July 8, 2018

10 Mana Janji Kerajaan PH Untuk Kesamarataan Rakyat Malaysia?

Belum sampai 100 hari Kerajaan PH memerintah, Timbalan Menteri Pendidikan Cina dari DAP sudah mula menunjukkan belang. Selama ini konsep kesamarataan di kalangan Rakyat Malaysia yang diperjuangkan DAP seakan semakin dilupakan. Sekarang Menteri dan Timbalan Menteri Cina dari DAP kembali untuk menjuarai kaum mereka. Buktinya?

1. Kenapa perlunya penambahan SRJ Kebangsaan Cina?


Sewaktu Kerajaan BN memerintah, pemimpinpemimpin Cina di dalam DAP menemplak MCA kerana menjuarai kaum Cina. Berlainan dengan MCA, sebab MCA adalah parti Cina yang berjuang untuk semua kaum.

Kenapa DAP yang kononnya berjuang untuk hak kesamarataan kaum di Malaysia kelihatan beralih arah memperjuangkan kaum Cina sahaja? Kenapa Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching perlu menambah SRJ Kebangsaan Cina. Kenapa tidak tumpukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Satu Aliran sahaja?

2. Kenapa DAP Memperjuangkan UEC Untuk Bangsa Cina?


Bagi rakyat Malaysia yang tidak tahu, Unified Examination Certificate (UEC) adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian Cina di Malaysia. Mereka ada sistem pendidikan sendiri di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina).

UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan disokong oleh tokoh-tokoh sezaman seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dari MCA. Zaman itu tokoh-tokoh terawal semuanya bersemangat nasional yang tinggi.

Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek Bahasa Malaysia disertakan (untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM SPM).

Oleh kerana sijil UEC tidak diiktiraf Malaysia, pelajar sekolah persendirian Cina yang mengambil UEC perlu pergi ke negara yang menerima UEC seperti China dan Taiwan untuk menyambung pengajian.

Kini, Timbalan Menteri dari DAP memperjuangkan untuk mendesak Kerajaan mengiktiraf UEC supaya boleh digunakan di Malaysia. Ini juga demi kepentingan orang Cina yang berpendidikan Cina. Jika UEC diiktiraf, apa kesannya?

Kita akan jadi ada dua sijil yang langsung tidak selaras. Pelajar yang ambil UEC tidak perlu lagi ambil SPM dan mengikuti silabus yang sama dengan pelajar Malaysia yang lain. UEC dilaksanakan di sekolah-sekolah persendirian Cina yang berpopulasi majoriti besar 99% pelajar kaum Cina yang amat kurang pendedahan komunikasi dengan pelajar dari kaum lain.

Mengiktiraf UEC bermakna kita akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum dan kita akan menambahkan jarak hubungan antara kaum, sekaligus meletakkan angan-angan Bangsa Malaysia itu jauh sekali di langit yang ketujuh.

Selain itu ialah kesan domino, iaitu selepas pengiktirafan UEC, sekolah-sekolah SJKC yang semakin bertambah ini (yang menggunakan medium bahasa Cina) tidak mustahil untuk menukarkan silabus mereka daripada silabus kebangsaan kepada silabus UEC.

Selepas UEC diiktiraf dan bahasa Mandarin digunakan meluas, apakah lagi alasan supaya bahasa Cina tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia? Inilah yang diperjuangkan oleh Dong Zong sejak pra kemerdekaan lagi.


Sebaliknya, CTS merasa teruja dengan sikap bangsat pemimpin-pemimpin Melayu di dalam PH. Sikap tolenrasi mereka bakal menghapuskan kelebihan atau kenikmatan yang dinikmati oleh golongan peribumi ini sejak dahulu.

Bayangkan betapa bangsatnya seorang pemimpin Melayu di dalam PH, TS Zainuddin Maidin yang mengesyorkan kepada Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri untuk menghapuskan dan menutup Sekolah Tahfiz? Menteri Cina mahu mengembangkan Sekolah Cina sedangkan pemimpin Melayu mahu menutup Sekolah Agamanya sendiri.

Kesimpulannya, terima kasih banyak macai-macai Tomato yang mengundi PH di dalam PRU14. Semoga mendapat ganjaran berlipat ganda dari Allah.

July 7, 2018

42 Buatlah Bas Sendiri Kalau Nak Letak Nama Harapan Baru


Curi dan penjenamaan semula sesuatu produk daripada Kerajaan BN terdahulu sememangnya sinonim dengan Kerajaan PH. Terbaru adalah bas Muafakat Johor yang diusahakan oleh Kerajaan BN Johor telah dijenamakan semula sebagai bas Harapan Baru. 

Apa yang takut sangat dengan slogan Muafakat ini? Sudahlah slogan 1Malaysia amat ditakuti sejak Kerajaan Pusat bertukar tangan, kini slogan Muafakat pula digeruni. Apa salahnya nama bas itu sampai perlu menghabiskan duit Rakyat semata-mata untuk mengecatnya kembali dan menganti dengan nama baru? 

Wajarkah nama bas pun kena perlu ada nama parti politk? Kalau betul merupakan Kerajaan berhemah dan ada harga diri, buat atau belilah bas sendiri dan namakan dengan apa saja nama yang suka.

July 6, 2018

67 Setelah Kantoi, @SyedSaddiq Kata Belum Lantik Pegawai Khas Kementerian



Setelah kantoi 'ditangkap' melantik pejuang LGBT sebagai Pegawai Khas beliau, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq didapati mengeluarkan kenyataan jenaka malam ini.

Syed Saddiq melalui laman sosial beliau menafikan beliau telah melantik mana-mana pegawai di kementerian beliau secara rasmi dan masih dalam proses temuduga.

Untuk pengetahuan Pak Menteri, hanya macai-macai Tomato sahaja yang boleh dibohongi sebab mereka ini 'uneducated'. Untuk Rakyat Malaysia yang lain tentu mereka tanya soalan-soalan ini:

1. Kenapa nama Numan Hafifi dan 3 pegawai yang lain ada di dalam laman sesawang rasmi KBS?

2. Tidakkah satu tindakan harus diambil ke atas Numan Hafifi kerana menyamar sebagai Pegawai Khas Menteri dan menghebahkan di laman sosial beliau?

Bodoh kan alasan Pak Menteri bila kantoi?

42 Tahniah Menteri KBS, @SyedSaddiq Lantik Penganjur 'Big Gay Iftar' Jadi Pegawai Khas



Tahniah Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq yang melantik Numan Hafifi Saadan sebagai Pegawai Khas beliau di kementerian. Laman sesawang KBS, baca di sini.





Numan Afifi adalah Presiden Pelangi Campaign, kumpulan yang mempromosikan kesetaraan untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT). Baca Malaysiakini, di sini.

Numan Hafifi juga adalah penganjur acara buka puasa 'Big Gay Iftar' yang dianjurkan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Menurut Malaysiakini, Numan Afifi menulis di Facebook, Numan menjelaskan ia dianjurkan untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai latar untuk berbuka bersama-sama serta berdialog  supaya kasih sayang dapat disebarkan.

Acara itu juga, katanya, untuk memperingati 49 anggota komuniti LGBT yang terkorban dek tragedi keganasan di Orlando, Florida pada 12 Jun 2016. Kata Numan Afifi lagi,
Hanya melalui acara murni sebeginilah kita dapat buktikan kepada golongan ekstremis dan pengganas bahawa mereka tidak akan dapat memecahkan persaudaraan dan kemanusiaan kita semua. Sesungguhnya, kemanusiaan dan kasih sayang akan pasti menang!
Tahniahlah Pak Menteri.

July 5, 2018

120 Duit Cucu DS @NajibRazak Berjumlah RM100 Dibekukan Kerajaan PH?


Ini cucu Mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak berumur 10 bulan. Beliau ada duit raya di dalam akaun bank ibunya, Nooryana Najwa berjumlah RM100. Ini duit raya pertama beliau yang dibekukan oleh Kerajaan PH. Difahamkan, akaun seorang lagi anak DS Najib Tun Razak, Noorashman, turut dibekukan. Baca di sini.

Nooryana mempersoalkan sama ada Kerajaan PH begitu berdendam dan berusaha untuk menghapuskan seluruh keluarganya. Beliau menulis,
Apa kaitan duit raya saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?
Sebelum ini, kasut cucu DS Najib Razak dikatakan juga turut dirampas untuk semasa serbuan ke atas kediaman Perdana Menteri. Mungkin kasut bayi dan duit berjumlah RM100 ini adalah bukti penting dalam kes 1MDB?

#MalaysiaBaharu
#MalaysiaMemilih

57 Astro Awatni Dan Menteri Kewangan Boleh Berehat Panjang Selepas Ini


Media penjilat tegar Kerajaan PH, Astro Awatni dan Menteri Kewangan, Ah Beng bolehlah berehat panjang dan mencari isu lain untuk diperkatakan.

Ini berikutan Mahkamah Tinggi semalam, membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi Mantan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Amaran juga turut dikeluarkan daripada peguambela DS Najib Tun Razak, TS Muhammad Safee Abdullah,
Sesiapa saja yang mengulas atau membuat liputan / laporan berkenaan kes Dato Sri Najib ini secara negatif / serong bagi menggambarkan beliau BERSALAH sama ada di dalam media tradisional, media digital mahupun media sosial atau apa bentuk penerbitan sekalipun boleh didakwa MENGHINA MAHKAMAH. 
Seperti apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng selama ini yang mengatakan DS Najib bersalah, 100% bersalah, 1 dunia kata Najib salah dan sebagainya, jika dilakukan lagi kini akan menjadi penghinaan terhadap mahkamah.
Selepas ini jika sesiapa yang keluarkan kenyataan negatif seperti di atas, kita 'print screen' , rekod dan buat laporan polis.

July 4, 2018

52 Kes DS @NajibRazak Hari Ini Unik, Peguambela Nak Cepat, Peguam Negara Pula Lewat-Lewatkan


Petikan daripada Malaysiakini di sini dalam perbicaraan kes Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memang unik. Ianya berbunyi,
12.25pm: Lead defence counsel Muhammad Shafee Abdullah and lead prosecutor Tommy Thomas enter into an argument over the handing over of case documents before trial commences.
This as Tommy says Shafee's request to obtain all documents before the trial date has been set is unreasonable.
In response, Shafee says: "If you charge him today, it means you are ready! I can't imagine you will charge someone but the documents are not ready.
"Just photostat the documents and hand it over to us." 
Dalam sejarah perbicaraan, belum pernah Orang Kena Tuduh (OKT) dan peguambelanya meminta Mahkamah mempercepatkan kes manakala Peguam Negara cuba melengah-lengahkan kes melebihi 6 bulan. Dengar apa kata TS Shafee Abdullah di bawah,


Apa kata Peguambela DS Najib Tun Razak, TS Shafee Abdullah,
Apa yang kita ada hanyalah helaian kertas pertuduhan. Saya bahkan tidak mempunyai notis peringatan atau nasihat lain untuk menyediakan kes ini.
Untuk memikirkan bekas peguam negara, Datuk Seri Abdul Gani Patail berkata, mereka bersedia mendakwa Najib pada bulan Julai 2015, mereka pasti telah menyediakan dokumen itu dan sepatutnya memberikannya kepada kami sekarang.
Bertahun lamanya DS Anwar Ibrahim memohon penangguhan kes beliau di mahkamah. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula bermati-matian cuba menangguhkan dua kes rasuah beliau di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

DS Najib Tun Razak sedaya upaya tidak mahu menangguhkan kes perbicaraannya tetapi pihak yang mendakwa beliau menyatakan tidak lagi bersedia. Pelik betul kakitangan Thomas & Friends, ingat main pondok-pondok ka?

61 Peguam Negara, Tommy Thomas Tidak Tahu Berbahasa Malaysia ... Memalukan



Umum mengetahui bahawa Tommy Thomas sememangnya tidak fasih berbahasa kebangsaan. Perkara ini telah dibangkitkan oleh ramai pihak ketika namanya disebut-sebut untuk dilantik sebagai Peguam Negara. Bagaimana mungkin seorang peguam negara dilantik dari kalangan mereka yang tidak fasih berbahasa rasmi Mahkamah? 

Umpamanya seperti doktor pakar bedah yang diberikan tauliah tetapi takutkan darah, bagaimana hendak melaksanakan pembedahan dengan baik? Atau juruterbang yang takutkan ketinggian, bagaimana hendak mengendalikan pesawat terbang?

Sebagai Peguam Negara, Tommy Thomas tidak boleh menggunakan alasan ketidak fasihannya berbahasa Malaysia untuk memohon prosiding dijalankan dalam bahasa Inggeris. Ini kerana undang-undang mempunyai tanggapan bahawa barangsiapa yang telah dilantik sebagai peguambela dan peguamcara, apatah lagi Peguam Negara, beliau mesti dan wajib memiliki kefasihan dalam bahasa Malaysia sebagai bahasa Mahkamah. 

Seksyen 11(2) Akta Profesyen Undang-Undang 1976, dengan jelas memperuntukkan, "tiada seseorang pun berkelayakan boleh diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara melainkan, sebagai tambahan pada memenuhi kehendak subseksyen (1), dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia."

Kesimpulannya, sesuai benarlah Peguam Negara dimalukan di khayalak ramai (tonton video di atas) sehingga Sidang Media beliau dibatalkan kerana beliau tidak fasih berbahasa Malaysia.

28 Apabila Chef Menjadi Menteri Pertahanan, Acara Dwi Tahunan LIMA Menjadi Acara Tahunan




Menteri Pertahanan, Haji Mohamad Sabu dalam satu wawancara bersama TV1 memberitahu dunia bahawa acara LIMA yang diwujudkan sejak tahun 1991 diadakan setiap tahun bukannya setiap 2 tahun sekali seperti lazimnya. 

Bagaimana Menteri Pertahanan ingin memberikan info ketenteraan dan ketenteraman awam sekiranya berapa kerap LIMA diadakan pun tidak tahu atau tidak pasti? Sebagai seorang Menteri, Haji Mohamad Sabu perlulah membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat wawancara apatah lagi siaran ini diadakan secara langsung ke seluruh tanah air. 

Mungkin sebab inilah LIMA tahun lepas kerajaan BN tidak benarkan 'uneducated people' berdebat dalam TV. Kalau tidak tentu Rakyat bagi buku LIMA dekat geng-geng LIMA suku masak. Ini bukannya masalah typo tetapi tidak memiliki info.

36 Pung Pang Pung Pang Kes 1MDB RM42 Billion, DS @Najib Razak Hanya Didakwa 3 Pertuduhan SRC International





Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Beliau selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang diamanahkan dengan RM4 bilion milik wang SRC International Sdn Bhd yang mana beliau sebagai penasihat syarikat itu, didakwa melakukan pecah amanah jenayah berjumlah membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Terdahulu, Najib masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Agak pelik apabila Mahkamah di Malaysia, Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dibacakan dalam bahasa Inggeris. Beliau mengemukakan izin mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Selain itu, satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Najib iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Barisan peguambela DS Najib diketuai TS Shafee Abdullah. Ketika Tommy Thomas sedang bercakap, Datuk M Kumaraendran bangun memperkenalkan diri beliau sebagai peguam pemerhati untuk DS Rosmah Mansor.

Tuduhan itu ialah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.





Nota Kaki: Soalan KBAT, apakah perbezaan pendakwaraya untuk kes DS Anwar Ibrahim berbanding dengan kes DS Najib Tun Razak?

Clue: Jumlah.

Jawapan bocor: 

Kes DS Anwar :
Pendakwa : 2 Orang
Pembela : 14 orang

Kes DS Najib :
Pendakwa : 12 orang
Pembela : 4 orang.


Kemaskini Posting:

10.45 a.m.: Keempat-empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen tadi, dibacakan semula di Mahkamah Jenayah Tinggi 3 kepada OKT iaitu DS Najib Tun Razak. Beliau mengaku tidak bersalah ke atas empat pertuduhan tersebut, dan minta dibicarakan.

11.50 a.m: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin terhadap DS Najib Razak serta memerintahkan dua pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah.

12.45pm: Hakim Datuk Sophian Abdul Razak tetapkan 8 Ogos sebagai hari pengurusan kes, dan tarikh bicara antara 18 hingga 28 Feb 2019, 4 hingga 8 Mac, 11 hingga 15 Mac untuk tarikh-tarikh bicara kes DS Najib Tun Razak. Kedua-dua pihak bersetuju. Perbicaraan tamat.

July 3, 2018

29 'Rule Of The Law' Atau 'Law Of The Jungle'?

Ini Kenyataan Media daripada Pasukan Petugas Khas 1MDB:



Presiden Majlis Peguam, George Varughese berkata pihaknya rasa 'terganggu' dengan kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan penahanan Mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak petang tadi. Beliau berkata dalam satu Kenyataan Media hari ini,
Majlis Peguam terkejut dan rasa terganggu dengan kenyataan media yang dikeluarkan hari ini oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan Najib ditahan pukul 2.35 petang tadi berhubung SRC International Sdn Bhd dan bekas perdana menteri itu akan didakwa di mahkamah 8.30 pagi esok.
Pasukan petugas khas itu tidak ada kuasa undang-undang untuk menahan Najib. Sebarang penahanan hanya boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.
Pasukan petugas khas itu juga tidak ada kuasa menentukan sama ada Najib akan didakwa esok, kata Varughese dalam kenyataan hari ini.
Kesimpulannya, adakah Pasukan Petugas Khas 1MDB adalah golongan terdesak untuk memenjarakan DS Najib Tun Razak atau mereka ini adalah golongan yang menyalah gunakan kuasa yang ada? 

38 Pulanglah Jho Low, Tolong Pulanglah ... Rayu @SPRMsia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengulangi pendirian Perdana Menteri yang menolak tawaran untuk penyiasat agensi anti-rasuah itu mengambil keterangan ahli perniagaan diburu Interpol, Low Taek Jho atau Jho Low berhubung kes 1MDB di Dubai. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull di petik FMT, baca di sini merayu Jho Low pulang ke tanah air. Katanya,
SPRM tidak akan ke Dubai. Datanglah, pulanglah ke Malaysia, dia adalah rakyat Malaysia
CTS berharap Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak merayu Jho Low pulang sambil menangis teresak-esak seperti mana ketika Sidang Media beliau yang pertama terdahulu. Bagaimana kes 1MDB hendak diselesaikan sekiranya SPRM tidak berjumpa, mengambil keterangan dan mendapatkan maklumat daripada saksi yang paling penting dalam kes 1MDB iaitu Jho Low? 

Kenapakah layanan yang buruk diberikan kepada Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak sehingga habis kediaman beliau diselongkar di awal pagi Ramadhan, sedangkan saksi penting seperti Jho Low dibiar lepas bebas? Mana lebih penting, kasut cucu DS Najib Razak yang dirampas atau keterangan yang bakal diberikan oleh Jho Low?

Bukankah sepatutnya SPRM mengambil tindakan untuk memburu, menangkap atau mengektradisi Jho Low pulang ke tanahair untuk dibicarakan dalam kes 1MDB? Ini jangan kata hendak menangkap, jumpa Jho Low untuk mengambil keteranganpun tidak. Bagaimana Rakyat Malaysia boleh pastikan siasatan 1MDB lengkap dan adil?

45 Biadab Dan Tidak Tahu Adab Untuk Berdiri Apabila YDP Agong Tiba



Tular di media sosial video dari Buletin TV3 di mana barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan PH yang mengangkat sumpah di Istana Negara berkelakuan biadap dan tidak tahu adab untuk berdiri apabila ketibaan Yang Di Pertuan Agong.

Bersangka baik sajalah. Majoriti semua yang datang mungkin pertama kali berada dalam majlis rasmi Istana. Mungkin mereka tidak tahu protokol majlis. Sebaiknya, sebelum pergi ke mana-mana majlis, terlebih dulu elok membuat sedikit penyelidikan tentang tatacara atau protokol sesuatu majlis. 

Waima majlis graduasi pun kita begitu teliti. Dalam kes ini sama ada tidak membuat 'homework' terlebih dahulu atau memang tidak pernah rasa untuk menghormati orang lain. Diharap kejadian seumpama ini tidak berlaku pada masa depan. Yang masuk ke Istana Negara semalam bukan orang kebanyakan tetapoi pemimpin-pemimpin Kerajaa yang dipilih. Sebagai VVIP, takkan lah bodoh sangat sampai tidak tau protokol semudah seperti ini.

35 Kabinet Dapur Kerajaan PH, PAN Yang Paling Untung



Dua calon Menteri yang dicadangkan serta telah dijanjikan oleh Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng tidak masuk senarai Kabinet Kerajaan Malaysia Baharu.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jin dikatakan tidak mendapat restu Perdana Menteri untuk dilantik sebagai Menteri.

Seorang lagi calon Menteri DAP yang kalah bertanding PRU14, dikatakan akan dilantik jadi Senator sebelum jadi Menteri.


Perkara ini turut mendapat kritikan keras daripada Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh, baca di sini, yang menyifatkan perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri tidak mengikut komposisi parti yang menang kerusi Parlimen di dalam PRU14.

Pendapat Ketua Pemuda DAP ada benarnya. Apa yang pasti yang paling untung adalah PAN. Walaupun hanya ada 11 orang Ahli Parlimen, 10 orang daripadanya telah diangkat menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

July 2, 2018

70 Dulu CUEPACS Minta Naik Gaji, Sekarang Minta Potong Gaji Pulak


Inilah yang dikatakan pandai membawa diri. Tahniah kepada Presiden CUEPACS. Anda telah buktikan bahawa anda berkhidmat dengan 'Government of The Day'. Kalau dulu sewaktu pemerintahan Kerajaan BN, sebut nama CEUPACS, pastinya terbayang tuntutan kenaikan gaji dan bonus di musim perayaan.

Sekarang lain pula jadinya. Bukan tuntutan gaji yang diminta. CEUPACS malah mengsyorkan bahawa setiap gaji Kakitangan Awam dipotong gajinya untuk disumbangkan kepada Tabung Milo Negara. Kata Presiden CUEPACS,
Kami tidak mengenakan apa-apa paksaan kepada mereka dan kami berharap mereka menganggap ini adalah sebagai kerja kebajikan untuk negara.
Kalau tidak ada paksaan kenapa kena syorkan potongan gaji? Sebagai Kakitangan Swasta, CTS menyokong penuh syor yang dibuat oleh Presiden CUEPACS ini. Kalau boleh jangan dipotong sedikit-sedikit. Biarlah potongan mencecah 50% daripada gaji terutama bagi pengundi-pengundi PH di kalangan Kakitangan Awam.

Kepada penjawat awam terutama pihak Polis dan Tentera yang mengundi PH pada PRU14 mohon tampil kehadapan untuk menyokong CUEPACS. Cukuplah semasa Kerajaan BN dahulu sering mendesak Kerajaan untuk menaikkan gaji dan bonus penjawat awam. Kini tibalah masa untuk penjawat awam membalas budi CUEPACS berpuluh tahun lamanya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates