July 6, 2019

22 Kekanda Wakanda @MujahidRawa Itu Ini Begitu Begini



Pandai sungguh Menteri Agama buat lawak. Selepas Pengerusi Bersatu terdesak mempelawa parti orang Melayu menyertai Bersatu, Kelanda Wakanda Mujahid pula hari ini berkata, orang Melayu kini tiada pilihan selain menyertai parti-parti kerajaan seperti Amanah, Bersatu dan PKR

Mujahid berkata,
Kita bukan bercakap tentang parti, tapi kita nak supaya Melayu tu dibawa kepada taraf dan tahap dalam keadaan Malaysia baru yang lebih dinamik, progresif.
Yang parti lain ni tak mungkin bawa sebab idea mereka sudah obselete. Dah tepu dengan berbagai idea yang tak maju, dengan pelbagai isu rasuah yang berlaku.
Maka kita tak melihat Melayu ada pilihan melainkan kepada parti yang ada, Bersatu, PKR atau Amanah.
Buat Kelanda Wakanda Mujahid, pertama, mana ada ular lidi boleh menelan anaconda?

Kedua, buatlah apa sahaja dengan parti Bersatu, PAN dan PKR. Kenapa disubukkan dengan parti pembangkang seperti UMNO dan PAS.

Ketiga, kenapa PAN tidak dibubarkan sahaja dan menyertai Bersatu? Kenapa perlu ada 'so-called' parti Melayu di dalam Kerajaan?

20 Konvokesyen Di Zaman Malaysia Baharu .... Yabedabedu





Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia 2019 (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, Menteri: Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, dari PPBM.

Tarian belly dance sudah. Sekarang ini tarian tango pulak. Selepas ini pasti tarian tiang. Nampak perut sudah, nampak peha sudah, dah tak lama nampak habis. Jahanam integriti Pendidikan Negara. Sedih apabila majlis konvokesyen ini dimeriahkan dengan majlis tari menari berpelukan lelaki dan perempuan.

Apakah Malaysia Baharu tidak melakukan sebarang pembaharuan atau ini yang dimaksudkan baharu, melahirkan graduan yang tenggelam dalam dunia hedonisme?

July 5, 2019

32 Tun Dr Mahathir Jemput UMNO Masuk Bersatu? Apa Kata Anda?




UMNO jahat. 

UMNO rasis.

UMNO rasuah.

UMNO pemecah belah kaum.

Tiba-tiba hari ini orang yang sama menjemput semua parti Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu. Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang amat tinggi egonya. Tidak mungkin beliau hanya suka-suka mempelawa UMNO untuk menyertai partinya.

Agak janggal mendengar kalimah ini dari mulut Tun menyebut memperkuatkan parti UMNO, tonton video di bawah,
Untuk kita memperkuatkan balik parti UMNO, kita kena lupakan sahaja perselisihan di antara kita.


Adakah Tun sudah gerun dengan kerjasama erat UMNO dan PAS?

Adakah Tun gerun dengan perpecahan dua kelompok besar di dalam PKR, kumpulan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim?

Adakah Lim Kit Siang cuba mengugut Tun sewaktu pertemuan terbaru 45 minit baru-baru ini?

Adakah Perdana Menteri Menunggu sudah bersedia penuh untuk melanggar beliau?


Orang yang memecah belahkan orang Melayu, kini bercakap mengenai perpaduan? CTS bohong? Jawab soalan di bawah,

  • Dulu PAS keluar UMNO era pentadbiran siapa?
  • Tertubuhnya parti PKR era pentadbiran siapa?
  • Menubuhkan parti Bersatu, idea siapa?
  • DAP jadi biadap pada Islam, pada Melayu, pada Raja-Raja Melayu, siapa yang bagi mereka ruang jadi biadap?
  • DAP bertapak dengan gah di Putarajaya, siapa bagi mereka kuasa?
  • DAP menjawat Menteri Kewangan, siapa bagi mereka jawatan?

Semua ini berlaku pada zaman pentadbiran siapa? Ingat atau tidak?

Kesimpulannya, terima kasih sajalah. Hasrat kami mahu kuburkan Bersatu dalam PRU15 nanti. Jadi mengapa harus masuk Bersatu?

Nota Tapak Kaki - CTS nak keluar sebentar cari pop corn. Drama semakin menarik.

11 Kenapa Menteri Shamsul Iskandar Perlu Cari Calon 'Six Packs' Sebagai Setiausaha Sulit?





Agak lama juga CTS menjadi Ketua Jabatan. Sudah berpuluh temuduga CTS jalankan untuk mencari calon kakitangan di jabatan sendiri mahupun bagi pihak jabatan lain.

Namun, tidak pernah terlintas sekalipun syarat yang dikenakan atau diminta termasuk mempunyai badan (sepatutnya perut) yang 'six pacts'. 'Six pacts' selalunya orang yang rajin ke gym atau mereka yang rajin melakukan senaman 'sit up'.

Percaya atau tidak, inilah kriteria yang ditetapkan oleh Timbalan Menteri Industri Utama, DS Shamsul Iskandar Mohd Akin. Tidak padan dengan dirinya yang rendah, kemetot dan buncit. beliau mensyaratkan calon Setiausaha Sulitnya yang bakal mengantikan Hazim (ala Hazim yang terlibat dengan isu semburit tu) memiliki perut dengan ketulan yang kekar.


CTS juga rajin ke gym. Bukan apa, untuk jaga kesihatan. Selalunya mereka yang di gym yang memiliki 'six pacts' ini mempunyai sejarah anak ikan atau pemuas nafsu lelaki atau wanita. Bukan semua, tapi adalah.

7 Hanya 1 Tahun Lebih 100 Billion Hutang Negara Dijana Oleh Kerajaan PH, Hebat!!!


Semalam adalah hari bersejarah bagi Malaysia. Hutang negara melepasi tahap RM800 bilion untuk kali pertama dalam sejarah, berbanding RM686.8 bilion pada akhir 2017 di bawah Kerajaan BN.

Jumlah RM776,816 juta atau RM776.8 bilion dalam kiraan di atas naik dari RM741.1 bilion pada akhir tahun 2018 dan RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 semasa Kerajaan BN. (Rujukan di sini)

Hari ini, Menteri Kewayangan pinjam lagi RM3.5 bilion. Bayar balik tahun 2034. Maka hutang rasmi negara hari ini naik ke RM800.8 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN.


Kerajaan BN mengambil masa 60 tahun untuk mengumpulkan hutang sebanyak RM686.8 bilion tetapi Kerajaan PH hanya mengambil masa 1 tahun untuk menambah lebih daripada RM100 bilion hutang negara.

Semalam juga, kita dapat lihat marah betul Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin  (DAKJ) bila mana ada seorang Professor UKM mendedahkan Kerajaan Pakatan Harapan sudah menjual RM20 billion aset negara dalam tempoh masa 400 hari.

DAKJ memberi alasan bahawa Kerajaan BN di bawah DS Najib Razak menjual RM45.308 billion, tetapi untuk tempoh 2009 hingga 2017. Ironinya, kalau aset berjumlah RM45 billion dijual di dalam tempoh 9 tahun, purata jualan baru RM5 billion setahun! 

Itu belum dilihat dari sudut hutang negara. Kita tidak lupa bagaimana PH mempertikaikan hutang negara bawah DS Najib naik berjumlah RM300 billion dalam tempoh 9 tahun.

Sedangkan hutang Kerajaan PH sahaja setahun RM100 bilion!!!! Setidak-tidaknya hutang negara di bawah DS Najib Razak hanya purata RM30 bilion setahun.

July 4, 2019

47 Pensyarah UKM Tulis Fakta Pun Kena Ugut Dengan Penasihat Media Perdana Menteri


Saya telah diugut pihak tertentu kerana Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menuduh saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’ dipercayai melalui artikel saya yang bertajuk ‘400 Hari Pakatan Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara’. 

Demi Allah, saya dengan ini menjemput anda semua menyemak sendiri kesemua fakta dan laporan yang telah saya gunakan sebagai rujukan untuk artikel saya tersebut. 

1. Fakta kerajaan Pakatan menjual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion: https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-divest-16-ihh-mitsui-rm842-billion dan juga (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…).

2. Fakta Khazanah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa: https://www.dealstreetasia.com/stories/khazanah-turkish-insurer-bupa-105118/.

3. Fakta seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion https://www.reuters.com/article/axiata-group-m1-divestiture/update-2-malaysias-axiata-accepts-offer-for-singapore-mobile-operator-m1-idUSL3N20A3G0.

4. Fakta Khazanah jual saham TNB sebanyak 85 juta unit: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/551718/harga-saham-tnb-menjunam-permodalan-pasaran-susut-rm25-bilion

5. Fakta penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion: https://www.omv.com/en/news/190201_omv_and_sapura_energy_close_agreement?fbclid=IwAR3Rry-ABDb7kR5cNT0-bQX-7BOVvKewKjxuCMdbTKYZbRB-6yglj4BiI28.

6. Fakta Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta: https://www.techinasia.com/malaysia-axiata-digital-sells-venture-portfolio-singapore-pegasus

7. Fakta lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta: http://www.bhplus.com.my/bisnes/korporat/2019/02/531221/khazanah-jual-saham-bank-filipina-rm415-juta.

8. Fakta Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/boustead-jual-hotel-royale-chulan-bukit-bintang-pada-rm197-juta-201284

9. Fakta Khazanah menjual 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham https://www.freemalaysiatoday.com/category/tag/cimb/

10. Fakta bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat telah diumumkan akan dijual kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion: https://www.sinarharian.com.my/article/20365/BERITA/Nasional/Penjualan-bangunan-konsulat-di-Hong-Kong-secara-tender-terbuka

11. Fakta Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 (https://themalaysianreserve.com/2019/04/25/boustead-plantations-plans-to-sell-land-worth-rm1-2b/)

12. Fakta FGV dan Tabung Haji cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/556443/fgv-tabung-haji-pertimbang-jual-aset-perladangan-di-indonesia

13. Fakta Tun Mahathir sendiri mengaku secara terbuka bahawa beliau berminat untuk menjual aset untuk meraih pendapatan: “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-akan-jual-aset-demi-kurangkan-hutang-negara-tun-mahathir-210316.

14. Malah, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB): https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick?fbclid=IwAR1xt9UNGJJIKlGNt5uXEviULK5B5WKkWJHyo7_lRcPdW3PWuPQ823NmbWc

15. Kesemua laporan ini adalah berdasarkan rujukan langsung daripada portal utama seperti The Edge Markets, Reuters, Astro Awani, Deal Street Asia, The Malaysian Reserve, dan pelbagai portal berita arus perdana dalam negara. Adakah tuan Penasihat Media Perdana Menteri menuduh kesemua portal ini ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’? Jika ya, maka silalah ambil tindakan ke atas kesemua portal ini.

16. Seharusnya sebagai seorang Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ramai, beliau perlu menjawab kesemua persoalan yang diajukan Pensyarah Universiti Awam dengan matang dan profesional, bukannya bertindak mengeluarkan kenyataan di media sosial. 

17. Kurang manis apabila Penasihat Media Perdana Menteri ‘mengarahkan’ ‘Pihak UKM dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka’ di media sosial. Ini bukan sahaja kurang profesional dan kurang matang, tetapi juga bertentangan dengan prinsip kebebasan akademik yang dilaungkan pihak kerajaan selama ini.

18. Semoga tindakan Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ini tidak diulangi lagi pada masa akan datang, sekali gus tidak menghalang para pensyarah lain untuk terus terlibat memberi pandangan kritis kepada dasar-dasar kerajaan demi kemajuan negara kita bersama. 

19. Secara peribadi saya tiada dendam apatah lagi benci sama sekali terhadap Penasihat Media Perdana Menteri kita ini dan saya maafkan tuduhan beliau bahawa saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’. Namun, sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya tetap berpegang teguh dengan Falsafah UKM iaitu ‘"Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti". 

Maka insyaAllah saya akan terus memberi teguran dan pandangan kepada kerajaan, sesuai dengan tugas saya sebagai Pensyarah Sains Politik di UKM.

Terima kasih,
Abdul Muein Abadi

Opps!! Rupanya drama belum berakhir. Penasihat Medua Perdana Memteri menhawab kembali tulosan Abdul Muein Abadi.

 Kali ini tulisan A Kadir Jasin mendapat perhatian DS Najib Razak. Beliau menjawabnya seperti di bawah.





Malah,

16 Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak


Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau P Ramlee merupakan Notradamus bagi orang Melayu. Pada tahun 1957, Allahyarham Tan Sri P Ramlee menggubah lagu TUDUNG PERIUK yang merupakan salah satu lagu dalam filem SUMPAH ORANG MINYAK. Antara bait menarik dalam lagu tersebut adalah: 

Tudung periuk pandai menari,
Menarilah lagu putera mahkota,
Kainlah yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.

Cuba kita hayati baris senikata lagu yang pertama, "tudung periuk pandai menari",

Membawa maksud apabila nasi yang kita masak itu telah mendidih dan mengelegak sehingga tudung  itu menari di bibir periuk tadi. Namun, beras yang menjadi nasi itu masih tidak jatuh ke tanah.

Ini memberi maksud orang tua-tua Melayu terdahulu mempertahankan tanah air ini dari jatuh ke tangan bangsa asing meskipun terpaksa menggadaikan nyawa demi supaya anak cucu pada masa hadapan tidak lapar dan susah.

Baris kedua berbunyi "Menarilah lagu putra mahkota",

Membawa maksud mengikut perintah dan taat setia untuk mengangkat darjat supaya bangsa Melayu menjadi raja memerintah negara.

Namun, dalam rangkap seterusnya memberi maksud yang sangat mendukacitakan, "Kainlah yang buruk berilah kami", membawa maksud harapan yang sungguh mengecewakan. Ia bermakna bangsa Melayu hari ini mengharapkan belas kasihan supaya dapat berteduh di tempat sendiri malah terpaksa merempat di tanah air sendiri.

"Buat menyapu si air mata" bermaksud Melayu hidup dalam kesedihan sambil melihat semua yang dipertahankan oleh orang tua-tua Melayu telah jatuh ke bangsa asing. Kini Melayu hanya mampu menangis melihat kebanggaan hak mereka telah diambil oleh bangsa asing.

P Ramlee atau Nostrodomus Melayu sudah nampak lebih awal perkara ini akan berlaku.

July 3, 2019

18 Lagi Penipuan Pengistiharan Harta Ahli Parlimen



Pertama, jumlah aset Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir dengan isteri hanya RM25 juta? Di Opcom sahaja, Mukhriz pegang 23.28% saham, isteri dia pegang 14.11% saham melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

Jadi jumlah adalah 37.39%. Sepatutnya jumlah nilai harta RM37,984,501 jika diambil nilai pasaran Opcom sekarang berjumlah RM101.59 juta. Itu baru saham syarikat Opcom.

Kedua, harta Ahli Parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah Wan Ismail suami isteri adalah RM1,141,562.32. Manakala harta Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim suami isteri adalah RM10,748,658.83

Wajib perkara ini menipu kecuali Anwar Ibrahim mempunyai lebih dari seorang isteri tapi tidak diistiharkan.


July 2, 2019

15 SN Rayer Dan Lim Guan Eng Menipu Dalam Pengistiharan Harta?

Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang dan keluarga mereka mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong, (Warisan-Batu Sapi) hari ini yang membentangkan usul itu di Dewan Rakyat mewakili kerajaan menegaskan bahawa usul itu dibuat berlandaskan perjuangan kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) yang memperjuangkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan. Betulkah?



Pertama, bagi Ahli Parlimen Jeutong, SN Rayer, beliau sudah bertahun menjadi seorang peguam. Beliau sudah dua penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan setahun menjadi Ahli Parlimen dengan gaji sebnayak RM37,800, Namun, apabila deklarasi harta dibuat, tidak ada apa-apa harta distiharkan.

Kita husnuzon sajalah, mungkin beliau tiada kereta, hanya naik Grab. Tiada wang simpanan dan insurans serta saham amanah. Mana tahu mungkin beliau tinggal di bawah jambatan dengan memasang kelambu.



Kedua, Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng mungkin seorang penipu. Harga pembelian rumah  kontroversi 'banglo tanpa kolam renang' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dibeli dengan harga RM2.1 juta tetapi seluruh harta yang diisytiharkan kepada SPRM hanya RM1.35 juta. Mustahil harga aset di Pulau Pinang jatuh dengan mendadak. 

Semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah mengistiharkan harta memiliki bangunan rumah kedai di Melaka. Datuk Liew Vui Keong juga berkata, menipu deklarasi aset boleh dikenakan penjara. Mungkin kalau hendak menipu macai Tomato bolehlah.


Nota Tapak Kaki: YB Wong Chen dari PKR mempersoalkan deklarasi harta MP PH sebelum ini bilamana ada anak-anak MP menunjuk kemewahan luar biasa kepada umum. Tiba-tiba CTS teringat gambar anak-anak Azmin Ali.

8 Bila Blogger Tegar PH Dan Pendemo Tegar Seperti Tian Chua Dilantik Menjadi Ahli Lembaga Pengarah


Blogger Sat Dee telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Suruhanjaya Sekuriti (SC). Ketika Bursa Malaysia jatuh menyapu lantai, Sat Dee diangkat sekali lagi sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Persaraan Petronas. Sebelum PRU14, 

Sat Dee atau Ahmad Faris Rabidin adalah blogger yang aktif menghentam kerajaan BN. Siapa kata blogger tidak ada nilai? Jika kena gaya, dapat menjadi dua pengarah di dua syarikat besar dengan ganjaran ratusan ribu ringgit.

CTS juga ingin merakamkan tahniah kepada Tian Chua di atas lantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia. Mungkin ini adalah habuan tidak dapat jadi menteri. Tiada lantikan politik itu hanya dalam manifesto PH sahaja. Harap maklong.

Kesimpulannya, kalau seorang yang gagal dalam Diploma Kulinari boleh diangkat sebagai Menteri Pertahanan, apalah sangat seorang blogger dan pendemo tegar diangkat sebagai BOD kan?

9 Isu Dua Warga China Dilantik Menjadi BOD Khazanah, Azmin Ali Berbohong Lagi



8 Oktober 2018:

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata
Khazanah Nasional Bhd tidak pernah membincangkan mengenai pelantikan warga asing ke dalam Lembaga Pengarahnya.
1 Julai 2019:

Individu dari China antara anggota Lembaga Pengarah baru Khazanah.

Kesimpulannya, cakap Menteri PH terutama seperti Azmin Ali seumpama bontot ayam.

Nota Tapak Kaki:

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata,
Kerajaan tidak memerlukan kepakaran luar buat masa ini bagi membantu mengenal pasti punca gangguan kesihatan yang membelenggu pelajar sekolah di Pasir Gudang sejak Khamis lepas.
Namun Kerajaan PH membawa masuk dua warga China sebagai BOD Khazanah? Kepakaran apakah yang kita pelukan daripada dua warga asing dari China itu yang tiada pada anak tempatan?

July 1, 2019

16 Koleksi Posting Mufti Perlis Mengenai Gula Semperna Pelancaran Cukai Gula Hari Ini

Sempena meraikan pelancaran cukai gula hari ini, disertakan koleksi-koleksi terbaik dari laman sosial Facebook Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin tentang pemotongan subsidi gula. 

Hari ini suara-suara seperti ini sudah tiada lagi.

Al Fatihah.






9 Secara Rasminya, Malaysia Telah 'Dijual' Ke China



Tahniah Malaysia. Tahniah Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Berjuta Rakyat Malaysia yang ada. Tidak ada seorangpun yang layak untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Khazanah Malaysia Berhad, sehingga Kerajaan PH terpaksa melantik dua orang berbangsa asing dari China.

Selama ini elok sahaja Rakyat Malaysia menguruskan syarikat pelaburan Kerajaan ini sehingga mencatat keuntungan berbillion ringgit. Tahniah kepada Xiao'ou Tang, Lau Seng Yee dan Toh Puan Azian sebab dilantik ke dalam Lembaga Pengarah Khazanah.

Pada tahun 2016, Malaysia berjaya menerima pelaburan China sebanyak RM144 bilion, tanpa meletakan seorang pun warga China sebagai Lembaga Pengarah Khazanah atau mana-mana syarikat GLC.

Sekarang di bawah Tun Dr Mahathir dan Kerajaan PH, warga China sudah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Khazanah. Adakah ini satu syarat untuk mendapatkan Bon Panda dari negara China?

Tahun lepas apabila FGV mengalami kerugian, keputusan diambil untuk mengkaji semula gaji dan elaun pengarah FGV. Agak-agak Kerajaan PH akan turut mengkaji semula gaji pengarah-pengarah di Khazanah Berhad?

Bukan apa, tahun lepas bukan setakat FGV sahaja yang rugi, Khazanah pun turut rugi selepas diambilalih oleh PH. Lagipun, Khazanah di zaman PH bukan buat apa pun selain menjual harta  yang dikumpul oleh pentadbiran terdahulu.

11 Zaman PH, Jet Kerajaan Sudah Menjadi Jet Parti Bersatu




Mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya apabila Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir menggunakan jet peribadi rasmi Kerajaan untuk kegunaan peribadi dan parti.

Terbaru, jet rasmi Kerajaan digunakan untuk membawa Pengerusi Bersatu ke Kulim, Kedah untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Bersatu Peringkat Nasional.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates