November 18, 2015

0 Perhimpunan Aman Pemandu Teksi Gagal Dan Dipergunakan Pembangkang Untuk Meraih Publisiti




Perhimpunan Aman Warga Teksi yang berlangsung di Padang Merbok, gagal mendapat sambutan apabila hanya kira-kira 300 pemandu teksi dan 150 teksi sekitar Lembah Klang terlibat dalam perhimpunan selama tiga jam bermula pukul 12.00 tengah hari. Malah tindakan segelintir pemandu teksi ini boleh dipertikaikan apabila penganjur perhimpunan menyerahkan menyerahkan memorandum kepada wakil pembangkang di Parlimen hari ini.

Memorandum itu berkait rapat dengan objektif utama perhimpunan yang antara lain mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa Kerajaan mengharamkan aplikasi Uber dan Grabcar yang menjejaskan periuk nasi pemandu teksi. Agak menampakkan kebodohan apabila wakil pemandu-pemandu teksi yang berdemo hari ini telah menyerahkan memorandum mereka kepada Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sepatutnya memorandum berkenaan diserahkan kepada Menteri yang mengawal selia SPAD, YB Nancy Shukri untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar di dalam mengulas di mana terdapat segelintir pemandu teksi yang membuat demo meminta beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi SPAD, beliau berkata jika semua kehendak hanya di buat melalui himpunan haram maka negara ini tidak akan mencapai statusnya saperti mana yang kita rasai hari ini. Jika negara ini hanya bergantung kepada keputusan kumpulan mainoriti maka tidak akan adanya sebuah negara yang aman saperti Malaysia.

Beliau menambah jika semua orang dengar kumpulan kecil, nanti semua orang kena letak jawatan. Ini sudah menjadi fesyen baharu di negara kita di mana orang yang diberi mandat oleh rakyat disuruh letak jawatan berikutan isu-isu kecil. Perhimpunan 'kumpulan kecil' yang membuat 'bising' ini hanyalah perhimpunan yang dianjurkan segelintir pemandu teksi yang mempunyai kepentingan dan mungkin mereka ini di bayangi oleh orang-orang tertentu yang tidak senang dengan kedudukan SPAD didalam menangani gelagat pemandu atau pengusaha yang bertindak saperti lintah darat memeras penguna teksi.

Kemungkinan perhimpunan itu didalangi ada benarnya kerana SPAD sejak akhir akhir ini sering mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan segenap pemandu dan pengusaha teksi untuk memahami apa-apa perkara yang melibatkan kehendak dan keperluan pemandu teksi. TS Syed Hamid berkata SPAD telah memulakan perbincangan dalam makmal teksi bermula Isnin lalu bersama dengan semua pemegang kosensi dan beliau percaya cara ini adalah betul untuk menyelesaikan isu bukan dengan cara demonstrasi jalanan.

7 Panas!!! Anak Ketum Dan Anak Kiram Bergambar Mesra Bersama

Masih ingatkah kita dengan tragedi pencerobohan Lahad Datu oleh Kesultanan Sulu? Masih ingatkah kita dengan kumpulan bersenjata yang diketuai oleh 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram, adik kepada 'mantan Sultan' Jamalul Kiram III dan 'Sultan' Ismail Kiram II?

Di dalam gambar berkenaan adalah 'Puteri' Jacel Kiram, anak sulung Sultan Jamalul Kiram III. Jacel Kiram bertindak sebagai jurucakap utama sewaktu 'mendiang' Jamalul Kiram menawan Lahad Datu dan membunuh perwira-perwira Negara yang gugur mempertahankan tanahair.

Dengan siapa pula Jacel Kiram bergambar? Tidak lain dan tidak bukan adalah puteri sulung Ketum Anwar Ibrahim, Nurul Izzah. Nampak gayanya kedua-dua mereka mempunyai agenda yang sama iaitu berkempen memperjuangkan pembebasan tahanan liwat Anwar Ibrahim.

Kebetulan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Masih ingatkah kita lagi bila mana Anwar Ibrahim menyanyi di pentas, "tanya sama pokok apa sebab Najib goyang" ketika hampir tragedi pencerobohan Lahad Datu? Adakah Anwar Ibrahim berkonspirasi di dalam tragedi berkenaan?

7 Terbaik Doc! Jawapan Dr Asyraf Wajdi Mengenai Fitnah YPEIM Di Parlimen

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tidak mempunyai sebarang isu penyelewengan sebaliknya agensi itu menjadi perhatian hanya kerana persepsi negatif sesetengah pihak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dapat dilihat berdasar laporan audit agensi itu yang tidak menunjukkan sebarang unsur penyelewengan.

Dr Asyraf juga membidas anggota Parlimen pembangkang agar tidak terpengaruh dengan pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada agensi itu dan menyifatkan mereka sepatutnya menyokong YaPEIM.

Tontonlah kupasan yang penuh bermaklumat dan bernas daripada Dr Asyraf berkenaan isu fitnah YaPEIM di dalam video-video di bawah ketika beliau menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, semalam.




0 Hero Pemandu Teksi Penyelamat Mangsa Culik Mendapat Pengiktirafan Khas SPAD



Pemandu Teksi, Hanizan Mohamed Radzi, telah menerima Anugerah Khas semperna Anugerah Industri yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Putra World Trade Centre (PWTC). Program anugerah ini dianjurkan sempena Simposium SPAD 2015 dimana tema simposium tahun ini adalah "Journey Into The Future: Building People Centric Mobility".

Kes Hanizan menjadi viral apabila Hanizan menjumpai kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial. Beliau bagaimanapun ditahan reman selama seminggu bersama tiga yang lain bagi membantu siasatan. Walaubagaimanapun, Hanizan telah dibebaskan dan pihak polis juga telah meminta maaf kepadanya.

Bapa kanak-kanak itu, Lee Kim Wen, mengeluarkan notis di hampir kesemua akhbar harian demi memulihkan imej pemandu teksi berkenaan yang dikatakan tercalar selepas dia turut sama ditahan bersama tiga suspek kes tersebut.


Malam tadi, SPAD telah menghargai jasa pemandu teksi berkenaan dengan menganugerahkan beliau dengan Anugerah Khas. Lebih menarik lagi, tahun ini juga buat pertama kali SPAD juga telah memberi anugerah kepada 10 pemandu teksi terbaik yang telah diberi rating oleh aplikasi "Meter On" untuk menghargai jasa pemandu-pemandu teksi. Turut menerima Anugerah Khas untuk pemandu teksi adalah Tamil Nesan Shanmugam dan Abdul Wahid Tahir kerana bersikap berhemah dan jujur memulangkan barangan penumpang yang tertinggal di dalam teksi.

6 KTMB Punca Banjir Di Shah Alam - Pakar Forensik Banjir DUN Batu Tiga YB @Rodziah_Ismail


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, kini telah bergelar Pakar Forensik Banjir. Menurut kajian yang dibuat oleh beliau dan telah mendapat liputan berita daripada Free Malaysia Today, di sini, membuat rumusan kegagalan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyelenggara kawasan sekitar stesen komuter Batu Tiga Shah Alam dikatakan menjadi punca berlakunya banjir kilat pada Isnin lepas.

Beliau mendakwa KTMB gagal menyelenggara kawasan longkang dan parit di sekitar stesen komuter itu sehingga menyebabkan air melimpah sekaligus menyebabkan banjir kilat. Sehubungan itu, Rodziah menggesa KTMB meningkatkan penyelenggaraan perparitan agar kejadian banjir kilat dapat diselesaikan segera serta tidak berulang.

Sungguh hebat pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Selangor meletakkan kesalahan ke atas pihak lain untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka. CTS tidak mahu mengulas panjang apatah lagi untuk berdebat dengan Pakar Forensik Banjir seperti YB Rodziah Ismail. Cuma nak tanya, tempat-tempat yang dinaiki banjir seperti Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Tol NKVE Shah Alam dan jalan Subang Airport berdekatan dengan Citta Mall (gambar-gambar seperti di bawah) juga disebabkan oleh kesalahan KTMB? Ini kerana tempat tersebut melebihi 5 kilometer dari landasan keretapi yang berdekatan!




November 17, 2015

2 FGVH Menentang Sebarang Bentuk Ekstremisme Atau Radikal Seperti Militan ISIS


Lima lelaki disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas ditahan di Johor dan Selangor pada 9 November dan 13 November lepas, kata Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar. Katanya semua suspek berumur lingkungan antara 22 hingga 40 tahun itu ditahan menerusi 2 operasi khas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, selepas disyaki cuba menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Syria, dan mahu melakukan serangan di beberapa lokasi di Lembah Klang. Khalid berkata 3 daripada suspek disyaki terbabit dengan kumpulan militan Isis manakala 2 lagi dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas 'Imam Mahdi'.

Salah seorang daripada 5 orang suspek berkenaan yang berumur 40 tahun berasal dari Petaling Jaya merupakan bekas pegawai kanan di Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan menamatkan perkhidmatan di bawah Skim Pemberhentian Secara Sukarela pada Ogos tahun ini. Suspek berkenaan telah berlepas ke Turki pada 21 Oktober lepas untuk menyusup masuk ke Syria bagi menyertai militan ISIS.

Urusan pemergian suspek berkenaan ke Syria diatur seorang warga Somalia yang dikenali melalui Twitter dan ditahan oleh pihak berkuasa Turki pada 25 Oktober lepas bersama dengan 9 warga asing dari etnik Uighur, Morocco dan Rusia sebelum diusir balik ke Malaysia. Menurut TS Khalid, kesemua mereka yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawab bab VIA – Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Sementara itu, FGVH berkata syarikat itu akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan kes. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, FGVH menegaskan semua pekerja FGV tertakluk di bawah Kod Etika dan Tatalaku Pekerja, yang melarang mereka terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang yang boleh menjejaskan reputasi syarikat. FGVH juga menegaskan syarikat itu menentang sebarang bentuk ekstremisme atau radikal dan tidak bertolak ansur terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan insan yang tidak berdosa.

Pemimpin pembangkang dan NGO FELDA berpaksikan pembangkang, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) seharusnya menghentikan tuduhan kononnya FELDA adalah pusat menyebarkan fahaman ISIS di Malaysia. Pertamanya, suspek yang ditangkap oleh pihak polis bukan lagi kakitangan FELDA. Keduanya, agak mustahil bagi mana-mana organisasi untuk mengawal selia setiap kakitangan mereka dari sebarang aktiviti haram yang menyalahi undang-undang.

56 Inikah Projek Laluan Basikal Yang Bernilai Jutaan Ringgit Di Pulau Pinang?




Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dikatakan membelanjakan sebanyak RM4.6 juta untuk membina laluan basikal sejauh 1.1 kilometer bermula dari Sungai Pinang ke menuju pusat bandar. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dipetik Berita Harian di sini berkata, laluan itu telah hampir dilengkapkan dan ia bakal menghubungkan Queensbay melalui kawasan pantai timur pulau ke pusat beli belah Gama di Jalan Datuk Keramat, di sini termasuk rangkaian sistem perkongsian basikal.

Kalau dilihatkan laluan basikal berkenaan hanya menggunakan cat biasa yang mustahil menelan belanja sehingga jutaan ringgit untuk setiap kilometer. Kalau dibina jalan baru sekalipun, jumlahnya pasti tidak akan menelan belanja sebanyak itu. Mungkin inilah projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telus, bersih dan bebas dari rasuah dan penyelewengan bersesuaian dengan prinsip 'Competency, Accountability and Transparency (CAT)' yang diamalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

17 Fitnah Kursus Kahwin YAPEIM Di Paris, Ini Pula Jawapan Jamil Khir

"Apa salahnya YAPEIM menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar-pelajar luar negara? Kursus tersebut adalah gabungan beberapa kursus yang disatukan untuk manfaat pelajar manakala kursus kahwin memudahkan berkahwin di luar atau di tanah air tanpa perlu ikuti kursus perkahwinan semula di Malaysia.
Setiap kali diadakan, ada yang kita terpaksa tolak kerana ramai yang memohon. Pelajar-pelajar tahu manfaat daripada kursus itu yang merangkumi pelbagai perkara berkaitan kekeluargaan dan juga penjelasan berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan.
Selesai kursus, mereka diberikan sijil. Mereka boleh bernikah di pejabat kedutaan di luar negara atau sekembali ke tanah air tanpa perlu kursus semula. Bermakna apabila tamat belajar, mereka ada ijazah atau diploma pendidikan dan sijil kursus perkahwinan sebagai nilai tambah. Adakah kursus itu tidak berfaedah sedangkan ia memudahkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus itu berkahwin di luar atau pun di dalam negara?"
Demikian jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom berhubung tuduhan terbaru Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir, hari ini. Beliau berkata, kursus itu  mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar Malaysia di luar negara dan sudah diadakan di Amerika Syarikat, London dan Paris.

DS Jamil Khir  berkata, jumlah peserta kursus pernah mencecah 200 orang apatah lagi jika dianjurkan ketika waktu cuti pengajian. Katanya, selain  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut terbabit.

Pengerusi National Oversight and Wistleblowers (NOW), Akmal Nasir petang semalam mendedahkan YAPEIM telah membelanjakan lagi wang berjumlah RM290,000 di Paris untuk penganjuran kursus perkahwinan yang dirasmikan oleh DS Jamil Khir sendiri.

Dakwanya, terdapat dua buah program yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan’ telah diadakan secara berturut-turut di Paris pada hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015.

4 Fitnah Kursus Kahwin YAPEIM Di Paris, Ini Jawapannya

Pengerusi National Oversight and Wistleblowers (NOW), Akmal Nasir, semalam sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengemukakan fitnah kedua tentang perbelanjaan YAPEIM berkaitan 'Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keushawanan dan Pengurusan'.

Beliau yang turut menerima 'Letter of Demand' daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom semalam gagal untuk menegakkan benang basahnya untuk menyebarkan fitnah. Baca penerangan mengenai program Simposium Perdana Paris 2014 Dari kacamata penganjur / urusetia yang terdiri dari kalangan pihak pelajar seperti di bawah:

1) Tujuan post ini, bukan untuk menyokong atau membantah pendedahan yang dibuat oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW). Sebaliknya ia merupakan perspektif peribadi saya sebagai penganjur/urusetia dari pihak pelajar.

2) Sebagai makluman, program 'Simposium Perdana Paris : Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan & Pengurusan' yang akan diulas ini langsung tiada kaitan dengan program ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah' dan ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’. Simposium Perdana Paris yang telah dilaksanakan merangkumi dua aspek utama ; 'Kursus PraPerkahwinan' dan 'Kursus Keusahawanan dan Pengurusan' yang telah berlangsung pada 26-28 Disember 2014 di Paris.

3) Dalam usaha untuk memperkukuhkan asas-asas keagamaan di kalangan masyarakat Islam dan memberi ruang mendalami cabang ilmu pengetahuan agama, JAKIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program khas di Paris.

4) Menyedari keperluan semasa dan permintaan yang tinggi daripada pelajar Malaysia di luar negara, program ini dirangka bagi membantu memberi kemudahan kepada pelajar menghadiri Kursus PraPerkahwinan sebagai persediaan melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan, membincangkan isu-isu semasa, memperkasakan diri menghadapi cabaran akidah, syariah dan akhlak serta memupuk silaturahim sesama insan. Dan sijil yang dikeluarkan adalah sah laku seumur hidup.

5) Program kali ini juga menawarkan kursus keusahawanan dan pengurusan yang bertujuan meningkatkan potensi diri dan mengenalpasti bakat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Secara tidak langsung, ia dapat membangkitkan dan menanam semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang perniagaan dan memberi pengetahuan asas pengurusan.

6) Program ini dikendalikan oleh Kelab SANTUN-YaPEIM Eropah dengan kerjasama Malaysian Students’ Association in France (MASAF) dan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Perancis, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).

7) Bagi melicinkan perjalanan program, pelbagai kemudahan (pengangkutan, penginapan dan makan minum) telah diberikan kepada para peserta (pelajar Malaysia) yang hadir dari negara-negara berdekatan seperti United Kingdom, Poland, Russia, Ireland dan tidak lupa juga pelajar dari Perancis.

8) Menurut JAKIM, YaPEIM tidak menyalahgunakan wang kerana segala pengeluaran perbelanjaan yang digunakan untuk penganjuran program adalah mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan.

9) Alhamdulillah hampir seramai 10 orang peserta yang hadir telah mendirikan rumahtangga mereka beberapa bulan selepas program ini tamat. Mabruk serta selamat pengantin baru kepada kalian.

10) Selaku penganjur/urusetia program (Pihak Pelajar), saya merasakan program ini merupakan suatu program yang bermanfaat kepada semua pelajar dan berjaya memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Dan mungkin dari sudut perbelanjaan, ianya perlu diteliti kembali walaupun tatacara pengeluaran perbelanjaan adalah mengikut peraturan.

11) Akhir kata, biarlah pihak berkuasa (yang bertanggung jawab) menyiasat dan menentukannya. Dan marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan berdoa yang terbaik untuk Malaysia.

16 November 2015

Nik Mohammad Izzul Azfar Nik Razali
Timbalan Pengarah Program
SIMPOSIUM PERDANA PARIS 2014

*Rujuk laporan SIMPOSIUM PERDANA PARIS oleh KLN, di sini.




0 RM180 Juta Dilulus Untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membelanjakan kira-kira RM180 juta pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, kata Pengerusi SPR, TS Abdul Aziz Mohd Yusof. Katanya peruntukan itu turut melibatkan perbelanjaan logistik, seperti penyewaan helikopter, dan perbincangan untuk menyewa helikopter sudah pun bermula. 

Sejumlah 15,000 kakitangan terlibat dan mereka akan ditempatkan di seluruh negeri semasa PRN kelak, katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Taklimat Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan Ketua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, Ahli-ahli Suruhanjaya SPR, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah.

Menurut beliau, SPR akan menggunakan 15,000 petugas bagi me­ngendalikan pilihan raya kali ini termasuk menyewa bot dan helikopter memandangkan ada kawasan terpaksa menggunakan dua jenis pengangkutan itu untuk dihubungi. Menurutnya, SPR terpaksa bergantung kepada kakitangan dari jabatan-jabatan lain iaitu Pejabat Daerah, Jabatan Pendidikan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membantu mengendalikan proses pilihan raya.

Mengulas lanjut, TS Abdul Aziz berkata setakat suku kedua tahun ini, pengundi berdaftar di Sarawak berjumlah 1.1 juta orang namun beliau menyifatkan jumlah tersebut masih kecil dengan jumlah pengundi baharu hanya kira-kira 10 peratus. Sementara itu, TS Abdul Aziz berkata SPR menjangkakan laporan akhir persempadanan semula bahagian PRN Sarawak akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 Dis ini.

Beliau berkata berkata tarikh tersebut adalah hari kedua terakhir Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Parlimen Ke-13 yang berlangsung selama 25 hari mulai 19 Okt sehingga 3 Dis. Katanya pembentangan laporan itu bagi membolehkan cadangan mewujudkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu mendapat kelulusan Parlimen dan diwartakan. Dalam pelaksanaan persempadanan semula untuk Sarawak, SPR mewujudkan 11 kawasan baharu pilihan raya negeri, pertambahan daripada 71 kepada 82 kerusi DUN.

November 16, 2015

0 Kerajaan Akan Pastikan AES Diteruskan Untuk Keselamatan Rakyat

Kerajaan akan mengumumkan awal tahun depan keputusan mengenai semakan semula secara menyeluruh pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam. Beliau berkata, Kerajaan mahu memastikan AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA). 

Beliau menambah Kementerian perlu pastikan ia boleh dilaksanakan dan tidak ada masalah pada sistem itu. DS Liow berkata pada masa ini terdapat 14 kamera AES masih berfungsi. Kerajaan kata beliau tidak menghentikan sistem AES. Mereka yang dikenakan saman tetap kena bayar.

CTS menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan melaului Kementerian Pengangkutan. Adalah merupakan satu pembaziran sekranya Kerajaan melupuskan sistem yang selama ini digunapakai dan mula menunjukkan keberkesanannya. Tambahan lagi, perlaksanaan AES ini selari dengan usaha Kerajaan untuk memupuk sifat berhemah, berdisiplin dan sikap bertanggungjawab di kalangan pemandu-pemandu di jalanraya. Ianya secara langsung dapat mengurangkan statistik kemalangan di jalanraya.

Suara minoriti tidak perlu dipandang berat, sebaliknya keselamatan pihak majoriti harus menjadi asas Kerajaan mengekalkan AES. Orang yang takutkan AES ialah orang yang memandu laju dan pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya. Tidak ada sebab untuk kita marahkan atau bencikan AES sekiranya setiap undang-undang jalanraya dipatuhi.

3 Tahniah Datuk @LeeChongWei Menjuarai Terbuka China, Jangan Lupa Apa Kata ADUN Kota Alam Shah Tahun 2012


Tahniah kepada bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, kerana telah menjuarai Terbuka China dengan mengalahkan pemain China, Chen Long 21-15, 21-11 dengan hanya 50 minit di Fuzhou, China. Lebih manis apabila Datuk Lee sehari sebelumnya telah mengalahkan juara dunia 5 kali, Lin Dan yang juga dari China dalam perlawanan Separuh Akhir. Ini adalah kemenangan pertama Datuk Lee ke atas Lin Dan dalam masa 4 tahun!

Dalam kita menghargai kemenangan Datuk Lee yang mengharumkan nama Malaysia, kita jangan lupa penghinaan yag pernah dilemparkan kepada beliau sewaktu beliau berada di bawah. Antara yang secara terbuka menghina beliau adalah ADUN Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam, pada tahun 2012. Saya tertunggu-tunggu apa komen beliau dengan kemenangan Datuk Lee ke atas Cheng Long dan Lin Dan.

November 15, 2015

9 Orang Buat Laporan Polis, NOW Buat Juga, Tapi Bangang @akmalnasir Hanya Tanya Soalan

Hari ini apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Jamil Khir Baharom membuat laporan polis mengenai fitnah perbelanjaan YPEIM yang dituduh ke atasnya oleh pertubuhan NGO, 'National Oversight and Wistleblower (NOW)', maka salah seorang pemilik NOW yang juga memegang jawatan Pengerusi, Akmal Nasir turut melakukan perkara yang sama.

Sayangnya laporan polis yang dibuat oleh Akmal Nasir menyeleweng daripada apa yang dituduhnya di dalam sidang media beberapa hari lepas. Tambah menampakkan kebodohan pasangan Rafizi Ramli ini apabila laporan polis yang dibuat olehnya penuh dengan soalan dan bukan fakta, bukti atau kenyataan. Kenapa Bang? Takut kena samankah?

Perumpamaan lebih kurang beginilah laporan polis si Akmal Nasir ni. Saya pergi ke balai polis dan buat satu laporan berbunyi, adakah Saudara Anwar Ibrahim seorang peliwat dan bermain China Doll? Pihak polis sila siasat. Tak ke bangang si Akmal Nasir ni?


Adakah Akmal Nasir orang yang sama memberikan bunga kepada Anwar Ibrahim semasa perbicaraan di mahkamah semperna hari lahir beliau? Aww!

1 DS @weekasiongmp Mengutuk Tindakan Alvin Tan Menghina Al Quran

Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji Alvin Tan yang mencaci kesucian Al Quran serta Agama Islam. Kritikan DS Dr Wee terhadap Alvin Tan senada dengan kritikan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain terhadap perbuatan Alvin Tan ini yang telah membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini.

Ini bukan tindakan pertama DS Dr Wee membidas perbuatan biadap Alvin Tan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini pernah menyifatkan tindakan Alvin Tan menghina pemimpin sebagai perbuatan yang cuba menjatuhkan imej negara. Beliau juga pernah mengutuk tindakan Alvin Tan mempertikaikan laungan azan dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai kurang siuman.

Kenyataan DS Dr Wee membuktikan bahawa beliau amat sensitif tentang keadaan ini, menjaga keharmonian dan perpaduan kaum dan Agama di Malaysia. Soalnya sekarang di mana pemimpin-pemimpin DAP? Nampak seakan mereka ini tidak ada perasaan untuk menilai sesuatu isu. Langsung tidak kedengaran sebarang komen dari pemimpin-pemimpin DAP.

Mana perginya pemimpin vokal DAP seperti Lim Kit Siang, Teresa Kok dan Lim Guan Eng? Kenapa apabila umat Islam dihina sebegini rupa DAP tidak mengkritik Alvin Tan? Ini membuktikan bahawa DAP sebenarnya tidak mengambil berat terhadap sensitiviti umat Islam tetapi sebenarnya hanya berpura-pura mengambil berat untuk meraih undi orang-orang Melayu.

Terima kasih DS Dr Wee di atas keprihatinan anda terhadap isu-isu yang berbangkit mengenai ketegangan Agama terutamanya Agama Islam. Bukan mudah buat masa sekarang untuk mencari pemimpin yang lantang bercakap mengenai isu-isu sensitif yang melibatkan kaum dan Agama.

7 Isu Fitnah YPEIM, DS Jamil Khir Buat Laporan Polis

 "Sebagai maklumat saya baru  sahaja selesai membuat polis repot di Balai Polis Putrajaya berkaitan tuduhan keji dan fitnah oleh Pengarah NOW. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang undang keatas pemfitnah NOW. Saya selesai membuat repot polis pada jam 3 45 petang. Terima kasih atas keprihatinan semua ke atas saya."
Itu antara kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Jamil Khir Baharom ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, petang tadi. Beliau membuat laporan polis setelah memberi kesempatan kepada pemfitnah beliau, Akhmar Nasir, pemilik bersama NGO 'National Oversight & Whistleblowers (NOW)' untuk meminta maaf dalam masa 24 jam dalam isu fitnah perbelanjaan YPEIM.

Pemilik bersama NOW yang turut dimiliki oleh Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli semalam tidak mahu meminta maaf di atas dakwaaanya itu. Walau bagaimanapun, Akhmar Nasir di dalam laman sosial Twitter beliau telah memgubah jumlah amaun perbelanjaan YPEIM seperti yang didakwanya sebelum itu.

Isu menjadi panas apabila sejak dua hari lepas, apabila pemilik NOW, yang merupakan NGO milik parti pembangkang PKR telah mengeluarkan resit dan inbois yang dipercayai didedahkan oleh dalang pembangkang yang bekerja di dalam YPEIM mengenai perbelanjaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Jamil Khir sewaktu majlis pelajar-pelajar di luar negara.

Kita tunggu sahaja kes ini dibawa ke mahkamah. Pasti mencirit Akmal Nasir meminta maaf daripada DS Jamil Khir seperti mana kes pemimpin PKR sebelum ini, Shamsul Iskandar menyembah meminta maaf sebelum kes fitnah dibicarakan. Kita tunggu saja.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates