September 5, 2016

109 Apabila Bapa Andaian Dan KETUM Comolot ...







Politik adalah satu seni serba kemungkinan. Seorang musuh politik hari ini mungkin akan menjadi rakan tidur sebantal suatu hari nanti. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed telah membuktikan perkara ini. Hari ini beliau bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali turun ke kamar mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim. Selepas 18 tahun, inilah pertama kali Bapa Andaian dan KETUM bersalaman.

Orang yang memecat Anwar Ibrahim dari politik. Orang yang telah memenjarakan Anwar Ibrahim atas tujuan rasuah. Hari ini orang yang sama turun memberi sokongan moral. Adakah Mantan Perdana Menteri ini menyesal dengan tindakannya terdahulu atau Bapa Andaian ini orang yang paling bijak mengambil kesempatan di dalam politik? Sama-sama kita tunggu 'sequel' drama sinetron ini.

Saya tak tahu orang lain, tetapi saya tidak pernah mimpikan saat ini akan terjadi. Kalaulah Machiavelli masih hidup, beliaupun akan tepuk dahi tidak sangka falsafah politiknya matlamat menghalalkan cara didakap oleh politikus Malaysia melebihi jangkaan. Rakyat sudah keliru dan celaru dengan cara politik sebegini. Demi pelahap kuasa dan perasaan dendam kesumat dan benci sanggup lakukan apa sahaja. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa.

Bapa andaian masih ingatkah dengan berita-berita di bawah?


Bapa Andaian masih ingatkah kata-kata beliau terhadap KETUM di dalam video di bawah?

0 Agihan Kerusi Untuk PRU14 Belum Dibincang Di Peringkat BN - DS Liow

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai ketika mengulas laporan Pemuda Umno mahu bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak berkata tiada sebarang perbincangan mengenai pengagihan kerusi dan walaupun ada, ia perlu diputuskan atas persetujuan bersama.

DS Liow berkata sudah tiba masanya untuk membuat persedian bagi menghadapi pilihan raya umum dan lebih penting memastikan perpaduan dalam Barisan Nasional (BN). Beliau menambah MCA gembira melihat semangat yang sangat baik yang dirasai di dalam BN.

Menurut beliau lagi jika adanya rundingan atau perbincangan mengenai pengagihan kerusi, ianya perlu mendapatkan persetujuan bersama. Buat masa ini, MCA dan pemimpin BN belum membincangkannya lagi.

Untuk rekod, pada 2013, kerusi Bandar Tun Razak telah ditandingi oleh Naib Pengerusi Pemuda MCA, Tan Kok Eng yang tewas kepada bekas Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim.

September 4, 2016

69 Standard Presiden Parti Bunga Raya Ceramah Kedai Kopi Saja?

Amat memalukan bagi seorang Mantan Timbalan Perdana Menteri dan Mantan Timbalan Presiden parti orang Melayu yang terbesar di dunia berceramah di kedai kopi! Terdesak sungguh Presiden parti cap Bunga Raya ini hendak meraih sokongan. Semasa mula melihat gambar ini ingatkan TS Muhyiddin Yassin sedang menyanyi karaoke di majlis orang kahwin. Rupanya berceramah.

Seburuk-buruk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beliau berjaya mengumpulkan ribuan penyokong di tempat-tempat strategik seperti Masjid Negara dan Dataran Merdeka secara spontan dalam masa yang singkat. Standard Presiden parti cap Bunga Raya hanya di kedai kopi? Tak ada orang pulak tu! Awat yang lekeh sangat ni?

0 KTM Komuter Utara Dari Padang Rengas Ke Bukit Mertajam Dirasmi


Semalam berlangsungnya majlis perasmian perkhidmatan KTM Komuter Utara iaitu dati Padang Rengas ke Bukit Mertajam. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh DS Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas. Turut hadir sama adalah TS Dr Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

DS Mohamed Nazri turut menaiki komuter bersama rombongan dari Stesen Padang Rengas ke Stesen Taiping. Untuk makluman perkhidmatan KTM Komuter Utara yang kini beroperasi di Taiping dan Padang Rengas telah bermula sejak 1 September 2016.






Perkhidmatan KTM Komuter Utara bagi laluan Padang Rengas ke Bukit Mertajam disedaikan di mana 22 perkhidmatan pergi balik setiap hari disediakan mulai 1 Sept 2016. Kekerapan tren adalah setiap 60 minit untuk waktu puncak iaitu antara 5.30 pagi hingga 9.00 pagi dan 6.00 petang hingga 8.00 malam. 

31 Urus Penerbitan Majalah Pun Lingkup, Siapa A Kadir Jasin Hendak Cakap Ekonomi Negara Genting?

Sehari dua ini penganut kitab WSJ, ProTun begitu galak menyerang Kerajaan dari segi ekonomi dan kewangan. Terbaru, seorang blogger, wartawan dan usahawan yang gagal telah dihantar untuk menulis kononnya kewangan Kerajaan pada masa kini amat genting.

Tidak banyak fakta yang beliau bentangkan untuk menyokong dakwaannya itu. Apa yang pasti CTS bersetuju dengan satu kenyataannya iaitu ekonomi tidak pernah berbohong. CTS ingin mengajak ProTun Minions untuk menghadam keadaan ekonomi Malaysia setakat 31/07/2016 seperti yang dibentangkan oleh Dato Johari Ghani, Menteri Kewangan II:

1. Rizab Bank Negara adalah kira-kira RM400 bilion.

2. Pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean. Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1% pada separuh pertama tahun ini. Singapura hanya meningkat sebanyak 2%.

3. Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5% berbanding dengan Singapura, iaitu 89% daripada KDNK.

4. Lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira-kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2016.

5. Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik.

6. Pasaran Modal kita sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM 1.7 trilion dan Sukuk/Bon bernilai RM1.1 trilion. Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan. Sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik.

7. Ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54% daripada KDNK kita, diikuti dengan 23% pembuatan, 9% perlombongan, 8% pertanian dan 4% pembinaan.

Kedua, siapa A Kadir Jasin untuk bercakap mengenai kewangan dan ekonomi. Sejarah beliau mengenai keusahawanan juga tidak begitu memberansangkan. Apa terjadi dengan syarikat Berita Publishing yang dibelinya dengan harga istimewa RM1 daripada New Straits Times Press (NSTP) pada tahun 1998? 

Beliau gagal menguruskan syarikat berkenaan dengan baik. Pemasaran dan jualan majalah syarikat gagal! Syarikat hanya hidup dengan kontrak daripada Malaysia Airlines System (MAS) untuk menerbitkan majalah 'Going Places'. 

Apabila kontrak telah tamat, syarikat dan A Kafir Jasin juga turut tamat. Hendak urus syarikat majalah pun lingkup, ada hati hendak membuat komen kepada Kerajaan kononnya gagal menguruskan ekonomi negara.

September 3, 2016

29 Betulkah Ada 100,000 Yang Belum Dapat Kerakyatan Atau Ini Adalah Pelancung China Yang Hilang?


Adakah benar dakwaan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), TS Pheng Yin Huah bahawa terdapat sekurang-kurangnya 100,000 kaum Cina yang menjadi penduduk tetap di negara kita masih belum memperoleh warganegara? Secara tiba-tiba berita ini menjadi tajuk hangat akhbar Cina Sin Chew Jit Poh dan dipetik oleh Sinar Harian. 

Menurut Yin Huah, di bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan sebelum merdeka, maka seseorang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara dan beliau berharap pihak kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

Jangan kita lupa, pada November 2005, Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meminta Jabatan Imigresen dan Polis mengesan kira-kira 50,000 rakyat China yang masuk ke Malaysia tahun ini tetapi masih belum meninggalkan negara. Ini data pada tahun 2005. Bagaimana pula data pada tahun 2016?

Tidakkah mustahil 100,000 kaum Cina yang dimaksudkan oleh Yin Huah ini termasuk pendatang asing China yang masuk sebagai pelancong tetapi masih belum meninggalkan Malaysia? Tidakkah mustahil mereka inilah sebenarnya yang akan menjadi pengundi-pengundi DAP di dalam Pilihanraya Umum ke 14 kelak apabila memiliki warganegara? Apakah jumlah 100,000 ini kini berada di Pulau Pinang, Kepong, Seputeh dan kawasan-kawasan DAP yang lain dan sedang menanti masa untuk 'diputihkan'?

50 Ceramah Presiden Parti Bunga Raya Di Sungai Besar Gagal

Nasihat kita kepada Presiden Parti Bunga Raya, kalau kail panjang sejengkal, jangalah memancing di lautan dalam. Cukuplah memancing di kolam udang yang berbayar. 

Kalau sudah tahu anda tidak berkemampuan untuk menarik perhatian penonton untuk mendengar ceramah anda yang tiada bermaklumat, hambar dari segi intonasi dan penyampaian dan wajah anda yang sembab, culuplah sekadar buat ceramah di dewan komuniti yang boleh memuatkan 100 orang. 

Ini berselera besar. Nak buat di padang terbuka. Lihatlah hasilnya. Berapa agaknya penonton yang membanjiri ceramah 1MDB Presiden Parti Bunga Raya ini di Sungai Besar semalam?

TS Muhyiddin Yassin berkata 67 kerusi Parlimen BN milik UMNO terumbang ambing. Parti cap Bunga Raya dan pembangkang mampu untuk tawan. Berdasarkan laporan bergambar kat bawah, rasanya memang ada asasnya.


Ini portal mesra pembangkang sendiri yang lapor ...

September 2, 2016

23 Bayan Lepas, Pulau Pinang Banjir Lagi Patutlah Rumah Tokong #NoSwimmingPool








Berita gembira untuk semua Rakyat Pulau Pinang. Jika di Selangor 10% diskaun bumi dihapuskan untuk rumah bertaraf pangsapuri perkhidmatan (service apartment), SOHO (Small Office Home Office) dan SOVO (Small Office Versatile Office), di Pulau Pinang Rakyatnya semestinya bergembira dengan kolam renang percuma yang disediakan di Bayan Baru. Ketua Menteri Pulau Pinang menyediakan di depan pintu rumah / premis perniagaan anda. Terima kasih Rejim DAP Pulau Pinang kerana memahami kehendak Rakyat. Welcome to Bayan Baru Wetlands.

Teringat kata-kata bongkak Ketua Menteri Pulau Pinang seperti di bawah:

September 1, 2016

23 Kenapa TS Muhyiddin Tidak Berani Menyaman Tengku Sharifuddin?

Hebat Presiden Parti Bunga Raya, TS Muhyiddin Yassin mencabar bekas bos beliau DS Najib Razak menyamannya. TS Muhyiddin dilaporkan berkata DS Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar. Katanya,
“Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri. Jangan guna budak suruhan seperti Tengku Saruffuddin dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu. Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar."
Sekali baca sememangnya Presiden Parti Bunga Raya ini anak jantan. Dua kali baca, apabila Tengku Sharifuddin memanggilnya tidak boleh dipercayai kerana curang kepada isterinya, kenapa beliau berdiam diri? Kenapa tidak mahu saman Tengku Sharifuddin? Anak jantankah kalau anak seorang ulama mendiamkan diri dipanggil curang dengan isteri?

Nota kaki - Virus Zika yang melanda Malaysia dan Singapura tidak ada kena mengena dengan Nika atau kekasih gelapnya. Harap maklum.

21 Siapa MO1 Tidak Penting, Yang Penting Adakah MO1 Disaman Oleh DoJ?

Gegak gempita media sosial apabila Malaysiakini kononnya telah memetik kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan (DARD) bahawa beliau mengakui bahawa Malaysian Official 1 (MO1) adalah Perdana Menteri.

Seperti yang dijelaskan oleh DARD, ramai lagi yang telah dirujuk oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) di dalam kertas siasatan termasuk MO1 tetapi tidak seorangpun yang dinamakan termasuk MO1 sebagai subjek siasatan dan orang yang disaman sivil.

Tun Dr Mahathir telah berjaya memperdaya pengikut-pengikutnya yang bodoh dan baghal dengan tidak menjelaskan mengenai perbezaan di antara siapa yang dinamakan sebagai orang yang dituduh di dalam saman sivil berkenaan dan orang yang dirujuk di dalam siasatan ini sahaja. Ianya ibarat hitam dan putih dan malam dan siang. Puak-puak ProTun bengap, depa mana faham!

Jadi siapapun MO1 tidak penting memandangkan MO1 tidak pernah dinamakan sebagai pihak yang disaman sivil. Juak-juak ProTun dan pembangkang dapat hadam atau tidak ni? Dah habis mudah penjelasan diberikan.

Kenyataan Media DARD adalah seperti di bawah:
STATEMENT ON “MALAYSIAN OFFICIAL 1” BY MINISTER IN THE PRIME MINISTER’S DEPARTMENT DATO' ABDUL RAHMAN DAHLAN
1 September 2016
1. As I told the BBC, it's obvious that the so called “Malaysian Official 1” (MO1) referred to by the U.S. Department of Justice is our Prime Minister.
2. Many others were also referred to by the DoJ. But, critically, none of them including MO1 were named as subjects of the investigation.
3. As any lawyer will confirm, the difference between being named as the subject of a civil lawsuit, and merely being referred to in an investigation, is black and white.
4. Tun Mahathir Mohamad and his new allies in the opposition are deliberately mixing the two up to deceive the Malaysian people.‎ The failed protests their proxies organised asking who MO1 is are irrelevant, as MO1 was not named as the subject of any DoJ civil suit.
5. Meanwhile, after comprehensive investigations by multiple authorities, our Prime Minister has been cleared of any wrongdoing. ‎So the evidence is clear. And Tun Mahathir's smears will fail once again – just as all his attempts to topple Malaysia's democratically elected government have failed miserably. 
Dato' Abdul Rahman Dahlan,
Barisan Nasional Strategic Communications Director,
Minister in the Prime Minister’s Department.‎

August 31, 2016

46 Pemimpin PAN Dan Parti Bunga Raya Bingai Sejarah Rupanya

Di dalam masyarakat Malaysia menyambut kemerdekaan membebaskan diri dari penjajahan Inggeris selama 59 tahun, ada juga pemimpin parti Melayu yang buta sejarah.

Yang seorang tua bangka yang cuba menaikkan tokoh komunis Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebelum ini dan seorang lagi hanyalah seorang budak hingusan mengikut takrifan Menteri Perlancongan, DS Nazri Aziz.

Buat Mat Sabu, Presiden parti PAN, cubaannya untuk mengaitkan 31 Ogos sebagai Hari UMNO adalah amat jahat. Jelas terpahat di dalam sejarah 31 Ogos adalah hari kemerdekaan negara. Hari lahir UMNO adalah pada 11 Mei.

Buat Syed Saddiq Palladium & Co., cubaan beliau untuk menaiktarafkan Hari Malaysia 16 September tidak salah. Cuma jangan lupa tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos. 

Amerika Syarikat mendapat kemerdekaan pada 4 Julai 1778. Ketika itu Amerika Syarikat hanya ada 13 negeri sahaja. Adakah Amerika Syarikat perlu menukar tarikh kemerdekaan mereka atas sebab negeri negeri lain yang menyertai Amerika Syarikat selepas tarikh 4 Julai itu mempunyai tarikh kemerdekaan yang berlainan? 

Perumpamaan untuk budak hingusan Syed Saddiq Palladium adalah seperti berikut. Anda lahir pada 31 Ogos, anda berkahwin 3 serentak pada 16 September, apakah tarikh lahir sebenar anda (real birthday)? Adakah tarikh lahir anda (real birthday) anda akan berubah? Ditakdirkan dua tahun selepas berkahwin 3, anda bercerai dengan salah seorang isteri, adakah tarikh lahir anda (real birthday) akan juga turut berubah?

16 Kenapa Rejim DAP Penang Permainkan Agama Di Badan Patung Beruang?

Apakah tujuan rejim DAP Pulau Pinang meletakkan sebuah patung beruang di Padang Kota bersempena Hari Kebangsaan di mana pada badan patung tersebut tertera Hadis Rasullah SAW dan beberapa tulisan Agama lain. 

Apakah tujuan meletakkan naratif-naratif agama itu termasuk Hadis berkenaan berniat hendak menjadikan patung tu patung pemujaan universal atau apa?

Hadis tersebut berbunyi "La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi" yang bermaksud, "Tak beriman seseorang daripada kamu, sehingga dia menyayang saudaranya lebih daripada dirinya sendiri."

Masalahnya Hadis tersebut diletakkan di bontot kiri beruang. Kurang ajar!

12 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, Merdeka Dari Rejim DAP Penang

Di saat Rakyat Malaysia umumnya dan Rakyat Pulau Pinang khasnya menyambut malam kemerdekaan di Padang Kota semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng telah mengarahkan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPPl untuk menyaman kereta yangparking di kawasan berkenan.

Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang mengenakan caj parking sehingga jam 12 malam 7 hari seminggu tanpa belas kasihan, terutama di tempat-tempat tang menjadi tumpuan orang ramai.  Penjajahan rejim DAP di Pulau Pinang perlu dihapuskan, demi membebaskan rakyat dari kapitalis yg merompak wang rakyat secara terbuka.

August 28, 2016

102 Tahniah Mufti Perlis, Anda Sudah Bersuara Ala DAP



Mufti Perlis, Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA sebelum ini cenderung menyokong pembangkang bukanlah merupakan perkara yang tidak diketahui umum. Semalam, beliau telah menunjukkan belangnya dengan menyokong pelajar-pelajar barua DAP yang membuat himpunan haram di Ibu Kota, di laman sosial Facebook beliau.

Pastinya anak-anak Dr MAZA 'bangkit' semalam dalam perhimpunan berkenaan bukan? Jangan suruh dan seru anak-anak orang tapi anak-anak sendiri simpan dalam selimut. Tahniah kepada Mufti Perlis yang senada sekata sehati sejiwa dengan pemimpin-pemimpin DAP. Tahniah juga buat Kerajaan Barisan Nasional (BN) baik pusat atau negeri Perlis yang masih menyimpan 'biawak hidup'.

53 Apa Agenda Pemimpin DAP Memuji Kumpulan Pelajar Melayu #TangkapMO1 ?

Begitu cepat sekali pemimpin-pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming dan Teressa Kok melahirkan pujian di media-media sosial terhadap pelajar-pelajar Melayu yang dipergunakan dalam Himpunan Tangkap Maria Ozawa 1 (MO1) semalam.

Tidak pernah kedengaran pemimpin-pemimpin Cina DAP harbi ini melahirkan pujian ke atas mahasiswa Melayu UiTM yang mendapat keputusan cemerlang sebelum ini seperti Siti Aisah Graduan ACCA Terbaik Malaysia dan dan ke-7 Dunia, Nurul Nabilah Abdul Jalil antara enam pelajar terbaik dunia bagi Kertas P2 Laporan Korporat, ACCA dan Khalid Kamarulzaman, graduan terbaik, ACCA Top Affiliate di Malaysia.

Tidak mungkin! Pemimpin-pemimpin pembangkang hanya memuji budak Melayu yang buat kerja bodoh seperti Syed Saddiq Palladium, Adam Adli dan lain-lain. Pernahkah mendengar mana-mana ikon pelajar-pelajar Cina diketengahkan untuk kerja-kerja bodoh sebegini?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates