July 16, 2016

0 Inisiatif Ahli Parlimen Bentong Bolehkan Pelajar Menikmati E-Tuisyen Percuma


Ahli Parlimen Bentong, DS Liow Tiong Lai semalam telah merasmikan program e-tuisyen dalam talian yang ditaja sepenuhnya. Sebanyak 16,000 pelajar seolah rendah dan menengah di Bentong akan mendapat akses percuma program berkenaan. Pelancaran program berkenaan telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.

Bentongtuition.com.my akan menghubungkan pelajar dengan ezlearn2u.my yang diusahakan oleh tenaga pengajar yang juga bekas kolumnis The Star Education, Sunny Yee. Semua mata pelajaran dari Darjah Satu hingga Tingkatan Lima akan disediakan,

DS Liow yang juga merupakan Presiden MCA menegaskan bahawa kaedah pengajaran Yee telah terbukti berkesan dan menurut beliau anak-anaknya juga menghadiri pusat tuisyen berkenaan. DS Liow menceritakan bagaimana anaknya, yang tidak cemerlang dalam matematik, telah mendapat keputusan yang baik selepas hanya beberapa bulan.

DS Liow menggesa guru besar, guru dan ibu bapa untuk menggalakkan pelajar-pelajar di Bentong untuk menggunakan sepenuhnya program ini. Beliau turut menasihati pelajar untuk mengamalkan sikap berusaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada sekadar berjaya di dalam peperiksaan.

Beliau menambah jika pelajar pergi ke sekolah untuk belajar untuk menghadapi peperiksaan, mereka akan berada di bawah banyak tekanan, Tidak seperti negara-negara lain, DS Liow berkata, Malaysia tidak mempunyai "budaya pembelajaran sepanjang hayat" dan berharap sikap positif boleh bermula di Bentong.


July 15, 2016

1 Pengerusi SPAD Jawab Isu Bas Rempuh 10 Kenderaan


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) petang tadi telah mengadakan sessi penerangan mengenai peranan SPAD dan proses berkaitan dengan pengendali yang tidak memathi Kod Amalan Industri (Keselamatan) SPAD atau 'SPAD ICOP Safety'. Menurut TS Dr Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD, tujuan sidang media diadakan untuk memberikan penjelasan terhadap beberapa laporan kurang tepat yang mungkin akan mengelirukan orangramai terhadap beberapa tindakan oleh SPAD.

Menurut TS Syed Hamid, tiga agensi yang selalunya terlibat bila ada kemalangan, iaitu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang akan mengadakan siasatan jenayah samada orang terbabit telah melakukan kesalahan mengikut Penal Code atau Akta Jalan Raya. Yang keduanya ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  yang melihat samada ada kegagalan di segi kenderaan atau pemandunya mempunyai lesen 'Public Service Vehicle' (PSV) atau tidak.

Ketiga, di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) memang menjadi satu amalan untuk mengaktifkan 'Malaysian Institute of Road Safety Research' (MIROS) yang membuat siasatan mendalam terhadap sebab kemalangan berlaku, kesannya dan membuat laporan kepada Menteri MOT.

SPAD adalah agensi yang terakhir. SPAD akan melihat samada semasa siasatan ini dijalankan dan sama ada SPAD boleh mengambil tindakan untuk menggantung lesen operator. Harus diingat bahawa SPAD tidak boleh mengetepikan proses undang-undang. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada undang-undang. SPAD tidak boleh mengambil tindakan serta merta kerana ada proses yang perlu diikuti.

Menurut TS Syed Hamid, apabila SPAD membuat tindakan, terdapat dua perkara paling penting yang dilihat. Pertama, sama ada kesalahan itu adalah kesalahan yang dilakukan oleh kerana jenayah atau kecuaian yang berat oleh pihak pemandu. Selepas itu SPAD akan memastikan apakah peranan syarikat bagi menentukan pemandu itu adalah pemandu yang patuh kepada ICOP supaya SPAD boleh mengambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

TS Syed Hamid mengakui terdapat kelemahan pada sistem. Sehubungan itu berkata SPAD akan berbincang dengan PDRM dan JPJ samada mereka boleh berkongsi maklumat jenayah yang membabitkan pemandu bas.

"SPAD tidak ada maklumat berkenaan kesalahan lama pemandu. Kalau mereka ada jenayah, rekod disimpan oleh polis atau JPJ. SPAD sekarang sedang berbincang sama ada kita boleh berkongsi maklumat dengan polis atau JPJ kerana dengan cara ini kita mungkin boleh ambil tindakan sebelum kejadian berlaku."

TS Syed Hamid berkata beliau bersetuju dengan cadangan MOT untuk memperkenalkan "Speed Limiter" pada bas-bas ekspress. Apapun cadangan Menteri MOT itu katanya bagus dikaji supaya kelajuan itu boleh diprogramkan dari mula sebelum bas beroperasi.

208 Majlis Bandaraya Pulau Pinang Buta Bahasa Malaysia?



Kita faham kalau Ketua Menteri Pulau Pinang buta Bahasa Malaysia sebab beliau Cina DAP. Kita juga faham sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut buta Bahasa Malaysia kerana mereka Kerajaan DAP. Kalau kata EXCO Kerajaan Tempatan tidak faham Bahasa Malaysia kita boleh terima, tapi takkan Datuk Bandar yang berbangsa Melayupun tidak faham Bahasa Malaysia? Sudah tidak dapat dibezakan Pasar Awam dan Pasar Awan? Jangan jadi seperti Nga Kor Ming, 'dibatut ular' dan 'bahtah politik'! Oh bahasaku ...

81 Kesian Keluarga Bang Non, Habis Madu Sepah Dibuang


Ini adalah gambar mesyuarat yang diadakan semalam sebelum Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir membuat Sidang Media dengan mengumumkan untuk menubuhkan satu pakatan baharu dianggotai parti politik pembangkang terdiri daripada PKR, PAN, DAP dan satu parti baru yang akan ditubuhkan.

Puas CTS membelek-belek dengan membesarkan gambar ni. Namun masih gagal untuk menemui dua wajah anak beranak bertudung hadir sama. Kedua-duanya adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang dan Presiden PKR dan juga anaknya Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR. 

Ini kita kena akui betapa hebatnya Tun Dr Mahathir membuat 'sailang' ke atas Pakatan Harapan. Musuh utama beliau satu masa dulu, Anwar Ibrahim dapat ditenggelamkannya begitu sahaja. Kesian keluarga Anwar Ibrahim. 

Politik sekarang bukan lagi bergantung kepada kejujuran dan kebenaran. Sekarang Politik bergantung pada berapa banyak dedak yang anda mampu tabur dan suapkan kemulut si pemakan dedak. Noktah!

July 14, 2016

0 SPAD Gantung Lesen Syarikat Bas Yang Merempuh 10 Buah Kenderaan



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas Qistna Express Sdn Bhd. Tindakan itu diambil berikutan kemalangan membabitkan bas syarikat berkenaan pada 10/07/2016 di KM265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, pihaknya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12/07/2016.

Menurut Azharuddin, tindakan itu diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan. Tegas beliau, SPAD memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres.
"Suruhanjaya (SPAD) percaya tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres lain untuk memastikan mereka sentiasa mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD setiap masa bagi mengutamakan keselamatan pengguna."
"SPAD memberi jaminan kepada orang ramai pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas serta keselamatan jalan raya."
Ahad lalu, sebuah bas persiaran milik Qistna Express merempuh sekurang-kurangnya 10 kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan selepas Terowong Menora-Ipoh kira-kira jam 3 petang. Akibat rempuhan itu, dua dilaporkan cedera, manakala semua 28 penumpang dalam bas berkenaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

107 Tun Dr Mahathir Mahu Tubuh Pakatan Pembangkang Baru, Soalnya Siapa Jadi Ketua?

Dalam usia melewati 90an, Tun Dr Mahathir masih memilih mengejar dunia dari menghabiskan sisa usia tua sehari dua lagi bermain dengan cucu dan beramal ibadah. Hari ini, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan satu pakatan baharu dianggotai parti politik pembangkang terdiri daripada PKR, PAN, DAP dan satu parti baru yang akan ditubuhkan.

Pakatan ini kononnya akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menewaskan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pakatan itu yang masih belum mempunyai nama khusus akan bergerak sebagai badan tertinggi untuk menyusun usaha dari sekarang sehingga PRU-14. 

Bijak Tun Dr Mahathir membuat sabotaj ke atas Pakatan Harapan dengan pengumuman ini. Adakah sekali lagi Tun Dr Mahathir menggunakan kuasa diktatornya membuat pengumuman ini tanpa berbincang dengan Pakatan Harapan? Tidak pernah terdengar sebelum ini Pakatan Harapan berbincang untuk membubarkan pakatan yang baru ditubuhkan ini.

Kenapakah perlu Tun Dr Mahathir membuat Pakatan baharu sedangkan beliau dan parti baharu yang hendak ditubuhnya hanya perlu menyertai Pakatan Harapan? Ini disebabkan beliau gila kuasa dan terdesak untuk menjadi Ketua sekali lagi. Mungkin tidak cukup 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Apakah Dr Wan Azizah sanggup melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang untuk diserahkan kepada Tun Dr Mahathir atau sekurang-kurangnya DS Mukhriz Mahathir?

Nasib PAS seperti biasa seperti melukut di tepi gantang walaupun Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man yang diibaratkan mempelam harum manis, di luar hijau, di dalam oren, merintih meminta gencatan senjata daripada Pakatan Harapan.

Mahfuz 'Harum Manis' Omar pun ada sama. Agaknya beliau wakil parti mana? PAS atau PAN? Atau beliau sudah sertai DAP? Carca merba betul pakatan ni. Apa kata kita namakan sebagai gabungan ini sebagai PAKATUN.

217 Bukan 9 Tetapi Hanya 8 Kenderaan Yang Dimiliki Oleh Zuraida Kamaruddin


Setelah sekian lama menyepi, semalam Ahli Parlimen Ampang telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah 9 kenderaan yang didakwa dimilikinya adalah fitnah dan berniat jahat. Jumlah sebenar adalah 8 sahaja. Tak baik betul sesiapa yang buat fitnah tu kan? Bukan 9 tapi 8 sahaja!

Zuraida Kamaruddin ketika dipetik oleh Malaysiakini, baca di sini berkata beliau hanya memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan di bawah nama beliau. Beliau juga bukan pemilik bermanfaat. Ini bukan kenderaan mewah. Kebanyakannya model Jepun dan termasuk van serta trak pikap.

CTS tidak pasti sejak bila kenderan-kenderaan seperti Toyota Vellfire (BAT1111), Mercedes Benz C200 (WTY575), VOLVO XC90 2.5 (WRL575) dan Toyota Fortuner 2.5G (W2956U) bukan merupakan klasifikasi kenderaan mewah kerana harga kenderaan-kenderaan tersebut adalah sekitar RM150k ke RM350k. Mungkin harga itu murah bagi Ahli Parlimen Ampang kot?

12 Ladies & Gentlemen, A** Hole Of The Month - DAP's Hew Kuan Yau


This man regards himself as the Superman of the DAP, wearing his trademark Superman t-shirt at every ceramah but we think he should be wearing a Super F t-shirt instead because he loves to spew profanity, uses vulgarities, especially in Cantonese, in front of women and children. He even once made a remark, screw the Malay.

Hew Kuan Yau is the political education director and DAPSY organising secretary. He is said to have a doctorate in Chinese history from Hong Kong but his attitude is certainly not reflective of his education status, if true.

Yesterday, he made a blatant claim after an international tribunal in The Hague rejects Beijing’s claims in South China Sea, including its construction of artificial islands, and found that its expansive claim to sovereignty over the waters had no legal basis.

Hew in the social media Facebook wrote that "South China Sea is China. Don't oppose Chine just because you are anti-communist". Well, looking at the Hew's logic perspective, I guess the Indian Ocean is India and Straits of Malacca belongs to Malacca. This guy is trying to outdo his predecessors in term of heroic imbecility.  

If we follow idiots like him then the English Channel belongs to the English. India can claim everything from African Coast to Australia. Screw you stupid Hew!


Do you know that once he claimed to represent Malaysia during the Umbrella Revolution in Hong Kong?


Even the Singaporean Ambassador did not agree with this DAP's screw man. 

July 13, 2016

88 Kes @cmlimguaneng Merupakan Satu Pemangsaan Politik? Hebat Betul DS @NajibRazak


Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan berhubung kes penjualan rumahnya yang kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM. Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah, dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mewakili  Pakatan Harapan menyatakan bahawa kes dakwaan terhadap Guan Eng itu hanyalah satu pemangsaan politik yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak. Sumber - Roketkini.
Benarkah dakwaan Majlis Presiden Pakatan (Tak Ada) Harapan bahawa kes Ketyua Menteri Pulau Pinang merupakan satu pemangsaan politik (politic prosecution)? Kalau benar, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak adalah merupakan seorang yang paling hebat di Malaysia untuk menjatuhkan lawan politiknya. Ini kerana DS Najib Tun Razak mampu untuk:
  • Memaksa Phang Li Khoon untuk menjalankan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  • Memaksa Phang Li Khoon untuk menjadi rakan kongsi syarikat dengan isteri Ketua Menteri, Betty Chew.
  • Memaksa Lim Guan Eng untuk membeli banglo tanpa kolam renang yang berharga jutaan ringgit di bawah harga pasaran.
  • Memaksa Lim Guan Eng untuk menerima dan menikmati kelebihan hartanah bernilai berjuta-juta ringgit hasil daripada pembelian banglo tanpa kolam renang di bawah harga pasaran.
  • Memaksa Phang Li Khoon untuk membuat permohonan pertukaran syarat tanah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  • Memaksa Lim Guan Eng untuk meluluskan syarat pertukaran tanah yang dipohon oleh syarikat Phang Li Khoon daripada Kerajaan Negeri.
Dahsyatkan peranan yang dimainkan oleh DS Najib Tun Razak untuk memangsakan politik Lim Guan Eng?

July 12, 2016

199 Terkini - Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Gempur Pejabat DAP Akibat Keceluparan @ngakorming Hina Perayaan Aidil Fitri

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di bawah pimpinan Saudara Mohd Razlan Rafii petang ini bersama-sama lebih kurang 300 orang mengempur Ibu Pejabat DAP Kebangsaan yang terletak di Jalan Yew bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, David Nga Kor Ming.

Nga Kor Ming beberapa hari lepas telah mengeluarkan dua posting di dalam fanpage Facebook sejak Hari Raya pertama menghina perayaan Umat Islam dengan menyamaratakan duit raya sebagai dedak dan meletakkan bendera Amerika Syarikat sebagai latar belakang poster ucapan Hari Raya Aidil Fitri. Anggota Light Task Force (LTF) atau Unit Tindakan Ringan telah dikerahkan untuk mengawal keadaan. 

July 11, 2016

182 Kenapa Lawyers Of Liberty Takut Sangat Peguam Negara Tangani Kes @cmlimguaneng ? #NoSwimmingPool

"Sebagai bekas hakim mahkamah tertinggi, kemunculannya sebagai pendakwa dalam kes ini boleh menjejaskan prosiding kerana hakim Mahkamah Tinggi mungkin merasa dipaksa untuk tunduk kepada beliau kerana beliau mempunyai kekananan dan pengalaman yang lebih semasa berkhidmat dalam badan kehakiman."
Itulah alasan yang diberikan oleh NGO pro-pembangkang Lawyers Of Liberty apabila mereka berkehendakkan supaya Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Ali tidak campur tangan di dalam dua kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng.

Agak dangkal apabila persoalan ini ditimbulkan oleh barisan kumpulan peguam sendiri. Apakah mereka terlupa atau tidak pernah mengikuti kes-kes berprofil tinggi?  Sudah menjadi lumrah di dalam kes berprofil tinggi, pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara sendiri.

Di dalam kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998, pendakwaan dilakukan oleh TS Mokhtar Abdullah, Peguam Negara pada ketika itu. Dalam kes DS Dr Khir Toyo pula, pendakwaan juga dilakukan oleh Peguam Negara sendiri, TS Abdul Gani Patail.

Tidak lama sebelum itu, di dalam kes Mantan Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, iaitu pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, juga pendakwanya adalah Peguam Negara sendiri iaitu TS Abu Talib Osman. 

Apabila bekas Hakim Mahkamah Persekutuan DS Ram Gopal mengepalai pasukan peguambela kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan tidak pula kedengaran ketika itu NGO Lawyers For Liberty membantah atas alasan tidak wajar dan boleh memberi kesan kerana mempunyai kekananan dan pengalaman yang lebih semasa berkhidmat dalam bidang kehakiman.

Mengapa bila tiba giliran Lim Guan Eng, peguam-peguam ini membantah kemuculan Peguam Negara dengan alasan yang sama? Tak kan kes Lim Guan Eng, Jabatan Peguam Negara hendak meminta Mat Sabu pulak yang membuat pendakwaan?

1 SPAD Akan Mengambil Tindakan Tegas Terhadap Pengusaha Bas Yang Melanggar Peraturan Keselamatan


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam. Menurut  Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, menerusi Kenyataan Media yang dikeluarkan sebentar tadi, tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali.

Dalam kejadian petang semalam, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju Kuala Lumpur dipercayai mengalami masalah brek. Bas itu bergerak laju ketika menuruni bukit menyebabkan pelanggaran berlaku membabitkan 10 kenderaan lain. Semua 28 penumpang bas selamat, pemandu dan penumpang kenderaan lain juga selamat kecuali hanya seorang wanita berumur 21 tahun yang mengalami kesakitan di bahagian perut.

Bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini semalam mempunyai 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata pemandu bas berkenaan yang berumur 51 tahun pula memiliki sembilan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju sejak 2011 hingga 2015.

Kita mengharapkan pihak-pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak SPAD sendiri dapat lebih proaktif dalam mengambil tindakan preventif bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang. Tindakan seperti menyekat pembaharuan cukai jalan atau menggantung permit bas berkenaan kerana mempunyai saman trafik tertunggak dilihat dapat memastikan pemandu dan syarikat bas yang bermasalah tidak dibenarkan beroperasi di jalanraya.




12 Syarikat Bas Dalam Insiden Kemalangan Merempuh 10 Kenderaan Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang




Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat yang bas terbabit kemalangan membabitkan 10 kenderaan lain di Kilometer (KM) 265.8 Lebuh raya Utara Selatan berhampiran terowong Menora di Ipoh petang semalam, bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Ini kerana syarikat tersebut membenarkan pemandu kenderaan itu bertugas walaupun dipercayai mempunyai 9 saman tertunggak.

DS Liow berkata pihaknya akan meneliti kes dan mengambil tindakan selanjutnya, sekiranya terbukti syarikat itu melanggar sebarang peruntukan undang-undang. Kementerian katanya akan melihat kepada peraturan sedia ada jika dibenarkan undang-undang. boleh mengambil tindakan kepada syarikat berkenaan. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dua cedera selepas bas ekspres berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu kegagalan brek lalu melanggar 10 kenderaan di sisi dan hadapannya. Bagaimanapun, semua 28 penumpang bas ekspres terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden kemalangan itu turut menjadi viral di laman sosial Facebook di mana rakaman kamera litar tertutup Lebuh raya Plus berhubung kejadian itu turut dikongsi pengguna. Dalam klip video berdurasi selama 13 saat itu (tonton di bawah), bas ekspres berkenaan kelihatan dipandu laju dan gagal dikawal sebelum ia merempuh beberapa buah kenderaan di hadapan dan sisi kanannya.

Menurut DS Liow, walaupun pelbagai program keselamatan jalan raya dilaksanakan oleh kerajaan, bilangan kematian masih lagi meningkat. Katanya, ini menunjukkan tahap kesedaran rakyat masih belum meningkat meskipun pelbagai usaha dilakukan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Menurut beliau lagi, tahun lalu seramai 330 orang meninggal dunia disebabkan kemalangan manakala tahun ini kemungkinan akan  meningkat tetapi neliau masih belum mendapat data terbaharu untuk membuat perbandingan kerana Ops Selamat berakhir Rabu ini. Tambahnya, Kerajaan juga telah  mengehadkan tahap kelajuan dalam semua lebuh raya daripada  110kilometer (KM) per jam kepada 100KM, tetapi kemalangan masih berlaku.

DS Liow berkata, sekiranya masih tidak kesedaran, kerajaan terpaksa melaksanakan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) bersama Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan. Sistem ini Kerajaan terpaksa guna pakai dengan harapan potongan mata demerit menerusi pemotongan mata lesen pemandu mampu mengubah cara pemanduan pengguna di jalan raya.




0 Presiden MCA Bidas Nga Kor Ming Yang Menghina Perayaan Umat Islam

Presiden MCA DS Liow Tiong Lai berkata kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di dalam laman sosial Facebook beliau iaitu "dedak duit Raya" adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menghasut kebencian kaum di kalangan Rakyat Malaysia.

DS Liow berkata pemimpin DAP itu perlu tahu bahawa memberi duit Raya telah menjadi budaya di kalangan umat Islam di Malaysia, sama seperti kaum Cina memberi ang pow semasa Tahun Baru Cina. 

Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen, Nga Kor Ming perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pandangan supaya keharmonian kaum dan perpaduan di negara ini terjaga dan tidak bertujuan untuk menghasut dan menanam kebencian di kalangan rakyat.

DS Liow berkata demikian sebagai mengulas dua posting Facebook Nga baru-baru ini, di mana ramai orang Islam merasa terhina dan merasakan bahawa Nga Kor Ming telah memperkecilkan Agama Islam. 

Ianya berikutan tindakan Nga Kor Ming membuat posting ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dengan menunjukkan bendera Amerika Syarikat serta mesej "In God We Trust". Lagi satu posting yang turut dimuatnaikkan oleh Nga Kor Ming mengambarkan satira kartun menghubungkan duit Raya dengan dedak (makanan ayam).

DS Liow berkata tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk menghina amalan kaum lain. DS Liow juga mengingatkan Rakyat Malaysia bahawa Hari Raya merupakan perayaan yang disambut oleh semua kaum dan bukan platform untuk menyebarkan agenda politik.

July 10, 2016

187 @ngakorming Tak Ada Telur! Baling Batu Sembunyi Tangan @SKMMalaysia @PDRMsia


Setelah beberapa laporan polis dibuat ke atasnya dan Ketua Polis Negera telah membuat kenyataan bahawa siasatan akan dijalankan ke atas Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di bawah Seksyen 298, Kanun Jenayah dan juga Akta Hasutan 1948 kerana menghina Umat Islam dan perayaan Aidil Fitri di Bulan Syawal, laman sosial 'fanpage' Facebook David Nga Kor Ming telah secara tiba-tiba hilang.

Sama ada laman 'fanpage' berkenaan ditutup oleh pengendali Facebook atau ditutup sendiri oleh Nga Kor Ming kerana tidak ada telur, ianya masih menjadi misteri. Hari ini, David Nga Kor Ming telah membuat lawak antarabangsa dengan mendakwa ada pihak yang membuat posting palsu di bawah untuk mencemar nama DAP. Beliau berkata di dalam posting blog beliau,
"At all material time I have never uploaded and/or drawn the said cartoon, instead I am a victim of cyber troopers who are engaged by a certain party with vested interest in a smear campaign against the DAP. Nevertheless, I am prepared to assist the police in their investigation if needed be."

Penafian David Nga Kor Ming tidak masuk akal dengan alasan-alasan berikut:

1. Gambar-gambar di bawah telah di 'screenshot' di 'fanpage' berkenaan tanpa sebarang ubahsuai sebelum 'fanpage' berkenaan secara misteri telah hilang. Ianya juga dikongsi di laman sosial Facebook peribadinya sebelum ianya turut dipadamkan.



Link original karikatur berkenaan dedak Hari Raya' boleh disemak di sini (sebelum dipadam):
https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10150098755279170.281685.52329039169/10154424690224170/?type=3&theater&pnref=story
Pihak PDRM dan SKMM pastinya tidak mengalami kesukaran untuk menghubungi pengendali laman sosial Facebook untuk mendapatkan bukti atau 'link' kepada posting berkenaan.

2. Terdapat 329 'like', 20 komen dan dikongsi oleh 102 orang seperti di bawah serta dibaca oleh ramai lagi. Mana mungkin ianya dibuat oleh orang lain kecuali di 'fanpage' David Nga Kor Ming.


3. Berikut pula adalah antara akaun yang membuat komentar di 'fanpage' berkenaan. Pihak PDRM dan SKMM boleh memanggil mereka untuk memberi keterangan.



4. Penjelasan lidah bercabang David Nga Kor Ming yang berubah 360 darjah dalam masa 24 jam kepada media seperti berikut:

10/07/2016:

"Saya tidak hina sesiapa. Siapa makan cili dia yang rasa pedasnya. Jadi tidak perlulah ada pihak sensitif sangat dengan karikatur itu.tiada pihak akan melatah atau terasa hati sekiranya memahami apa yang dimaksudkan dengan karikatur berkenaan." - Sumber The Malay Mail Online

11/07/2016:

"Saya menafikan memuat naik atau melukis kartun yang didakwa menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri. Saya menjadi mangsa 'tentera siber' yang diupah pihak tertentu yang berkepentingan untuk memburukkan DAP." - Sumber Malaysia Dateline

5. Portal pro pembangkang sendiri telah ter'kantoi' tersalah lapor bahawa artikel berkenaan telah dikeluarkan.


6. Rakan seharbi David Nga Kor Ming, Teresa Kok turut mendedahkan bahawa di dalam perbualan 'chat group' mereka, Nga Kor Ming mengakui ini semua adalah salah faham. Beliau juga tidak menafikan bahawa beliaulah yang memuat naikkan poster Hari Raya berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat. Baca FMT, di sini. Dalam pada itu juga, Teresa Kok ada membuat kenyataan di dalam temubual yang sama iaitu,
"We as politicians or businessmen must appreciate humour. It would be boring if such jokes were not allowed,"
Kesimpulannya, untuk Teresa Kok, bolehkah saya memanggil panggilan keluarganya (surname) sebagai COCK? Bukankah beliau berkata ahli politik mesti menghargai jenaka. Ini saya tengah buat jenakalah TERESA COCK!

Dan buat David Nga Kor Ming, anda seorang pembohong dan tiada telur. Jadilah lelaki yang 'gentlemen'. Jangan jadi dayus dengan tidak beani mengakui apa yang anda telah buat. 
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates