October 14, 2016

10 Tiada Kenaikan Tol Seperti Fitnah Di Media Sosial, Ini Kenyataan Kementerian Kerja Raya


Kecoh di laman sosial Whatsapp berkenaan berita kenaikan tol berkuatkuasa Isnin, 16 November 2016, sedangkan tarikh berkenaan adalah hari Rabu. Apa yang berlaku adalah berita berkenaan adalah sumber yang dikitar semula berdasarkan petikan berita daripada The Star bertarikh 12 Oktober 2015, baca di sini

Seperti biasa segelintir kecil Rakyat Malaysia amat gemar menyebarkan berita fitnah dan tidak betul. Itu sudah menjadi darah daging mereka. Berikut adalah Kenyataan Media daripada Kemeterian Kerja Raya berkenaan perkara tersebut:

44 Baju Kuning Sudah, Baju Merah Sudah, Sekarang ProTun Timbul Dengan Baju Putih



Mereka berhimpun di Istana Negara sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke 243 (Khas). Mereka kononnya menzahirkan sokongan kepada Raja-Raja Melayu dengan slogan "Rakyat Tuanku". Mereka menampilkan warna baru iaitu Putih. Mereka ini adalah golongan hipokrit. Mereka mempergunakan Raja-Raja Melayu untuk menzahirkan niat jahat mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang sedia ada. 

Mereka lupa mentor mereka, Tun Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia, telah memansuhkan perkenan Raja-raja Melayu dalam pewartaan undang-undang, 23 tahun lalu. Peristiwa yang kini dikenang sebagai ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan Kerajaan ketika itu memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu, seperti disebut dalam Perkara 181(2).

Pindaan tidaklah semudah mendapat sokongan majoriti Dewan kerana perkenan Raja-raja Melayu masih diperlukan agar ia dapat diwartakan. Maka Kerajaan ketika itu yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir meminda Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang menyebabkan setiap rang undang-undang tetap diwartakan sebagai undang-undang selepas 30 hari dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun tanpa perkenan Baginda.

Kini Tun Dr Mahathir membuat pusingan 360 darjah dengan mengemis ehsan daripada Majlis Raja-Raja Melayu untuk memecat Perdana Menteri yang tidak disukainya. Eloklah dengan 'trade mark' baju putih tu, dah macam penanggah atau rewang kenduri kahwin saja.


2 Penganjur BERSIH 5 Biadab Dengan Presiden PAN


Betapa beraninya penganjur BERSIH 5 membuat gurauan dengan memanggil Presiden Parti PAN dan Bakal Perdana Menteri Ke 9 dengan panggilan "Mad Sabu". Walaupun Mohammed Sabu atau panggilan pendeknya adalah Mat Sabu, pernah membaling mikrofon sewaktu berceramah, amat tidak sesuai memanggilnya dengan panggilan gila (mad). Nampak sangat Mat Sabu sekadar menjadi pencacai DAP, beliau tidak sedikitpun mendapat penghormatan daripada parti DAP dan penganjur BERSIH. Kesian Bang Mat.

October 13, 2016

11 SPAD Akan Jalankan Siasatan Isu Bas RapidKL Terbakar Petang Tadi


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melakukan siasatan ke atas kejadian sebuah bas RapidKL (laluan T521 LRT Sri Rampai – Seksyen 10 Wangsa Maju) yang dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd. dan enam kereta terbakar berhampiran pasar raya di Seksyen 5, Wangsa Maju, jam 3.50 petang tadi.

Pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 3.54 petang dab tiiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Setapak dan WangSa Maju tiba di lokasi kejadian. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.28 petang.

Sementara itu, SPAD dalam Kenyataan Medianya hari ini memandang serius kebakaran berkenaan yang berlaku berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju.

SPAD memuji tindakan pantas kapten bas yang terbabit yang berjaya menurunkan kesemua 6 penumpang bagi mengelakkan sebarang kejadian kehilangan nyawa dan kecederaan.

Namun SPAD tetap mengambil berat insiden tersebut kerana ia melibatkan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya.


19 Lompat Si Katak Lompat, Lompat Ke Dalam Kotak


Hebat betul Ezam Mohd Noor. Dulu UMNO. Selepas keluar UMNO, masuk PKR. Hilang jawatan masuk UMNO kembali. Bila hilang jawatan Senator, keluar UMNO. Masuk Parti Cap Bunga Raya. Bila keluar UMNO bagi alasan keluar kerana DS Mohd Najib Tun Razak tidak mahu hapuskan OSA. Agaknya masuk Parti Cap Bunga Raya, Pengerusinya tolak OSA? 

Beliau lupakah Tun Dr Mahathir Mohammad merupakan orang yang sumbat beliau ke dalam dalam penjara menggunakan OSA. Betul-betul beliau tidak ada prinsip dan maruah diri. Itu belum lagi orang bertanya apakah kandungan 6 kotak yang beliau dakwa mempunyai berpuluh-puluh bukti rasuah. Patutlah orang UMNO panggil kamu Senator Kotak. Memang tak ada otak.

Berapa kotak pula yang dijanjikan kepada Parti Cap Bunga Raya oleh Ezam Mohd Noor untuk dibongkarkan? Mursyidul Am Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip boleh tolong usung kotak-kotak berkenaan walaupun sakit kencing manis kuat. Jangan terkejut kalau Zahid Mat Arip esok-esok cium tangan Anwar Ibrahim. Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi.

0 MCA Akan Cuba Selesaikan Masalah Kekurangan PATI Di Cameron Highland


MCA akan cuba menyelesaikan masalah kekurangan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang dialami dalam sektor perladangan di Cameron Highlands yang dilihat semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong berkata, beliau dan Presidennya, DS Liow Tiong Lai akan mengemukakan masalah tersebut kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Timbalannya, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.

Menurut Dr Wee, ramai pekebun sayur, buah-buahan, bunga dan penternak di sekitar kawasan Cameron Highlands, Kedah, Perak dan Johor merungut mereka sukar melakukan kerja-kerja penanaman akibat kekurangan tenaga kerja daripada PATI.

Menurut Dr Wee, walaupun sebelum ini pihak kerajaan telah mengumumkan untuk membenarkan sektor perladangan mengupah pekerja asing, namun ia hanya ditujukan kepada sektor perladangan di ladang kepala sawit sahaja. Ini menyebabkan sektor-sektor yang membabitkan penanaman sayur, buah-buahan, bunga dan penternakan menghadapi kekurangan tenaga pekerja asing yang serius.

Dr Wee yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut berkata, pengusaha industri merupakan salah satu kepada penyumbang ekonomi negara dan masalah yang timbul perlu diatasi bagi mengelakkan produktiviti kerja terjejas. Dr Wee menambah, Kerajaan tidak boleh mengabaikan sumbangan yang diberikan golongan pekebun terutama sekali di Cameron Highlands memandangkan ia adalah pengeluar bunga kekwa yang ketiga terbesar di dunia dengan jumlah eksport mencecah RM200 juta setahun.

35 Tukang Masak Nak Ditukarpun Membebel Di Media? Cari Yang Lainlah Tun


Kita boleh terima apabila seorang yang berumur 90an membebel dan berceloteh. Namun biarlah sampai jangan sehingga menjatuhkan fitnah. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamed berkata seperti di bawah, ianya agak keterlaluan. Tun berkata,
"Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah. Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100 peratus supaya industri kereta nasional dihapuskan. Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati." - Sumber - Malaysiakini.
Benarkah Perdana Menteri, DS Najib ingin Protun bangkrap? Betulkah Proton ingin dijual 100% kepada orang asing supaya industri Kereta Nasional dihapuskan? Saya petik berita The Star Business News, di sini, yang menyatakan,
Just a week after giving an ultimatum in terms of what Proton must do to receive more Government funding, the Cabinet yesterday approved a soft loan of RM1.5bil in which a bulk of that money will be used to pay its vendors.
The Government also says a number of conditions will be imposed on Proton to rehabilitate the company. The statement by Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamed says Proton needs to convince the Government its new business model is progressive and competitive.
Among the fresh conditions imposed on Proton is the need to draw up a turnaround plan, a way to expand its market domestically and internationally, and a tie-up with a well-known strategic partner that will help in research and development to help the national carmaker to become competitive in international markets.
Kalau betul DS Najib Razak ingin Protun bangkrap, mengapakan beliau memberi peluang Protun menerima dana pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM1.5 billion? Kenapa DS Najib bersusah payah memikir untuk menyelamatkan vendor-vendor ProTun dan mengenakan beberapa syarat supaya Protun boleh diselamatkan dan dipulihkan kembali sekiranya syarikat berkenaan ingin dihapuskan?

Macai-macai ProTun dan minions pembangkang yang kurang fasih berbahasa Inggeris diharap dapat merujuk pihak yang lebih pakar agar mereka tidak komen menggunakan kepala lutut. Buat Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, sudah-sudahlah membuat fitnah. 

October 12, 2016

0 SPAD Komited Selesai Kes Ulat Tiket Dalam Tempoh 24 Jam Dan Tidak Gentar Gangguan Tonto Ketika Menjalankan Tugas


Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata SPAD komited untuk menyelesaikan dan mengambil tindakan segera bagi menangani kes melibatkan ulat tiket dalam tempoh 24 jam. Beliau berkata pihaknya tidak akan menangguhkan, sebaliknya akan segera mengesan serta menahan individu terbabit bagi mengambil tindakan lanjut.

SPAD katanya tidak akan bertangguh dalam melibatkan kes sensitif seperti ini dan jika ditangkap pada waktu malam, siasatan akan terus dilakukan dan keesokannya terus dikenakan tindakan termasuk dibawa ke mahkamah. Kes melibatkan ulat tiket ini dipandang serius dan SPAD tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat.

Menurut beliau, dari tahun 2011 hingga Ogos tahun ini seramai 320 ulat tiket telah ditahan dalam tangkapan yang dilakukan di sekitar terminal bas serta lapangan terbang seluruh negara. Daripada jumlah itu seramai 220 orang telah dituduh di mahkamah serta dikenakan kompaun manakala pada tahun ini sahaja sebanyak 11 kes ulat tiket telah dikesan.

Beliau berkata pihaknya turut berhasrat untuk mengeluarkan kad pemandu kepada pemandu lori dan bas seperti yang dilakukan kepada pengusaha teksi. Katanya langkah yang dilaksanakan itu bagi memudahkan mengesan pemandu yang melakukan kesalahan dan kad tersebut perlu dipamerkan dalam kenderaan.

Dalam pada itu, Dato Che Hasni berkata Bahagian Penguatkuasa SPAD tidak bimbang dengan aktiviti-aktiviti yang dipanggil tonto atau samseng atau pemberi maklumat diupah oleh pihak tertentu dan akan meneruskan operasi untuk menahan lori yang lebih muatan, mengangkut bahan-bahan dengan cara yang tidak selamat atau penyeludupan barangan haram. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kematian pegawai Jabatan Kastam Kelantan Anisah Ali, 54, yang telah dibunuh oleh tonto apabila kereta peronda mereka dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh 'tonto'.

80 Publisiti Meluas, Sambutan Terhadap Anwar Ibrahim Dingin


Sejak pagi semalam, mesej di bawah berlegar di media-media sosial meminta penyokong-penyokong Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini bagi memberikan sokongan kepada KETUM yang akan membuat rayuan di mahkamah tersebut.

Setakat pukul 9.00 pagi ini, kehadiran penyokong KETUM amat mengecewakan.
SOFT REMINDER
SOLIDARITI MENUJU KEBEBASAN DSAI
MPN SELANGOR mohon semua hadir ke MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA pada ketetapan berikut  :-
Tarikh : 12/10/16 (RABU)
Masa  : 8.00 Pagi
Tempat : Mahkamah Persekutuan Putrajaya.
Semua Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Cabang, Ketua-Ketua Kampung / Komuniti,  NGO dalam Negeri Selangor, termasuk Pimpinan Cabang, AMK, WANITA, Ketua-Ketua Ranting dan semua anggota Parti Keadilan Rakyat negeri Selangor dijemput hadir bersama bagi memberi sokongan kepada DSAI.
# Mohon bawa bersama penyokong dan anggota masing-masing.
# Mohon kerjasama sebarkan makluman ini seluasnya.
# Rakan-rakan Media juga dijemput bersama membuat liputan.
Pakaian T.shirt hitam/baju Parti, baju BERSIH tidak dibenarkan.
"Satukan Tenaga Selamatkan Malaysia"
Sekian, terima kasih.
Salam Reformasi,
11/10/2016

14 Anis Shafiqah Dan Syed Palladium Terpaku Bertemu Arul Kanda Isu 1MDB

Semalam Townhall JASA ke 22 di Universiti Malaya berjalan dengan soalan soalan panas daripada mahasiswa yang peka dengan isu 1MDB. Soalan datang daripada pelajar berbilang kaum. Tahniah kepada Sdr Arul Kanda CEO 1MDB yang menjawab dengan fakta dan tenang. Tahniah juga kepada pelajar kerana mengemukakan 35 soalan dengan berani, kritikal tetapi konstruktif.

Hampir 400 mahasiswa memenuhi Dewan Perdana Siswa. Turut hadir Prof Datuk Dr Rohana Yusof TNC HEP Universiti Malaya dan Sdr Hazwan Shafiq Presiden PMUM yang baru dipilih.

Ketua #TangkapMO1, Anis Syafiqah turut hadir dan bertanyakan 3 soalan yang  semuanya berjaya dijawab dengan baik oleh Arul Kanda. Soalan yang ditanya pun adalah tersangat asas dan menggambarkan yang dia juga tidak menguasai isu ini dengan baik.

Syed Saddiq Palladium pula apabila dapat berjumpa dengan Arul Kanda, hanya hendak bergambar dan memberitahu Arul Kanda perjalanan politik beliau sekarang. Kita ingat kan beliau hendak bertanya berkenaan 1MDB. Sebagai Ketua Pemuda dan Pemudi Parti Cap Bunga Raya, beliau amat mengecewakan.

Beberapa pelajar sudah menyediakan plakad yang tertulis '1MDB Jangan Spin', 'Mahasiswa Mahukan Jawapan' dan sebagainya. Maksudnya mereka tidak berminat pun untuk mendapatkan penjelasan tentang isu ini. Mereka hanya ikut 'arahan' dari mentor mereka bertujuan untuk menimbulkan kekecohan.

Namun, mahasiswa UM sekitar 400 orang langsung tidak menghiraukan 4 orang yang mengangkat plakad ini. Mereka menganggap yang mengangkat plakad ini telah memberikan imej negatif terhadap UM.

October 11, 2016

77 Peserta BERSIH Yang Diserang Bukan Anggota Polis, Sebaliknya Penjaga Stor


Pembangkang dan kumpulan BERSIH cuba memburukkan kumpulan Merah dengan menyebarkan gambar-gambar kononnya lelaki yang diserang ketika himpunan di Sabak Bernam tempoh hari adalah anggota polis.

Ini berikutan salah satu gambarnya berpakaian seperti anggota Polis. Sebenarnya lelaki berkenaan hanya memakai separuh sahaja uniform polis seperti digayakannya dalam gambar yang disebar oleh netizen bagi mengambarkan seolah-olah beliau adalah seorang anggota Polis.

Lelaki baju kuning yang viral dalam insiden ditendang dari belakang oleh peserta baju merah di Sabak Bernam baru-baru ini sebenarnya bukanlah seorang anggota Polis. Lelaki berkenaan yang bernama Kusaini bin Kassim berasal dari Parit 12, Kuala Bagan Sungai Terap hanyalah seorang Pekerja Stor JKR.

Dengan tersebarnya gambar-gambar di atas, Kusaini boleh didakwa bawah Seksyen 25, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9 (1) Akta Rahsia Rasmi 1972  dan Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan dan Seksyen 9 (1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa.        

October 10, 2016

0 Pameran #LPT2016 - Datanglah Beramai-Ramai


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi akan menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat tahun 2016. Pada tahun ini, simposium ini bertemakan "Pengangkutan Awam - Mentransformasikan Negara" (Public Transport - Transforming the Nation) yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2016 (Isnin) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. 

Lebih manis lagi, Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan dan menyampaikan ucaptama mengenai 'Perjalanan 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat'. Simposium ini merupakan kali kelima ianya dianjurkan bersempena sambutan 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat sejak 2012.


Simposium dan pameran pada tahun ini akan membawa pelbagai perbincangan dan bahan pameran menarik mengenai peranan Pengangkutan Awam Darat dalam memangkin pertumbuhan sosioekonomi serta memandu mobiliti untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai. Apa yang paling penting adalah mauk adalah percuma.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada 17 Oktober ini bertempat di Aras 3, Kuala Lumpur Convention Centre. Antaranya ialah pameran kerjaya yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada para pengunjung.

Selain itu, program berkenaan turut diserikan lagi dengan penampilan artis jemputan iaitu Ajak dan Hazir dari Hot FM dan Hafiz dari Fly FM. Hadiah lumayan turut menanti para pengunjung berjumlah sehingga RM 100,000 seperti tiket bas, pas LRT serta produk Touch n Go berupa kad dan jam tangan Time Traveller.






84 Lawak Antarabangsa Hari Ini - Ketua Menteri Didakwa Korup Ajak Rakyat Sertai BERSIH 5.0


Sungguh tidak disangka pembangkang amat pandai membuat lawak. Umum mengetahui Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, yang terpalit dengan kontroversi berhubung isu pembelian bang­lo di Jalan Pinhorn, Georgetown telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30/06/2016 atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Namun, hari ini Lim Guan Eng telah mengajak Rakyat untuk turun menyertai BERSIH 5.0. Agak kelakar apabila pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, telah menggunakan nama BERSIH dan mengajak Rakyat untuk membanteras rasuah. Sungguh ironi.

Kebanyakan mereka di dalam gambar di dalam posting ini dipilih menjadi Ahli Dewan Legislatif dan anggota cabang Eksekutif Kerajaan melalui pilihan raya yang dikatakan tidak bersih oleh Maria Chin dan Bersih 2.0. Sekumpulan manusia hipokrit dan munafik.


October 9, 2016

49 Din Botox Mengadu Kepada Majlis Raja-Raja Sebab Peguam Negara Menari Di Hari Kebangsaan?

Pejuang Parti Bunga Raya tidak ada isu besar untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk memburukkan Kerajaan. Selepas Pengerusi parti berkenaan ditolak mentah-mentah akibat gagal untuk meyakinkan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong ketulinan tandatangan Rakyat berjumlah 1 juta, kini tugas berkenaan dipangku oleh macai setia Pengerusi Parti.

Khairuddin Abu Hassan atau lebih dikenali di media sosial sebagai Din Botox telah membuat tindakan bodoh dan tidal masuk akal apabila menulis surat kepada Majlis Raja-Raja Melayu berkaitan kononnya video Peguam Negara mengerakkan badannya mengikut irama lagu patriotik di majlis Hari Kebangsaan, di tengah ribuan Rakyat dikatakan tidak beretika. Disebabkan itu, Din Botox meminta Majlis Raja-Raja agar memecat Peguam Negara.

Dude, are you insane?

0 Presiden MCA Sifatkan Pembangkang Omong Kosong Dalam Isu Satu Lawan Satu

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menyifatkan hasrat pembangkang untuk meletakkan calon menentang Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang hanya‎ omong kosong. Ini kerana menurut DS Liow, parti-parti dalam pakatan pembangkang bercanggah pendapat dan kepentingan sesama sendiri, mereka tidak akan dapat mencapai kata sepakat.

DS Liow berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen MCA Johor di Yong Peng. Lebih 1,000 anggota MCA menghadiri Konvensyen MCA itu yang juga dihadiri oleh Timbalan Presiden MCA DS Dr Wee Ka Siong, yang juga anggota Parlimen Ayer Hitam.

DS Liow ketika mengulas ucapan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pagoh mengenai strategi pembangkang untuk meletakkan calon menentang BN dalam pertandingan satu lawan satu, berkata amalan memancing calon akan berterusan, dari dalam pakatan pembangkang sendiri.

Beliau menarik perhatian kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak apabila strategi satu lawan satu bagi pembangkang gagal kerana mereka tidak dapat mencapai kesepakatan. Pembangkang menurut DS Liow pernah berjanji untuk menubuhkan negara kebajikan tetapi mereka tidak dapat melakukannya. 

DS Liow berkata pembangkang juga berjanji bahawa DAP akan bekerjasama dengan PAS, tetapi mereka tidak dapat melaksanakannya dan ini menunjukkan mereka banyak bercanggah pendapat. Beliau berkata formula BN akan menjadi formula mampan untuk jangka panjang yang akhirnya akan memastikan calon-calonnya memenangi pilihan raya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates