January 30, 2017

23 Spin Bodoh Macai Parti Cap Bunga Raya Berkenaan Singa Tidak Menari Di Hadapan DS @NajibRazak




video

Pembangkang mentaliti seperti amfibia dan reptilia dan bukan mamalia. Lidah bercabang untuk mewujudkan fitnah yang tiada. Hari ini, fitnah dimainkan kononnya singa tidak membuat tarian di hadapan Perdana Menteri dan isteri. Blogger Outshit The Box katanya hebat sangat. Takkanlah perkara sebeginipun hendak 'spin'? Apa yang pasti posting kontroversi beliau ini pasti akan dipadam seperti mana yang selalu beliau buat sebelum ini.

Apa yang sebenarnya adalah tarian sudah tamat dan singa berkenaan sedang mengupas limau sewaktu gambar dan video fitnah diambil. Mat dan Minah Bunga ambik bahagian hujung video persembahan masa 'singa' itu tengah kupas limau, dikatakan 'singa' tu mogok menari depan DS Najib dan DS Rosmah. Mungkin Mat dan Minah Bunga tidak pernah melihat Tarian Singa. Singa itu kupas 1 biji limau bali dan 7 biji oren. Ikut tradisi Cina kena kupas dan bagi. Sebab itulah ambik sedikit masa.

Perdana Menteri dalam Facebooknya elok saja memuji persembahan acara tarian singa berkenaan.


Ini penjelasan dari orang kuat Gerakan, Tan Keng Liang dalam laman sosial Twitter beliau.

7 Adakah Lim Kit Siang Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang Selepas PRU14?


Agak di luar kebiasaan apabila Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga Penasihat Seumur Hidup DAP, Lim Kit Siang membuat Sidang Media di Pulau Pinang dua hari lepas. Beliau juga sejak kebelakangan ini sering berkempen di Pulau Pinang terutama di kawasan-kawasan Melayu.

Media rasmi DAP, Roketkini telah mula membuat publisiti dan kempen buat Lim Kit Siang di Pulau Pinang. Imej beliau difokuskan kepada pencinta orang-orang Melayu dan sayangkan Islam. Apa yang boleh membuatkan saya muntah hijau apabila Lim Kit Siang telah diberikan gelaran Negarawan!

Apakah dengan publisiti dan kempen sebegini adalah persediaan Lim Kit Siang untuk mengambil alih jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dari anaknya Joseph Lim Guan Eng, yang sebelah kaki sudah pasti di penjara akibat tuduhan rasuah yang sedang dihadapinya? Kesian pengundi-pengundi Gelang Patah. Anda semua tak ubah seperti keldai yang dipermainkan.

75 Satu lagi contoh Kelepetokrasi Kutty

Siapakah yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2003? Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkenaan pada masa itu melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengarahkan Telekom Malaysia untuk menghadiahkan kontrak kabel fibre optik bernilai RM214 juta melalui rundingan terus (tanpa melalui tender sebut harga). 

Kontrak berkenaan diberikan kepada syarikat Opcom Sdn Bhd, syarikat milik DS Mukhriz Mahathir sekeluarga. Di saat-saat akhir persaraan Tun Dr Mahathir, syarikat berkenaan masih lagi mendapat kontrak secara rundingan terus. Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Ye lah tu.


January 29, 2017

45 Cerita Sedih Di Tahun Baru Cina


Ini cerita sedih di Tahun Baru Cina, dutulis oleh wartawan New Straits Times, baca di sini. Kampung Sungai Lembu adalah kawasan perkampungan Cina. Terletak di bawah ADUN Penanti dan juga kawasan Parlimen Permatang Pauh. Kedua-dua Wakil Rakyat Penanti dan Pematang Pauh adalah dari parti PKR. Malah Parlimen Permatang Pauh Wakil Rakyatnya adalah Presiden Parti yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail. Permatang Pauh juga merupakan Parlimen Angkat bagi Ketua Menteri terhebat di Malaysia, Joseph Lim Guan Eng. 

Joseph Lim Guan Eng telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan media bahawa Pulau Pinang bebas dari kemiskinan tegar. Bagaimana bebas kemiskinan kalau di hari perayaan pun, Rakyat Pulau Pinang hanya mampu menyediakan satu mangkuk nasi putih sebagai hidangan perayaan. Kita fikir baik sajalah. Mungkin Wakil Rakyat sibuk dengan hal lain sehingga terlepas pandang perkara ini.

Ucapan Ketua Menteri sempena program Perubahan Minda pada 05/032009 di Kompleks Masyarakat Penyayang telah mengesahkan bahawa Pulau Pinang telah mencapai miskin tegar sifar. Baca di sini. Katanya,
Saya berasa begitu terharu dan gembira atas maklumbalas dan penglibatan positif pihak swasta dalam Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang. Tanpa sokongan dan komitmen daripada pihak swasta, Kerajaan Negeri pastinya tidak akan berupaya mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar dalam masa yang singkat.

16 Hasil Kerja Keras Dari Tahun 2011, Malaysia Juara Dunia!

Kita patut berterima kasih dengan pihak-pihak yang bertungkis lumus selama ini yang bermula dari tahun 2011. Hasil kerja keras ramai pihak, Malaysia telah muncul sebagai juara Miss Transsexual Australia 2017 yang dimenangi oleh Laeticia Phylliscia Raveena (namapun susah nak taip).

Tahniah kepada Datuk Ambiga S dan rakan-rakan serta kerjasama dari pihak Wakil Rakyat pembangkang yang memulakan usaha Seksualiti Merdeka sehingga kita mempunyai Ratu Pondan Dunia. Tahniah!

30 Panggil Pegawai Penguatkuasa Banjingan Kurap, Kita Popularkan Pemuda Ini cc. @PDRMsia

Pihak penguasa yang menjaga kelancaran jalanraya di musim Tahun Baru Cina dipanggil banjingan kurap, disamakan dengan anjing dan dimaki hamun di laman sosial. Pemuda ini mahukan populariti dan itu yang beliau akan dapat. Semoga dapat makan percuma di lokap-lokap berhampiran.

January 28, 2017

34 Teruknya Ahli Politik Pembangkang Sampai Kena Sembah Ayam

Macam-macam ragam ahli-ahli politik pembangkang untuk jadi terkenal. Walaupun hanya klip video Tahun Baru Cina terbitan Teresa Kok DAP, digunakan untuk sarcarsm atau menyindir, tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai seakan-akan 'menyembah' ayam agak keterlaluan. Teresa Kok biarkan sajalah. Yang Wakil Rakyat yang beragama Islam seakan-akan turut 'menyembah' ayam ni kenapa?

Bayangkan kalau tahun ini Tahun Babi. Adakah kita akan melihat mereka 'menyembah' Babi? Adalah diingatkan tahun 2018 adalah Tahun Anjing dan tahun 2019 adalah Tahun Babi. Bagaimana agaknya video Teresa Kok?



Juga dipaparkan di dalam video berkenaan, ucapan Nurul Nuha Anwar yang menyatakan Papanya dipenjarakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Agak pelik, kenapa tidak sebut nama Tun Dr Mahathir, orang yang mula-mula menuduh Anwar Ibrahim meliwat dan salah guna kuasa? Nampak gayanya Tahun Ayam adalah tahun 'U-Turn' kepada pembangkang.

January 27, 2017

56 Mana Ada Samanya Nasib Peliwat Dengan Nabi Yusof, Nurul Izzah Ooi!


Kalau terdesak sangat hendak melambung seseorang, suruhlah orang lain yang melakukannya dan bukan ahli keluarga sendiri. Sebelum ini si isteri, DS Dr Wan Azizah telah kagum dengan suaminya sendiri dan mengelar Anwar Ibrahim sebagai 'Anugerah Tuhan'. Hari ini pula, si anak sulung, Nurul Izzah tampil menjawab kenyataan Saiful Bukhari Azlan mengenai bapanya bahawa nasib Anwar Ibrahim sama seperti Nabi Yusuf.

Pertama, jauh bebenor perbandingan yang dibuat oleh Nurul Izzah dengan membandingkan bapanya, seorang pesalah liwat dan kini merupakan banduan di Penjara Sungai Buluh dengan Nabi Yusuf, salah seorang daripada 25 Rasul kekasih Allah. 

Kedua, Nabi Yusuf baju dia koyak di belakang ditarik oleh seorang perempuan bernama Zulaika. Manakala dalam kes Anwar Ibrahim pula, belakang Saiful Bukhari Azlan yang dikoyaknya, dan kedua-duanya adalah lelaki. Bagaimana kita hendak membuat persamaan kedua-duanya?


Sekurang-kurangnya, 'Anugerah Allah' kepada Tun Dr Mahathir diberikan oleh Datuk Ibrahim Ali dan bukannya oleh anaknya DS Mukriz.

61 Apabila Kompleks Sukan & Rekreasi MPSP Jadi Restoren Cina cc. @SPRMMalaysia


Kalau diikutkan papan tanda yang ada tertulis "Kompleks Sukan Dan Rekreasi MPSP". Pastinya di dalam fikiran di dalam kawasan ini pastinya ada gelanggang futsal, gelanggang badminton atau setidak-tidaknya trek untuk berjoging. Sayangnya, semua yang terbayang di fikiran tidak menjadi kenyataan.

Yang ada hanyalah Restoren Makanan Cina! Banyak sungguh magis yang berlaku di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) semenjak ditadbir oleh DAP. Dulu semua benda dibangkang. Sekarang semua benda menjadi halal, asal undi DAP tidak hilang.



Siapa Wakil Rakyat atau ADUN di sana ya? Kawasan ini tidak salah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Lalang, Parlimen Bukit Mertajam. Wakil Rakyatnya pulak dari DAP, Chong Eng yang juga EXCO Sukan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

31 Kerajaan DAP Harus Pindahkan Pesta Belon Panas Dari Padang Polo


Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak prihatin dengan masalah yang dihadapi Rakyat. Sudah dua tahun berturut-turut iaitu 2015 dan 2016, Pesta Belon Panas diadakan di Padang Polo. Tempat ini tidak sesuai dijadikan tempat Pesta memandangkan Hospital Pulau Pinang terletak di seberang jalan tapak pesta. 

Ini menyukarkan pergerakan pesakit serta keluarga dan ambulan hospital jika berlakunya kecemasan memandangkan kesesakan pengunjung ke tapak pesta. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menghargai dan menghormati hak dan kemudahan pesakit untuk mendapatkan rawatan segera di hospital berkenaan. Pesta Belon Panas yang diadakan setiap tahun pada bulan Februari di Padang Polo ini bersempena Tahun Baru Cina, akan sekali lagi diadakan pada tahun ini bertarikh 4 dan 5 haribulan depan.

Semalam, MCA Pulau Pinang telah menghantar memorandum kepada Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng, membantah penganjuran pesta berkenaan di Padang Polo berkenaan. Memo berkenaan telah diserahkan oleh Wakil MCA, Tan Hing Teik kepada Pegawai Khas Ketua Menteri, Tan Swee Peng di Tingkat 3, Bangunan Komtar. 

Satu laporan polis juga turut dibuat oleh Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Negeri, Ooi Teik Liang, untuk menyiasat sekiranya terdapat agenda tersembunyi Kerajaan Negeri yang tetap berkeras untuk mengadakan pesta berkenaan di tempat berkenaan walaupun mendapat bantahan orang ramai. Menurut Wakil MCA berkenaan, mereka tidak membantah penganjuran pesta berkenaan. Sebaliknya, apa yang diminta lokasi pesta berkenaan diubah dan lokasi cadangan adalah seperti di Esplanade dan Universiti Sains Malaysia.

January 26, 2017

75 Antara Jamal Yunus Yang 'Jahat' Dan @AzminAli Yang 'Mulia', Siapa Yang Anda Pilih?

Kenyataan di bawah saya petik daripada laman sosial Facebook DS Jamal Yunus,
"Saya akan pindahkan semua 43 keluarga mangsa-mangsa banjir yang ada di Dewan Sri Bernam ini ke Resort saya di Sekinchan. Pusat banjir Dewan Sri Bernam akan di tutup. Penginapan dan makan minum akan saya tanggung sepenuhnya. Hampir 3 hari mereka berada di sini."
Ini contoh DS Jamal Yunus yang dikatakan jahat dan gila oleh kebanyakan orang. Segila-gila dan sejahat-jahat DS Jamal Yunus, 43 keluarga dapat menumpang berteduh di chalet yang cuba dirobohkan oleh Kerajaan Pakatan Selangor.

Sebaik dan semulia Menteri Besar DS Azmin Ali, adakah beliau turun membantu mangsa banjir di Selangor. Adakah Rakyat malang mangsa banjir dapat menumpang teduh di kediaman mewah beliau?

Tepuk dada tanya iman.

0 SPAD Adakan Kempen Keselamatan Jalanraya Bersempena Tahun Baru Cina Di Seluruh Negara

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan Majlis Perlancaran Ops Selamat bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Tujuan Ops Selamat ini adalah untuk mengingatkan pengguna jalan raya dan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam agar sentiasa berhati-hati dan memandu dalam keadaan selamat semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Di Melaka, SPAD Melaka telah menyertai Majlis Pelancaran Ops Selamat 10/2017 yang diadakan di Tol Simpang Ampat dan di Freeport A Famosa Oulet, Alor Gajah, Melaka. Program yang bermula jam 10.00 pagi telah disempurnakan oleh YB Datuk Lim Ban Bong, Exco Pengangkutan dan Datuk Abd Jalil, Ketua Polis Melaka. 



Sementara itu, SPAD Wilayah Tengah telah mengadakan program walkabout bagi Kempen Keselamatan Dan Hak Sebagai Pengguna Bas Ekspress bertempat di Terminal Bas Klang Sentral. Sebanyak 100 "goodies bag" telah diedarkan kepada penumpang bas dan penumpang turut diberi penerangan berkenaan hak dan tanggungjawab sebagai penumpang. 



Di Kedah pula, SPAD UTC Kedah telah mengadakan Kempen Kesedaran Pengguna Pengangkutan Awam di Terminal Bas Shahab Perdana. SPAD UTC Kedah turut mengedarkan goodies dan flyers 'Hak Penumpang Bas Ekspres' dimana kakitangan SPAD turut memberi penerangan berkenaan Hak Penumpang Bas Ekspres dan aplikasi MeterOn kepada penumpang bas ekspres serta pemandu bas Ekspres. 


SPAD Timur iaitu Cawangan Kelantan dan UTC Pahang turut mengadakan Kempen Kesedaran Pengguna Pengangkutan Awam Darat "Safe Journey For All" bertempat di Terminal Bas Lembah Sireh dan bagi UTC Pahang di Terminal Sentral Kuantan.



Dan SPAD Wilayah Selatan juga tidak ketinggalan untuk mengadakan program walkabout bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina di Terminal Larkin Sental, Johor Bahru.


23 Kenapa @cmlimguaneng Takut Sabah Mengadakan Pilihan Raya Negeri?


Tindakan Setiausaha Agong DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng yang mempertikaikan cadangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang ingin mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah seawal April ini, agak dangkal dan pelik. Beliau dipetik Free Malaysia Today (FMT), di sini, mempertikaikan tindakan tersebut yang disifatkan beliau sebagai tindakan politik Kerajaan Pusat dan bukannya sebagai kehendak dan kepentingan Rakyat.

Mungkin beliau terlupa bahawa pada bulan Julai tahun lepas,  Setiausaha Agung DAP ini pernah merayu kepada parti PKR supaya dapat membuat keputusan bersama-sama untuk menyokong diadakan PRN di Pulau Pinang secara mengejut. Joseph Lim  pada masa itu secara terbuka merayu kepada kepimpinan tertinggi PKR agar menerima rancangan mereka untuk mengadakan PRN, namun akhirnya ditolak mentah-mentah. Baca laporan FMT, di sini.

Dalam pada itu, parti komponen BN, MCA bersetuju jika Sabah mahu mengadakan PRN lebih awal dan yakin BN berupaya untuk menang besar. Presidennya, DS Liow Tiong Lai, berkata majoriti kerusi BN yang dimenangi di Sabah sebelum ini menunjukkan rakyat Sabah percaya kepada apa yang sudah dilaksanakan BN di negeri berkenaan.

Katanya, pelbagai projek daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan negeri berkenaan sudah dirancang bersama, antaranya Kementerian Pengangkutan meluluskan peruntukan lebih RM2 bilion untuk pembangunan bersepadu projek pelabuhan Sabah selain, projek pembangunan Rangkaian Landasan Keretapi Sabah dan Sarawak.

Joseph Lim sepatutnya bersikap terbuka seperti Presiden MCA. Seharusnya, sebagai seorang Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya sibuk dengan hal ehwal negeri lain. Tidak seperti Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang parti-parti gabungan Pakatan mereka takut mengadakan PRN kerana masalah rasuah yang melanda dirinya, Kerajaan Pusat tiada masalah untuk memberikan lampu hijau kepada Kerajaan Sabah untuk mengadakan PRN lebih awal dari PRU14.

42 Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF


Di dalam Penyata Rasmi Parlimen (hansard) rujukan jam 3.41 petang. hari Selasa, 22 November 1983, Ketua Pembangkang pada masa itu, Lim Kit Siang telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri pada masa itu telahpun membuat pusingan u (u-turn) dalam Skandal BMF. Ianya berkaitan keenganan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat Skandal BMF. 

Agak pelik sekiranya Perdana Menteri seorang yang telus, baru pula mengambil alih jawatan Perdana Menteri sewaktu kes berkenaan sedang hangat diperkatakan dan beliau ingin kelihatan bersih dan suci kenapa menghalang tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Di Raja? Hansard penuh parlimen seperti rujukan di atas adalah seperti berikut: 
Tuan Lim Kit Siang (Kota Melaka):
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa Anggaran. Perbelanjaan bagi Maksud B. 30, Butiran Kod 1100 - Gaji dan Upahan, Program (1) Pentadbiran Am, (a) Pentadbiran diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak $10 berkaitan dengan gaji Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan 13255 22 NOVEMBER 1983 13256 usul ini yang bertujuan memotong gaji Menteri Kewangan sebanyak $10 sebagai membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan telah mengendalikan setakat ini skandal pinjaman $2,500 juta Bumiputra Malaysia Finance (BMF) di Hong Kong.
*Disebabkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata bahawa Kementerian Kewanganlah yang bertanggungjawab ke atas Bank Bumiputra dan BMF dan bukan Jabatan Perdana Menteri, maka saya kini mencadangkan usul ini untuk memotong gaji Menteri Kewangan dan bukan gaji Perdana Menteri.*
Cara Kerajaan mengendalikan skandal BMF telah discreditkan sama sekali kedua-dua cogan kata popular pentadbiran sekarang yakni Kerajaan "Bersih, Cekap dan Amanah" dan "Pimpinan Melalui Tauladan". Sehingga sekarang Kerajaan tidak mahu memberi satu laporan kepada Parlimen mengenai skandal BMF dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan hanya memberi lip-service kepada prinsip demokrasi berparlimen. Apa yang menjadi lebih serius ialah Kerajaan tidak mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan satu penyiasatan awam yang meluas ke dalam skandal BMF.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dilaporkan sebagai berkata pada 22hb Oktober lalu yang Kerajaan sedang menimbang kemungkinan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja tetapi seminggu kemudian di Labuan, beliau telah gostan balik dan menafikan yang beliau telah berkata demikian dan beliau seterusnya mengumumkan bahawa Kerajaan tidak berniat menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja. Beliau berkata bahawa Kerajaan akan menjalankan siasatannya sendiri ke dalam skandal BMF.
Pemuda UMNO yang sekian lama membanggakan dirinya sebagai berdiri di barisan hadapan menentang segala jenis pengkhianatan dan penyelewengan amanah wang awam telah bersikap begitu "timid" atas skandal BMF. Mereka telah menganjurkan satu rapat umum mengenai krisis Perlembagaan tetapi ia berfikir skandal BMF tidaklah begitu penting untuk menganjurkan satu rapat umum khusus baginya.
Nota Kaki: Di bawah adalah video Buletin Utama semalam. Lihatlah bagaimana banyak dosa-dosa Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim sehinggakan apabila hendak menyalahkan DS Najib pun disebutnya nama Anwar Ibrahim, sehingga dibetulkan oleh penyokong-penyokong beliau. Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk. Bertaubatlah Tun.

video

January 25, 2017

98 Dokumen Skandal BMF Didedah, Tun Dr Mahathir Bukan Bersih Dan Suci Seperti Yang Digambarkan


Apabila macai-macai Parti Cap Bunga Raya cuba mensucikan idola mereka, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan mengubahsuaikan sejarah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan kembali. Tidak dinafikan pinjaman kepada kumpulan Carrian diberikan sewal tahun 1979. Namun pada peringkat awal, urusniaga pada masa itu amat menguntungkan. Kumpulan Carrian memperolehi keuntungan bersih USD 100 juta dengan perolehan USD 280 juta. 


Namun skandal ini wujud sekitar tahun 1982 yang mana berlakunya transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh oleh Bank Negara Malaysia. Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16/07/1981. Kenapakah Tun Dr Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri masih membiarkan BMF untuk mengeluarkan pinjaman kepada kumpulan Carrian seperti transaksi di bawah sehingga Oktober 1982?



Tengku Razaleigh Hamzah sememangnya Menteri Kewangan ketika itu. Harus diingat Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Dr Mahathir. Sebelum Julai 1981, beliau juga adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI dan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Hussein Onn sedang uzur. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Tun Dr Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). 

Perlu diingat juga BBMB, bank induk bagi BMF di Hong Kong adalah di bawah kuasa penuh Perdana Menteri. Pemegang saham terbesar pula adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Siapa pula Pengerusi PNB pada masa itu? Tak lain dan tidak bukan juga Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996).

Siapa kata selepas Tun Daim mengambil alih jawatan sebagai Menteri Kewangan, Malaysia telah menjadi Bersih, Cekap dan Amanah? Tun Daim selepas menjawat jawatan berkenaan telah mengistiharkan kes BMF yang rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Kesudahannya, pada 17/09/1984, pinjaman bermasalah BMF yang ditanggung oleh BBMB sejak 31/12/1983, telah di'bailed out' oleh Petronas.

Kesimpulannya, cara Tun Dr Mahathir menyelesaikan masalah BMF, iaialah dengan cara 'bailed out' dengan menggunakan wang Petronas (baca wang Rakyat). IMDB ada 'bailed out' kah?

Nota kaki: Sejarah memang tak pernah menipu. Tapi jangan menipu sejarah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates