May 5, 2017

147 #AustinPerdana Menyerlahkan Sikap Rasis Cina DAP @PDRMsia @SKMM_MCMC







Ini adalah sebahagian daripada komen-komen yang dibuat di laman sosial berkaitan kejadian pergaduhan yang berlaku selepas sembahyang Jumaat, tengah hari tadi di Masjid di Taman Austin Perdana, Johor Bharu. Ahli politik usah bercakap mengenai perpaduan sekiranya komen-komen di atas diambil kira.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila pemandu berbangsa Cina berkenaan membunyikan hon tanpa henti sehingga mengganggu para jemaah, dari bermula sembahyang Jumaat hingga selesai sembahyang.

Tindakan pemandu Toyota Camry itu membunyikan hon dipercayai gara-gara keretanya tidak dapat melalui kawasan tersebut ekoran dihalang beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan sekitar masjid itu.

Usai sembahyang Jumaat selesai, ahli jemaah menyerbu kereta berkenaan kerana tidak menjaga sensitiviti agama. Pemandu berbangsa Cina itu cuba untuk melarikan diri hingga hampir melanggar sekumpulan jemaah itu. Sebelum itu, para jemaah sudah cuba menegur perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki itu secara baik, namun tidak diendahkan.

Keadaan makin kecoh apabila para jemaah berang dan bertindak menyerang kereta pemandu Toyota Camry itu hingga pecah cermin belakang. Malah tidak cukup dengan itu, pemandu berbangsa Cina berkenaan yang memakai baju berwarna merah turut dibelasah teruk menggunakan kon apabila dia keluar daripada kenderaannya.

Di bawah adalah video-video yang viral di media sosial:



Mungkin pemandu kereta Camry berbangsa Cina itu tidak faham papan tanda di bawah:


Di bawah adalah Kenyataan Media daripada Polis Di Raja Malaysia:


181 Blogger Terkenal Tun Dr Mahathir, Outshit The Box Terkedu Bank Rakyat Umum Dividen 15%




Blogger terkenal Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Outshit The Box, pada hujung bulan lepas membuat posting menghasut orang ramai menyerang Bank Rakyat disebabkan pada masa berkenaan dividen masih belum diumumkan. 

Blogger terkenal berkenaan dengan sewenang-wenangnya membuat andaian Bank Rakyat tidak ada duit dan mempunyai skandal sehingga tidak mampu membayar dividen bagi tahun 2016.

Hari ini, blogger berkenaan menelan kata-katanya apabila Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15% untuk tahun 2016. Untuk rekod, pada tahun 2015, dividen yang diumumkan oleh Bank Rakyat adalah 13%.

77 Bandar Malaysia - Kementerian Kewangan Yang Batalkan Perjanjian Dan Bukan Sebaliknya


Pengumuman pembatalan perjanjian jual beli tanah-tanah di Bandar Malaysia oleh Kementerian Kewangan Malaysia mengejutkan ramai pihak. Ini berikutan tarikh luput tempoh masa memenuhi syarat-syarat perjanjian jual beli tanah-tanah Bandar Malaysia yang dibuat oleh TRX City Sdn Bhd (TRX), iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih projek itu dari 1MDB.

Pengumuman itu menyatakan bahawa syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering (M) Sdn Bhd (CREC) yang dimiliki anak syarikat Kerajaan China telah gagal membayar jumlah yang ditetapkan bagi pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia (yang diumumkan berjumlah RM7.42 bilion).

Saya tidak faham mengapa ada di media dan pembangkang politik antarabangsa mengatakan bahawa ia adalah China yang membatalkan Bandar Malaysia apabila ia adalah jelas bahawa pembatalan itu telah dilakukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan bukan sebaliknya. Jika pembatalan itu disebabkan oleh Kerajaan China atau dimulakan oleh pembeli, mengapa pembeli akan mengeluarkan kenyataan akhbar berikut mengadu tentang pembatalan berkenaan?
IWH CREC Sdn Bhd (ICSB) has today received a notice of termination issued by TRX City Sdn Bhd (TRXCSB) in relation to the share sale agreement entered into between ICSB and TRXCSB on 31 December 2015 (termination notice).
ICSB is concerned with the content of the termination notice and the subsequent press release issued by TRXCSB, which, given the factual matrix, does not fully and accurately reflect the circumstances and conduct of the parties in this matter. 
ICSB takes this matter very seriously and is at present reviewing the content of the termination notice and press release, with its advisors and legal counsel. A further announcement on this matter will be made in due course.
Sumber - The Star 
Kedua, sekiranya pihak swasta atau pihak pembeli adalah pihak yang mengalami kerugian dan kehilangan kawalan ke atas aset yang amat berharga, pihak mana yang memperolehi keuntungan sebenarnya? Kerajaan Malaysia tidak mengalami sebarang kerugian hasil daripada penamatan perjanjian ini memandangkan High Speed Railway (HSR) telah ditandatangani dan lokasi Bandar Malaysia yang strategik tidak menyulitkan TRX untuk mencari potensi pembeli baru.

Ketiga, jika bakal pembeli sebelum ini (IWH) sendiri menilai tanah Bandar Malaysia pada RM26 bilion sekarang, iaitu dua kali ganda daripada penilaian RM10.35 bilion semasa perjanjian jualbeli ditandatangani pada Disember 2015 dan pembeli telah gagal membuat pembayaran mereka mengikut perjanjian walaupun 12 penangguhan pembayaran telah diberikan, adakah Kerajaan perlu berdiam diri dan tidak menamatkan perjanjian sewa beli?


Keempat, pembatalan perjanjian TRX City dan IWH-CREC telah mengakibatkan saham Ekovest jatuh mendadak. Inilah kesan dan dan nilai Bandar Malaysia. Ini soal perniagaan. Jangan ingat Bandar Malaysia tidak ada nilai. Sebelum ini ada 40 pihak yang menghantar cadangan dan tawaran usaha sama untuk bangunkan Bandar Malaysia, bukan hanya satu syarikat sahaja.
"Ekovest's shares hit limit-down to RM1.01 in early Thursday trade on news that the Ministry of Finance (MoF) decided to call off the Bandar Malaysia deal with Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) and China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC)."
Sumber - The Star 

Kelima, apabila penjualan 60% pembangunan Bandar Malaysia semasa diumumkan di hujung tahun 2015 lalu telah mengundang kemarahan pembangkang kononnya tanah negara akan dijual kepada syarikat yang dimiliki sebuah kerajaan asing, iaitu Kerajaan China. Apabila perjanjian ini dibatalkan dan Kerajaan akan mencari pembeli lain yang berpontensi, pembangkang juga turut bising. Apa yang mereka mahu sebenarnya?

Kesimpulannya, dakwaan pembangkang sebelum ini yang mengatakan Kerajaan Malaysia menjual negara kepada China adalah fitnah. Kalau tidak, masakan Kerajaan Malaysia membatalkan perjanjian jual beli ini, kalau betul Malaysia telah dijajah.

May 4, 2017

63 Kerana Logo, @RafiziRamli dan @LatheefaKoya Teruskan Perang Mulut Sejak Sekian Lama

Semalam selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memuat naik 3 rekabentuk logo Pakatan Harapan dan menerima pelbagai kritikan dan sindiran tajam daripada lebih 1,000 pengguna Facebook, Rafizi Ramli menafikan beliau mereka bentuk 3 logo Pakatan Harapan berkenaan. Katanya memang sengaja Pakatan Harapan untuk meminta netizen membuat komen yang jujur. Kata beliau,
"Saya tak tahu reaksi pimpinan lain, sama ada mereka teruskan juga atau fikirkan mengenai komen ini. Saya tak tahu."
Kontroversi logo Pakatan Harapan bukan saja mengundang kritikan netizen tetapi juga dari pemimpin PKR seperti Latheefa Koya. Di dalam laman sosial Twitter, Latheefa Koya menulis.
"You have collected millions from the public and you dare come up with this awful looking design - the cheek! putting it for people’s vote? Embarassing!"

Kenyataan Latheefa Koya ini pastinya akan mengundang serangan daripada macai Rafizi Ramli.


Juga penjelasan daripada seorang netizen seperti berikut:


Pertengkaran turut berlangsung di dalam laman sosial group Whatsapp:


Ini komen daripada artis idola PKR:


Macai dan minions PKR dan Parti Bunga membuat komen bahawa artikel yang CTS buat bersifat santai dan tidak memberi impak. Alasan CTS senang, jika hal logo pun boleh berbalah sesama sendiri dan susah nak buat keputusan, apabila jadi pemerintah suatu hari nanti (nauzubillah himinzalik), lagi pasti lebih teruk.

42 2008-2015 Rejim DAP Wujudkan 128,317 Peluang Pekerjaan? Wow!!!


Laman sosial DAP Pulau Pinang, baca di sini, telah mendakwa bagi tempoh 2008-2015, Rejim DAP Pulau Pinang telah berjaya mewujudkan sebanyak 128,317 peluang pekerjaan di negeri berkenaan. Benarkah angka yang dikemukakan dan sekiranya benar, Rakyat Pulau Pinang boleh menjerit Wow!!! Rata-rata pengunjung yang membuat komen di dalam posting Facebook berkenaan mempertikaikan di manakah peluang pekerjaan tersebut dan adakah jumlah itu termasuk dengan jumlah pekerja binaan yang dikuasai oleh pekerja asing.


Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim cuba menjawab persoalan yang komentar timbulkan, tetapi jawapan beliau amat mengejutkan kerana hanya mampu memberi contoh 3,000 peluang kerja di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai sahaja. Jawapan beliau juga  akhirnya membongkarkan bahawa Pulau Pinang hanya menawarkan kerja sebagai buruh dan pekerja bawahan sahaja.

Memandangkan DAP Pulau Pinang secara bongkak memberikan angka sejumlah 128,317, sebagai Rakyat Pulau Pinang, mereka pastinya mahu tahu dari jumlah berkenaan apakah sektor perkerjaan tersebut, apakah nama-nama jawatan yang disediakan, berapakah jumlah pekerja di kalangan profesional yang masih kosong dan apakah jumlah mengikut kaum dan mengikut sektor.

Sedikit matematik asas berkaitan jumlah 128,317 peluang pekerjaan yang disediakan oleh Rejim DAP Pulau Pinang:

128,317 bahagi 7 tahun (2008-2015) = 18,331.
18,331 bahagi 12 bulan = 1,527.
1,527 bahagi 30 hari = 51 peluang pekerjaan sehari.
Penduduk Pulau Pinang = 1.5 juta orang.

Sedang DAP mendabik dada dengan fakta-fakta auta mereka, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA terus berusaha untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat Malaysia dengan projek pelaburan syarikat China di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Chua Tee Yong berkata, bagi projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) Sdn. Bhd, Kerajaan telah menawarkan lebih 50 peratus peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

MCKIP, 51 ekuiti syarikat dimiliki oleh rakyat tempatan dan diselaraskan MITI dan Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur di mana pelaburan ini mempunyai kriteria kalau memohon insentif dengan penggajian pekerjaan tempatan.

Kilang yang dibangunkan sejak 05/05/2015 selain di negara China yang ada kilang sebegini ada di Malaysia dan Kerajaan berjaya menarik pelabur asing yang meninggikan eksport negara dengan 3,648 peluang pekerjaan.

Untuk rekod, sehingga Disember 2016, jumlah pelaburan yang diluluskan daripada China dalam sektor pembuatan adalah berjumlah RM4.8 bilion dengan 33 projek terlibat dan akan menjana 10,140 peluang pekerjaan.

May 3, 2017

210 3 Logo Pakatan Harapan Menjadi Lawak Di Media Sosial

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di dalam laman sosial Facebook beliau hari ini, baca di sini, menulis Pakatan Harapan (PH) akan mendaftarkan satu logo yang akan digunakan bersama oleh semua parti PH dalam tempoh 2 minggu. Majlis Presiden minggu lalu telah bersetuju menyenarai pendek logo-logo berikut untuk dikongsi dengan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumbalas.




Kebanyakan pengomentar di posting beliau memandang sinis usaha PH ini. Ramai yang beranggapan bahawa usaha ini diadakan secara tangkap muat dan ala kadar dan tidak mampu untuk menarik pengundi untuk memilih logo berkenaan di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Bagi CTS, setuju saja. Cuma apabila melihat logo #B dan #C teringat logo yang telah sedia ada di pasaran seperti di bawah:



Secara peribadi, saya suka logo PH seperti di bawah:


May 2, 2017

33 DAP Kalau Bab Menipu, Babipun Boleh Terbang


Terbaik propaganda DAP untuk menyembunyikan pengondolan hutan simpan kekal di Pulau Pinang. Syaitan sekalipun tidak akan percaya apabila DAP membuat propaganda tidak seincipun hutan simpan kekal Pulau Pinang disentuh oleh Rejim Lim Guan Eng. 

Kenyataan yang cuba disembunyikan oleh DAP adalah lebih 80 peratus daripada air mentah yang dibekalkan untuk seluruh Pulau Pinang dipam dari Sungai Muda, Kedah untuk keperluan air bersih. Apa kena mengena kawasan Hutan Simpan Kekal dengan catuan air? 

Kalau diharapkan air hujan yang turun di kawasan tadahan sahaja, mati kering orang bahagian pulau, Pulau Pinang. Kalau DAP hendak spin isu ini biarlah berasas. Kawasan tadahan air di Pulau Pinang hanya boleh tampung 15% sahaja keperluan air Pulau Pinang. 

Air simpanan dalam Empangan Mengkuang juga dipam dari Sungai Muda, Kedah. Kalau diharapkan takungan Empangan Air Itam, Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu pakai mandi pun tak cukup. DAP ni kalau hendak menipu, babipun boleh terbang.

18 Apa Komen @HannahYeoh Sekarang Mengenai Institusi Keluarga?


Pemimpin DAP, Hannah Yeoh dalam ucapan beliau di Persidangan Parti DAP 2012, berkata,
Politicians who value families, marriages, their spouse […] must never be like politicians from BN. Some of them, you know, have belittled the institution of marriage and even caused public humility to their spouse because of adultery.
Pada 2017, beberapa gambar-gambar itim pemimpin-pemimpin DAP seperti Khairil Khir Johari dan Dyana Sofea telah tular di media-media sosial serta video 'teman tapi mesra' antara Khairil Khir Johari dan seorang wartawan portal politik juga telah menjadi tular. Tiada laporan polis dibuat ke atas kes-kes berkenaan walaupun tuan punya diri menafikannya.

Kita mahu tahu apa komen dan pendirian Hannah Yeoh sekarang mengenai institusi keluarga pemimpin-pemimpin DAP berkenaan terutamanya melibatkan anak dan isteri Khairil Khir Johari. Mungkin Hannah Yeoh boleh menasihatkan kedua-dua pemimpin berkenaan agar mebuat laporan polis dan membersihkan nama mereka dan parti.

2 Mei 2017 Demonstrasi Paling Hambar, Tiada Demo GST, Demo Anwar Suam-Suam Kuku


Semalam, 1 Mei adalah Hari Pekerja yang pada asalnya dipanggil Hari Buruh. Sejak tahun 2014, pembangkang tidak pernah gagal untuk membuat demonstrasi Anti GST pada tarikh berkenaan. Namun pada tahun ini, 2017 setelah pembangkang membuat 'u-turn' dengan membuat pengumuman malu-malu kucing tidak akan menghapuskan GST tetapi akan meletakkan sifar GST (kepala bapak mereka), tiada lagi demonstrasi Anti GST. Maka pendemo-pendemo Anti GST sejak 2014 kekal bangang dan bodoh. 

Namun, semalam berpuluh-puluh penyokong Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim berkumpul di Kuala Lumpur, lebih tepat berhampiran Masjid Negara untuk membuat demonstrasi MayDay. Demonstrasi yang matlamatnya ke laut ini masih gagal untuk menghimpunkan para pendemo. Kebanyakan yang datang kebanyakan Otai Reformasi yang masih setia dengan KETUM. Sebahagian lagi hanyalah wakil dri kesatuan pekerja yang sekadar mencukupkan orang sahaja.




May 1, 2017

0 Politik Pembangkang Hanya Berasaskan Mengambil Peluang Politik Kebencian Dan Musuh Bersama - TS Annuar Musa

 "Formula itu bukan formula yang mampan untuk memberi pembelaan kepada rakyat dan kita telah melihatnya berlaku berkali-kali. Formula pembangkang adalah formula yang amat rapuh. Kalau tiada kestabilan ertinya mereka tidak boleh melaksanakannya. Mereka terus mencari-cari satu formula dalam hubungan dan politik mereka."
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, TS Annuar Musa berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Muktamar Dewan Ulama Pas kelmarin, yang meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan ”tahaluf siyasi” (kerjasama politik) dengan PKR. Katanya, tindakan PAS untuk menamatkan kerjasama dengan PKR membuktikan formula politik pembangkang yang berasaskan kepada mengambil peluang berdasarkan politik kebencian dan  'musuh bersama' sebagai suatu yang amat rapuh.

TS Annuar juga melihat keputusan itu akan membawa perubahan kepada landskap politik negara kerana PAS menjadi 'kuasa ketiga' selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan kerana perlu bergerak sendirian selepas memutuskan hubungan dengan  sekutu mereka sebelum ini, iaitu DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

TS Annuar juga menyelar tindakan sesetengah pemimpin pembangkang mengkritik tindakan PAS itu kerana menyifatkan mereka seharusnya menghormati pendirian PAS memandangkan setiap parti politik berhak  membuat keputusan sendiri. Menurut beliau, PAS berhak menentukan keputusan itu dalam kongres mereka dan juga muktamar yang melibatkan pimpinan tertinggi mereka. PAS juga kata beliau seperti parti lain ada hak-hak sendiri dan ianya harus dihormati.

TS Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata demikian dalam program Ceramah Rakyat Parlimen Temerloh yang bertemakan ”Negaraku Generasiku” di Mentakab. Beliau menambah Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga tidak seharusnya berasa selesa dengan perkembangan itu, sebaliknya perlu melipatgandakan usaha memberi penerangan kepada rakyat agar mereka tidak termakan dengan dakyah pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.

129 Apa Yang Cuba Kamu Buktikan @TeresaKok Dengan Bermain Isu Perkauman



Ahli Parlimen Seputeh di dalam kenyataan di dalam laman sosial Twitternya cuba mengingatkan Mantan Perdana Menteri 22 tahun bahawa DAP masih lagi menguasai kaum Cina dan kaum Cina mempunyai kuasa penentu.

DAP sering melaungkan bahawa parti itu adalah parti Bangsa Malaysia. Hakikatnya, parti berkenaan hanyalah sebuah parti cauvinist Cina yang cuma mempermainkan kaum Melayu untuk kepentingan mereka.

Jadi sedang eloklah DAP mempergunakan kedua-dua Atok dan Nenek ini sekiranya mereka ingin mengambul hati orang-orang Melayu. Itupun hanya sebahagian kecil yang menjadi balaci dan barua DAP.

April 30, 2017

65 Hanya Di Selangor - Takkan Bazar Ramadhan Ada Perniaga Cina MPKj?

Hendak buat macam mana. Ini pilihan pengundi-pengundi Kajang. Hendak merenggek pun tak guna. Pilihan Raya Umum pilih PKR. Hendak buat Langkah Kajang pun mereka masih memilih Madam Kipas jadi ADUN. Sekarang rasalah sendiri. Tidak ada gunanya hendak naikkan banner tunjuk protes. Kenapa baru sekarang mahu merayu kepada Datuk Jamal Yunos untuk menolong. 

Carilah Madam Kipas yang amat disayangi itu. Apa-apapun kalau betul, tahniahlah Majlis Perbandaran Kajang kerana memberikan peniaga Cina untuk berniaga di Bazar Ramadhan. Dapatlah pengundi-pengundi Kajang rasa hidangan babi panggang ka.




38 Hebat Tertuduh Jenayah Berada Di Billboard Ampang


Hebat tertuduh pengubah wang haram di mana kesnya masih dan sedang dibicarakan di mahkamah, Dato Adam Rosly. Boleh pulak letak gambar dekat billboard sebesar-besarnya hingga ke hari ini di simpang tiga berhampiran Hospital Ampang Puteri, Ampang.

ADUN bukan, Ahli Parlimen pun bukan. Ahli Majlis pun bukan. Kakitangan Kerajaan Selangor pun bukan. Dato Selangor pun bukan. Tapi macamana dia boleh pamerkan gambarnya bersama JATA negeri Selangor?

Terang-terang papan iklan itu menyalahi undang-undang dan protokol negeri kerana menyalahguna JATA negeri. Di kawasan yang sibuk di tengah-tengah Ampang pula. Bagaimana MPAJ boleh tidak nampak? Apa ilmu hitam yang si Adam Rosly itu pakai untuk tundukkan MPAJ?

21 Kusangka Dua Rupanya Tiga, Video Lelaki Seakan Khairil Khir Johari Tersebar


Video yang memaparkan wajah seakan pemimpin DAP Pulau Pinang dengan gadis manis yang khabarnya bekas wartawan sebuah portal online telah kantoi viral di medIa sosial.

Lelaki yang dikatakan seiras Ahli Parlimen Bukit Bendera, Khairil Khir Johari dipaparkan dalam video berkenaan beliau berjalan-jalan berpegang tangan ber"dating" di Kuching semasa Pilihanraya Sarawak tempohari? 

Kita fikir baik sajalah. Mungkin bukan beliau kot. Mungkin pelakon Thailand atau Filipina seperti yang selalu didakwa DAP apabila gambar Ahli Parlimen berkenaan keluar dengan satu lagi pemimpin DAP iaitu Dyana Sofea.

22 Bapa Joseph Lim Guan Eng Sibuk Melawat Desa, Gelang Patah Dipinggirkan


Pagi ini, Bapa Khalifah Joseph Lim Guan Eng menjalankan tugas bakal Ketua Menteri Pulau Pinang meninjau kawasan, di Batu Kawan. Beliau dikatakan mahu ambil alih Ketua Menteri bila Guan Eng masuk penjara. Joseph Lim Guan Eng dan Bapa dia bukan ada kepercayaan dengan pemimpin DAP lain di Pulau Pinang. Jawatan Ketua Menteri hanya untuk keluarga Dinasti Lim sahaja.

Diktator tua yang berkuasa di dalam DAP lebih daripada 50 tahun, telah meninggalkan pengundi-pengundi Gelang Patah untuk mengejar matlamat keluarga. Bapa Joseph Lim Guan Eng datang Batu Kawan bukan sekadar untuk melawat desa. Dalam Kempen Tanjung 1 hinggalah Tanjung 4 tidak pernah sekalipun Lim Kit Siang anjur siri Jelajah Desa masuk kampung Melayu seluruh Pulau Pinang sama ada pulau atau tanah besar.

Kenapa untuk menghadapi PRU-14 Lim Kit Siang yang sekarang ini Ahli Parlimen Gelang Patah di Johor buat Jelajah Desa di Pulau Pinang? Adakah Lim Kit Siang khuatir undi dan sokongan kepada DAP berkurangan sejak Lim Guan Eng dituduh di Mahkamah kerana melakukan rasuah? Yang pastinya Lim Kit Siang sedang bekerja keras untuk dapatkan undi dan sokongan orang Melayu dengan bantuan Melayu dalam PKR, PAN dan Parti Chap Bunga Raya. 



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates