March 10, 2017

0 Kerajaan Bertegas Melarang Aktiviti Berbasikal Berkumpulan Di Lebuhraya

Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai berkata, aktiviti berbasikal berkumpulan tidak dibenarkan di lebuh raya, terutama tiga lorong dua kembar. Larangan tersebut dikenakan bagi mengelakkan apa-apa kemalangan di jalan raya yang melibatkan kumpulan penunggang basikal kerana terdapat perbezaan ketara dalam kelajuan antara basikal dan kenderaan lain.

Kementerian katanya sentiasa menggiatkan kempen keselamatan jalan raya bersama-sama dengan agensi-agensi lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan. Menurut DS Liow, Kementerian juga akan memastikan bahawa jalan-jalan yang digunakan untuk tujuan kenderaan bermotor adalah lebih selamat dengan tidak membenarkan basikal, termasuk yang diubah suai, berada di lebuh raya, kerana kenderaan lain bergerak dengan kelajuan tinggi di jalan tiga lorong, dan ini sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan risiko kemalangan yang melibatkan penunggang basikal berikutan kejadian tragis di Johor Bahru bulan lepas di mana lapan penunggang basikal remaja maut apabila dilanggar oleh sebuah kereta.

DS Liow berkata jika kumpulan penunggang basikal ingin menggunakan lebuh raya, mereka perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dan pihak polis untuk memantau konvoi untuk memastikan keselamatan mereka. Beliau juga berkata, penunggang basikal juga perlu memakai pakaian keselamatan semasa aktiviti berbasikal mereka manakala ibu bapa mereka juga berperanan dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka.

Kepada soalan asal dari Normala mengenai tindakan terhadap pemandu yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini di mana lapan remaja terbunuh, DS Liow berkata polis masih menyiasat kes itu. Beliau menambah, apa-apa tindakan undang-undang diambil dalam kes ini oleh polis dan Jabatan Peguam Negara akan berdasarkan penyiasatan yang dijalankan.

March 9, 2017

197 Berapa Perisik Asing Di Malaysia - Soalan Bodoh Dari MP Bayan Baru @simtzetzin


9 tahun lalu, pengundi-pengundi Bayan Baru telah membuat kesilapan dengan melantik Sim Tze Tzin sebagai Wakil Rakyat mereka. Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen berkenaan di dalam laman sosial Twitter dan Facebook beliau. Hari ini terbukti apabila di dalam Sidang Dewan Rakyat,  Ahli Parlimen PKR Bayan Baru bertanyakan soalan berapakah jumlah agen perisikan asing di Malaysia!

Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Allied, di dalam filem berkenaan Brad Pitt, seorang agen perisik telah menyamar sebagai seorang suami kepada heroin supaya identitinya tidak diketahui oleh pihak musuh. Ini namanya perisik atau 'spy'. Agak kurang bijak atau bodoh sekiranya mana-mana negara asing hendak mengisytiharkan agen perisikan mereka kepada Malaysia atau pun kepada negara-negara lain.

Jawapan Timbalan Perdana Menteri saya suka apabila beliau menjawab perisik asing tidak mendaftar sebagai perisik dengan Kerajaan Malaysia. Ada jugak Ahli Parlimen pembangkang yang kurang bijak di Malaysia ini ya?

Nota Kaki: Ethan Hunt dalam Mission Imposibble pun boleh menangis dengan soalan MP PKR ini.

35 What Tun Dr Mahathir Really Mean Is @MukhrizMahathir Is Boboi Not Gigirl


DAP organizing secretary Anthony Loke said yesterday, there is no need to wait until 2050 for a woman to be made prime minister as the opposition is ready to appoint one after the 14th general election. According to him,
"We (the opposition) are ready to support Permatang Pauh (PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail) as the prime minister if we are given the mandate." - Source Malaysiakini.
Well, as expected, Tun Dr Mahathir responded an hour ago,
"Other parties have a right to voice out their choice too if they feel an individual is suited for the post. We are not rejecting their decision, but it is not the decision of one party." - Source Free Malaysia Today.
Come on Anthony Loke, Mukhriz Mahathir is not a gigirl la. He is Boboi.

20 Video 'Part II' Konon Lelaki Menyerupai @zairykj Telah Tular Di Media Sosial




Sejak pagi tadi, telah tular video 'Part II' dikatakan milik Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairi Khir Johari di laman-laman sosial. Ironinya, di dalam video kali ini, si perempuan yang menari bersama lelaki berkenaan amat mirip dengan Dyana Sofea. Pelik tapi benar. Mungkin pelanduk dua serupa kot? Mungkinkah dua pelanduk dalam satu video? Semuanya berkemungkinan. Apapun kita tunggu video 'Part III'. Tunggu ...

Nota Kaki: Dikatakan, di dalam dunia ini ada 7 orang yang memliki wajah seperti kita. Mungkin dalam kes Zairil ini, mitos ini menjdai kenyataan.

0 Taktik Kotor Digunakan DAP Untuk Menjerat MCA Dalam Isu RUU135


Penasihat seumur hidup DAP, Lim Kit Siang didakwa menggunakan taktik kotor dalam isu melibatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) RUU 355 untuk menjerat parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. Dakwaan itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong. Tegasnya, DAP sepatutnya menjelaskan pendirian sebenar kepada orang Melayu sebelum mendesak MCA berbuat perkara sama.

Lim Kit Siang menggunakan taktikseolah-olah Rakyat sedang diperkotak-katikkan dan dipermainkan dalam isu RUU 355 ini. DAP akan menjerat MCA kononnya parti berkenaan terikut-ikut dengan rentak parti gabungannya UMNO dan sentiasa menurut telunjuk UMNO. Akhirnya MCA akan dipersalahkan oleh DAP. DAP terlupa sewaktu mereka berselingkuh dengan PAS, UMNO dikatakan zalim. Sekarang mereka menuduh MCA pula bekerjasama dengan UMNO untuk menjalin hubungan dengan PAS.

Dr Wee menegaskan taktik kotor dimainkan Kit Siang hanya bermatlamat memburukkan MCA walaupun parti DAP itu sendiri tiada kesepakatan dalam pakatan pembangkang. Beliau turut bertanyakan kenapa pendirian MCA tidak diperjelaskan kepada masyarakat Melayu. Dr Wee mengharapkan agar MCA tidak dipersalahkan sekiranya tidak ada persefahaman antara pakatan pembangkang. Jangan gunakan MCA sebagai alat untuk mengaburi mata rakyat. Tegasnya, pendirian MCA berhubung RUU355 adalah sama seperti yang pernah dinyatakan presiden parti itu sebelum ini.

Presiden MCA sebelum ini dengan lantang dan jelas mengatakan pendirian sama. Saya tidak perlu lagi ulang. Jika kandungan (RUU355) adalah sama, maka pendirian MCA juga kekal sama. RUU 355 dibentangkan Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang, dibacakan buat kali kedua pada November lalu bagi memasukkan beberapa pindaan.

March 8, 2017

0 Tahniah SPAD Dan KTMB Selesai Isu Perkhidmatan Tiket Dalam Talian ETS, PM Puas Hati!


1 March 2017, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak melahirkan ketidak puasan dan kekecewaan hati beliau di laman sosial Facebook beliau berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terutamanya mengenai ETS dan pembelian tiket secara talian terus. 

Beliau mengarahkan KTMB melakukan penyelesaian segera dan meminta agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar memantau perkara ini dan melaporkan kepada beliau secepat yang mungkin. Baca di sini.

Hari ini, DS Najib Tun Razak berpuas hati dengan tindakan pantas SPAD dan KTMB di dalam menyelesaikan masalah berhubung perkhidmatan tiket dalam talian ETS. Perdana Menteri berkata beliau telah menerima laporan daripada SPAD berhubung ketidakpuasan terhadap sistem tiket dalam talian ETS yang diutarakan baru-baru ini.

DS Najib berkata antara langkah penyelesaian yang dikenal pasti ialah meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet khas untuk e-tiket. Ini akan membolehkan perkhidmatan e-tiket yang disediakan lebih cekap bagi kegunaan pelanggan. Ini akan dilaksanakan sebelum 9 Mac 2017.

DS Najib menerusi catatan di laman blog rasmi beliau, malam ini, berkata pihak KTMB juga menambah bilangan kakitangan khidmat pelanggan terlatih serta merta untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan KTMB itu.

Beliau berkata, laman sesawang portal e-tiket akan direka semula menjadikan ia laman utama atau landing page, termasuk membangunkan semula portal e-tiket KTMB menjadi lebih mesra pengguna dan berorientasikan jualan.

DS Najib menambah mekanisme pemulangan bayaran bagi transaksi yang gagal kepada pelanggan juga ditambah baik dengan kerjasama pihak bank, termasuk notifikasi kepada pelanggan melalui e-mel dan SMS. Usaha ini akan dilaksanakan sebelum 21 Mac 2017. 

Beliau berkata setiap cadangan yang dikemukakan akan dapat memanfaatkan rakyat yang dapat melihat perubahan dan penambahbaikannya tidak lama lagi. Pada masa sama, kesemua cadangan ini juga akan dipantau sehingga terlaksana dan mencapai objektif memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada Rakyat.

59 Kisah Kehidupan Zuhud Pemimpin PPBM


Apabila kita menghadiri ceramah pemimpin-pemimpin Parti Cap Bunga Raya, kita akan dihidangkan dengan cerita-cerita sedih bagaimana Rakyat Malaysia hidup susah dan melarat. Mungkin benar dan mungkin tidak. Namun apa yang pasti, pemimpin-pemimpin Parti Cap Bunga Raya tidaklah hidup susah.

Melihat kepada akaun media sosial anak perempuan Timbalan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, kita pastinya cemburu melihat keluarga Mantan Menteri Besar Kedah ini. Kita hendak tanya berapa ramaikah pengundi-pengundi DUN Ayer Hitam yang pernah makan di Restoren Nobu, KLCC, restoren Jepun yang termahal di Malaysia?

Inilah contoh pembangunan era Tun Dr Mahathir yang dibangga-banggakan oleh penganut-penganut Parti Cap Bunga Raya. Berapa ramai yang mendapat nikmat hasil pembinaan KLCC berbanding dengan kemudahan dan kenikmatan yang disediakan oleh Kerajaan hari ini di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak seperti BR1M, KR1M, Klinik 1 Malaysia, Bantuan Persekolahan, Bantuan Pembelian Buku untuk Mahasiswa, MRT, Monorel, UTC dan sebagainya. 

Nota Kaki: Contoh bil untuk makanan dua orang di Restoren Nobu adalah seperti di bawah? Anda mampu?


30 Adakah Ini Fitnah Terbaru Kepada Presiden Penang FA Merangkap MP Bukit Bendera @zairilkj ?



Poster dan video di atas tersebar meluas di laman-laman sosial media. Sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari seharusnya tidak mendiamkan diri dan menjawab tohmahan dan fitnah yang mungkin dibuat ke atasnya. Video di atas dikatakan baru Part 1 dan dikatakan juga Part 2 akan menyusul.

Beberapa akhbar Cina seperti China Press dan Kwong Wah Yit Poh turut memainkan isu yang sama.



Untuk rekod, Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sebelum ini telah membuat laporan polis untuk membantu Zairil Khir Johari untuk mencari siapakah dalang yang membocorkan semua gambar intim beliau dan Dyana Sofea. Setakat hari ini, masih tiada maklum balas daripada pihak polis mengenai laporan BN berkenaan dan yang lebih buruk Zairil Khir Johari sendiri masih tidak membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Kemaskini 5.20 PM:

It's not me, but look like me, dance like me ...

9 Perdana Menteri DS @NajibRazak Membidas Dakwaan Pengkritik Bahawa Projek ECRL Menjual Kedaulatan Negara


Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pagi tadi membidas pengritik beliau yang mendakwa projek East Coast Rail Link (ECRL) adalah bersamaan dengan menjual kedaulatan negara. DS Najib berkata walaupun beliau menyedari sentimen itu, beliau menegaskan bahawa tujuan projek ini adalah untuk memberi keselesaan kepada Rakyat.

DS Najib menegaskan ketika melancarkan majlis Pemeriksaan Awam Projek ECRL yang diadakan di Platinum Sentral serta dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),
"Sesetengah pihak mengkritik usaha ini, mengatakan bahawa kita menjual kedaulatan negara. Saya pasti semua orang memahami bahawa projek ini tidak ada kena mengena dengan kedaulatan negara. Projek ini adalah untuk Rakyat, untuk keselesaan mereka dan juga untuk kepentingan negara. Sama seperti bagaimana kita membentuk kerjasama dengan China dan Arab Saudi. Ia adalah untuk kebaikan negara."







13 Open Letter To North Korean's President


To the North Korean President, please return the 11 Malaysians who are now being held hostage in Pyongyang. As a replacement, you can take the 5 people below who have pledge to resolve the diplomatic crisis between your country and Malaysia:

1. Sivakumar Varatharaju
2. Ng Wei Aik
3. Jeff Ooi
4. Kulasegaran
5. Ramkarpal Singh

If these people are not suffice, please consider the following people as a additional replacement:

6. Lim Kit Siang
7. Lim Guan Eng
8. Ngeh Koo Ham
9. Nga Kor Ming
10. Teresa Kok
11. Tony Pua

Your kind consideration is very much appreciated. Thank you.

Addendum: This not-worth-pain-in-the-ass-guy, Kuan Yau Hew below, who love you so much, we will give for free.


March 7, 2017

36 Lucu Bila Tun Dr Mahathir Bidas Nazri Aziz Beli Kereta Mewah

Perdebatan ala budak-budak di antara Mantan Perdana Menteri 22 tahun dengan Menteri Kebudayaan Dan Perlancongan, DS Nazri Aziz berlanjutan apabila di dalam blog chedet.cc, baca di sini, Tun Dr Mahathir meneruskan usahanya untuk membidas DS Nazri. Antaranya Tun Dr Mahathir berkata,


Kita tidak payahlah campur tangan di dalam pergaduhan ini. Cuma kita hendak tanya, kereta mewah yang Tun maksudkan adakah seperti contoh di bawah?






25 Kenapa Pemohon Berdaftar Dengan SSM Perlu Kemuka Dokumen Perniagaan Untuk Kelulusan BR1M?

Sejak semalam isu BR1M tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disebabkan LHDN mengkehendaki mana-mana individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengemukakan dokumen perniagaan menjadi tular di media-media sosial.

Tujuan Kerajaan memberikan BR1M adalah untuk golongan berpendapatan rendah iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 (subsidi bersasar). Sebelum tahun ini ramai yang menerima BR1M apabila ianya tetap diberikan kepada mereka yg tiada slip gaji atau 'payslip'.

Hakikatnya ada peniaga yang  berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan dan tetap menerima BR1M hanya kerana mereka tidak membuat potongan KWSP dan tidak membayar cukai. Kerajaan tidak dapat mengesan pendapatan mereka dan golongan ini terus menerus menerima BR1M.

Sejak pembayaran BR1M tahun lalu, IT sistem di SSM telah menangkap data pendapatan mereka yang berdaftar dengan SSM. LHDN dan SSM sekarang ada jaringan kerjasama untuk 'cross-checking'. Di bawah adalah petikan dari ucapan Bajet 2017:
150. Kerajaan terus komited memampankan (kedudukan) fiskal negara jangka panjang dengan antara lain menubuhkan 'Collection Intelligence Arrangement' atau CIA di bawah Kementerian Kewangan. Ini akan melibatkan LHDN, Kastam dan SSM yang akan berkongsi data bagi menambah kecekapan mengutip cukai dan 'tax compliance'.
Pemilik SSM yg berniaga kecil-kecilan yang menerima pendapatan kurang RM4,000 sebulan dan termasuk dalam golongan sasar boleh buat rayuan dengan mengemukakan dokumen berkaitan ke pihak LHDN:

1. Penyata Bank.
2. Buku Simpanan.

Terdapat juga masalah lain yang menyebabkan penerima tidak menerima BR1M:

- Contoh 1 : Perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan. Ada kes pasangan sudah bercerai tetapi suami masih menikmati BR1M sebanyak RM1,050, di mana sepatutnya dapat RM450 sahaja Ini mengakibatkan bekas isteri gagal mendapat BR1M kerana tidak dikemaskini di dalam sistem (ini pembelaan kepada hak wanita) dan kepada yang ada masalah ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN seperti tarikh di bawah.

Contoh 2 : Tiada pengesahan berhenti belajar. Mahasiswa yang nendapat baucer buku RM250 perlu kemuka dokumen tamat belajar untuk layak dapat BR1M untuk orang bujang sebanyak RM450 (untung RM200). Kemaskini di LHDN bermula tarikh seperti di bawah.

Contoh 3 : Nama anda tersenarai di dalam tanggungan pemohon lain. Yang ini kena semak sendiri, kalau ayah dapat, maka pastikan di dalam permohonan ayah, anda tiada dalam tanggungan jika anda bekerja sendiri.

Nota Kaki - Pada yang rasa layak menerima BR1M, tetapi tldak diluluskan oleh LHDN, bolehlah mengemukakan rayuan bermula 3 April 2017 - 31 Mei 2017.

March 6, 2017

63 Ketua Pembangkang Dan Beberapa Pembangkang Biadap Tidak Memakai First Uniform

Ketua Pembangkang, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa orang pembangkang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, V Sivakumar dan beberapa Ahli Parlimen lagi kelihatan biadap dan tidak menghormati majlis apabila tidak memakai pakaian rasmi 'First Uniform' di Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen ke-13 yang dirasmikan SPB Yang di-Pertuan Agong.





Namun, beberapa Ahli Parlimen pembangkang tetap menghormati majlis seperti TS Muhyiddin Yassin dan DS Azmin Ali.


Manakala Ahli Parlimen Kerajaan seperti biasa segak dengan pakaian rasmi dan tahu adab dan tata tertib majlis.






Dan gambar paling 'win' hari ini ...

22 Kalau Tun Dr Mahathir Rasa Kuat Sangat, Cabarlah DS @NajibRazak Di Pekan


Begitu rendah taraf Pengerusi Parti Cap Bunga Raya merangkap Mantan Perdana Menteri 22 tahun untuk mencabar seorang Menteri Kabinet yang pernah berkhidmat di bawahnya untuk bertanding di Parlimen Langkawi di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Tun Dr Mahathir dipetik berkata,
"Saya ajak dia bertanding dengan saya di Langkawi dalam pilihan raya akan datang. Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya. Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja."
Tun Dr Mahathir mengulas perkara itu ketika menjawab cabaran DS Nazri Aziz supaya Tun Dr Mahathir bertanding di Padang Regas. DS Nazri sebelum itu dipetik berkata,
"Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka, tapi jangan datang saja tapi bertanding di Padang Rengas pada pilihan raya akan datang."
Pertama, sebagai seorang Mantan Perdana Menteri 22 tahun yang juga pernah menjadi 'Boss' kepada DS Nazri, Tun Dr Mahathir sepatutnya tidak melayan provokasi DS Nazri dengan bertindak kebudak-budakan secara cabar mencabar. Teringat dialog dalam filem Labu Labu lakonan P Ramlee dan M Zain, "Ini kepala bapak aku, ini kepala bapak kau. Kalau berani pijaklah." 

Kedua, Tun Dr Mahathir begitu iltizam dan istiqamah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Salah satu cara untuk menjatuhkan beliau dan tidak memungkinkan beliau menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 ialah menjatuhkan beliau ketika pilihan raya. Kenapa Tun Dr Mahathir tidak mahu bertanding di Parlimen Pekan dan seterusnya menewaskan DS Najib? Adakah Perdana Menteri 22 tahun takut berdepan dengan Perdana Menteri yang baru 6 tahun?

Ketiga, kebanyakan idol-idol Parti Cap Bunga Raya bertanding di Kedah. Tun Dr Mahathir di Langkawi, Mukhriz Mahathir, Sanusi Junid dan anaknya Akramshah serta Zainuddin Mydin. Hangpa ingat orang-orang Kedah bodoh ka?

Keempat, 91 tahun hendak bertanding lagi? Sempatkah beliau untuk cukupkan satu penggal kalau menang? Adakah kita akan bazirkan duit Rakyat lagi untuk adakan Pilihan Raya Kecil jika berlakunya kematian?

0 MCA Akan Setia Bersama Barisan Nasional - Presiden MCA


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menegaskan parti berkenaan tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan terus berdiri teguh atas perlembagaan parti itu mengenai konsep perkongsian kuasa dan keputusan secara konsensus. Sebagai salah satu daripada 13 parti komponen BN, DS Liow berkata MCA mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

DS Liow menegaskan MCA mahu memainkan peranan utama dalam BN. MCA katanya tidak akan sekali-kali berundur. Beliau berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun ke-68 MCA di Wisma MCA di sini pagi Ahad. MCA telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949.

MCA sebagai sebuah parti politik berasaskan kam Cina di Malaysia selama ini tidak pernah gagal membantu Rakyat Malaysia khususnya kaum Cina akan terus memainkan peranan mereka walaupun adakalanya parti itu memberi pandangan berbeza dari sudut kaum adat, ugama dan budaya.

Walaupun MCA kadang kala berbeza pendapat tetapi di akhir keputusan MCA tetap akan akur dengan apa sahaja keputusan yang diambil oleh kepimpinan tertinggi dalam kelompok BN, sesuatu kemuafakatan yang telah lama wujud di dalam komponen BN secara semulajadi dan ini bukanlah seperti yang terdapat di dalam Pakatan Pembangkang yang sering kali bertelagah dan tidak pernah sependapat.

DS Liow berkata BN adalah satu pakatan politik dan perlembagaannya jelas mengatakan bahawa ia berpegang kepada prinsip perkongsian kuasa dan keputusan secara konsensus. Ini bermakna setiap parti tunggal amat diperlukan. Setiap parti di dalam BN adalah sama, oleh itu katanya MCA tidak harus dijadikan kambing hitam untuk kesilapan orang lain dan janganlah kita menghukum diri kita sendiri untuk perkara itu. Desakan untuk keluar dari BN adalah tidak bermoral dan menyalahi undang-undang dan tindakan yang tidak tepat.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates