May 13, 2017

68 Bila Mufti Prihatin Masalah Rakyat Jual Meja Makan Berbuka Puasa Bernilai RM30,000


Matlamat tidak menghalalkan cara. Itulah yang sering diajar oleh ustaz-ustaz di kelas-kelas Agama. Terkejut melihat kelibat Mufti Perlis, DS Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih mesra dipanggil Dr MAZA, yang sebelum kini kelihatan cakna dan prihatin dengan masalah Rakyat menjual meja makan untuk majlis berbuka puasa untuk harga di antara RM1,500 sehingga RM30,000!!!

Mufti yang sama menulis di dalam laman sosial Facebook beliau bahawa Rakyat Malaysia tertekan dengan keadaan ekonomi hanya kerana beliau pergi ke pesta buku di PWTC dan pasar malam dan melihat tiada orang di situ. Kalau betul dakwaan beliau bahawa Rkyat Malaysia tertindas dalam keadaan ekonomi sekarang, kenapa beliau sampai hati untuk menekan Rakyat Malaysia membayar di antara RM150 sehingga RM3,000 untuk berbuka puasa dengannya (satu meja makan yang dijual ada 10 orang)? 

Tidakkah ini perbuatan zalim yang dilakukan oleh seorang Mufti yang kononnya cakna dan prihatin kepada Rakyat, walaupun dengan tujuan untuk menderma?


Saya bandingkan dengan majlis yang kurang lebih sama dengan majlis amal yang diadakan oleh Mufti Perlis itu seperti di bawah. Dengan majlis amal bersama Mufti Wilayah Persekutuan serta dihiburkan oleh kumpulan Nasyid terkenal Raihan, penyumbang meja makan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM200 ke RM500 sahaja. Mufti Wilayah Persekutuan juga tidak seperti Mufti Perlis yang anti GST dan selalu merungut ekonomi Malaysia susah.

21 Parti Bunga Mahu Wujudkan 1 Juta Kerja 3D Untuk Rakyat Malaysia


Parti Bunga semalam telah berjanji akan mewujudkan 1 juta pekerjaan dalam tempoh 5 tahun akan datang sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang. Ketua Pemudanya yang juga pendebat terbaik seluruh galaksi angkasaraya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, gabungan itu bertujuan untuk mencapai matlamat ini dengan membuat 'kerja kotor' lebih menarik dan mengurangkan tenaga kerja asing.

Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk idea Ketua Pemuda Parti Bunga ini. Pertama, terdapat lebih kurang 504,100 penganggur di Malaysia. Ini termasuk graduan yang baru menamatkan pekerjaan dan juga belia yang tidak tergesa-gesa keliuar untuk mencari pekerjaan. Persoalannya, adakah mereka ini tertarik untuk bekerja di bidang 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) walaupun gaji yang ditawarkan lumayan?

Kedua, Parti Bunga bercadang untuk memperuntukan sebanyak RM1 billion untuk 1 juta pekerjaan 3D ini. Ini bermakna RM1,000 tambahan diperuntukan setahun, manakala untuk sebulan hanyalah tambahan RM83.33. Adakah Parti Bunga yakin Rakyat Malaysia ingin bekerja sebagai pengangkut sampah, pekerja kontrak dan tukang kebun dengan hanya tambahan RM83.33 berbanding gaji minima RM1,000 yang dinikmati pekerja asing sekarang?

Syed Saddiq sememangnya pemidato bertaraf galaksi angkasaraya, tetapi taraf pemikirannya hanya terletak di kepala lutut sahaja. Waima kalau Pakatan Harapan memperuntukkan RM10 billion tambahan setahun sekalipun, kerja 3D yang ditawarkan kepada 1 juta Rakyat Malaysia hanyalah dengan gaji sebanyak RM1,833,33 sahaja.

Pelan transformasi semasa Kerajaan Barisan Nasional adalah dengan menaik taraf dan melatih pekerja mahir bernilai tinggi berasaskan pengetahuan adalah jauh lebih baik. ETP telah mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baru untuk tempoh 2010-2014 dan 1.5 juta peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020. Kesimpulannya, undilah Pakatan Harapan sekiranya anda bercita-cita untuk mendapat pekerjaan sebagai pemungut sampah, tukang kebun dan pembantu rumah.

123 Mereka Tuduh BN Bawa Pengundi Hantu Sedangkan DAP Bawa Pengundi Dan ADUN Hantu Sekali


Wakil rakyat DAP, Ting Tiong Choon, dilucutkan keanggotaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, hari ini. Pemecatan itu dibuat berikutan ADUN Pujut itu memegang kewarganegeraan Australia, malah didaftarkan sebagai pengundi di sana.

Usul melucutkan keanggotaan Ting Tiong Choon itu dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, DS Wong Soon Koh, pada persidangan DUN Sarawak.

ADUN DAP Pujut tidak lagi berkelayakan kerana memperoleh kewarganegaraan Australia dan Ting Tiong Choon juga turut didaftarkan sebagai pengundi di Australia dan berikrar taat setia kepada negara di luar Persekutuan Malaysia. Mengikut Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri, Ting Tiong Choon bukan seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi anggota DUN.

Selama ini DAP sering menuduh BN membawa masuk orang asing atau pengundi hantu untuk menjadi pengundi. Hakikat yang sebenarnya, siapa yang mengambil warganegara asing untuk dijadikan pengundi?

Bukan setakat menjadi pengundi, pengundi hantu syaitan ini juga turut dipilih menjadi calon dan seterusnya dipilih sebagai Wakil Rakyat. Cukup-cukuplah, sampai bila mahu terus diperbodohkan DAP.

May 12, 2017

190 Parti Kelentong Rakyat Masih Lagi Berbohong Tidak Mengkianati PAS


Semalam, PKR telah diceraikan talak tiga oleh PAS. Salah satu sebab berlaku penceraian tersebut adalah, "Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar."

Hari ini, Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail tampil untuk menafikan bahawa PKR telah berlaku kianat kepada PAS. Baca Free Malaysia Today (FMT), di sini. Tidak pasti sama ada Dr Wan Azizah telah menopause atau tidak, tetapi yang pasti beliau adalah seorang pelupa.

Kita ingatkan beliau kembali sewaktu beliau dan jentera PKR berkempen untuk parti PAN di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, beliau secara terbuka meminta pengundi-pengundi agar jangan keliru dan mengundi parti PAN. Baca Astro Awani, di sini. Ini jelas menikam PAS dari belakang dan mengkianati PAS.


Sekiranya laporan Astro Awani tidak boleh dipercayai, lihat pula video kempen beliau di PRK Sungai Besar di sini. Bukankah wanita berkaca mata hitam itu adalah Dr Wan Azizah? Bukankah yang duduk di sebalah kanan di belakang beliau itu anak sulung beliau, Nurul Izzah? Atau mungkin macai-macai PKR akan berkata itu bukan Dr Wan Azizah sebab beliau tidak pegang kipas!

May 11, 2017

156 Majlis Syura Ulamak PAS Sahkan Cerai Talak Tiga PAS - PKR


Majlis Syura Ulamak PAS hari ini mengesahkan bahawa PAS telah menjatuhkan talak tiga kepada bekas teman setidur, PKR. Kenyataan Media daripada Setiausaha Majlis Syura Ulamak menyatakan:
Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa: 
1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal. 
Antara perlanggaran tersebut ialah: 
a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355. 
b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS. 
c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat. 
‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’l 
DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS 
11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah

Majlis Syura Ulamak adalah kuasa tertinggi dalam parti PAS. Pimpinan PAS Selangor perlu akur dengan keputusan itu. Kita tunggu dan lihat sama ada PAS Selangor anak jantan dan wala dengan kepimpinan parti atau sekadar pentingkan poket masing-masing secara menjerit, "Kami sayang Jemin".

69 Akibat Bukan Gerai Nasi Lemak Anak Dara, Gerai Melayu Di Meru, Klang Dirobohkan



video

Inilah terjadi sekiranya peniaga-peniaga yang berniaga di negeri Pakatan Harapan terdiri daripada Bangsa Melayu. Tambahan pula, sekiranya yang berniaga bukanlah seperti gerai Nasi Lemak Anak Dara, yang memungkinkan Menteri Besar untuk turun melawat sekiranya tiada lesen.

Gerai-gerai ini terletak di Jalan Paip, Meru, Klang. Kawasan ini kawasan kampung yang majoriti penduduknya Melayu. Apalah dosa besar peniaga-peniaga ini sehinggakan gerai yang tidak menganggu jalan dirobohkan?

Katanya dirobohkan sebab aduan punca air parit tidak mengalir cantik. Apa kaitan gerai tepi jalan dengan air parit? Kedudukan lokasi gerai agak jauh dari parit. Tiada gerai atau struktur yang dibina di atas parit berdekatan kawasan berkenaan. Apa-apapun tahniahlah Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Kapar. Jasamu dikenang.

108 Apabila Tun Dr Mahathir Kata Malaysia Bukan Destinasi Perlancongan Menarik ...



Gambar-gambar di atas adalah Pulau Bohey Dulang yang terletak di Samporna, Sabah. Pulau ini dikatakan sebagai antara pulau yang tercantik di dunia. Pelancong asing mengkagumi struktur semulajadi Malaysia. Banyak lagi pulau-pulau, pantai-pantai, hutan semulajadi dan flora dan fauna mengamit pelancong-pelancong datang ke Malaysia. 

Apabila Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohammad berucap di Oman mengatakan bahawa Malaysia bukanlah destinasi perlancongan yang menarik, CTS menjadi sedih. Anda boleh berbeza pendapat dengan kepimpinan yang sedia ada, tetapi anda tidak perlu memburukkan Malaysia di luar negara.

Kata Mantan Perdana Menteri 22 tahun yang dipetik oleh media Oman ketika persidangan forum antarabangsa pada 09/05/2017, baca di sini,
"Oman does not have large agricultural land like Malaysia, but it has very beautiful rock and beach areas that are far superior to ours (Malaysia). Malaysia is not an attractive tourist destination, but in Oman you have many palaces and castles."
Tun Dr Mahathir memuji Oman mempunyai banyak istana. Mungkin salah Kerajaan tidak membina istana kepada Tun Dr Mahathir sebagai mengenang jasa beliau sebagai Perdana Menteri 22 tahun. Mungkin Tun Dr Mahathir sekeluarga boleh berpindah ke Oman sekiranya Malaysia bukanlah tempat yang sesuai untuk beliau sekeluarga.

May 10, 2017

29 Mari Kenali Bodyguard Khalifah Lim Guan Eng






Suatu hari nanti, anak cucu Pakcik di atas pasti akan berbangga bahawa Datuk atau Moyang mereka pernah menjadi Pegawal Peribadi kepada Khalifah Umul Mukminin, Al Joseph Lim Guan Eng.

Gambar-gambar Pakcik ini mengawal keselamatan sempena Hari Wesak di Jalan Burma hari ini sengaja CTS abadikan di sini supaya generasi akan datang akan menjadi saksi keturunan mereka menjadi balaci kepada Rejim DAP Pulau Pinang. Pada masa itu, mungkin semuanya hanya sekadar lipatan sejarah.

video

video

video

video

137 Hebat Pulau Pinang, Dari Ketua Menteri Sampai CEO Pusat Zakat Makan Rasuah

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan penyelewengan dana zakat sejak 3 tahun lalu. Turut ditahan adalah beberapa orang pegawai PUZ dan kontraktor.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah PUZ di mana seorang pegawai badan Zakat Pulau Pinang ditahan SPRM untuk siasatan. Amat memalukan.

PUZ adalah di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Pulau Pinang di mana Salleh Man, ADUN tunggal PAS (mungkin juga berubah menjadi ahli PAN sekarang) adalah yang Di Pertuanya. Manakala EXCO yang bertanggungjawab ke atas PUZ adalah Abdul Malik Kassim dari PKR

Salleh Man (Adun PAS / PAN Permatang Pasir), YDP MAIPP adalah juga Pengerusi Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang. Salleh Man sebagai Pengerusi Zakat Pulau Pinang beliau seharusnya bertanggungjawab terhadap penyelewengan yang berlaku semasa Zakat Pulau Pinang berada di bawah seliaan beliau.

Begitu juga Malek Kasim (PKR Batu Maung), Exco Hal Ehwal Agama Islam perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam Zakat Pulau Pinang. Mereka adalah sebahagian daripada Kerajaan CAT DAP Pulau Pinang. Mereka perlu bertanggungjawab.


Fahmi Zainol, Pengarah Komunikasi PKR dalam laman sosial Twitter beliau menuduh CEO Zakat Pulau Pinang yang ditahan SPRM adalah ahli UMNO. 

Setelah 9 tahun Pakatan Rakyat / Harapan perintah Pulau Pinang, adakah mungkin seorang ahli UMNO dibenarkan memegang jawatan utama sebuah agensi kerajaan negeri Pulau Pinang? 

76 Edisi DAP Tipu Rakyat - Peruntukan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Meningkat Hampir 100%


Lidah rasmi DAP, Roketkini spin lagi. Kali ini mereka membuat dakwaan bahawa peruntukan hal ehwal Islam Pulau Pinang meningkat hampir 100%. Betulkah atau hanya untuk mengambil hati balaci-balaci Melayu?

Hakikatnya, walaupun peruntukan dilihat meningkat setiap tahun, tetapi jika dibandingkan dengan Bajet tahunan ianya menurun sebanyak 60% dari tahun 2008. Ini bermakna Bajet tahunan meningkat, tetapi peratusan kepada hal ehwal Islam sebenarnya menurun.

Sebagai contoh (perbelanjaan mengurus):

Bajet 2008 = RM283.15 juta, hanya 9% sahaja untuk Agama Islam atau RM25.49juta

Bajet 2013 = RM832.42juta, hanya 6.6% sahaja untuk agama Islam atau RM55.13juta

Bajet 2017 = RM1.35bilion, hanya 3.36% sahaja untuk agama Islam atau RM49.37juta.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional tidak mengabaikan Pulau Pinang dari segi pembangunan Syiar Islam dengan membelanjakan sebanyak RM462.1juta dari tahun 2008 hingga 2016, ataupun secara puratanya RM57.7juta setahun. 

Jumlah tersebut melebihi dari peruntukan Rejim DAP Pulau Pinang sendiri, yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka.

Pecahan peruntukan oleh kerajaan BN Persekutuan:

RM85.6juta = membina 19 buah masjid
RM 207juta = projek & program Syiar Islam.
RM169.5juta = pembayaran elaun guru Kafa, Imam & Guru Takmir. (Imam = RM850/bulan, Guru Kafa = RM900/bulan)

Kesimpulan, Joseph Lim Guan Eng hanya bermain wayang dengan menampakkan kerajaan DAP tidak sehaluan dengan masyarakat Cina, bagi membangkitkan kemarahan orang Cina kepada umat Islam. 

Apa yang lebih penting mesej Lim Guan Eng adalah beliau sedang meraih sokongan orang Islam dan Melayu kepada DAP di seluruh Malaysia supaya ada orang Melayu akan berkata "tengok DAP lebih memahami Islam dari UMNO". 

May 9, 2017

153 Al Fatihah ... Pejabat PAN Besut Jadi Kedai Bundle





Alhamdulillah, pada 13/04/2016 Pejabat Parti Amanah Negara (PAN) Besut dengan rasminya disempurnakan oleh Dr Mujahid Rawa selaku Naib Presiden PAN. Turut hadir pada perasmian adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin.

Hari ini, Al Fatihah, Pejabat PAN Besut telah digantikan dengan kedai bundle atau kedai menjual pakaian terpakai. Begitulah mungkin nasib Parti PAN di dalam Pilihan Raya Umum akan datang gamaknya.

110 Mansuh Dasar Kabotaj - Apa DAP Mahu Sebenarnya?

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah mengumumkan pengecualian dasar kabotaj ke atas aktiviti perkapalan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Jun 2017. Ini bermakna Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo dari Semenanjung Malaysia.

Kerajaan membuat keputusan ini setelah mangambil kira isu kabotaj yang dikatakan menjadi antara faktor kenaikan harga barangan di negeri-negeri tersebut. Dengan pengecualian ini, Rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan akan mendapat manfaat dari pengurangan harga barangan dan pembangunan yang lebih mampan.

Dengan pengecualian ini juga, usahawan-usahawan di Sabah, Sarawak dan Labuan akan dapat mengeksport produk-produk mereka ke Semenanjung pada kos yang lebih kompetitif. Terima kasih kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, kerana mendengar dengup nadi Rakyat Sabah dan Sarawak.


Sejak beberapa lama, DAP telah mengesa Kerajaan untuk memansuhkan Dasar Kabotaj yang telah dimulakan oleh Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamed. DAP berkata Kerajaan mesti berlaku adil kepada Sabah dan Sarawak dan memansuhkan dasar untuk membantu mengurangkan harga di Malaysia Timur untuk meringankan beban rakyat.

Joseph Lim Guan Eng ketika berucap atas kapasiti Setiausaha Agong semasa Kongres Kebangsaan DAP pada 13/12/2012 berkata,
Ensure a massive effort to help the poorer communities in Sabah and Sarawak including wiping out poverty by the end of our first term. And to demand the end of the cabotage policy in Sabah and Sarawak that has been one of the causes of high consumer prices.
Sumber - The Rocket
Apabila DS Najib Tun Razak memansuhkan Dasar Kabotaj untuk Sabah dan Sarawak dua hari lepas, Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen pula berkata Kerajaan perlu mengkaji semula keputusan untuk memansuhkan Kabotaj. Chong berkata dasar ini akan menyebabkan ramai orang akan kehilangan pekerjaan dan tidak membantu dalam mengurangkan harga di Sarawak. Baca Free Malaysia Today, di sini.

Apa yang DAP mahukan sebenarnya, nak mansuh atau tidak Dasar Kabotaj?

May 8, 2017

286 Bapa Siapa Pegang Placard Tengah Bandar Lumut?


Melihatkan gambar di atas melambangkan tanda-tanda Pilihan Raya Umum sudah dekat. Pakcik yang memegang placard di tengah jalan ini bukan sebarang orang. Beliau adalah Laksamana (B) TLDM. Sekarang menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Lumut. Namanya Haji Mohamad Imran Abd Hamid. 

Semakin dekat pilihan raya sepatutnya, semakin banyak YB-YB dan bakal YB yang turun padang. Bukan berdiri di tengah jalan pegang placard. Mungkin ini caranya beliau hendak menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Boss beliau yang berada di Bamboo River Inn. Untung-untung pilihan raya akan datang nama beliau akan dicalonkan balik

Memang pemimpin pembangkang semua bodoh dan tak boleh diharapkan. Rakyat Lumut mengundi beliau supaya berkhidmat untuk Rakyat dan menyampaikan masalah Rakyat ke Parlimen dan bukan buat 'flashmob' di jalan raya. Ini saja taraf Wakil Rakyat PKR. Penyokong-penyokong pun tidak sudi bersama-sama melakukan kerja bodoh ini.

27 Cerita Kejayaan Program PERMATA Yang Tidak Mendapat Tempat Di Portal Pembangkang

Cukup-cukuplah pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya daripada parti DAP mengecam, memperlekehkan dan memperkecilkan program PERMATA yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. Di bawah adalah secebis coretan kejayaan anak-anak PERMATA dari perbagai kaum dan taraf sosial hidup yang telah berjaya di dalam kehidupan mereka hasil dari program PERMATA. Nikmat Allah yang mana yang cuba kamu dustakan?





Di kala DAP terus mengkritik PERMATA, tanpa disedari, seorang anak muda bernama Koo Jia Hui, 22 tahun daripada Pulau Pinang meraih manfaat daripada program itu dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD di University of Oxford dalam bidang Biokimia.

Tak malukah DAP yang memerintah Pulau Pinang tak dapat membantu adik Koo walaupun dia anak kelahiran negeri itu sebaliknya terus menghentam PERMATA dan tidak membantu Koo mendapatkan biasiswa untuk dia belajar.

Mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kononnya mendabik dada sebagai pejuang rakyat apabila Koo sangat memerlukan bantuan untuk menyambung pengajian di University of Oxford.

Koo amat berterima kasih kepada DS Rosmah Mansor yang telah berusaha mendapatkan biasiswa sehingga beliau dapat menyambung pengajian. Justeru, adalah lebih baik Lim Guan Eng menasihatkan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin agar berhenti mengkritik PERMATA dan bantulah rakyat yang memerlukan bantuan, terutama dari Pulau Pinang walaupun Lim Guan Eng berasal dari Melaka.

May 7, 2017

0 Siapa Sebenarnya Lim Kit Siang?


Siapa Lim Kit Siang? Itulah persoalan yang sering berlegar ke atas diktator pemerintah parti politik paling lama memegang jawatan di Malaysia. Persoalan di atas terjawab dengan sendirinya sekiranya kita tahu apa strategi Lim Kit Siang. Strategi tersebut didedahkan sendiri oleh bekas pemimpin parti pembangkang itu, Hew Kuan Yau atau dikenali sebagai 'Superman Hew'. 

Lim Kit Siang menggunakan strategi jahat. Beliau menggunakan Melayu untuk membinasakan masyarakat Melayu sendiri. Disebabkan itu dia enggan menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Strategi itu sengaja dirancang oleh Lim Kit Siang bagi menampakkan seolah-olah orang Melayu yang akan menerajui negara ini sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum nanti.

Dengan strategi ini, Lim Kit Siang berharap orang Melayu percaya jika Pakatan Harapan menang maka orang Melayu yang akan berada di kerusi kuasa untuk memerintah negara ini dan bukan Lim Kit Siang atau DAP. Malah, langkah Lim Kit Siang berbaik dengan bekas Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang suatu ketika dahulu adalah musuh ketatnya, dilihat sebagai langkah yang bertujuan untuk meraih sokongan masyarakat Melayu kepada pembangkang.

Bagaimanapun, langkah ini agak skeptikal di mana agak mustahil kedua-dua pemimpin itu mampu bekerjasama memandangkan masing-masing mempunyai agenda kepentingan peribadi dan ianya tidak akan mampu bertahan lama apabila hubungan ini berasaskan kurang kepercayaan antara satu sama lain.

Tontonlah video penerangan yang menarik di bawah daripada TS Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO di Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku P088 Temerloh, Pahang untuk mengetahui siapa sebenarnya Lim Kit Siang.

video
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates