July 25, 2017

53 Ketua Armada @SyedSaddiq Paladium Merenggek Pemuda UMNO Kasar ... Awww!


Ketua Armada, Syed Saddiq 'Paladium' melahirkan kekecewaan beliau di dalam laman sosial Facebook beliau apabila dikatakan Pemuda UMNO bertindak kasar ke atas anak buah beliau yang dipercayai menghantar undangan jemputan debat 'Nothing To Hide 2' antara Tun Dt Mahathir dan DS Najib Tun Razak.

Pertama, kalau datang rumah orang untuk menghantar apa-apa undangan, tidak perlulah sehingga mewar-warkan ke media sosial dengan memanggil geng untuk berkumpul dan berarak. Itu macam hendak bergaduh gayanya. Kalau sudah gaya menjual, tidak salah Pemuda UMNO membeli.

Kedua, geng Armada tidak tahukah dalam zaman moden ini sudah ada Pos Laju dari Pos Malaysia. Kenapa perlu hantar tangan. Kalau tidak mahu guna Pos Laju boleh pakai pwrkhidmatan syarikat swasta yang lain seperti GDEX dan sebagainya. Pernahkah geng Armada mendengar perkataan e-mail? Sekarang orang hantar kad kahwin pun pakai e-mail lah!

Ketiga, kalau betul niat datang adalah murni, kenapa hendak dibawa poster-poster provokasi seperti contoh di bawah? Kenapa sanggup menjadi keldai DAP untuk memecah belahkan orang-orang Melayu?

Keempat? melihat video pemuda Armada datang ke PWTC. Ditanya kenapa datang beramai-ramai? Nak timbulkan provokasi ka? Mereka menjawab "Tidak. Mereka datang beramai-ramai, selain menghantar kad jemputan, mereka nak datang beraya". Bang, sekarang dah masuk bulan Zulkaedah. Armada punya raya berapa bulan? 24 Julai bersamaan 1 Zulkaedah. Mengalahkan budak kecik beraya.

Apapun saya 'salute' Pemuda UMNO mempertahankan pemimpin dan organisasi parti dan menghalang barua-barua DAP dari mencemar PWTC.

Nota Kaki:

1. Tun Dr Mahathir ni masa tidak berkuasa galak ajak orang berdebat. Cuba ajak beliau berdebat sewaktu beliau di tampuk kekuasaan selama 22 tahun. Tidak ditangkap dan dihantar ke Penjara Kemunting di bawah Akta ISA sudah cukup bagus.

2. Di bawah pula adalah drama sebabak. Geng Bunga janganlah terlalu emosi pulak.

Pemuda Armada: Boss hari ni kami nak gempur PWTC, kasi ajar sikit budak-budak PEMUDA UMNO ni.

Mukhriz : Okay ...









104 Pulau Pinang Bakal Bina Lebuhraya Termahal Di Malaysia, Tahniah @cmlimguaneng


Satu lagi pencapaian hebat Rejim DAP Pulau Pinang apabila Rejim pimpinan Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng bakal membina lebuhraya paling mahal di Malaysia. Kos projek lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5 kilometer bernilai RM7.5 billion! 1 kilometer bersamaan RM385 juta!

3 tahun lalu, Wakil Rakyat DAP melalak bahawa lebuhraya Ki­nrara-Damansara Expr­essway (KIDEX) di Se­langor adalah merupakan lebuhraya termahal di Malaysia dengan kos sebanyak RM161 juta setiap 1 kilometer. Sekarang Tokong Lim akan memecahkan rekod berkenaan dengan kos 140% lebih tinggi. Tahniah!

Pengerusi Pemuda MCA Negeri, Datuk Micheal Lee Beng Seng, melahirkan kebimbangan terhadap pembinaan lebuhraya paling mahal di Malaysia kerana menurutnya, kos berkenaan akan ditanggung oleh Rakyat Pulau Pinang. Datuk Lee juga mencabar kerajaan negeri untuk mendedahkan kos untuk laporan projek RM7.5bil PIL-1.

Ini kerana beliau mendakwa bahawa kerajaan negeri mempunyai tabiat membuat kos perundingan yang terlalu mahal. MCA katanya melihat projek-projek infrastruktur mega Pakatan, terutama di Pulau Pinang, kosnya jauh lebih tinggi daripada projek yang seumpamaya oleh Kerajaan Persekutuan.

19 Presiden PAN Masih Makan Gaji Dengan Rejim DAP Penang Rupanya


Walaupun Presiden PAN, Mat Sabu telah berhenti dari jawatan Pengarah di Jabatan Air Pulau Pinang kerana tuntutan perubatan yang tidak masuk akal, tetapi beliau telah dijadikan Pengarah di agensi kerajaan Pulau Pinang, PIHH Sdn Bhd, ataupun lebih dikenali sebagai Halal Penang. Mat Sabu tetap dibiayai oleh Rejim DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. 

Zairil Khir Johari juga turut diberi jawatan sebagai pengarah di agensi ini.Kalau mengikut definasi Hannah Yeoh dan Tony Pua, bukankah elaun yang dinikmati oleh Mat Sabu dan Zairil Khir Johari adalah duit Rakyat atau lebih dikenali sebagai 'tax payers money'? Berapakah elaun mereka sebulan? Apakah faedah-faedah lain yang mereka nikmati selain elaun yang diterima? Persoalan utama adalah apa fungsi Halal Penang? Menghalalkan perbuatan Lim Guan Eng?

Apakah kelayakan mereka selain mereka mempunyai kisah Dyana Sofea-Normah Alwi? Adakah Presiden PAN bebas untuk mengeluarkan pandangan beliau sekiranya periuk nasi beliaupun djaga oleh DAP? Apakah salah pendapat yang berlegar di media sosial yang mengatakan Mat Sabu hanyalah merupakan kuda tunggangan Lim Guan Eng? Jadi tidak hairanlah jika Mat Sabu Kata Joseph Lim Guan Eng bakal Perdana Menteri Malaysia kan?

10 @cmlimguaneng Tidak Tahu Malu, Diri Sendiri Terpalit Isu Rasuah, Ada Hati Tanya Di Parlimen


Di atas adalah pertanyaan lisan dari Ahli Parlimen Bagan, Joseph Lim Guan Eng. Mengikut aturan, pertanyaan beliau berada pada nombor 54 dan hanya akan dijawab dalam bulan Ogos. Tidak perlu tunggu bulan Ogos untuk menjawab persoalan berkenaan. TS Isa Samad tidak dikenakan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti didakwa Joseph Lim Guan Eng. TS Isa hanya dipanggil SPRM sebagai saksi untuk memberi keterangan.

Sebaliknya, Joseph Lim Guan Eng telahpun didakwa di Mahkamah atas dua tuduhan rasuah. Bukan itu sahaja, Joseph Lim Guan Eng juga mencabar Akta SPRM 2009 untuk melengahkan kes rasuah beliau dan Kerajaan DAP Pulau Pinang juga tidak mahu menandatangani Ikrar Bebas Rasuh (IBR) daripada SPRM. Joseph Lim Guan Eng sendiri tidak betul, ada hati nak tanya orang lain pasal isu rasuah di Parlimen.


Nota Kaki: Yang di bawah paling kelakar. DAP buat sidang akhbar minta masukkan klausa istihar harta dalam IBR SPRM. Keldai-keldai di bawah telah lupakah tidak ada satu negeri di bawah pembangkang seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantang yang menandatangani IBR SPRM. Di Pulau Pinang, isu terowong bawah laut dan penjualan tanah tidak berjawab, Ketua Menteri terpalit rasuah tidak bercuti ada hati untuk mendesak SPRM. Lancau lu la. 

5 Tony Pua Jaga Penerangan Dan Gobind Singh Deo Jaga Perundangan, Dapatkah Pakatan Harapan Menjaga Islam?


Semalam, 24/07/2017, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan perlantikan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua Kiam Wee, sebagai Pengerusi Biro Penerangan Pakatan Harapan dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo, sebagai Pengerusi Biro Guaman Pakatan Harapan.

Persoalan pertama yang timbul di fikiran saya adalah teruk sangatkah prestasi Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Penerangan Parti Chap Bunga, Datuk Kamaruddin Mohd Noor, dan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad, sehingga mereka perlu diketepikan untuk memberi laluan kepada Tony Pua?

Begitu juga dengan Pengerusi Biro Perundangan, teruk sangatkah prestasi Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) PAN, Mohamed Hanipa Maidin, dan para peguam Melayu Islam lain sehingga mereka perlu diketepikan untuk memberi laluan kepada Gobind?

Dengan banyaknya isu yang melibatkan pertentangan antara kepentingan Islam dan kepentingan bukan Islam seperti isu-isu perundangan membabitkan 'unilateral conversion' atau penukaran Agama secara sepihak anak-anak (RUU 164) dan pemerkasaan Mahkamah Syariah (RUU 355), sukar untuk digambarkan bagaimana Pakatan Harapan yang Biro Penerangan dan Biro Guamannya diketuai oleh pemimpin DAP akan mampu untuk mempertahankan kepentingan Islam.


July 24, 2017

97 @AzminAli Potong Riben, @DrWanAzizah Dan @HannahYeoh Pun Tak Mau Kalah Jugak



Wakil Rakyat Pakatan Harapan di Selangor memang suka potong riben ya setiap kali hendak merasmikan sesuatu tidak kira projek berkenaan besar atau kecil. Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali sebelum ini memerlukan 9 orang untuk memotong riben hanya untuk merasmikan jalanraya bertingkat sepanjang 4.5 kilometer sahaja.

Hari ini, Speaker Selangor, Hannah Yeoh pula turut memotong riben untuk perasmian parking bertingkat di SS15, Subang Jaya. Dalam masa yang sama, ADUN Kajang juga tidak melepaskan peluang untuk memotong riben hanya untuk merasmikan titi untuk orang kampung. Gila ka puak-puak ini?

Cuba lihat video di bawah. Beginikah ADUN yang dipilih Rakyat Kajang. Sesiapa tolong terjemahkan apa yang cuba disampaikan oleh Ratu Kipas, Dr Wan Azizah. Cakap seperti orang kena stroke. Tidak faham butir percakapan selain mendengar perkataan anjing. Adakah beliau menyindir 'Top Dog' Pakatan Haram? 


69 Perlukah Buat Majlis Hendak Beri RM500 Kepada Jamaah Haji?


Setiap jemaah Haji Malaysia yang melalui pakej muasasah Tabung Haji akan menerima subsidi sebanyak RM9,570.00. Kos sebenar keseluruhan seorang jemaah ialah RM19,550.00. 

Ini duit Tabung Haji sendiri yang saban tahun dibelanjakan kepada jemaah, yang mana Rafizi Ramli sifatkan Tabung Haji akan bangkrap.

Jadi kalau Kerajaan Selangor hendak memberikan RM500.00 sahaja kepada jemaah Haji di Selangor, anggap sedekah sajalah. Perlukah diadakan majlis dan letakkan kain rentang memaparkan muka Menteri Besar dan ADUN?

Tony Pua dan Hannah Yeoh tidak mahu bertanyakah RM500 duit yang diberikan kepada jemaah Haji berkenaan duit poket Azmin Ali atau ADUN Selat Kelang berkenaan, Dr Halimah Ali?

Kalau duit Kerajaan Negeri, bukankah ianya juga duit pembayar cukai? Bukankah Azmin Ali berkata beliau tidak mencampur adukkan duit Kerajaan dengan kepentingan parti atau individu?


120 Apa Pakatan Harapan Boleh Buat Dalam Masa 100 Hari Untuk FELDA?


Pengumuman kepimpinan Pakatan Harapan mengenai komitmen 100 hari pertama pentadbiran setelah mendapat mandat membentuk kerajaan terutama memulihkan FELDA tidaklah menghairankan.

Melihat kepada zaman Pengerusi Pakatan Harapan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apa telah terjadi kepada FELDA Labu, Sendayan dan Sungai Buaya? Bukankah kesemuanya telah difaraidkan kepada kroni? 

Masihkah kita percaya Tun Dr Mahathir sebagai 'Top Dog' Pakatan Harapan dan 'Below Dogs' di bawahnya akan memperbetulkan FELDA dalam masa 100 hari? Cerita rumah FELDA seperti gambar di atas sudah cukup untuk menilai keprihatinan DS Najib Tun Razak.



Semasa melancarkan Buku Jingga pada 2010 di Pulau Pinang, Pakatan Pembangkang telah berjanji 100 hari juga. Antara janji mereka termasuk menaikkan gaji guru, menghapuskan tol dan menurunkan tarif air. 

Namun apa sudah jadi sekarang? Gaji guru tidak dinaikkan sebab bukan bidang kuasa mereka. Rejim DAP Pulau Pinang sudah menaikkan tarif air 4 kali.

Sebelum PRU 12, Joseph Lim Guan Eng berkata caj 50 sen Tol Sungai Nyiur 'mencekik darah' Rakyat. Namun, selepas 10 tahun memerintah Pulau Pinang, tol masih beroperasi. 

Di Selangor pula, Menteri Besar DS Azmin Ali membeli syarikat air Splash dengan harga RM2.9 bilion, hampir 10 kali ganda daripada harga asal. Beginikah cara Pakatan Pembangkang berjanji untuk meringankan kos sara hidup Rakyat? 

Yang lucu ialah janji untuk memulakan proses reformasi institusi. Reformasi apa yang hendak dibuat? 'Bapa Reformasi' pun sudah berbaik-baik dengan 'Mahafiraun'. Reformasi apa lagi yang ada?
Bagi sebahagian generasi kedua dan ketiga peneroka yang masih sangsi dengan langkah Kerajaan menjaga kebajikan peneroka, kita minta mereka bertanya kepada generasi pertama, adakah pada zaman kegemilangan Tun Dr Mahathir-Anwar Ibrahim, adakah para peneroka diraikan seperti sekarang di zaman DS Najib Razak dengan menikmati pelbagai insentif kewangan, perumahan dan skim bantuan terutama yang terbaru seperti di bawah?







76 Betul, DS @NajibRazak Meneruskan Apa Yang Tun Buat Untuk Pengangkutan Awam Kecuali ...



Mungkin betul mungkin tidak seperti dakwaan Mantan Perdana Menteri 22 tahun bahawa DS Najib Tun Razak meneruskan apa yang beliau letakkan sebagai asas dalam pengangkutan awam. Ini kita tidak boleh nafikan. Namun ada beberapa perkara yang Tun Dr Mahathir lakukan sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau tidak diikuti oleh DS Najib Tun Razak. Antaranya:

1. DS Najib tidak melakukan pengswastaan ke atas pengankutan awam dan 'bail-out' satu persatu apabila gagal.

2. Semua sistem jaringan sistem pengangkutan awam di bawah DS Najib tersusun dan dirancang dengan baik. Jadi tidak berlaku masalah contohnya sistem LRT Putra dan Star LRT di Masjid Jamek tidak berhubung antara satu sama lain. Pengguna terpaksa meredah jalanraya sesak di antaranya untuk bertukar LRT.

DS Najib Tun Razak telah mengarahkan Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) untuk membangunkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara untuk menetapkan wawasan dan hala tuju pengangkutan awam darat di Malaysia. 
Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara tersebut telah ditandatangani dan diluluskan oleh Parlimen pada 16/10/2913. Wawasan Rancangan Induk adalah seperti di bawah:
Memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, berpatutan dan lestari untuk meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi dan kualiti hidup.
Contoh: Plaza Rakyat semasa zaman Tun Dr Mahathir:



Plaza Rakyat semasa zaman DS Najib Tun Razak:



3. DS Najib tidak membuat perjanjian konsensi yang gila dan berat sebelah. Contohnya, cukai lapangan terbang dipotong untuk dibayar kepada syarikat swasta seperti ERL sama ada pengguna menggunakan ERL atau tidak. Tambahan lagi kadar kenaikan tambang ERl dijamin kenaikan sepanjang tempoh konsesi.

4. DS Najib tidak membatalkan perkhidmatan bas mini yang sangat popular dan memaksa syarikat-syarikat bas lain menjual pegangan mereka kepada syarikat monopoli milik kroni Intrakota yang mana syarikat ini juga turut di'bail-out'.

5. DS Najib tidak mengasaskan sistem teksi di bawah pajakan milik syarikat tertentu. Di bawah DS Najib, secara beransur-ansur permit teksi individu dikembalikan kepada pemandu teksi.

Terbaru, pada 21/06/2017 SPAD telah menyerahkan 300 lesen individu kepada kumpulan pemandu teksi yang kedua di bawah program Program Tranformasi Industri Teksi (TTIP). 43 pemandu jug turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000.

Kesimpulannya, mungkin Tun Dr Mahathir mengasaskan pengangkutan awam. Namun banyak perkara yang negarif di bawah Tun Dr Mahathir tidak diteruskan oleh DS Najib.

July 23, 2017

23 Beza Sambutan Hari Lahir @chedetofficial, @LimKitSiang Dan DS @NajibRazak

Ini adalah sambutan hari lahir Mantan Perdana Menteri 22 tahun Tun Dr Mahathir bersama sahabat baik beliau semasa sambutan ulang tahun kelahiran ke 90.





Ini pula sambutan hari lahir Penasihat Seumur Hidup DAP, Lim Kit Siang yang ke 75 di Equatorial Hotel, Pulau Pinang. CTS ada menulis di sini.




Hari ini pula adalah hari lahir Perdana Menteri. Di waktu pagi beliau sambut hari lahir bersama warga FELDA.


Manakala di sebelah malam pula, sambutan di Seri Perdana hanyalah tahlil dan doa selamat. 


Kesimpulan, lekeh sungguh sambutan hari lahir Perdana Menteriku.

Nota Kaki: Oh ya, bukan hendak kata tiada kek. Ada. Cuma disuap oleh isteri tersayang lah. 


Juga dihadiri oleh Ibunda tersayang.



96 6 Berita Baik PM @Najibrazak Umumkan Buat Peneroka


Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak pagi tadi mengumumkan 6 berita baik buat peneroka FELDA dalam sambutan Hari Peneroka 2017 Peringkat Kebangsaan. Lebih manis lagi pengumuman ini dibuat bersempena hari ulang tahun kelahiran beliau ke 64 hari ini.

6 berita baik berkenaan adalah:

1) PM umumkan insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta

2) PM umum pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka.
Melibatkan peruntukkan RM519 juta.

3) PM Najib umum pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820

4) PM umum kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih dari satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion. 

5) PM umumkan geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.

6) PM umum dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula  melebihi jangkaan RM40,000.

Happy birthday DSN.


Ini pula poster-poster Timbalan Presiden Pakatan Harapan yang tersebar luas di laman-laman sosial.



Yang pasti ada yang dengki dan sakit hati walaupun sudah ada yang mati berceramah di atas lori beliau akibat sotong beracun.


0 Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Hilang Telor Bila Diajak Berdebat Dengan Ketua Pemuda MCA



Pembangkang sering melaungkan bahawa mereka sentiasa berdebat dalam apa saja isu demi membahaskan kepentingan Rakyat. Apabila Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Chong Sin Woon membuka jalan untuk sessi debat, DAP diam menikus. Datuk Chong yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan, masih belum menerima kata putus dari Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berhubung sesi debat antara mereka.

Menurut Datuk Chong, surat peringatan terakhir telah dihantar kepada Teo, yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah, pada Selasa lepas dan memberi tujuh hari untuk pihak Teo membalas suratnya. Tambah beliau, MCA bersedia untuk berdebat dengan DAP berkisar fakta-fakta untuk topik debat, iaitu pendidikan dan prestasi dua ADUN DAP di kawasan Lobak dan Temiang.

DAP sepatutnya menyahut cabaran debat berkenaan. Tiga syarat yang diletakkan oleh Datuk Chong tidaklah sesulit mana. Pertama, debat ini mestilah tiga lawan tiga, kedua sesi debat itu tidak diadakan di hadapan penyokong kedua-dua pihak sebaliknya disiarkan secara langsung melalui FB Live dan ketiga hujah-hujah yang disampaikan mestilah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

Datuk Chong berkata beliau, Ketua MCA Bahagian Seremban Siow Koi Voon dan Ketua Biro Perundangan MCA Ng Kian Nam akan mewakili parti manakala untuk DAP, selain Teo, Datuk Chong meminta ADUN Lobak, Siow Kim Leong dan ADUN Temiang Ng Chin Tsai, untuk berdebat sama kerana isu yang dibangkitkan ialah berkenaan prestasi buruk dua ADUN berkenaan.

Kita harapkan agar DAP menerima cabaran ini yang mana sessi debat itu akan diadakan pada 4 Ogos pukul 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan. Kita juga berharap DAP tidak sekadar sembang kuat dan sekadar meraih publisiti murahan tetapi takut untuk berdebat.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates