September 9, 2016

40 Kelewatan LRT Dua Kali Dalam Tempoh Seminggu Jadi Bahan Lawak Di Media Sosial


Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sekali lagi mengalami gangguan, kali kedua minggu ini, dengan membabitkan laluan Setiawangsa - KLCC. Kejadian berlaku pada waktu puncak sekitar pukul 9 pagi tadi apabila sebuah tren dari Datuk Keramat menuju ke Jelatek tiba-tiba berhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.

Kejadian berkenaan dijadikan jenaka oleh netizen di media sosial apabila ada pihak yang membuat poster 'Train To KL' dengan mengaitkan kejadian pagi tadi dengan filem terkenal Korea yang sedang ditayangkan bercorak cerita zombie iaitu 'Train To Busan'. Dua hari lepas, netizen telah menjadikan kelewatan LRT Kelana Jaya dengan poster yang lebih kurang sama seperti di bawah.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dua hari lepas telah mengeluarkan Kenyataan Media mengkehendaki pihak pengendali Rapid Rail mengemukakan laporan penuh kepada SPAD pada 21/09/2016, dan mencadangkan langkah-langkah untuk menambah baik perkhidmatan dan mengurangkan masa yang digunakan untuk bertindak balas.
KENYATAAN MEDIA
RAPID RAIL DIARAHKAN SERAH PERANCANGAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN LRT
Kuala Lumpur, 7 September 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terus memantau isu-isu perkhidmatan LRT dan perihatin dengan gangguan perkhidmatan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya pada pagi hari ini. Kami sedia maklum bahawa para pengguna telah mengalami keadaan yang tidak selesa dan ramai yang telah lewat sampai ke destinasi mereka.
Suruhanjaya dengan ini telah mengarahkan Rapid Rail Sdn Bhd untuk menjalankan audit dan siasatan bagi mengenal pasti punca insiden tersebut dan mengemukakan langkah-langkah mitigasi untuk mengelakkannya daripada berulang. Dengan itu pengendali dikehendaki mengemukakan laporan penuh kepada SPAD pada 21 September 2016, dan mencadangkan langkah-langkah untuk menambah baik perkhidmatan dan mengurangkan masa yang digunakan untuk bertindak balas. Pengguna yang ingin membuat aduan mengenai insiden ini boleh mengirimkan emel kepada aduan@spad.gov.my.


28 Parti PPBM Sah Ditubuhkan, Mari Lihat Apa Kata Presiden dan Penasihat Parti Sebelum Ini


Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menjadi parti politik sah di negara ini. Walau bagaimanapun, akronim bagi parti itu pula ditetapkan sebagai PPBM dan bukan BERSATU dan kelulusan itu juga membabitkan sedikit perubahan pada logo berbanding logo asal semasa permohonan dibuat.

Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan keputusan penerimaan tersebut secara prinsip menegaskan, sekiranya mereka masih menggunakan nama BERSATU tindakan pembatalan pertubuhan itu boleh diambil ROS berdasarkan Akta Pertubuhan. Penukaran nama BERSATU kepada PPBM disebabkan nama BERSATU telah digunakan oleh banyak parti dan pertubuhan setakat ini.


Tahniah kita ucapkan kepada parti dan bakal-bakal ahli parti. Ramai yang berkata kita kena memberi kepercayaan kepada Presiden dan Penaung parti untuk menyelamatkan Malaysia. Memberi kepercayaan? Cakap mereka sebelum ini seperti di bawahpun sudah tidak dapat dipercayai.


Mungkin disebabkan itu kot maka 'balls bearing' yang ada pada logo asal PPBM telah dibuang oleh ROS. Sekarang parti ini tiada lagi 'balls'.

13 Rosmah Jalan Depan Salah, Rosmah Jalan Belakang Pun Salah, Apa Mentaliti Punya Pembangkang


Boleh saya rumuskan sel-sel otak pembangkang gagal berhubung disebabkan dedak yang dibekalkan kepada mereka tidak berkat dan haram. Apa sahaja isu dibangkitkan bertujuan untuk menghina Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak sekeluarga. Terbaru, gambar Perdana Menteri Malaysia dan Singapura berjalan di atas karpet merah turut mendapat perhatian untuk dijadikan fitnah.

Terserlah sikap kebodohan dan sikap munafik 'Pages' Suara Rakyat, sehinggakan Perdana Menteri kedua-dua negara berjalan bersama isteripun hendak dibandingkan. Berjalan cepat salah, berjalan lambat salah, berjalan di depan salah, berjalan di belakang salah, berjalan bersama salah, apa yang pembangkang hendak sebenarnya? Admin yang memuatnaikkan posting ini dapat dilihat mempunyai tahap kebencian yang mendalam terhadap Perdana Menteri dan keluarga.

September 8, 2016

22 Rumah Kos Sederhana Rendah "The Rise" - Adakah Rejim DAP Pulau Pinang Bermain Silap Mata?


Jadual di atas adalah harga bagi semua jenis rumah yang ditawarkan oleh Zubicon Sdn Bhd, pemaju yang menjalankan projek The Rise di Jalan SP Chelliah secara "usahasama" dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) adalah pemilik tanah dan Penang Development Centre (PDC) bertindak sebagai pentadbir projek.

Rejim DAP Pulalu Pinang menerusi lidah parti The Rocket, baca di sini, mendakwa "sebanyak 320 rumah kos sederhana rendah (KSR) berharga RM140,000 seunit di The Rise dekat Jalan S.P Chelliah telah dibeli kerajaan negeri untuk dijual semula kepada pembeli bumiputera sahaja dengan harga semurah RM72,500 seunit."
Persoalan Pertama, kenapa Rejim DAP Pulau Pinang membayar RM140,000 untuk seunit rumah KSR yang harga silingnya hanya RM 72,500 seunit?
Mengikut polisi perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, siling harga bagi rumah dalam kategori Mampu Milik Kategori B atau Kos Sederhana Rendah (KSR) hanyalah RM72,500 sahaja. Menurut The Rocket lagi, "Guan Eng berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan sejumlah RM44.6 juta daripada dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (Tabung Bumiputera) untuk membeli semua 320 unit rumah KSR itu."
Persoalan Kedua, kenapa Rejim DAP Pulau Pinang menggunakan wang dari Tabung Amanah Perumahan Bumiputera untuk membayar pemaju dan MBPP sejumlah RM44.6juta untuk 320 unit rumah KSR yang kononnya akan dijual semula kepada pembeli Bumiputera sahaja?
Persoalan Ketiga, sejak bilakah harga rumah Kos Sederhana Rendah (KSR) atau Rumah Mampu Milik Kategori B mengikut takrifan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dinaikkan ke RM140,000 seunit?
Menurut portal The Rocket itu lagi, "Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, langkah berkenaan diharap mampu memastikan lebih 30 peratus kuota bumiputera yang diperuntukkan dalam projek perumahan di tengah-tengah bandaraya."
Persoalan Keempat, jumah unit rumah yang akan dimajukan oleh Zubicon Sdn Bhd adalah 1,900 unit, walaupun laporan Buletin Mutiara pada tahun 2015 melaporkan jumlah rumah yang akan dibina adalah 2,093 unit. Bagi Rejim DAP yang gagal dalam matematik dan MS Excel, 320/1,900 adalah bersamaan 16.84% sahaja manakala 320/2,093 adalah 15.29% sahaja. Mana datangnya 30 peratus? Tau kira atau tidak ni?

70 Apakah Pandangan Siti Zabedah Kasim Mengenai Pindaan Akta 355 Mewakili Rakan-Rakannya Di Dalam DAP?



Siti Zabedah Kasim seperti kenyataannya di dalam laman Facebook beliau tidak menyesal kerana menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin dalam wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah Isnin lepas. Menurut Siti, jari tengahnya ditujukan khas untuk 'Islamis jahat' dan 'si bodoh yang dicuci otak' yang hadir memenuhi ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’.
"Sudah banyak forum yang saya sertai. Saya pernah ajukan soalan yang mengesankan tetapi saya tak sangka suatu hari nanti saya akan tunjuk jari pada penonton wacana. Saya tak menyesal tunjuk jari. Bagi saya, Islamis jahat layak terima lebih daripada itu. Kasar? Biadab? Sejak bila seorang wanita tak boleh berlaku kasar dan biadab terhadap orang jahat dan si bodoh yang dicuci otak?"
Menurut Siti Zabedah, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, salah seorang pembahas di wacana itu, cuba kelirukan penonton semasa menjelaskan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355. Katanya, pembahas daripada PAS dan UMNO bertegas ia bukan rang undang-undang hudud. 

Walaupun bukan rang undang-undang hudud tetapi ada kena mengena dengan hudud. Beliau menambah, tanpa rang undang-undang menghadkan hukuman mahkamah syariah, mereka tidak akan dapat menjalankan hukuman yang tertulis dalam enakmen hudud mereka.

Takiyuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan itu, menjelaskan pindaan bertujuan menambah kuasa mahkamah syariah berhubung kesalahan yang dinyatakan dalam Akta 1965. Siti Zabedah bagaimanapun mendakwa rang undang-undang yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang memberi kuasa tanpa batas kepada mahkamah syariah untuk mengenakan hukuman hudud yang lain.

Siti Zabedah mungkin membawa suara tegas NGO COMANGO menetang sebarang perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Apakah penolakan penambahbaikan skop bidang kuasa jenayah mahkamah syariah ini turut didalangi oleh parti-parti politik bukan Islam seperti DAP? Apakah peranan BERSIH di dalam hal ini? Apakah BERSIH akan turut menuntut agar Pindaan Akta 355 ini dibatalkan semasa perhimpunan haram jalanan yang dicadang akan dibuat November ini?

September 6, 2016

114 Video Pembongkaran KETUM Mengenai Kekayaan Anak Tun Dr Mahathir, Patutlah Bapa Andaian Datang Melutut


Pastinya ramai tertanya-tanya kenapakah Tun Dr Mahathir bersusah payah datang mengadap Anwar Ibrahim di Jalan Duta semalam. Suatu waktu dulu pada petang 02/09/1998, iaitu hari Anwar Ibrahim dipecat, Dr Wan Azizah memandu pajero, PCQ 7 menuju ke Seri Perdana lama untuk menghadap Tun Dr Mahathir bagi mengharapkan sedikit ihsan demi maruah beliau dan keluarga. Malangnya beliau tidak berjaya berjumpa Tun Dr Mahathir. Beliau keluar dari Seri Perdana lama dengan wajah yang sugul dan sedih.

Semalam, Allah membalas dengan ganjaran yang lebih besar kepadanya. Apabila orang yang beliau cuba pergi menghadap 18 tahun dulu, datang menghadap suaminya. "Wama Karu Wama Karallah" atau bermaksud "kita merancang Allah juga merancang" jadi kenyataan. ProTun Minions bersorak kegirangan sejak semalam apabila Anwar Ibrahim bersalaman dengan Tun Dr Mahathir. Adakah Anwar Ibrahim ikhlas? Anwar Ibrahim pastinya tidak lupa dengan pembongkaran kekayaan anak Tun Dr Mahathir di dalam satu ceramahnya seperti di dalam video di bawah. ProTun Minions masih gembirakah?

0 Kerajaan Pusat Komited Amalkan Kesederhanaan Dan Kepelbagaian Budaya - Presiden MCA

Kerajaan pusat komited mengamalkan kesederhanaan dan kepelbagaian budaya di negara ini. Perkara ini ditegaskan oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai. Menurut beliau kesederhanaan adalah satu-satunya pilihan untuk masa depan negara ini. 

DS Liow berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, Jumaat lalu menulis dalam sebuah akhbar tempatan bahawa pembinaan arca itu adalah haram dan ia perlu dirobohkan.

DS Liow berkata sebarang langkah untuk merobohkan patung helang ikonik di Pulau Langkawi mesti dihentikan. Beliau menambah pendapat Timbalan Mufti Perak adalah hanyalah pandangan peribadi dan kita harus ingat bahawa beliau bukan datang dari Kedah. 

Walau bagaimanapun, tegasnya untuk mengelakkan kesamaran, kerajaan negeri Kedah perlu menamatkan sebarang idea untuk merobohkannya sebagai langkah terbaik.

DS Liow berkata Kedah berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang menyokong kesederhanaan dan tidak percaya dengan 'cara Taliban'. Beliau berkata ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999, perkara pertama ketika itu yang dilakukan Menteri Besar DS Hadi Awang adalah merobohkan replika penyu di sebuah bulatan di Kuala Terengganu, menggunakan hujah yang sama.

Beliau menambah, begitu juga apabila PAS mengambil alih Kelantan, parti itu mengubah nama Pantai Cinta Berahi kepada Pantai Cahaya Bulan. Katanya, walaupun semua peraturan ketat di Kelantan PAS tetap mempunyai masalah di Kelantan seperti AIDS dan penyalahgunaan dadah.

September 5, 2016

109 Apabila Bapa Andaian Dan KETUM Comolot ...







Politik adalah satu seni serba kemungkinan. Seorang musuh politik hari ini mungkin akan menjadi rakan tidur sebantal suatu hari nanti. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed telah membuktikan perkara ini. Hari ini beliau bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali turun ke kamar mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim. Selepas 18 tahun, inilah pertama kali Bapa Andaian dan KETUM bersalaman.

Orang yang memecat Anwar Ibrahim dari politik. Orang yang telah memenjarakan Anwar Ibrahim atas tujuan rasuah. Hari ini orang yang sama turun memberi sokongan moral. Adakah Mantan Perdana Menteri ini menyesal dengan tindakannya terdahulu atau Bapa Andaian ini orang yang paling bijak mengambil kesempatan di dalam politik? Sama-sama kita tunggu 'sequel' drama sinetron ini.

Saya tak tahu orang lain, tetapi saya tidak pernah mimpikan saat ini akan terjadi. Kalaulah Machiavelli masih hidup, beliaupun akan tepuk dahi tidak sangka falsafah politiknya matlamat menghalalkan cara didakap oleh politikus Malaysia melebihi jangkaan. Rakyat sudah keliru dan celaru dengan cara politik sebegini. Demi pelahap kuasa dan perasaan dendam kesumat dan benci sanggup lakukan apa sahaja. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa.

Bapa andaian masih ingatkah dengan berita-berita di bawah?


Bapa Andaian masih ingatkah kata-kata beliau terhadap KETUM di dalam video di bawah?

0 Agihan Kerusi Untuk PRU14 Belum Dibincang Di Peringkat BN - DS Liow

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai ketika mengulas laporan Pemuda Umno mahu bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak berkata tiada sebarang perbincangan mengenai pengagihan kerusi dan walaupun ada, ia perlu diputuskan atas persetujuan bersama.

DS Liow berkata sudah tiba masanya untuk membuat persedian bagi menghadapi pilihan raya umum dan lebih penting memastikan perpaduan dalam Barisan Nasional (BN). Beliau menambah MCA gembira melihat semangat yang sangat baik yang dirasai di dalam BN.

Menurut beliau lagi jika adanya rundingan atau perbincangan mengenai pengagihan kerusi, ianya perlu mendapatkan persetujuan bersama. Buat masa ini, MCA dan pemimpin BN belum membincangkannya lagi.

Untuk rekod, pada 2013, kerusi Bandar Tun Razak telah ditandingi oleh Naib Pengerusi Pemuda MCA, Tan Kok Eng yang tewas kepada bekas Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim.

September 4, 2016

69 Standard Presiden Parti Bunga Raya Ceramah Kedai Kopi Saja?

Amat memalukan bagi seorang Mantan Timbalan Perdana Menteri dan Mantan Timbalan Presiden parti orang Melayu yang terbesar di dunia berceramah di kedai kopi! Terdesak sungguh Presiden parti cap Bunga Raya ini hendak meraih sokongan. Semasa mula melihat gambar ini ingatkan TS Muhyiddin Yassin sedang menyanyi karaoke di majlis orang kahwin. Rupanya berceramah.

Seburuk-buruk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beliau berjaya mengumpulkan ribuan penyokong di tempat-tempat strategik seperti Masjid Negara dan Dataran Merdeka secara spontan dalam masa yang singkat. Standard Presiden parti cap Bunga Raya hanya di kedai kopi? Tak ada orang pulak tu! Awat yang lekeh sangat ni?

0 KTM Komuter Utara Dari Padang Rengas Ke Bukit Mertajam Dirasmi


Semalam berlangsungnya majlis perasmian perkhidmatan KTM Komuter Utara iaitu dati Padang Rengas ke Bukit Mertajam. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh DS Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas. Turut hadir sama adalah TS Dr Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

DS Mohamed Nazri turut menaiki komuter bersama rombongan dari Stesen Padang Rengas ke Stesen Taiping. Untuk makluman perkhidmatan KTM Komuter Utara yang kini beroperasi di Taiping dan Padang Rengas telah bermula sejak 1 September 2016.






Perkhidmatan KTM Komuter Utara bagi laluan Padang Rengas ke Bukit Mertajam disedaikan di mana 22 perkhidmatan pergi balik setiap hari disediakan mulai 1 Sept 2016. Kekerapan tren adalah setiap 60 minit untuk waktu puncak iaitu antara 5.30 pagi hingga 9.00 pagi dan 6.00 petang hingga 8.00 malam. 

31 Urus Penerbitan Majalah Pun Lingkup, Siapa A Kadir Jasin Hendak Cakap Ekonomi Negara Genting?

Sehari dua ini penganut kitab WSJ, ProTun begitu galak menyerang Kerajaan dari segi ekonomi dan kewangan. Terbaru, seorang blogger, wartawan dan usahawan yang gagal telah dihantar untuk menulis kononnya kewangan Kerajaan pada masa kini amat genting.

Tidak banyak fakta yang beliau bentangkan untuk menyokong dakwaannya itu. Apa yang pasti CTS bersetuju dengan satu kenyataannya iaitu ekonomi tidak pernah berbohong. CTS ingin mengajak ProTun Minions untuk menghadam keadaan ekonomi Malaysia setakat 31/07/2016 seperti yang dibentangkan oleh Dato Johari Ghani, Menteri Kewangan II:

1. Rizab Bank Negara adalah kira-kira RM400 bilion.

2. Pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean. Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1% pada separuh pertama tahun ini. Singapura hanya meningkat sebanyak 2%.

3. Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5% berbanding dengan Singapura, iaitu 89% daripada KDNK.

4. Lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira-kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2016.

5. Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik.

6. Pasaran Modal kita sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM 1.7 trilion dan Sukuk/Bon bernilai RM1.1 trilion. Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan. Sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik.

7. Ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54% daripada KDNK kita, diikuti dengan 23% pembuatan, 9% perlombongan, 8% pertanian dan 4% pembinaan.

Kedua, siapa A Kadir Jasin untuk bercakap mengenai kewangan dan ekonomi. Sejarah beliau mengenai keusahawanan juga tidak begitu memberansangkan. Apa terjadi dengan syarikat Berita Publishing yang dibelinya dengan harga istimewa RM1 daripada New Straits Times Press (NSTP) pada tahun 1998? 

Beliau gagal menguruskan syarikat berkenaan dengan baik. Pemasaran dan jualan majalah syarikat gagal! Syarikat hanya hidup dengan kontrak daripada Malaysia Airlines System (MAS) untuk menerbitkan majalah 'Going Places'. 

Apabila kontrak telah tamat, syarikat dan A Kafir Jasin juga turut tamat. Hendak urus syarikat majalah pun lingkup, ada hati hendak membuat komen kepada Kerajaan kononnya gagal menguruskan ekonomi negara.

September 3, 2016

29 Betulkah Ada 100,000 Yang Belum Dapat Kerakyatan Atau Ini Adalah Pelancung China Yang Hilang?


Adakah benar dakwaan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), TS Pheng Yin Huah bahawa terdapat sekurang-kurangnya 100,000 kaum Cina yang menjadi penduduk tetap di negara kita masih belum memperoleh warganegara? Secara tiba-tiba berita ini menjadi tajuk hangat akhbar Cina Sin Chew Jit Poh dan dipetik oleh Sinar Harian. 

Menurut Yin Huah, di bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan sebelum merdeka, maka seseorang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara dan beliau berharap pihak kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

Jangan kita lupa, pada November 2005, Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meminta Jabatan Imigresen dan Polis mengesan kira-kira 50,000 rakyat China yang masuk ke Malaysia tahun ini tetapi masih belum meninggalkan negara. Ini data pada tahun 2005. Bagaimana pula data pada tahun 2016?

Tidakkah mustahil 100,000 kaum Cina yang dimaksudkan oleh Yin Huah ini termasuk pendatang asing China yang masuk sebagai pelancong tetapi masih belum meninggalkan Malaysia? Tidakkah mustahil mereka inilah sebenarnya yang akan menjadi pengundi-pengundi DAP di dalam Pilihanraya Umum ke 14 kelak apabila memiliki warganegara? Apakah jumlah 100,000 ini kini berada di Pulau Pinang, Kepong, Seputeh dan kawasan-kawasan DAP yang lain dan sedang menanti masa untuk 'diputihkan'?

50 Ceramah Presiden Parti Bunga Raya Di Sungai Besar Gagal

Nasihat kita kepada Presiden Parti Bunga Raya, kalau kail panjang sejengkal, jangalah memancing di lautan dalam. Cukuplah memancing di kolam udang yang berbayar. 

Kalau sudah tahu anda tidak berkemampuan untuk menarik perhatian penonton untuk mendengar ceramah anda yang tiada bermaklumat, hambar dari segi intonasi dan penyampaian dan wajah anda yang sembab, culuplah sekadar buat ceramah di dewan komuniti yang boleh memuatkan 100 orang. 

Ini berselera besar. Nak buat di padang terbuka. Lihatlah hasilnya. Berapa agaknya penonton yang membanjiri ceramah 1MDB Presiden Parti Bunga Raya ini di Sungai Besar semalam?

TS Muhyiddin Yassin berkata 67 kerusi Parlimen BN milik UMNO terumbang ambing. Parti cap Bunga Raya dan pembangkang mampu untuk tawan. Berdasarkan laporan bergambar kat bawah, rasanya memang ada asasnya.


Ini portal mesra pembangkang sendiri yang lapor ...

September 2, 2016

23 Bayan Lepas, Pulau Pinang Banjir Lagi Patutlah Rumah Tokong #NoSwimmingPool








Berita gembira untuk semua Rakyat Pulau Pinang. Jika di Selangor 10% diskaun bumi dihapuskan untuk rumah bertaraf pangsapuri perkhidmatan (service apartment), SOHO (Small Office Home Office) dan SOVO (Small Office Versatile Office), di Pulau Pinang Rakyatnya semestinya bergembira dengan kolam renang percuma yang disediakan di Bayan Baru. Ketua Menteri Pulau Pinang menyediakan di depan pintu rumah / premis perniagaan anda. Terima kasih Rejim DAP Pulau Pinang kerana memahami kehendak Rakyat. Welcome to Bayan Baru Wetlands.

Teringat kata-kata bongkak Ketua Menteri Pulau Pinang seperti di bawah:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates