May 10, 2018

42 Calon Perdana Menteri Janjikan GST Mansuh, Ganti Demgan SST? Inikan Wal Hasil Balik Asal?



Terima kasih calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (setakat pukul 4.00 petang masih belum angkat sumpah), kerana membuat akujanji akan menghapuskan Good & Services Tax (GST). Alhamdulillah. Maka pengikut-pengikut beliau bertepuk tangan dan bersorak gembira seperti dalam video di atas.

Beliau juga berjanji akan mewujudkan kembali Sales & Services Tax (SST). Krik ... krik ... bukankah SST satu bentuk cukai yang dilaksanakan oleh Malaysia dahulu? Cukai ganti dengan cukai. Siapa kata Pakatan Harapan perintah Rakyat Malaysia tidak perlu bayar cukai?

Kalau sekarang GST dikenakan adalah 6% dan dilaksanakan hampir kebanyakan negara-negara di dunia termasuk yang terbaru di Arab Saudi dan ianya satu sistem percukaian yang telus, Pakatan Harapan ingin menjadi popular dengan mengantikan dengan SST yang penuh dengan ketirisan. 

Kalau dulu SST 10%, sekarang berapa peratus. Mungkin pengikut-pengikut Pakatan lebih suka cukai 10% berbanding 6%. Maklumlah IQ14.

57 CTS, What Happen Next?



Congratulation to Pakatan Harapan for enable to rule the country. This is a people voice and we have to respect it. Frankly speaking, I don't expected this tsunami coming. So what happen after this?

After all the celebrations are over and the dust have settled, I think Pakatan Harapan leaders would have to get down to some serious crisis meeting:

1. How to convince people that the government has no viable alternative to GST. They want to abolish GST right?

2. That the government simply cannot afford to abolish tolls. because the concessions Tun Dr Mahathir gave them made it impossibly costly. 

3. That subsidizing petrol prices would be committing financial suicide and that's not even taking into account the RM dropping 10% to 20% if they are crazy enough to do that.

4. That corruption is fine so long as everybody live 'prosperously'.

The rules of the game have changed. It is always much easier to criticize than to walk the talk. They couldn't even do it when they were in opposition, don't hold your breath on them doing it as the government.

It's going to be fun being opposition for the next 5 years. Well this is my first day as an opposition. Cheers!

Day 1.

May 9, 2018

24 Alasan-Alasan Pakatan Harapan Kalah Hari Ini


Tahukah Anda? Semua pihak berikut bersekongkol untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang malam nanti!

Episod 1: OMG undi May 9. Orang kerja! (Konspirasi Najeeeeb!) 

Episod 2: OMG dia deregister parti. (Konspirasi ROS!)

Episod 3: OMG tempoh kempen singkat. (Konspirasi SPR!)

Episod 4: OMG tiada IC dia tak kasi tanding. (Konspirasi JPN!)

Episod 5: OMG muflis dia tak kasi tanding. (Konspirasi Jabatan Insolvensi!)

Episod 6: OMG poster Mahathir dikerat tiada tindakan. (Konspirasi PDRM!)

Episod 7: OMG Kertas Undi lambat sampai. (Konspirasi Poslaju!)

Episod 8: OMG lambat sampai Pusat Undi. (Konspirasi AirAsia!)

Episod 9: OMG India ink kat jari lenyap. (Konspirasi Sykt. Hindia Timur British!)

Episod 10: OMG blackout malam nanti. (Konspirasi TNB!)

Untuk Episode 11, saksikan Drama Konspirasi Pakatan jam 11 malam nanti.

May 8, 2018

17 Only 72 Voters Surveyed, Invoke?



Late evening yesterday, I read an article about Invoke's prediction that Pakatan Harapan will form the next Government. The survey was conducted among 11,991 people across 165 Parliamentary seats in Peninsular Malaysia. I have a very mathematical brain and it went to work immediately.

If you take a simple average, that means the total number surveyed per Parliamentary seat is just 72 people. Any idea how many 72 people is? That's about the size of 2 classrooms full of students, definitely there are more people in Tesco at any one time. 

You can even get 72 people in a Petronas station in about 15-20 minutes, or KFC in less than 5 minutes. I am not sure if asking 72 people about who will they vote for is conclusive that Pakatan Harapan and Barisan Nasional will win that seat.

The smallest seat in Peninsular Malaysia is Putrajaya with 17,627 voters. That's 0.004 percent. Even more comical is when we take the 72 against the largest seat in Peninsular Malaysia - Damansara with 150,439 voters. That's a miniscule 0.0004 percent.

Headlines are kinda easy to write, I have been there and done that. And that is what people read anyway, most of the time. Invoke is telling the entire country that the Opposition will be the Government based on what 72 people say in each seat based on simple average. Is this how Invoke's multi million budget is being spent?

Let us also have a throwback moment today while we are on this. In the 13th General Election, it was reported on 8 March 2013 that Anwar Ibrahim too said the then Pakatan Rakyat would win the elections with at least a 10 seat majority.

What was the result in the end? Pakatan won only 89 seats, not even close to 122 seats that they predicted. Anwar also predicted that the Opposition will helm 6 out of 13 states in Malaysia, while Kit Siang said 7. In the end, the Opposition lost Kedah and Perak. They managed to retain only Selangor, Penang and Kelantan.

After reading these, the next question that we all have in our minds is - Why is the Opposition attempting to lie that they will win the elections? This election is a war that the Opposition has lost since Day 1 of campaigning, with lies after lies thrown by sympathisers and supporters, driving away voters from them.

The voters will punish the Opposition for their lies. The Opposition knows this clearly. To salvage it, the Opposition has to create a psychological bandwagon effect. Theoretically no one wants to be on the losing team, it feels good to be victorious.

It is the same reason why people support teams like Barcelona, Real Madrid, Manchester United and recently Manchester City. It really feels good when we celebrate the win after a match. The Opposition is seeding into the minds of voters that they will emerge victorious in the elections, and use that to tempt fence-sitters to vote for them.

But with 72 respondents per seat, and only Peninsular Malaysia's 165 seats were surveyed, that's a joke fit for Comedy Central Asia. Perhaps it is time for us to remind ourselves that in the last elections, Barisan Nasional won 86 seats in Peninsular Malaysia and another 47 seats in Sabah and Sarawak, a total of 133 seats.

DAP and PKR won only 68 in total. BN also won 5.2 million votes in GE13. Remember this Invoke and Rafizi, numbers don't lie. Only headlines like yours.

14 Pakatan Harapan Memerlukan Dajal Betina Clare Brown Untuk Propaganda Hari Terakhir



Clare Rewcastle Brown, Dajal Betina yang sentiasa memburukkan Malaysia melalui fitnah beliau di Sarawak Report hari ini menyamar sebagai rakyat Malaysia dan mengetuai demonstrasi anti-kerajaan di London. Ini bertujuan untuk mencemarkan Malaysia dan mengatakan bahawa Pakatan Harapan akan mengalami kekalahan di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), dengan dakwaan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak menipu. 

Propaganda ini adalah sebagai satu cara selamat untuk 'menjelaskan' kekalahan Pakatan esok, 9 Mei. Nampak gayanya Pakatan Harapan memerlukan campur tangan asing untuk menjayakan propaganda hari terakhir sebelum Hari Pengundian. Jangan biarkan campur tangan asing berlaku ke atas Pilihan Raya Umum Rakyat Malaysia.

6 11 Perbezaan Ketara Zaman Tun @chedetoffical Dan Zaman DS @NajibRazak











May 7, 2018

22 @AirAsia Kini Biru





Tidak sampai sebulan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, DS Tony Fernades dipuji dan dipuja kerana menawarkan tambang murah kepada penumpang-penumpang syarikatnya yang akan balik mengundi, hari ini beliau telah digelar 'pemakan dedak oleh macai-macai Pakatan Harapan.

Nampak gayanya pimmpinan Pakatan Harapan perlu mengarahkan semua penyokong dan pengundinya agar memboikot AirAsia dengan membatalkan penerbangan masing-masing dan mengelak dari menggunakan pesawat syarikat tersebut untuk balik mengundi pada 9hb nanti.

Pengerusi Syarikat, TS Rafidah Aziz perlu juga memikirkan kedudukannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif kerana berlawanan arah dan tujuan dengan pemilik syarikat. Kesemua ini perlu diambilkira memandangkan Air Asia bermula hari ini adalah biru.


Untuk rekod, gambar di bawah bukan watak Hantu Mak Limah. Harap maklum.

11 10 Propaganda #TsunamiPHitnah Menjelang Hari Mengundi










13 Nga Kor Ming Yang Buat Ucapan, Barisan Nasional Yang Salah


Hebat pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan. Mereka mengaku dan minta maaf tetapi yang salah tetap Barisan Nasional (BN). Ada lagikah Rakyat Malaysia mahu percaya mereka. Pemimpin pembangkang mudah untuk meminta maaf dan penyokong 'zombies' mereka pula begitu mudah untuk memaafkan.

Begitu juga dengan calon Pakatan Harapan Teluk Intan yang bermulut cabul. Walaupun yang buat salah adalah beliau, yang dipersalahkan tetap BN. Persoalannya, kalau terasa BN yang memutar belitkan kenyataan anda, kenapa perlu untuk meminta maaf?

Nga Kor Ming boleh bercakap apa sahaja tetapi inilah tahap penghormatan DAP terhadap Tun Dr Mahathir. Tidak mustahil jika menang (nauzubillah himinzalik), nama lain akan di bawa kepada YDP Agong sebagai calon Perdana Menteri.

16 Video Ucapan Nga Kor Ming Yang Perlu Anda Tonton - Jangan Biar Mahathir Mampos Dulu





Nga Kor Ming adalah calon Ahli Parlimen Teluk Intan dan dijanjikan Menteri oleh Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng, jika Pakatan Harapan memerintah. 

Lihatlah sendiri kerjasama DAP dan PPBM. Hanya untuk jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan merampas kuasa. Selepas menang Nga Kor Ming kata Mahathir boleh join Lee Kuan Yew main mahjong. Buat masa sekarang, kata Nga Kor Ming, Mahathir jangan mampos dulu.

Kerjasama politik disebabkan kebencian tidak akan bertahan. Tiada idealisme yang mengikat antara mereka. Kalau Nga Ming boleh mempersendakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, adakah anda rasa beliau akan hormat kepada pengundi marhaen. Tepuk dada tanya akal.

May 6, 2018

16 Selepas Melawat Pusara Allahyarham Fadzil Noor Semalam, Hari Ini @chedetofficial Nak Melawat Pusara Allahyarham Nik Aziz Pula



Semalam, Tun Dr Mahathir melakukan 'political stunt' dengan melawat pusara Allahyarham TG Fadzil Noor di Kedah. Hari ini beliau sanggup ke Kota Bharu, Kelantan semata-mata untuk melawat pusara Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat.

Ketika TGNA meninggal dunia, Tun Dr Mahathir tidak ziarah pun. Hanya DS Najib Tun Razak yang datang meredah lautan manusia ketika itu untuk memberikan penghormatan terakhir. 

Selepas bertahun-tahun TGNA meninggal dunia, Tun Dr Mahathir tidak pernah melawat pusaranya walau sekalipun. Jadi, kenapa menjelang PRU14, baru hendak datang? 

CTS menyokong keluarga TGNA menghalang 'politik kuburan'. Rakyat Langkawi perlu kuburkan kerjaya politik Tun Dr Mahathir pada hari Rabu, 9 Mei. Cuma kita nak tanyalah, pusara bapak sendiri datang ziarah tak? Cukup-cukuplah Tun.

7 55,045 Pengundi Hantu Di DUN Batu Tiga? Terdesak Gila PKR Buat Fitnah Menjelang PRU14


Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor pada 30/04/2018 mendakwa terdapat 55,045 pengundi hantu di DUN Batu Tiga, Shah Alam. Artikel ini kini telah dipadam dan dikeluarkan daripada portal tersebut.

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di DUN Batu Tiga adalah 55,034. Sumber di sini. Adakah ini bermakna hampir kesemua pengundi di Batu Tiga adalah pengundi hantu? 


Selangorkini mendapat maklumat sebanyak 55,045 pengundi hantu dari ceramah ADUN mereka sebelum itu. Persoalannya, dari mana angka berkenaan dipetik? Dari bintang planet Pluto?

Tuduhan ini satu tuduhan yang melampau. Parti PKR menjangkakan kerusi DUN Batu Tiga dan Parlimen Shah Alam akan terlepas tangan di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) memandangkan ADUN dan Ahli Parlimennya yang culas dan hanya nampak muka setiap 5 tahun. 

Ini ditambah dengan calon ADUN dan Parlimen Barisan Nasional diwakili oleh warga tetap Shah Alam yang masih muda belia dan sentiasa menabur bakti di Shah Alam. Sebab itulah mereka tidak segan silu menuduh pengundi-pengundi Batu Tiga termasuk CTS sendiri sebagai pengundi hantu.

May 5, 2018

31 Drama Terbaru Kerala - Ziarah Kubur Allahyarham Datuk Fadzil Noor



Setelah berpuluh tahun Allahyarham Datuk Fadzil Noor meninggal dunia akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur beliau petang tadi.

Tun Dr Mahathir berada di luar negara pada hari pemergian Allahyarham pada 23/06/2002 dan Allahyarham dipusarakan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.

Antara yang datang melawat Allahyarham pada hari pengkebumian adalah DS Najib Tun Razak, TS Khalil Yaakob, Menteri Besar pada masa itu, DS Syed Razak Syed Zain dan Menteri Besar Perak ketika itu, DS Tajol Rosli Ghazali.

Terdapat tiga teori di sini kenapa Tun Dr Mahathir buang tebiat melawat pusara Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Pertama, Tun Dr Mahathir terpaksa melakukan 'political stunt' ini kerana beliau terlepas cakap mengutuk mangsa Memali sebagai mati katak.

Kedua, Tun Dr Mahathir melakukan ini kerana beliau sedang di ambang kekalahan di Langkawi. Kaji selidik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sendiri mendapati Tun Dr Mahathir perlu sokongan 2-3 ribu penyokong PAS untuk mengalahkan BN.

Ketiga, Tun Dr Mahathir mungkin mahu memohon kemaafan kerana takut doa Allhayarham Fadzil Noor ke atas dirinya menjadi kenyataan. Semasa hayatnya Allahyarham Fadzil Noor berdoa Tun Dr Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat sendiri dosa-dosa beliau.

Tun Dr Mahathir memang terdesak di Langkawi. Jika tidak masakan beliau memohon maaf kerana mengutuk mangsa Memali. Sejarah menunjukkan Tun Dr Mahathir memang pantang mengaku salah dan mohon maaf secara terbuka. 

Apa-apapun, hati-hati dengan manusia bernama Mahathir Mohamed.

May 4, 2018

31 Ini Buktinya Tun @chedetofficial Kata Mangsa Memali Mati Katak



Penerima BR1M, orang India, orang Bugis, orang Sabah / Sarawak, orang gemuk semua telah dihina oleh Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Kini orang yang telah meninggal dunia pun turut dihina oleh Tun Dr Mahathir.

Di dalam ceramah Tun Dr Mahathir di Lembah Pantai semalam, Tun Dr Mahathir telah berkata mangsa-mangsa Memali yang terbunuh bukan mati syahid, tetapi mati katak. 

Kalau bukanpun mangsa-mangsa Memali meninggal kerana syahid, Tun Dr Mahathir tidak perlu kurang ajar mempersendakan mereka sebagai mati katak.



Hari ini Tun Dr Mahathir bagi alasan dalam permohonan maaf olok-olok, dia berkata seperti itu semalam sebab marah bila TG Hadi Awang fatwakan orang UMNO kafir.

Pelik, Tun Dr Mahathir sekarang ini masih rasa beliau ahli UMNO lagi ke? Kenapa hendak marah pasal fatwa TG Hadi Awang sekarang? Dia bukan lagi UMNO.

Kisah Memali ini adalah antara Tun Dr Mahathir dan keluarga Memali, bukan antara UMNO dan keluarga Memali. Kita harapkan penyokong PAS, undi saja BN. 

Lepas PRU nanti DS Nazri Aziz sendiri sudah berjanji yang beliau sendiri akan mendesak supaya diadakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai isu Memali.



  1. Selepas itu baru kita akan tahu siapa yang mati katak dan siapa pula yang akan lari lompat ke luar negara macam katak.

28 Mana Lebih Penting Wahai Nik Omar - Kasih Dan Restu Ibu Kandung Atau Ayahanda Dan Bonda Palsu?



Terasa lucu bila pihak yang kononnya faham agama mengalu-alukan perbuatan Nik Omar menentang ibu kandungnya. Suatu hari nanti, kamu akan rasa 'nikmatnya' bila anak sendiri menderhaka. Terasa lucu apabila pengikut-pengikut Pakatan Harapan memuat naik temu bual Nik Omar yang kononnya bersopan santun, sedangkan hakikatnya perbuatan beliau menguris hati Ibu sendiri? Mana lebih mulia, lembut lidah apabila bercakap atau menghormati Ibu. Lupakah beliau syurga di bawah kaki Ibu?

Kepada Nik Omar, lima tahun lalu orang yang kamu panggil 'ayahanda' itu pernah mengejek ayah kandungmu, TG Nik Aziz sebagai nyanyuk kerana masih ingin bertanding pada usianya yang ke 82. Padahal dirinya lah yang pada usia ke 93 masih bernafsu dengan kuasa, dan ingin menjadi Perdana Menteri. Janganlah menjadi tanggang yang mendewakan orang yang menghina Ayahmu dan perbuatan kamu itu menguris hati Ibumu.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates