July 13, 2019

12 Rujuk Manifesto PH Kes Akta Hasutan Wan Ji, Lim Kit Siang Sudah Nyanyuk


Hari ini, Lim Kit Siang menyarankan agar DPP merujuk kembali kepada Manifesto PH tentang Malaysia Baharu bagi mengelakkan kes seperti Wan Ji yang ditangkap di bawah Akta Hasutan berulang.

Pertama, wujud lagikah Manifesto PH? Bukankah ianya sudah dibakul sampahkan? 5 hari lepas, selepas setahun lebih Manifesto berkenaan dilancarkan, barulah Kerajaan PH terhegeh-hegeh mahu menubuhkan Jawatan Kuasa Khas.


Kedua, manifesto lebih tinggi dari Undang-Undang Negara? Tugas hakim dan DPP adalah untuk mengikut dan melaksana apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Negara. 

Kalaulah DPP nak rujuk manifesto, mereka pun akan pening, sebab janji mansuh Akta Hasutan dalam manifesto itu pun belum dilaksana. Ia masih berkuatkuasa, selagi tidak dimansuh di Parlimen. 

Ketiga, apabila Lim Kit Siang meminta DPP untuk merujuk Peguam Negara sekiranya ada arahan baru dari beliau, CTS rasa beliau tidak membaca berita utama Utusan Malaysia, hari ini.

3 Spin Menteri Ekonomi Tidak Lebih Tidak Kurang Seperti Bontot Ayam


Apabila Menteri Hal Ehwal Semburit maaf ... Ekonomi, Azmin Ali ditanya kenapa Khazanah jual pelaburan mereka di Arab Saudi yang untung tiap-tiap tahun kepada syarikat milik TS Syed Mokhtar dengan harga RM290 juta, Min bagi alasan,
Kerana Khazanah mahu tumpukan perhatian mereka kepada pelaburan domestik.
Namun baru satu minggu dahulu, Khazanah umumkan mereka akan memperluaskan pelaburan mereka di Amerika Syarikat. Sejak bila Amerika Syarikat dianggap sebagai domestik?

Kesimpulannya, spin Menteri Ekonomi kurang lebih seperti bontot ayam. Tempat keluarnya najis. Dibasuh, digoreng dimakan jua.

5 Cina DAP Semakin Biadab Mengagungkan Bahasa Ibunda Mereka





Selagi kita bertolak ansur, selagi itu kepala dipijak. Ini natijahnya memberi kuasa kepada DAP rasis. Seboleh-bolehnya Bahasa Ibunda mereka akan diletakkan di mana-mana bunting atau papan tanda. 

Bukankah ini program Kementerian bodoh?Sejak bila Program Ekspo Kementerian  kena letak Bahasa Cina? Terjemahan ke Bahasa Inggeris pun tidak ada. Alang-alang kita desak Bahasa Tamil, Sikh dan lain-lain bahasa difikirkan perlu untuk diletakkan bersama di situ tanda kesaksamaan.

4 Meriah Gala Dinner Kementerian Pendidikan Malaysia, Tema Marvels You!




Semalam Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Jabatan Pengajian Tinggi telah menganjurkan Gala Dinner bertempat di KLCC. Tema Gala Dinners adalah watak adiwira Marvels.

Gala Dinner yang gilang gemilang itu dihadiri oleh tetamu khas, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan turut meraikan tokoh-tokoh korporat seperti Maybank, MIMOS, Alcon, QSR, McDonalds dan banyak lagi.

Persoalannya, dalam Kerajaan PH melaungkan Kerajaan mempunyai beban hutang yang banyak melebihi RM800 billion, salah satu Kemeteriannya boleh pula menganjurkan Gala Dinner yang meriah untuk meraikan badan korporat. Persoalannya, kos penganjuran majlis ini ditanggung oleh siapa?




July 12, 2019

7 Does Tun Dr Mahathir Prepare His Son For His Throne?



It certainly looks to us like Tun Dr Mahathir is changing his mind or has changed his mind. Judging from what Mukhriz has been saying lately, Tun Dr Mahathir is preparing the groundwork to ditch Azmin. 

I think he has already realized that having a confirmed gay or bisexual as his successor would  not be feasible in Malaysia especially after events at the Felda gathering. It will also destroy his only viable argument against Anwar. 

Over the next few months, we can expect him to push for Mukhriz more aggressively  or Muhyiddin as a stopgap measure provided they can strike an agreement that Panadol agrees to hand over to Boboi eventually. 

I think that means the police investigations on the video won't take much longer to complete because they are running out of excuses and Muhyiddin himself rather than the IGP who's been talking about the investigations lately. 

Does anyone else sensed Muhyiddin look like having a new lease of life lately? 

That would mean Azmin would have to spend some time in Sungai Buloh Inn. He has inadvertently became Mahathir's weapon to prevent Anwar from taking over as PM using the same old LGBT issue. 

It's not like Mahathir has never betrayed his handpicked successor, right?

I fully expect the old fart to come out with a "saya pon kena tipu" or "saya tak tau" or "saya tak ingat" kind of statement very soon with his typical stupid Tony Pua like grin.

4 Menteri Kewayangan Kaki Penipu Dan Pembohong, Perlu Dibawa Ke JK Hak Dan Kebebasan



DI dalam Sidang Dewan Rakyat pertama bulan Ogos 2018, Lim Guan Eng berkata BN telah rompak wang refund GST sehinggakan bersembur-sembur air liur ketika berbahas.


Di dalam sidang Dewan Rakyat semalam 11 Julai 2019, JK Kira-Kira (PAC) sahkan bahawa wang refund GST tidak dirompak.

Malah pihak Kastam juga sahkan sebelum itu bahawa wang refund GST tidak dapat dibayar oleh Kerajaan PH sebab PH buat tax holiday selama 3 bulan.

Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng wajib dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat dan telah membuat satu tuduhan jahat ke atas pentadbiran terdahulu. 

Ini kerana semasa tuduhan dibuat, Menteri Kewangan sedang berbahas Rang Undang-Undang Pemansuhan GST dan pengenalan semula SST. Dewan Rakyat perlu mengambil tindakan yang berat ke atas tuduhan dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Menteri Kewayangan ini.

Kesimpulannya, apa yang nyata dan betul hingga sekarang adalah apa yang Lim Guan Eng cakap semua membohong saja. GST sebab harga naik tapi bila dimansuhkan harga naik lebih teruk lagi.

Nota Tapak Kaki - Sesuatu berita yang beri impak negatif akan minta ditukar tajuk atau edit kandungan. Lihatlah tajuk berita ini, apabila PAC mengesahkan tiada "rompakan" duit bayaran balik GST oleh BN tetapi memberi impak terhadap tohmahan Lim Guan Eng, maka tajuk berita juga diminta untuk diubah. Bebas sangatlah media di era PH ini.




July 11, 2019

11 YB Jelutong Berbohong Isu Tambakan Laut Pulau Pinang


MP Jelutong, RSN Rayer menipu di dalam sidang Parlimen dengan mengatakan para nelayan sudah bersetuju dengan tambakan laut di Pulau Pinang.


Hari ini para nelayan berhimpun hadapan Parlimen untuk membantah tambakan laut berkenaan. Para nelayan berhimpun hari ini tanda bersetuju ke RSN Rayer?

Sebanyak 52 NGO buat demonstrasi di depan Parlimen. Memorandum 10 perkara diberi kepada rejim PH. 165,000 orang tandatangan tidak setuju projek tersebut.



Nota Tapak Kaki:

Mungkin disebabkan itu, Menteri Agama, Mujahid Yussuf amat mengantuk hari ini sehingga menguap pun  tidak sempat menutup mulut.

July 10, 2019

26 Jenayah Rogol Oleh EXCO Perak Boleh Diikat Jamin Dan Dicaj Di Bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan?


Utusan Online, baca di sini, melaporkan polis telah menahan EXCO Kerajaan negeri dari DAP yang dikaitkan dengan tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis. Katanya,
Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan. Kita ambil percakapan dan pemeriksaan doktor (terhadap suspek). Jaminan akan diberikan selepas siasatan selesai.
Menurut beliau, kertas siasatan berhubung kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

EXCO berkenaan hari ini telah dibebaskan dengan jaminan polis. Persoalannya, dalam kes ini, kenapakah  Wakil Rakyat DAP Perak dituduh rogol oleh pembantu rumah sendiri, dibebaskan dengan jaminan polis (tidak direman) walaupun ini sepatutnya jenayah yang tidak boleh dijamin di bawah undang-undang? Hasil semakan portal Badan Peguam Malaysia mendapati, jenayah rogol tidak boleh diikat jamin. Baca di sini.


Caj yang dikenakan ke atas EXCO berkenaan iaitu Seksyen 376, Kanun Keseksaan juga agak kurang tepat. Seksyen 376 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kes hubungan jenis dengan wanita di bawah umur 16 tahun. Mangsa dalam kes ini berumur 23 tahun.

CTS bukan peguam yang bertauliah. Namun, sejak Malaysia Baharu ini banyak kes-kes pelik yang berlaku, antaranya,

1. Pemimpin UMNO meletak tangan ke atas bahu Menteri PH seraya menyebut "Ko Bodoh", terus ditangkap dan direman tiga hari. Beliau juga didakwa di mahkamah 12 hari selepas itu dengan tuduhan mengaibkan maruah Menteri.

2. Pegawai Menteri PH ditangkap mengintip dan merakam skirt wanita bulan September lalu. Terdapat bukti rakaman video dan ada pengakuan dari mangsa. Namun, setelah 10 bulan pun belum didakwa oleh Kerajaan PH.

3. Pemimpin DAP Pahang mengugut Ketua Polis Daerah (OCPD) melalui applikasi media sosial WhatsApp kerana cuba mempertahankan ahli DAP menjual rokok dan arak seludup, dengan mesej, 
SESIAPA NAK LAWAN PH, AKAN DATANG DIA PUN TAK BOLEH AMAN.
Kes ini ada bukti bertulis. Laporan polis juga dibuat oleh OCPD yang diugut. Namun, pengugut dibebaskan dengan jaminan polis selepas beberapa jam. Pengugut tidak direman dan tiada dakwaan selepas dua bulan "menyiasat".

4. Air kencing seorang anak Menteri Kanan yang terlibat dengan ganja perlu 6 bulan untuk diuji. 

5. Video bersemburit di Sandakan perlu lebih sebulan untuk menentukan kesahihan. Pihak polis mengeluarkan kenyataan tidak ada had tempoh masa untuk menyiasat.

Dan yang terbaru petang ini, pihak polis telah ditegur oleh pemimpin DAP kerana menahan suspek perogol.


Kesimpulannya, hebat 'rule of law' di bawah Kerajaan PH.

July 9, 2019

25 Tak Senonoh Betul! Menteri PKR Sembu***, EXCO DAP Pula Dengan Kes Rogolnya, Inilah Malaysia Baharu




Pihak polis hari ini mengesahkan seorang Exco Kerajaan Negeri Perak sedang disiasat kerana disyaki merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Difahamkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.

Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam portal beliau, Malaysia Today, mengesahkan EXCO berkenaan adalah ADUN Tronoh, Yong Choo Kiong.

Sekiranya maklumat Raja Petra ini benar, ADUN dan EXCO yang sama pernah didapati menipu Sarjana beliau yang konon dimiliki tanpa Sarjana Muda mahupun Diploma daripada sebuah universiti bogus, Akamai University.

Untul rekod, ADUN ini juga terkenal dengan dialog perbahasan beliau di dalam Dewan Negeri yang berbunyi, "seolah seolah". Berikut adalah Kenyataan Media Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming:


Ini pula Kenyataan Media Menteri Besar Perak: 


Kesimpulannya, PH = Porn Hub. Semua boleh!

9 Malaysia Baharu - Ratu Transgender 2017 Dilantik Ahli Jawatan Kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia





Ratu Trans Women 2017, Rania Zara Media telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) mewakili kumpulan transgender di dalam Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia bagi penggal 2019/2021.

Pertama kali dalam Malaysia Baharu golongan LGBT dilantik dalam deligasi Kerajaan. Di dalam Malaysia Baharu Kerajaan PH, golongan LGBT telah diiktiraf. Ini yang dikatakan Sahibul Samahah Kekanda Wakanda Mujahid Rawa sebagai Rahmatan Lil Alamin.

Haa tepuk!!!

5 Menjawab Halusinasi Menteri Kewayangan Mengenai Pengambilalihan 4 Konsesi Lebuhraya


Berkatalah Menteri Kewayangan di Dewan Rakyat hari ini,
Ini bermaksud bahawa Kerajaan juga sama-sama menjimatkan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion yang boleh digunakan untuk membantu rakyat seluruh Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang.
Oleh sebab kadar tol akan dikurangkan mengikut model caj kesesakan ini, pengguna akan dapat menjimatkan sehingga RM180 juta setahun ataupun hampir RM2 bilion sepanjang baki tempoh konsesi masing-masing bagi keempat-empat lebuh raya ini.
Penjimatan besar untuk pengguna dapat dicapai kerana unsur keuntungan telah dikeluarkan daripada model pengambilalihan konsesi tol ini.
Tidak nampak di mana penjimatan dan keuntungan boleh diperolehi oleh Rakyat Malaysia sekiranya faktor-faktor berikut diambil kira:

Pertama, pengguna di 4 lebuhraya tersebut iaitu Lebuhraya Kesas, Sprint, Litrak dan Smart Tunnel masih lagi perlu membayar tol pada waktu kesesakkan.

Kedua, waktu puncak (kesesakkan) di sekitar Lembah Klang adalah bermula daripada jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang dan 5.00 petang hingga 8.00 malam. Ini bermakna selama 9 ke 10 jam sehari pengguna di 4 lebuhraya tersebut akan dikenakan tol yang dinamakan caj kesesakkan. 

Hanya pada jam 9.00 malam hingga 6.00 pagi sahaja tol akan menjadi percuma. Adakah waktu tol percuma tersebut Rakyat akan menggunakan lebuhraya semata-mata untuk menikmati kemudahan percuma?

Ketiga, kos pengambilan 4 lebuhraya tersebut adalah berjumlah RM6.2 bilion yang akan dibiayai dengan penerbitan bon. Kutipan caj kesesakan akan digunakan untuk membiayai bayaran baik hutang bon sebanyak RM6.2 bilion tersebut. 

Perlu diingat bon adalah hutang. Pihak yang menerbitkan bon aalah Kerajaan. Ini bermakna kerajaan akan menambah lagi hutang kerajaan yang kini telah mencecah RM800 bilion (tambah RM200bilion semenjak PH menguasai Kerajaan Persekutuan)

Keempat, yang berhutang adalah Kerajaan Persekutuan dan yang akan membayar adalah Rakyat. Jadi apa bezanya Kerajaan PH dengan kerajaan BN yang didakwa sebelum ini banyak berhutang dan Rakyat terpaksa menanggung?

Kelima, apa yang pasti yang paling beruntung adalah Gamuda Berhad, pemilik konsesi 4 lebuhraya tersebut. Gamuda tidak perlu tunggu selama 30 tahun untuk mendapat balik pelaburan mereka. Dengan bayaran RM6.2 bilion, Gamuda boleh gunakan untuk pelaburan hartanah yang menjadi fokus kumpulan syarikat mereka. 

Sayugia diingatkan, Gamuda adalah syarikat yang diberi projek tambakan laut bernilai RM40 bilion di Batu Maung, Pulau Pinang ketika Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri. Dengan wang RM6.2bilion tersebut, Gamuda sudah boleh gunakan sebagai modal untuk membina dua buah pulau buatan di Batu Maung seperti mana yang diidamkan oleh Lim Guan Eng.

Kesimpulannya, hebat tak perancangan Lim Guan Eng dan DAP? Pusing ikut mana sekalipun Rakyat juga yang kena dan kroni jugak yang untung.

July 8, 2019

17 Alasan Demi Alasan Diberikan Untuk Tutup Kemaluan Kegagalan Hari Peneroka Felda 2019


Apabila Menteri Ekonomi merangkap Pelakon Terkenal, Azmin Ali, disorak dengan ejekan, Azmin Ali menafikan bahawa bahawa ejekan 'boo' bukan ke atas dirinya, sebaliknya "ejekan itu timbul kerana gangguan di belakang pentas semasa beliau sedang berucap". Tonton sendiri video di bawah.

Lawak juga Azmin Ali nafi diejek dan rasa ada sedikit kekecohan di belakang tapi tak tahu mengenainya. Di belakang ye Min? Ooo ... ok Min.




Apabila peneroka-peneroka Felda berpusu-pusu keluar ketika Perdana Menteri sedang menyampaikan ucapan, alasan yang diberikan adalah peneroka-peneroka berkenaan keluar mengambil makanan yang disediakan oleh pihak penganjur.



Apapun alasan yang diberikan, dewan tidak juga penuh walaupun Azmin Ali mendakwa ada yang datang dari Sabah, Perlis dan serata negara.

13 Ikon Felda 2019 Gelar Peneroka Sebagai Ulat Tahi Dan Menyatakan, "Peneroka Membiak Seperti Kucing"


Inilah Ikon Felda 2019 yang telah diiktiraf oleh Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi. Semalam, setelah diberi gelaran tersebut oleh kerajaan PH, hari ini dengan lantang Chef Wan mengeluarkan kenyataan seperti berikut, rujuk di sini,

1. Peneroka-peneroka FELDA adalah pemalas serta suka berkahwin dua atau tiga.

2. Selepas berkahwin pula, peneroka membiak seperti kucing.

3. Ramai peneroka sebenarnya adalah ulat tahi (maggots) yang hanya tahu mengambil duit Kerajaan.

4. Peneroka Felda adalah manusia yang tidak bersyukur ini dilahirkan menjadi sampah dan mereka selamanya akan menjadi sampah.

Sebagai peneroka Felda atau generasi Kedua dan Ketiga Felda, adakah anda bersetuju dengan kenyataan Ikon anda? Tidak mengapa, nanti Chef Wan akan meminta maaf dengan alasan bahawa beliau sekali lagi dirasuk syaitan yang direjam.



July 7, 2019

17 Peneroka Felda Dikencing Kerajaan PH Di Hari Peneroka Kebangsaan 2019

Patutlah ramai peneroka berpusu-pusu keluar majlis dalam keadaan marah ketika Perdana Menteri sedang memberikan ucapan. Rupanya mereka marah kepada ucapan dan janji kosong Perdana Menteri.

Peneroka mahu dengar macam mana Kerajaan hendak mengatasi masalah harga sawit. Sebaliknya, Perdana Menteri berucap meminta peneroka jangan bergantung dengan sawit, dan menyuruh peneroka menanam nenas, rambutan, jagung dan lain-lain tanaman.

Sedangkan pokok sawit sudah sedia ada, hendak tanam pokok lain lambat lagi untuk mendapatkan hasil. Peneroka hendak belanja pakai duit apa? Keluhan makcik peneroka dalam video di bawah ada betulnya.


Kedua, Kerajaan PH bercadang akan mencantumkan tanah peneroka Felda dan diuruskan sebagai sebuah estet besar bagi menjana pendapatan lebih baik kepada golongan itu.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya jika pertanian diuruskan dengan skala besar, ia mampu memberi keuntungan yang cukup kepada peneroka Feld

Persoalannya adakah dalam model baru ini, tanah peneroka akan dipajak atau dicagar dan peneroka hanyalah sebagai pekerja? Peneroka harus ingat sistem pajak tanah felda ini akan menjadi sepertii teksi pajak. Jangan lupa, orang yang sama pekenalkannya.

Sistem technoplant yang sedia ada sudah baik. Peneroka sebagai tuan tanah. Kalau peneroka perlu kerja sendiri, baik bubarkan technoplant dan peneroka mengusahakan  sendiri, buat apa nak pajak /cagar tanah kepada estet?


10 Peneroka Felda Selancar 3 Ghaib Semasa Perdana Menteri Berucap



Ramai peneroka-peneroka Felda Selancar 3, bertindak keluar ketika Perdana Menteri sedang berucap merasmikan Hari Peneroka Kebangsaan 2019. Tonton video di bawah.


Ini menyebabkan banyak tempat kosong kelihatan di dalam majlis yang dikatakan dihadiri oleh 10,000 peserta Felda seperti yang dilaporkan oleh The Edge, di sini.





Dalam pada itu, Chef Selebriti,  Chef Wan telah dinobatkan sebagai Ikon Felda 2019. Tahniah Chef Wan. Tidak sia-sia Chef Wan memaki hamun Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak selama ini dan tidak sia-sia dirasuk syaitan.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates