January 4, 2019

36 RON95 Turun RM0.27 Jadi RM1.93 Tengah Malam Ini, Terima Kasih DS @NajibRazak


"So Najib was right?" terkejut seorang netizen di portal Free Malaysia Today apabila mendapat tahu RON95 turun kepada RM1.93.

Terima kasih banyak DS Najib Tun Razak kerana troll Menteri Kewangan Hong Kong, Nobita sehingga harga RON95 turun 27 sen. 

Harga minyak RM1.93 pernah berlaku di zaman DS Najib Tun Razak iaitu pada 06 - 12 Julai 2017 di mana harga minyak dunia ketika itu juga USD46 per barrel. 

Bezanya adalah pertukaran mata wang pada ketika itu adalah 1USD  = RM4.29, berbanding hari ini adalah 1USD = RM4.14. Ikut formulanya,

(USD46 / 158.99 × 4.14) + RM0.69 = RM1.89

Sepatutnya harga RON95 adalah RM1.89 bukan RM1.93 sebab kadar pertukaran matawang kita rendah berbanding tahun 2017. Terbukti Kerajaan PH 'merompak' wang Rakyat sebanyak 31 sen sekian lama semenjak harga minyak dunia turun. 

Kini, harga minyak RON95 kembali ditentukan secara mingguan. Idea Nobita kah ini? Bukan sayang, ini idea Kerajaan BN yang dikutuk sebelum ini. Nobita bodoh. Yang pandai hanya ciplak sahaja.


14 Penyelenggaraan Jalan Negeri Dan Persekutuan Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, YBM Baru Bian


Pada sidang media di Pulau Pinang hari ini, Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan mungkin meminta kerajaan negeri menanggung kos pembinaan dan penyelenggaraan jalan persekutuan dan kampung menggunakan dana sendiri tahun ini.

Pertama, penyelenggaraan jalan persekutuan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan ia dilaksanakan syarikat konsesi yang dilantik. 

Kedua, bagi penyelenggaraan jalan negeri pula, ianya dikendali melalui kerajaan negeri tetapi peruntukan adalah daripada Kerajaan Persekutuan. 

Ketiga, jalan persekutuan dan kampung kebiasaannya diselenggara melalui dana Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Maka sebagai Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian seharusnya berusaha dan berjuang untuk mendapatkan peruntukan berkenaan daripada Menteri Kewangan dan bukan meletakkan beban kepada Kerajaan Negeri.

Kesimpulannya, pelik-pelik cara Menteri PH bekerja.

January 3, 2019

23 Menteri Kesihatan Hisap Syabu Atau Apa? Jangan Marah Saya Tanya Saja


Nak kata u-turn, boleh juga. Nak kata tak tetap pendirian pun ya juga. 

Pertama, sebelum ini ada restoran sediakan kawasan tertutup untuk perokok diharamkannya. Hari ini, Menteri PH pula hendak buat kawasan khas. Banyak duit sangat di bawah Kementerian Kesihatan?

Kedua, sebelum ini bukan main cabar hendak saman orang. Jumpa di Mahkamah. Bila kena saman terus tangguh saman perokok. Bagi peluang dulu tempoh percubaan selama 6 bulan.



Dan yang terakhir, kalau setakat nak belajar model zon bebas merokok, tidak perlulah menghabiskan duit Rakyat makan angin ke Jepun. Kamipun boleh ajar.

26 Teresa Kok Pula Tuduh Kerajaan BN Jual Tanah Lembaga Getah Di Bawah Harga Pasaran


Hari ini, Menteri Industri Utama Teresa Kok mendakwa kerajaan BN telah memaksa Lembaga Getah Malaysia (MRB) menjual 2,800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1.5 bilion pada 2010 kepada syarikat Aset Tanah Negara Berhad (ATNB) melalui jualan secara langsung.

Teresa juga mendedahkan bahawa selepas itu, tanah 2,800 ekar tersebut dijual dua tahun kemudian oleh ATNB kepada syarikat Kwasa Land pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion tanpa tender. Jahat betul Kerajaan BN kan?

Pertama, MRB ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia. Kedua, ATNB juga ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia. Ketiga, Syarikat Kwasa Land pula ialah syarikat milik penuh KWSP dan telah mula memajukan tanah itu untuk membina pusat bandar baru, bernama Kwasa Damansara.

Kesimpulannya, Teresa Kok telah menuduh BN telah memaksa Kerajaan untuk menjual tanah Kerajaan kepada Kerajaan dan selepas itu memberi peluang untuk KWSP mengaut keuntungan berpuluh-puluh bilion untuk pencarum mereka.

Jahat sungguh Kerajaan BN.

January 1, 2019

41 'Punch Line' Timbalan Menteri Ini Layak Mendapat 5 Haa


Setelah carta Maharaja Lawak Menteri Mega tahun 2018 dikuasai oleh badut-badut seperti Dr Maszlee, Dr Mujahid, Lim Guan Eng dan Mat Sabu, seorang muka baru dalam rancangan ini mencuba nasib untuk 2019.

Shamsul Iskandar Md Akin, sebelum ini terkenal dengan gambar memotong rumput dengan motor mesin pemotong yang tidak berfungsi, menyarankan agar Rakyat Malaysia menggunakan minyak kelapa sawit untuk meningkatkan penggunaan komoditi berkenaan.


Pertama, Rakyat Malaysia hanya lebih kurang 30 juta orang. Itulah sebabnya Mantan Perdana Menteri beralih kepada China untuk pasaran yang mengandungi ratusan ribu potensi pelanggan. Sayangnya, Kerajaan Pakatan Harapan memilih untuk bergaduh dengan China.

Kedua, sebagai Rakyat Malaysia yang selama ini menggunakan minyak hitam dan 2T untuk memasak dan mengoreng, kami pastinya akan menyahut seruan Menteri ini untuk menggunakan minyak sawit selepas ini.

Kesimpulannya, tahiniah macai Tomato. Lahir seorang lagi Menteri bodoh.

December 31, 2018

44 Ditekan Kapatalis Minyak, Harga Minyak Tidak Turun Menjelang Tahun Baru 2019



Selamat Tahun Baru 2019. Bangun pagi esok, Kerajaan Malaysia masih lagi Pakatan Harapan. Menjelang tahun baru penyokong-penyokong basah kuyup dikencing Kerajaan Malaysia Baharu.

Harga minyak masih tidak turun. Janji Kerajaan Pakatan Harapan untuk menetapkan harga petroleum secara mingguan, seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu masih belum dikotakan. 

Ini memandangkan desakan daripada kumpulan kapitalis minyak sehingga memaksa keputusan kabinet diperlukan. Nampak gayanya kepentingan kapatalis dijaga rapi berbanding Rakyat Marhaen.

Diharap dengan penangguhan penurunan minyak selama seminggu dapat menampung gaji Pak Menteri sambung cuti ke luar negara.

Kesimpulannya, Lim Guan Eng dan menipu seperti aur dan tebing. Manakala Kerajaan dan u-turn seperti isi dan kuku.


29 Aset-Aset Tabung Haji Mula Dipindahkan Ke SPV Berkuatkuasa 28 Disember 2018



Carian yang dibuat ke atas laman sesawang rasmi Bursa Malaysia mendapati aset-aset Tabung Haji dalam bentuk pegangan saham / ekuiti telah mula dipindahkan ke Special Purpose Vehicle (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd pada 28 Disember 2018, seperti berikut:

1. CSC Steel Berhad - 27,281,800 unit

2. Adventa Berhad - 14,335,900 unit

3. Eastern and Oriental Berhad - 94,248,000 unit

4. Hapseng Plantation Berhad 66,074,500 unit

5. Dayang Enterprise Berhad - 76,367,600 unit

6. Malakoff Corp Berhad - 500,000,000 unit

7. Integrated Logistic Berhad - 20,584,783 unit

8. Star Media Group Berhad - 39,806,300 unit

9. Mahsing Berhad -139,994,900 unit 

10. MMHE Berhad - 105,619,000 unit

11. KSL Berhad - 71,800,000 unit

12. Puncak Niaga Holdings Berhad - 44,073,600 unit

13. Lion Industries Corporation Berhad - 44,026,800 unit

14. Parkson Holdings Berhad -105,908,219 unit

15. Pintaras Jaya Berhad - 11,352,100 unit

16. UEM Sunrise Berhad - 348,871,500 unit

17. IJM Corporation Berhad - 227,307,500 unit

18. MCT Berhad  - 133,480,000 unit

19. Pelikan International Corporation Berhad  - 157,185,498 unit

20. Icon Offshore Berhad - 103,611,268 unit

21. TH Heavy Engineering Berhad - 334,162,107 unit

Seperti kata dialog dalam filem P Ramlee, Pendekar Bujang Lapuk, "Ini bukan cobaan. Ini betul-betul." Tahniahlah kapada Rakyat Malaysia yang memilih Kerajaan Malaysia Baharu. Satu institusi Islam telah dirompak di siang hari (daylight robbery).

December 30, 2018

17 Hidup Melayu BERSATU!





Naib Presiden BERSATU, TS Ab Rashid Ab Rahman mengusulkan supaya Ketua-Ketua Bahagian BERSATU dikurniakan projek-projek kerajaan bagi membantu mereka menjadi cukup kaya untuk mengalahkan PAS dan UMNO di PRU15.
Segala projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan mesti disalur ke JPP dan Ketua-Ketua Bahagian mesti mendapat faedah daripadanya.
Hebat ucapan Naib Presiden BERSATU ni. Dapat standing ovation. Dulu mereka kata UMNO pencuri, sekarang mereka bukannya mencuri, mereka hanya sapu projek untuk kononnya kalahkan pencuri sahaja. 

Kesimpulannya, dari UMNO dia datang, kepada BERSATU dia menjadi Allahyarham.

11 Dua Keluarga Politik Besar Bercuti Di Morocco


Sejuk melihat dua keluarga politik besar tanahair, DS Hishamuddin Tun Hussein dan DS Azmin Ali, bercuti bersama-sama di Morocco. Ini barulah dikatakan politik matang. Keluarga Menteri Kerajaan dan Pembangkang boleh bercuti sekali.

Mungkin betul juga teori dari pawang politik tanahair yang mengaitkan DS Azmin sebagai nama yang dicalonkan Tun Dr Mahathir sebagai pengantinya dan DS Hishamuddin sebagai Timbalan beliau. Sekiranya ini berlaku, maka DS Anwar Ibrahim akan kekal sebagai bakal Perdana Menteri paling lama di dunia.

Mungkin selepas ini timbul Warkah Dari Morocco pula.

15 Mari Tonton Drama Sebabak Ketua Armada Bersatu




Jalan ceritanya mudah. Sesampai di tempat Persidangan Agung Tahunan, Ketua Armada Syed Saddiq, kelihatan sihat dan bertenaga untuk berjalan.

Drama sineteon bermula apabila bertemu dengan wartawan. Jalan terus terhencot-hencot. Maklumlah kemalangan motorsikal katanya. Kalau wartawan tak simpati, siapa lagi. Jangan tak tonton video di atas.

December 29, 2018

15 'Manfaat Zakat Untuk Semua', Tahniah Lembaga Zakat Selangor


Alhamdulillah, satu demi satu institusi milik orang-orang Islam difaraidkan untuk semua golongan tidak kira kaum, bangsa dan Agama. Jika sebelum ini, syarikat-syarikat Tabung Haji dipindahmilik dan dipajak kepada Special Purpose Vehicle di bawah Kementerian Kewangan, kini giliran Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Sekiranya benar dan tulen surat LZS di atas yang tular di media sosial, kita doakan sahaja yang terbaik. Dengan moto baru 'Manfaat Zakat Untuk Semua', LZS telah membuka pandora box dengan menyediakan manfaat zakat kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira usia, bangsa atau Agama secara langsung atau tidak langsung.

Bahasa mudah yang CTS faham adalah zakat kini tidak terhad kepada golongan asnaf semata-mata. Umat Islam membayar zakat, manfaatnya untuk semua masyarakat Malaysia.

Cukai adalah tangungjawab Rakyat kepada negara. Zakat pulak tangungjawab umat Islam kepada agamanya. Kalau orang bukan Islam ingin berkongsi zakat, tukarlah Agama kepada Islam. Kami gembira berkongsi bersama.

Tahniah LZS. Selamat tinggal LZS. Tiada lagi zakat dari CTS mulai tahun ini. Lebih baik diberikan terus kepada golongan asnaf.

Haa tepuk!!!

Kemaskini 30/12/2018: LZS telah membuat 'u-turn' dan penjelasan rasmi mengenai perkaea di atas.


14 Perwakilan Bersatu Dapat Beg Herschel Berharga Kurang Lebih RM300 Tu!!!






Hebat bagi parti yang setahun jagung ditubuhkan telah menyediakan cenderamata (door gift) yang berupa beg sandang berjenama Herschel. Tinjauan di pasar maya mendapati harga sebuah beg berkenaan adalah di antara RM280 ke RM400.



Ketua Serikandi dan Ketua Armada pula tidak tahu perwakilan diberi beg jenama Herschel dari Kanada. Adalah tidak pelik jika Ketua Armada dan  Ketua Srikandi pun tak tahu  sebab jawatankuasa parti pun main lantik tangkap muat saja. 

Pemilihan parti pun tidak pernah buat. Organisasi berselerak. Kalau Setiausaha Agung PPBM pun kata tak tahu itu memang bermasalah lah.

Bukan kita dengki dan iri hati. Bagilah intan berlian sekalipun, siapa yang perduli. Kalau parti ada duit atau ada pihak yang membuat tajaan, lakukan sajalah. Ini tidak, di depan Rakyat berlakon mengutip derma atas nama parti. 

6 Isu Kanda Dinda, Menteri Agama Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong



Setelah membisu beberapa hari, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akhirnya bersuara di dalam isu warkah kanda dinda yang ditulis oleh Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusuf.

Di dalam laman sosial Twitter beliau, Nurul Izzah menafikan berdiam diri sebaliknya beliau sudahpun memaklumkan kepada Dr Mujahid bahawa tindakan Dr Mujahid itu adalah tidak wajar dan mengaibkan (inappropriate and condescending).

Ini bagi menjawab dakwaan Dr Mujahid sebelum itu bahawa percakapan beliau dengan Nurul Izzah adalah rahsia. Kalau saya adalah Dr Mujahid, sudah lama saya meletakkan jawatan sebagai Menteri Agama. Saya telah memalukan Kerajaan. Itu kalau sayalah.

12 Menteri Muda Syed Saddiq Begitu Berkaliber Mengantikan Abang Jamil




Di atas adalah gambar-gambar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Putrajaya. Gelagat Menteri Muda Syed Saddiq merangkap Ketua Armada Bersatu seakan skrip filem Abang Jamil, Madu Tiga. 

Apa tidaknya. Sekejap bergambar ada plaster di dagu, sekejap bergambar tiada. Ehh ... ada luka ka di dagu? CTS tanya saja. Mufti Wilayah Perseketuan hari ini  berkata berdosa troll orang.

Kecederaan katanya berlaku akibat kemalangan motorsikal. Kita percaya sajalah kan. Menteri PH ni semuanya suci lagi menyucikan.




Kemaskini 29/12/2018: Gambar terbaru Syed Saddiq di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di PICC. Entah ubat apa yang disapu, luka dipipi kanan terus hilang tanpa kesan parut.

December 28, 2018

11 Apa Motif Wan Saiful Bayar Zakat Menggunakan Wang PTPTN?


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan kelihatan kehilangan arah mengemudi agensi berkenaan. Laporan berita Malay Mail melaporkan PTPTN menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Pusat Zakat Kedah untuk diagihkan kepada pelajar asnaf di negeri tersebut. 

Apakah objektif sebenar PTPTN di bawah Wan Saiful? Kenapa PTPTN tidak fokus kepada objektif utama PTPTN untuk membantu pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama ketika PTPTN sedang bergelut isu kelemahan kutipan balik pinjaman dari peminjam? 

Menyumbang kepada Pusat Zakat Negeri untuk membantu golongan asnaf menyambung pengajian pada ketika ini jelas menampakkan PTPTN kehilangan fokus dan tidak tahu apakah keutamaan agensi tersebut ketika ini.

Pertama, PTPTN bukan institusi bersifat berorientasikan keuntungan di mana menjadi kewajipan PTPTN untuk berzakat. Caj yang dikenakan kepada peminjam-peminjam pun hanya bersifat untuk menmpung kos pentadbiran. 

Kedua, jika sumbangan zakat dianggap sebagai komitmen sosial, PTPTN tidak perlu menjalankan peranan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berbentuk kewangan (monetary) pun. Ketiga. Kenapa Wan Saiful memberi tumpuan di negeri Perlis dan Kedah sahaja? 

Adakah PTPTN bercadang untuk menyumbang kepada kesemua negeri di Malaysia juga? Jika ya, berapakah peruntukan keseluruhan untuk usaha ini? Paling utama, apakah PTPTN memiliki wang yang banyak atau berlebihan untuk tujuan ini? Wan Saiful Wan Jan, wake up!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates