February 12, 2017

121 @AzminAli Silap Info, Bukan Menteri Kanan BN Letak Jawatan, Tapi MP Dan ADUN Melaka


Rupa-rupanya Menteri Besar Selangor tidak berbohong, tidak membuat fitnah, berniat bohong atau memfitnah. Cumanya, info yang diberikan kepadanya adalah salah. Bukan Menteri Kanan Barisan Nasional (BN) yang akan atau telah meletakkan jawatan. Sebaliknya Ahli Parlimen Kota Melaka dan 3 ADUN DAP hari ini telah meletakkan jawatan dan meninggalkan parti berkenaan dalam satu sidang akhbar hari ini.


Langkah itu dimulai Ahli Parlimen dari Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

Kata dulang, paku serpih. Semalam, Azmin Ali mendakwa ada Menteri BN akan umum keluar parti kerana tidak setuju dengan kes 1MDB. Hari ini, empat wakil rakyat DAP umum keluar parti kerana tidak setuju untuk bekerjasama dengan mentor Azmin Ali.

Difahamkan dalam masa yang terdekat ini terdapat ramai lagi pimpinan DAP akan keluar dari parti tersebut dan sebahagian dari mereka kebanyakannya tidak setuju DAP mengadakan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir dan Parti Cap Bunga Raya.

Nota Kaki - Pandai Setiausaha Politik Menteri Besar Azmin Ali buat lawak bodoh. Azmin Ali aktif di laman media sosial Facebook dan Twitter, tetapi beliau dikatakan tidak mempunyai akaun Whatsapp. Cuba lagi kalau nak menipu.

February 11, 2017

80 Cakap Putar Belit Jagdeep Singh Deo Mengenai Perumahan Rakyat Di Pulau Pinang

Tahun lalu, pada 14/03/2016 Malaysiakini, baca di sini, melaporkan EXCO Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab bagi perumahan, Jagdeep Singh Deo  sebagai berkata:
"Dalam tempoh 2008 hingga 2015, sebanyak 8,092 unit rumah mampu milik berharga RM42,000 (dahulu dikenali Kos Rendah) dan sebanyak 8,107 unit rumah mampu milik berharga RM72,500 (dahulu dikenali Kos Sederhana Rendah) dibina di Pulau Pinang,"
Oleh itu, dari kenyataan beliau di atas, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 8,092+8,107=16,199 unit.

Jumlah rumah Kos Sederhana Rendah (KSR) yang dinyatakan ini adalah tidak sama dengan jumlah yang dinyatakan oleh Jagdeep semalam. Pada 2016, Jagdeep menyatakan jumlah rumah KSR adalah 8,107 unit, dan semalam jumlahnya hanya 6,266 unit sahaja. Mustahil rumah KSR boleh hilang atau lesap dalam tempoh tidak sampai setahun? 

Jagdeep Singh sebagaimana laporan Malaysiakini semalam, baca di sini, menyatakan jumlah rumah Mampu Milik Kategori A (KR) dan Kategori B (KSR) yang telah disiapkan sehingga kini pada 15,889 unit.

Pecahan agihan rumah KR adalah 5,686 kepada orang Melayu, 3,029 unit kepada orang Cina, 872 unit kepada orang India dan 36 unit kepada yang lain-lain bagi rumah KR yang memberikan jumlah sebanyak 9,623 unit. Manakala pecahan agihan rumah KSR adalah 2,188 Melayu, 3,498 Cina, 550 India dan 30 yang lain-lain yang memberikan jumlah 6,266.

Baiklah, rasanya tidak perlu dahulu pertikai angka yang diberikan oleh Jagdeep Singh itu walaupun telah banyak kali dibuktikan DAP kalau bab angka selalu silap kiraan. Paling klasik, silap kiraan dalam jumlah undi pemilihan CEC partinya sendiri.

Di Pulau Pinang ada 6 kategori Rumah Mampu Milik dari harga serendah RM42,000 untuk Kategori A @ Kos Rendah (KR) hinggalah kepada RM 400,000 seunit untuk Kategori F. Mengikut polisi perumahan Kerajaan Negeri yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang terdahulu dan diteruskan polisi berkenaan oleh Kerajaan Negeri semasa, setiap pembangunan perumahan melebihi 100 unit perlu membina 30% rumah KR (RMM Kategori A) atau KSR ( RMM Kategori B).

Terkini, Jagdeep Singh menyatakan 15,889 unit (Rumah KR dan KSR) telah dibina dan diagihkan kepada pembeli yang layak dalam tempoh 2008-2015 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Apakah jumlah rumah-rumah mewah (melebihi siling harga RM400,000 seunit) yang dibina di Pulau Pinang adalah 37,074 unit? Dan jumlah ini melebihi rumah-rumah Mampu Milik?

Perlu diambil maklum juga, Kerajaan Negeri turut memberikan pelepasan kouta Rumah KR dan KSR kepada pemaju-pemaju yang memohon pelepasan untuk tidak membina kouta KR dan KSR yang disyaratkan dalam garispanduan pemajuan perumahan. Pemaju-pemaju cuma perlu membayar pampasan atau "gantirugi" dalam bentuk tunai kepada Kerajaan Negeri. Adakah ini bermakna jumlah KR dan KSR yang siap dibina kurang daripada jumlah yang sepatutnya?

Kalau Kerajaan DAP Pulau Pinang betul-betul komited untuk membuat perumahan mampu milik untuk Rakyat, tirulah projek-projek Kerajaan Barisan Nasional Pusat seperti di bawah:

51 Kenapa Tun Dr Mahathir Perlu Berpura Menaiki Pesawat Tambang Murah Sedangkan Beliau Adalah Pemilik Syarikat Penerbangan?



Sekeping gambar dimuat naikkan di laman sosial Facebook bagi menunjukkan Mantan Perdana Menteri 22 tahun menaiki pesawat tambang murah. Bayangkan 9 kali menaiki jet peribadi, tiada satu keping gambar dimainkan, apabila menaiki pesawat tambang murah, diletakkan 'caption' yang menusuk jiwa. Drama apakah yang cuba dimainkan ini?



Hakikatnya, Tun Dr Mahathir dan David Chew Keat Soon mempunyai pegangan 50-50 dalam syarikat usahasama yang memiliki semua hak dan pengeluaran ke atas pesawat ringan yang berasal dari Itali di dalam sebuah syarikat bernama Euroala Industries. 

Tun Dr Mahathir juga masih lagi memiliki kepentingan 50% pegangan dan menjadi pengerusi kepada syarikat pembuatan pesawat yang memiliki teknologi dan menjualnya kepada pesawat-pesawat yang dikeluarkan oleh JetFox.

Selain itu, Tun Dr Mahathir juga adalah pengarah dan pemegang saham dalam syarikat penyewaan jet peribadi di bawah FlyJet yang turut dimiliki oleh kroni rapatnya, Lee Kim Yew yang tinggal di Country Height. Dengan kata lain, Tun Dr Mahathir memiliki syarikat jet peribadi.

Jadi untuk apakah drama ini?

February 10, 2017

70 DS @AzminAli Buat Lawak Menteri Kanan Berhenti Nak Tutup Taukeh Disneyland Kena Siasat @SPRMMalaysia Ka?



Saya dok ingat Menteri Besar Selangor ni serius orangnya. Pandai jugak dia buat lawak noo? Tiada angin tiada ribut, DS Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa seorang Menteri Kanan telah meletakkan jawatan. Tidaklah pasti daripada mana beliau memperolehi khabar angin yang tidak berasas tersebut. Mungkin dari ahli terbaru DAP kot? Ahli terbaru DAP ini tidak sampai sehari berada di dalam DAP sudah bergaduh dengan pemimpin lama seperti Gobind Singh Deo, anak Karpal Singh. Nampak macam tak lama Datuk Zaid Ibrahim akan berada di dalam DAP.


Berbalik kepada isu pokok, adakah DS Azmin Ali cuba mengalihkan perhatian umum daripada kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi yang mengambil keterangan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly berhubung sumber kekayaannya. Sesuatu yang ajaib bin mustahil apabila kenyataan Menteri Besar Selangor di media sosial Facebook ini kebetulan hampir sama. 

Ye lah, pastinya DS Azmin Ali hendak mempertahankan Datuk Adam Rosly, orang kuat kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, yang memiliki rumah ala Disneyland, beberapa biji kereta mewah sedangkan beliau hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja dan berumur 28 tahun. Anak muda hebat ini yang pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda PKR Ampang selama 1 penggal ini pasti menabung sejak dari kecil.


Nota Kaki: Apapun kejadian hari ini tidak dapat lawan kisah Atuk. Kalau dulu Tun Dr Mahathir 'menghantar' Anwar Ibrahim ke mahkamah bagi menghadapi perbicaraan beliau. Pagi tadi, Tun Dr Mahathir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk berjumpa Anwar Ibrahim untuk bersolidariti. Karma?

75 Macai Pembangkang Kenapa Sepi Presiden Indonesia Menaiki Pesawat Kepresidenan?


Apabila Perdana Menteri Singapura beratur, riuh rendah macai-macai pembangkang memuji dan memuja. Sedangkan Perdana Menteri Malaysia juga tidak pernah mengambil kesempatan dengan jawatan beliau, sekiranya bukan tugasan rasmi. Beliau juga beratur seperti Rakyat biasa.


Apabila Presiden Indonesia, Pak Jokowi menaiki pesawat tambang murah (atas apa sebab yang hanya beliau ketahui), maka berderetan maki hamun dan sumpah seranah ke atas Perdana Menteri Malaysia, kononnya menghabiskan wang Rakyat menaiki pesawat Kerajaan.



Hari ini, apabila Pak Jokowi sendiri memuat naik gambar beliau menaiki Pesawat Kepresidenan Republik Indonesia, pesawat rasmi Kerajaan Indonesia, senyap sunyi komen-komen dari macai pembangkang?


19 Kerajaan Pertimbang Siling Bagi Harga Minyak, Namun Idea Kembalikan Subsidi Ala @RafiziRamli Tidak Dilayan

Menteri Kewangan II, DS Johari Abdul Ghani, memaklumkan pene­tapan harga siling antara pilihan yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan untuk menangani isu kenaikan harga minyak. DS Johari yang merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, apabila Kerajaan telah membuat keputusan mengenai harga siling, sama ada penggiat industri minyak dan gas mahu menjual minyak pada harga rendah bagi tujuan promosi, Kerajaan menyerahkannya kepada mereka. Ini antara pilihan yang Kerajaan sedang teliti.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, sebelum ini telah mendesak supaya Kerajaan memperkenalkan harga siling bagi RON95 pada harga RM2 seliter dan sebarang kenaikan harga mengikut formula yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan melepasi RM2 seliter ditanggung melalui kaedah pemberian subsidi minyak.

Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak dipersetujui oleh DS Johari. Menurut beliau Kerajaan sedar mengenai harga minyak dan Kerajaan sedang memantaunya. Jika harga minyak terus meningkat dan jika ada pendapatan tambahan, Kerajaan boleh mempertimbangkan bentuk bantuan kepada kumpulan berpendapatan rendah, tetapi bukan golongan berada. 

Kerajaan akan mengeluarkan satu mekanisme. Walau bagaimanapun, buat masa ini tiada formula lagi, tetapi Kerajaan telah memutuskan bahawa ia tidak boleh mengembalikan dasar subsidi. DS Johari berkata, Kerajaan mengambil kira kos sara hidup dan mengenal pasti tekanan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Menurut Laporan Ekonomi 2015/2016, kumpulan B40 terdiri daripada isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.

February 9, 2017

58 Surat Dari Malik Itik Membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang Campurtangan Urusan Majlis Fatwa Negeri

Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Dato Abdul Malik Kasim yang dikenali di media sosial sebagai Malik Itik semalam telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa  mereka telah campurtangan di dalam urusan Fatwa di Pulau Pinang seperti mana yang didedahkan oleh Afnan Hamimi Taib Azimuddin dan Datuk Md Salleh Ahmad, yang mana merupakan Ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang.

Surat di bawah telah membuktikan bahawa Malik Itik telah berbohong dan bersifat munafik malah beliau cuba mengubah Islam mengikut acuan liberal yang sedang diusahakan oleh DAP. Malik Itik sendiri keliru dengan isi kandungan surat yang beliau sendiri tulis kepada Majlis Fatwa.

Soal samada Majlis Fatwa tidak akur dengan kehendak atau permintaan Malik Iti dan Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak penting dan ini tidak bermakna campur tangan Malik Itik dan Kerajaan DAP Negeri tidak berlaku. Beginikah pemimpin dalam Pakatan Harapan yang kita dapat harapkan untuk membela Islam?

0 Kementerian Pengangkutan Sedia Bekerjasama Bagi Pastikan Tragedi Bot Karam Tidak Berulang


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, berkata kementeriannya akan bekerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Laut Malaysia bagi meningkatkan kawalan serta penguatkuasaan ke atas bot penumpang. Ini bagi memastikan tragedi bot karam tidak akan berulang. DS Liow memandang serius mengenai perkara itu dan berharap tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

DS Liow yang juga merupakan Presiden MCA berkata Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula tahap keselamatan perkhidmatan bot penumpang di semua jeti pelancongan seluruh negara, termasuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi penguatkuasa. Penguatkuasaan lebih ketat itu bagi mengelak tragedi bot karam hingga mengorbankan nyawa berulang.

Mengulas lanjut, DS Liow berkata, kementeriannya juga berperanan untuk membantu kerajaan Sabah dari segi siasatan dan mengkaji serta memperbaiki keselamatan bot pelancong di negeri itu. Kementerian mendapati insiden bot karam ini menjejaskan nama baik serta industri pelancongan negara. Sehubungan itu, Malaysia, kata beliau perlu pastikan industri pelancongan adalah dalam keadaan yang terbaik dengan menjaga keselamatan pelancong dan penumpang.

Dalam kejadian pada 28 Januari lalu, tiga pelancong China termasuk seorang wanita mati di perairan Semarang, Labuan, manakala 22 selamat dan enam hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Mengalum, Sabah.

February 8, 2017

264 Kelantan Negeri Gagal - Setiausaha Agong DAP



DAP sememangnya parti carca merba. Apa tidaknya, pada 22/01/2017, penasihat seumur hidup DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP sedia berdamai dan bekerjasama dengan PAS. Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika presiden PAS itu sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia, baca di sini.

Namun pada 06/02/2017 pula, anaknya yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng telah membuat Sidang Media membelasah pemerintahan Kelantan di bawah PAS sebagai negeri yang gagal. Lim Guan Eng benar-benar marah kerana kritikan terbuka PAS Pulau Pinang terhadap pentadbirannya.

PAS sudah memerintah Kelantan sejak 1990. Bermula Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, 2008 dan 2013, PAS adalah sekutu politik DAP sehinggalah 2015. Jika Lim Guan Eng berkata Kelantan adalah negeri yang gagal, sebagai sekutu PAS sebelum ini. DAP juga merupakan parti yang gagal juga.

Lebih memburukkan keadaan, ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim di dalam Sidang Medianya semalam, turut membelasah PAS. Politik adalah serba berkemungkinan. Namun, untuk melihat PAS dan DAP berpelukan kembali setelah penghinaan dan penghinaan yang dilemparkan terhadap PAS oleh DAP, sesuatu yang amat teruja.

Nota Kaki - Joseph Lim Guan Eng (yang mempunyai pentadbiran yang bersih dan suci) akan menjalani perbicaraan marathon bermula bulan depan berikutan dua pertuduhan rasuah ke atas pembelian banglo dua tingkat bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn. Pendengaran untuk kedua-dua kes bermula dari 27 Mac hingga 31, 10 April hingga 14, 24 April hingga 28, 15 Mei hingga 19, 29 Mei hingga 2 Jun 13 Jun hingga 16 dan 17 Julai hingga 21.

34 Setelah Teruk Dikecam Netizen, PU Hafiz Minta Maaf Kepada DS @NajibRazak

Dengan segala rasa kesal dan rendah dirinya hamba memohon maaf atas kelancangan status hamba yg dahulu terhadap PM Najib Razak.
Peserta akhir Rancangan TV Pencetus Ummah, PU Ahmad Faiz Hafizuddin, sebentar tadi telah memohon maaf kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di atas keceluparan beliau menyalahkan Perdana Menteri di atas 25 saman trafik yang diperolehinya. CTS ada membuat posting berkenaan perkara itu di sini

Isteri beliau turut membuat komen berunsur kekesalan dengan apa yang terjadi di laman sosial Facebook seperti di bawah. Walau bagaimanapun, status berkenaan telahpun dipadam. Setiap orang pastinya akan membuat kesilapan. Bezanya, siapa di antara kita yang telah sedar dan memohon maaf di atas fitnah yang dilakukan. 

Mungkin kisah PU Faiz dapat dijadikan pengajaran buat macai-macai pembangkang. Janganlah kucing mati salah Najib, datang lewat ke pejabat salah Najib, terlupa makan tengah hari salah Najib dan sehinggakan isteri mengandungpun salahkan Najib!

Nota Kaki - PU Faiz membaiat dengan dengan Syaikh Hisham Kabbani iaitu menantu merangkap orang kanan Syaikh Nazim Haqqani dari Tarekat Naqshabandiah Al-'Aliyah Nazim Haqqani yang telah lama difatwa sesat oleh JAKIM. Tetapi PU Faiz masih tetap bebas berceramah tanpa halangan dengan mana-mana institusi agama dalam Malaysia. Mengapa?


February 7, 2017

178 Sidang Media Ditamatkan Apabila Uncle Lim Kit Siang Mengamuk Ditanya Isu Skandal Forex BNM Dan BMF



Sidang Media Datuk Zaid Ibrahim terpaksa ditamatkan lebih awal apabila Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang, gagal mengawal kemarahannya apabila seorang wartawan kanan bertanyakan berkenaan isu Skandal Forex Bank Negara Malaysia dan Bumiputera Finance Berhad (BMF).

Nota Kaki - Bagi yang mudah lupa, di bawah adalah sebuah buku yang pernah ditulis oleh Lim Kit Siang dahulu.

50 Tun Dr Mahathir Panggil Zaid Ibrahim Katak, Tun Pun Dua Kali Lima




Pagi tadi, sah lah khabar-khabar angin sebelum ini dengan penyertaan Mantan Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP. Cumanya persoalan yang ditimbulkan kenapa Zaid Ibrahim tidak menyertai Parti Cap Bunga Raya, sebaliknya DAP. Hanya beliau yang mengetahui sebabnya.

Tun Dr Mahathir, dipetik portal The Malaymail Online, baca di sini berkata, 
"I hope he will stay in DAP a little bit longer. The problem is in this country, we have a race of frogs. These frogs, they like to hop here, hop there. When I try to catch one, they’ve already hopped somewhere else. I think we need to eradicate this culture."
Tun Dr Mahathir berkata Zaid Ibrahim ibarat katak. Zaid Ibrahim mula menyertai UMNO. Kemudian PKR. Selepas itu, beliau membentuk parti sendiri dipanggil Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), tetapi kemudian meletak jawatan sebagai Presiden KITA pada 2012, sebelum menyertai DAP hari ini.

Tun Dr Mahathir ibarat mengata dulang, paku serpih, mengata orang, awak tu apa kurangnya. Tun Dr Mahathirpun sejarah telah membuktikan dua kali keluar UMNO. Satu kali dipecat. Menubuhkan parti baru dan menjadi Pengerusi. Ini bukan ciri-ciri katak kah?

31 Berita Baik Untuk Kakitangan Awam Di Penang Yang Meminjam Ah Long, @cmlimguaneng akan Bayar Hutang Anda


Berita baik untuk kakitangan awam di Pulau Pinang. Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng bersedia untuk membayar balik hutang-hutang kakitangan awam yang dipinjam daripada Ah Long tertakluk kepada jumlah pokok yang dipinjam.

Hati budi Ketua Menteri yang baik, sesuai dengan slogan terbarunya, "I Love Penang", amat boleh dipertikaikan, memandangkan siapakah yang akan menanggung jumlah pembayaran hutang kakitangan awam kepada Ah Long itu? Adakah Joseph Lim Guan Eng akan menggunakan duit dana Kerajaan Negeri? (Baca duit Rakyat). Atau adakah Joseph Lim Guan Eng akan menggunakan hanya duit bapanya? (Baca Lim Kit Siang).

Tabiat atau gejala pinjaman dari Ah Long ini tidak dapat diselesaikan dengan cara kurang bijak yang Ketua Menteri amalkan. Malah semakin ramai kakitangan awam akan terjebak dengan Ah Long. Adakah tindakan Joseph Lim Guan Eng ini ada kena mengena dengan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beliau yang terlibat dengan pinjaman tanpa lesen?

Sinar Harian, baca di sini, melaporkan seorang ADUN Pulau Pinang masih berhutang RM150,000 dengan seorang ahli perniagaan sejak 05/05/2013.

February 6, 2017

78 The Ridiculous 6 #WeLovePenang


Berikut adalah komposisi negeri asal EXCO Pulau Pinang:

Lim Guan Eng (Ketua Menteri) - Melaka
Dato Mohd Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri 1) - Johor
Dr Ramasamy Palanisamy (Timbalan Ketua Menteri 2) - Selangor
Chow Kon Yeow - Wilayah Persekutuan
Chong Eng - Pahang
Danny Law Heng Kiang - Perak
Dato Abdul Malik Abul Kassim - Pulau Pinang
Lim Hock Seng - Pulau Pinang
Phee Boon Poh - Pulau Pinang
Dr Afif Bahardin - Pulau Pinang
Jagdeep Singh Deo Karpal Singh - Pulau Pinang

Barisan EXCO Pulau Pinang ada 11 orang. 6 EXCO Pulau Pinang adalah orang luar. We love Penang.

75 Ceramah Parti Cap Bunga Raya dan PAN Semakin Mendapat Tempat Di Hati Rakyat

Suasana dan sambutan Ceramah Pakatan Harapan dan PPBM anjuran PAN di Batu Gajah, Perak malam tadi.

Di bawah pula adalah Majlis Hi Tea bersama-sama YB Shah Alam, Khalid Samad anjuran PAN di Taman Alam, Jalan Cheras juga semalam.


Gambar di bawah jangan tanya CTS. Inilah kemampuan pembangkang yang sebenar. Mereka mampu mengadakan ceramah dengan orang-orang bunian. Maaf kamera yang digunakan tidak dapat mengesan kehadiran makhluk halus di ceramah berkenaan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates