June 13, 2017

50 Tokong Claim Penang Only Sold RM657.6 Million Of Land From 2008 To 2015, What A Joke!


In a bid to defend himself, Chief Minister of Penang, Joseph Lim Guan Eng dismissed allegations by certain individuals that the state’s profit or its budget surpluses came from the sale of land. He said yesterday, quoted by The Star, read here,
The premium obtained from the sale of land from 2008 to 2015 was about RM657.6mil. However, the state used RM500mil to build low-cost, low medium-cost, public and affordable housing, leaving only about RM157.6mil. The state obtained a total revenue of about RM4.94bil from 2008 to 2015.
According to Joseph Lim Guan Eng, only RM657.6mil land sales from 2008 to 2015. However, his following statement contradicted each others:

1. On 02/05/2012, Joseph Lim Guan Eng praised himself and mentioned that just one sale of Bayan Mutiara land is already RM1.07 billion. Read here.

2. And then on 16/12/2016, Joseph Lim Guan Eng said that, "From 2008 to 2015, he Penang Development Corporation (PDC) sold RM1.94 billion worth of land for industrial and mixed development purposes". Read here.

Most are aware that PDC is 100% owned by the Penang Government thus many are curious why Joseph Lim Guan Eng still claim that Penang only registered RM657.6 million in revenues from state land. Where did this RM1.94 billion go to and where is it used?

Read what Barisan Nasional Strategic Communications (BNSC) Team has its said below,
BNSC MEDIA STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
Four Senior DAP Leaders Responded But No Questions Answered
1. We are encouraged that four senior DAP responded to our statement on Sunday questioning if Penang is on a path to a failed state or bankruptcy.
2. Penang EXCO YB Chow Kon Yeow's response was merely to say f Penang is a failed state, the Federal government should call for a general election as soon as possible.
However, we are unsure how that answers our questions. 
3. YAB Lim Guan Eng was next to reply. He claimed that Penang had only registered revenues of RM657.6mil from land sales from 2008 to 2015.
4. YAB Lim's reply has raised many questions from people who remembered YAB Lim praising the sale of RM1.07 billion worth of sate land in Bayan Mutiara in the year 2011. Or the sale of RM484 million of land in Batu Kawan to Aspen Vision in 2014 saying that the entry of IKEA to sell furniture to Penang people would be an economic game-changer for the state.
5. Questions were also raised as YAB Lim was reported on 16 December 2016 to have confirmed that the Penang Development Corporation (PDC) had sold RM1.94 billion in land from 2008 to 2015,  
6. Most are aware that PDC is 100% owned by the Penang Government thus many are curious why YAB Lim still claim that Penang only registered RM657.6mil in revenues from state land.
7. We are also dismayed that YAB Lim did not want to challenge our claim that as much as RM37 billion of state land, land rights and assets have been sold or traded away since 2008 and take up our offer for us to show him our list for him to confirm or dispute.
8. DAP Supremo YB Lim Kit Siang's reply however was that Penang will not fail but Malaysia will become a failed state instead - a claim that Kit Siang had repeated since the 1960s including in a 1978 book of his titled "Timebombs in Malaysia". 
9. Malaysians have been waiting 50 years for Kit Siang's much-repeated prophecy of Malaysia becoming a failed state.
However, a key question would be if Malaysia is set to become a failed state and bankrupt then how is the Federal Government going to guarantee the billions in loans from China's EXIM Bank that YAB Lim Guan Eng wants to borrow for the state?
10. Penang Deputy Chief Minister II YB P.Ramasamy also responded by claiming that Penang has been saved by DAP.  As proof, YB P.Ramasamy said that DAP had educed 95% of Penang's state debt. 
11. However, YB P.Ramasamy had neglected to explain that it was the Federal Government who in 2011, had converted a RM655 million debt of Penang into annual lease payments over 45 years - which means the state actually ends up paying the same RM655 million amount - that allowed the Penang State Government to boast a 95% reduction in state debt.
In fact, YAB Lim had issued a press statement to thank Prime Minister YAB Najib Razak and the Federal Government for this assistance.
12. We are disappointed that despite four top DAP leaders responding to our statement with various rhetoric and diversion, none of our questions were actually answered. We repeat them in brief here:
a) Is it true that the Penang Govt has sold or traded away at least RM37 billion worth of state land, land rights and assets since DAP took over in 2008? 
b) Is it true that there is not much state land left to sell as stated by Penang EXCO YB Chow Kon Yeow last year?
c) Is it true that the cost of the Penang Transport Masterplan Project has increased in price from RM27 billion to RM46 billion over the past year as stated by YB Chow Kon Yeow?
d) Is it true that the Penang State Govt will resort to bank borrowings to make-up the RM19 billion gap between RM27 billion and RM46 billion as was stated by YB Chow in his interview with The Edge last July?
e) Did the Penang Govt recently diverted funds from the state reserves as emergency loans of RM609 million to the state-owned Penang Development Corp, which has seen its profits plunge by 80% in recent years and another RM30 million to the Penang Water Supply Corporation (PBA)?
All these questions are relevant to the future of Penang and its people - especially in light of the recent confirmation by the State Government that yearly state operating expenses have increased 500% since DAP took over in 2008.
Barisan Nasional Strategic Communications (BNSC) Team, Putrajaya

13th June 2017

June 12, 2017

102 Penaga Dilanda Ribut, Mana Lim Kit Siang?




Penaga dilanda ribut kuat awal pagi tadi membadai puluhan rumah. Sepanjang dua minggu ini cuaca di Kepala Batas sangat baik dan cerah, tidak mendung dan tidak hujan dan sentiasa panas. Tapi awal subuh tadi ribut kuat melanda tanpa disangka-sangka. 

Setiap kejadian dan bala bencana yang Allah turunkan, ada sebab musababnya. Allah mahu umatnya berfikir dan beringat. Kita mengharapkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dapat turun melawat dan memberi sumbangan seadanya kepada penduduk Penaga. 

Janganlah hanya datang makan sedulang konon berbuka puasa dengan penduduk semata-mata untuk mengaut undi Melayu seperti mana yang beliau lakukan minggu lepas. Lain kali ajaklah lagi apek tua datang berbuka puasa di Penaga, kali ini jangan kata makan sedulang, silalah suap ke mulut sekali.



Kecenderungan kedua-dua beranak Lim Kit Siang dan Joseph Lim Guan Eng berbuka puasa dengan Umat Islam, bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh. Joseph Lim Guan Eng pernah melakukan makan sedulang sewaktu berbuka tahun lepas. Tahun ini teknik seumpamanya diikuti oleh bapanya.

Tindakan mereka merendahkan kedudukan mereka semata-mata untuk berlakon mendapatkan kepercayaan Umat Islam merupakan satu perkara yang amat menjijikkan. Sebolehnya mereka cuba untuk menutup persepsi Umat Islam bahawa DAP anti Islam.



June 11, 2017

88 EXCO Armada Desak Pengerusi Dedah Kekayaan Anaknya Dan Presiden Nafi Skandal Seks Nika Gee


video

EXCO pusat Armada Parti Cap Bunga merangkap ketua biro keselamatan pusat, Muhammad Hafiz bin Azhar semalam dalam sidang media beliau, mendesak pengerusi Parti Cap Bunga, Tun Dr Mahathir untuk menjelaskan mengapa anak-anak beliau begitu kaya dalam masa yang singkat.

Hafiz juga mendesak Presiden Parti Cap Bunga, TS Muhyiddin Yassin untuk membersihkan nama dan menafikan skandal seks beliau ada dengan perempuan bernama Nika Gee.

Bagi minions Parti Cap Bunga Raya ini, CTS sudah nampak bagaimana mereka hendak spin isu ini. Caranya ialah dengan menuduh Hafiz & Co. sebagai barua UMNO. Memang betullah.

Perlu diingatkan, Pengerusi, Presiden dan hampir keseluruhan ahli-ahli Parti Cap Bunga berasal dari UMNO. Bezanya mereka ini golongan yang terpinggir dan kecewa tidak mendapat habuan dan jawatan.


44 Ahli Parlimen DAP Kluang Dihalau Pengundi Di Pasar Ramadhan


video

Mungkin dengan niat bermuka-muka mendekati Rakyat 5 tahun sekali, Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong, telah dihalau oleh pengundi-pengundi beliau sendiri di Pasar Ramadhan di kawasannya. Niat untuk mengedarkan beberapa biji buah kurma tergendala apabila beberapa peniaga Pasar Ramadhan mengamuk dengan kehadiran beliau dan rombongannya.

Kita ingatkan apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang dapat makan sedulang dengan barua-barua Melayu baru-baru ini, penerimaan Masyarakat Melayu kepada Cina cauvinistme sudah menjadi nyata. Namun, sangkaan tersebut meleset. Masih ramai yang masih tidak dapat menerima pemimpin DAP untuk memerintah mereka.

Nota Kaki: Nasihat kepada Liew Chin Tong, kalau datang melawat Rakyat bertahun-tahun sekali, janganlah bawa buah kurma sahaja. Itu penghinaan namanya. Bawalah sampul duit raya beratus-ratus seorang. Barulah senyum sikit pengundi-pengundi hendak menerimanya.

Ini pula peristiwa di sebalik tabir bagaimana kurma berkenaan dibungkus. Kenapa semua Cina-Cina DAP ini berpakaian hitam ya? Berkabung bagi orang Islam makan kurma?


June 10, 2017

52 Nampak Sedap Khariah Surau Makan Sedulang Dengan Lim Kit Siang Kan?



Kenapa agaknya Ramadhan tahun 2014, 2015 dan 2016 kita tidak pernah melihat Penasihat DAP seumur hidup makan sedulang dengan orang-orang Islam semasa berbuka puasa?

Jawapannya mudah. Ini disebabka pada tahun-tahun berkenaan Pilihan Raya Umum (PRU) lambat lagi hendak diadakan. Tahun ini atau tahun depan, PRU wajib diadakan. Mahu atau tidak kenalah apek ni makan sedulang dengan orang Islam semasa berbuka. 

Mengambil hati orang-orang Melayu bukannya susah. Namun, 'salute' dekat apek tua ini. Serba serbi boleh. Makan sedulang buka puasa boleh. Makan dengan awek seksi boleh. Minum tuak sehingga pengsan ketika Pesta Keamatan pun boleh.



June 9, 2017

67 Tokong Bagi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidil Fitri, Tapi Dengan Syarat-Syaratnya ...

Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengistiharkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Bersempena Hari Raya Aidil Fitri berjumlah 0.75 bulan gaji atau minima RM1,000. Itupun tertakluk kepada beberapa syarat yang digariskan di bawah. Yang pasti denda dikenakan dengan menolak 0.25 bulan gaji dari jumlah BKK berkenaan sekiranya penjawat awam berkenaan cuti sakit melebihi sehari.

Tiga suku bulan gaji atau RM1,000 BKK Hari Raya untuk 3,741 orang kakitangan awam Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Pusat bagi BKK tanpa syarat, Rejim DAP Pulau Pinang bagi BKK macam-macam syarat dikenakan. Itupun, ada ura-ura sebelum ini kata Rejim Pulau Pinang bagi bonus 3 bulan! Minta maaflah nooo. Tokong sudah tidak ada duit. Duit simpanan sudah bagi sama PDC untuk buat projek. Tanahpun sudah bo liou maa, tidak ada apa lagi hendak dijual.

Namun, pengumuman berkenaan tidak pula menyatakan bagaimana status penjawat awam yang menghadapi perbicaraan Mahkamah. CTS berpendapat pemberian BKK ini sepatutnya tidak wajar diberikan kepada penjawat awam yang sedang menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah (contohnya seperti membeli rumah baglo tanpa kolam renang di bawah harga pasaran), sehingga penjawat awam berkenaan bebas daripada tuduhan berkenaan.





June 8, 2017

84 The Largest And Sexiest Foam Party? Only In Penang


Betulkah iklan di atas? Ini bukan iklan di negara jiran kita di Hadyai, Thailand. Ini iklan di Pulau Pinang. Dalam umat Islam masih sibuk menyambut bulan Syawal, Tokong pula sibuk dengan parti buih. Acara akan diadakan di Lebuh Cecil, Georgetown.

Dengan tema 'the largest and sexiest', pesta buih ini pasti akan menarik perhatian ramai. Jangan macai Tokong mengeluarkan debat mempertahankan Tokong mengatakan Tokong tidak tahu acara ini. Mustahil beliau tidak tahu. Beliau adalah satu-satunya manusia yang mempunyai jawatan paling banyak dalam Pulau Pinang Darul Lim.

01) Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang
02) Ahli Parlimen Bagan
03) Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih
04) Chief Minister Incorporated 
05) Pengerusi Penang Development Corporation
06) Pengerusi Penang Hill Corporation
07) Pengerusi PBA Holdings Berhad
08) Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
09) Pengerusi Penang Global Tourism
10) Pengerusi BPO Premier Sdn Bhd
11) Pengerusi Premier Horizon Ventures Sdn Bhd
12) Pengerusi Penang Convention & Exhibition Bureau
13) Pengerusi George Town World Heritage Inc.
14) Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
15) Pengerusi Lembaga Invest-in Penang Berhad
16) Pengerusi Penang Science Cluster
17) Pengerusi Penang Stem Sdn Bhd
18) Pengerusi Penang Future Foundation
19) Pengerusi Lembaga Pengarah Penang Institute
20) Pengerusi PYDC Strategies Sdn Bhd
21) Pengerusi PDC Telecommunications Services Sdn bhd
22) Pengerusi Penang Tech Centre Berhad
23) Pengerusi PGC Strategies Berhad
24) Pengerusi Penang Chinese Temples Endowment Exco Committee

16 Dulu Tidak Mengaku, Sekarang C4 Secara Terang-Terangan Tidak Malu Mengaku Ajen Asing


Pengarah Centre To Combat Corruption and Cronisym (C4), Cynthia Gabriel, sebuah NGO pro pembangkang baru-baru ini telah menerima anugerah daripada National Endownment For Democrasy (NED) yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Jika dahulu C4 menerima bantuan daripada NED secara tersembunyi, kebelakangan ini usaha ini dilakukan secara terbuka. Baguslah pertubuhan NED ini. Sudahlah diberinya peruntukan, ditambah dengan anugerah lagi. 

Kita teruja dengan kebaikan yang dilakukan okeh NED kepada C4. CTS teringat dalam satu skrip P Ramlee dalam filem Madu Tiga, "baik ... baik ada makna tu." Diharap untuk tahun mendatang, NED akan beri lebih wang untuk C4, NGO yang diketuai oleh Cynthia.

Pada tahun 2015, C4 mendapat geran dari NED sebanyak USD35,000, manakala pada 2016 meningkat pula kepada USD50,000. Kedua-dua ini jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia adalah sejumlah RM362,783.39.

Tahun 2017 berapa pula NED akan berikan pada C4 untuk melawan korupsi dan kronisme? Tiada pula dinyatakan di laman sesawang NED. Patutlah pembangkang begitu istiqamah menentang pengujudan akta sumber dana pilihanraya.

Untuk rekod, NED merupakan organisasi bukan bersumberkan keuntungan yang diasaskan oleh Amerika Syarikat untuk 'mempromosikan demokrasi di seluruh rantau'. Ianya dibiaya oleh kongres Amerika Syarikat. Demokrasilah sangat Amerika Syarikat tu kan?

117 Selepas Budiman Zohdi, Noh Omar Pula Terkena Politik Tidak Matang @AzminAli


Menteri Besar Selangor sekali lagi menunjukkan peribadi yang tidak matang di dalam politik apabila gagal untuk menjemput Wakil Rakyat Tanjung Karang, DS Noh Omar, ketika Tuanku Sultan Selangor merasmikan Masjid Al Jannah, Kampung Haji Razali.

Sebelum ini juga tidak sampai sebulan, Azmin Ali turut bersifat kebudak-budakan apabila gagal juga menjemput Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Zohdi ketika Tuanku Sultan Selangor melawat Sekinchan.

Agar kurang sopan Menteri Besar Selangor meminggirkan tuan rumah ketika lawatan rasmi Baginda Sultan Selangor, walaupun berbeza dari segi ideologi politik. Dalam hal ini, Mantan Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim lebih matang dan berjiwa besar. Pasti Azmin Ali kesipuan ditegur DS Noh Omar. Tahniah DS Noh Omar.




June 7, 2017

150 Tun Dr Mahathir Mengalami Amnesia Berpilih, Dalam Negara Cakap Lain, Di Luar Negara Cakap Lain


video

Bercakap pada Persidangan Antarabangsa ke-23 mengenai Masa Depan Asia, anjuran Nikkei Inc pada 06/06/2017, Tun Dr Mahathir mencadangkan ahli-ahli TPPA perlu sebaliknya menjemput China, ekonomi terbesar di rantau ini setakat ini, untuk menyertai gabungan berkenaan. Kata beliau, tanpa Amerika, negara-negara ASEAN boleh memikirkan cara-cara baru untuk bekerjasama antara satu sama lain dengan cara yang lebih saksama. Amerika katanya cenderung untuk menentukan dan memaksa pandangan sendiri. Sumber Nikkei Asian Review di sini dan di sini.

Tun Dr Mahathir terbukti telah mengalami amnesia berpilih. Apabila beliau berucap di pentas antarabangsa, beliau telah memuji China sebagai satu kuasa ekonomi terbesar yang mencorakkan perdagangan dunia. Sebaliknya, di dalam ceramah-ceramah beliau di dalam negara, apabila Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan China, beliau menuduh DS Najib ingin menjual negara.

Mengenai initiatif 'One Belt One Road (OBOR)', Tun Dr Mahathir berkata ia adalah "satu idea yang baik jika anda menggunakan laluan laut melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan." Bukankah projek OBOR mendapat tentangan yang hebat dari pembangkang Malaysia? Sudah 'u-turn' ka? Di dalam ceramah beliau di Malaysia, beliau sering menegaskan adalah merbahaya menjalinkan hubungan ekonomi dengan China. Sekarang beliau menyokong projek OBOR yang mana Malaysia terlibat di dalamnya?

Di Jepun Mahathir memuji negara China pula sedangkan di Malaysia, Mahathir menuduh Malaysia menjual kedaulatan kepada China dalam banyak projek pelaburan negara tersebut di negara ini, termasuklah Bandar Malaysia, pembelian saham Proton oleh Geely, projek ECRL, lawatan Perdana Menteri ke China dan Forest City .

Yang pasti, Tun Dr Mahathir menegaskan sekali lagi beliau ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi, walaupun untuk jangka masa yang pendek. Dulu sungguh sungguh menangis kata "tak mau dah" sebab "dah lama dah". Namun sekarang ini sungguh sungguh hendak jawatan itu balik. Tun Dr Mahathir sudah terdesak sangat. Sanggup buat apa sahaja demi kroni dan anak sendiri. Buat 'u turn' pun tidak mengapa janji matlamatnya tercapai. Ibrata kata, 'the ends justify the means'. Yang tak boleh tahan, apabila beliau berkata,
The prime minister Najib has become too powerful. I was powerful, but I didn't abuse my powers. That is why I was re-elected five times.
Ya lah Tun, yang baik, zuhud dan tidak pernah salah guna kuasa hanya Tun seorang.

29 Rafizi Oh Rafizi ... Takkan Nak Tuduh Orang Guna 'Spreadsheet' Saja?




Di atas adalah kononnya dokumen rahsia sulit lagi menyulitkan yang disebarkan melalui media sosial, dikatakan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menyalah gunakan dana SRC untuk membayar Peguam Negara, TS Muhammad Shafee Abdullah berjumlah RM9.5 juta untuk kos guaman Anwar Ibrahim.

Nampak cantik dan tersusun. Sayangnya, bukti yang digunakan oleh Sotong dan pengikut agamanya hanyalah dibuat dengan menggunakan aplikasi 'spreadsheet'? Tiada pengesahan? Kenapa tidak cakap dari awal? Anak saudara CTS yang berumur 8 tahun mungkin boleh melakukan dengan lebih baik!

Kalau hendak menipu boleh. Sekurang-kurangnya, dapatkanlah '3rd party verification'. Jelaskan tuduhan, dedahkan bukti yang tidak nampak lucu satu persatu dan jelaskan naratif. Hendak menipu tidak pandai. Mungkin di mata penganut agama Sotong, perkara ini nampak besar, namun bagi seorang juruaudit bertauliah yang berpengalaman berbelas tahun, 'spreedsheet' di atas CTS hanya bakul sampahkan.

Mudah-mudahan TS Muhammad Shafee akan menyaman pihak-pihak yang membuat fitnah bodoh ini. Biar mereka gelabah mencari bukti. Teringat CTS dekat DAP. Mungkin Sotong belajar dari DAP yang digunakan ketika Kongres DAP dan pemilihan CEC DAP. Itupun 'spreadsheet' yang digunakan DAP banyak yang silap.

Nota Kaki: Dengar balik apa kata idola pembangkang, Tun Dr Mahathir mengenai bukti jenayah DS Najib Tun Razak. Transkrip terjemahan dalam Bahasa Malaysia turut CTS sertakan kerana tahu pengikut agama Sotong pemalas dan bodoh!

video
Wartawan: Jadi Tun, apa yang berlaku selepas ini? Apa yang perlu dilakukan umtuk menyingkirkan beliau?
Tun: Satunya cara untuk menyingkirkan beliau iaialh melalui undi tidak percaya tetapi perlukan jumlah undi yang cukup.
Wartawan: Kenapa Tun tidak pernah membuat laporan polis terhadap beliau? Anda adalah bekas Perdana Menteri. Anda mempunyai pengalaman berada dalam keadaan ini.
Tun: Saya tidak pernah membuat apa-apa laporan polis kepada sesiapa.
Wartawan: Biarpun terhadap Najib dengan apa yang telah beliau lakukan?
Tun: Saya tidak mempunyai bukti yang cukup. Saya tahu duit itu hilang tetapi saya tidak tahu.

June 6, 2017

100 Teruk Benar Pakatan Harapan, YB Zuraidah Mak Lampir Pun Ada Ciri-Ciri Perdana Memteri


Banyak perkara kelakar berlaku dalam Pakatan Harapan sehari dua ini. Beberapa hari lepas, Mat Sabu, Presiden PAN dikatakan layak menjadi Menteri Pendidikan. Sedangkan beliau hanyalah pemegang SPM Pangkat 3 dan 'drop-out' ITM. Pilihanraya pun sudah lama tidak dimenangi. 

Hari ini pula, Wanita PKR mengeluarkan kenyataan bahawa Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah dan MP Ampang Zuraidah Zakaria yang dipanggil oleh netizen sebagai Mak Lampir dikatakan mempunyai ciri-ciri Perdana Menteri atau 'PM material'.

Teruk bebenor Pakatan Harapan sekarang hendak mencalonkan Perdana Menteri mereka. Mantan Perdana Menteri 22 tahun kata beliau layak menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Mantan Timbalan beliau pula yang sedang bercuti di Bamboo River Inn pula mengeluarkam kenyataan, sedarlah diri tu kepada Mantan Boss beliau.

Lama-lama semua keliru, nama Mak Lampir yang dipetik. Kalau ditakdirkan Allah berlaku maka sejarah akan menyaksikan seorang penjual buah berbangsa Indonesia akan menjadi Perdana Menteri wanita pertama. Jadi billionaire lah Dato Adam Rosly selepas ini.


232 Habis Jual Tanah, Pinjam Bank China, Habis Pinjam Bank Asing Mungkin Gadai Seluar Dalam


Ketua Menteri DAP Joseph Lim Guan Eng mengakui kos operasi Rejim Pulau Pinang naik 500% pada 2017 atau RM324 juta berbanding RM19 juta pada 2008. Kononnya kos meningkat untuk pastikan projek dan program dapat dilaksanakan. 

Bagaimanapun, Jospeh Lim Guan Eng tidak menjawab bagaimana Rejim Pulau Pinang mampu menjana pendapatan bagi menampung kenaikan 500 peratus bagi perbelanjaan tahunan namun masih mencatatkan lebihan.

Adakah ianya dana dari Kerajaan Persekutuan, atau dari cukai yang dikenakan terhadap penduduk Pulau Pinang sebanyak lima kali ganda melalui kenaikan cukai penilaian harta, denda dan menaikkan kadar bekalan air empat kali ganda? Atau, adakah ia hasil dari peningkatan jualan tanah serta aset kerajaan negeri?

Jika benar pendapatan tambahan itu adalah dari penjualan tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa Kerajaan negeri berkenaan tidak boleh menjual sebidang tanah yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah?

Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan kepada The Edge pada 22/07/2016 adalah tepat dengan menyatakan kos projek Pelan Induk Pengangkutan Awam (PMTP) Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM19 bilion. 

Bagaimana Rejim Pulau Pinang akan menampung kenaikan RM19 bilion tersebut? Adakah melalui pinjaman daripada Bank EXIM China atau dari bank lain, atau mencagarkan seluar dalam Ketua Menteri?

June 5, 2017

123 Selepas Ini Kucing DS @NajibRazak Kiky Pula Dapat Wang 1MDB


1. Sarawak Report (SR) mendakwa RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun TS Shafee Abdullah dari akaun peribadi DS Najib Tun Razak dan wang ini datangnya dari 1MDB. Dr Wan Azizah pula mendakwa, RM9.5 juta ini adalah wang dari SRC.

2. SR mendakwa kononnya pembayaran kepada TS Shafee dari akaun DS Najib Tun Razak ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11/11/2013 dan 17/02/2014.

3. Pertama, SR dan Dr Wan Azizah perlu memutuskan terlebih dahulu, sebenarnya wang RM9.5 juta ini adalah wang 1MDB atau wang SRC. Kedua-dua mereka nampaknya tidak pasti wang ini datang dari sumber mana dan disebabkan itu mereka membuat kenyataan yang bercanggah.

4. Jika wang tersebut dari 1MDB, apakah buktinya? Bukankah Wall Street Journal (WSJ) dan SR pernah melaporkan DS Najib Tun Razak telah memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB. Adakah wang tersebut masih wujud?

5. Jika wang tersebut dari SRC, bukankah Rafizi Ramli telah membuktikan bahawa RM40 juta yang kononnya dari SRC ini tidak pernah sama sekali masuk ke dalam akaun DS Najib Tun Razak, sebaliknya diberikan dalam bentuk cek kepada Mail Global Resources?

6. Kedua, benarkah akaun DS Najib Tun Razak masih wujud  ketika TS Shafee dikatakan menerima RM9.5 juta? WSJ dan SR pernah melaporkan selepas DS Najib Tun Razak memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB dan akaun beliau ini telah ditutup pada 30/08/2013. Rujuk di sini.

7. Persoalannya, bagaimanakah suatu akaun yang wang didalamnya telah dipulangkan dan telah ditutup pada 30/08/2013, boleh membuat pembayaran kepada TS Shafee pada September 2013 dan Februari 2014? Ajaib bukan?

8. Hakikatnya SR dan Pakatan Pembangkang telah membuat terlalu banyak pembohongan sehinggakan mereka lupa apa yang pernah mereka bohongkan sebelum ini.

9. Hakikatnya juga, Anwar Ibrahim didapati bersalah atas kesalahan jenayah meliwat, bukan kerana wang dari akaun sesiapa pun, sebaliknya kerana Anwar Ibrahim telah gagal memanggil 12 saksi yang boleh membuktikan dia tidak bersalah dan gagal meyakinkan Mahkamah Rayuan pada 2014 dan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2015 bahawa dia tidak bersalah.

10. Hari ini pula, pembangkang membuat tuduhan yang sangat hina apabila menuduh Ibu DS Najib Tun Razak juga turut menerima wang 1MDB. Setakat ini NGO, Ahli Parlimen, Sultan Pahang, Ibunda DS Najib tun Razak telah dituduh menerima wang 1MDB. Jangan terkejut, akan datang, kucing DS Najib Tun Razak bernama Kiky juga akan dituduh bersalah menerima dan menggunakan wang 1MDB. Sabar je la.

June 4, 2017

190 Apa Jasa Dr Ooi Kee Beng Dilantik Pengarah Eksekutif Penang Institute? Ohh ... Jilat Lim Kit Siang dengan Dua Buku


2 Jun lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dalam facebook rasminya mengumumkan perlantikan Dr Ooi Kee Beng sebagai Pengarah Eksekutif yang baharu Penang Institute.  

Tidak menghairankan sangat apabila Timbalan Pengarah badan Pemikir Singapura iaitu  The Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Penang Institute. ISEAS badan pemikir Singapura yang dijenamakan semula dengan nama Yusof Ishak Institute bagi mengaburi rakyat Singapura.

Jasa terbesar Dr Ooi Kee Beng ialah menulis dua buah buku menjilat Lim Kit Siang. Itu sahaja. Selain itu, kepakarannya dalam Pengajian Kebudayaan Cina dan politik Malaysia akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk DAP Pulau Pinang. 



Dasar menindas Singapura terhadap Melayu Singapura bakal diguna pakai di Pulau Pinang bagi mempercepatkan agenda meminggirkan Melayu Pulau Pinang. Tujuan dan asas utama ialah mengukuhkan Cina DAP di Pulau Pinang.

Joseph Lim Guan Eng banyak menjual tanah-tanah kerajaan kepada syarikat Singapura dan terbaru tanah di Leburaua Peel kepada Island Hospital Sdn Bhd milik Singapura semurah RM156 juta sahaja dengan hanya pendahuluan RM30 juta.

Ahli Lembaga Pengarah Island Hospital Sdn Bhd adalah Tan Poay Seng anak kepada proksi Lim Guan Eng iaitu TS Tan Kok Ping yang juga ahli lembaga pengarah City Development Limited yang berpengkalan di Singapura.

Sekarang Joseph Lim Guan Eng telah melantik warga Singapura mengetuai sebuah badan pemikir di Pulau Pinang mungkin sedang merancang sesuatu untuk Pulau Pinang. 


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates