January 24, 2017

96 Artis Bersama Tokwan



Tidak ada salahnya apabila artis-artis Malaysia untuk hadir bersama-sama Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir dalam satu sessi santai. Cuma CTS terkenangkan sewaktu Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri 22 tahun pernah gam seorang artis terkenal tanahair, M Nasir apabila artis tersebut terlanjur kata dengan bertanya, "Siapa Mahathir?" 

Untunglah di zaman DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau bersikap terbuka dan tidak menyenaraihitamkan mana-mana pengiat seni yang tidak sehaluan dengannya. Mungkin sekiranya Tun Dr Mahathir masih memerintah, tindakan perilaku di atas akan dianggap beliau sebagai penentang dan harus digam.

Dijamin era pemerintahan sekarang tidak ada satu pun artis-artis di atas akan digam oleh mana-mana stesyen penyiaran. Malahan ada pula yang mendapat pengiktirafan Kerajaan walaupun lawak-lawak bodoh yang dibawanya adalah lawak-lawak yang menyindir kerajaan. Begitulah terbukanya era pemerintahan sekarang yang diterajui DS Najib Tun Razakyang dikatakan zalim itu.

Sekarang kita tahu kenapa Rozita Che Wan yang membeli belah pakaian anak-anaknya di London merungut mengenai kos sara hidup.

January 22, 2017

181 Ini Pula Ceramah Pakatan Harapan Atau Majlis Hari Lahir?

Ini cerita seorang kawan yang berada di majlis ceramah Pakatan Harapan di Kampung Bahtera, Sri Gombak. Program asal jam 9.00 malam terpaksa dianjakkan kepada 9.30 malam atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Antara panelis yang didatangkan khas untuk berceramah pada malam ini hebat-hebat belaka seperti Ahli Parlimen DAP Raub, Mohd Ariff Sabri dan Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Samad.

Format ceramah juga telah diubah kepada sesi forum. Pembesar suara dimulakan dengan, "Ada apa-apa nak tanya tak?" Hadirin yang seramai 30 orang berpandangan sesama sendiri.

30 hadirin ini boleh dibahagikan kepada :
25 anggota penganjur.
2 anggota keselamatan.
3 penduduk tempatan.

January 21, 2017

9 Kalau Ikutkan Sambutan Ceramah Di Gong Badak, Terangganu Bakal Tumbang Kepada Pakatan Harapan

Ini cerita semalam. Cerita ceramah pemimpin Pakatan Harapan di Gong Badak. Suasana dan sambutan amat hebat dan luar biasa. Ceramah Pakatan Harapan di sini diadakan bersama-sama Raja Pembohong Rafizi Ramli, Pengerusi PAN Terengganu, Pengerusi MPN PKR Terengganu dan Pengerusi DAP Terengganu di Gong Badak, Kuala Terengganu dan Pengarah Komunikasi PAN Pusat.

Kalau macam ini nampak gayanya memang selepas PRU14 nanti Pengerusi PAN akan menjadi MB Terengganu yang baharu. Ternyata ceramah Pakatan Harapan tetap menjanjikan lubuk kegemaran para makhluk halus, bunian, jin dan para mambang.

0 Pegawai Baru SPAD Siap Sedia Bertugas Sempena Tahun Baru Cina


Seramai 41 pegawai baru pasukan penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) siap siaga untuk ditugaskan bagi operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina. SPAD semalam telah mengadakan majlis perbarisan tamat latihan bagi 41 anggota penguatkuasa SPAD baru di Kem Bumi Jati, Klang. Anggota ini akan menyertai barisan 343 anggota penguatkuasaan yang sedia ada.

Barisan anggota terbaru ini yang terdiri daripada pemegang ijazah dan diploma berumur di antara 23 dan 30 tahun telah menjalani kursus intensif selama 2 bulan yang merangkumi bidang perundangan, penguatkuasaan dan operasi, tatacara pemeriksaan dan sekatan jalan raya, siasatan dan pendakwaan, Kod Amalan Industri Keselamatan (SPAD ICOP Safety), etika penguatkuasaan dan ilmu beladiri.

Majlis perbarisan hormat tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, TS Dr Syed Hamid Albar Jaafar Albar. Di dalam ucapannya, TS Dr Syed Hamid telah mengingatkan bahawa anggota penguatkuasaan SPAD memainkan peranan penting di dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Sebagai barisan hadapan yang mencerminkan imej SPAD di mata masyarakat, kesemua pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD perlu sentiasa mengamalkan integriti dan disiplin yang tinggi.

Sehubungan dengan majlis perbarisan tamat latihan ini, Major Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni Che Ahmad, Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan telah menyatakan bahawa anggota penguatkuasa terbaru ini akan dikerahkan serta-merta bagi operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Menurut Dato Che Hasni, anggota penguatkuasa berkenaan akan ditugaskan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya. Di samping itu, mereka akan menyertai Operasi Khas Tahun Baru Cina bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti JPJ, PDRM dan AADK bagi mengekang kejadian kemalangan jalan raya. Operasi akan bermula pada 21 Januari sehingga 5 Februari, termasuk penugasan anggota selama 24 jam pada 27 Januari sehingga 1 Februari 2017.

Di antara tugasan anggota penguatkuasa SPAD pada musim perayaan ini termasuk pemeriksaan kaunter, pemantauan penjualan tiket dan ulat, pemeriksaan dokumen bas di terminal, pemantauan dan rondaan terhadap penggunaan meter teksi di pusat bandar, dan penyamaran di dalam bas ekspres. SPAD juga turut serta di dalam operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain bagi musim perayaan ini.










14 Posting Komuniti - Mercedes WWC 8908 Anda Dikehendaki

Kes pemandu lori yang dibelasah oleh 4 hingga 5 orang gara-gara terlanggar kereta Mercedes berwarna perak kini dalam rawatan hospital sehinggakan mendapat 13 jahitan.

Perhatian untuk kereta Mercedes WWC 8908, anda sekarang menjadi terkenal di seluruh negara. Plet kereta anda sudah berada di dalam tangan kebanyakan pemandu terutama Abang-Abang lori.

Adalah dinasihatkan pelaku-pelaku samseng berkenaan dapat menyerahkan diri di balai polis yang berdekatan sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku.

January 20, 2017

43 Tun Dr Mahathir Buat Lawak Sepahtu Hari Ini Dengan Menyalahkan MCA Cia Cia Cia


Apabila Lim Kit Siang bertemu dengan Tun Dr Mahathir pagi ini, Tun memberitahu Lim Kit Siang bahawa kenyataan beliau mengenai hasrat DAP yang hanya mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri sahaja dan bukan jawatan Perdana Menteri, hanyalah sekadar diputarbelit oleh wartawan.

Apabila video dari Antara Pos membuktikan Tun berbohong apabila berkata,
"DAP has never asked to be Prime Minister, never. Adalah dia minta jadi timbalan, tu adalah. But for Prime Minister, they never asked."
Tun akhirnya menjadi panik. Lihat video di bawah.

video

Apa yang berlaku seterusnya adalah Tun menyalahkan MCA! MCA yang salah kerana kononnya cadangan Timbalan Perdana Menteri datangnya dari MCA dan bukannya DAP. Punyalah hadap Tun untuk membela rakan barunya DAP dengan meletakkan kesalahan ke atas bahu MCA. Tun dalam posting blognya di sini meletakkan kesalahan ke atas MCA dengan mengambil peristiwa 2009. Pandai betul Tun u-turn dengan berkata,
I wish to correct my mistake. It was not the DAP but it was the MCA.
Datuk Loke Yuen Yaw was reported by Jabatan Penerangan Malaysia, to urge Dato Seri Najib in 2009 to create the post of Deputy Prime Minister (TPM) and Deputy Chairman of BN to be filled by the MCA President to reflect “real power sharing”.
Appended below is the text of the report in bahasa Malaysia.
CADANGAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE-II DARIPADA MCA
Datuk Loke Yuen Yow, Timbalan Setiausaha Agung MCA dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan “perkongsian kuasa sebenar”.
Menurut Loke lagi, jawatan kedua Timbalan Perdana Menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.
Sumber Maklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia (sini)
April, 2009
Sebenarnya Tun mudah lupa. Sebenarnya Tun sudah nyanyuk. Bila sudah lupa dan nyanyuk Tun cepat-cepat buat u-turn. Bertaubatlah Tun.


64 Gambar-Gambar DS Rosmah Mansor Berbelanja Besar Membeli Belah








Pastinya macai-macai pembangkang teruja melihat tajuk kali ini. Maaf sekiranya saya mengecewakan anda semua. Gambar-gambar di atas diambil ketika isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Bakti, DS Rosmah Mansor dalam Majlis Sesi Bertanya Khabar Mangsa Banjir dan Penyampaian Sumbangan di Sekolah Kebangsaan Pelong, Setiu, Terangganu.

Kalau diikutkan tohmahan dan kutukan yang beliau sering terima setiap hari, DS Rosmah tidak perlu bersusah payah untuk bertemu dengan Rakyat, kerana beliau bukanlah seorang Wakil Rakyat pun. Namun ini bukan sifat beliau. Keperihatinan beliau terhadap mangsa-mangsa banjir membawa beliau dalam majlis hari ini. Kesemua keluarga tersebut menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan.

Mungkin DS Wan Azizah Wan Ismail boleh pelajari satu dua perkara daripada DS Rosmah. Yang paling penting jangan tinggalkan pengundi ketika mereka ditimpa malapetaka. Selalulah melawat mangsa-mangsa banjir di DUN Kajang yang kerap kali menerima musibah dan berusahalah untuk menyelesaikan banjir di kawasan berkenaan.

Mungkin boleh lihat video di bawah di mana DS Rosmah dipulau oleh Rakyat Pantai Timur dan kehadiran beliau tidak mendapat sambutan:

video

0 RRC Di Sempadan Thailand Bakal Memberikan Keadilan Kepada Jiran Singapura


Keputusan Kerajaan Malaysia hendak mengenakan Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) terhadap kenderaan bernombor pendaftaran asing yang memasuki negara ini melalui sempadan Thailand menjelang Jun ini, dianggap munasabah dan tepat pada masanya.

Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai berkata, ini menegaskan bahawa kerajaan tidak berdiskriminasi dalam menguatkuasakan RRC. Ini berikutan keputusan Singapura untuk tidak mengenakan RRC jika Malaysia memperkenalkan caj itu di sempadan Thailand.

Tindakan ini bakal dilihat Kerajaan sebagai tidak mengamalkan diskriminasi terhadap kenderaan Singapura. Singapura telah membuat keputusan terbaru untuk bersedia menarik balik RRC sebanyak S$6.40 terhadap kenderaan Malaysia yang memasuki Singapura sekiranya Malaysia turut mengenakan caj serupa di sempadannya yang lain.

Sebelum itu, Singapura dikatakan akan mengenakan antara lain caj VEP S$35 (RM109) sehari tidak termasuk caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC-Reciprocal Road Charge) S$6.40 (RM20) mulai 15 Februari ini kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu.

January 19, 2017

70 Isu Sex Peribadi Ainina Sepi, Isu Jho Low Kenapa Ainina Sibukkan Diri?


Apabila bekas Ketua Srikandi Parti Cap Bunga Raya, Ainina Saanuddin dituduh dengan satu tuduhan berat yang melibatkan maruah dirinya, beliau hanya menafikan dan berkata itu adalah  satu fitnah. Apabila bekas partinya sendiri meminta beliau membuat laporan polis untuk membersihkan dirinya, tiada sebarang laporan polis dibuat sehingga kini.

Namun apabila timbul isu yang tidak melibatkan maruah dirinya, sepantas kilat beliau membuat laporan polis. Apa kaitan Jho Low dengan Ainina secara peribadi? Bukankah lebih  baik beliau utamakan laporan polis terhadap fitnah ke atas dirinya terlebih dahulu?

Tidakkah Parti Cap Bunga Raya mempunyai barisan pemuda Armada yang hebat yang boleh saja membuat laporan polis ke atas Jho Low atau sesiapa sahaja yang parti berkenaan kehendaki. Kenapa Ainina perlu sibukkan diri?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates