May 26, 2017

25 Sotong Sentap Dengan Kebodohan Mak Lampir


Ahli Parlimen (MP) Pandan, Rafizi Ramli yang dipanggil 'sotong' oleh netizan di media sosial ternyata marah dan kecewa dengan MP Ampang, Zuraidah Zakaria yang turut dipanggil 'Mak Lampir' oleh netizen hari ini. Rafizi Ramli hari ini mengeluarkan posting di laman sosial Twitter yang berbunyi,
Saya adalah antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan.

Ini gara-gara Mak Lampir telah mengeluarkan kenyataan berikut yang dipetik oleh Free Malaysia Today (FMT), baca di sini,
Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu. Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama.
Dengar tu, Mak Lampir utamakan barangan tahan lama. Jangan 'double meaning' ok.

37 DS Jamal Yunos Bawa Pengundi Hantu Pulak ... Saya Ulang Pengundi Hantu






Saya 'salute' DS Jamal Yunos bukan sebab apa. Beliau adalah seorang yang kreatif. Walaupun tindakan beliau nampak seperti tidak matang dan kebudak-budakan, namun segala apa yang beliau buat menjadi ingatan berpanjangan di minda. Mana boleh lupa tindakan beliau membawa keranda dan van jenazah ke SUK Negeri dan beliau bertuala di pagar kediaman Menteri Besar.

Hari ini, DS Jamal Yunos membawa pengundi-pengundi hantu ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Selangor sebagai tanda protes dan bantahan terhadap pemindahan pengundi-pengundi daripada luar kawasan masuk ke dalam DUN N04 Sekinchan oleh YB Ng Suee Lim dan DAP. Gimik berpakaian seperti hantu dan syaitan ternyata satu lagi gimik yang menarik. Kalau ada 10 Jamal Yunos di Selangor, pening Azmin Ali dibuatnya. I Love You DS Jamal Yunos.

19 @cmlimguaneng Lulus Undang-Undang Baru Benarkan EXCO Pulau Pinang Meminjam Dari China EXIM Bank


Satu undang-undang atau enakmen baru telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam yang dinamakan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-Sumber Kewangan Lain) 2017. Undang-undang ini membenarkan Ketua Menteri yang sedang menghadapi dua kes rasuah untuk meminjam daripada China EXIM Bank daripada China tanpa perlu mendapat kelulusan DUN. Ianya bertujuankhasnya  bagi membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Enakmen pinjamam yang diluluskan membolehkan Joseph Lim Guan Eng dan EXCO memutuskan Rejim DAP Pulau Pinang meminjam wang dengan bank dari China tanpa had. ADUN Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu, sendiri mempertikaikannya dengan mengatakan bahawa undang-undang ini memberikan EXCO Negeri Pulau Pinang cek kosong (blank cheque) untuk meminjam dan berbelanja. ADUN Teluk Bahang Shah Headan Ayoob Hussain Shah menyifatkan cadangan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada sebuah bank di China, berisiko kerana sektor pengangkutan tidak memberi pulangan dan keuntungan yang tinggi.

Tahun lepas, EXCO Pulau Pinang EXCO, Chow Kon Yeow berkata, berbelanjaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion dan Kerajaan Pulau Pinang perlu meminjam berbilion ringgit untuk membiayai jurang ini. Ini bermakan pinjaman yang diperlukan adalah sehingga RM19 bilion. 

Sayugia diingatkan, perbelanjaan pentadbiran negeri Pulau Pinang telah meningkat lima kali ganda daripada RM280 juta pada tahun 2008 kepada sehingga RM1.5 bilion pada tahun 2017. Minggu lepas, jumlah keseluruhan sebanyak RM219 juta telah disahkan dibayar oleh Rejim DAP Pulau Pinang untuk kajian mengenai 3 jalan yang telah lama tertangguh dan lebih malang sebarang pembinaan jalan tersebut masih belum dimulakan.

Beberapa perkara perlu dirisaukan oleh Rakyat Pulau Pinang:

1. Keuntungan negeri Pulau Pinang adalah sekitar RM400 juta setahun (tanpa melibatkan penjualan aset atau tanah) untuk menampung keperluan 1.7 juta penduduknya adalah sekadar cukup-cukup makan. Dengan purata hutang baru setahun sebanyak RM28,000 setiap seorang yang bakal dipinjam oleh Rejim DAP Pulau Pinang, masa depan negeri itu amat suram.

2. Cukai telah dinaikkan sejak 2015 serta pengenalan cukai baru seperti cukai bilik serta tarif air yang telah dinaikkan sebanyak 4 kali sejak 2008.

3. Rejim DAP Pulau Pinang telah menjual tanah tanpa tender terbuka termasuklah kes yang menjadi kontroversi sekarang iaitu penjualan tanah projek Island Hospital.

4. Perbelanjaan operasi Rejim DAP Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 500%. Tidak banyak lagi tanah di Pulau Pinang untuk dijual oleh Rejim DAP.

Sama ada Pulau Pinang bakal menjadi seperti Greece pada masa hadapan, hanya masa yang akan menetukan. Kita sering dimomok-momokkan dengan 'failed state' oleh parti chauvinist DAP sejak 1960an. Mungkin Pulau Pinang bakal menjadi kenyataan.


"Kalau Kerajaan tidak ada duit, saya boleh pinjam", begitulah kenyataan angkuh Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Kerajaan Pusat dalam satu kenyataan beliau kepada China Press. Masih ingatkah anda Joseph Lim Guan Eng atau anda mengalami amnesia disoslatif atau dimensia atau bahasa mudahnya penyakit lupa ingatan? Mana pergi keangkuhan ketua Menteri Pulau Pinang di mana sekarang beliau terpaksa membuat pinjaman dengan Bank dari negara China?

May 25, 2017

35 Why @cmlimguaneng Is So Proud Ikea Opening In Penang As Like His Greatest Achievement?


Over the past week or so, Joseph Lim Guan Eng had boasted multiple times that one of his greatest achievement since DAP took over Penang is to attract IKEA to open an outlet in Penang. Joseph Lim Guan Eng seems to think this is the crowning achievement of his administration and is proof of his success. It happened multiple times over the past week.

In fact,yesterday Lim Guan Eng even called IKEA a 'economic game-changer'. He said in the following video post in his Facebook, here,
However, there would be exemption for economic game-changers, such as big companies on the level of Ikea, Alibaba, and Island Hospital, as they brought huge investments that could change and stimulate the industry and economy.
video

This is what he said about Ikea in Malaysiakini today, read here,
He boasted about the state’s ability to attract and clinch deals with companies such as popular international furniture giant IKEA, and outlet mall Design Village, both of whom have decided to establish branches in Batu Kawan.
In fact, he listed this as among the top of his list of "successes" in the Penang State Assembly sitting. It is worrying that asking a foreign company to set-up shop to sell so-called affordable furniture imported from overseas and meatballs to take money from Penang people is considered and frequently boasted as one of DAP's crowning achievement in Penang?

For Ikea to open a store in Penang is just like Kentucky Fried Chicken or McDonald's adding another restaurant there. What so great about that? There are already two IKEA mega-stores in the Klang Valley and no Barisan Nasional politician has ever trumpeted this as an achievement. much less a crowning achievement. If your Chief Minister and ruling political party's idea of a crowning achievement and 'economic game-changer' is IKEA opening up a store, then Penang people have much to fear for their future.

I would rather salute MCA, one of Barisan Nasional (BN) component party for its success in establishing Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). I believe that this university will become one of the dominant institution of higher learning in the country, if not the most ideal. The struggle to establish an institution of higher learning Chinese language had moved in Merdeka University in the years 80s but was stopped due consideration of racial sensitivity. But now UTAR emerged as a modern business education that is global Chinese community.

In addition, it reflects the success of the MCA, it also shows how the Malaysian Chinese have a higher capability of Chinese descent in other countries such as Singapore, Taiwan, Hong Kong and China itself. I believe one day UTAR will be able to compete with universities in these countries, and concurrently bring more countries. What is more important, the education that MCA bring to the country or the furniture mall such as Ikea that Joseph Lim Guan Eng and DAP bring to Penang?

May 24, 2017

192 DAP Kalau Spin, Ibu Sendiripun Tidak Kenal Siapa Anaknya

Kepakaran DAP memang diakui dalam bab 'spin' atau memutar belitkan berita. Satu contoh nyata adalah isu pembinaan rumah mampu dimiliki di Pulau Pinang. Untuk membandingkan epal dengan epal, kita ambil dari sumber yang sama, Free Malaysia Today, portal pro pembangkang dan diulas oleh EXCO DAP Pulau Pinang yang sama, Jagdeep Singh Deo yang ditugaskan dalam hal ehwal perumahan.


06/02/217, Jagdeep Singh Deo membuat kenyataan bahawa Rejim DAP Pulau Pinang telah membina 4 kali ganda rumah mampu milik berbanding Kerajaan Barisan Nasional.


3 bulan kemudian, pada 18/05/2017, Jagdeep Singh Deo menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional kerana kekurangan rumah mampu milik, sedangkan 3 bulan lepas beliau mendabik dada mengatakan Rejim DAP membina 4 kali ganda rumah mampu milik. CTS sudah pening.


Seminggu, selepas itu, CTS ulang, seminggu selepas itu, Jagdeep Singh Deo telah mengeluarkan kenyataan pula bahawa projek rumah mampu milik yang pertama Rejim DAP Pulau Pinang akan siap tahun hadapan. Ayoyo ayyappa. Mana satu betul ni? Cakap belit-belitlah. 

Saya tahulah awak tu seorang peguam, Mahu cakap pusing-pusing ka. Kejap cakap siap dengan 4 kali lebih banyak dari Kerajaan Barisan Nasional. Lepas tu kata tak cukup. Sekarang kata tahun depan baru siap projek yang pertama. Mana satu ni bhai?

40 @RafiziRamli Gila Iseng, Promosi Diri Guna Invoke Konon Popular Sebagai Calon Perdana Menteri



Umum mengetahui Invoke Malaysia adalah syarikat milik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. Umum juga mengetahui Rafizi Ramli memang seorang yang suka bergurau dalam bab-bab fitnah politik. Namun, kita tidak menjangka bahawa beliau juga pandai bergurau dengan menggunakan syarikat beliau untuk kepentingan politiknya.

Rafizi Ramli mengeluarkan statistik-statistik menarik di mana tokoh-tokoh makah yang popular di kalangan masyarakat Cina dan India untuk menjadi Perdana Menteri di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang. Kita tidak hairan kalau Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama. 

Apa yang menjadi lawak jenaka Maharaja Lawak Mega apabila nama Rafizi Ramli timbul sebagai orang kedua dan ketiga selepas Anwar Ibrahim yang popular untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri! Rafizi Ramli lebih popular untuk menjadi Perdana Menteri melebihi Tun Dr Mahathir, TS Muhyiddin Yassin, Dr Wan Azizah dan Azmin Ali. Agak-agaklah kalau hendak buat statistik lawak menggunakan syarikat sendiri wahai Mr Sotong.

Kemaskini berita terkini lagi sensasi 8.30 PM - PAN hari ini mencalonkan Mat Sabu sebagai Perdana Menteri. Mah oh Mah. Teringat dialog "bulu Mah lekat di kerongkong."

May 23, 2017

69 9 EXCO Pulau Pinang Tidak Hadir Sidang DUN Hari Ini, Hangpa Pi Mana?


video

Semasa pilihan raya sibuk merayu pengundi untuk mengundi mereka sebagai Wakil Rakyat. Sudah terpilih gagal membawa suara Rakyat ke sidang Dewan Undangan Negeri yang hanya diadakan beberapa kali dalam setahun. Itupun hari ini 9 EXCO Pulau Pinang secara kolektif dan berjamaah telah ponteng dari menghadiri Sidang.

Ramai yang meneka dan menyatakan kemungkinan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada kali ini adalah yang terakhir sebelum diadakan PRU ke 14.

Ini adalah kesempatan terbaik bagi YB ADUN-ADUN (dari kedua-dua pihak) untuk membuktikan diri mereka layak untuk terus dicalonkan oleh parti mereka bertanding dalam PRU-14. Ini juga adalah pentas untuk menunjukkan kejaguhan mereka membahaskan isu-isu Rakyat Pulau Pinang. Malangnya itu tidak berlaku.

Apakah mereka sudah hilang minat untuk bermesyuarat dan membahaskan isu-isu rakyat? Atau mereka sudah penat? Penggal belum berakhir. Jika tidk jadi PRU sebelum November 2017, ada lagi satu Mesyuarat Kedua kena hadir.

Ada 2 hari lagi sidang esok dan lusa. Mungkin juga 'they are saving the best for last ... or will it be an anti-climax?'

92 Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini


video

Di atas adalah ucapan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014.

Di dalam ucapan ini, Lim Guan Eng secara terang-terangan menghasut dengan menuduh Barisan Nasional (BN) tidak akan menyerahkan kuasa jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 dan bahawa jika ini berlaku maka 'perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya dan ia akan diselesaikan di jalan-jalan raya'.

Belum lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 berlangsung, sudah tertanam dalam fikiran Lim Guan Eng hasrat untuk menyelesaikan perebutan kuasa di jalan-jalan raya. Siapa yang ekstremis sebenarnya?

UCAPAN LIM GUAN ENG
"We know that Barisan Nasional are sore losers. They are really sore losers and they will not give up power that easily. Now, what will happen if they refuse to give up power? And I think this is one very important question in people’s minds, especially in the last election when we won the popular mandate but not the number of seats, we can see the huge mess if this issue comes out. Now, if we win power, both in terms of popular votes, that means the popular votes, but (also) in terms of the number of seats, and then we are not allowed to take power, I think the matter has to be resolved on the streets and it will be resolved on the streets."
TERJEMAHAN UCAPAN LIM GUAN ENG
"Kita tahu bahawa Barisan Nasional adalah jenis yang tidak berpuas hati jika kalah. Mereka adalah jenis yang sangat tidak berpuas hati jika kalah dan mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah. Sekarang, apa akan berlaku jika mereka enggan menyerahkan kuasa? Dan saya fikir ini adalah satu soalan yang sangat penting dalam minda rakyat, terutamanya dalam pilihan raya lepas bila kita menang mandat popular tetapi bukan bilangan kerusi, kita boleh lihat kacau-bilau besar jika isu ini timbul. Sekarang, jika kita mendapat kuasa, di dalam kedua-dua dari segi undi popular, maknanya tentunya undi popular, tetapi (juga) dari segi bilangan kerusi, dan kemudian kita tidak dibenarkan untuk mengambil-alih kuasa, saya fikir perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya dan ia akan diselesaikan di jalan-jalan raya."
Dipetik daripada Facebook Dr Kamarul Yusoff. 

Kepimpinan DAP perlu belajar cara-cara mentadbir parti mengikut  amalan demokrasi daripada MCA berdasarkan perhimpunan Agung parti tersebut yang dijalankan dengan begitu teratur dan tersusun tanpa sebarang kontroversi.

Pimpinan DAP yang sebelum ini lantang menyatakan bahawa parti mereka adalah juara demokrasi perlu menyuluh muka mereka di cermin, kerana jika dibandingkan amalan demokrasi DAP dan MCA seumpamanya seperti langit dengan bumi.

MCA terbukti sebagai sebuah parti yang matang dalam pengamalan sistem demokrasi apabila perhimpunan Agung mereka berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan, penyelewengan ataupun penipuan. Tidak ada sebarang aduan daripada ahli-ahli MCA sehingga ke hari ini.

Pemilihan CEC DAP penuh dengan unsur-unsur penyelewengan dan penipuan. Beratus ahli telah dinafikan hak mereka untuk mengundi. Pemilihan CEC DAP sudah cukup untuk memperlihatkan pentabiran kuku besi berdasarkan dinasti kekeluargaan. 

Menafikan hak lebih daripada 700 ahli parti tersebut sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana amalan demokrasi sebenarnya sudah mati di dalam parti itu dan digantikan dengan amalan kuku besi demi untuk mempertahankan kroni.

Justeru itu, masyarakat Cina tidak seharusnya memilih DAP sebagai pengganti MCA sebagai suara kaum Cina kerana begitu banyak kelemahan serta penipuan yang dilakukan oleh DAP  untuk menghasut dan mempengaruhi kaum Cina menolak MCA dan kerajaan.

Berbanding pendekatan MCA yang lebih kepada kesederhanaan, pendekatan DAP sebenarnya amat merbahaya dan tidak sihat untuk masyarakat berbilang bangsa seperti di negara ini. Ini kerana DAP lebih gemar memainkan sentimen perkauman dan cuba mewujudkan perasaan benci membenci antara kaum khususnya antara kaum Cina dan Melayu dan sebaliknya.

May 22, 2017

48 Ladies And Gentlemen, I Present To You The Frog Versus The Cuttlefish


DAP's Zaid Ibrahim today mocked PKR's Rafizi Ramli as a damning glimpse of Malaysia's future. Zaid Ibrahim posted on Twitter,
"If Rafizi is the future of Msia, then we really have no future. Here is the man who are scathing against anyone he disagrees with."
This was his response after Rafizi Ramli criticised him for rejecting Anwar Ibrahim as the Opposition's sole candidate to be prime minister. Rafizi Ramli subsequently said that a politician with a 'chequered political history' such as Zaid should not be attacking his own allies.

Zaid Ibrahim earlier called PKR arrogant for insisting that the imprisoned Anwar Ibrahim was the opposition's only choice for the position, noting that the position was not discussed with other members of the Pakatan Harapan pact or parties in East Malaysia.

As we can conclude, there is no future for DAP nor PKR, let alone PPBM and PAN, to be Malaysia Federal Government, who fight and bitch publicly among themselves over holding up placards.

Footnote: By the way, Tuan Zaid, your 'England' is totally wrong. "Here is the man who IS scathing...", and not "Here is the man who are scathing..."


63 Tiada Jemputan MP Sungai Besar Semasa Lawatan Tuanku Sultan Ke Sekinchan Menunjukkan Politik Tidak Matang Menteri Besar




Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali hari ini menyerlahkan sifat tidak matang beliau di dalam berpolitik apabila tidak mengundang Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, semasa lawatan DYMM Sultan Selangor ke Sekinchan.

Amat tidak wajar Tuanku Sultan Selangor turut dibawa sama dalam perbezaan politik di antara seorang Menteri Besar dan Wakil Rakyat di dalam negeri Baginda. Seharusnya tuan rumah iaitu Ahli Parlimen Sungai Besar turut dijemput hadir ke majlis tersebut. Ini tidaklah akan merendahkan martabat Azmin Ali sebagai Menteri Besar malah penyokong lawan juga turut akan kagum dengan tindakan beliau.

Budiman Mohd Zohdi, menulis di laman sosial Facebook beliau:
Daulat Tuanku.
1. Walau pun saya tidak dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor atas kehadiran Tuanku ke Sekinchan, Parlimen Sungai Besar, patik tetap menjunjung kasih hadir meraikan kehadiran Tuanku.
2. Saya pohon maaf kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, jika mereka rasa bersalah dan kehadiran saya mengganggu kelancaran protokol majlis.
3. Mewakili rakyat Parlimen Sungai Besar. Patik rasa sangat gembira, kehadiran Tuanku dan Tengku Permaisuri ke bumi Sekinchan telah menambah rasa kasih dan sayang rakyat kepada Duli Tuanku.
Rakyat dan Raja berpisah tiada.
Daulat Tuanku.
Insya-Allah Tuanku akan hadir lagi ke Parlimen Sungai Besar pada bulan Ramadhan nanti.
Beliau juga turut memuat naik beberapa keping gambar bersama Tuanku Sultan Selangor yang kelihatan mesra dengan beliau.



89 18 Artikel Dalam Masa 4 Hari - Hebat Malaysiakini Mempertahankan Hannah Yeoh! Apa Agenda Mereka?


Lihatlah 18 'print screen' di bawah bagaimana postal pembangkang, Malaysiakini begitu bersungguh dan istiqamah untuk mempertahankan ADUN Selangor, Hannah Yeoh. 18 posting dalam masa 4 hari berturut-turut dari 17/05/2017 sehinggalah 20/05/2017. Begitu hebat Dr Kamarul Zaman Yusoff. Dengan satu artikel, beliau kini menjadi terkenal dan habis melompat puak simpatisan ini dari ahli politik sehinggalah ke portal berita pembangkang. Mereka kepanasan.

Apakah agenda Malaysiakini dan pemimpin pembangkang menggunakan kaedah 'character assassination' ke atas Dr Kamarul Zaman Yussoff? Dr Kamarul menulis dengan ilmu dan fakta. Jawablah dengan akal yang bijak. Tidak perlu memanggil dengan pelbagai gelaran seperti Professor Kangkung. Dr Kamarul Yusoff bukan calang orang. Beliau adalah Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN).

Menurut Dr Kamarul Zaman, Hannah Yeoh telah melakukan kesalahan dengan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Menurut Dr Kamarul, perkara ini jelas daripada buku tulisan Hannah Yeoh yang bertajuk ‘Becoming Hannah’. Dalam buku tersebut, jelas Hannah Yeoh menulis buku ini untuk bacaan orang bukan Islam dan mengandungi unsur-unsur dakwah Kristian. Seperti contoh, pada muka surat 108, Hannah Yeoh mendakwa bahawa beliau sedang berdakwah melalui politik kepada rakyat Malaysia.

Menurut Dr Kamarul, Selain daripada itu, Hannah Yeoh juga mengajak pulang ‘rakan-rakan seperjuangan’ dari seberang untuk kembali berdakwah ajaran Kristian di Malaysia yang beliau gambarkan sepertimana menjaga pembinaan semula tembok-tembok Nehemiah di Baitulmaqdis. Tambah beliau lagi, Hannah Yeoh juga mendakwa bahawa Tuhan ingin menuntut semula politik dan perkhidmatan awam negara ini, seolah-olah merujuk kepada kekuasaan politik dan perkhidmatan awam sewaktu Malaysia di bawah pentadbiran Empayar British.

Dr Kamarul bertindak mengikut lunas undang-undang. Sekiranya Hannah Yeoh boleh membuat lapoan polis, Dr Kamarul juga telah membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Yeoh Tseow Suan atau lebih dikenali sebagai Hannah Yeoh.



















May 21, 2017

92 Apabila Tun Dr Mahathir, Muhyiddin Yassin Dan Boboi Tandatangan Petisyen Bebas Anwar Ibrahim ...




Politik adalah seni serba kemungkinan. Hari ini kawan, esok lawan. Hari ini musuh esok menjadi idola dan sahabat sejati. Begitu juga dengan tiga insan tidak berpendirian seperti di atas.

Orang yang di atas sekali pernah memecat Timbalan beliau. Pernah membuat dakwaan itu dan ini kepada Timbalannya dan lebih azab lagi, beliaulah yang merancang untuk memenjarakan Timbalannya.

Hari ini, ketiga-tiga mereka menandatangani petisyen untuk membebaskan orang yang sama dari penjara. Orang itu adalah Anwar bin Ibrahim. Mantan Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir.

Dulu apabila ramai yang menyokong Anwar Ibrahim, kau kata dia meliwat. Habis tu sekarang ni kau nak kata apa lagi? Mungkin katanya, "I'll do anything for my Boboi."

Imbas kembali:
"Imagine having a gay prime minister. Nobody would be safe" - Mahathir, September 2005. Sumber: BBC.
"No, no, no. I didn’t apologise for anything. That was something in the past. We can’t be apologising for what happens in the past." - Mahathir, May 2017. Sumber: FMT.

129 Kenapa Tun Dr Mahathir Dan TS Muhyiddin Yassin Malu Beruk Nak Angkat Placard 'Anwar PM Ke 7'?



Lihatlah video di dalam KiniTV di atas. Kenapa dalam Konvensyen PKR yang dihadiri oleh Tun Dr Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin, mereka berdua malu-malu beruk untuk mengangkat placard yang bertulis 'Anwar PM Ke 7'?

Mustahil pihak penganjur terlepas pandang atau sengaja tidak memberikan placard berkenaan kepada mereka berdua. Tun Dr Mahathir kelihatan buat-buat sibuk dengan telefon bimbitnya. Nampak sangat isi perut kedua-dua pemimpin berkenaan. 

Yang seorang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Yang lagi seorang cuba menaikkan anak manja kesayangan menjadi Perdana Menteri. Yang bodoh macai di bawah yang akan membuat seribu alasan untuk menutup kelemahan ini.

Nota Kaki: Anwar Ibrahim PM ke 7? Nampak sangat pemimpin Pakatan Harapan berkeyakinan PRU-14 nanti DS Najib Tun Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri. Sebab apa? Anwar Ibrahim bukannya boleh bertanding PRU-14 ni.

114 GST And Wong Chen For Dummies


Kelana Jaya PKR Member of Parliament, Wong Chen, yesterday, tried to look smart and talked about GST which end up in a real mess. Pakatan Harapan leaders are very confused about GST. Read FMT here for details. He said,
"Basically, we’ll go back to Malaysia’s pre-GST days, but retain the GST’s reporting system so that companies can’t escape compliance reporting. Going back to pre-GST days also means we will consider reintroducing the Sales and Services Tax (SST)."
What Wong Chen means is if you vote Pakatan Harapan and you will get both the SST and GST at the same time. Presumably, keeping the GST system means that Pakatan Harapan can easily increase back the GST as and when they like it. Secondly, he said that they may reintroduce back the SST. So Malaysians will end up with BOTH the GST and the SST systems at the same time. Bravo!

Then he said,
"We won’t throw away the GST’s accounting system, which has cost businesses and the government a lot of money. Abolishing the GST is therefore necessary to revive the market and the waning economy."
Firstly, he said that that the GST system has cost the government and business a lot of money. Then he said Pakatan Harapan will retain the GST system but may reduce it to zero, as it is a great system to catch tax evaders. So the government and businesses will still have to spend money to operate the GST system.

This change will surely cause another disruption to prices in the market and will drive up inflation. Petrol prices going down has taught us that traders will not reduce prices but will use any change in the system as an excuse to increase prices further.

This time they will give the excuse that the reintroduction of the SST means no change to tax but they will now have to spend more money administer the GST. So they will have to increase prices as cost has gone up.

Lastly, Wong Chen lied when he said no other taxes were reduced or abolished when GST was introduced. FMT reported that,
He said the fundamental flaw with the GST was that its introduction did not come with a reduction in other taxes, resulting in the sucking out of an extra RM25 billion a year from consumers and businesses.
In actual fact, when GST was first introduced, the SST was abolished, Corporate and personal income taxes were also reduced while BR1M, a form of negative taxation, was increased. This is yet another example to prove that Pakatan Harapan is not just a liar but are confused and has no idea what they are doing. Certainly does not give confidence to the Rakyat or investors at all.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates