July 18, 2017

77 Kalau Tun Dr Mahathir 'Top Dog' Pakatan Harapan, Macai-Macai Di Bawah Anjing Jenis Apa?



Seingat CTS, sepanjang 92 tahun usia Tun Dr Mahathir, belum ada yang tergamak memanggil beliau dengan panggilan anjing. Mahazalim pernah, Mahafiraun pernah, perompak negara pernah namun bukan anjing.

Hari ini, Tun Dr Mahathir sendiri memanggil dirinya sebagai 'Top Dog'. Terjemahan terus bermaksud Anjing Utama, Anjing Nombor Satu atau Anjing Istimewa. Kelu lidah untuk berkata-kata kalau tuan punya diri yang berkata demikian. 

Setahu CTS, kalau anjing, sama ada nombor satu, nombor dua atau ketiga pasti ada tuannya. Kalau tidak bertuan dipanggil anjing liar, anjing gila atau anjing kurap. Kalau Pengerusi Pakatan Harapan Anjing Utama atau 'Top Dog', Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan macai-macai kehormat di bawah anjing apa pula?

Apa yang berlaku sebenarnya, mereka yang berada di dalam Pakatan Harapan sekalipun keliru dengan peranan pemimpin mereka. Lihatlah dua carta organisasi di bawah. Kalau mengikut carta organisasi asal Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum berada sebaris dengan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Dr Wan Azizah sebagai Presiden. Manakala carta oraganisasi yang dikeluarkan oleh INVOKE milik Rafizi Ramli pula meletakkan Anwar Ibrahim di tempat teratas walaupun Tun Dr Mahathir mengaku 'Top Dog'.



Jadi tidak hairanlah apabila Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong berkata barisan kepimpinan Pakatan Harapan adalah seperti pengangkutan dengan banyak pemandu. Kata beliau, kita tidak tahu siapa yang berkuasa dalam Pakatan Harapan. Dr Wee menambah bahawa barisan itu muncul seolah-olah Pakatan Harapan berhasrat untuk mewujudkan banyak jawatan tertinggi hanya untuk menampung satu sama lain.

Dr Wee juga mengecam DAP kerana mengkritik MCA yang menjadi tunduk kepada UMNO pada masa lalu, namun tetap berdiam diri sekarang apabila mereka dipinggirkan daripada carta organisasi kepimpinan Pakatan Harapan. Kata beliau, mereka mempunyai bilangan Ahli Parlimen tertinggi di Pakatan dan mendakwa berkongsi status yang sama di kalangan rakan-rakannya, namun mereka tidak boleh mendapatkan mana-mana tiga jawatan tertinggi dalam gabungan mereka. Dr Wee menambah, DAP telah mengkritik MCA kerana gagal mendapat jawatan teratas pada masa lalu. Sekarang, tidakkah beliau boleh mempersoalkan mereka atas sebab yang sama?


Nota Kaki: Yang memegang 'microphone' dalam gambar di bawah adalah Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mat Sabu. Untuk pengetahuan beliau sedang berceramah dan bukan menyanyi. Kalau begini sambutan kepada Timbalan Presiden, kita nak panggil ini anjing jenis apa?

191 Kerajaan Selangor Bina Flyover Guna Wang Rakyat Pun 1KM = RM10 Juta, Ada Hati Bina MRT Murah cc. @n_izzah @hannahyeoh


Masih dengan cerita angan-angan Mat Jenin anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang berpendapat bahawa Kerajaan Pakatan Hope boleh membina jajaran MRT dengan kos yang lebih murah dan lingkaran yang lebih meluas.

Kerajaan Pakatan Selangor pernah membina sebuah 'flyover' daripada Tol Sungai Rasah yang terletak di Lebuhraya Persekutuan hinggalah ke I-City di Seksyen 7. Jarak pembinaan jalan raya berkenaan hanyalah 5 kilometer. Kos yang terlibat adalah RM50 juta. Ini bermakna 1 kilometer jalan raya 'flyover' berharga RM10 juta.

Itupun projek untuk membina jalan raya 'flyover' berkenaan tertunggak selama 4 tahun! Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Selangor membina 5 kilometer jalan raya 'flyover' dengan mengambil masa 4 tahun dengan kos RM50 juta!!! Baca The Star, di sini.

Ini hanya untuk bina jalanraya. Bukan lingkaran rel MRT dan pembelian koc MRT serta pembinaan stesen-stesen MRT yang mewah dan selesa. Berapa agaknya kalau Kerajaan Pakatan Selangor yang membina MRT? Jangan lupa pula kos mengecat pintu gerbang Selangor yang bernilai RM10 juta. Baru cat belum dibina.


Tidak perlulah kita minta Rejim Pakatan DAP Pulau Pinang untuk membina MRT. Rejim DAP Pulau Pinang menghabiskan RM305 juta hanya untuk kertas kajian pembinaan terowong dasar laut sahaja. Saya ulang kertas kajian sahaja atau dalam English dipanggil 'project paper' atau 'paper work'. Projek entah ke mana. Satu batu bata belum dipasang.

Jangan pula dilupa apabila projek mengecat jalan di Pulau Pinang untuk dijadikan lorong berbasikal bernilai RM4.6 juta untuk 1.1 kilometer. Murahlah sangat!


Nota Kaki: untuk Hannah Yeoh yang mempertikaikan bahawa projek MRT adalah duit Rakyat, di bawah adalah jawapan saya.


Di bawah juga adalah duit pembayar cukai. Bukan duit Hannah Yeoh atau Bapak dia yang punya.

82 Nurul Izzah Kata Pakatan Hope Boleh Buat MRT Lebih Murah .... Hahahaha


Cakap memang mudah, bukan kena duit. Buat manifesto bukan susah sebab manifesto bukan janji. Semalam, Nurul Izzah anak perempuan kepada Anwar Ibrahim berkata jika diberi peluang jadi Kerajaan, Pakatan Hope boleh membina rangkaian perkhidmatan MRT yang lebih meluas dengan kos yang lebih murah.  

Apabila Rejim DAP Pulau Pinanag pimpinan Joseph Lim Guan Eng, sekutu politik Pakatan Hoe terbukti membelanjakan harta Rakyat untuk menbayar yuran perundingan (consultation fee) EMPAT KALI GANDA lebih mahal dari yang sepatutnya kepada kontraktor yang dilantik Joseph Lim Guan Eng, kenapa beliau tidak mengeluarkan kenyataan media Pakatan Hope boleh membuat kajian dengan kos yang lebih murah?

Nurul Izzah tidak tahukah yang Joseph Lim Guan Eng berbelanja harta Rakyat bernilai RM305 juta hanya untuk kertas kajian sahaja? Harta rakyat bernilai RM 220 juta sudah lesap tapi seinci jalan pun tak nampak lagi. Kenapa Nurul Izzah menikus dan tidak berbunyi?

Nurul Izzah dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang akan datang. Memandangkan beliau hendak menjadi Wakil Rakyat Pulai Pinang pada masa akan datang, eok sekiranya beliau ebih mengambil tahu tentang apa yang berlaku di Pulau Pinang mulai sekarang. 

Orang Permatang Pauh sudah tidak perlukan seorang Yang Berhormat Ahli Parlimen "Touch and Go" sepertimana ibu dan ayah Nurul Izzah. Ahli Parlimen yang makan elaun buta setiap bulan.

July 17, 2017

52 MRT Untuk Rakyat, Kenapa Pula @TonyPua Dan @HannahYeoh Yang Panas?



Pelancaran MRT Sungai Buloh berjalan dengan lancar hari ini. Perdana Menteri hari ini mengumumkan dua perkara berikut:

1. Rakyat Malaysia berpeluang menaiki MRT percuma hari ini 17 Julai bermula 4.00 petang sehingga 12 tengah malam.

2. Diskaun tambang sebanyak 50% perkhidmatan MRT, LRT, Monorel dan BRT bermula 18 Julai sehingga 31 Ogos 2017 bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60.

Namun, seperti biasa pemimpin pembangkang yang berjiwa Yahudi tetap mencari salah projek yang dibuat untuk Rakyat. Mereka telah memutar belitkan kenyataan DS Salleh Keruak yang mengatakan MRT adalah hadiah Perdana Menteri kepada Rakyat.

Salahkah kenyataan tersebut? Tun Dr Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri sekalipun gagal untuk membina MRT. Projek MRT yang dibina pada 08/07/2011, hari ini 17/07/2017 telah siap sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai. 

Yang paling penting sekali untuk pemimpin pembangkang hadam adalah Perdana Menteri tidak pernah mengatakan projek MRT menggunakan duit beliau. Apa masalah Tony Pua dan Hannah Yeoh untuk mengungkit duit pembayar cukai?

Adakah Tony Pua dan Hannah Yeoh maksudkan air percuma di Selangor serta bonus kakitangan Kerajaan Negeri sebanyak 2 bulan menggunakan wang Azmin Ali dan bukan duit pembayar cukai? Kepala hangguk kamu berdua.

Nota kaki: Jangan lupa syaitan-syaitan yang direjam tidak pernah mempertikaikan wang pembayar cukai sebanyak RM300 juta yang lesap digunakan Rejim DAP Pulau Pinang untuk kajian terowong laut. Baru kajian. Laporanpun gagal disediakan. Macai-macai IQ41 pula tidak payahlah guna ratib 1MDB. 1MDB tidak pernah kehilangan atau kecurian duit syarikatnya.

July 16, 2017

115 Dalam Sibuk Mempromosikan MRT, DS @NajibRazak Sempat Troll Nenek Jijah

Nakal Perdana Menteri DS Mohd Najib Razak menulis di laman sosial beliau. Kalau tempoh hari beliau telah menyakat atau bahasa orang muda 'troll' Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, sehingga tidak senang duduk Rafizi Ramli menjawab posting Perdana Menteri walaupun namanya tidak disebut.

Hari ini Presiden Pakatan Harapan, DS Dr Wan Azizah pula yang disakat Perdana Menteri. Lihat sahajalah bahasa bersahaja yang ditulis di media sosial Facebook beliau seperti di bawah. Saya hampir tersilap baca komen tersebut sebagai "... untuk melawat kenalan yang meliwat di Sungai Buloh ..."


Terdapat 3 nasihat dapat diberikan kepada Presiden Pakatan Harapan apabila beliau menggunakan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh:

1. Diharap Presiden Pakatan Harapan tidak mengalami kecelaruan minda dengan mengatakan bahawa MRT yang dilancarkan secara rasmi esok mempunyai cermin sisi (side mirror).

2. Diharap dalam perjalanan beliau menaiki MRT dari Kajang ke Sungai Buloh, beliau bersarapanlah nasi lemak di rumah dan bukan di dalam MRT.


3. Perjalanan MRT juga tidak dikenakan tol seperti kecelaruan minda beliau dalam kes Lebuhraya Pan Borneo. Rujuk video di bawah:

94 Karpal Singh Wish To Catch Tun Dr Mahathir Will Also Rest In Peace



The above is one of the last publicly-made promise of the late Karpal Singh that will never be fulfilled.

A year before he passed away, Karpal Singh made the promise that should Pakatan Rakyat wins Putrajaya then the first person they will catch is Tun Dr Mahathir Mohamed.

Pakatan Rakyat will then make Tun Dr Mahathir answer for his 22 years of mismanagement, abuse of power and the great wealth of his sons, promised Karpal Singh then.

With the appointment of Tun Dr Mahathir as Chairman of Pakatan, this promise will not be fulfilled. Should Pakatan wins General Election 14, do you think they will drag their Chairman to jail?

Karpal Singh, his principles and his promises have long since been forgotten by those remaining in DAP and Pakatan.

98 Setahun Lalu Kutuk Tun Dr Mahathir, Kini Jilat Pula Sebagai Ketua



Di atas adalah kenyataan dua Pemimpin Utama Pakatan Harapan setahun lalu yang menyelar Tun Dr Mahathir. Pertama, Presiden Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah meminta supaya pembangkang berhati-hati dan berwaspada dengan agenda Tun Dr Mahathir. 

Kedua, Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mat Sabu di dalam satu ceramah beliau setahun yang lepas pula mengelarkan Tun Dr Mahathir sebagai Bapa Pelingkup Negara. Dua kali beliau mengungkapkan gelaran tersebut dan meminta wartawan RTM supaya menyiarkannya.

Kini Tun Dr Mahathir pula diangkat menjadi Ketua mereka iaitu sebagai Pengerusi gabungan Pakatan Harapan walaupun jawatan tersebut hanya sebagai pembantu Ketua Umum. Bukankah ini semua nampak sangat pelik?


Nota Kaki: 

1. Perkhidmatan MRT Fasa kedua akan dirasmikan pada 17/07/2017 ini. Kita pasti akan mendengar rungutan daripada Presiden Pakatan Harapan bahawa Kerajaan Barisan Nasional menipu sebab MRT tidak mempunyai 'side mirror'.


2. Dr Wan Azizah bertanya, apa salahnya menggunakan lambang Star Trek sebagai logo Pakatan Harapan. Kita jawab tak salah. Cumanya di dalam kapal Enterprise, Captain James T Kirk merupakan seorang sahaja ketua. Di dalam kapal Pakatan Harapan ada 3 orang ketua. Itu saja.

July 15, 2017

39 Tun Dr Mahathir Dan PKR


Di saat macai-macai Parti Chap Bunga yang terlebih-lebih meraikan penubuhan Pakatan Harapan, bagi PKR pula Tun Dr Mahathir jelas hanya sebagai pembantu Anwar Ibrahim sahaja.

Jelas PKR memperlekeh taraf Tun Dr Mahathir hanya sebagai pembantu kepada bekas Timbalannya dan merangkap banduan yang sedang dipenjara. Sungguh hina.

Namun ini tidak melemahkan semangat Tun Dr Mahathir. Hari ini, pembantu dan pengawal peribadinya menaikkan gambar di bawah dengan caption, "Gambar ini paling win". 

CTS setuju benar dengan 'caption' tersebut. Ulang tayang kembali mungkin Tun Dr Mahathir terlupa bahawa parti di belakang beliau iti lahir disebabkan reformasi ke atas kepimpinan beliau. Lambang mata pada logo parti berkenaan adalah lahir dari mata lebam Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya Melayu mudah lupa, kata Tun Dr Mahathir. Mungkin kenyataan tersebut ditujukan kepada dirinya sendiri. Betullah orang kata, untuk menjadi ahli politik kita mesti bermuka tebal dan tak tahu malu.

July 14, 2017

170 Di Mana Diktator Lim Kit Siang Dan DAP Dalam Organisasi Pakatan Harapan?



Sebagai sebuah parti pembangkang terbesar yang mempunyai kerusi Parlimen terbanyak, adalah mustahil DAP membiarkan 2 parti gabungan lain iaitu Parti Cap Bunga Raya dan PKR menguasai 3 kerusi tertinggi di dalam gabungan Pakatan Harapan iaitu Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden.

Sebagai Mantan Setiausaha Agong parti DAP selama 31 tahun daripada tahun 1969 sehingga 1999, dan sehingga kini kekal sebagai diktator dan penasihat seumur hidup parti DAP, mustahil Lim Kit Siang membuang ego beliau untuk mengetuai gabungan parti pembangkang ini yang dikatakan nama Pakatan Harapan (Hope) dan logo parti dicipta dan ditentukan oleh pemimpin DAP.

Mustahil Lim Kit Siang hanya berpuas hati dengan meletakkan anak beliau, Lim Guan Eng di tangga keempat untuk jawatan Timbalan Presiden sebaris dengan balaci DAP iaitu Mohamad Sabu yang Tun Dr Mahathir terlajak nyanyuk dengan memanggil beliau sebagai Presiden UMNO, lihat video di bawah, dan TS Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Bunga yang ada tidak menambah dan tiada tidak mengurang?



Logikkah Lim Kit Siang khasnya dan DAP amnya dapat menerima hanya tiga orang sahaja iaitu Lim Guan Eng, M Kula Segaran dan Chong Cheng Jian? Selain Lim Guan Eng, siapa Kula Segaran dan Chong Cheng Jian di dalam hirieki kepimpinan DAP? Adakah Chong Cheng Jian, Pengerusi DAP Sarawak kedudukannya lebih tinggi dari Tan Kok Wai, Pemangku Pengerusi Nasional DAP?

Nampak seperti ada udang di sebalik spaghetti yang berkemungkinan barisan kepimpinan Pakatan Harapan ini hanyalah sebagai puppet kepada DAP untuk menunjukkan kepada Rakyat Malaysia bahawa Melayu berkuasa di dalam pakatan pembangkang. Realitinya, semua orang tahu.

TS Anuar Musa, Ketua Penerangan  UMNO Malaysia pula menyifatkan tindakan deklarasi bersama hanya ditandatangani oleh Pemangku Pengerusi DAP Nasional, Tan Kok Wai sesuatu yang bijak dalam strategi peperangan di bawah prinsip 'The Art Of War' karya Sun Tzu. Berikut adalah Kenyataan Media penuh beliau:
SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA 
Tahniah DAP...Kerana bertindak cukup bijak apabila "deklarasi bersama" PH di tanda tangani oleh semua "big boses" PKR,PAN DAN PPNM tapi DAP hanya oleh PEMANGKU PENGERUSI NYA YB Tan Kok Wai... 
ITULAH "THE ART OF WAR"(Sun Tzu ) yaitu :-
MEMBUNUH DGN PISAU YG DI PINJAM...KEPUNG WEI UTK SELAMATKAN ZHAO...PERDAYA LANGIT UTK MELEWATI SAMUDERA.....antara strategi perang yg sangat licik dan benar benar di hayati DAP. 
DAP tau politik melayu PH berpecah parah.DAP juga dapat menghidu dgn persis kerana ketiga tiga "mangsa"ini adalah ciptaan mereka...PKR PAN DAN PPBM bukan saja lemah dan "devided" tapi juga merupakan RAMUAN TEPAT MEMECAHBELAHKAN MELAYU DAN ISLAM. 
Justeru Lim Kit Siang membiarkan deklarasi di buat kerana beliau tau DAP bukan saja paling berkuasa dengan sejumlah pengundi cina di bandar sudah pasti milek mereka DAN INI MENJAMIN KEDUDUKAN ANAKNYA LGE DI SAF NAIB PRESIDEN SEBAGAI DE FACTO PRESIDEN PH memandangkan DSAI dalam tetap dlm jel dan tiada jaminan utk mendapat pengampunan,TM pula sudah berusia hampir 100 tahun dan DS Wan Azizah di ketahui terlalu lemah..hanya boneka. 
Maka dengan deklarasi yg hanya di iktiraf oleh PEMANGKU PENGERUSI,DAP TAU PH BERADA DLM GENGGAMAN MEREKA..dan mengekalkan status DAP LED PH.. 
Dengan cara ini DAP akan dapat memperalatkan PKR PPBM DAN PAN dalam agenda menguasai politik msia dan MELAKSANAKAN SEGALA DASARNYA. 
Inilah kelebihan politik DAP DAN LKS..... 
TAN SRI ANNUAR MUSA
14/7/17
Nota Kaki: CTS sebenarnya bersetuju dengan permintaan netizen di laman-laman sosial agar Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali, Timbalan Presiden Pakatan Harapan agar meletakkan gambar Pengerusi mereka di billboard di seluruh Selangor seperti di bawah:

89 Logo Pakatan Harapan Menyerupai Struktur Hidung Pengerusi Gabungan


Struktur dan logo Pakatan Harapan akhirnya berjaya dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis presiden bersidang lebih empat jam semalam. Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi gabungan pembangkang itu.  

Anwar Ibrahim yang kini berehat di Bamboo River Inn pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan (asyik KETUM sahaja), manakala isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.

Setelah pelbagai alternatif dikemukakan setelah logo asal yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli mendapat kutukan dan troll dari netizen, Pakatan Harapan memuktamadkan lambang logo mereka mirip hidung Pengerusi gabungan parti iaitu Tun Dr Mahathir Mohammed. 



Kalau tidak percaya boleh rujuk kartun milik kartunis PKR, Zunar. Ini secara langsung atau tidak menunjukkan rasa sayang dan cinta Pakatan Harapan kepada idola mereka, Tun Dr Mahathir melalui ikon hidung beliau.




Apa yang sebenarnya berlaku adalah pembangkang telah mengubahsuai, meniru dan menciplak logo Singapore Democratic Party seperti di bawah. Pembangkang di Malaysia tiada originaliti. Asyik hendak meniru saja kerjanya.


Mungkin lambang hidung Pengerusi gabungan parti boleh juga digantikan dengan lambang di bawah:


July 13, 2017

16 Tun Dr Mahathir Had Plan To Topple DS @NajibRazak Since 2014, Testified @MukhrizMahathir


There you go. Officially from the son himself, DS Mukhriz Mahathir. Mukhriz Mahathir testified at the High Court today that his father Tun Dr Mahathir Mohamad had plans to topple Prime Minister DS Mohd Najib Tun Razak since 2014.  

Mukhriz Mahathir was replying to a question by DS Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad's lawyer DS Jahaberdeen Mohamed Yunoos on whether he agreed with his suggestion that the former premier had attempted to topple Najib from 2015.  

The former Kedah Mentri Besar agreed with the suggestion, but added that the plan likely began in 2014. He also agreed that Tun Dr Mahathir and former deputy prime minister TS Muhyiddin Yassin had plans to topple Najib, but denied that they had "conspired" to do so.

Wait a minute. The 1MDB issue exploded only in 2015. So it was not about 1MDB after all. The plot of Anti Najib Campaign suddenly become thickens.

Further, Mukhriz Mahathir, who is now Deputy President of Parti Chap Bunga said in an interview with foreign newspaper on April 22 last year that he had no intention of becoming Prime Minister.

He had also said that he did not contest the post of Vice President in 2013 with the aim of becoming Prime Minister.

However, he told the court that it was not immoral or wrong for him to win the party Vice President post to eventually become Prime Minister. What is this? Cakap belit-belit. You want to be a Prime Minister or not?

111 Fitnah Terbaru Malaysiakini Ke Atas DS @NajibRazak Dan Isteri, Pasangan Suami Isteri Jadi Saksi Mangsa Fitnah


Di atas adalah bukti bagaimana Malaysiakini mempunyai standard yang sangat rendah dan menjijikkan. Apabila Pakatan Pembangakng terdesak Malaysiakini turut menjadi terdesak.

Malaysiakini cuba membuat fitnah kepada Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dan isteri dengan membuat berita bahawa orang ramai dipaksa ke koc keretapi di belakang untuk memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri yang mencuba prkhidmatan MRT berkenaan semalam.

Fitnah Malaysiakini meloyakan dan terbukti kantoi. Pertama, fitnah Malaysiakini orang ramai dipaksa ke koc belakang keretapi atau MRT sedangkan gambar yang digunakan adalah gambar di dalam 'feeder bus' yang digunakan oleh Perdana Menteri dan rombongan sebelum menaiki MRT.

Kedua, DS Najib dan rombongan mencuba line MRT Sungai Buloh Kajang yang akan dibuka 17 Julai nanti. Oleh itu penumpang berbayar yang ada dalam MRT turun di Semantan, stesen terakhir setakat ini. 

Bagaimana perkhidmatan MRT yang dinaiki oleh Perdana Menteri dan rombongan yang belum beroperasi dan tidak dibuka lagi untuk orang awam, boleh memaksa orang awam duduk di belakang? Siapa orang awam berkenaan? Hantu Mak Limah?

Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh sepasang suami isteri di laman sosial Facebook yang mengikuti rombongan berkenaan. Baca dan hadam.








July 12, 2017

83 Salahkah Mengatakan DAP Adalah Parti Anak Dan Bapak?

Fakta bukan auta. Lim Kit Siang telah menjadi Setiausaha Agong DAP daripada tahun 1969 sehingga 1999. Berapa tahun macai-macai? 31 tahun. Anak kesayangannya, Joseph Lim Guan Eng pula menjadi Setiausaha Agong DAP dari tahun 2004 sehingga tahun 2017. Berapa tahun macai-macai? 14 tahun. Ini bermakna, matematik mudahnya adalah semenjak tahun 1969 sehingga kini Lim & Son telah mengepalai parti berkenaan selama 44 tahun atau 90% daripada tempoh 49 tahun. 

Perlu diingat parti DAP tidak seperti parti-parti politik lain di Malaysia. Parti-parti politik lain di Malaysia, Presiden selalunya adalah pada kedudukan hirieki tertinggi parti. Bagi DAP bukan Presiden tetapi sebaliknya Setiausaha Agong berkuasa sepenuhnya dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hanyalah kuda tunggangan sahaja.

Sekiranya parti DAP mengadakan pemilihan semula tahun ini, Joseph Lim Guan Eng boleh menjadi Setiausaha Agong lagi sehingga 2021. Ini berlaku sama ada beliau mendapat ubdi tertinggi atau undi tercorot. Sekiranya ini berlaku, Joseph Lim Guan Eng akan menjadi Setiausaha Agong selama 18 tahun iaitu dari 2004 hingga 2021.

Ini juga bermakna hampir separuh abad iaitu selama 48 daripada 53 tahun anak dan bapak menjadi Setiausaha Agong dan menguasai parti. Jadi salahkah kalau kita memanggil DAP sebagai Parti Anak Dan Bapak? Yamseeng!

63 Apabila Gabungan Persatuan Dan Syarikat Teksi Dan UBER Berkerjasama, @RafiziRamli Pening



Buat julung-julung kalinya Gabungan Persatuan Dam Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (Gabungan) dan pemilik syarikat Uber telah menjalinkan kerjasama menandatangi kerjasama untuk program perintis 'UberTaxi'.

Program ini membolehkan ahli-ahli terpilih dari Gabungan untuk memandu teksi mereka mengunakan rangkaian Uber. Sebagai program perintis, sebanyak 500 teksi sebagai permulaan akan digunakan.

Adalah diharapkan dengan adanya projek perintis 'Ubertaxi' di antara Gabungan dan Uber akan membuka lebih banyak kerjasama pada masa depan. Diharap kerjasama ini akan memberi faedah yang lebih baik buat pengguna-pengguna pengangkutan awam di Malaysia.

Pakar Strategik PKR, Rafizi Ramli pastinya antara orang yang pening kepala dengan kerjasama yang terjalin di antara Gabungan dan Uber hari ini. Beliau awal bulan ini pernah menganjurkan perhimpunan pemandu-pemandu teksi untuk menghasut mereka menentang Kerajaan. Baca artikel CTS di sini.

Kenyataan Media yang dikeluatkan oleh Gabungan dan Uber boleh dibaca seperti di bawah:

KUALA LUMPUR, 11 July 2017 - Uber, a smartphone app that connects riders with drivers, and Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia, an Association of all taxi associations and taxi companies in Peninsular Malaysia, today signed an MOU to kick-off “UberTaxi,” a pilot programme to allow Gabungan’s best drivers to drive on the Uber network using their taxi vehicles. 

Explaining the move, Warren Tseng, General Manager for Uber in Malaysia and Singapore said, “Uber believes this partnership will provide a tangible demonstration of how giving more people the power of choice at the touch of a button makes things better for all - driver-partners, riders, and the city. We support the Government’s intention to improve the overall public transportation landscape and will do our part to ensure a quality experience for all riders and driver-partners. Since launching three years ago, Uber has continually worked to empower give Malaysian riders, driver-partners and cities the power of choice at the touch of a button.” 

Commenting on the pilot programme, Yg. Bhg. Dato Hj SM Shalahuddin SM Amin, Gabungan President, said, “By exploring this collaboration with Uber, we expect our taxi drivers to benefit from enjoying the power of Uber’s technology to efficiently match them to rides. This way, they can potentially earn more money by spending more time earning ride fares, instead of spending time idling and waiting for rides. We certainly want to take on the challenge of improving ourselves even more to benefit from technology that increased flexibility and exposure to more economic opportunities.” 

As part of the UberTaxi programme, approximately 500 of Gabungan’s best drivers and their taxi vehicles will be onboarded onto the Uber platform. However, this is subject to Gabungan’s drivers meeting Uber driver-partner and vehicle requirements, such as having a valid driver’s license and passes our background check including relevant insurance information, as well as making the sure that the vehicle is no more than 5 years old. The pilot is open to all types of taxi vehicles, including sedans and MPVs, and fare pricing will be based on the UberX fare structure and mechanics, and will include dynamic fares. Gabungan Taxi drivers may accept street hails when they are not online with the Uber app.

To request an UberTaxi ride, users will select a new product category option within the app called “UberTaxi”. Riders may pay for rides via cash and credit card via the Uber app. All of the other features that have contributed to great Uber experience for all - such as the mutual rating system and customer support infrastructure - remains available and in effect as part of this pilot programme.   

As part of this pilot programme, participating taxi companies under Gabungan will sign up as Uber fleet partners and actively communicate, promote and market to its members the benefits of being active on the Uber app, such as the economic and entrepreneurial benefits.

Commenting on the impact to Uber’s business and service quality, Uber stated that it expects the overall impact to be broadly positive and reiterated its commitment to ensuring a quality experience for all - including both riders and current driver-partners. Warren elaborated, “Riders benefit when there are more cars on the road because it reduces waiting times and gets riders to where they need to be more quickly and efficiently. Current driver-partners will also benefit because, counterintuitively, more drivers improves network efficiency, which then decreases waiting times, and in turn, increases rider demand for ridesharing services. We have only touched a slice over the overall pie - there is still a lot more room to grow, effectively growing the pie for all.” 

###

About Uber
Uber’s mission is to bring reliable transportation to everywhere, for everyone. We started in 2010 to solve a simple problem: how do you get a ride at the touch of a button? Six years and more than two billion trips later, we’ve started tackling an even greater challenge: reducing congestion and pollution in our cities by getting more people into fewer cars. Since launching in Malaysia in 2014, Uber is now available in 12 cities nationwide: Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Melaka, Miri, Penang, and Seremban. Find out more at www.uber.com

About Gabungan
Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN) is the Association of all taxi associations and Taxi companies in Peninsular Malaysia. The members of the Association hold over 90% of corporate Taxi permits in Malaysia which amounts to over 28,000 units of taxis.

For Uber media enquiries, contact:
Jeffrey Loh, Rantau PR
- Tel: +60 12 636 6183 | jeffrey@rantaupr.com.my

Leigh Wong, Head of Communications (Singapore & Malaysia), Uber
- Tel: +60 12 323 2988 | leighwong@uber.com

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates