May 20, 2017

63 Kenapa Peniaga Cina DAP Dibiar Bebas Berniaga Di Jalan Raya Sehingga Menyebabkan Kemalangan?





Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Rejim DAP harus dipertanggung jawabkan ke atas kemalangan yang berlaku di New Lane / Jalan Macalister petang semalam yang menyebabkan 3 orang mangsa yang terdiri dari peniaga dan pelanggan cedera parah akibat dilanggar sebuah kereta. Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku.

Kenapa Rejim DAP Pulau Pinang masih membenarkan peniaga gerai Cina DAP menjual pelbagai makanan dan minuman sehingga menutup jalan utama bermula dari jam 4.00 petang hingga lewat malam, sedang kawasan tersebut adalah laluan yang sibuk?

Sebagai pemerintah yang mendakwa sebagai Rejim yang terbaik di dunia adalah tidak bertanggung jawab dan satu tindakan yang kejam membiarkan jalan ditutup untuk berniaga tanpa menyediakan ciri keselamatan. Bayangkan kalau peniaga Melayu berniaga di sini. Sudah lama gerai diangkut atau dirobohkan.

Nota Kaki -  'DAP Ass-Licking Hardcore' sila bersedia untuk berhujah mempertahankan Tuan Besar anda.

200 Zaman Tun Dr Mahathir Mana Ada Lempang, Yang Ada Hanya ... Bahagian II

1. Zaman Tun Dr Mahathir mana ada lempang. Yang ada hanyalah kumpulan Al Maunah mencuri senjata dan hendak menyerang Ibu Kota kerana ingin menjatuhkan Perdana Menteri.



2. Zaman Tun Dr Mahathir mana ada lempang. Yang ada hanyalah main tembak sahaja mangsa-mangsa Memali.


3. Zaman Tun Dr Mahathir mana ada lempang. Yang ada hanyalah lebam biji mata sahaja.


4. Zaman Tun Dr Mahathir mana ada lempang. Yang melawan cukup disumbat dalam penjara Kemunting di bawah ISA.


5. Zaman Tun Dr Mahathir mana ada lempang. Beliau kata zaman Najib, nak tanya soalan pun jadi masalah. Beliau lupa zaman beliau, seniman M Nasir tanya soalan, "Siapa Mahathir?" terus kena gam bertahun-tahun.

May 19, 2017

182 Betul Lempang Tidak Berlaku Di Zaman Tun Dr Mahathir, Hanya Semburan 'Pepper Spray'


Insiden serangan terhadap pengarah filem David Teo pada sesi dialog TN50 malam Rabu lalu telah memalukan rakyat Malaysia di seluruh dunia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kata beliau secara langsung kepada netizen di Facebook hari ini, 
"Pertama macam ini tak pernah berlaku dahulu pada saya, atau PM lain sebelum saya. Ini berlaku di zaman Najib kerana semua benci terhadap pemerintahan Najib, tetapi apabila mereka cakap, mereka akan menghadapi masalah. Surat khabar ini ditapis sehingga tidak ada news lagi, demikian juga dengan TV3 dan lain-lain lain."
Melayu mudah lupa Tun. Melayu mudah lupa. Pertama lempang di zaman DS Najib Tun Razak bukan ditujukan kepada beliau. Ini berlaku kerana salah faham di antara dua atau tiga artis iaitu David Teo, Dato Rosyam Noor dan juga Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over.

Kedua, kejadian berkenaan selesai pada masa itu juga di mana semua pihak bersalaman dan bermaafan. DS Najib berjiwa besar memaafkan semua pihak dan pihak yang terlibat (3 artis berkenaan) sudah bersedia melupakan kejadian berkenaan.

Ketiga, memang benar di zaman Tun Dr Mahathir tiada kejadian lempang. Namun semasa zaman sebelum DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, seorang ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff pernah menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006. Jadi, zaman Tun Dr Mahathir memang tiada kes lempang tapi zaman selepasnya ada kes semburan bahan pemedih mata kepada Mantan Perdana Menteri.

Keempat, Tun Dr Mahathir berjiwa besarkah dengan memaafkan pelaku jenayah tersebut? Tidak! Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Nik Sapeia pada 14 Januari 2010.

Kesimpulan, Melayu memang mudah lupa, seperti kata Tun Dr Mahathir.


46 BN Sold More Land Than DAP Regime Propaganda ... This Is The Answer

This type of stupid logic of lying played by Penang Chief Minister, Joseph Lim Guan Eng, shows how incompetent he is. I suspect he is suffering from a blame game brain disease. The land in questions are actually to big pieces of swamp land. It can't even call it land because the developer has to reclaim it from the sea at their own cost.

One is located off the Lim Chong Eu Expressway reclaimed by IJM and the other is the E&O project under Tanjong Pinang now know as Straits Quay. The former Barisan Nasional Penang Government sold at a minimal price since they bear all the cost of reclamation and in return they have to give about 200 acres of land back to the government, which Joseph Lim Guan Eng profited by selling to a crony company.

Joseph Lim Guan Eng is again using the debunked umpteen times debunked: "BN sold 36 times more land in Penang than Pakatan and got less" propaganda. Read here. He uses this every time he is criticized for selling Penang state-land and assets, which he has sold a lot in recent years.

This time he is using it to justify the sale of more Penang land for RM156 million without tender and without public consultation for the hospital project. How can someone so shamelessly use the exact same lies time after time over 9 years to justify his 'lelong' of Penang state land and assets?


The above piece of land was the sea during the 90s until it was reclaimed. The total size was more than a thousand acres which Joseph Lim Guan Eng uses his dead brain to keep repeating that BN sold land 36 more times than him to scam the people of people. He is just like Johnson Lee of JJPTR. He can promised you the moon and the sky to tell you how great he is. However, in actual fact he is just exactly like Johnson Lee. That is what he is.

For Pakaton Minions and DAP hardcore ass-licking, if you know how to read in English, please read a good article from Lim Sian See, here for details explanation.

45 9 Tahun Memerintah, Rejim DAP Pulau Pinang Tetap Salahkan Kerajaan Pusat Isu Perumahan Rakyat


Senang sungguh cara Rejim DAP Pulau Pinang memerintah negeri berkenaan. Apa sahaja kekurangan di dalam pentadbiran negeri, hanya perlu salahkan Kerajaan Pusat Barisan Nasional sahaja. 9 tahun Rejim DAP memerintah Pulau Pinang namun mereka masih menyalahkan Kerajaan Pusat isu perumahan Rakyat yang masih gagal dilaksanakan sepenuhnya.

Kita ingin bertanya apakah yang sudah berlaku dengan peruntukan RM500 juta dari Tabung Perumahan Awam dan Mampu Milik yang diwujudkan oleh kerajaan negeri? Kenapa tidak dibina rumah PPR seperti yang telah dijanjikan oleh Rejim DAP pada tahun 2011? Bagaimana pula dengan siasatan terhadap penjualan rumah Kos Sederhana Murah (LMC) kepada golongan kaya yang kemudiannya disewakan? Apa tindakan Rejim DAP?

Permohonan dari agensi kerajaan Persekutuan seperti PERDA, UDA Land dan JKP Sdn Bhd untuk membina rumah mampu milik juga masih lagi belum diluluskan walaupun permohonan telah dimajukan semenjak tahun 2012.

Jangan lupa, kegagalan Kerajaan Pusat melaksanakan projek PR1MA di Pulau Pinang adalah kerana Rejim DAP menyekat 9,999 unit rumah mampu milik projek 1MDB di Air Puteh dan bagi projek 10,000 unit PR1MA di Balik Pulau juga tidak diluluskan Pelan Kebenaran Merancang. Adakah Rejim DAP terlepas pandang perkara berkenaan?

Mengenai tanah di Jelutong yang dikatakan Ketua Menteri Pulau Pinang telah menulis surat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dengan menawarkan sebidang tanah untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan tidak mendapat jawapan, apa yang berlaku adalah Rejim DAP hanya membuat tawaran berkenaan pada 20/03/2017 dan tanah tersebut bukan kepunyaan Kerajaan Negeri, sebaliknya milik Indah Water Konsortium (IWK). Baca sumber The Star, di sini.

Rejim DAP Pulau Pinang tidak ada masalah untuk membina 63,400 rumah dengan harga RM100,000 setiap satu dan memberi kepada Rakyat secara PERCUMA sekiranya pembaziran sebanyak RM6.34 billion ke atas Terowong Dasar Laut tidak dilakukan. Begitu juga sekiranya Rejim DAP membatalkan pembaziran projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang berjumlah RM50 bilion, maka Rejim DAP boleh membina 500,000 rumah berharga RM100,000 setiap dan memberi juga secara PERCUMA kepada rakyat Pulau Pinang.

May 18, 2017

79 Kenapa PERKASA Diam Apabila Mat Sabu Mengiktiraf Mat Indera Dan Melalak MCA Bekerjasama Dengan China Isu Pendidikan?

02/05/2017, Mahkamah Tinggi menolak saman malu difailkan Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan kos RM70,000. Hakim DS Zakaria Sam memutuskan bahawa artikel dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia berhubung ucapan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berhubung serangan komunis di Bukit Kepong, Muar dan pejuang kemerdekaan pada 21 Ogos 2011, tidak berunsur fitnah. Mahkamah juga mendapati Mat Sabu telah membuat ucapan kontroversi yang membuka ruang untuk dirinya mendapat kecaman.

Apabila Presiden PAN mengangkat Muhammad Indera, seorang ahli Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan, tiada kedengaran suara bantahan daripada PERKASA. Sebaliknya, PERKASA melahirkan kebimbangannya dengan tindakan MCA yang memeterai perjanjian kerjasama dengan Parti Komunis China (CPC), dengan alasan ini akan membawa masuk pengaruh dan memperluaskan ideologi komunisme. 

Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Sirajuddin H Salleh mengulas perjanjian MCA dengan CPC untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik, pembangunan kampung dan aspek lain. Ahad lalu, bekas diplomat Malaysia, Dennis Ignatius juga menimbulkan kebimbangan mengenai  keputusan parti MCA, rakan komponen UMNO dalam Barisan Nasional (BN) kerana menghantar pemimpinnya untuk latihan kader di China.

Hakikatnya, latihan di Akademi Kepimpinan Esksekutif China (CELAP) di Pudong, China itu tiada kaitan dengan idealogi politik. China kini telah dimodenkan dari ekonomi berasaskan pertanian kepada berteknologi tinggi serta menjadi kuasa besar ekonomi. Pengajaran yang diajar oleh CELAP adalah semata-mata bersifat teknikal. Latihan itu termasuk pengurusan krisis, perhubungan awam, kemahiran awam dan perbandaran kampung.


Kerjasama Malaysia dan China bukan perkara baru. Kerjasama Malaysia dan China berlangsung erat semenjak zaman Allahyarham Tun Razak dan Presiden Mao Zedong menjadi pemimpin negara masing-masing seawal 1974, walaupun kegiatan komunis di Malaysia berterusan di kawasan sempadan hanya terhenti apabila  pucuk pimpinan PKM bersedia menandatangani Perjanjian Damai di Haadyai pada 02/12/1989 melalui persetujuan tiga pihak iaitu PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah berkenaan dilihat sebagai tamatnya episod peperangan bersenjata kerajaan Malaysia dengan komunis selama 41 tahun.

8 Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan Sebenarnya?



Presiden PKR DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika ditemu bual oleh wartawan Al Jazeera minggu lepas dalam rancangan Upfront berkata, beliau tidak kisah memegang jawatan Perdana Menteri buat sementara waktu sehingga suaminya dan pemimpin sebenar parti pembangkang, DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Dalam bahasa mudah, Dr Wan Azizah mahu menjadi Perdana Menteri sementara sehingga suaminya dibebaskan dari penjara dan layak untuk bertanding di dalam pilihan raya.


Pemimpin DAP terbaru Datuk Zaid Ibrahim pula, menyifatkan penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suntikan baru kepada pembangkang, sambil berkata ia memberikan pilihan calon perdana menteri sekiranya pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum akan datang. 

Dengan penglibatan Tun Dr Mahathir, Pakatan Harapan kini merupakan calon Perdana Menteri yang serius. Menurut Zaid Ibrahim, kalau pun beliau tidah mahu menjadi Perdana Menteri, beliau tahu boleh menjawatnya kerana beliau pernah melaluinya dulu. Tun Dr Mahathir katanya memiliki kredibiliti untuk membuat keputusan.

Berbalik pula kepada Parti Cap Bunga Raya, sudah pasti ahli-ahli parti berkenaan mahukan TS Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Parti akan diangkat menjadi Presiden. Lainlah kalau TS Muhyiddin Yassin hanyalah merupakan alat atau pemanas kerusi parti sebelum anak Pengerusi Parti, DS Mukhriz Mahathir bersedia mengambil alih jawatan Presiden Parti.

Bagaimana dengan DAP? Sebagai sebuah parti pembangakang yang mempunyai kerusi parlimen terbanyak, sudah tentu DAP mahu meletakkan calon mereka sebagai badut atau puppet Keluarga Lim untuk memerintah Malaysia. Sudah pasti Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, TS Muhyiddin Yassin bukan pilihan teratas memandangkan ketiga-tiga orang ini pastinya tidak dapat dikawal oleh Keluarga Lim.

Kalau calon Perdana Menteri pun Pakatan Harapan tidak boleh selesaikan, bagaimana jika mereka memerintah Putrajaya kelak. Masing-masing hanya melihat kepada kepentingan politik parti saja. Bukan melihat kepada kebaikan rakyat.

May 17, 2017

94 Video Mat Over Menampar David Teo Di Majlis TN50, Tahniah Mat Over


Agak kurang ajar apabila pengeluar filem terkenal David Teo membuat kacau di dalam Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 Bersama Perdana Menteri Dan Penggiat Seni di Seri Perdana, malam ini. Tindakan kurang ajar David Teo yang diketahui umum sebagai penyokong tegar DAP telah berjaya diajar oleh seorang pelakon yang terkenal dengan watak Mat Over di dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sulaiman Yassin.

Sumber di tempat kejadian mengatakan Mat Over telah meluru ke arah David Teo dan menampar beliau. Kejadian dipercayai berlaku apabila David Teoh secara kurang ajar menjerit-jerit dan mengunakan gerak tangan di depan Perdana Menteri kerana marahkan moderator majlis, Rosyam Noor yang tidak memberi peluang kepada beliau untuk bertanyakan soalan. Masalahnya ramai berebut nak tanya. Patut sabarlah. Di bawah adalah video yang lebih jelas mengenai kejadian tersebut:



Tahniah CTS ucapkan kepada Mat Over kerana mempertahankan Perdana Menteri dari kebiadaban penyokong DAP seperti David Teo. Walau bagaimanapun, kejadian berkenaan berakhir dengan baik apabila kedua-dua David Teo dan Mat Over telah meminta maaf kepada Perdana Menteri. Lain kali kalau dijemput dan datang ke rumah orang hendaklah beradab. Kita Rakyat Malaysia bukan? Apapun, steadylah Mat Over, wa respect sama lu.



134 Joseph Lim Guan Eng Main Opera Cina Lagi Pulak, Tangan Kanan Pula Berbalut!!!



Ketua Menteri Pulau Pinang main opera Cina lagi. Sebelum ini CTS pernah membuat posting, baca di sini, tangan kiri Joseph Lim Guan Eng berbalut. Umum juga mengetahui, sebelum kejadian tangan kanan Joseph Lim Guan Eng berbalut, dahi beliau turut ditampal plaster! Dua hari lepas pula, Joseph Lim Guan Eng dalam sessi temubual dengan KiniTV menceritakan tangan kanan beliau pula berbalut!

Dalam wawancara berkenaan Joseph Lim Guan Eng menjelaskan pergelangan tangan kanannya berbalut disebabkan masalah ligamen antara tulang dan jari kelingkingnya. Namun, yang dibalut pula adalah keseluruhan tangan kanan tersebut. Joseph Lim Guan Eng buat apa ya sampai terjadi sedemikian. Setahu CTS beliau bukanlah seorang ahli sukan yang memungkinkan beliau cedera menggunakan tangan.

Kes skandal rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin menghampiri tarikh perbicaraan. Dua hari lagi, 19/05/2017 ini, Mahkamah Rayuan akan memutuskan status rayuan Guan Eng yang mencabar Seksyen 62, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ditolak atau diterima. Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Guan Eng itu pada 07/03/2017 yang lepas. Ramai berpendapat bahawa rayuan Joseph Lim Guan Eng ini juga akan ditolak Mahkamah Rayuan.

Mungkin sudah terasa dan tahu apa keputusan Mahkamah Rayuan,  maka Joseph Guan Eng cepat-cepat mencari simpati umum dengan memuat naik video rakaman kenyataannya mengenai keadaan tangan kanannya yang berbalut. Bukankah sebelum ini pemimpin pembangkang amat suka belakon sebegini apabila mereka berada dalam situasi tersepit?

Tengok bagaimana  Anwar Ibrahim sanggup berbohong seluruh dunia kononnya mengalami kecederaan tengkuk dan sakit tulang belakang, sedangkan menurut rakaman CCTV yang tular selepas itu sekitar tahun 2001, Anwar sebenarnya sihat apabila berada di kawasan-kawasan yang tersembunyi seperti dalam wad penjara.

Begitu juga Presiden PAN, Mohamad Sabu. Dia menipu kononnya lutut tercedera teruk akibat dirempuh kereta polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09/07/2011. Keadaan Mat Sabu pada ketika itu seolah-olah sudah lumpuh seluruh anggota kaki, namun kembali pulih sehingga mampu belari dan berjoget dalam masa yang singkat selepas itu.

Maka tak hairanlah apabila sekarang ini Joseph Guan Eng pula membalut tangan kanannya walaupun menurut cerita dia hanya cedera di hujung jari paling kecil sahaja. Mungkin dia sudah membayangkan bahawa dia bakal digari, lalu tangan dan jari yang tiada berdosa itu telah menjadi alat pembohongan. 

Alaa ... bukan susahpun hendak membaca auta pembangkang.

67 Apabila Organisasi Sendiri Diserang, Baru Teringat Doa Tolak Fitnah? Bagaimana Dengan Fitnah-Fitnah Yang Dibuat Sebelum Ini?


Hari ini, Mufti Perlis, DS Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah mengeluarkan satu posting doa di dalam laman sosial Facebook beliau meminta agar pengunjung mengaminkan doa, kononnya fitnah yang dibuat ke atas organisasi yang beliau naungi iaitu IQ Malaysia.

Di atas permintaan beliau, kita aminkan saja doa berkenaan. Untuk berlaku adil, kita meminta sama beliau dan pengikut-pengikut beliau turut berdoa terhadap fitnah-fitnah yang dibuat ke atas Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak, Baginda Sultan Johor dan juga Dato Ustaz Fathul Bahri di antaranya. Bukti? Lihatlah 'screen shot' di bawah:




May 16, 2017

108 Malaysiakini Pula 'U-Turn', Ini Mesti 1MDB bayar?



P Gunasegaran adalah bekas Editor Ekonomi dan pemilik bersama KiniBiz (yang telah ditutup dan gulung tikar) hari ini menulis satu artikel dengan bertajuk "Here’s How Gov’t Can Make RM90b From Bandar Malaysia", baca di sini.

Pada asasnya, beliau berkata bahawa pembangunan Bandar Malaysia mempunyai prospek yang besar dan 1MDB akan membuat keuntungan yang besar, lebih dari cukup untuk membayar balik semua hutang (apa yang pembangkang panggil duit rompak / songlap / curi) serta masih berbaki keuntungan yang besar.

Selama ini pembangkang dan portal mesra mereka telah menuduh Kerajaan muflis kerana hutang 1MDB (yang dengan jelas dibayar balik) dan Kerajaan telah menggunakan GST, subsidi bahan api, penarikan subsidi harga gula dan sebagainya untuk menyelamatkan 1MDB dan hutang ini akan menjadi beban kepada generasi akan datang, kononnya.

Namun sekarang, portal mesra pembangkang, Malaysiakini, saya ulang Malaysiakini mengatakan bahawa Kerajaan akan membuat keuntungan yang besar daripada 1MDB dan tidak ada lagi hutang yang akan menjadi beban kepada generasi akan datang?

Saya tidak pasti dengan orang lain, tetapi saya keliru. Mana satu yang betul ni? Jangan tanya minions pembangkang dan Pakatun sebab mereka ini bodoh. Soalan saya, Kerajaan akan muflis atau tidak? Kalau muflis, bagaimana boleh membuat keuntungan yang besar?

Walau bagaimanapun, ucapan terima kasih kepada penulis Malaysiakini yang menegaskan bahawa 1MDB terpaksa membayar RM2.7 bilion untuk membina dan menaiktaraf 8 pangkalan tentera sebagai bayaran untuk tanah Bandar Malaysia. Ini sekaligus menidakkan hujah bahawa 1MDB mendapat tanah percuma atau sangat murah.

Artikel ini juga mengiyakan bahawa 1MDB meminjam untuk membangunkan projek-projek mereka yang bermakna akhirnya 1MDB akan membuat keuntungan yang besar serta membayar balik hutang mereka, sepertimana yang biasa dilakukan perniagaan lain.

May 15, 2017

115 Ex Pujut DAP Lawmaker Is Really A Scumbag


In the case of Dr Ting Tiong Choon who was disqualified as Pujut assemblyman on Friday, TalentCorp Malaysia record show that he is never a returnee under the Returning Expert Programme (REP). Further, he does not qualify for the REP incentives.

Although Dr Ting applied for the REP in May 2014, he did not submit his Surat Akuan Tarikh Kembali (SATK) to prove that he had returned home and secured employment. In addition, he also failed to fulfil other conditions as certified by the REP.

So what's the fussy? It's a pity that Ting Tiong Choon was not part of the TalentCorp program. The guy's talent for lying is unrivalled.

Statement of TalentCorp Malaysia:
Media Statement 
Status of Dr Ting Tiong Choon under the Returning Expert Programme 
We refer to recent news article on Sarawak assemblyman, Dr Ting Tiong Choon (DAP – Pujut). Dr Ting was disqualified from his post and claimed that he had “renounced his Australian citizenship after he was recruited by Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) to return to Malaysia”. 
1. TalentCorp is the national agency that drives Malaysia’s talent strategy towards becoming a dynamic talent hub. TalentCorp works with the private and public sectors on initiatives that are aimed to attracting, nurturing and retaining the right expertise needed to meet the country’s demand for high-skilled talent. One of these initiatives is the Returning Expert Programme (REP). This is a programme that facilitates the return of Malaysian professionals working abroad through several incentives. 
2. In the case of Dr Ting Tiong Soon, TalentCorp’s records show that he is not a returnee under the REP. Further, he does not qualify for the REP incentives. This is based on the following: 
a) Although Dr Ting applied for the REP in May 2014 (and was granted a conditional approval in September 2014) he did not submit his Surat Akuan Tarikh Kembali (SATK) to prove that he had returned home and secured employment. In addition, he also failed to fulfil other conditions as specified by the REP Committee. 
b) All REP applications from medical professionals are first tabled for consideration by the Joint Working Committee - Healthcare Talent (JWC-HT). The members of this committee include personnel from the Ministry of Health, the Malaysian Medical Council (MMC), National Specialist Register (NSR) and several co-opted members. The JWC-HT’s role is to review the academic qualifications and work experience of applicants to determine their eligibility under the REP. It then sends its recommendations REP Committee. 
c) In the case of Dr Ting, his conditional approval required him to provide a letter of employment as a medical officer in rural areas and also his registration with the MMC. 
d) Upon approval, all REP applicants have up to two years to return and secure employment in Malaysia before submitting the SATK to TalentCorp in order to be deemed as REP returnees and to benefit from the incentives under the programme.   
3. At the point of application, Dr Ting held a valid Malaysian passport which qualified him to apply for the REP. Under the REP, PR holders are allowed to apply for the programme if they can show proof that they are still Malaysian citizens. Additionally, applicants need to meet strict criteria relating to academic qualifications, total work experience, income level and tenure abroad. They must also work in high-skill occupations identified in the Critical Occupations List as well as work and live abroad at the time of application. 
4. To ensure that we meet the REP’s primary objective of facilitating the right quality of talent needed for Malaysia’s economic development, we wish to emphasise that TalentCorp works closely with the Department of Immigration Malaysia and the REP Committee to rigorously verify and assess REP applications. Applications that do not meet the strict criteria, for example, application from persons who are not Malaysian citizens, will not be approved for the REP. 
Issued by TalentCorp Malaysia

89 Tun Dr Mahathir Kata Jangan Takut Dengan China, Yang Geng Parti Cap Bunga Meroyan Pasai Apa?



Di dalam buku "Conversations with Mahathir Mohamad", baca di sini, Tun Mahathir pernah memberi nasihat supaya orang Malaysia tidak perlu takut kepada negara China. Di dalam muka surat 223 di dalam buku berkenaan Tun Dr Mahathir menjelaskan negara China bukan seperti negara-negara barat yang datang ke Malaysia untuk menjajah. 

Sejarah membuktikan sejak 2,000 tahun yang dulu. Tambah Tun Dr Mahathir lagi, negara China tidak pernah menyerang ataupun mengacam Malaysia. Tidak seperti negara-negara barat, China tidak pernah meminta ataupun berhasrat untuk merampas monopoli di Malaysia. Negara China kata beliau hanya mahu meniaga dengan Malaysia sahaja.

Ini kata-kata daripada Pengerusi Parti Cap Bunga Raya. Minion-minion parti berkenaan seharusnya akur dengan nasihat daripada 'Ayahanda' mereka. Janganlah meroyan apabila Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak membuat lawatan berkali-kali ke negara China untuk meluaskan dagangan di antara kedua-dua negara. Tidak timbul soal jual negara kepada China kerana seperti kata 'Ayahanda' Tun Dr Mahathir, China hanya mahu berniaga dengan Malaysia. Sejarah telah membuktikan sejak 2,000 tahun dulu!

May 14, 2017

123 PAS kelantan Sambut Ambang Ramadhan Dengan Konsert?


CTS tidak mengatakan ianya salah. Apatah lagi hendak menjatuhkan hukum haram atau berdosa. Cumanya ada sedikit pelik apabila menjelang Ambang Ramadhan acara kayuhan amal disusuli dengan konsert.

Mungkin PAS Kelantan ingin mengambil hati anak muda menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Mungkin PAS Kelantan sudah bersikap terbuka dengan h

39 ADUN DAP @yeobeeyin Ingat Nak Spin Isu ECRL, Rupanya Sekadar Buat U-Turn


Setelah gagal dalam misinya untuk memburukkan Penaung PERMATA, DS Rosmah Mansor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Damansara Utama telah mengubah haluan untuk menyerang pula projek East Cost Rail Link (ECRL).

Yeo Bee Yin mempertikaikan kenapa projek landasan keretapi laju Pantai Timur ini tidak disambungkan terus ke Port Klang. Persoalannya, beliau peduli apa sampai ke Port Klang atau tidak? 

Tidak sampai sebulan hingga kenyataan terbaru itu dibuat, beliau sudah berubah fikiran. Bukankah sebelum ini beliau juga yang menghasut Kerajaan Negeri agar tidak memberi kerjasama dari segi kelulusan tanah kepada projek berkenaan. ADUN ini jenis muka tebal dan tak tahu malukah?


ADUN DAP ini sememangnya tidak boleh dipercayai. Seperti mana dalam isu PERMATA, Yeo Bee Yin telah dibawa melawat ke Pusat PERMATA dan di akhir lawatan beliau memuji pusat berkenaan. Ini dilaporkan dalam kebanyakan media perdana termasuk portal pembangkang. 

Selepas beberapa ketika, beliau kembali membuat kritikan kepada pusat berkenaan. Mungkinkah Rakyat Damansara Utama telah memilih ADUN yang mempunyai 'split personality'?

Dua hari lepas kita ada ADUN DAP yang ada dua kerakyatan. Apakah mungkin kita juga ada ADUN yang mempunyai dua personaliti? Masih ingat dengan cerita 'Dr Jekyle and Mr Hyde'?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates