July 2, 2016

35 @TonyPua Should Choose Between Walk The Talk Or Talk Cock


Before this in March 2016, Tony Pua said Lim Guan Eng need not go on leave if he is just being investigated by MACC. However, he said that if Lim Guan Eng is charged by MACC then he MUST go on leave.

On 30/06/2016, Lim Guan Eng was charged by MACC for two corruption and abuse of power charges.

Will he now insist that Lim Guan Eng go on leave or he has no backbone or balls to do so now and will quietly sit down to show lack of principles and swallow his words?

There you have it. From Tony Pua himself:

He said if investigated (and DS Najib was investigated) then no need go on leave.

If charged (and DS Najib was not charged) then only need to go on leave.

So next time if anyone else ask why our Prime Minister, DS Najib Tun Razak need not go on leave but Lim Guan Eng needs to, please ask them to refer to Tony Pua. Err .. what's up, Doc?


27 Sessi Penerangan Kes Rasuah Dan Himpunan Solidariti, Bukankah @cmlimguaneng Menghina Mahkamah? #LGExit

Dua kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng masih belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi, namun Lim Guan Eng telah menghina Mahkamah (contempt of court) dengan mengadakan himpunan solidariti atau dikenali sebagai 'Walk With Guan Eng' dan sessi pendengaran awam.

Sessi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat akan diadakan pada hari Ahad 3 Julai, 2016 pada pukul 10 pagi di Dewan Sri Pinang. Majlis ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sekali lagi Lim Guan Eng telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mengadakan majlis bersifat penerangan kes jenayah rasuah peribadi. 

Manakala 'Walk With Guan Eng' diadakan pada hari yang sama sebelum majlis penerangan. Selagi Lim Guan Eng tidak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri, selagi itulah beliau akan menyalahgunakan kedudukannya untuk mempertahankan diri dari dua kes rasuah yang sedang beliau hadapi. Shame on you Guan Eng!

July 1, 2016

81 Sultan Selangor Dukacita Masjid Dicemari Aktiviti Politik


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap sikap sesetengah Nazir Masjid di negeri ini yang membenarkan masjid digunakan untuk tujuan berpolitik. Baginda bertitah terdapat ahli politik yang menggunakan masjid di Selangor untuk menjalankan aktiviti politik mereka. Baginda bertitah:
"Apa yang lebih mendukacitakan lagi ialah ahli politik yang terlibat bukannya beragama Islam. Ini secara terang-terangan telah menyalahgunakan institusi masjid untuk faedah ahli politik berkenaan. Jika perlu, perkhidmatan nazir yang terlibat hendaklah ditamatkan dan ditukar kepada orang lain."
Sultan Sharafuddin bertitah demikian semasa merasmikan Masjid Kampung Johan Setia. Baginda turut berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 295 asnaf, fakir dan miskin serta 148 mualaf.

Sultan bertitah baginda memandang serius perkara itu dan menitahkan supaya pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meneliti, menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. Daulat Tuanku.

CTS pernah membuat posting bila mana Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan pemberian sumbangan hari raya yang diadakan di masjid berkenaan. baca di sini.

50 Derma RM1 Juta Apa Lagi Yang @cmlimguaneng Minta Dari Rakyat? #LGExit


DAP semalam telah melancarkan tabung mengutip derma untuk wang jaminan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, yang didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas dua tuduhan rasuah. Wang RM10 diminta dari Rakyat untuk membantu pemimpin parti cauvinisme yang terpalit dengan kesalahan jenayah membayar wang jaminan RM1 juta yang dikenakan oleh Mahkamah.

Apa yang dilakukan oleh DAP amat menjijikkan. Di saat Rakyat terhimpit dengan kos sara hidup yang meningkat, DAP menggunakan isu Lim Guan Eng sebagai cara untuk menambah dana parti mereka. Untuk maklumat, wang jaminan RM1 juta berkenaan telahpun dibayar kepada pihak Mahkamah oleh EXCO Kebajikan Pulau Pinang, Phee Boon Poh, yang juga penjamin dalam kes berkenaan.

Buat makluman, wang jaminan akan dikembalikan setelah kes selesai dibicarakan dan sekiranya Lim Guan Eng tidak melarikan diri dari hadir bicara kes rasuah beliau. Phee Boon Poh dan DAP akan mendapat kembali kesemua wang RM1 juta berkenaan. Lagipun jaminan berkenaan hanya dalam bentuk Jaminan Bank sahaja atau "Bank Guarantee". Bukan dalam bentuk tunaipun. Duit RM1 juta tersebut masih ada di dalam bank, Tak hilang pun dan tak masuk ke dalam akuan kerajaan pun.

Buat apa perlu derma sekiranya Jaminan Bank telah diberikan kepada Mahkamah? Jaminan Bank tersebut akan dikembalikan seletah perbicaraan selesai. Bagaimana dengan wang derma yang dikutip daripada orang ramai? Sudah pastinya akan masuk ke dalam kantung parti cauvinisme DAP bukan?

Oh lupa, bagaimana pula dengan tabung derma yang DAP lancarkan ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) baru-baru ini? Berapa wang yang telah dikutip? Pernahkan mereka telus dan memberikan penyata kira-kira berpa wang yang dikutip dan kemana wang berkenaan dibelanjakan?

Lim Guan Eng semalam dengan megah mengatakan beliau lebih rela mati berdiri dari hidup melutut. CTS tanya yang melutut minta derma dari orang ramai kenapa? Buat pengetahuan Lim Guan Eng, penjenayah terkenal Botak Chin pun tidak pernah melutut. Beliau mati bergantungan di tali gantung.


June 30, 2016

114 "Padan Muka" - Kenyataan Akhbar Paling Pendek Di Dunia

Press Statement by PCM VP Datuk Major (R) Huan Cheng Guan

30 June 2016.

For Immediate Release

THE ISSUE OF THE PENANG CHIEF MINISTER CHARGED IN COURT FOR CORRUPTION

"Padan muka"

Datuk Huan Cheng Guan.
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia



109 Drama Tokong Di Mahkamah

Pagi ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang. Dua pertuduhan ke atasnya, satu di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan satu lagi Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). Seksyen 23 Akta SPRM bagi pertuduhan meluluskan tukar syarat tanah milik sebuah syarikat bernama Magnificent Emblem SB yang dimiliki oleh seorang bernama Phang Li Koon. 

Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli sebuah banglo pada harga yang diketahuinya adalah lebih murah dari harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan bernama Phang Li Koon. Phang Li Koon, pemilik syarikat dan pemilik banglo tersebut juga dihadapkan ke Mahkamah. Buat masa ini belum jelas pertuduhan ke atasnya.

Sejumlah 10 peguambela yang diketuai Gobind Singh Deo akan berentap dengan 6 pendakwaraya yang diketuai TS Apandi dalam kes Guan Eng di Mahkamah Tinggi Georgetown. Antara barisan peguambela terdiri daripada Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer. Kes berkenaan telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk sebutan kes hari ini.

Di Mahkamah Tinggi hari ini, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azmi Ariffin. Yang Arif Azmi Ariffin telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin terhadap Lim Guan Eng dan RM200,000 serta seorang penjamin untuk Phang Li Khoon. Mahkamah juga menetapkan supaya Lim Guan Eng tidak perlu menyerahkan passport antarabangsa beliau tetapi beliau harus memberitahu mahkamah dan Pejabat Peguam Negara dalam tempoh dua hari sekiranya beliau hendak ke luar negara.

June 29, 2016

105 Perhatian Warga Penang - Mari Berniaga Lilin Di Depan Bangunan SPRM

Beliau bertaraf Ketua Menteri. Status politiknya merupakan Setiausaha Agung parti cauvinisme kepada DAP dan Boss Besar kepada parti PAN. Namun, apabila beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dua kes rasuah, tidak ramai yang sanggup datang untuk bersolidariti di hadapan bangunan SPRM.

Kehadiran penyokong beliau malam ini bersama-sama lilin untuk upacara vigil amat mendukacitakan. Tiada kelibat Tuan Presiden PAN, Mat Sabu. Mungkin beliau sedang bersedih mengenangkan siapa yang akan memberinya dedak selepas ini. Namun yang nyata, Rakyat Pulau Pinang boleh buat duit malam ini sekiranya berniaga lilin di sini.


Maaf CTS terkhilaf, Mat Sabu ada sebenarnya malam ini mempertahankan Boss Besarnya.Murshidul Am PAN sudah turun. Jangan risau. Selaku pemangku Setiausaha Agung DAP, Mat Sabu akan pastikan harta-harta dan tanah-tanah peninggalan Lim Guan Exit akan terpelihara.

Takebeer!!!


69 Terkini - Adakah Tokong Komtar Akan Ditangkap Hari Ini?

Spekulasi bertiup kencang bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph  Lim Guan Eng akan ditahan berhubung siasatan pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Buat masa ini, wartawan serta jurugambar sedang berkumpul di bangunan Komtar kerana menjangkakan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menangkapnya pada bila-bila masa.

Difahamkan pegawai-pegawai SPRM sedang menunggu Lim Guan Eng menghabiskan mesyuarat EXCO di Komtar sebelum menyerahkan waran tangkap kes banglo. Biasanya mesyuarat habis 4.00 petang.


6.05 PM: EXCO Pulau Pinang, Dr Afiff Bahardin di dalam laman sosial Facebook mendakwa pegawai-pegawai SPRM telah menyerahkan waran tangkap kepada ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di bangunan Komtar tadi.


6.20 PM: Waran tangkap sudah diserah oleh pegawai-pegawai SPRM kepada Lim Guan Eng sejurus habis mesyuarat EXCO. Kini hanya menunggu hendak membawanya ke pejabat SPRM.

6.40 PM: Akhirnya Tokong Komtar berjaya ditahan SPRM.


24 Netizen Kecam YB DAP Lim Hock Seng Gelar Bodoh Kepada Penonton Dalam Debat Isu Lebuhraya Dan Terowong



Semalam, Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan parti Gerakan telah mengadakan majlis debat berhubung isu lebuhraya dan terowong dasar laut bertajuk "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut". Debat tersebut melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng.

YB DAP Lim Hock Seng dalam debat semalam tidak bertindak profesionalisme dan berlagak seperti samseng apabila beliau menempelak di atas pentas debat berkenaan dengan mengatakan penyokong parti Barisan Nasional dan pengundinya adalah golongan yang "bodoh" dan "celaka". Lihat video di bawah.

video

Inilah wajah DAP yang sebenar. Golongan samseng dan kuat maki hamun. Bila sudah kalah debat, jadi macam orang gila. Dulu ramai orang Cina tidak nampak perangai sebegini. Semalam, mereka sudah saksikan sendiri. Negara boleh hancur jika pemimpin sebegini memimpin negara. Golongan seperti inipun masih ada yang hendak mengundi DAP dan parti proksi mereka PAN.

Netizen kebanyakan mengecam dan marah dengan sikap tidak profesional pemimpin DAP YB Lim Hock Seng ketika berdebat dengan menggelar lawan dan penonton sebagai "bodoh" dan "celaka" berulang kali.

June 28, 2016

46 Alhamdulillah, YB Bukan Islam Selangor Pun Turut Berbuka Di Masjid

Ahli-Ahli politik DAP dan PKR berusaha keras untuk memenangi hati orang-orang Melayu Islam dengan berlumba-lumba berbuka di Masjid semperna bulan Ramadhan yang mulia ini. Terbaru, YB Hannah Yeoh dan YB Wong Chen turut menghadiri majlis berbuka puasa di dalam Masjid bersama-sama dengan ahli kariah Masjid Al-Falah, Subang Jaya.

Semakin ditegah semakin menjadi-jadi ahli jawatankuasa Masjid ini. Eloklah kiranya menjemput kedua-dua YB ini untuk turut bertarawikh dan berqiamulail bersama-sama kan? Takkan sekadar hendak melantak saja?

June 27, 2016

87 Ahli Parlimen PKR Selayang Berucap Di Dewan Solat Masjid - Sudah Masuk Islamkah Beliau?


Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan pemberian sumbangan hari raya yang diadakan di masjid itu, Sabtu lepas.

Tindakannya ini secara jelas telah melangar titah DYMM Sultan Selangor bertarikh 28/08/2010 yang melarang orang bukan Islam dari memasuki ruang utama solat masjid dan surau di seluruh negeri itu. Sila baca di sini.


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu menjalankan siasatan segera kerana selain melanggar titah DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri berkenaan, tindakan Ahli Parlimen itu juga telah mencemarkan kesucian Masjid, melainkan Ahli Parlimen berkenaan sudah mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih lagi kejadian sebegini berlaku di bulan Ramadhan yang mulia.

June 25, 2016

133 Minions ProTun Tak Perlu Meroyan Muhyiddin Dan Mukhriz Dipecat Ahli UMNO

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam sebulat suara bersetuju memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (DSMM) atas kesalahan disiplin. Presiden UMNO, DS Mohd Najib Tun Razak, berkata tindakan kedua-duanya yang berkempen di pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Persoalannya sekarang, perlukah Tun Dr Mahathir, TSMY, DSMM dan penyokong mereka meroyan dengan pemecatan kedua-dua bekas pemimpin UMNO ini? Sepatutnya penyokong dan minions mereka menyokong keputusan Majlis Tertinggi ini kerana itu adalah kehendak mereka sendiri. Bersyukurlah kerana harapan mereka telah menjadi kenyataan dan doa mereka telah dimakbulkan Allah.

June 24, 2016

63 Apa Hubungan Sulit @RafiziRamli Dan @SPRMMalaysia ?


Rafizi telah mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersekongkol dengan pihak pembangkang selama ini apabila beliau secara terbuka mengeluarkan kenyataan berikut:
"Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun lalu."
Adakah menjadi kebiasaan dan mengikut 'Standard Operating Procedures (SOP)' untuk SPRM bertemu secara sulit dengan pihak pembangkang seperti ini? Apa yang telah dibincangkan dan apa dokumen yang telah berlaku tukar tangan, jika ada? Kenapa perlu bertemu secara rahsia seperti ini sednagkan mereka boleh bertemu secara terbuka di pejabat?

Jadi tidak hairanlah apabila banyak rahsia-rahsia Kerajaan terdedah kepada pihak pembangkang. Malah kes kontroversi Lim Guan Eng turut mengambil masa siasatan melebihi 4 bulan untuk dilengkapkan walaupun kes berkenaan boleh disiapkan dalam sebulan dua. Jadi salahkan Rakyat sekiranya memanggil SPRM sebagai barua seperti mana yang didakwa oleh Pegawai Tertinggi SPRM?

June 23, 2016

68 Sepandai-Pandai Babi Menyondol ...

Seorang Pengerusi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Berkaitan Jenayah yang juga Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Jempol yang lantang menentang aktiviti judi, maksiat dan kongsi gelap ditahan ketika sedang menerima wang dari pengusaha judi ekor haram.

Pengerusi bergelar Datuk terbabit berusia dalam lingkungan 30an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam tadi, di Plaza Tol Nilai.

Terdahulu, sebelum ditahan, individu terbabit dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram.

Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Datuk terbabit sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.

Adakah Datuk berkenaan adalah orang yang sama yang membeli nombor pendaftaran kenderaan yang berharga RM340,000 sebelum ini? Kalau betul, sekarang kita tahulah dari mana datangnya duit beliau yang didakwa beliau sebagai hasil usaha keras beliau. Allah maha kaya. Allah bayar tunai di dunia.

Kemaskini 10.00 a.m :

As Salam YDH Dato 

LAPORAN KES TANGKAPAN DATO' SRI SANJEEVAN.

1. Report pertama : Serdang/rpt/ 4193/16 
Pengadu : Goh Toh Hon, KP : 780325055035. L/38 thn. 
Fakta Rpt :
Pgadu membuat laporan mengatakan pd 20.6.2016 jam l/krg 1430 hrs semasa pgadu berada di Lebuhraya Sg Besi telah menerima panggilan h/phone dari   Dato Sri Sanjeevan melalui h/p 019-9000018 mengugut akan mensiarkan fitnah ke atas pengadu dalam facebooknya sekiranya pengadu tidak memberi wang pelindungan. Pengadu berasa takut dan tertekan atas ugutan ini. Pengadu buat repot untuk menjaga keselamatan diri dan keluarganya. 
Klasifikasi kes : Sek. 506 / 385 KK.
I.O : ASP G/12558 KEE HANG KEE (D5 B.Aman)

2. Repot Kedua : Nilai/rpt/5659/16
Fakta Repot :
Ekoran dari ugutan yang diterima oleh pengadu dari Dato Sri Sanjeevan,  pada 22.6.2016 jam l/krg 2245 hrs pengadu telah berjumpa dengan Dato Sri  Sanjeevan di Tol Nilai dan menyerahkan duit pelindungan sebanyak RM 25,000. Sejurus pengadu menyerahkan duit dengan meletakkan di atas tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri seperti diarahkan oleh Dato Sri Sanjeevan,  pihak polis telah menangkap Dato Sri Sanjeevan dan merampas duit berkenaan.
Klasifikasi kes : Sek. 384 KK. I.O ASP G/12558 Kee Hang Kee (D5 B.Aman ) 

3. Rpt Tangkapan :
Nilai/Rpt 5660-5661/16.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis diketuai DSP Syed Azam, D7 B.Aman telah menangkap saspek (B1) dan (B2) dan merampas wang tunai RM 25,000 di Tol Nilai pd 22.6.2016 jam 2250 hrs.

Butir-butir Tangkapan :

(B1) Dato Sri Sanjeevan A/L Ramakrishnan,
KP : 841009-05-5689.
Almt : GVG 6, Jalan Cinta Tennis Country Villa, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor.
Rampasan : 
i) RM25,000 wang tunai dirampas di tempat kejadian manakala RM16,080 dirampas semasa pemeriksaan dalam kereta Vellfire QMW 4 di Balai Mantin. 
ii) sebuah Toyota Vellfire QMW 4 
iii) 5 buah H/phone

(B2) : Muthukumar Manivannan, L/26 thn. Passport  India : K0035986. Kerja : Pemandu. Permit kerja tamat pd 3.2.2016.

Kedua-dua tangkapan akan direman di Mahkamah Seremban pagi ini.

Sekian,  terima kasih

June 22, 2016

55 Beli Hati Pengundi Pandan Dengan Beras Bukan Kebendaankah Sotong @RafiziRamli ?

Setiausaha Agung PKR di dalam 'post mortem' beliau berkata pengundi-pengundi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ada penyakit kebendaan antara punca PAN (baca DAP) mengalami kekalahan yang besar dan memalukan. Apa yang beliau maksudkan adalah pengundi-pengundi telah dibeli hati mereka dengan kebendaan.

Semalam, beliau mengedarkan beras yang mempunyai wajah Anwar Ibrahim dan duit raya di kawasan Parlimen Pandan. Bukankah apa yang beliau lakukan boleh didefinisikan sebagai membeli hati pengundi-pengundi Pandan dengan kebendaan? Kata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih. Jika pihak lain lakukan semuanya salah, semuanya rasuah. Kalau si sotong yang lakukan boleh dan tidak mengapa.

Menghulurkan bantuan kepada Rakyat yang susah dan memerlukan adalah kerja-kerja prihatin lagi mulia tetapi jangan hanya menyerang pihak lain membuat kebajikan dengan tuduhan semuanya salah belaka, dan apabila tiba diri sendiri lakukan dikira terhormat.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates