July 16, 2018

12 Sayang Sungguh Isteri Ah Beng, Sampai Ke Parlimen Pun Sanggup Ikut



Saya tidak bersetuju apabila ramai yang mempertikaikan kehadiran isteri Menteri Kewangan merangkap Detektif Pencen, Betty Chew ke Parlimen pagi tadi. 

Walaupun Betty Chew bukan lagi seorang Ahli Parlimen, namun kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap suaminya memaksa beliau untuk mengikuti kekasih hatinya ke mana-mana sahaja.

Mana ada Ahli Parlimen baik di sebelah Kerajaan mahupun pembangkang yang membawa suami atau isteri ke Sidang Dewan hari ini. Kalau adapun pasti mereka tidak semesra Ah Beng dan Betty Chew sehingga masuk ke tempat Ahli Parlimen bersidang. Anda semua pengkritik jangan cemburu buta boleh?

Nota Kaki - Tulisan CTS di atas layak tak dinobatkan sebagai macai Tomato?

60 16% SST Pasti Lebih Menguntungkan Daripada 6% GST, Ikut Teori Macai-Macai Tomato


Panas. Panas dari 'air fryer'. Menteri Kewangan Negara merangkap detektif pencen, Ah Beng petang tadi mengumumkan satu berita gembira buat semua macai-macai Tomato. 'Sales and Service Tax (SST) akan dikenakan pada kadar 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan. Baca di sini.

Macai-macai Tomato yang bersorak kegembiraan, diharap bersabar kerana bill berkenaan hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan. Satu Kerajaan Islam telah jatuh disebabkan oleh GST 6%. Allah perkenankan doa macai-macai dengan menghadiahkan cukai SST sebanyak 16%.

Sebenarnya tidak ada perkara yang baru. Ah Beng cuma ambil balik kadar sebelum GST iaitu pada tarikh 01/04/2015. Itu saja. Satu dunia bergerak ke hadapan dengan sistem percukaian GST, Malaysia beralih mahu berundur ke belakang dengan SST. Cukai tetap cukai, malah lebih tinggi. Tahniah macai-macai Tomato.

28 Kalau Caj Perkhidmatan 1% Pun Berkira, Jangan Haraplah PTPTN Akan Dihapuskan



Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata PTPTN tidak akan mansuhkan caj pentadbiran 1% yg dikenakan terhadap peminjam. Kata beliau,
Ia hanya 1%. Jika kita batalkan, saya rasa kita akan menjadi Ah Long paling bermurah hati di negara ini.
Kerajaan PH terkenal dengan janji manis mereka mengenai pendidikan percuma. Kerajaan PH seharusnya memansuhkan kadar ujrah 1% PTPTN. Ini sebagai langkah simbolik yang mudah jika mereka serius memperjuangkan pendidikan percuma. Kadar 1% ini seharusnya sudah lama dihapuskan, sewaktu PH memenangi PRU14.

Sewajarnya mahasiswa tidak perlu dikenakan 'riba' untuk pinjaman pendidikan. Mahasiswa sepatutnya membayar jumlah yang sama dengan apa yang mereka pinjam. Belanja pengurusan PTPTN perlu ditanggung oleh Kerajaan PH memandangkan mereka tidak mampu menyediakan pendidikan percuma.

Kesimpulannya, caj pentadbiran atau ujrah 1% PTPTN pun Kerajaan PH berkira, jangan haraplah Kerajaan PH hendak mansuhkan terus bayaran pinjaman PTPTN. Pendidikan percuma pula? Tunggu babi terbang dululah.

19 Janji 16 Manifesto PH Dimungkiri, Apa yang Nak Dihairankan, Bukan Janji Ini Saja Dicapati


Pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari bukan kalangan Ahli Parlimen adalah bercanggah dengan janji yang dibuat dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Janji 16 dalam manifesto PH janji untuk melantik Speaker dari kalangan ahli Dewan.

Janji 16 menyatakan dengan jelas, Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara akan dipastikan dilantik dari kalangan ahli-ahli dewayang mempunyai integriti dan kredibiliti. Adakah mungkin Ahli Parlimen PH memang tidak ada integriti dan kredibiliti?

Untuk makluman, Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof baru meletakkan jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Disiplin Parti PAN berkuatkuasa 1 Julai. Namun, Datuk Ariff masih ahli parti PAN hingga ke hari ini. Beliau juga bukan seorang Ahli Parlimen.

Ini bukan soal bangkang dengan bijak atau tidak. Ini soal bila PH berjanji untuk melakukan reformasi institusi, mereka seharusnya mengotakannya. Sayangnya, hasilnya tetap dengan melantik ahli parti sendiri.

Pelantikan TS Pandikar Amin Mulia (ahli UMNO biasa) dalam Kerajaan BN sebelum ini dikritik hebat kononnya bias dan tidak adil. Jadi dengan perlantikan Datuk Mohamasa Ariff yang juga ahli PAN, tidak ada bezalah dulu dan sekarang.

Kesimpulannya, 'so what'? Bukan ini saja janji-janji yang Pakatan Harapan telah nodai.


35 Perlantikan Spreaker Dewan Rakyat Tidak Mengikut Perlembagaan, Pembangkang Keluar Dewan

Hari pertama sessi Parlimen hari ini menyaksikan kontroversi apabila Ahli Parlimen pembangkang yang terdiri daripada UMNO dan PAS keluar  Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati terhadap proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat. 

Ahli Parlimen Pembangkang keluar dewan sebagai tanda protes perlantikan Speaker yang didakwa mereka sebagai tidak mengikut 'Point of Order' Parlimen. Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat perlu dihormati kerana ia dibuat menurut Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan. 



Walau bagaimanapun, mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin tidak mengikuti jejak langkah pembangkang yang lain untuk keluar dewan.





Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14. Pihak pembangkang “walkout” sebagai bantahan kepada pihak Kerajaan dominasi DAP ini ekoran mereka gagal mematuhi Peraturan Urusan Mesyuarat 4(1) untuk menyediakan 2 (dua) minggu notis kepada Setiausaha Dewan Rakyat bagi tujuan perlantikan Yang Di Pertua Dewan Rakyat. (Rujuk Buku Peraturan Urusan Mesyuarat (Parlimen).

Lihat video di bawah.  Ahli Parlimen Pembangkang cakap baik-baik 'point of order', Setiausaha Dewan selamba badak teruskan mesyuarat. Ahli Parlimen pembangkang yang pertama bangun dan membangkitkan lantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat bercanggah dengan Standing Order Perkara 4 (1) adalah Ahli Parlimen Kota Bahru yang juga Ketua Whip PAS. Nampak sangat Setiausaha Dewan tertekan untuk melantik Yang Di Pertua Dewan Rakyat secepat yang boleh, mungkin atas arahan pihak-pihak tertentu.


Kronologi Isu Pelantikan Speaker Dewan Rakyat Penggal Ke-14 2018

8 Julai

TPM umum telah memuktamadkan senarai nama calon Speaker Dewan Rakyat

12 Julai

YBM KPDNHEP Saifuddin Nasution beri 'hint' sudah memberikan 2 nama calon pada 9 Julai iaitu Datuk Mohamad Arif Md Yusof dan DS Hishamudin Yunus

13 Julai

The Star melaporkan surat lantikan Speaker Dewan Rakyat akan keluar 15 Julai.

YB TSAM (Ketereh) kemudian tampil pertikai pelantikan ini kerana melanggari peraturan mesyuarat 3 & 4 di mana calonnya dikehendaki memberi notis bertulis sekurangnya 14 hari sebelum hari pertama sidang, 16 Julai 2018. (Paling lewat 2 Julai 2018)

14 Julai

YBM KSM (Ipoh Barat) beri kenyataan tidak umum nama Speaker Dewan Rakyat tidak akan jejas persidangan dan terdapat peraturan tertentu harus diikuti.

YB DSNR (Pekan) persoal perkara sama seperti YB TSAM dan menyifatkan kerajaan PH gagal, bukan salah beliau.

15 Julai

YAB PM (Langkawi) mengesahkan pelantikan Datuk Arif sebagai Speaker Dewan Rakyat ketika ditanya wartawan pagi tadi dan ianya akan diumumkan 16 Julai nanti.

16 Julai

Setiausaha Dewan Rakyat umum terima surat lantikan calon Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu. YB KB bangun minta point of order mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) namun tidak dihirau SUDR.

Calon Speaker, Datuk Arif masuk dalam Dewan Rakyat dan angkat sumpah di meja Speaker Dewan Rakyat dengan yakin.

Demokrasi terpimpin? Malaysia Baru?

Nota Kaki: Untuk makluman, Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof baru meletakkan jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Disiplin Parti PAN berkuatkuasa 1 Julai. Namun, Datuk Ariff masih ahli parti PAN. Orang PAN rupanya.

July 15, 2018

53 Kalau Mat Sabu Marah Baling Microphone, Kalau Saifuddin Marah Baling Cermin Mata



Kelakar pun ada Menteri KPDNHEP apabila melemparkan cermin matanya ke atas meja, mungkin kerana stress dengan soalan-soalan wartawan.

Sebelum PRU:
"Harga barang mahal, kita mesti tukar Kerajaan"

Selepas PRU (Bila menjadi Kerajaan):
"aaa (campak cermin mata), kita kena ada emperical studies"
"Mari saya terangkan apa itu kenaikan kos sara hidup Ye?"
"Saya akan mengkaji barang-barang kawalan (sambil selak-selak kertas)" 

Baru beliau tahu bertapa teruknya hendak menjadi aeorang Menteri. Sebelum ini nereka hanya tahu mengutuk GST GST GST yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup. Namun, sekarang baru tahu ada 6 faktor yang menentukan naik turun kos sara hidup.

Sabarlah. Baru dua bulan jadi Menteri. Ada lagi kurang lebih 5 tahun lagi sebelum PRU15. Apa-apapun jangan risau, mereka sentiasa ada DS Najib Razak untuk dipersalahkan, dan macai-macai Tomato pasti akan mengangguk keriangan.

Nota Kaki - Inilah kerja Menteri Malaysia Baru:

Perdana Menteri : Sidang Akhbar Harian
Timbalan Perdana Menteri : Lawatan Luar Negara
Menteri Pelajaran : Downgrade Broadband, Luluskan UEC.
Menteri Ekonomi : Buat Rawatan Pijak Belakang Kerusi Tidak Ergonomik.
Menteri Kewangan : Detektif Pencen Cari Jho Low.
Menteri Dalam Negeri : Medical Leave.
Menteri Pertahanan: Buat Samperit.
Menteri Perumahan: Buat Disneyland.
Menteri Pertanian : Kira Ikan Kembung.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri : Bertasbih "Salah Najib".

17 Perlantikan Ketua Hakim Negara Dipertikaikan Mantan, Ini 'Rule Of Law' Atau 'Law Of The Jungle'?


CTS pernah membuat posting mempertikaikan perlantikan Ketua Hakim Negara, baca di sini. Disebabkan CTS tidak pernah menjadi hakim, isu berkenaan tidak dipandang penting.

Kini, Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyuarakan perkara yang sama. Bagaimana perkara ini boleh terjadi. 

Kita hendak minta macai-macai Tomato PH jawab . Tapi saya rasa kebanyakan tidak tahu bagaimana hendak menjawab kerana Boss mereka Tun Dr Mahathir pun dah kata mereka iini 'uneducated'. 

Kesimpulannya, perlantikan ini guna 'Rule of Law' atau 'Jungle Law' atau 'Law of Mahathir'? Minta penjelasan.

10 Satira Ahad Mengenai Kerajaan PH Bercakap Benar


Satira Ahad dari rakan Facebook, Fairu Zamir:

Ahli Dewan Undangan Negeri sedang berdebat ketika LGE tiba dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri salah seorang ADUN Pulau Pinang. 

LGE bertanya, "Pasal apa lu orang berdebat?"

Salah seorang ADUN menjawab, "Kami jumpa duit seratus ribu ringgit dan berjanji untuk memberikannya kepada sesiapa yang berbohong paling besar."

"Lu orang patut malu pada diri sendiri. Kenapa perlu berbohong?," tanya LGE pada kawan-kawannya.

"Tengok gua, sebagai Menteri Kewangan gua akan meneruskan prinsip bercakap benar, tetapi kalau bercakap benar menyebabkan pelabur lari, kita pun tidak mahukan mereka,” sambung LGE lagi.

Kawan-kawan LGE saling berpandangan dan akhirnya memberikan duit seratus ribu ringgit itu kepada beliau.

Nota Kaki - Lawak Kerajaan PH minggu ini:

"Saya hairan, laporan statistik Jabatan Perikanan melaporkan dalam laut ada lebih kurang 3 billion ikan kembong, tetapi kenapa harga ikan kembong masih mahal?

- Menteri Pertanian, Sallahudin Ayob.

17 Timbalan Menteri Pendidikan Lebih Bijak Perjuangkan Kaumnya Dari Menteri Sendiri




CTS akui DAP bijak meletakkan Teo Nie Ching sebagai Timbalan Menteri Pendidikan di dalam memperjuangkan mertabat kaum Cina. Dalam temuramah yang terbaharu, Teo Nie Ching bijak menggunakan perkataan diskriminasi untuk menampakkan bangsa Cina ditindas.

Mula-mula Timbalan Menteri Pendidikan ini menuntut penambahan SJKC, kemudian disusuli dengan pengiktirafan UEC, sekarang mahu sekolah vernakular diberi peruntukan sama rata seperti sekolah kebangsaan.

Teo Nie Ching ini sama ada pura-pura tidak tahu atau sememangnya bodoh. Adakah beliau faham perbezaan Sekolah Kerajaan dengan Sekolah Bantuan Kerajaan. Sekolah vernakular pun ada yang Sekolah Kerajaan dan mendapat bantuan sama macam mana-mana Sekolah Kebangsaan berstatus Sekolah Kerajaan.

Eloklah Teo Nie Ching belajar dan kaji secara mendalam Kementerian yang disandang. Jangan jadi seperti Menteri Pertahanan yang yakin dalam temu bual siaran langsung, LIMA diadakan setahun sekali!

29 Adakah Menteri Pendidikan Baru Keluar Dari Gua Dengan Menghina Guru Sekolah Rendah


Memetik laporan FMT, baca di sini,
Pada masa sama, beliau mahu guru di sekolah rendah mengubah stigma mereka yang tidak berasa bangga mengajar di sekolah rendah berbanding mengajar di sekolah menengah.
“Di Finland, negara yang mempunyai kualiti pendidikan nombor satu di dunia, cikgu terbaik mereka dihantar ke sekolah rendah bagi pembentukan peribadi dan kemahiran bahasa di peringkat awal.
“Kita hari ini cikgu tidak mahu mengajar di sekolah rendah, semua nak pergi ke sekolah menengah terutamanya cikgu yang mempunyai ijazah,” katanya.
Menteri Pendidikan aka pembodek Perdana Menteri sebagai Yoda, pahlawan Jedi seharusnya berhati-hati nengeluarkan kenyataan beliau sebagai seorang Menteri dengan menghina guru sekolah rendah.

Adakah Dr Maszlee Malik baru keluar dari gua, sehingga tidak mengetahui bahawa di zaman Kerajaan BN, taraf guru sekolah rendah telah dinaikkan taraf lulusan siswazah yang lahir dari Institut Pendidikan Guru (IPG)? 

Jangan kata yang ada Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah juga sudah banyak mengajar di sekolah rendah. Buat kajian dulu sebelum membuat kenyataan media. Malu nampak Menteri bertaraf Phd, kenyataan seperti macai Tomato. Baca komen cikgu-cikgu di bawah:


July 14, 2018

22 Bayangkan Kalau DS @NajibRazak Naik Jet Rasmi Kerajaan Pergi Kenduri Kahwin



CTS kena akui cytro-cytro pembangkang amat berhemah di dalam mengendalikan sesuatu isu. Bayangkan sekiranya gambar-gambar di dalam posting ini ditukar watak kepada mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Bayangkan juga mantan Perdana Menteri menghadiri kenduri kahwin seorang sahabat di Kuching, Sarawak menggunakan jet rasmi Kerajaan bersama-sama isterinya, DS Rosmah Mansor. Pastinya macai-macai Tomato seperti babi kepanasan dan memaki hamun kedua-dua pemimpin. 

Pastinya juga pada waktu ini juga Rafizi Ramli dan Tony Pua sibuk membuat kiraan berapakah kos penerbangan tersebut. Berapa minyak habis, berapa bagasi yang dibawa dan pelbagai lagi. Pastinya dua tiga Sidang Media melalui Facebook akan dilakukan.

Namun tidak seperti cytro Kerajaan Tomato yang 'uneducated', kami pembangkang faham tugas Perdana Menteri untuk menggunakan jet rasmi Kerajaan walaupun untuk majlis peribadi. Ini bukan sahaja melibatkan urusan yang lebih cepat dan selesa, malah keselamatan seorang Perdana Menteri itu lebih utama.

Itu bezanya cytro pembangkang dan cytro 'uneducated' Tomato. Kalau tak faham jugak, sila meninggal.




54 Mula Dipersalahkan DS @NajibRazak, Kemudian Minta Tolong Selesaikan Masalah Rakyat, Gilakah Ini Menteri?



CTS telah membuat ramalan di dalam posting semalam, baca di sini, yang berbunyi,
Kali ketiga ditanya wartawan, Menteri yang berkenaan kembali kepada fitrah Pakatan Harapan iaitu menyalahkan orang lain. Kali ini mamak dipersalahkan. Menteri mendakwa 30% restoren mamak menaikkan harga barangan selepas perlaksanaan kadar GST sifar pada 01 Jun. Kita berharap wartawan tidak lagi bertanya soalan kenaikan harga barangan selepas ini. Kita pasti jawapannya adalah salah UMNO, salah BN dan salah Najib Raxak.
Telahan dan ramalan CTS menjadi kenyataan tidak sampai 24 jam. Menteri KPDNHEP, Saifuddin Nasution tanpa rasa malu menyalahkan mantan Perdana Menteri disebabkan kegagalan beliau menjalankan tugas. Baca di sini.

Paling rasa akal diperbodohkan oleh Menteri Kerajaan Tomato ini ialah, sudahlah mantan Perdana Menteri dipersalahkan di atas masalah kenaikan harga barang, Saifuddin tanpa rasa malu dan bersalah tekah menjemput DS Najib Tun Razak untuk hadir ke Parlimen bagi membincangkan penyelesaian bagi menangani masalah kos sara hidup Rakyat. Baca di sini

Gilakah ini Menteri?

19 Baru Dua Bulan Memerintah, Pangkat Di Bahu Sudah Penuh, Bayangkan Kalau 5 Tahun?




Dulu semasa mantan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendapat Brigedier Jeneral Kehormat Wataniah, ramai yang mempertikaikannya. Itupun beliau pernah berlatih asas ketenteraan sampai hitam legam kulitnya termasuk berlatih payung dengan terjun daripada pesawat pada jarak beribu kaki tingginya.

Kini, Zuraidah Zakaria, telah mendapat Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Bomba. Pastinya anugerah ini datang dengan usaha keras. Zuraidah pastinya pernah berlatih sampai ke peringkat meredah api sambil memanjat tangga yang tinggi serta lulus cemerlang memakai sut kalis haba panas dengan mengharung bahang pada suhu melebihi 100 darjah selsius!

Perbezaan ketara apabila Khairy Jamaluddin dianugerahkan Brigedier Jeneral Kehormat Wataniah, ialah netizen puas caci dan maki. Namun apabila Zuraidah dianugerahkan Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Bomba, netizen hanya diam mengunyah kuaci.' 'Double standard' tahap cipan nampak macai-macai tomato.

Keaimpulannya, baru dua bulan Kerajaan PH memerintah pingat sudah penuh di bahu. Bayangkan kalau mereka memerintah 5 tahun. Pasti pingat seperti gambar di bawah.

July 13, 2018

37 Wartawan Dan Pemberita Hanya Perlu Semak Twitter Sahaja Selepas Ini Untuk Jawapan Menteri



Buat pertama kali dalam sejarah, seorang Menteri Persekutuan meminta pemberita dan wartawan untuk menyemak laman sosial Twitter beliau bagi mendapatkan jawapan-jawapan yang diperlukan oleh wartawan dan pemberita untuk menulis. Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq, didapati enggan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh wartawan dan menyuruh mereka untuk menyemak tulisan di Twitter beliau.

Mungkin Menteri Muda ini baru merasai bagaimana 'stress' menghadapi wartawan dan pemberita. Kalau dulu semasa jadi pembangkang, beliau juga yang mengadu Menteri susah didekati, Menteri sombong, Menteri tidak layan soalan dan Menteri tidak layan 'press', kini Syed Saddiq mempunyai kurang lebih lagi 5 tahun untuk menghadapi situasi ini.

Kesimpulannya, selepas ini wartawan dan pemberita tidak perlu susah payah untuk terjah dia lah. Bukankah beliau kata, "check on my Twitter".

35 Yang Ini Lawak Baru Dari Kerajaan PH, Sama Ada Menteri Blur Atau Jenis Flip Flop Mengenai Harga Barangan




Menteri Pakatan perlu menghadiri kursus untuk memantapkan pegangan mengenai pendirian yang diberikan kepada umum terutamanya bagi golongan wartawan. Ini bagi memastikan umum tidak terbelit dengan kenyataan Pak Menteri yang bercanggah dengan satu sama lain walaupun dalam masa yang dekat.

Begitu juga dengan kenyataan media yang diberikan oleh MenteriMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato Saifuddin Nasution Ismail mengenai harga barangan. Kali pertama ditanya, beliau dengan yakin memberikan angka bahawa hampir 70% barangan keperluan mengalami penurunan selepas perlaksanaan cukai GST berkadar sifar.

Apabila ditanya buat kali kedua, Menteri berkenaan menjawab bahawa penurunan harga yang kecil menyebabkan punca Rakyat tidak merasa kesannya. Beliau bagaimanapun mengakui GST bukan sebab utama harga barangan naik biarpun itulah modal dan tohmahan yang digunakan terhadap Kerajaan BN sebelum PRU14.

Kali ketiga ditanya wartawan, Menteri yang berkenaan kembali kepada fitrah Pakatan Harapan iaitu menyalahkan orang lain. Kali ini mamak dipersalahkan. Menteri mendakwa 30% restoren mamak menaikkan harga barangan selepas perlaksanaan kadar GST sifar pada 01 Jun. Kita berharap wartawan tidak lagi bertanya soalan kenaikan harga barangan selepas ini. Kita pasti jawapannya adalah salah UMNO, salah BN dan salah Najib.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates