June 3, 2017

107 Sayang @syedsaddiq Ketua Armada Parti Bunga, Mukamu Elok Otakmu Bodoh


Sayangnya orang seperti Syed Saddiq Paladium ini dilantik menjadi Ketua Armada, Parti Bunga. Walapun beliau terkenal hebat sebagai pemidato terkenal di peringkat dewata raya, sayangnya pemikiran beliau masih di peringkat kebudak-budakan yang tidak mempunyai visi dan misi yang jelas.

Terbaru, Syed Sddiq Paladium secara sinis mengkritik Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak kerana memberi bantuan kewangan semperna Hari Raya Aidil Fitri sebanyak RM500 kepada kakitangan awam. Ini Syed Saddiq panggil sebagai bonus. Beliau juga membandingkan dengan Kerajaan Selangor di bawah Azmin Ali yang memberi bonus katanya 2 1/2 bulan. Persoalannya, wajarkah perbandingan ini dibuat?

Pertama, Azmin Ali hanya memberi bonus kepada penjawat awam negeri 2 1/2 bulan gaji yang dimanfaatkan kepada 21 ribu penerima termasuk Azmin Ali sendiri yang menerima imbuhan yang amat besar hasil daripada bonus tersebut.

Tetapi sedarkah bahawa DS Najib Tun Razak bukan sahaja telah memberikan bonus kepada 1.5 juta penjawat awam persekutuan sebanyak RM500 malah kepada sejumlah 700 ribu pesara kakitangan kerajaan sebanyak RM250 seorang.

Kedua, sebanyak 7 juta rakyat Malaysia bonus berbentuk BR1M dengan peruntukan sejumlah RM6.8 billion. Malah bonus dalam pelbagai bentuk subsidi, pelbagai bantuan persekolahan, pelbagai skim perumahan, serta pelbagai lagi bantuan telah diberikan saban tahun kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Yang mana lagi hebat Syed Saddiq Paladium?

June 2, 2017

153 Sivarasa, You've Cross The Line, Murka Baginda Sultan Selangor


Titah Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin, 

video
"Beta tidak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap di dalam masjid kerana beta tidak mahu ia menjadi punca kepada perpecahan umat Islam. Namun teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, 'You have crossed the line!'
Jikalau Ahli Parlimen Subang itu hendak berucap lapan jam atau sepuluh jam di luar dari kawasan masjid, beta tidak menghalangnya, itu semua terserah kepada rakyat sama ada mahu mendengar ataupun tidak, tetapi jangan sama sekali berucap di dalam masjid dan di dalam kawasan masjid."
Meremang bulu roma CTS yang kebetulan berada di situ dan mendengar titah Sultan Selangor terhadap wakil rakyat PKR itu pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Masjid An Nur Temasya Glenmarie di sini, sebentar tadi.

Begitu murka sekali Baginda Sultan Selangor yang menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, berucap dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, pada 24 Mei lalu, sebagai sudah melampaui batas.

Tidak pasti sama ada Sivarasa tidur malam atau tidak. Yang pasti muka Menteri Besar Selangor pucat beb!

45 Anwar Terlalu Tua Untuk Menjadi PM, Kata Pengerusi Parti Berumur 92 Tahun


Baru saya tahu mantan Perdana Menteri 22 tahun yang kini berusia 92 tahun, sangat kelakar orangnya. Setahun yang lalu beliau mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar Ibrahim terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri. Itu kisah setahun yang lalu lah. Ironinya, sehingga hari ini beliau masih sibuk berpolitik sehingga memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti.

Lebih mengejutkan bukankah beliau semalam mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menimbang tawaran untuk menjadi Perdana Menteri jika 'dipaksa' atau 'terpaksa' oleh desakan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Persoalannya, siapa lebih tua di antara Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir? Kedua, kalau dua-dua tua siapa yang muda? Pastinya Boboboi kan? Nampak tak?

101 FGV Untung ... Tembelang @RafiziRamli Kantoi Lagi


Rafizi Ramli perlu meminta maaf secara terbuka sekali lagi dalam minggu ini. Kali ini pula kepada semua peneroka Felda dan FGV yang didakwanya akan bankrap.

Pada Januari lepas, Rafizi Ramli mendakwa FGV kononnya akan bankrap akibat kejatuhan harga sawit dan ini akan menjejaskan pendapatan dan harga saham FGV. Rafizi Ramli juga telah menakutkan peneroka Felda bahawa harta mereka akan dijual untuk menampung kerugian FGV. 


Namun semalam, CEO FGV telah mengumumkan bahawa syarikat  mencatat untung bersih RM2.47 juta untuk 3 bulan pertama tahun ini manakala perolehan sepanjang 2016 RM4.32 bilion, meningkat 15% berbanding RM3.75 bilion pada 2015.

Pastinya jawapan si Sotong, "Saya memang suka bergurau" ... sekali lagi.

June 1, 2017

100 Tun Dr Mahathir 'U-Turn' Lagi ... Kali Ini Nak Jadi Perdana Menteri Pulak



Baru tidak sampai dua bulan Pengerusi Parti Cap Bunga, Tun Dr Mahathir Mohamed membuat kenyataan bahawa beliau tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri, sekarang beliau sudah berubah dikiran.

Alasan yang diberikan beliau pada masa itu adalah beliau terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri. Satu yang mudah dipelajari mengenai Tun Dr Mahathir semenjak beliau menjadi pembangkang adalah cakapnya mudah putar belit dan membuat 'u-turn' sesuka hati.

Semalam, Tun ketika bercakap dalam satu wawancara langsung di laman sosial Facebook berkata, beliau melahirkan harapan akan menimbangkan sekiranya Pakatan Harapan berkehendakkan beliau menjadi Perdana Menteri kembali. Beliau yang malu-malu kucing hendak menjadi Perdana Menteri kembali berkata,
Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan saya dalam parti Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan seperti itu dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang tapi waktu ini saya tidak bersetuju nak menjadi Perdana Menteri.

CTS nampak perkara ini tidak ada masalah. Sedangkan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe masih lagi menjadi Presiden pada usia 93 tahun, Tun Dr Mahathir dikira masih lagi muda belia untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Cuma kesianlah kepada TS Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Bunga yang meninggalkan kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk cita-cita besar sebagai MO1. Melepaslah Nika Gee.

Nota Kaki: Hampir terlupa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu juga menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.


58 How Dare You Accuse Peel Avenue Land Sale Was ‘One-Man Decision’


The decision to sell a piece of Penang government land to a hospital was made with the consent of the state executive council, Chief Minister, Joseph Lim Guan Eng said yesterday. Joseph Lim was responding to claims that it was a 'one-man show' decision to sell the Peel Avenue land to a private hospital for RM156 million. Read Free Malaysia Today, here.

Lim Guan Eng is The Chief Minister.
Lim Guan Eng is the Land Committte Chairman.
Lim Guan Eng is the EXCO in charge of Land Affairs.
Lim Guan Eng is also the State Planning Committee Chairman.
Lim Guan Eng is also the CEO of CM Incorporated.
In Penang, Lim Guan Eng is Tokong.

So, please do not bad-mouth Joseph Lim Guan Eng to say it is a one-man decision, even though he did break his own much-repeated promise to do open tenders. It is at least a FOUR-men decision, all of whom which is also him.

May 31, 2017

105 Sotong @RafiziRamli Kantoi Salah Fakta Lagi, Salah Orang Tuduh Florence Goh


Rafizi Ramli buat hal lagi. Kali ini adalah kesilapan identiti yang tidak boleh dimaafkan. Sebelum ini Rafizi Ramli pernah mendakwa seorang wanita bernama Florence Goh ada kaitan dengan Godfrey Group Ltd, syarikat yang dikatakan membayar RM1.07 juta kepada seorang pelobi Washington. Rafizi Ramli dalam kenyataannya menggunakan nama Cina wanita itu, Goh Siew Boey, syarikat miliknya bersama butiran pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dalam satu sidang media khas Timbalan Presiden MCA, DS Wee Ka Siong pagi tadi, wanita tersebut Florence Goh berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya. Florence Goh memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.
"Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan, Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah."
Florence Goh berkata pejabatnya terletak di 42 Jalan Molek 2/1, dan bukannya 42 Jalan Molek 2/3 seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli. DS Dr Wee kemudiannya, membekalkan laporan SSM yang menunjukkan bahawa sebuah syarikat berbeza sebaliknya beroperasi di 42 Jalan Molek 2/3, yang tidak mempunyai seorang pengarah bernama Florence Goh. Florence Goh hari ini menuntut permohonan maaf daripada Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan. DS Dr Wee secara tegas menemplak Rafizi Ramli dengan berkata,
"Sebelum kamu membuat sebarang tuduhan liar kamu mesti semak secara menyeluruh. Bagaimana boleh kamu membuat kesilapan tersebut, kamu tidak boleh menuduh seseorang sebarangan."


Si Sotong seperti biasa, selepas membuat fitnah ke atas Florence Goh, TS Shahrir Samad dan fitnah ke atas Dato Nor Jaslan, hanya minta maaf. Diharap mana-mana pihak jangan memberi muka lagi kepada Sotong. Teruskan saman. Tiada maaf bagimu Sotong.

27 Mana Lebih Hebat? @AzminAli Dipayung Atau @cmlimguaneng ?


DYMM Sultan Selangor guna payung untuk memayungi diri Baginda sendiri. Baginda seorang yang 'gentleman' dan mesra Rakyat. Menteri Besar Selangor pula perlu ada orang lain kena memayungi dirinya. Betapa hebat ahli politik pembangkang apabila berkuasa.

Sehebat-hebat Azmin Ali, hebat lagi 'Sultan' Pulau Pinang. Joseph Lim Guan Eng panggil budak dan gadis comel angkat payung untuk dia.



Apa-apapun, DS Najib Tun Razak jugak yang 'steady'.

37 KWSP Buktikan Kajian Dan Ramalan Rafizi Sotong Ramli Tidak Berasas


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dipanggil Sotong oleh netizen pada 22/10/2015, baca di sini, berkata PKR meneruskan desakan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghentikan pelaburannya dalam 1MDB. Ia bagi menggelak berlakunya risiko kewangan lebih tinggi sekiranya ia terus membuat pelaburan dalam anak syarikat milik kerajaan yang sarat dengan hutang itu. Beliau berkata,
Jumlah pelaburan KWSP di dalam 1MDB bukannya kecil dan berjumlah RM1.72 bilion. Jumlah RM1.72 bilion adalah satu jumlah yang besar, apatah lagi bila dana ini adalah simpanan wang rakyat yang diuruskan oleh KWSP.
Hari ini, 31/05/2017, pendapatan pelaburan KWSP melonjak 73.9 peratus kepada RM11.79 bilion bagi suku pertama berakhir 31/03/2017 berbanding RM6.78 bilion pada tempoh sama, tahun lepas. Nilai aset pelaburan KWSP turut menokok 2.2 peratus kepada RM747.17 bilion daripada 31 /12/2016, membabitkan pelaburan patuh Syariah bernilai RM352.73 bilion manakala selebihnya dilaburkan dalam aset konvensional.

Daripada jumlah pelaburan aset itu, ekuiti merangkumi 41.76 peratus dengan menyumbang sebanyak RM7.10 bilion atau mewakili 60.2 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku kajian itu. Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 178.6 peratus daripada RM2.55 bilion yang dicatat pada suku sama, tahun lepas.

Kesimpulan, kajian dan ramalan yang dilakukan oleh Sotong ternyata tidak berasas dan seringkali tersasar. Jangan percaya cakap Sotong.

May 30, 2017

68 Apa Guna Kerajaan Selangor Ada Rezab Berbillion Ringgit Dan Beri Bonus Dua Setengah Bulan Kalau Rakyat Tinggal Bawah Jambatan


Apa guna Menteri Besar Selangor dengan bongkak mengistiharkan Selangor sebagai negeri termaju dan terkaya serta mempunyai rezab berbillion ringgit? Apa ertinya sekiranya Menteri Besar Selangor secara sinis memperli Kerajaan Persekutuan dengan mengumumkan bahawa Kerajaan Selangor mengistiharkan bonus kakitangan awam sebanyak dua setengah bulan, satu jumlah dikatakan paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

Apa ertinya semua ini apabila masih ada Rakyat Selangor yang masih tinggal di bawah jambatan. Bukan seorang dua malah  membabitkan 17 ahli keluarga di bawah jambatan di Jalan Kem, dekat Pelabuhan Klang. Lebih menyedihkan mereka bukan saja membina dua pondok itu daripada papan lapis serta berbumbungkan zink terpakai, tetapi bekalan elektrik dan air juga diperoleh hasil belas ihsan jiran yang menyambungkan kemudahan itu ke rumah mereka. Baca laporan Harian Metro, di sini. Lihat juga video kesombongan Menteri Besar Selangor, di bawah.

video


Nota Kaki: DYMM Sultan Selangor guna payung untuk memayungi diri Baginda sendiri. Menteri Besar Selangor ada orang lain kena payung dirinya. Betapa hebat ahli politik pembangkang apabila berkuasa.

May 29, 2017

134 Di Sebalik Laporan Polis Yang Dibuat, Hannah Yeoh Mempergunakan A Samad Said Untuk Promosi Bukunya


Mungkin Hannah Yeoh merasakan jawatan beliau sebagai ADUN dan Speaker Kerajaan Selangor adalah terlalu tinggi sehinggakan beliau tidak mengendahkan laporan polis yang dibuat ke atasnya serta siasatan polis berhubung buku kontroversi yang ditulis oleh beliau, 'Becoming Hannah'.

Menjelang saat umat Islam di Malaysia mahu berbuka puasa pada hari pertama 27/05/2017, DAP menganjurkan 'Bicara Buku Becoming Hannah' oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, di Galeri Sejarah KKB, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan, didapati 'Bicara Buku Becoming Hannah' ini dihadiri oleh sebahagian umat Islam yang turut membeli buku itu dari Hannah Yeoh yang kelihatan turut menurunkan tandatangan ke atas buku yang dibeli itu.

Seperti diketahui, penyertaan Datuk A Samad Said ke dalam DAP diumumkan sendiri oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di Gua Musang pada 13/06/2015. Mengikut Lim Kit Siang, Datuk Samad Said boleh dianggap sebagai wira yang akan membawa perubahan kepada negara sambil mengumumkan beliau sebagai Wira Ubah kepada DAP.

Sehari selepas penyertaan beliau ke dalam DAP, portal berita The Malaysian Insider terus sahaja mengeluarkan kenyataan Datuk Samad Said bahawa “saya bersedia jadi hamba bukan jadi pemimpin” dan “terpulang kepada parti sebab saya jadi hamba kepada parti”. Bukan sekali, tetapi dua kali, Datuk Samad Said menyebut mengenai kesediaan beliau untuk menjadi hamba kepada DAP.

Walaupun sebelum ini kelibat Datuk Samad Said sering kelihatan di dalam aktiviti-aktiviti DAP, khususnya yang memerlukan DAP 'membuat kontak dengan masyarakat Melayu', penglibatan beliau di dalam 'Bicara Buku Becoming Hannah', bersama-sama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, sendiri yang kemudiannya menemani Datuk Samad Said berbuka puasa menampakkan keseriusan hasrat beliau untuk menjadi hamba kepada DAP ini.









27 @SinarOnline Penyambung Lidah Syaitan Di Bulan Ramadhan cc. @SKMM_MCMC


Ramai yang mempertikaikan tindakan The Star meletakkan gambar jemaah bersolat tarawih beserta tajuk yang kontroversi sebagai berita muka hadapannya semalam. Namun, tidak ramai yang menyedari akhbar Melayu juga turut menjadi penyambung lidah syaitan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Mana tidaknya, akhbar Sinar Harian ini memuat naik berita dengan tajuk 'GST Punca Harga Juadah Naik'. Kesimpulan pada para pertama berita tersebut berbunyi begini,
Peniaga bazar Ramadan mengakui harga makanan dan minuman kali ini meningkat berikutan kenaikan harga barangan asas yang melambung sejak pelaksanaan GST di negara ini.
Pertama, jika baca keseluruhan berita tersebut tidak ada seorang peniagapun yang diwawancara menyebut tentang GST. Bagaimana wartawan Sinar Harian boleh membuat kesimpulan sedemikian?

Kedua, adakah mana-mana peniaga Bazar Ramadhan yang mengenakan GST di dalam jualannya?

Ketiga, hampir keseluruhan bahan asas untuk membuat barangan jualan di Bazar Ramadhan dikecualikan dari GST atau GST sifar. Dari celah kangkang Bedah mana datangnya GST?

13 Mula-Mula Tuduh DS @NajibRazak Ambil Wang 1MDB, Sekarang Sultan Pahang Pula, Gila Iseng Sarawak Report


Ada sesuatu yang tidak kena dengan maklumat yang diperolehi oleh Sarawak Report. Sarawak Report dan minion Pakatan telah menjadi gila iseng. Sekarang dengan maklumat turun dari langit, mereka membuat tuduhan bahawa Perdana Menteri telah membayar DYMM Baginda Sultan Pahang sebanyak RM2 juta untuk mendapatkan perkenan dan sokongan dari Baginda. Sarawak Report menghina Sultan Pahang dengan nilai RM2 juta.

Kurang ajarnya Sarawak Report sehingga mereka sanggup memfitnah dan membuat tuduhan Sultan Pahang menggunakan duit berkenaan untuk bermewahan di London (Sarawak Report menggunakan perkataan 'love of the high life' dan menjadi 'Sultan of London').

Kurang ajarnya Sarawak Report apabila mereka meminta Sultan Pahang untuk mengeluarkan kenyataan membalas tuduhan mereka. Sarawak Report menulis, 
"Sarawak Report trusts that the Sultan of Pahang will issue a statement explaining the payment."
Bodoh sungguh Mat dan Minah Salleh dari Sarawak Report serta minion Pakatan. Kurang ajar meminta Baginda Sultan Pahang mengeluarkan kenyataan penafian sedangkan tiada bukti mereka sertakan untuk membuat tuduhan.

Kedua, Malaysia mengamalkan negara demokrasi dan Raja Berpelembagaan. Mungkin Sarawak Report terlupa zaman kolonial diperintah oleh British telah lama berlalu.

Ketiga, dahulu mereka menuduh DS Najib Razak telah mengambil wang 1MDB untuk kegunaan dana politik beliau dan juga CSR. Mereka juga nenuduh DS Najib membayar yayasan milik keluarga DS Najib Razak iaitu Yayasan Rahah untuk kegunaan membina sekolah, menolong orang susah dan membina masjid di Bangsar South. 

Sekarang dikaitkan pula dengan Sultan Pahang. Mungkin selepas ini jika tiada nama lain lagi untuk dipetik, Cucu Tok Selampit juga turut mendapat RM2 juta dan admin terpaksa buat penafian? Gila puak meroyan ni.

May 27, 2017

98 Tun Dr Mahathir Mudah Lupa, Rundingan Proton-Geely Bermula Sejak 2014 Lagi


Mantan Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir di dalam posting blog beliau di sini, melahirkan kekecewaan penjualan saham Proton kepada syarikat Geely dari China. Beliau berkata,
1. Proton has been sold. It has been sold to foreigners.
2. They say Proton is my brainchild. Now the child of my brain has been sold.
3. Yes. I am sad. I can cry. But the deed is done. Proton can no longer be national. No national car now. We Malaysians are glad to be rid of this pesky car. I am sure Proton will do well. It will be a commercial success. It will be sold all over the world. The Proton name will be everywhere.
Sejarah Geely dan Proton sebenarnya bermula dari mesyuarat rasmi dalam tahun 2014 lagi. Proton diwakili oleh DRB Hicom dan Tun Dr Mahathir sendiri. Pada masa tersebut usaha untuk meminang atau dalam bahasa perniagaannya 'Letter Of Expression Of Interest' hendak dicapai. 

Kerjasama atau pergabungan yang sebenar baru tercapai setelah hampir tiga tahun. Bukan sesuatu yang mudah. Baca Nikkei Asian Review di sini, di mana Tun Dr Mahathir sendiri yang memulakan usaha pergabungan peniagaan dengan syarikat China berkenaan.



Proton bukan lagi syarikat nasional atau syarikat milik Kerajaan sejak saham Proton dibeli oleh DRB-Hicom milik TS Syed Mokhtar Al Bukhary pada tahun 2012. Pada 2005, Tun Dr Mahathir pernah hendak menjual 'anaknya' kepada Volkswagen. Boleh pulak kalau jual anak dekat Mat Salleh?


Oleh itu sebarang penglibatan penjualan saham Proton kepada syarikat Geely dari China, mana-mana pihak tidak sewajarnya menunding jari kepada Kerajaan. Ini dilakukan sendiri oleh syarikat DRB-Hicom, pemilik Proton untuk mengembangkan perniagaannya.

Kalau Tun Dr Mahathir buat-buat terkejut atau pura-pura sedih dengan penjualan saham Proton kepada syarikat Geely, mungkin beliau hanya bermain wayang. Al maklumlah semua orang tahu beliau sayang Proton. Hadapan kediaman beliaupun berderet kereta Proton.


May 26, 2017

32 Video Pegawai Penerangan @cmlimguaneng Ditampar Kerana Biadab #MatOverDimanaMana


video

Video Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, Mejar (dipecat) Zaidi Ahmad ditampar oleh seorang Pakcik apabila barua DAP berkenaan datang buat kacau ketika perhimpunan aman di depan Masjid Simpang Enam, Georgetwon petang tadi.

Himpunan aman berkenaan bagi membantah campur tangan Rejim DAP Pulau Pinang dalam isu fatwa. Himpunan aman itu bertukar kecoh apabila dikatakan Zaidi cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Mohamed Hafiz ketika itu sedang menyampaikan ucapan berkenaan himpunan tersebut. Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal anggota polis cawangan khas (SB) yang berada di lokasi kejadian. Perhimpunan itu kemudian berjaya disuraikan secara aman pada 2.40 petang.

Lihat bagaimana pemimpin DAP 'spin' isu ini. Apa kaitan hendak kaitkan dengan UMNO. Kalau Charles Santiago mati pucuk pun salah UMNO jugak?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates