February 18, 2017

171 Himpunan RUU355 vs Himpunan Anti RUU355


Orang anjurkan perhimpunan, mereka anjurkan perhimpunan. Kalau setakat macai Melayu DAP terbaru, Datuk Zaid Ibrahim yang mengetuai perhimpunan Anti Rang Undang-Undang (RUU) 355 memang tidak ke mana perhimpunan tersebut. Cuba macai-macai Prun penjilat tegar DAP baca apa banner yang di hadapan Zaid Ibrahim seperti gambar di bawah.


Puas hati berselingkuh dengan DAP wahai macai ProTun? Cuba bandingkan kehadiran macai-macai DAP Melayu yang tidak sedar diri di atas dengan perhimpunan Umat Islam penyokong RUU355 yang diadakan di Padang Merbok seperti di bawah.



Gambar di bawah khas untuk macai ProTun yang kini penjilat tegar DAP.

39 @ZainudinMaidin Mencemarkan Gelaran Tan Sri


Bukan semua perkara boleh dipolitikkan. Tragedi berdarah kemalangan 8 orang pelajar yang terlibat semalam tidak kurang tidak lebih hanyalah satu dari beribu-ribu kemalangan yang berlaku saban tahun.

Tindakan Zainuddin Maidin, Ketua Pengarang Utusan Melayu, bekas Menteri Penerangan, pemegang gelaran Tan Sri dan kini merupakan orang kuat Parti Cap Bunga Raya untuk mengaitkan tragedi berkenaan dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak adalah bersifat keterlaluan dan melampau.

Hendak bangkang boleh, jadilah pembangkang yang baik. Jangan jadi bangang dengan membangang dan jadi pembangang. Betullah orang kata, kalau jiwa syaitan tu, syaitan jugak. Waima Tuanku Sultan Johor sekalipun boleh sebak melawat mangsa-mangsa tragedi.

February 17, 2017

0 SPAD Kenalpasti 20 Syarikat Bas Ekspres Yang Bermasalah


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengenal pasti 20 syarikat bas ekspres bermasalah tahun ini. Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya akan memanggil semua pengusaha dan pengurusan syarikat bas terbabit dalam masa terdekat untuk diberi amaran. 

Menurut Datuk Che Hasni, antara kesalahan yang direkodkan syarikat berkenaan ialah tidak menjelaskan pelbagai jenis saman serta gagal mendisiplinkan pemandu. Senarai rekod itu katanya diperoleh menerusi rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pada pertemuan yang dijadualkan minggu depan, pihak SPAD akan memanggil semua syarikat bas ekspres yang terbabit dengan pelbagai kesalahan seperti saman had laju dan juga sikap pemandu masing-masing. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Operasi Bersepadu di Plaza Tol Skudai Arah Selatan di sini, malam kelmarin. Operasi bersepadu bermula jam 2.00 petang itu turut dijalankan bersama pihak PLUS, JPJ, PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Datuk Che Hasni berkata, dalam operasi berkenaan, sebanyak dua kes hasil daripada operasi penyamaran dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 masing-masing atas kesalahan memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit.

112 Malaysiakini Keliru Agaknya Siapa Saman Siapa Dalam Isu YaPEIM?


Malaysiakini, baca di sini, melaporkan Pengasas Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN),  Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazli Hashim memfailkan saman RM20 juta ke atas dakwaan salah laku dan usaha menutup yayasan itu, kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan enam pihak lagi.

Namun, Ketua Pengarah YaPEIM dalam kenyataan media beliau semalam berkata, Setakat jam 7.00 malam, 16/02/2017, saman tersebut tidak lagi diserahkan ke atas mana-mana pihak. Laju bebenor Malaysiakini menulis berita atau Malaysiakini Tok Nujum yang boleh menilik masa depan?

Lebih teruja apabila PEMANGKIN telah terlebih dahulu pada 29/11/2016 telah menyaman kedua-dua Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim tersebut yang merupakan pengarah-pengarahnya melalui Writ Saman No. WA-22NCC-404-11/2016 secara tindakan terbitan (derivative action) di mana perintah injunksi diperolehi bagi membekukan kesemua akaun bank kedua-dua mereka untuk melindungi dan memelihara harta, aset-aset serta kepentingan PEMANGKIN.

Yang PEMANGKIN saman kedua-dua pengarah-pengarah mereka tidak pula dilaporkan oleh Malaysiakini? Yang belum disaman dijadikan topik utama berita. Apa motif sebenar Malaysiakini? Jangan lupa Pada 23/01/2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga di dalam kes yang sama, telah memberikan kebenaran memulakan prosiding untuk mengkomitkan ke penjara (commit to prison proceeding) terhadap Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim di atas keingkaran mereka bagi mematuhi perintah Mahkamah mengarahkan mereka menyatakan aset-aset kepunyaan mereka dan PEMANGKIN. 

February 16, 2017

217 Jam Pegawai Khas MB Selangor Bernilai RM87,000?


Menjadi tular di media-media sosial Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Muhammad Hilman bin Idham, memakai jam tangan bernilai RM87,000! Kalau betul untung badanlah. Bukan senang anak muda untuk berjaya dan memiliki kekayaan. Kali terakhir CTS mendengar anak muda sekaya ini adalah Datuk Adam Rosly yang baru berumur 28 tahun, memiliki kekayaan yang luar biasa hanya kerana menjual nasi lemak.

Namun, sebagai Pegawai Khas DS Azmin Ali, CTS tidak percayakan beliau adalah seorang yang korup. Mungkin beliau hanya memakai jam Penerai Luminor yang bersepah dijual di Bukit Bintang yang hanya berharga RM200 untuk gred AAA. Mana mungkin orang PKR terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. Tak mungkin. Tak mungkin.

February 15, 2017

83 Buat Minions Pembangkang Yang Menghina Malaysia, Bacalah Pendapat Orang Ini cc. DS @NajibRazak



Orang ini adalah Tan Kin Lian. Beliau adalah calon Presiden Singapura. Di saat Rakyat Malaysia terutamanya minions pembangkang dan juak-juak ProTun merendah-rendahkan pencapaian Malaysia, dunia saban hari memuji kita.


Tan Kin Lian, di dalam laman sosial Facebooknya, baca di sini, memuji Malaysia kerana diletakkan di peta dunia sebagai antara 4 negara yang terbaik dari segi penjagaan kesihatan di dunia 2017. Malaysia di dalam rencana artikel tersebut diiktiraf sebagai pusat industri pelancongan perubatan (Medical Tourism) yang terbaik.

Kita tidak nafikan penarafan atau ranking ini diberikan kepada sektor swasta. Untuk berlaku adil, sekiranya keadaan sosial politikal negara tidak stabil, pelaburan luar tidak menentu, Kerajaan kucar kacir dan ekonomi tidak kukuh, bagaimana Malaysia boleh berkembang sebagai negara industri perlancongan perubatan?

Oleh itu, teori ekonomi negara sedang nazak dan negara akan bangkrap seperti dicanangkan oleh minions pembangkang dan juak ProTun sudah boleh dibakulsampahkan. Pesanku buat macai, bersyukurlah.

Nota Kaki: Untuk macai yang mahukan RCI untuk Skandal Forex, hasrat anda telah termakbul. Bacalah memo di bawah dan sila hadam.

0 Pengusaha Dego Ride Perlu Bersedia Menghadapi Tindakan Undang-Undang


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), TS Dr Syed Hamid Albar berkata kegiatan penyedia teksi motosikal, Dego Ride perlu bersedia menghadapi tindakan undang-undang kerana beroperasi tanpa lesen. Walaubagaimanapun, SPAD kata beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengekang kegiatan berkenaan yang semakin popular ketika ini kerana tiada peruntukan undang-undang mengenainya.

Menurut beliau, bagi SPAD, untuk menguatkuasakan peraturan juga sukar kerana ada 13 juta motosikal di seluruh negara dan SPAD tidak boleh memberhentikan setiap motosikal dan bertanya sama ada pembonceng membayar tambang atau tidak.

Beliau menambah, motosikal tidak termasuk dalam senarai kenderaan yang dibenarkan untuk membawa penumpang dengan dikenakan bayaran, ia tidak dalam senarai pengangkutan awam. Isu keselamatan dan perlindungan insurans kepada penumpang untuk perlu menjadi keutamaan, walaupun TS Dr Syed Hamid suka dengan kreativiti yang ditunjukkan, dengan menyatakan bahawa teksi motosikal adalah untuk golongan pendapatan rendah dan idea itu datang dari golongan muda juga.

59 @NajibRazak Saman @TonyPua - Mana Mau Lari


Menjawab pertanyaan yang seringkali diutarakan oleh minions ProTun dan zombies pembangkang mengenai bilakah Perdana Menteri akan mengambil tindakan undang-undang ke atas fitnah yang diutarakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang mengenai fitnah 1MDB, BERNAMA ada laporannya seperti di bawah:
KUALA LUMPUR 15 Feb.- Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan bermula dari 18 hingga 20 Sept.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib dan Alliff Benjamin Suhaimi bertindak bagi pihak Pua. Alliff Benjamin yang ditemui pemberita berkata mahkamah juga menetapkan 3 April bagi mendengar permohonan Pua untuk membatalkan saman Najib.
Najib, atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman fitnah itu pada 5 Mac tahun lepas dengan menamakan Pua, 43, sebagai defendan pertama dan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong, 52, sebagai defendan kedua berhubung isu 1MDB. Najib selaku plaintif dalam pernyataan tuntutannya, berkata pada 13 Nov 2014, Pua, sebagai penceramah utama pada jamuan malam kutipan dana DAP, telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai 1MDB.
Najib berkata rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh Chan sendiri dan atau ejennya dalam laman YouTube Mediarakyat dan laman sesawang Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah. Menurutnya rakaman ucapan itu mengandungi perkataan yang merujuk dan berkaitan dengan dirinya dan memfitnahnya serta individu dikenali sebagai ‘perdana menteri’ dan semestinya merujuk secara spesifik kepada dirinya (Najib).
Beliau berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.- BERNAMA
Err ... whats up Doc?

56 Adakah Benar Duit TEKUN Diseleweng Untuk Projek Putu Bambu?


Dakwaan adik bekas Pengerusi TEKUN, Hamizura Osman, menyeleweng dana pinjaman kecil untuk peniaga, harus dipandang berat. Komen di atas diambil daripada ruang komentar laman sosial Facebook milik Hamizura Osman.

Mengikut pengomentar berkenaan yang menggunakan nama Kassim Masdor, duit pinjaman TEKUN yang diperolehi hanyalah separuh daripada nilai pinjaman yang dipohon. Tambah lagi, peminjam disyaratkan untuk membeli barang-barang daripada Hamizura dan suami sahaja untuk berniaga putu bambu. Putu bambu bukan satu tohmahan melulu. Hamizura Osman sendiri mengakui di dalam posting di laman sosial Facebook beliau bahawa beliau seorang usahawan putu bambu.



Hamizura Osman seharusnya tidak berdiam diri dan harus membuat laporan polis terhadap dakwaan berkenaan untuk membersihkan dirinya. Ini memandangkan kedudukan Kakaknya, Datuk Hamidah Osman sebagai bekas Pengerusi Tekun dan kini menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Parti Cap Bunga Raya.


Nota Kaki: Jangan lupa isu pokok tentang Hamizura Osman ini. Di dalam posting beliau, beliau telah membuat fitnah bahawa ubat di hospital adalah tiruan. Beliau tidak tahu membezakan di antara ubat 'Generic' dengan 'Counterfeit'.

February 14, 2017

108 Tahniah Tun Dr Mahahir Melantik Diri Sendiri Sebagai Ketua Penaja PPBM Bahagian Langkawi


Kesian Ainina Saadudin. Kesian penduduk Langkawi. Langsung tidak ada sesiapa anak tempatan yang layak untuk dilantik sehingga Pengerusi berusia 93 tahun terpaksa melantik diri sendiri menjadi Ketua Penaja Parti Cap Bunga Raya Bahagian P04 Langkawi.

Kenapa Tun Dr Mahathir bersusah payah untuk menjadi Ketua Penaja di Langkawi? Khabar angin yang bertiup kencang, menyampaikan cerita anak manja Tun Dr Mahathir, Si Boboi hendak meninggalkan DUN beliau untuk bertanding di Parlimen Langkawi.

Untung anak-anak Tun Dr Mahathir. Sentiasa mendapat bantuan Si Bapak bila-bila masa diperlukan. Dari kecil hingga dewasa, Si Boboi tidak habis-habis mengharapkan Bapanya untuk naik ke atas. Nak bertanding Ketua Pemuda UMNO, minta tolong bapa. Nak jadi ADUN, minta tolong Bapa, nak jadi Menteri Besar minta tolong bapa, dan sekarang, nak bertanding Parlimen Langkawi mengharapkan ehsan si Bapa.

Kesian pula melihat Si Ainina Saadudin. Beliau hanyalah seorang pemuja Tun Dr Mahathir. Beliau hanyalah merupakan alat Parti Cap Bunga Raya. Jadi Ketua Srikandipun kena pecat. Tiada lagi kata-kata "I'm the Queen of Langkawi". Baca juga artikel rakan-rakan CTS mengenai isu ini daripada The Devoured Saviour, di sini dan Bedaman di sini.

27 Wajah Terkini Dyana Sofea Di Kuala Kangsar





Masih ingatkah dengan calon DAP, Dyana Sofea, yang tewas di dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan? Hari ini beliau kelihatan di Pekan Karai, Kuala Kangsar, Perak mengedarkan akhbar Roketkini. Sebelum ini Dyana Sofea membawa diri ke London, katanya untuk menyambung pelajaran.

Sejak pulang dari Kota London, Dyana Sofea kelihatan agak berisi dan kelihatan seperti sudah berkahwin. Dengan 4 orang Wakil Rakyat Melaka keluar dari DAP baru-batu ini, masih relevan lagikah cara promosi DAP sebegini?

55 Keranda Di SUK Selangor Lambang Penyelewengan Wang Khairat Kematian




Selepas membawa katil dan tilam ke di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam tempoh hari, Pengerusi Gerakan Merah, DS Jamal Yunos pagi tadi membawa keranda dan kereta mayat ke tempat yang sama.

Keranda dan kereta mayat ini simbolik bagi melambangkan pertanyaan Rakyat Selangor yang ingin tahu ke mana hilangnya peruntukan RM200 juta untuk Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.

Antara isu lain yang diutarakan oleh DS Jamal adalah berkenaan pengurusan kewangan dana YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) yang telah diselewengkan oleh Kerajaan Negeri dengan mengeluarkan duit daripada akaun sewenang-wenangnya tanpa melampirkan sebarang dokumen.

Berlaku perang mulut dan cabar mencabar, antaranya seorang individu tampil berkata rakyat sudah muak dengan tingkah laku DS Jamal dan mengherdiknya supaya tidak menggangu Kerajaan Selangor. DS Jamal kemudian membalas sorakan itu dan mencabar individu itu untuk berdepan secara perseorangan.


2 Dego Ride Jangan Cuba Cabar Undang-Undang

Walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas namun ia juga membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kepada kemalangan maut pada tahun lepas. Justeru itu, Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai memberi amaran kepada syarikat perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' agar tidak mencabar undang-undang negara setelah diarahkan menghentikan perkhidmatan tersebut atas faktor keselamatan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj sebelum ini dilaporkan mendakwa tiada peruntukan undang-undang yang menghalang mereka menawarkan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, DS Liow mengenepikan dakwaan terbut dan berkata perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kata DS Liow akan melancarkan operasi penyamaran bagi membanteras perkhidmatan teksi motosikal itu. JPJ dan SPAD akan melancarkan operasi penyamaran serta-merta bagi menangkap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan atau pembawa motosikal Dego Ride. Pegawai penguat kuasa kedua-dua agensi berkenaan sedang bersiap siaga waspada dan kita akan mengambil tindakan tegas.

Sebagai alternatif kepada pengharaman Dego Ride, Kementerian Pengangkutan mencadangkan agar teksi mini diperkenalkan sebagai 'last mile transportation' untuk perkhidmatan jarak dekat dari stesen transit aliran ringan (LRT), monorel, KTM Komuter dan transit aliran massa (MRT) ke kawasan perumahan. Teksi mini dengan kenderaan berkuasa rendah iaitu 1,000 CC ke bawah boleh digunakan untuk menghantar pengguna pengangkutan awam ke rumah masing-masing

February 13, 2017

73 Tokong Joseph Lim Guan Eng Berbohong Isu GST




Hari ini, akhbar portal Roketkini.com melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuktikan komitmennya meringankan beban rakyat, dengan memberi pengecualian dan rebat cukai kepada pelbagai pihak di negeri itu. Portal berkenaan dipetik berkata,
Manakala, bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula dikecualikan untuk semua perkhidmatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai berjumlah RM19.36 juta.
Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang pula dipetik berkata,
Pengurangan dan rebat (cukai pintu) ini adalah respons Kerajaan Negeri kepada GST. Kita menentang GST sama sekali, kerana GST adalah ‘perompak’ ekonomi negara.
Siapa sebenarnya perompak? Yang pasti portal Roketkini.com dan Joseph Lim Guan Eng adalah pembohong. Lihat kupon Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) seperti di bawah. Sejak 2013 sehingga 2015, Kerajaan Pulau Pinang mengenakan 6% Sales & Service Tax (SST) manakala Goods & Services Tax (GST) sebanyak 6% pula dikenakan selepas penguatkuasaan GST dari 2015 hinggalah sekarang.


Akhbar The Star bertarikh 28/03/2015, baca di sini, melaporkan, Setiausaha Majlis MBPP, Ang Aing Thye berkata, 6% GST sudah dimasukkan dalam kos yang dikenakan, dan pemilik kenderaan boleh terus membeli kupon letak kereta pada kadar semasa. 

Kesimpulan, kalau tidak berbohong bukan Tokong namanya.

115 Hutang Luar Singapura 2015 Adalah Sifar, Ratib Penyokong ProTun Dan Pembangkang


Poster murahan di atas yang hanya menggunakan Microsoft Power Point disebarkan oleh minions ProTun dan juak-juak pembangkang di laman-laman sosial. Kononnya, hutang luar Singapura adalah sifar pada 2015.

Juak-juak ProTun dan minions pembangkang ini kalau memberikan fakta, memanglah ke laut. Maafkan mereka. Sejak bila mereka pandai pun. Kalau pandaipun, sama spesis dengan Rafizi Sotong sajapun, kaki pembelit.

Hutang luar kasar Singapura (kalau mengikut kiraan yang sama bagaimana zombies pembangkang mendapat kiraan RM852.9 billion seperti poster di atas) adalah SGD1,855,548.800 atau RM5,481,339,900 atau RM5.48 TRILLION.

Tidak percaya ka? Tidak perlu ambil cakap CTS bulat-bulat. Baca sendiri dari laman web rasmi Statistik Singapura di sini. Kiraan yang sama untuk Malaysia, rujuk Bank Negara Malaysia, di sini. (Di bawah item 'Gross External Debt'). Minions ProTun dan juak pembangkang juga boleh merujuk sumber Wikipedia, di sini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates