March 4, 2017

63 Buruk Kelakuan Seorang Negarawan


Dalam usia meniti 90an, di saat insan lain menghabiskan masa di tikar sembahyang, Atuk dan Nenek ini menghabiskan masa dengan berperangai kebudak-budakan di akhir usia.

Sanggup terbang ke Forest City dan bergambar dengan papan tanda seperti budak-budak raven. Masya Allah. Mungkin kerana marahkan Kerajaan Negeri kerana tidak memberikan projek berkenaan kepada kroni-kroni Ananda dan Vincent, maka tindakan Atuk dan Nenek berkelakuan sedemikian diharuskan?

Mustahil Atuk selaku seorang mantan Perdana Menteri 33 tahun tidak mengetahui bahawa apa saja berkaitan dengan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yakni Tuanku Sultan atau Yang Di Pertuan Negeri sebagaimana termaktub didalam Kanun Tanah Negara.

Atuk dan Nenek risaukan sama ada tanah Forest City, Johor berstatus hak milik kekal (freehold) atau pajakan (leasehold) sedangkan ini tanah tambakan di dalam laut yang tidak seincipun menggunakan tanah asal Negeri Johor. Bukan seperti Atuk dan Nenk yang memfaraidkan tanah-tanah di Kuala Lumpur untuk kroni-kroni.

Tanah-tanah tambakan laut ini digunakan untuk membina kondominium mewah. Baik kondominium, apartment atau flat, di atas rumah orang, di bawah rumah orang, tanah apakah yang digadai oleh Kerajaan? Jangan lupa, sekiranya tiada tambakan laut oleh pemaju, Atuk dan Nenek itu sedang berdiri di dalam laut. Tua-tua pun bodoh.


March 3, 2017

68 @cmlimguaneng Tawar Tanah Paya Sebelah Loji Penapisan Najis Untuk Bina Kuil Dan Gereja, Hebatnya DAP!



Lim Guan Eng pastinya tidak merujuk kepada Master Feng Shui, Teresa Kok apabila beliau menawarkan tanah paya bersebelahan loji najis untuk pembinaan kuil di Pulau Pinang. Pastinya juga 'sahabat-sahabat' pengusaha kondominum mewah Lim Guan Eng tidak mahukan tanah di kawasan Mak Mandin ini sehinggakan Lim Guan Eng terdesak untuk menjualkannya untuk dijadikan kuil dan gereja.

Tawaran jualan tanah 20 ekar ini ditawarkan oleh Ketua Menteri untuk dijual semalam. Nampak sangat Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang sudah kehabisan duit sehingga terpaksa untuk menjual tanah paya bersebelahan loji untuk pembinaan rumah ibadat seperti kuil dan gereja. Selalunya Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan di negeri-negeri lain hanya memberikan tanah secara percuma untuk pembinaan rumah ibadat atau setidak-tidaknya mengenakan sewaan yang amat rendah.

Seeloknya dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak, Rakyat Pulau Pinang seharusnya memberikan satu lagi peluang kepada DAP untuk memerintah Pulau Pinang. Setidak-tidaknya Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya dapat menjual dan mengadai keseluruhan tanah di Pulau Pinang dan bukan setakat tanah paya dan tanah loji.

Tempat yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng ini kalau dibina rumah ibadat, bukan sahaja tokong malah dewa-dewa pun lari habis. Persekitaran yang kotor dan berbau busuk, tokong atau dewa yang tinggal di sana pun tidak boleh tahan, apatah lagi manusia. Apa kata kita cadangkan Lim Guan Eng saja yang tinggal di situ. Ini memandangkan ramalan Feng Shui yang baik dan kolam renang yang sedia ada percuma.

22 Ketua Pemuda BN WP @RazlanRafii Pertikai @n_izzah Abaikan Nasib 35 Keluarga Gagal Perolehi Residensi Kerinchi


Pada 27 Februari lalu, Projek Residensi Kerinchi yang menempatkan 472 isi rumah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak, tetapi 35 keluarga tidak menandatangani perjanjian projek berkenaan sebelum ini, akibat termakan hasutan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Perdana Menteri menambah sekarang 35 keluarga berkenaan menyesal kerana tidak mendapat rumah yang baru.

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menemplak Nurul Izzah yang sebelum ini menuduh Kerajaan Barisan Nasional dan DSU Raja Nong Chik sebagai zalim dan kejam malah bertindak tidak mengikut undang-undang. Beliau bertanyakan di manakah pemimpin persatuan bukan kerajaan (NGO) yang sebelum ini membuat provokasi, di manakah Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan di manakah Nurul Izzah ketika 35 keluarga ini tidak menerima kunci unit pangsapuri moden Projek Residensi Kerinchi dan bagaimanakah nasib mereka ketika ini.

Datuk Mohd Razlan dalam Kenyataan Medianya berkata, sebagai pemimpin dan orang Melayu malah anak tempatan di Lembah Pantai, Ketua UMNO Bahagian di sini tidak akan tergamak melihat kawan-kawan beliau merempat demi pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan BN. Hari ini sudah terbukti pembangunan ini membawa gaya hidup dan kemodenan kepada penduduk Flat 4 Tingkat yang dahulunya tidak pernah terfikir bakal menikmati pangsapuri moden di celah-celah kepesatan pembangunan Kuala Lumpur.

Beliau menambah, untuk hari-hari mendatang, setiap pembangunan yang bakal dilaksanakan, sebagai rakyat jangan kita mudah termakan lagi dengan hasutan-hasutan jijik oleh PKR. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pernah menyatakan bahawa tugas utama pembangkang adalah untuk terus 'menghasut rakyat'.

Katanya lagi, jangan kita kerugian lagi apabila termakan hasutan oleh PKR dan kuncu-kuncunya mereka. Sejarah di Malaysia membuktikan, tidak pernah ada rakyat yang merempat apabila pembangunan semula diadakan di kawasan mereka. 

11 KTM Oh ... KTM cc. @NajibRazak @syedhamidalbar @nawawikawi


Di atas adalah rungutan terbaru oleh pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dibuat oleh netizen pagi tadi. Ini bukan kali pertama kita membaca rungutan sebegini. Semalam, Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak melahirkan kekecewaan di laman sosial Facebook beliau berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB terutamanya mengenai ETS dan pembelian tiket secara talian terus. 

Kekecewaan ini nampak ketara apabila beliau mengarahkan KTMB melakukan penyelesaian segera dan meminta agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar memantau perkara ini dan melaporkan kepada beliau secepat yang mungkin.

Perlu diingat, DS Najib Tun Razak adalah seorang yang amat prihatin dengan permasalahan Rakyat. Mana ada seorang Perdana Menteri sebelum ini yang mengambil berat mengenai permasalah Rakyat Marhaen yang kecil-kecilan seperti KR1M, BR1M, UTC, Klinik 1 Malaysia, prasarana pengangkutan sepert LRT, MRT, Monoreal dan sebagainya.


Pengerusi SPAD semalam sudah membuat maklum balas di laman sosial Twitter beliau di atas teguran Perdana Menteri dan berjanji akan membuat tindakan segera. 


Pengerusi KTMB, YB Dato Ir Nawawi Ahmad pagi ini kelihatan membuat tinjauan ke atas perkhidmatan talian terus oleh KTMB. Semalam, Pengerusi KTMB telah membuat kenyataan rasmi yang dipetik oleh BERNAMA, di sini.

Dato Ir Nawawi berkata tiga perkara utama dikenal pasti menjadi permasalahan kepada pelanggan perkhidmatan KTMB termasuk transaksi yang tidak berjaya tetapi dikenakan caj. Kedua adalah pemulangan wang yang lambat bagi transaksi yang tidak berjaya dan ketiga adalah kesukaran mengakses sistem tiket dalam talian KTMB yang tidak mesra pelanggan

Dato Ir Nawawi berkata KTMB telah menubuhkan unit khas bagi membincangkan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan sistem pembelian tiket dalam talian dipantau secara terperinci.

Menurutnya, rekod transaksi tiket dalam talian menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 90 peratus tahun lepas berbanding pada 2015 sehingga beberapa inisiatif diambil untuk memastikan perkhidmatan dalam talian itu terus berfungsi dengan baik.

Antaranya dengan menambah satu talian internet khas e-tiket secepat mungkin, meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet daripada 14mb kepada 30mb bermula Isnin lepas dan menaik taraf sistem infrastruktur dan pangkalan data bagi sistem tiket pada 10 Januari lepas.


Menurut sumber, KTMB telah ditegur beberapa kali oleh pihak SPAD dan mesyuarat secara berkala juga telah turut dijalankan tetapi masih gagal ambil tindakan yang pro-aktif dan susulan yang berkesan dijalankan oleh pihak KTMB. 

Kita memahami KTMB tidak mempunyai Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif untuk urusan seharian. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Ahli Lembaga Pengarah tidak boleh bertindak secara proaktif. Apa-apapun kita tunggu laporan dari SPAD.

March 2, 2017

45 Fitnah Sudah Menjadi Makanan Ruji Mat Dan Minah Bunga Di Media Sosial


Bagaikan tidak takut dosa, fitnah sudah menjadi makanan harian Mat dan Minah Parti Cap Bunga Raya untuk memburukkan Kerajaan. Hari ini dua kementerian telah menjawab fitnah yang ditularkan. 

Minah bunga di atas yang menggunakan nama samaran Srikandi Malaya adalah orang UMNO yang kini merupakan penyebar fitnah parti Cap Bunga Raya. Beliau telah memfitnah bahawa pesara Kerajaan tidak lagi mendapat ubat percuma. Fitnah ini telah dijawab oleh Jabatan Perkhidmatan Awama seperti di bawah.


Fitnah kedua telah dibawa oleh seorang Mat Bunga tegar yang bernama Mohd Hanizam bin Yunos. Beliau membuat fitnah yang lebih membahaya dengan menuduh tentera Malaysia menjadi tentera upahan Kerajaan Saudi di Yaman, Tentera kita membunuh umat Islam di Yaman dan Kerajaan menjual lapangan terbang TUDM kepada China.


Pejabat Menteri Pertahanan telah menjawab fitnah di atas dengan terperinci seperti di bawah. Dua laporan polis juga telah dibuat hari ini. Bersiaplah Mohd Hanizam bin Yunos untuk diangkut ke lokap sedikit masa lagi.


Nota Kaki: Ketua Penaja Bahagian Langkawi Parti Cap Bunga Raya naik jet datang mesyuarat di Langkawi. Tiada lagi lakonan naik kapal terbang murah Firefly.

49 @limkitsiang Tanya Patutkah MB Johor DS @KhaledNordin Bercuti? Apek, Itu Anak @cmlimguaneng Bila Mau Cuti?


Hari ini, Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang buat lawak bodoh. Lim Kit Siang berkata memandangkan segala urusan tanah terletak di bawah bidang kuasa Menteri Besar Johor, DS Khaled Nordin, beliau mungkin perlu mempertimbangkan keputusan untuk bercuti sepanjang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal penukaran status tanah bumiputera di negeri itu.

Lim Kit Siang sewajarnya menyertai Maharaja Lawak. Di Johor, kes rasuah melibatkan anak salah seorang EXCO. Lim Kit Siang bukan sahaja mahu EXCO bercuti, tetapi juga Menteri Besarnya. Di Pulau Pinang Ketua Menteri yang juga anaknya, Lim Guan Eng telah didakwa di Mahkamah atas dua kesalahan rasuah dengan muka selamba, Lim Kit Siang mendiamkan diri. Kenapa tidak disuruh Lim Guan Eng mempertimbangkan untuk bercuti?

Di Johor, anak seorang EXCO kena tangkap atas kesalahan rasuah dan masih belum dibicarakan. Bapa si anak mengambil tanggungjawab untuk mengambil cuti dari menjawat jawatan EXCO negeri. Di Pulau Pinang pula, Ketua Menteri telah ditangkap oleh SPRM atas kes rasuah dan sudahpun mula dibicarakan. Apa yang si Bapa buat? Bapa pusing satu Malaysia kata kerajaan zalim.

Inilah demokrasi terpimpin gaya DAP. Demokrasi kepala bapa kau.

March 1, 2017

39 Tahniah TS Dr @IrwanSerigar Kerana Melantik Penentang Kerajaan Sebagai Pengarah Eksekutif GEM cc. DS @NajibRazak

Sebagai penyokong kuat Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB DS Mohd Najib Tun Razak, saya mewakili rakan-rakan seperjuangan ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan yang telah melantik orang yang menentang Kerajaan sebagai Pengarah Eksekutif, The Global Entreprenuership Movement (GEM).

Low Ngai Yuen adalah 'founder' dan Ketua Kakiseni yang memperolehi geran dari Kementerian Perlancongan dan Kakiseni dilihat sentiasa menetang Kerajaan. Bukti penghinaan kepada Perdana Menteri dan isteri disiarkan secara terbuka di laman sosial Instagram Kakiseni. Contoh disertakan di bawah.

Kakiseni juga dikatakan menyalurkan dana kepada kumpulan-kumpulan seni untuk menyerang Kerajaan. Hari ini TS Dr Irwan telah melantik wanita ini menjadi Pengarah Eksekutif di GEM. Apa lagi yang saya boleh katakan selain dari kami sayang TS Dr Irwan ketat-ketat. Tahniah kerana kontrak TS Dr Irwan dikatakan disambung.






63 @AzminAli Kurang Ajar Dengan Menghina Pembantu Perubatan Klinik 1 Malaysia cc. @DGHisham


Tak payah pergi Klinik 1 Malaysia sebab faktanya (Klinik 1 Malaysia) tiada doktor. Dia bagi panadol sahaja. Sakit jantung panadol, angin ahmar panadol, semput panadol, lelah panadol dan akhirnya kita mati kerana panadol.
Ini satu kenyataan kurang ajar dan biadap daripada Menteri Besar Selangor. Kenyataan beliau merendahkan Pegawai Perubatan (Medical Assistant) dan Klinik 1 Malaysia amat tidak boleh diterima.

Pertama, kenyataan bahawa Rakyat akan mati kerana panadol perlu dibuktikan dengan kes-kes kematian kerana ini adalah tuduhan yang serius. Tidak ada Pegawai Perubatan yang gila yang tidak merujuk kes-kes keselamatan ke hospital dan hanya memberikan pesakit panadol dan membiarkan pesakit mati. 

Azmin Ali perlu memberikan bukti-bukti tuduhan beliau dengan memberikan nama penuh pesakit / arwah, tarikh dan masa insiden kejadian, Klinik 1 Malaysia yang mana berlaku dan lain-lain maklumat yang boleh membantu.

Kedua, Azmin Ali mengagung-agungkan Skim Peduli Sihat yang dilancarkan olehnya. Saya 'recap' apa yang ditulis oleh Selangor Press, di sini,
Keluarga yang telah diluluskan permohonannya di bawah skim ini akan menerima kad bernilai RM500 setahun manakala individu bujang pula dengan nilai RM200 yang boleh digunakan dengan had RM50 setiap kali rawatan di mana-mana klinik swasta.
Kita ambil contoh penyakit yang diberikan oleh Menteri Besar bengong dalam kenyataannya di atas. Sekiranya seorang pesakit jantung, angin ahmar, semput pergi ke klinik swasta dengan membawa kad Peduli Sihat, cukupkah dengan bayaran RM50 setiap kali rawatan. Untuk sakit demam dan batuk sahaja, kebanyakan klinik swasta akan caj lebih daripada RM50. Siapa yang akan tanggung bayaran lebihan? Menteri Besar Selangor?

Ketiga, di Klinik 1Malaysia, tiada Panadol. Sebaliknya yang ada adalah Paracetamol. Panadol itu adalah satu jenama ubat, Paracetamol itu pula adalah sejenis ubat. Tolong beritahu Azmin Ali, sebelum berniat mengkritik Klinik 1Malaysia, kena tahu dahulu perbezaan di antara Panadol dan Paracetamol.

Untuk pengetahuan Menteri Besar Selangor yang bengong, Klinik 1 Malaysia ditubuhkan untuk mengelakkan Hospital Kerajaan daripada penuh sesak dengan kes-kes sakit yang tidak kronik. Untuk kes-kes kecemasan dan kronik, silalah pergi ke Hospital Kerajaan.

Di Hospital Kerajaan dan Klinik 1 Malaysia, bayaran yang dikenakan hanayalah RM1. Tiada had limit bodoh seperti RM50 setiap kali rawatan yang dikenakan. Pembantu Perubatan di Klinik 1 Malaysia walaupun bukan seorang Doktor, tetapi mereka adalah pegawai-pegawai yang terlatih dalam bidang perubatan.

February 28, 2017

65 34 Penduduk Tolak Projek Residensi Kerinchi, Apa Kata "Penghasut"


Pada April 2012, penghuni flat 4 tingkat Kampung Kerinchi diarahkan untuk berpindah atas alasan pembangunan namun 34 daripada mereka tidak berpuas hati dengan cadangan Kerajaan pada masa itu. Kini seramai 408 penduduk flat empat tingkat Kampung Kerinchi yang mengikut gesaan kerajaan untuk berpindah mendapat sebuah unit pangsapuri baru dengan berkeluasan 900 kaki persegi.

Antara keistimewan yang diperolehi oleh 408 penduduk flat ini adalah:

1. Berbanding kediaman sebelum ini yang hanya mempunyai sebuah bilik atau tiada bilik, kini menjadi tiga bilik tidur serta dua bilik air. 

2. Antara kemudahan yang disediakan termasuk surau, medan selera, taman permainan, taska, dewan serba guna dan kolam renang.

3. Sebelum ini flat itu hanya mempunyai empat tingkat tetapi kini dibangunkan semula sebagai pangsapuri moden 18 tingkat.

4. Dianggarkan nilai sebuah pangsapuri Residensi Kerinchi bernilai RM500,000, jauh berbeza dengan satu unit flat yang didiami penduduk terdahulu iaitu sekitar RM50,000.

5. Penghuni baru itu turut menerima skim yang membantu mereka sebelum berpindah ke rumah baru, antaranya elaun pindah keluar ke rumah transit di PPR Kerinchi sebanyak RM5,000 dan pindah masuk ke Residensi Kerinchi sebanyak RM8,000.

6. Kediaman ini sepatutnya siap pada Mac 2016. Sejumlah RM1,250 sebulan untuk tempoh lapan bulan diberikan kepada bakal penghuni disebabkan kelewatan projek.

7. Bantuan persekolahan, mengangkut barang berpindah dan kenduri kendara turut dibantu oleh Pemaju kepada penghuni yang terlibat ketika mendiami di rumah transit selama enam tahun.

Residensi Kerinchi dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak pada 27 Februari 2017. Malang nasib 34 penduduk berkenaan yang termakan hasutan Ahli Parlimen Lembah Pantai. Apa kata penghasut dalam hal ini. Malaysiakini baca di sini, melaporkan YB Nurul Izzah Anwar berkata,
"Jika Najib hendak politikkan isu perumahan, pembangunan rakyat, jangan sampai menyakiti hati mereka (penduduk) lagi dengan sindiran yang tak perlukan. Najib saya sarankan hormatilah hak penduduk, harapan dan maruah orang kawasan Kampung Kerinchi lebih-lebih lagi rakyat Malaysia."
CTS kata,

Pencarum Tabung Haji dengar temberang Rafizi Ramli baru sedar rugi.
Penduduk Kerinci dengar temberang Nurul Izzah baru sedar rugi.
Penuntut dengar temberang pembangkang kata Kerajaan tidak ada duit, tarik diri dari kursus, sekarang baru sedar rugi.

Padan muka. Dengar lagi cakap depa.

5 Beranikah YB @TonyPua Dan YB @TeoNieChing Buat Begini Kepada Raja Salman?


Ini adalah 'screen shot' daripada klip video pemimpin DAP yang terdiri daripada YB Tony Pua dan YB Teo Nie Ching membuat penghinaan kepada Raja Arab kerana tidak puas hati dengan wang derma yang diberikan.

Sekarang, Raja Arab Saudi, Raja Salman berada di Malaysia untuk lawatan rasmi. Beranikah YB Tony Pua dan YB Teo Nie Ching untuk melakukan perkara yang serupa di hadapan tuan punya badan?

Di bawah pula adalah penghinaan macai-macai BERSIH ke atas Raja Arab. Kenapa mereka tidak menganjurkan demontrasi yang sama di hadapan Raja Salman? Telor sudah hilangkah?

18 DS @AzminAli Tak Ada Orang Lain Ka Selain Lantik Si Muflis Terajui YAWAS?

Orang yang telah diistiharkan bankrupt atau muflis adalah orang yang gagal mengawal selia perjalanan aset dan liabiliti miliknya sehingga mahkamah terpaksa melantik Pemegang Harta untuk menguruskan harta dan liabiliti bagi pihak dirinya. Proses kebankrupan merupakan proses dimana penghutang (individu yang berhutang wang kepada pemiutang) diisytiharkan muflis berikutan arahan mahkhamah yang dikenali sebagai Perintah Penghukuman dari Mahkhamah Tinggi terhadap individu tersebut. 

Kriteria yang akan menyebabkan seseorang individu diisytiharkan muflis di Malaysia adalah tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM30,000, tempoh masa lebih daripada 6 bulan hutang tidak dibayar dan individu tersabut bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

Adalah amat tidak sepatutya apabila seseorang yang telah diistiharkan bankrupt atau muflis masih lagi memegang jawatan sebagai sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Kamsani bin Nasir masih memegang jawatan Pengurus Besar YAWAS berkuatkuasa 01/09/2016 walaupun carian kebankrapan telah mendapati beliau masih lagi dalam status bankrupt pada 25/02/2017.

Kriteria apakah yang Menteri Besar gunakan untuk melantik beliau ke jawatan Pengurus Besar? Seseorang muflis waima akaun simpanan, akaun semasa atau mana-mana akaun sekalipun tidak dapat beliau ada sehingga beliau tidak lagi muflis, bagaimana beliau hendak menguruskan akaun YAWAS? Bagaimana beliau hendak menjalankan tugas di luar negara mewakili YAWAS sedangkan si muflis tidak dibenarkan ke luar negara?

February 27, 2017

24 GST Yang Dikutip Bukan Hanya Untuk BR1M Semata-Mata Pak Kadiaq


Ironinya hampir kesemua pengikut dan pemimpin yang menyertai Parti Cap Bunga Raya akan bertukar menjadi zombies. Mana yang dulunya cerdik, kini bertukar menjadi lembab dan bodoh. Mana tumpahnya bodoh kalau tidak kepada pengikut-pengikutnya kan? Tidak terkecuali Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Cap Bunga Raya yang dahulunya merupakan bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin. Beliau menulis di dalam blog beliau,
"BR1M dijangka akan dinikmati oleh tujuh juta penerima dengan jumlah besar RM6.8 juta. Maksudnya apa yang dibagi sebagai BR1M hanyalah sebahagian kecil saja daripada beban GST yang ditanggung oleh rakyat jelata. Kerajaan kutip RM39 bilion tapi bagi balik RM6.8 juta. Itu belum lagi dikira kenaikan harga barang dan perkhidmatan macam saya sebutkan di atas. Jadi kalau kita kaji dan halusi, susah kita nak telan hujah yang kata GST selamatkan negara dan BR1M bantu rakyat jelata atasi kos sara hidup yang melambung."
Pertamanya, BR1M yang diberikan kepada Rakyat yang memerlukan bukan berjumlah RM6.8 juta tetapi sebaliknya berjumlah RM6.8 billion.

Kedua, GST yang dikutip sebanyak RM39 billion bukan untuk kegunaan BR1M semata-mata, malah ianya dipulangkan semula kepada Rakyat dalam bentuk lain seperti dalam gambarajah di bawah.


Mungkin pembangkang menyangka pembangunan dilakukan oleh Kerajaan hanya dengan menggunakan air liur. Mungkin mereka menyangka Kerajaan membina dan menyelenggara jalanraya persekutuan dengan hanya dengan hanya menggunakan kos RM100 per kilometer. Atau mungkin mereka menyangkakan bahawa ubat-ubatan di hospital dan klinik kerajaan dibuat dari daunan pokok di tepi jalan yang diproses dengan lesung batu.

Kita sebenarnya kesian melihat pembangkang yang seakan kehilangan punca untuk menghasut dan memburukkan Kerajaan sehingga menyerlahkan kedangkalan dan kebodohan diri sendiri. Kita biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Untuk Pak Kadiq dan seluruh Mat dan Minah Bunga, CTS hadiahkan gambar swafoto di bawah. Jangan meroyan sehingga membawa ke tidur.


February 26, 2017

53 Ceramah Mega Pakatan Harapan & PPBM Megah Dengan Kerusi Kosong

Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Cap Bunga Raya berlangsung malam ini di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. Kalau dulu, sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13, apabila PKR, DAP dan PAS membuat ceramah, ribuan Rakyat Shah Alam yang hadir. 

Sekarang ribuan kerusi bersusun di belakang seperti di dalam gambar tidak digunakan. Mungkin ketiadaan PAS di dalam Pakatan Harapan sedikit sebanyak menjejaskan kedatangan penonton.

Tidak pastilah kajian yang dibuat oleh juak-juak Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali bahawa Kerajaan Selangor boleh hidup tanpa PAS dan Menteri Besar semakin popular dan mendapat tempat dalam masyarakat Selangor. Dari ceramah mega malam ini, nampak seperti sebaliknya.

48 DS @NajibRazak Dan DS Rosmah Sombong Dengan Mahasiswa

Ini cerita semalam. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, makan sama meja. Tiada protokol dikenakan. Nampak santai dan bersahaja. Makan pun ambil sendiri tidak sedikitpun nampak kekok. 

Wajah ceria anak muda yang hadir tidak mampu disembunyikan dengan kehadiran  Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dan isteri DS Rosmah Mansor yang melayan mereka seperti anaknya sendiri. 

Kalaulah dikatakan 100 orang membenci dan menghina kedua-dua suami isteri ini, saya amat yakin masih ada 1,000 orang yang masih menghormati dan menyayangi mereka.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates