August 16, 2017

34 Kena Reman @SPRMMalaysia, Jadilah 'Gentlemen' Seperti TS Isa, Jangan Jadi Ayam Macam Pemimpin DAP



Pegawai Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) pagi ini membawa bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), TS Mohd Isa Abdul Samad untuk mohon tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

TS Mohd Isa tiba jam 9.08 pagi dengan diiring pegawai SPRM. Beliau kelihatan tenang diiringi isterinya, PS Bibi Sharliza Mohd Khalid dan beberapa peguam. Tidak seperti pemimpin-pemimpin DAP yang ditahan reman, mereka akan jadi sasau, seluruh parti akan menangis 'Kau Pek Kau Bo', seolah-olah dunia akan kiamat. Pemimpin DAP hanya pemain wayang Cina yang mengemis 'political miliage' dan simpati murahan.

Kesimpulannya, saya tetap berpegang TS Mohd Isa tidak bersalah selagi mana beliau tidak dibuktikan sehingga ke Mahkamah Persekutuan bahawa beliau adalah bersalah. Beliau tidak perlu meletakkan sebarang jawatan yang ada kerana beliau hanya ditahan reman untuk siasatan dan belumpun didakwa. Sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang yang didakwa oleh dua tuduhan rasuah tidak mahu bercuti atau meletakkan jawatan, kenapa perlu TS Mohd Isa?


25 Google Earth Prove @cmlimguaneng A Liar ... Once Again cc. @SPRMMalaysia




The Chief Minister of Penang, Joseph Lim Guan Eng is a liar. He lied once again. He claimed the illegal factory was built in 2007 when Barisan Nasional (BN) is the Government of the day.

Thanks to my Facebooker's friend, Tzu P Wong, the above are satelite photos taken by Google Earth showing the factory was not there in 2008. The factory image appeared in 2009, during his incompetent watch.

According to Tzu P Wong, a simple research using Google Earth application to scout the Bukit Mertajam area with its timeline function has shown that Joseph Lim Guan Eng is lying through his nose. The time-marked satellite photo of the area on 31/08/2008 where the illegal factory is to be located has nothing on the ground.  

This is when DAP has already won the 12th General Election and Joseph Lim Guan Eng has long been sworn in as the Chief Minister of Penang and was happily enjoying his coffee up on the top floor of Wisma Komtar.

And after that, the illegal factory appeared in all the satellite photos timeline marked 2009 till the most recent one in 2016. So again, it is proven beyond doubt that Joseph Lim Guan Eng is lying. Over to you SPRM.

Nothing is sincere about Joseph Lim Guan Eng and his party DAP, not even when the Penang people lives are in danger. What has he got now to say to his claim that the factory was built in 2007? The following are the photos taken by Tzu P Wong in accordance to date.


31/08/2008


02/08/2009


20/02/2010


02/11/2013


01/08/2016

August 15, 2017

13 @cmlimguaneng Satu-Satunya Ketua Menteri Yang Ada Krisis Identiti



Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng 3 hari lepas berkata beliau tidak boleh ambil tindakan ke atas kilang-kilang haram yang dibina sebelum 2008 atau sebelum DAP menjadi Rejim Pulau Pinang selagi kilang-kilang itu tidak mengancam keselamatan awam dan lalulintas. Kita tahu beliau berbohong hal ini. Baca di sini.

Lim Guan Eng jug bertegas itu telah menjadi polisi Rejim DAP Pulau Pinang dan tidak menjadi satu kesalahan bila EXCO menulis surat menahan Jabatan Kerajaan Tempatan dari mengambil tindakan ke atas kilang-kilang haram kerana EXCO hanya menjalankan dasar Kerajaan.

Ajaibnya semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menutup kilang haram memproses habuk kayu di Penanti yang menjadi fokus siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenapa tutup? Bukankah itu bertentangan dengan polisi Kerajaan Negeri? Baca di sini.

Bertentangan dengan tindakan JAS semalam juga Joseph Lim Guan Eng bertegas mempertahankan polisi Kerajaan Negeri yang entah bilanya diluluskan oleh Mesyuarat EXCO untuk tidak meroboh kilang-kilang haram, semata-mata mahu mengelakkan EXCO beliau dari dipenjara kerana salah guna kuasa.

Rejim DAP memang celaka. Tandas sebuah cafe yang dibina tanpa kebenaran telah dirobohkan. Kilang haram yang dibina memburukkan kesihatan penduduk dan merosakkan alam sekitar dibiarkan. Mana lebih bahaya. Bau tandas atau asap kilang beracun?



Tiba-tiba hari Joseph Lim guan Eng meminta maaf dengan penduduk Kampung Sungai Lembu sebab dasar Kerajaan Negeri pimpinannya telah menyebabkan kesihatan dan keselamatan mereka terancam kerana kilang haram itu terus beroperasi selepas 2008. Baca di sini.

Joseph Lim Guan Eng terlupa ketika sessi Soalan Lisan semasa Sidang DUN Pulau Pinang pada 19-24 Mei 2017, EXCO beliau, Phee So What telah menghentam ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin yang membuat aduan mengenai kilang berkenaan.

Phee So What dengan bongkak berkata bahawa asap dari kilang berkenaan adalah selamat untuk dihidu. Hari ini kenapa Joseph Lim Guan Eng mahu meminta maaf? Adakah beliau takut penduduk-penduduk Kampung Sungai lembu akan menyamannya?

Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti adalah sebuah perkampungan Cina. Dalam dua PRU lalu, 98% pemilih di Kampung Sungai Lembu telah menolak BN dan mengundi PKR, sekutu DAP kerana percaya DAP akan bawa perubahan dalam pentadbiran Pulau Pinang. Nampaknya mereka telah kena ditipu oleh Rejim DAP pimpinan Joseph Lim Guan Eng.

Sudah lebih 9 tahun tahun DAP jadi Kerajaan Negeri di Pulau Pinang. Rejim DAP Pulau Pinang masih mahu menyalahkan Kerajaan Barisan nasional terdahulu. Jika tidak mampu bawa perubahan, amat elok sekiranya rakyat Pulau Pinang sekali mengUBAH Kerajaan Negeri untuk Menyelamatkan Pulau Pinang.



0 DAP Is Just "Destructive Action-less Party", Say Dr Wee


MCA Deputy President DS Dr Wee Ka Siong has labelled DAP as a "Destructive Action-less Party" for always harping on issues and finding fault in whatever the Government does. Dr Wee said that the party did not do much in its own constituencies.

Dr Wee said DAP’s Kulai MP Teo Nie Ching had repeatedly complained about the lack of Chinese schools in Serdang when she was the MP then. Dr Wee blasted Nie Ching for even sang about it on stage during an event but what good would that do? He said that if you keep complaining and harping about it, will you get a new school the next day?

Dr Wee told that back then, when he was still the Deputy Education Minister and he managed to get a Chinese school approved but she is no longer the MP for Serdang. For the record, there has been an increasing number of Chinese vernacular schools during the past two decades. Between 1999 and 2016, 17 new Chinese schools had been approved, of which 16 were now in operation. 

Between 1999 and September 2016, MCA had facilitated the building and relocation of 104 schools. The party is also working to build and relocate eight schools which are waiting for the Prime Minister’s approval. Since 2008, Prime Minister DS Najib Tun Razak had approved more than RM500 million for vernacular schools.

Dr Wee said that, for the past few decades, DAP has been scolding MCA for not fighting for the Chinese community but did its secretary-general Lim Guan Eng walk the talk as Penang Chief Minister? Also for the record, Selangor and Penang were among the states which received most Chinese support. We should questioned why the Pakatan-led governments were not willing to work together to build more Chinese schools. Johor had allocated more than 20 pieces of land for schools and had given fullest cooperation in expediting our applications. 

Earlier, Dr Wee described the Opposition’s confidence of clinching several seats in Johor, such as Tanjung Piai and Ayer Hitam, in the next general election as mere "daydreaming". Referring to Johor DAP chairman Liew Chin Tong’s statement that there would be a "Malay tsunami", Dr Wee said he had meant to say that there would be a split in votes among the Malays, leaving the Chinese to become the kingmaker.

August 14, 2017

60 Kenapa Lim Kit Siang Meninggalkan Program #NothingToHide Sejurus Sebelum Acara Baling Suar, Selipar Dan Kerusi?





Rakaman gambar-gambar di atas menunjukkan Penasihat Seumur Hidup DAP, Lim kit Siang diiring keluar oleh pengawal keselamatan yang memakai baju hitam dengan tulisan 'Security' di belakang baju. Tonton video di bawah untuk lebih jelas.

video

Sejurus selepas Lim Kit Siang keluar, maka kasut dan kerusi mulai terbang. Adakah ini satu kebetulan? Nampak tak? Macam mana Lim Kit Siang seolah-olah mengetahui kekacauan akan berlaku? Adakah adegan-adegan tambahan dalam #NothingToHide ini sudah dirancang dari awal lagi?

0 SPAD Ajak Orang Ramai Gunakan Pengangkutan Awam Sewaktu Sukan SEA Ke-29

Sempena upacara Sukan SEA Ke-29, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan kempen untuk menggalakkan orang ramai peminat sukan tanah air untuk menggunakan pengangkutan awam darat. Info grafik di bawah telah disediakan oleh pihak SPAD agar dapat membantu orang ramai merancang perjalanan dengan lebih efektif.

Ayuh! Marilah kita berikan sokongan padu kepada pasukan Malaysia dalam acara bola sepak wanita di Stadium UiTM Shah Alam pada 17 Ogos, saksikan acara sukan bola jaring di Stadium Bukit Juara Kiara pada 17 Ogos, acara sukan kriket di Stadium Kinrara Oval pada 17 Ogos dan pelbagai acara sukan seperti acara sukan memanah, polo air dan renang berirama di KL Sports City, Bukit Jalil bermula pada 18 Ogos. 

Datanglah beramai-ramai memeriahkan acara Sukan SEA.



















48 Kita Desak @AzminAli Minta Maaf Kepada DS @NajibRazak Jika Kekacauan Di Program #NothingToHide Sebab Macai Bunga




Kita faham sebagai Pengarah Pilihan Raya Umum bagi Pakatan Harapan yang baru dilantik, Azmin Ali begitu teruja untuk menjalankan kempen beliau terutama dalam memburukkan kepimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Kita merasa hairan, sebagai seorang Menteri Besar beliau mempunyai banyak masa untuk mengawasi dan memberi tumpuan kepada program picisan ini.

Apabila berlaku kekacauan di sebuah program bual bicara #NothingToHide yang diadakan di Selangor, di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam, juga milik Kerajaan Selangor, dianjurkan oleh Armada, sayap anak muda Parti Chap Bunga dari komponen Pakatan Harapan dengan dikawal oleh geng-geng mereka, menyalahkan Barisan Nasional, UMNO dan DS Najib Tun Razak adalah keterlaluan.

Lihatlah video di bawah. Ini video dari KiniTV, lidah pembangkang dan bukannya video orang UMNO. Sekiranya orang UMNO boleh duduk di tempat strategik seperti dalam video berkenan untuk membaling kerusi, elok bubarkan saja parti Bersatu Pribumi atau lebih mesra dipanggil Parti Chap Bunga Raya. Nama Syed Saddiq tukarkanlah kepada Sharifah Saddiq.

Bagaimana hendak mengubah negara kalau bilik teknikal program sendiri dikuasai oleh orang-orang UMNO? Dewan ini milik Kerajaan Negeri Selangor. Jadi faham-faham sajalah mengapa Azmin Ali  tuntas dan bingkas menunding jari kepada Perdana Menteri sewaktu kekacauan berlaku. Adakah beliau tahu apa yang akan berlaku di majlis berkenaan?


video

Apa gila program Armada Parti Chap Bunga Raya yang anjur tapi UMNO dan DS Najib Razak pula yang perlu bertanggungjawab di atas kekecohan semalam? Ibarat kau yang buat anak tapi minta orang lain yang bertanggungjawab. Banyak cantik. 

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa dipetik Berita Harian, baca di sini, berkata tindakan mendakwa UMNO sebagai dalang kekecohan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, khususnya oleh pihak penganjur. 

Menyifatkan program itu bersifat provokatif, beliau berkata, penganjuran itu sendiri dilihat sebagai usaha menimbulkan provokasi terhadap UMNO yang akhirnya memakan diri. TS Annuar turut membidas PPBM yang gagal menyediakan kawalan keselamatan apabila petugas media, termasuk wanita dicederakan dalam kekecohan itu. Kata beliau,
Saya ada dengar petugas media wanita diserang, ditendang. Jelas kawalan keselematan longgar oleh penganjur. Kenapa mesti serang media, sedangkan mereka hanya jalankan tugas, kena pergi ke mana-mana, walaupun penganjuran program itu haram sekali pun. Itu tugas media. Dalam hal ini, sama ada program itu betul (kelulusan) atau tak, media tak patut disentuh, diusik sama sekali.

August 13, 2017

18 Ini Soalan Penting Dalam #NothingToHide Kenapa Tun Mengelak Menjawab?


Anak muda ini, Fariz Hadi bertanyakan soalan ini kepada Tun Dr Mahathir dalam sessi soal jawab #NothingToHide mengenai adakah Anwar Ibrahim seorang peliwat atau hanya mangsa konspirasi Tun Dr Mahathir.

Tontonlah dua video di bawah. Tun Dr Mahathir tidak menjawab soalan, sebaliknya cuba mengalihkan isu. Betulkah ini program #NothingTiHide.

video

video

Fariz Hadi: Anwar memang peliwat negara atau dia mangsa konspirasi politik Tun? 

Tun Dr Mahathir: Anwar sendiri pun tak tanya saya soalan macam ni. 

Macai #IQ41 bersorak girang ria seolah-olah Tun sudah patahkan hujah. Fikir logiklah. Takkan Anwar Ibrahim hendak tanya Tun, "Tun  saya ni memang betul-betul meliwat atau Tun saja nak kenakan saya?"

Nota Kaki: Inilah puncanya di mana kerusi telah terbang. Macai #IQ41 marah apabila Tun Dr Mahathir ditanya isu pembunuhan Memali. Ada hadirin membaling kerusi. #NothingToHide lah sangat. Hanya untuk orang lain bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad.

video

33 Program #NothingToHide Meriah, Ada Bunga Api



Tahniah kepada Ketua Armada Sharifah Saddiq dan anak buahnya kerana berjaya menganjurkan program soal jawab bersama 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir dengan meriahnya.

Jarang-jarang sekali majlis soal jawab diserikan dengan acara sukaneka baling kerusi dan kemuncak acara adalah kemeriahan bunga api di dalam dewan berkenaan.

video

video

Ini pula video dari KiniTV, lidah pembangkang. Takkan tak betul kot?

video

Kesian Mantan Perdana Menteri 22 tahun diperlakukan begini. Dibaling selipar dan disorak oleh khayalak umum. Bagaimana hendak kita bagi amanah Parti Chap Bunga menjaga kerusi Parlimen, kerusi 'bankuet' pun dibaling-baling. Boleh dibayangka  kalau geng ini berkuasa, mahunya tiap-tiap hari main mercun.

video



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates