January 17, 2017

45 Tun Dr Mahathir Menjawab Sultan Johor, Mana Suara TS @MuhyiddinYassin Dan @SyedSaddiq ?


Tun Dr Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun dan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, hari ini dengan kenyataan keras di perenggan terakhir berbunyi, "I am a Malaysian born in Kedah. Malaysia is my home and the object of my loyalty. If I have to be accused of lese majeste for what I say, so be it", menulis di The Star, menjawab kenyataan Tuanku Sultan Johor. Baca di sini.

Persoalannya, mana suara TS Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Cap Bunga Raya selaku anak negeri Johor, Ahli Parlimen negeri Johor dan juga pernah menjadi Menteri Besar kepada negeri Johor selama 9 tahun?

Mana suara Ketua Armada Parti Cap Bunga Raya, Syed Saddiq yang membuat laporan polis terhadap TS Annuar Musa di atas kenyataan yang dibuat oleh Tunku Mahkota Johor? Mana suara beliau apabila Sultan Johor dituduh Pengerusi parti beliau bahawa 700,000 rakyat China yang akan mendiami Johor Bharu dan akan diberikan taraf kewarganegaraan? Dalam hal ini, Syed Saddiq tidak mahu buat laporan poliskah?

Juga tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa sebahagian besar tanah negeri ini akan dijual kepada China. Bukankah ini memberikan satu gambaran yang negatif terhadap kedaulatan Tuanku selaku Sultan di negeri Johor?

Kita ingin meminta TS Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq menyatakan kesetiaan beliau secara terbuka samada bersama Tuanku Sultan Johor ataupun untuk terus bersama Tun Dr Mahathir dan Parti Cap Bunga Raya.

13 Saman AES Membebankan Rakyat, Bagaimana Dengan Saman Parking MPPP Dan MPSP?


Kenyataan terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang amat kelakar. Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk memasang kamera AES di Pulau Pinang. Katanya, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang tidak mahu membantu Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai untuk membebankan Rakyat dengan saman ekor. Baiklah, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang prihatin. 

Kalau beliau melihat saman ekor sebagai membebankan Rakyat walaupun kamera AES bertujuan untuk mengesan memandu yang memandu laju dan tidak mengikut peraturan, bagaimana pula dengan saman parking? Adakah saman parking yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai menguntungkan Rakyat?

The World Health Ranking 2011 telah meletakkan Malaysia di nombor 20 dalam senarai negara dengan kematian yang paling banyak disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya juga telah dikenal pasti sebagai punca utama kematian di Malaysia, selepas penyakit koronari / jantung, strok, influenza dan pneumonia. Penyelidikan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunuh di jalan raya Malaysia setiap hari. Jumlah itu dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. Sumber di sini

Joseph Lim Guan Eng masih mahu menyalahkan kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kegagalan Menteri Pengangkutan. Dalam masa yang sama Joseph Lim Guan Eng menolak satu cara penyelesaian kemalangan melalui pengesanan kamera AES? Senang sungguh hidup Lim Guan Eng. Semua yang berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan orang lain. Banjir berlaku salah Kerajaan Persekutuan. Tanah runtuh salah Kerajaan Persekutuan. Kemalangan berlaku di Pulau Pinang, salah Kerajaan Persekutuan. Mungkin pembelian banglo tanpa kolam renang oleh Lim Guan Eng juga salah Kerajaan Persekutuan.

January 15, 2017

82 Pasti Pembangkang Panas Hati Melihat Siapa Di Gelanggang Badminton Ini



Inilah orangnya yang sering menjadi kritikan pembangkang dan minions pengikut mereka walaupun beliau tidak langsung terlibat di dalam politik. CTS tertarik menulis mengenai insan ini apabila membaca posting salah seorang pemilik media sosial Facebook seperti di bawah.

Dalam usia 65 tahun, beliau masih lagi bergiat aktif bermain badminton apabila ada masa lapang, iaitu tidak menemani suaminya dalam majlis rasmi. Paling mengujakan kumpulan sepermainan badminton insan ini juga adalah orang kebanyakan.

Bukan calang-calang orang dapat bersukan lasak seperti badminton. Walaupun sering dihina, dikritik dan dipersenda, insan ini mempunyai sifat ketenangan yang tinggi. Mungkin ketenangan ini membuatkan insan ini begitu berstamina dan bertenaga. Yang sakit jiwa hanyalah zombies pembangkang.

40 BR1M Rasuah, Kekal BR1M, Hapus GST, Kenalkan Kembali SST, Lidah Kerala Betul!!!

Mendengar ucapan perasmian Pengerusi Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir Mohamed membuatkan jiwa menjadi keliru dan bingung. Ramai yang membuat komen sinis dengan kenyataan Tun semalam bahawa BR1M akan diteruskan sekiranya pembangkang memerintah Malaysia selepas PRU14. Rata-rata pengunjung menjadi bengong kerana sebelum ini Tun telah begitu kuat menentang BR1M dan mengatakan BR1M adalah rasuah. Tun seorang yang fokus dan teliti. Tun mungkin akan meneruskan pemberian 'BR1M' kepada rakyat Malaysia yang mithali seperti Ananda, Vincent dan Francis demi negara. 'BR1M' seperti inilah yang mungkin akan diteruskan oleh Tun agaknya.

Tun juga cuba mengumpan dengan isu sensasi cukai GST yang menurutnya akan dihapuskan dan digantikan dengan SST, cukai lama yang telah meniriskan sebahagian besar pendapatan negara dari cukai korporat dan persendirian yang menyebabkan Rakyat terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi berbanding nisbah gaji semasa. Tun hanya bercakap tentang Cukai Jualan tetapi tidak bercakap tentang Cukai Perkhidmatan yang kesemua angka cukai dikenakan langsung dan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna itu, tersembunyi dan amat mudah dimanipulasikan. Hapus cukai GST 6%, wujudkan kembali Cukai Jualan 10% dan Cukai Perkhidmatan 6% ka? Bijak sungguh Tun.

Sepatutnya Tun sebagai Mantan Perdana Menteri 22 tahun, sebelum bercadang untuk menghapuskan apa yang pemimpin lain buat, beliau seharusnya menghapuskan komitmen, bala dan beban yang beliau wujudkan ke atas Rakyat iaitu bayaran tol yang ditanggung Rakyat selama berpuluh tahun untuk menguntungkan kroni. Sudah ada desas desus bahawa PPBM adalah singkatan daripada Parti Putar Belit Mahathir. Kesimpulan, Tun sesungguhnya mempunyai lidah India Kerala.


24 Malaysiakini Lapor 3,000 Orang, Stadium Muat 13,000 Orang, Parti Cap Bunga Raya Kata 25,000

Apabila ada sebarang perhimpunan, pastinya ada yang cuba menegakkan benang yang basah tentang kehadiran penyokong-penyokong mereka. Begitu juga dengan perasmian Parti Cap Bunga Raya semalam.

Malaysiakini melaporkan hanya 3,000 orang yang hadir semalam. Ini selari dengan pendapat rakan-rakan yang berada di lapangan yang mengatakan bahawa kehadiran adalah sekitar 3,000 ke 5,000 orang.

Stadium Malawati Shah Alam dibina dengan kapasiti 13,000 sehingga 15,000 orang pada satu-satu masa. Namun, geng-geng minions pembangkang Parti Cap Bunga Raya meletakkan sejumlah 25,000 orang yang hadir semalam!

Kita fikir baik sajalah. Mungkin ramai yang berdiri dan duduk di atas bumbung serta datang di atas bahu kawan. Lagipun, jumlah 25,000 penyokong-penyokong dari seluruh negara adalah satu peratus yang kecil jika dibandingkan dengan sejumlah 1 juta tandatangan penyokong yang kononnya diperolehi sebelum ini.

Buatlah apa saja Mat dan Minah Bunga asalkan bahagia. Cumanya terkilan tiada upacara buka kotak-kotak rasuah Ezam Mohd Noor semalam.



Parti anak beranak. Gambar kerusi di depan dan belakang Tun Dr Mahathir dan Mukhriz di pentas utamapun masih lagi banyak yang kosong ketika ucapan perasmian. Tak tahulah celah mana depa dapat jumlah 25,000 orang dalam stadium.




January 14, 2017

15 Hanya Di Pulau Pinang - Demonstrasi Sampan

Nelayan dari seluruh Pulau Pinang hari ini berdemo di Gurney Drive. Uniknya nelayan bila berdemo bukan dengan berjalan kaki sebalinya naik sampan. Projek yang dijalankan oleh pemaju E&O ini memberikan kesan kepada hasil tangkapan mereka.

Lebih 500 sampan kini menuju ke tapak projek berkenaan sejak petang tadi. Suasana seperti peperangan dalam filem Hong Kong 'The Red Cliff'.

29 PKR Kerah Bas Penyokong Hadir Himpunan Perasmian Parti Cap Bunga Raya?


Dengan dijangkakan kehadiran penyokong yang tidak ramai hari ini, Setiausaha Agong PKR telah mengarahkan Ketua-Ketua Cabang untuk menghantar bas-bas penyokong. Ini berikutan sambutan dingin terhadap acara perasmian ini yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam sepanjang hari ini. Banner-banner juga kelihatan dipasang di merata tempat di Shah Alam seperti di atas bagi mewar-warkan acara ini.

Di Selangor sahaja sebanyak dua bas diwajibkan untuk dihantar. Lebih mengujakan setiap penyokong yang hadir akan diberikan wang token sebanyak RM100. Lebih malang pula, mana-mana Ketua Cabang yang ingkar akan disenarai hitamkan dan mereka akan dihalang dari mendapat elaun bulanan JKKK. Dahsyat kan Dato Saifuddin Nasution Ismail membodek Tun Dr Mahathir?

Peringatan!

RM100 tu namanya token. Sama erti dengan sedekah. Bukan dedak ya. Mungkin juga Zakat.

Nota Kaki: Setiausaha Agong PKR seharusnya membuat Sidang Media menafikan perkara ini sekiranya pekelililing di bawah adalah tidak benar dan palsu.

January 12, 2017

0 Pengasas Big Blue Taxi Akhirnya Minta Maaf Kepada SPAD


Setelah acapkali menyerang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung pelbagai isu teksi mengkritik badan itu berkait isu industri teksi, pengasas Big Blue Taxi Services Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini meminta maaf kepada Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Katanya, 
"Saya hendak meminta maaf kepada SPAD dan Syed Hamid atas beberapa perkara yang saya kata dan lakukan sebelum ini. Saya bertidak melampaui batas dan saya belajar daripada kesilapan. Tahun ini saya berhasrat melupakan semuanya dan gerak ke depan."
Datuk Shamsudin berkata demikian  pada majlis pelancaran Aplikasi E-ticketing Big Blue 2GO di KLCC. Shamsubahrin berkata pihaknya tidak akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap SPAD seperti yang disebut sebelum ini. Beliau juga mahu pengerusi SPAD itu kekal bersama suruhanjaya itu dan tidak meletakkan jawatan yang seperti yang pernah dicadangkannya beberapa kali sebelum ini.

Sementara itu, TS Dr Syed Hamid berkata di dalam majlis yang sama, SPAD sentiasa sedia mendengar kritikan rakyat dalam usaha melakukan penambahbaikan sektor pengangkutan awam darat termasuk bertindak mengikut situasi semasa. Kerajaan kata TS Dr Syed Hamid tidak pernah menyekat penggunaan teknologi yang memberi keselesaan kepada rakyat. 

Beliau berkata, sebagai sebuah agensi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas transformasi pengangkutan awam, perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan GrabCar di negara ini adalah dialu-alukan.  Bagaimanapun beliau berkata, semua pihak yang terlibat dalam industri pengangkutan awam perlu memahami peranan masing-masing dan undang-undang sedia ada yang ditetapkan.


146 @SyedSaddiq Buat Laporan @PDRMsia Palsu Ke Atas TS Anuar Musa?

Ini adalah rakaman Sidang Media Syed Saddiq, Ketua Armada, Parti Cap Bunga Raya selepas beliau membuat laporan polis ke atas TS Annuar Musa. Kita merasa kecewa kerana pemidato terhebat di seluruh cakerawala telah terkhilaf di dalam beberapa fakta di dalam Sidang Media beliau.



Kita merasa kesal apabila Ketua Armada sebuah parti yang dikatakan gah tidak mempunyai fakta yang betul di dalam membuat Kenyataan Media. Pertama, beberapa kali di dalam Sidang Media tersebut, Syed Saddiq menyebut TS Anuar Musa sebagai Pengerusi UniKL. Untuk pengetahuan Syed Saddiq, Pengerusi UniKL adalah Datuk Dr Adham Baba yang juga merupakan Ahli Parlimen Tenggara. Ini gambar beliau.


Kedua, seperti yang diperkatakan oleh TS Anuar Musa di dalam laman sosial Facebook beliau petang tadi, baca di bawah, MARA tidak pernah menaja The Red Worrior (TRW) walau satu sen pun. Logo MARA 50th yang dipamer dilengan jersi TRW 2016 diberi percuma kepada MARA walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat sedndirian berhad. Menurut TS Annuar Musa, ianya merupakan satu penghormatan kepada MARA daripada TRW.

Ketiga, menurut TS Annuar Musa lagi, UniKL pula adalah sebuah syarikat swasta. UniKL tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. Jadi tidak timbul UniKL menggunakan biasiswa / tajaan. Sebagai sebuah syarikat swasta, UniKL mempunyai polisi sendiri terutama di dalam soal penjenamaan atau 'branding', promosi, pemasaran dan lain-lain dan mereka punya bajet khusus untuk itu. UniKL sudah lama terlibat di dalam penjenamaan dan pemasaran melaui sukan terutamanya dalam hoki dan bolasepak.


Syed Saddiq tidak perlulah membodek Keluarga Di Raja selepas beliau menghadapi masalah dengan Kerabat berkenaan satu masa dulu. Syed Saddiq juga tidak perlu mengambil kesempatan atau menaguk di air yang keruh daripada pertelingkahan antara dua pihak yang tidak ada sangkut paut dengannya. Syed Saddiq juga perlu meluaskan pengetahuan am beliau, jangan sehinggakan Pengerusi UniKL pun tidak tahu siapa. Pakcik Google kan ada.

80 Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Biadap Dikenakan Tindakan Tatatertib


Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang menjadi viral di media sosial sejak semalam, hari ini dikenakan tindakan tatatertib. Nazrul Imran Mohd Nor, Pegawai Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengaku di laman 'group whatsapp' membuat komen kurang ajar di laman sosial Facebook yang bertulis, "Kesian, Hilang kawan. Hilang deposit." 

Walaupun komen berkenaan agak pendek dan padat, komen berkenaan agak keras, bersentimen, tidak sensitif dan kurang ajar apabila beliau mengkritik Perdana Menteri ketika saat negara kehilangan Ketua Menteri Sarawak, TS Adenan Satim semalam.

PTD ini telah dikenakan tindakan tatatertib hari ini termasuk digantung tugas. Beliau dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan PU(A)395/1993. Beliau juga dipanggil pulang dari Manila ke Wisma Putra dengan serta merta.

January 11, 2017

75 Pandai Pulak @limkitsiang Ucap Al Fatihah


Ketua Menteri Sarawak kelima, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menghembus nafas terakhir pada pukul 1.20 petang di Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan. Takziah kepada Puan Sri Jamilah Anu dan keluarga serta Rakyat Negeri Sarawak atas kembalinya TS Adenan ke Rahmatullah.

Walau bagaimanapun, usaha Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mengucapkan takziah kepada TS Adenan dengan ucapan Al Fatihah bagi saya tidak wajar. Melainkan beliau fasih membaca keseluruhan ayat dan faham makna yang terkandung di dalam surah berkenaan. Tidak perlu ada usaha untuk menampakkan Islamik dengan ucapan sedemikan. Cukuplah sekadar ucapan takziah.


Dan ini pula komen daripada Red Bean Army (RBA) yang cukup kurang ajar di atas pemergian DS Adenan.


January 10, 2017

106 Apa Kena Mengena @MahfuzOmar Dengan Mohd Faiz Subri?


Tahniah kepada Mohd Faiz Subri kerana memenangi jaringan terbaik dunia bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich. Masa inilah ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menumpang nama Faiz. Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang turut menempel nama kejayaan Mohd Faiz. 

Kita tidak terkejut sekiranya selepas ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng turut memanggil Mohd Faiz untuk memberi penghargaan dan membuat pengakuan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinanglah tunggak kejayaan Mohd Faiz.

January 9, 2017

112 Sedih Murid-Murid Sekolah Dipergunakan Untuk Menunjukkan Sokongan Kepada KETUM




PKR hari ini mempergunakan khidmat remaja yang dipercayai masih bersekolah untuk hadir ke Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi kes saman malu beliau hari ini.

Anwar Ibrahim yang dibawa dari Penjara Jawi, Nibong Tebal tiba di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes menyaman sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa memfitnahnya berhubung penggubahan wang haram.

Ketibaan Anwar Ibrahim ke Kompleks Mahkamah Tinggi dikawal ketat oleh pihak polis dan Jabatan Penjara disambut hambar oleh Rakyat Pulau Pinang. Hanya sekitar 200 orang berhimpun di sekitar Kompleks Mahkamah Tinggi tersebut. Jadi tidak hairanlah apabila PKR terpaksa mengimport pelajar-pelajar sekolah dengan menaiki lori untuk memeriahkan keadaan.

Namun apa yang mengecewakan ia bukan sahaja hambar, malah PKR terpaksa mengunakan khidmat anak-anak kecil yang dipaksa untuk poteng sekolah untuk meramaikan himpunan tersebut. Mereka bukan sekadar hadir, malah turut dipaksa untuk memakai t-shirt 'Sokong Anwar' dan ditugaskan untuk membantu mengedarkan makanan dan minuman kepada hadirin yang lain.

video



January 8, 2017

62 Beg Tangan Anak Timbalan Presiden Parti Bunga Raya Berharga RM400,000?


Berkat menabung sejak dari Bapa beliau menjadi Menteri Besar hinggalah dipecat daripada jawatan tersebut, iaitu dalam lingkunga 3 tahun, dapatlah anak Timbalan Presiden Parti Cap Bunga Raya untuk membeli beg tangan berharga hampir USD100,000. Beg tangan berkenaan hampir sama dengan 4 buah harga rumah sederhana murah yang berharga RM100,000 setiap satu.

Realitinya ini baru beg tangan si anak. Cuba bayangkan harga beg tangan si isteri pula. Patutlah Timbalan Presiden Parti Cap Bunga Raya asyik mengeluh Rakyat Malaysia berada di dalam kemelut kemiskinan dan Ringgit Malaysia tidak laku lagi. Sebab itulah beg tangan terpaksa dibeli di luar negara dengan harga dalam USD Dollar.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates