mulanya bersetuju untuk menerima tawaran jawatan itu.
"Datuk Choong berkata, semasa majlis makan Dewan beliau telah mempelawa Betty Chew untuk menyertai biro dan Betty bersetuju."
Juga telah dilaporkan di Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/286222
"When contacted, PCCC property development, construction and management committee convenor Finn Choong Khuat Seng claimed Chew agreed to join the committee when she was approached by the PCCC."
Berdasarkan laporan-laporan media di atas, ia menunjukkan Betty telah bersetuju dengan tawaran jawatan itu dan hanya menolak selepas dikritik hebat . Ia sangat berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Yeo yang kononnya Betty Chew telah menolak tawaran jawatan itu dengan segera sebaik sahaja dimaklumkan mengenainya.
Saya mahu Yeo membuat permohonan maaf atas tuduhan beliau yang mengatakan saya berbohong atau tindakan undang-undang akan diambil.
Yeo seperti tidak memahami peranan panel PCCC itu yang bertujuan membantu memudahkan urusan perniagaan khususnya peniaga-peniaga dari Pulau Pinang dalam bidang pembangunan hartanah . Hal ini jelas menunjukkan ‘conflict of interest’ kerana suami beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap EXCO tanah dalam negeri itu yang memainkan peranan penting meluluskan isu dan hal berkaitan tanah di negeri itu.
Saya berasa pelik bagaimana Yeo boleh membandingkan hal berkaitan peranan komiti PCCC yang membantu peniaga-peniaga dalam urusan perniagaan mereka dan peranan Datin Seri Rosmah sebagai penaung bagi PERMATA yang memberi pendidikan yang lebih baik untuk kanak-kanak? Sekali lagi saya minta Yeo untuk faham apa maksud ‘penaung’ itu sendiri.
Selain itu, saya juga mendapati Yeo langsung tidak menyentuh mengenai pendedahan berkaitan syarikat Excel Property. Saya masih menunggu komen Yeo untuk persoalan berikut ;
Adakah Betty Chew pernah menjadi pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang? Syarikat Excel Property ini menyatakan bahawa "nature of business" adalah "Property management and consultancy services".
Bukankah jelas ada 'conflict of interest' di situ di mana Betty ada kepentingan di syarikat yang menjadi perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya ialah Ketua Menteri serta EXCO tanah? Adakah sebab nak menjaga kedudukan dalam parti DAP, YB lebih rela bersikap hipokrit dan berdiam diri dalam hal ini?
Nota Kaki: Komen daripada ADUN Damansara Utama amat kami nantikan. Lain kali jangan ganggu isteri orang kalau tidak mahu isteri sendiri diganggu. Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Susu Cap Gantung.

18 Ada Apa Dengan Cinta ... ehh UEC?


Pada 15/03/2015, TS Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh telah membawa usul Unified Examination Certificate (UEC) ke Sidang Dewan Rakyat untuk diperbahaskan. Ucapan TS Annuar selama beberapa minit (dengan mengambil kira gangguan dari DAP) di Parlimen mengenai UEC telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. 

Kesannya, TS Annwar telah dikritik hebat oleh beberapa NGO seperti Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Mungkin kerana terlalu ringkas atau mungkin ada yg sengaja mengambil kesempatan. Untuk berlaku adil, kita letakkan video ucapan TS Annuar Musa di Parlimen seperti di bawah:

video

TS Annuar Musa, di dalam laman sosial Facebook beliau menegaskan 5 perkara berikut mengenai UEC, seperti yang dibentangkan oleh beliau di Parlimen.

1. Dasar semasa Kerajaan yang hanya mengiktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke IPTS dan Kolej Perguruan tetapi tidak untuk ke IPTA atau Perkhidmatan Awam adalah betul dan harus dipertahankan.

2. Pengiktirafan seterusnya wajib mengambil kira sudut perlembagaan, Akta Pendidikan dan dasar pelajaran dan ini perlu di hormati.

3. Difahamkan, dua isu utama pada masa ini ke arah kepatuhan perkara di atas ialah tahap kurikulum mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah.

4. Pimpinan baru Dong Zhong di bawah Datuk Temenggung Lau memperlihatkan lebih keterbukaan dalam hal ini dan ini harus di timbal balas dengan membuka pintu rundingan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

5. Apa jua yang kita bakal lakukan perlu mengambil kira kepentingan pendidikan dan dasar dasar negara, dan tidak dipolitikkan secara sempit atau di lihat secara perkauman.

TS Annuar Musa juga menegaskan, UEC dalam bentuk sekarang belum boleh diiktiraf untuk IPTA dan Perkhidmatan Awam sehinggalah pematuhan tertentu di laksanakan oleh Dong Zhong. Perkara yang sama TS Annuar Musa tegaskan sewaktu pertemuan peribadi beliau dengan Dong Zhong bulan lalu. 

Malah TS Annuar Musa percaya di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak juga sedang meneliti perkara ini dan perbincangan akan terus di adakan oleh pihak berwajib. Oleh itu, 'positive engagement' ini perlu di teruskan demi kebaikan semua pihak.

Jadi, apa yang kontroversinya isu UEC yang dibawa oleh Ahli Parlimen Ketereh ini ke Parlimen wahai Abang-Abang dan Kakak-Kakak?

March 20, 2017

1 Dalam DAP Giat Mempolitikkan Pendidikan Sekolah Cina, MCA Pula Selesaikan Masalah Kekurangan Guru


Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon menegaskan masalah kekurangan 347 guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan Jun ini. Beliau berkata kekurangan itu melibatkan jawatan guru pentadbir, bimbingan, pendidikan khas, perpustakaan dan media serta pendidikan Islam yang berlaku disebabkan persaraan wajib dan persaraan pilihan.

Kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Kekurangan Guru di SJKC, di Putrajaya hari ini, Kementerian akan melaksanakan pengisian guru pengajaran dan pembelajaran ke jawatan pentadbir yang kosong dan pertukaran guru pada Jun nanti.

Berlainan dengan parti DAP yang hanya begitu lantang mempertikaikan peruntukan kepada Sekolah-Sekolah Cina sejak dahulu, namun gagal berbuat sesuatu apabila sekolah-sekolah ini mengalami masalah seperti kekurangan guru dan sebagainya. DAP hanya pandai beretorik untuk keuntungan politik namun amat jarang memberikan nilai tambah kepada masyarakat Cina.

Dalam pada itu, Chong berkata mesyuarat itu turut memutuskan 337 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang tamat kursus pada Jun ini akan dipanggil menjalani temu duga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) secepat mungkin. Dengan itu, katanya mereka boleh menjalani penempatan pada Ogos ini bagi mengisi kekosongan di SJKC.

Sementara itu, katanya, kementerian telah berjaya menyelesaikan isu 447 graduan Program Pensiswazahan Guru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) -Kirkby International College (KIC) yang tidak menerima transkrip mereka. Graduan terbabit telah tamat pengajian dan menjalani konvokesyen namun tidak diberikan skrol dan transkrip yang menyebabkan mereka tidak dapat dilantik sebagai guru.

Bagaimanapun pada 16 Mac lepas kementerian telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan keputusan telah dicapai, jadi semua graduan KIC tersebut boleh mendapat transkrip mereka.

59 Joseph Lim Guan Eng, Betty Chew, Phang Li Khoon Dan Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd




Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew pernah menjadi pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang. Syarikat berkenaan ditubuhkan 27/06/2013 sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Syarikat Excel Property ini telah mendaftarkan "nature of business" sebagai "property management and consultancy services". Bukankah jelas ada "conflict of interest" di mana Betty mempunyai kepentingan di syarikat yang menjadi perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya ialah Ketua Menteri serta EXCO tanah?

Oleh itu, tindakan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berterusan menyerang DS Rosmah Mansor dan Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor wajar muhasabah semula. Yeo Bee Yin wajar melihat kepncangan di dalam partinya sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain.

Dalam perkembangan berkaitan, hari ini, perbicaraan kes rasuah Joseph Lim Guan Eng ditangguhkan sehingga kes rayuan beliau mencabar Akta SPRM selesai. Oleh itu semua tarikh perbicaraan mulai 27 Mac ini terbatal. Jadi tidak hairanlah Ketua Menteri Pulau Pinang ini boleh tetapkan perasmian Sidang DUN Pulau Pinang pada 19 Mei walaupun tarikh itu termasuk dalam senarai tarikh perbicaraan kes rasuah beliau dan Phang Li Koon yang telah ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Apabila Joseph Lim Guan Eng mencabar Akta SPRM, ini menampakkan beliau takut berhadapan dengan 13,000 helai dokumen bukti yang disediakan oleh SPRM. Jika beliau di pihak tidak bersalah kenapa beliau takut berhadapan dengan pertuduhan terhadap beliau di Mahkamah? Kenapa beliau mengambil jalan lencongan untuk melengahkan kes? Kenapa beliau tidak mengambil jalan pantas untuk menggunakan mahkamah membuktikan beliau bersih dan tidak bersalah?

18 Terkini! PPBM Sah Sertai Pakatan Harapan




Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Tingkat 14, Menara Parlimen hari ini, bersetuju sebulat suara menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Parti Cap Bunga Raya ke dalam PH. Majlis Presiden PH juga akan mendaftarkan gabungan berkenaan. Keempat-empat parti akan segera merangka manifesto dan mewujudkan logo baharu. Tidak sabar rasanya untuk melihat logo baru PH.

Nota Kaki: Siapalah buat surat Pakatan Pembangkang ni? Surat rasmi pun boleh ada kesalahan. Macam mana hendak mentadbir negara?



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates