July 8, 2017

72 U-Turn Tun Dr Mahathir Sudah Berpusing-Pusing, Apa Kata DS @NajibRazak ?


Tidak sampai 24 jam Mantan Perdana Menteri 22 tahun membuat kenyataan menyokong Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, baca di sini, Tun Dr Mahathir Mohamed membuat 'u-turn' menafikan kenyataan tersebut seperti yang dilaporkan oleh Antarapos.

Belum sempat Nurul Izzah Anwar dan pengikutnya gembira dengan pengumuman Tun Dr Mahathir menyokong bapanya sebagai Perdana Menteri, setelah bersusah payah beliau berjumpa Tun Dr Mahathir suami isteri di London baru-baru ini, Tun sudah berubah fikiran semula. Berapa kali Tun mahu 'u-turn' dan 'u-turn'?

Dalam usia Tun mencecah 92 tahun, tidak mustahil Tun sudah nyanyuk. Buktinya dalam temubual oleh Malaysiakini semalam Tun menafikan beliau ada berkata peliwat tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Disebabkan Tun sudah nafi, CTS berikan bukti video seperti di bawah:

Video 1: Tun Dr. Mahathir tidak mengaku beliau mengatakan peliwat tidak boleh jadi Perdana Menteri. 

video

Video 2: Ini pula bukti video apa yang beliau kata semasa beliau memecat Anwar Ibrahim.

video

Zaman 22 tahun pemerintahan Tun dulu senanglah hendak kelentong. Sosial media dan internet tidak seperti sekarang. Sekarang ini habis semua video lama boleh dikorek kembali.

DS Najib Tun Razak ketika mengulas kenyataan Tun menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri berkata, Dr Mahathir obses untuk menyelamatkan legasi keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri.


Berikut adalah Kenyataan Media penuh Perdana Menteri berikutan drama terbaru Tun Dr Mahathir yang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. 

Kenyataan ini pastinya dikeluarkan sebelum Tun Dr Mahathir membuat u-turn sekali lagi menafikan beliau mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
MAHATHIR’S LATEST U-TURN DEMONSTRATES HIS R.C.I. PANIC

Statement by Prime Minister Najib Razak

7th July 2017

1.      Dr Mahathir Mohamad's latest U-turn and backing for Datuk Seri Anwar Ibrahim to be Prime Minister is not what it seems. It comes after 20 years of Mahathir vilifying him and using every possible means at his disposal to eliminate Anwar from the political process, including arresting him under the now-repealed Internal Security Act, prosecuting and jailing him and a sustained campaign to attack his moral character.

2.      However, as Mahathir knows well, Anwar cannot legally contest, so this U-turn is not about the coming general election. In reality, Mahathir's new appeasement of Anwar is driven by his deep concern about the Cabinet's decision to form a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the truth behind the Bank Negara rm30 billion forex losses during his Premiership, as detailed in the Special Task Force report.

3.      Mahathir knows that the RCI findings could lead to criminal prosecution, so he cannot afford to have individuals highly relevant to the case such as Anwar testifying against him. It is ironic that Mahathir now needs Anwar, the man he sacked and jailed.  Just as he now needs Lim Kit Siang, another man he jailed, because in reality Kit Siang controls the opposition as DAP have the vast majority of Parliamentary seats – whereas Mahathir’s party has just one.

4.      Mahathir's crusade is motivated not by the national interest, but by selfish personal interest. He is obsessed by saving his family legacy and making his son Mukhriz Mahathir Prime Minister.

5.      He has no principles and will do anything – including allying with those he jailed, calling for foreign intervention in our sovereign democratic nation, sabotaging our economy, and making 100 U-turns if so required to manipulate people's minds – just as a means to achieve his desired ends. Anwar may fall for this, but I believe the nation will not. Because with only one Parliamentary seat, the Chairman of Pribumi cannot decide who becomes Prime Minister. It would be grossly undemocratic.

6.      Mahathir demanded Tun Abdullah Badawi resign as Prime Minister, now demands my resignation, and will demand my successor resigns until his son becomes Prime Minister – whatever the cost to Malaysia. This time we will not let him succeed, because democratic process must prevail, and the interests of the country must come before Mahathir’s family.

7.      Nothing is more important than the needs of the people. So the government under my leadership will continue to focus unwaveringly on the economic welfare, social wellbeing and security of all Malaysians. Their interests must always come first, and we will deliver on our promises.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PRIME MINISTER OF MALAYSIA

Nota Kaki: Seperti macai ProTun selalu hastag di media-media sosial, #RinduZamanTun

19 Persoalan Kenapa Muka @cmlimguaneng Masam Di Majlis Sambutan Warisan Dunia Georgetown Terjawab


CTS ada membuat artikel kenapa muka Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng amat masam ketika di majlis sambutan Hari Warisan Dunia Georgetown, semalam. Baca di sini.

Terdapat beberapa sebab kemurungan muka Ketua Menteri. Pertama, ini disebabkan oleh pihak penganjur Chinese Clan Association memberi pengiktirafan kepada Mantan Ketua Menteri dari parti komponen Barisan Nasional, Gerakan, TS Dr Koh Tsu Koon di atas sumbangannya sehingga Bandaraya Georgetown mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Jadi tidak hairanlah apabila Joseph Lim Guan Eng bermurung durja disebabkan selama ini beliau mengaku pengiktirafan itu diperoleh setelah beliau mejadi Ketua Menteri dan memberi bayangan kononnya beliau dan Rejim DAP yang mengusahakan pengiktirafan itu.

Ini juga sekaligus menjawab persoalan macai DAP semalam kenapa TS Dr Koh Tsu Koon ada di majlis berkenaan semalam.

Kedua, ucapan Joseph Lim Guan Eng di dalam majlis berkenaan telah dipertikai di depan khalayak oleh hadirin yang hadir. Lihat video di bawah:

video

Di dalam ucapan Joseph Lim Guan Eng, beliau berkata Kerajaan Pulau Pinang bersih dan tidak terdapat sebarang rasuah. Jelas Lim Guan Eng lagi, Kerajaan DAP mempunyai cukup duit untuk menjalankan projek untuk faedah Rakyat.

Bagaimanapun, seorang hadirin mencelah dan bertanya kenapa Kerajaan Pulau Pinang masih memerlukan pinjaman dari Bank China sekiranya dana negeri mencukupi? Untuk soalan berkenaan, Lim Guan Eng terkedu.

46 Pandan Belum Habis Jelajah, Rafizi Ramli Ada Hati Nak Jelajah Malaysia Sebar Hasutan


video

Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli beberapa hari lepas telah mengeluarkan video di atas bagi menyatakan beliau akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara mulai bulan ini untuk menerangkan (baca menghasut) kepada penduduk mengenai 3 isu utama siri jelajah beliau iaitu harga barang, cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta pekerja asing.

Memandangkan Rafizi Ramli sibuk hendak memperkatakan mengenai tiga perkara ini, maka elok kita teliti satu persatu perkara berkenaan.

Isu gaji 

Rafizi mengulangi saranan supaya menubuhkan Suruhanjaya Perundingan Gaji Negara. Tidak ada mana-mana negara di dunia yang boleh memaksa majikan untuk menetapkan gaji setiap pekerjanya melainkan negara komunis. Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menambah baikkan struktur gaji pekerja di Malaysia dengan menaikkan gaji minima.

Tarikh kuat kuasa Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) adalah mulai 01/07/2016 ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja. PGM 2016 mengekalkan pemakaiannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmatan domestik seperti terkandung dalam PGM 2012. 

Melalui PGM 2016, kadar gaji minimum bulanan ditetapkan RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Isu kenaikan harga barang

Rafizi Ramli pernah menyatakan sebelum ini harga barang akan turun apabila harga minyak turun di bawah RM2 seliter. Sudah lima minggu minyak turun, ada nampak sebarang harga barangan yang turun? Formula Rafizi Ramli langsung tidak menepati sasaran.

Rafizi juga pernah meramalkan bahawa harga petrol dan diesel dijangka terus meningkat pada beberapa bulan akan datang dengan RON95 boleh mencapai tahap RM2.70 seliter pada Jun 2017. Katanya dalam satu kenyataan medi pada 06/02/2017,

Hari ini saya ingin menambah lagi berita buruk kepada rakyat Malaysia dengan memberi amaran lebih awal bahawa harga petrol dan diesel dijangka terus kekal pada paras yang tinggi (sekitar RM2.30 seliter) dalam beberapa bulan akan datang. 
Malah, saya menjangkakan harga petrol dan diesel akan terus naik pada beberapa bulan akan datang dan berkemungkinan mencecah RM2.70 (seliter) menjelang Jun 2017 sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan.
Sekarang? Memang ramalan Rafizi "ke laut". Terbaru mahu harga RM1.50 pula. Ini adalah bukti nyata cakap Rafizi tidak boleh dipakai.

Isu GST

Rafizi menyatakan GST perlu dimansuhkan tetapi sudah dua tahun dalam Belanjawan Alternatif pembangkang, masih ada GST.

Mereka cuma menukar rentak dengan "cadangan kadar sifar GST". Ya, sifar, bukan mansuh. Kini Rafizi mahu main wayang kononnya GST akan dimansuhkan.

Cuba buka balik belanjawan alternatif pembangkang. Itu belum lagi masuk Buku Jingga yang kini terus diam sahaja. Banyak janji Buku Jingga dan manifesto di Selangor yang sudah dicampak ke laut.

Dalam video itu juga, Rafizi turut menyentuh mengenai isu pekerja asing. Cuba pergi lihat di kawasan Pandan sendiri, berapa banyak pekerja Indonesia dan Bangladesh yang berada di situ. Dalam parlimen Rafizi sendiri penuh pekerja asing di Pandan Indah dan  Pandan Cahaya.

Bukan semua penduduk tempatan mahu buat kerja 3D iaitu "dirty, dangerous, difficult". Kerajaan juga cuba mengawal pekerja asing ini melalui proses e-card. Mana-mana pendatang asing yang tidak mempunyai kad itu akan ditangkap oleh Imigresen dalam usaha membersihkan pendatang asing haram.

Rafizi Ramli sendiri sedang berdepan dengan kes mahkamah. Mahkamah Tinggi di Shah Alam akan membuat keputusan pada 13 Julai ini berhubung rayuan oleh Rafizi terhadap sabitan kesalahan fitnah jenayah dan rayuan pendakwaan mengenai hukuman itu.

Nasib beliau sendiri belum diketahui, bagaimana Rafizi Ramli mahu bercakap tiga isu ini kepada Rakyat? Bercakap habiskan air liur sahajalah kerana tiga perkara ini belum tentu dipersetujui oleh semua komponen parti pembangkang.

Hal logo pun mereka gagal bersetuju apatah lagi bercakap mengenai tiga hal ini. Rafizi Ramli kena sedar diri, dia bukanlah sesiapa pun dalam pembangkang. Tercalon pun belum tentu dalam PRU14 kerana kes mahkamah. 

Hairan dengan Rafizi Ramli ini, jelajah kawasan sendiri di Pandan pun belum habis, sibuk pula hendak jelajah seluruh negara. Kesian dengan penduduk di Pandan. Terbiar begitu sahaja disebabkan Ahli Parlimen mereka terlalu "sibuk" dengan agenda sendiri.

Elok sekiranya Rafizi Ramli menjelajah Pandan sehingga habis. Tiga perkara yang Rafizi cakap itu banyak ada di Pandan. Kedai judi, rumah urut dan pusat maksiat berlambak di Pandan. Selesaikan dahulu isu pekerja asing di Pandan terlebih dahululah Rafizi Ramli.

39 Haiya Mr Chief Minister @cmlimguaneng, Why Your Face Look Gloomy?

Why you put on such a face on the day Penangites supposed to be celebrating George Town World Heritage Day Mr Chief Minister? You're not attending a funeral for DAP party, just yet right? I wonder whats he is thinking at that moment. I can only guess. This time I had it ..... first from bottom up. Joining Anwar soon at River Bamboo Inn.





3 Wan Ji Penipu? 2011 Kata Bela Anjing Haram, 2017 Kata, Tak Haram


Saya tidak berminat untuk mengulas isu panas di media sosial mengenai anjing sebagai haiwan peliharaan dari sudut Agama kerana saya bukan ahlinya. Biarlah orang yang ahli dan pakar dalam hal ehwal Agama yang mengulasnya. 

Isu tercetus apabila Ketua Pengarah JAKIM, TS Othman Mustapha membuat kenyataan, baca Malaysiakini di sini, agar Nurhanizah Abdul Rahman, pemilik anjing yang diberi nama Bubu agar segera bertaubat kerana menjadikan anjing itu sebagai haiwan peliharaan. 

Saya cuma tertarik dengan komen yang dibuat oleh Ketua Biro Agama PKR, Wan Ji Wan Hussin mengenai isu anjing sebagai haiwan peliharaan ini. Sekali lagi saya tegaskan, saya melihat isu ini dari sudut politik.

Dalam kelantangan Ustaz PKR Wan Ji Wan Hussin mengulas hukum hakam Agama Islam dalan memberikan hujah, rupa-rupanya Ketua Biro Agama PKR ini rupa-rupanya seorang penipu besar.

Tidak perlu mengulas panjang, dalam satu video ceramah beliau sendiri di Youtube pada 29/11/2011, tonton di bawah, Wan Ji sendiri dengan suara lantang dan yakin berkata menbela anjing hukumnya haram kecuali dua keadaan iaitu untuk berburu dan untuk menjaga keselamatan rumah atau kebun.

Kenapa beberapa hari lepas, beliau mengubah pendirian beliau dengan mengatakan tidak haram untuk Umat Islam membela anjing di rumah sebagai haiwan peliharaan. Baca Malaysia Access, di sini. Apakah pendirian Biro Agama PKR ini berubah setiap kali beliau bertukar parti? Apatah lagi berada di dalam parti PKR yang huru hara dalam bab Islam?

video

July 7, 2017

35 @cmlimguang Dan @limkitsiang Mesti Jadi Anak Jantan, Adakan Semula Pemilihan CEC


Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebentar tadi telah mengeluarkan Kenyataan Media di mana ROS telah membuat keputusan berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri bahawa parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) yang baharu.

Keputusan yang dibuat oleh ROS hari ini membuktikan bahawa barisan tertinggi kepimpinan parti DAP telah menipu dalam pemilihan parti mereka pada pemilihan tahun 2013.

Ini juga membuktikan mereka semua adalah hipokrit dan munafik apabila mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) konon nya tidak telus dalam PRU tetapi mereka sendiri adalah kaki penipu dalam pemilihan parti mereka.

Perlu diingatkan bahawa skandal penipuan dalam pemilihan CEC DAP ini telah dilaporkan oleh ahli DAP sendiri dimana ahli DAP tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29/09/2013 yang lalu. 

Adalah diharapkan Lim Guan Eng serta bapa beliau Lim Kit Siang tidak lagi berdrama dengan memberikan seribu satu alasan untuk tidak melakukan pemilihan semula CEC DAP.

Jika Lim Guan Eng anak jantan sudah semestinya beliau akan berani bertanding dan mempertahankan jawatan Setiausaha Agung parti yang disandang beliau sekarang.

Nota Kaki: Mengikut Kenyataan Media ROS, pemilhan semula mesti berdasarkan senarai nama perwakilan yang hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP pada 15/12/2012. Habislah Tokong. Ramai yang hendak 'cincang' beliau berdasarkan senarai ini.

Kenyataan Media penuh ROS adalah seperti berikut:
KENYATAAN MEDIA 
YBHG. DATO’ MOHAMMAD RAZIN BIN ABDULLAH 
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA 
MENGENAI STATUS PEMILIHAN SEMULA CEC PARTI DAP 
07 JULAI 2017 
PUTRAJAYA 
Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh beberapa orang pemimpin DAP mengenai status pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang telah diadakan pada 29 September 2013 dan juga kenyataan yang telah diberikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri pada 3 Julai 2017, yang menyebut bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Pertubuhan berhubung dengan isu yang dibangkitkan tersebut. 
Dalam hal ini, saya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan beliau telah menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), hendaklah berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri. 
Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak JPPM menganggap bahawa Parti DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini pihak JPPM tidak berniat sama sekali untuk membatalkan Parti DAP. Bersabit dengan aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013, pihak JPPM berpendirian bahawa pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula ini, adalah tidak sah dari segi undang-undang. Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan. 
Justeru, JPPM mengambil pendirian supaya pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC yang baharu yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf. Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP. Ini amat penting di sisi undang-undang memandangkan pelantikan bagi jawatan utama parti mempunyai peranan yang penting sebagai wakil parti yang mempunyai autoriti untuk menandatangani watikah pelantikan calon untuk mewakili parti dalam pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya. 
Sehubungan dengan itu, JPPM ingin menegaskan bahawa arahan akan dikeluarkan kepada pihak DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu untuk memilih 20 orang anggota yang sah, berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan ini diiktiraf oleh JPPM. 
#TAMAT# 
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
7 Julai 2017

58 DAP Cuba Babitkan MCA Dan Gerakan Dalam Isu CEC Parti Mereka


Memetik satu artikel dari akhbar Bahasa Cina, Oriental Daily bertarikh 06/07/2017, Lim Kit Siang telah mengingatkan MCA dan Gerakan supaya tidak terlalu seronok dengan masalah pendaftaran parti yang dihadapi DAP. Lim Kit Siang mendakwa jika DAP dibatalkan pendaftarannya MCA dan Gerakan akan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Nampak sangat DAP terdesak untuk menarik dua parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan untuk sama-sama melompat dalam isu pemilihan Central Executive Committee (CEC) parti mereka. Carian ke atas isu berkenaan tidak menjumpai sebarang komen atau ulasan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin MCA dan Gerakan ke atas isu tersebut. Ini isu dalaman DAP. DAP seharusnya menyelesaikan isu berkenaan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tanpa melibatkan pihak lain.

Kedua, di mana logiknya dengan dakwaan Lim Kit Siang bahawa sekiranya DAP dibatalkan pendaftarannya, MCA dan Gerakan akan kalah teruk di dalam PRU-14 yang akan datang. Siasatan ROS ke atas DAP adalah berdasarkan kepada dakwaan penyelewengan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri semasa pengundian pemilihan CEC. Langsung tidak ada kena mengena dengan ahli atau pemimpin MCA mahupun Gerakan. Agak janggal dan pelik sekiranya DAP mengatakan MCA dan Gerakan akan kalah teruk di dalam PRU-14 disebabkan undi simpati ke atas DAP.

Untuk rekod, di dalam PRU-13, MCA menang 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN manakala Gerakan menang 3 kerusi Parlimen dan 1 kerusi DUN. Masalah pendaftaran parti DAP dengan ROS bermula pada tahun 2012 iaitu sebelum PRU-13. Sehingga kini, setelah 5 tahun masalah itu belum selesai. Baru-baru ini dibangkitkan isu ini dibangkitkan semula, bukan oleh pihak lain malah dari pemimpin diktator DAP itu sendiri. Mungkin ini strategi murahan yang akan digunakan DAP semasa PRU-14 yang akan datang.

Nota Kaki: Mungkin secara sinis Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai akan mengulas isu ini dengan berkata, "kita minum dulu".


Kemaskini 6:00PM:

KENYATAAN MEDIA

YBHG. DATO’ MOHAMMAD RAZIN BIN ABDULLAH

PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA

MENGENAI STATUS PEMILIHAN SEMULA CEC PARTI DAP

07 JULAI 2017

PUTRAJAYA

Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh beberapa orang pemimpin DAP mengenai status pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang telah diadakan pada 29 September 2013 dan juga kenyataan yang telah diberikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri pada 3 Julai 2017, yang menyebut bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Pertubuhan berhubung dengan isu yang dibangkitkan tersebut.

Dalam hal ini, saya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan beliau telah menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), hendaklah berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri.

Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak JPPM menganggap bahawa Parti DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini pihak JPPM tidak berniat sama sekali untuk membatalkan Parti DAP. Bersabit dengan aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013, pihak JPPM berpendirian bahawa pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula ini, adalah tidak sah dari segi undang-undang. Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan.

Justeru, JPPM mengambil pendirian supaya pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC yang baharu yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf. Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP. Ini amat penting di sisi undang-undang memandangkan pelantikan bagi jawatan utama parti mempunyai peranan yang penting sebagai wakil parti yang mempunyai autoriti untuk menandatangani watikah pelantikan calon untuk mewakili parti dalam pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Sehubungan dengan itu, JPPM ingin menegaskan bahawa arahan akan dikeluarkan kepada pihak DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu untuk memilih 20 orang anggota yang sah, berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan ini diiktiraf oleh JPPM.

#TAMAT#

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
7 Julai 2017

23 Kenyataan @AzminAli Pakatan Rakyat Masih Wujud Mendapat Sindiran Sinis Daripada DAP

Kenyataan Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) masih wujud di Selangor dibidas Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Kesian Azmin Ali, Setiausaha Agong parti beliau sendiri menemplak kenyataan beliau. Kita tidak boleh salahkan Saifuddin Nasution kerana periuk nasi beliau ditentukan oleh Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Saiffudin dipetik Malaysia Gazette, baca di sini, berkata, di Selangor tiada lagi PR selepas gabungan itu yang turut disertai Pas berpecah pada tahun 2015 dan digantikan dengan Pakatan Harapan (PH) yang disertai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Azmin Ali juga turut mendapat sindiran sinis daripada pemimpin-pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Diktator Seumur Hidup DAP, Lim Kit Siang di dalam laman-laman sosial seperti di bawah. Mungkin mesej yang cuba disampaikan oleh mereka adalah, sedarlah diri Azmin Ali. PKR adalah macai dan balaci DAP sahaja.


July 6, 2017

89 Tun Dr Mahathir Mahu Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri

Sekembalinya anak perantau merangkap Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir dari London selama lebih kurang 10 hari, macai ProTun mengharapkan Tun Dr Mahathir akan membawa idea bernas untuk menjatuhkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Sebaliknya berita yang dibawa adalah beliau bersetuju Mantan Timbalan Perdana Menteri beliau, Anwar Ibrahim yang kini bercuti di River Bamboo Inn dilantik menjadi Perdana Menteri. Percutian Tun Dr Mahathir yang dikatakan menelan belanja £30,000 duit Rakyat Malaysia atau RM160,000 yang dibiayai oleh waran peruntukan menjadi sia-sia belaka. 

Jangan katakan macai ProTun, kami penyokong-penyokong Kerajaan sekalipun menjadi 'blank' kalau setakat ini sahaja strategi daripada Pengerusi Parti Chap Bunga selapas berhari raya di London. Adakah keputusan ini hasil daripada lawatan anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah awal minggu ini ke London bertemu Tun Dr Mahathir?


Kalau setakat hendak menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tidak perlulah Tun Dr Mahathir bersusah payah menghadapi gelombang reformasi Rakyat pada tahun 1998 dengan memenjarakan Anwar Ibrahim. Bukankah lebih senang beliau terus menaikkan Mantan Timbalan beliau itu terus sebagai Perdana Menteri selepas beliau?

Tun Dr Mahathir yang sebelum ini memecat Anwar Ibrahim dan menuduh bekas Timbalan beliau itu sebagai tidak bermoral, korup dan menyalah gunakuasakan akhirnya bersedia menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Tun ... Tun ... banyak sangat u-turn yang dilakukan. Kita risau banyak sangat u-turn menjadikan Tun manusia munafik.


Kemaskini 07/07/2017; 3:30PM:

July 5, 2017

162 Lompat Si Katak Lompat, Lompat Ezam Tinggi-Tinggi


Saya puji tajuk Astro Awani yang 'catchy' iaitu Ezam Keluar Parti Sendiri. Ezam Mohd Noor adalah insan yang istimewa. Pemegang rekod sebagai pemimpin parti yang paling banyak keluar parti termasuk parti yang ditubuh oleh beliau sendiri.

Tindakan Ezam tidak jauh berbeza dengan Mantan Perdana Menteri 22 tahun di mana beliau menubuhkan UMNO Baru pada tahun 1988, dan  selepas itu keluar parti dua kali! Guinness Malaysia Book of Records wajiba meletakkan nama Ezam Mohd Noor sebaris dengan pencipta-pencipta rekod di Malaysia.

Keluar UMNO, masuk PKR. 

Keluar PKR, masuk UMNO.

Keluar UMNO masuk Pati Chap Bunga,

Keluar Parti Chap Bunga masuk Parti New Gen.

Sekarang keluar Parti New Gen nak masuk PKR semula agaknya?

Asyik keluar parti saja Ezam? Kotak mana kotak? 6 kotak mana?

75 Percaturan Semula PKR Untuk PRU Akan Datang Versi Surat Khabar Cina


Keratan suratkhabar Kwong Wah bertarikh 04/072017: "Pencaturan semula Untuk PRU Yang Akan Datang" (terjemahan / sumber: YB Norlela Ariffin)

Mungkin ada perubahan besar seluruh barisan pimpinan MPN Pulau Pinang. Dr Wan Azizah akan bertanding di Parlimen PJ Selatan kerana lebih senang untuk sering melawat Anwar Ibrahim. Hee Loy Sian akan tanding di DUN dan dijangka bersedia untuk menjadi Exco. 

Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh. Nurul Izzah dijangka akan melepaskan Lembah Pantai dan mewakili Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh. Peluang Saifuddin Nasution untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri (TKM) I tinggi. 

Kemungkinan besar Saifuddin Nasution akan bertanding di DUN Penanti dan menjadi TKM I. Saifuddin Nasution adalah orang yang paling Anwar Ibrahim percayai dan juga calon yang DAP Pulau Pinang sokong. 

Norlela pula dikhabarkan akan bertanding di DUN Kajang, Selangor. Norlela dan Dr Wan Azizah sudah ada persetujuan untuk balik ke Selangor tetapi perlu mendapat kelulusan Azmin Ali. Maklumat juga menunjukkan bahawa Dr Afif Bahardin juga akan bertanding di Selangor tetapi bergantung kepada keputusan Azmin Ali.

Dr Mansor mungkin akan melepaskan kerusi Parlimen dan bertanding DUN. Dr Mansor lebih cenderung untuk bertanding di DUN dan kembali menjadi TKM I. Beliau adalah Pengerusi MPN, orang Azmin Ali dan berkemungkinan besar akan bertanding DUN. Sekiranya parti hendak beliau kekal Parlimen, kemungkinan besar akan tanding DUN dan Parlimen. 

TKM I Rashid telah memohon balik ke Johor. Beliau sedar kelemahan sendiri dan sudah memohon bertanding di Muar atau satu kerusi Parlimen. DUN Pantai Jerejak akan ada calon lain bertanding. Law Choo Kiang akan kekal DUN Bukit Tambun, Ong Chin Wen akan kekal di DUN Bukit Tengah dan Lee Khai Loon akan kekal DUN Machang Bubuk. DUN Batu Uban dan DUN Kebun Bunga pula akan menyaksikan kemunculan calon baru.

Kesimpulan: PKR bukanlah sebuah Parti Rakyat, sebaliknya parti untuk diri sendiri kerana percaturan ini hanyalah untuk menyelamatkan diri mereka sendiri walaupun acapkali mereka meluangkan "Selamatkan Malaysia". PRU14 ini bakal menyaksikan PKR kembali ke zaman gelap kerana mereka akan kalah teruk seperti mana pada tahun 2004. 

July 4, 2017

227 4 Julai Tarikh Ahli Politik Pembangkang Berjanji Untuk Bersara, Skrip Lama Daa ...


4 Julai selalunya akan dikenang sebagai hari kemerdekaan Amerika Syarikat. Di Malaysia, tarikh 4 Julai akan dikenang sebagai ahli politik pembangkang bersinetron untuk meletakkan jawatan.

4 Julai 2012, Ketua Umum (KETUM) PKR berjanji akan menimbang untuk meletakkan jawatan sekiranya pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Seperti biasa sejak merdeka, pembangkang kalah dan Anwar Ibrahim kekal menipu tidak meletakkan jawatan.

4 Julai 2017, Penasihat Diktator Seumur Hidup DAP turut menimbangkan untuk meletakkan jawatan dan bersara daripada politik, ekoran ketika ini parti DAP dikatakan kononnya berdepan dengam ancaman diharamkan menjelang PRU14 yang akan datang.

Seperti Anwar Ibrahim, ini semua cakap-cakap lidah tidak bertulang. Selepas parti DAP kalah teruk dalam PRU14 yang akan datang, Lim Kit Siang akan tetap kekal sebagai Penasihat Diktator DAP selagi beliau tidak mampus.

165 Kenapa Fuziah Salleh Tak Sokong Pengharaman Bauksit?



Nampak gayanya, YB pembangkang yang ada di Negeri Pahang ini masih lagi keliru dan bercelaru dengan asas untuk berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Jika dilihat dari satu sudut, kepimpinan Pakatan di Pahang seolah-olah ketandusan idea untuk memujuk rakyat menyokong perjuangan mereka sehingga terpaksa mengitar semula isu yang sudah basi.

Salah satu isu yang sering kali menjadi isu ialah mengenai perlombongan bauksit yang telah dihentikan ekoran tindakan Kerajaan Pusat mengenakan moratarium ke atas aktiviti tersebut.

Terbaru, Ahli Parlimen PKR Kuantan cuba mengitar semula isu tersebut dengan membuat desakan agar pihak Kementerian yang berkenaan membekukan permit mengeksport bahan mineral tersebut. Baca laporan Malaysiakini, di sini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, YB PKR itu menggesa agar pihak Kerajaan Pusat membersihkan terlebih dahulu longgokkan bahan mineral itu dan tidak membenarkan ianya dieksport keluar Negara.

Namun apabila diajukan soalan, kenapa YB PKR itu hanya mendesak agar permit mengeksport itu hanya diminta agar dibekukan dan tidak diharamkan terus jika benar ianya merosakkan alam sekitar?

Kalau dilihat dari satu sudut, jika perlombongan bauksit itu diharamkan sepenuhnya, maka sudah pasti tidak ada isu yang boleh dibangkitkan. Tiada lagi sebarang isu pencemaran alam sekitar yang akan berlaku.

Tetapi jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan itu ternyata mengecewakan dan ianya berbelit-belit. Beliau menjelaskan bahawa isu adalah mengenai prosedur yang dilaksanakan.

Bahkan dalam masa yang sama, YB PKR itu juga turut mengakui bahawa moratarium yang dikenakan pada ketika ini sama fungsinya dengan mengharamkan pengeluaran bahan mineral tersebut.

Maka, jika moratorium itu boleh disamakan dengan pengharaman ke atas pengeluaran bahan mineral tersebut, kenapa YB PKR itu masih mahu mendesak agar permit mengeksport bahan tersebut dibekukan?

Persoalan yang paling utama, kenapa YB PKR itu tidak menyokong cadangan untuk mengharamkan perlombongan bahan mineral tersebut secara keseluruhan? Kenapa dia tidak membawa cadangan itu ke Parlimen?

Sekiranya benar Ahli Parlimen PKR Kuantan itu betul-betul mahu memperjuangkan isu alam sekitar, maka itu yang sepatutnya dilakukan. Haramkan terus pengeluaran bahan mineral tu. Sudah tentu tidak ada isu yang akan merosakkan alam sekitar!!!

July 3, 2017

76 Tidak Berminat Dengan Isu DOJ, @RafiziRamli Menghasut Pemandu Teksi Pula



Agak pelik bagi seorang pakar strategis kononnya seperti Rafizi Ramli tidak berminat menghentam Kerajaan seperti rakan-rakannya dalam Parti Chap Bunga dalam isu 1MDB dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. Amat-amat pelik bukan? Sebaliknya, Rafizi Ramli lebih berminat dengan bukan isu nasional seperti isu teksi! Sejak bila menghasut pemandu teksi menjadi KPI utama beliau?

Bertempat di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pagi tadi, Rafizi Ramli bersama-sama ADUN Hulu Langat, Dato Abdullah Sani telah mengadakan perjumpaan dengan persatuan pemandu teksi yang baru ditubuhkan iaitu PERJIWA. Tidak dapat dipastikan singkatan PERJIWA untuk apa. Mungkin orang sakit jiwa.

Antara isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pandan ini adalah perkhidmatan e-hailing seperti UBER dan GRAB yang telah mengambil alih rezeki pemandu teksi dan juga masalah sewa teksi yang mahal. Rafizi Ramli dan rakannya Abdullah Sani tidak memahami isu teksi dan permasalahan mereka. Rafizi Ramli dan Abdullah Sani sekadar mempergunakan pemandu teksi sekadar untuk keuntungan politik mereka.

Pertama, Rafizi Ramli berkata beliau hanya mahu dan akan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang untuk e-hailing sebaliknya beliau tidak berani memberi jaminan untuk berusaha menghapuskan undang-undang e-hailing untuk perkhidmatan GRAB dan UBER. Mengapa? Pemandu-pemandu teksi seharusnya meminta Rafizi Ramli supaya berjuang untuk mengharamkan perkhidmatan GRAB dan UBER. Ada beranikah Rafizi Ramli?

Kedua, pemandu UBER dan GRAB kebanyakannya menggunakan kereta mereka sendiri. Itulah sebabnya mereka tidak perlu membayar yuran sewa harian kepada orang lain untuk penggunaan kereta mereka. Persoalan pemandu teksi kepada Rafizi Ramli sepatutnya adalah sekiranya pemandu teksi tidak mempunyai kenderaan sendiri, adakah INVOKE, syarikat kepunyaan Rafizi Ramli akan memberikan kenderaan percuma kepada pemandu-pemandu teksi?

Ketiga, pemandu UBER dan GRAB juga perlu membayar komisen besar yang dianggarkan pada 23% - 30% dari yuran yang mereka terima terutama untuk perkhidmatan e-hailing. Ini sesuatu yang pemandu teksi tidak perlu sediakan kepada syarikat teksi.

Keempat, pemandu teksi juga dibenarkan membeli dan memiliki teksi mereka sendiri dan tidak perlu membayar sewa harian. Sistem ini mirip dengan perkhidmatan UBER dan GRAB kecuali mereka tidak perlu membayar komisen tinggi daripada tambang mereka untuk perkhidmatan e-hailing daripada syarikat.

Dan yang terakhir, untuk pengetahuan Rafizi Ramli juga, antara masalah pemandu-pemandu teksi yang terbesar adalah masalah permit pajak. Jika dahulu permit diberikan kepada syarikat-syarikat. Namun, masalah ini kini secara perlahan-lahan telah mula dapat diatasi. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP) pada telah menyerahkan setakat ini 600 lesen individu kepada kumpulan pemandu yang layak dan telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak. 

Pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Di bawah program TITP, kesemua 600 penerima lesen individu ini setakat ini telah diberikan geran tunai Kerajaan RM5,000 bagi membantu mereka untuk membeli kenderaan baru. Geran ini adalah sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Bajet 2017.

Dengan segala bantuan yang Kerajaan berikan kepada pemandu-pemandu teksi, apa lagi yang Rafizi Ramli mahu perjuangkan?

54 Pemimpin Kerajaan Bukan Islam Selangor Biadap Dengan Sultan Selangor?



Semalam berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri peringkat Negeri Selangor bertempat di Padang Perbandaran MPAJ di Pandan Indah. DYMM Sultan Selangor dan Keluarga Baginda mencemar duli untuk hadir ke majlis tersebut.

Apa yang mendukacitakan apabila pemimpin-pemimpin bukan Islam Kerajaan Selangor dari parti DAP dan PKR tidak hadir di majlis sambutan Hari Raya anjuran Kerajaan Negeri. Sebagai contohnya, Tony Pua sibuk mempromosikan 'Penang Food Festival' di Central Park, 1Utama, Petaling Jaya manakala pasangan Upin dan Ipin, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dan rakannya dari Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, sibuk mempromosikan larian '#IlovePenang'.

Speaker Selangor, Hannah Yeoh tidak nampak muka di dalam Majlis Rumah Terbuka berkenaan. Malah laman sosial Facebook beliau tidak ada langsung ucapan Selamat Hari Raya kepada pengundi-pengundi Islam di Selangor.

Ironinya, Bugs Bunny Pua dan Upin dan Ipin sibuk mempromosikan acara Kerajaan Penang di Selangor sehingga tidak sempat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Selangor yang dihadiri oleh DYMM Sultan Selangor. Amat biadap sekali! Kedua, Untuk apakah acara larian '#IlovePenang' dan 'Penang Food Festival' diadakan di Selangor? Penang sudah kehabisan tanahkah dijual Tokong?



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates