January 18, 2017

89 Din Pagoh Bersuara Isu 'Forest City', Beliau Dakwa Gadai Tanah Pusaka


Presiden Parti Cap Bunga Raya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) akhirnya terjaga dari tidur dan hari ini membuat Kenyataan Media mengenai isu 'Forest City'. Saya amat berminat mengenai kenyataan media beliau di para 14 yang berbunyi:
14. Yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang yang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya. Maka hilanglah milik kita kepada orang lain! Apakah Bandar Malaysia milik Malaysia? 
Persoalan yang ingin kita tanya kepada TSMY, tanah pusaka siapa yang ingin kita gadai? Forest City akan dibina di atas tanah yang ditambak / ditebus guna di Selatan di atas laut (reclaimed land). Adakah tanah pusaka TSMY atau mana-mana individu yang terlibat berada di dalam laut? Tanah Forest City adalah adalah hasil tambakan laut (lihat ilustrasi di bawah) dan tidak melibatkan tanah darat yang sedia ada.

Adakah ini tanah pusaka datuk nenek kamu TSMY? Atau apakah nenek moyang TSMY berketurunan dugong? Mengenai pertanyaan TSMY mengenai status tanah berkenaan, kita terpaksa merujuk kepada Kanun Laut Negara dan bukan Kanun Tanah Negara kerana tapak Forest City masih di dalam laut!


KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
1. Aziz Kaprawi tidak perlu persoal kesetiaan saya kepada DYMM Sultan Johor.
2. Sebagai anak Johor, sudah tentulah saya tumpahkan taat dan setia saya kepada Raja dan Negeri Johor. Selain itu, menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu juga adalah sebahagian daripada matlamat perjuangan parti saya yang jelas termaktub di dalam perlembagaannya. Jadi, jangan persoalkan kesetiaan saya kepada Sultan Johor.
3. Isu yang berada di hadapan kita sekarang bukan isu kesetiaan. Isu pokoknya kedaulatan. Ia adalah soal prinsip. Apa prinsip kita mengenai kedaulatan negara dan kepentingan rakyat? Adakah penjualan tanah-tanah kepada syarikat asing untuk dibina rumah-rumah kediaman yang kemudiannya dijual sebahagian besarnya kepada rakyat negara asing memenuhi kepentingan rakyat negara ini? Bagaimana pula tanah-tanah ini yang dimiliki secara kekal oleh rakyat negara asing tidak mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara? 
4. Sejarah mengajar kita bahawa penjajahan bermula dengan tindakan pemerintah menjual sebahagian daripada wilayah negerinya kepada pihak asing. Akhirnya, wilayah itu jatuh ke tangan asing dan hilanglah kedaulatan negeri ke atas wilayah itu. Wilayah yang telah hilang ini tidak dapat diperolehi semula oleh negeri itu. Inilah pengalaman yang dilalui oleh negeri-negeri Melayu ketika British datang ke tanah air kita dengan Syarikat Hindia Timurnya. Inilah juga persoalan pokok yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir dan ianya amat berasas.
5. Ada pihak yang mengatakan bahawa penjualan tanah-tanah ini kepada syarikat asing dari negara China adalah pelaburan asing. Apabila saya mengkritik dasar ini, saya dituduh anti pelaburan asing. Tidak kurang juga ada media tempatan mengecap saya anti-Cina.
6. Saya tahu apa maksud pelaburan asing dan saya antara orang yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia ketika saya berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Malah, ketika saya menjadi Menteri Besar Johor, saya juga mengetuai banyak delegasi ke luar negara untuk membawa masuk pelaburan asing ke negeri Johor. Orang Johor pasti ingat negeri Johor membangun dengan pesat pada ketika itu.
7. Pelaburan asing berlaku apabila syarikat luar negara datang menanam modal di negara kita. Mereka membuka kilang-kilang pembuatan di negara ini, menggunakan bahan-bahan mentah tempatan untuk menghasilkan produk-produk samada untuk dieksport atau dijual di pasaran tempatan dan menggaji pekerja-pekerja tempatan. 
8. Kerajaan menyediakan tanah untuk mereka mendirikan kilang-kilang tetapi tanah ini tidak dimiliki secara kekal oleh syarikat-syarikat asing ini. Tanah-tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan. Daripada pelaburan asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing.
9. Apa yang berlaku di Forest City adalah sebaliknya. Syarikat asing tidak menanam modal, sebaliknya membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual. Para pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari negara China dan bahan binaan juga dari negara China. Malah para pembeli unit-unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga sebahagian besarnya adalah warganegara China. Juteru, apa manfaatnya kepada rakyat dan negara Malaysia selain keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang menjalin usahasama dengan syarikat China?
10. Sebenarnya, yang berlaku di Forest City bukanlah pelaburan asing, tetapi penjualan tanah kepada syarikat asing. Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Dasar kerajaan pada ketika itu ialah tanah-tanah yang dijual kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal. Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing.
11. Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing? Atau adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah? Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan.
12. Ya soal tanah adalah bidang kuasa negeri tetapi apakah kerajaan negeri boleh mengenepikan dasar pemilikan tanah oleh warganegara asing dan sekatan-sekatan yang biasa dikenakan ke atas pemindahannya boleh diketepikan begitu sahaja hanya dilihat dari sudut keuntungan wang ringgit semata-mata tanpa mempedulikan soal hak dan kedaulatan negeri?
13. Isu pokok ialah keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara. Adalah menjadi suatu kewajiban, malahan ianya amanah yang saya dan PPBM harus pikul untuk mempertahankan bumi Johor dan Malaysia dari jatuh dimiliki oleh orang asing. Apa jadi kepada negeri kita jika semakin banyak tanah kita terlepas ke tangan asing disebabkan kealpaan kita untuk mempertahankannya! Tanah Besar China mempunyai agenda tertentu untuk menawan ekonomi wilayah termasuk rantau ini menerusi Gagasan Laluan Suteranya. Itulah juga yang diperingat oleh Tun Mahathir
14. Yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang yang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya. Maka hilanglah milik kita kepada orang lain! Apakah Bandar Malaysia milik Malaysia? 
15. Bagi saya, kesetiaan tidak bersifat membuta tuli. Ia mestilah berpaksikan kepada prinsip kebenaran. Itu juga yang diajar oleh agama Islam. Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar.
MUHYIDDIN YASSIN
18 Januari 2017

48 'Forest City' For Dummies


1. Forest City akan dibina di atas tanah yang ditebus guna (reclaimed land) dengan keluasan 1,386 hektar. Ini bermakna, apabila selesai tebus guna sepenuhnya saiz keluasan tanah negeri Johor akan bertambah daripada 19,210 km2 atau 1,921,771 hektar menjadi 1,923,157 hektar. Jadi dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa tanah Johor dijual adalah salah kerana sebenarnya tanah Johor bertambah 0.072% melalui projek ini.

2. Pemaju induk dan pencipta Forest City adalah Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV), sebuah syarikat usaha sama antara Country Garden Holdings Ltd (CG) dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

3. Forest City adalah hampir 3 kali ganda lebih besar daripada Pulau Sentosa, Singapura. Kos pembangunan Forest City adalah RM175 bilion dan mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM450 bilion dan dijangka dapat menyediakan 250,000 peluang pekerjaan apabila siap nanti.

4. Forest City merangkumi pembangunan kawasan perdagangan, pelancongan, perhotelan, kediaman, perkhidmatan dan sebagainya. Keseluruhan projek ini akan memakan masa kira-kira 30 tahun dan antara perkara yang menjadi tarikan pelaburan ke Johor adalah kos perniagaan dan sara hidup yang rendah berbanding Singapura dan Kuala Lumpur, misalnya.

5. Pemasaran bagi kediaman di Forest City tidak tertumpu di negara China sahaja malah di Australia, Timur Tengah dan pelbagai negara lain. Adalah tidak masuk akal untuk mengandaikan bahawa hanya warga asing berketurunan Cina dari negara China sahaja akan membeli kondominium di Forest City dan lebih tidak masuk akal lagi andaian bahawa setiap warga asing yang membeli kondominium ini akan diberikan kewarganegaraan Malaysia.

6. Dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City adalah tidak masuk akal dan dilihat sengaja memainkan sentimen perkauman anti orang Cina. Ia adalah berdasarkan ANDAIAN dangkal bahawa oleh kerana Forest City dibina dengan kerjasama syarikat China, 336,000 unit rumah ini akan dibeli oleh 350,000 orang warga China dan dengan itu 700,000 warga China akan diberikan kerakyatan oleh kerajaan Malaysia.

22 @SyedSaddiq Hendak Jadi Pendamai Pulak Dah!


Ketua Armada, Parti Cap Bunga Raya, Syed Saddiq semalam telah mengeluarkan Kenyataan Media di laman sosial Facebook beliau. Beliau yang sepatutnya memilih untuk taat setia kepada salah seorang pemerintahnya sama ada Tuanku Sultan Johor ataupun Pengerusi partinya, Tun Dr Mahathir dalam konflik pertelingkahan bandar 'Forest City', telah memilih untuk 'play safe'.


Ketua Armada Parti Cap Bunga Raya yang berumur 24 tahun telah menasihati Tun Dr Mahathir yang berumur mencecah 93 tahun supaya Tun Dr Mahathir dan Tuanku Sultan Johor membuat pertemuan empat mata untuk mencari titik pertemuan dalam permasalahan yang timbul. Tun Dr Mahathir mungkin terharu dan terkesima dengan nasihat Syed Saddiq ini yang baru tahu kegunaan sabun.

By the way, Presiden Parti Cap Bunga Raya mana ya? Awak di mana?

January 17, 2017

31 Kenapa Tun Dr Mahathir Tidak Cadang Langsung Penghapusan Tol Kalau Pembangkang Memerintah?

Mungkin ramai yang pelik apabila Negarawan Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamed di dalam ucapan perasmian Parti Cap Bunga Raya di Shah Alam, Sabtu lepas tidak langsung menyentuh isu tol. Sedangkan kalau dilihat modus operandi pembangkang, penghapusan tol merupakan agenda utama kalau mereka sekiranya memerintah Malaysia.

Tun boleh membuat 'u turn" dalam isu BR1M. Tun juga boleh berjanji untuk menghapuskan cukai GST bagi mengantikan satu bentuk cukai baru. Walau bagaimanapun, Tun tidak boleh berjanji untuk menghapuskan tol, satu bentuk penindasan yang beliau hadiahkan untuk Rakyat selama berpuluh tahun. Mengapa?

Kalau diselidiki salah satu daripada konsesi pemegang tol (tidak perlu semak kesemuanya), pasti kita akan temui jawapannya. Salah satu syarikat konsesi tol, SKVE Holdings Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan Lebuhraya South Klang Valley, dimiliki oleh kaum kerabat beliau. Syarikat berkenaan dimiliki oleh TS Rahmat Abu Bakar sebagai Pengerusi Eksekutif.

Manakala dua anak TS Rahmat juga dilantik sebagai Pengarah di dalam syarikat berkenaan. Siapa pula TS Rakmat dengan Tun? Orang Kedah panggil anak menakan, orang Kuala Lumpur panggil anak saudara. 

TS Rahmat juga merupakan seorang 'founder' kepada Yasmin Group, syarikat yang terkenal sebagai pembekal alat ganti kepada Proton dan Perodua sewaktu Tun masih memegang jawatan nombor satu negara.




45 Tun Dr Mahathir Menjawab Sultan Johor, Mana Suara TS @MuhyiddinYassin Dan @SyedSaddiq ?


Tun Dr Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun dan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, hari ini dengan kenyataan keras di perenggan terakhir berbunyi, "I am a Malaysian born in Kedah. Malaysia is my home and the object of my loyalty. If I have to be accused of lese majeste for what I say, so be it", menulis di The Star, menjawab kenyataan Tuanku Sultan Johor. Baca di sini.

Persoalannya, mana suara TS Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Cap Bunga Raya selaku anak negeri Johor, Ahli Parlimen negeri Johor dan juga pernah menjadi Menteri Besar kepada negeri Johor selama 9 tahun?

Mana suara Ketua Armada Parti Cap Bunga Raya, Syed Saddiq yang membuat laporan polis terhadap TS Annuar Musa di atas kenyataan yang dibuat oleh Tunku Mahkota Johor? Mana suara beliau apabila Sultan Johor dituduh Pengerusi parti beliau bahawa 700,000 rakyat China yang akan mendiami Johor Bharu dan akan diberikan taraf kewarganegaraan? Dalam hal ini, Syed Saddiq tidak mahu buat laporan poliskah?

Juga tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa sebahagian besar tanah negeri ini akan dijual kepada China. Bukankah ini memberikan satu gambaran yang negatif terhadap kedaulatan Tuanku selaku Sultan di negeri Johor?

Kita ingin meminta TS Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq menyatakan kesetiaan beliau secara terbuka samada bersama Tuanku Sultan Johor ataupun untuk terus bersama Tun Dr Mahathir dan Parti Cap Bunga Raya.

13 Saman AES Membebankan Rakyat, Bagaimana Dengan Saman Parking MPPP Dan MPSP?


Kenyataan terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang amat kelakar. Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk memasang kamera AES di Pulau Pinang. Katanya, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang tidak mahu membantu Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai untuk membebankan Rakyat dengan saman ekor. Baiklah, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang prihatin. 

Kalau beliau melihat saman ekor sebagai membebankan Rakyat walaupun kamera AES bertujuan untuk mengesan memandu yang memandu laju dan tidak mengikut peraturan, bagaimana pula dengan saman parking? Adakah saman parking yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai menguntungkan Rakyat?

The World Health Ranking 2011 telah meletakkan Malaysia di nombor 20 dalam senarai negara dengan kematian yang paling banyak disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya juga telah dikenal pasti sebagai punca utama kematian di Malaysia, selepas penyakit koronari / jantung, strok, influenza dan pneumonia. Penyelidikan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunuh di jalan raya Malaysia setiap hari. Jumlah itu dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. Sumber di sini

Joseph Lim Guan Eng masih mahu menyalahkan kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kegagalan Menteri Pengangkutan. Dalam masa yang sama Joseph Lim Guan Eng menolak satu cara penyelesaian kemalangan melalui pengesanan kamera AES? Senang sungguh hidup Lim Guan Eng. Semua yang berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan orang lain. Banjir berlaku salah Kerajaan Persekutuan. Tanah runtuh salah Kerajaan Persekutuan. Kemalangan berlaku di Pulau Pinang, salah Kerajaan Persekutuan. Mungkin pembelian banglo tanpa kolam renang oleh Lim Guan Eng juga salah Kerajaan Persekutuan.

January 15, 2017

82 Pasti Pembangkang Panas Hati Melihat Siapa Di Gelanggang Badminton Ini



Inilah orangnya yang sering menjadi kritikan pembangkang dan minions pengikut mereka walaupun beliau tidak langsung terlibat di dalam politik. CTS tertarik menulis mengenai insan ini apabila membaca posting salah seorang pemilik media sosial Facebook seperti di bawah.

Dalam usia 65 tahun, beliau masih lagi bergiat aktif bermain badminton apabila ada masa lapang, iaitu tidak menemani suaminya dalam majlis rasmi. Paling mengujakan kumpulan sepermainan badminton insan ini juga adalah orang kebanyakan.

Bukan calang-calang orang dapat bersukan lasak seperti badminton. Walaupun sering dihina, dikritik dan dipersenda, insan ini mempunyai sifat ketenangan yang tinggi. Mungkin ketenangan ini membuatkan insan ini begitu berstamina dan bertenaga. Yang sakit jiwa hanyalah zombies pembangkang.

40 BR1M Rasuah, Kekal BR1M, Hapus GST, Kenalkan Kembali SST, Lidah Kerala Betul!!!

Mendengar ucapan perasmian Pengerusi Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir Mohamed membuatkan jiwa menjadi keliru dan bingung. Ramai yang membuat komen sinis dengan kenyataan Tun semalam bahawa BR1M akan diteruskan sekiranya pembangkang memerintah Malaysia selepas PRU14. Rata-rata pengunjung menjadi bengong kerana sebelum ini Tun telah begitu kuat menentang BR1M dan mengatakan BR1M adalah rasuah. Tun seorang yang fokus dan teliti. Tun mungkin akan meneruskan pemberian 'BR1M' kepada rakyat Malaysia yang mithali seperti Ananda, Vincent dan Francis demi negara. 'BR1M' seperti inilah yang mungkin akan diteruskan oleh Tun agaknya.

Tun juga cuba mengumpan dengan isu sensasi cukai GST yang menurutnya akan dihapuskan dan digantikan dengan SST, cukai lama yang telah meniriskan sebahagian besar pendapatan negara dari cukai korporat dan persendirian yang menyebabkan Rakyat terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi berbanding nisbah gaji semasa. Tun hanya bercakap tentang Cukai Jualan tetapi tidak bercakap tentang Cukai Perkhidmatan yang kesemua angka cukai dikenakan langsung dan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna itu, tersembunyi dan amat mudah dimanipulasikan. Hapus cukai GST 6%, wujudkan kembali Cukai Jualan 10% dan Cukai Perkhidmatan 6% ka? Bijak sungguh Tun.

Sepatutnya Tun sebagai Mantan Perdana Menteri 22 tahun, sebelum bercadang untuk menghapuskan apa yang pemimpin lain buat, beliau seharusnya menghapuskan komitmen, bala dan beban yang beliau wujudkan ke atas Rakyat iaitu bayaran tol yang ditanggung Rakyat selama berpuluh tahun untuk menguntungkan kroni. Sudah ada desas desus bahawa PPBM adalah singkatan daripada Parti Putar Belit Mahathir. Kesimpulan, Tun sesungguhnya mempunyai lidah India Kerala.


24 Malaysiakini Lapor 3,000 Orang, Stadium Muat 13,000 Orang, Parti Cap Bunga Raya Kata 25,000

Apabila ada sebarang perhimpunan, pastinya ada yang cuba menegakkan benang yang basah tentang kehadiran penyokong-penyokong mereka. Begitu juga dengan perasmian Parti Cap Bunga Raya semalam.

Malaysiakini melaporkan hanya 3,000 orang yang hadir semalam. Ini selari dengan pendapat rakan-rakan yang berada di lapangan yang mengatakan bahawa kehadiran adalah sekitar 3,000 ke 5,000 orang.

Stadium Malawati Shah Alam dibina dengan kapasiti 13,000 sehingga 15,000 orang pada satu-satu masa. Namun, geng-geng minions pembangkang Parti Cap Bunga Raya meletakkan sejumlah 25,000 orang yang hadir semalam!

Kita fikir baik sajalah. Mungkin ramai yang berdiri dan duduk di atas bumbung serta datang di atas bahu kawan. Lagipun, jumlah 25,000 penyokong-penyokong dari seluruh negara adalah satu peratus yang kecil jika dibandingkan dengan sejumlah 1 juta tandatangan penyokong yang kononnya diperolehi sebelum ini.

Buatlah apa saja Mat dan Minah Bunga asalkan bahagia. Cumanya terkilan tiada upacara buka kotak-kotak rasuah Ezam Mohd Noor semalam.



Parti anak beranak. Gambar kerusi di depan dan belakang Tun Dr Mahathir dan Mukhriz di pentas utamapun masih lagi banyak yang kosong ketika ucapan perasmian. Tak tahulah celah mana depa dapat jumlah 25,000 orang dalam stadium.




January 14, 2017

15 Hanya Di Pulau Pinang - Demonstrasi Sampan

Nelayan dari seluruh Pulau Pinang hari ini berdemo di Gurney Drive. Uniknya nelayan bila berdemo bukan dengan berjalan kaki sebalinya naik sampan. Projek yang dijalankan oleh pemaju E&O ini memberikan kesan kepada hasil tangkapan mereka.

Lebih 500 sampan kini menuju ke tapak projek berkenaan sejak petang tadi. Suasana seperti peperangan dalam filem Hong Kong 'The Red Cliff'.

29 PKR Kerah Bas Penyokong Hadir Himpunan Perasmian Parti Cap Bunga Raya?


Dengan dijangkakan kehadiran penyokong yang tidak ramai hari ini, Setiausaha Agong PKR telah mengarahkan Ketua-Ketua Cabang untuk menghantar bas-bas penyokong. Ini berikutan sambutan dingin terhadap acara perasmian ini yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam sepanjang hari ini. Banner-banner juga kelihatan dipasang di merata tempat di Shah Alam seperti di atas bagi mewar-warkan acara ini.

Di Selangor sahaja sebanyak dua bas diwajibkan untuk dihantar. Lebih mengujakan setiap penyokong yang hadir akan diberikan wang token sebanyak RM100. Lebih malang pula, mana-mana Ketua Cabang yang ingkar akan disenarai hitamkan dan mereka akan dihalang dari mendapat elaun bulanan JKKK. Dahsyat kan Dato Saifuddin Nasution Ismail membodek Tun Dr Mahathir?

Peringatan!

RM100 tu namanya token. Sama erti dengan sedekah. Bukan dedak ya. Mungkin juga Zakat.

Nota Kaki: Setiausaha Agong PKR seharusnya membuat Sidang Media menafikan perkara ini sekiranya pekelililing di bawah adalah tidak benar dan palsu.

January 12, 2017

0 Pengasas Big Blue Taxi Akhirnya Minta Maaf Kepada SPAD


Setelah acapkali menyerang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung pelbagai isu teksi mengkritik badan itu berkait isu industri teksi, pengasas Big Blue Taxi Services Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini meminta maaf kepada Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Katanya, 
"Saya hendak meminta maaf kepada SPAD dan Syed Hamid atas beberapa perkara yang saya kata dan lakukan sebelum ini. Saya bertidak melampaui batas dan saya belajar daripada kesilapan. Tahun ini saya berhasrat melupakan semuanya dan gerak ke depan."
Datuk Shamsudin berkata demikian  pada majlis pelancaran Aplikasi E-ticketing Big Blue 2GO di KLCC. Shamsubahrin berkata pihaknya tidak akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap SPAD seperti yang disebut sebelum ini. Beliau juga mahu pengerusi SPAD itu kekal bersama suruhanjaya itu dan tidak meletakkan jawatan yang seperti yang pernah dicadangkannya beberapa kali sebelum ini.

Sementara itu, TS Dr Syed Hamid berkata di dalam majlis yang sama, SPAD sentiasa sedia mendengar kritikan rakyat dalam usaha melakukan penambahbaikan sektor pengangkutan awam darat termasuk bertindak mengikut situasi semasa. Kerajaan kata TS Dr Syed Hamid tidak pernah menyekat penggunaan teknologi yang memberi keselesaan kepada rakyat. 

Beliau berkata, sebagai sebuah agensi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas transformasi pengangkutan awam, perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan GrabCar di negara ini adalah dialu-alukan.  Bagaimanapun beliau berkata, semua pihak yang terlibat dalam industri pengangkutan awam perlu memahami peranan masing-masing dan undang-undang sedia ada yang ditetapkan.


146 @SyedSaddiq Buat Laporan @PDRMsia Palsu Ke Atas TS Anuar Musa?

Ini adalah rakaman Sidang Media Syed Saddiq, Ketua Armada, Parti Cap Bunga Raya selepas beliau membuat laporan polis ke atas TS Annuar Musa. Kita merasa kecewa kerana pemidato terhebat di seluruh cakerawala telah terkhilaf di dalam beberapa fakta di dalam Sidang Media beliau.



Kita merasa kesal apabila Ketua Armada sebuah parti yang dikatakan gah tidak mempunyai fakta yang betul di dalam membuat Kenyataan Media. Pertama, beberapa kali di dalam Sidang Media tersebut, Syed Saddiq menyebut TS Anuar Musa sebagai Pengerusi UniKL. Untuk pengetahuan Syed Saddiq, Pengerusi UniKL adalah Datuk Dr Adham Baba yang juga merupakan Ahli Parlimen Tenggara. Ini gambar beliau.


Kedua, seperti yang diperkatakan oleh TS Anuar Musa di dalam laman sosial Facebook beliau petang tadi, baca di bawah, MARA tidak pernah menaja The Red Worrior (TRW) walau satu sen pun. Logo MARA 50th yang dipamer dilengan jersi TRW 2016 diberi percuma kepada MARA walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat sedndirian berhad. Menurut TS Annuar Musa, ianya merupakan satu penghormatan kepada MARA daripada TRW.

Ketiga, menurut TS Annuar Musa lagi, UniKL pula adalah sebuah syarikat swasta. UniKL tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. Jadi tidak timbul UniKL menggunakan biasiswa / tajaan. Sebagai sebuah syarikat swasta, UniKL mempunyai polisi sendiri terutama di dalam soal penjenamaan atau 'branding', promosi, pemasaran dan lain-lain dan mereka punya bajet khusus untuk itu. UniKL sudah lama terlibat di dalam penjenamaan dan pemasaran melaui sukan terutamanya dalam hoki dan bolasepak.


Syed Saddiq tidak perlulah membodek Keluarga Di Raja selepas beliau menghadapi masalah dengan Kerabat berkenaan satu masa dulu. Syed Saddiq juga tidak perlu mengambil kesempatan atau menaguk di air yang keruh daripada pertelingkahan antara dua pihak yang tidak ada sangkut paut dengannya. Syed Saddiq juga perlu meluaskan pengetahuan am beliau, jangan sehinggakan Pengerusi UniKL pun tidak tahu siapa. Pakcik Google kan ada.

80 Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Biadap Dikenakan Tindakan Tatatertib


Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang menjadi viral di media sosial sejak semalam, hari ini dikenakan tindakan tatatertib. Nazrul Imran Mohd Nor, Pegawai Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengaku di laman 'group whatsapp' membuat komen kurang ajar di laman sosial Facebook yang bertulis, "Kesian, Hilang kawan. Hilang deposit." 

Walaupun komen berkenaan agak pendek dan padat, komen berkenaan agak keras, bersentimen, tidak sensitif dan kurang ajar apabila beliau mengkritik Perdana Menteri ketika saat negara kehilangan Ketua Menteri Sarawak, TS Adenan Satim semalam.

PTD ini telah dikenakan tindakan tatatertib hari ini termasuk digantung tugas. Beliau dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan PU(A)395/1993. Beliau juga dipanggil pulang dari Manila ke Wisma Putra dengan serta merta.

January 11, 2017

75 Pandai Pulak @limkitsiang Ucap Al Fatihah


Ketua Menteri Sarawak kelima, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menghembus nafas terakhir pada pukul 1.20 petang di Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan. Takziah kepada Puan Sri Jamilah Anu dan keluarga serta Rakyat Negeri Sarawak atas kembalinya TS Adenan ke Rahmatullah.

Walau bagaimanapun, usaha Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mengucapkan takziah kepada TS Adenan dengan ucapan Al Fatihah bagi saya tidak wajar. Melainkan beliau fasih membaca keseluruhan ayat dan faham makna yang terkandung di dalam surah berkenaan. Tidak perlu ada usaha untuk menampakkan Islamik dengan ucapan sedemikan. Cukuplah sekadar ucapan takziah.


Dan ini pula komen daripada Red Bean Army (RBA) yang cukup kurang ajar di atas pemergian DS Adenan.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates