June 29, 2019

8 Alahai Tun, Perkara Kecil Pun Nak U-Turn? Thanos Dan Thor Sajapun

27 Jun 2019:


28 Jun 2019:


29 Jun 2019:


Agak mengelikan hati apabila perkara kecil seperti watak kegemaran dalam filem Avengers:Endgame, Tun Dr Mahathir boleh buat u-turn. 27 Jun 2019, pilih Thanos. 28 Jun 2019, pilih Thor. Apabila ramai yang pertikai yang mana satu, Tun bagi penekanan pada Thor pada 29 Jun 2019.

Siapapun pilihan Tun tak pentingpun. Rakyat masih lagi tersepit dengan ekonomi yang sangat mencabar, harga barang masih tinggi, tukaran wang asing masih tinggi berbanding Malaysia dan peluang pekerjaan masih suram (mungkin kecuali untuk warga Afrika). Jadi suka hati Tun lah nak pilih siapapun.

Kesimpulannya, to recap,


6 Menteri Putar Alam Mahu Ambil Pekerja Afrika Pula

O6 Jun 2018:


28 Jun 2019:


Pada 6 Jun 2018, M Kula berkata kebergantungan kepada pekerja warga asing perlu dikurangkan secara berperingkat dan digantikan dengan penggunaan automasi dan teknologi.

Pada 28 Jun 2019, M Kula betkata Kerajaan akan mempertimbang untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing.

Kesimpulannya, ini adalah pencapaian M Kula selama setahun. Fahamkan kenapa Rakyat gelar kerajaan PH Kerajaan flip flop?

7 Beebi Koya Menjawab Isu Bar Perkhidmatan




Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya hari ini mengeluarkan Kenyataan Media menjawab persoalan bar perkhidmatan. Beebi Koya seharusnya menjajwab mengaku salah dan 'move forward' sudahlah. Pusing-pusing bagi alasan kenapa? You bukan pembangkang lagi. Petikan daripada Kenyataan Media beliau,
Pertamanya, bar ribbon yang dikepilkan ke atas saya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang telah mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti yang disenaraikan.
Jika pemakaian bar riben Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah mengikut Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar) Bil 1 Tahun 2012, jenapakah bar riben yang dipakai Ketua-ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini tidak serupa bar riben yang dipakai oleh Beebi Koya?

Foto pakaian seragam yang dipakai oleh TS Abu Kassim, DS Shukri Abdull atau DS Zulkifli Ahmad boleh didapati di capaian Google dengan mudah.



5 Kantoi Isu Menipu Susu 1Malaysia, Kementerian Pendidikan Buat U-Turn




Akhirnya 'jumpa sudah' susu 1Malaysia yang dilaporkan hilang oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee kepada SPRM. Setelah kantoi menipu, Kementerian Pendidikan hari ini menfhentikan pengedaran kotak susu 'pelekat khas'.

Program Susu 1Malaysia yang sebelum ini dibekalkan ke sekolah-sekolah telahpun ditamatkan oleh Kementerian Pendidikan dan digantikan dengan Program Susu Sekolah Daily Dairy. Sekali dikopek pelekat luaran, ternyata mereka telah menmjcuri kotak Program Susu 1Malaysia.

Menteri Pendidikan bukan sahaja perlu membuat u-turn, malah beliau wajib meminta maaf kepada Kerajaan terdahulu kerana memfitnah susu 1Malaysia hilang.


June 28, 2019

14 Pictures Collection Of Tan & Tun

People said, wherever there is a Tun, there must be a present of a Tan.











Footnote - Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad is a great fan of fictional supervillain Thanos of the Marvel Cinematic Universe (MCU).

“I like the big one. Yes, Thanos,” he said, when asked whether he was referring to Thanos. No wonder la.

16 Banyak Betul Bar Perkhidmatan Beebi Koya Pakai?




Baru sehari dua Latheefa Beebi Koya dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, bar/riben perkhidmatan (service bar/service ribbon) pada baju seragam Latheefa hampir penuh.

Pada pakaian setiap anggota beruniform terdapat bar/riben perkhidmatan (bulatan kuning di atas).  Semakin lama mereka berkhidmat dan semakin banyak jasa dan pengorbanan yang mereka lakukan, semakin banyaklah riben perkhidmatan tersemat di dada.

Tidak ada orang SPRM kah yang boleh menasihati beliau cara pemakaian pakaian seragam yang betul? Apa pingat yang Latheffa perolehi sehingga beliau boleh memakai bar perkhidmatan penuh di baju? 

Protokol di zaman Kerajaan PH memang ke laut. Bayangkan ini baru sehari dua. Kalau setahun rasanya bar perkhidmatan dan pangkat Latheefa pastinya sehingga ke lutut seperti gambar di bawah. Memalukan SPRM!!


Nota Kaki - Mungkin Beebi Koya beli riben/bar perkhidmatan di Shoppee kot?


June 27, 2019

16 Terbit Bon Konon Ambil Alih Tol, Itu Bon Tot Sebenarnya Guan Eng


Di atas adalahh Kenyataan Media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan tawaran pengambilalihan 4 lebuhraya -KESAS, LDP, SPRINT & SMART.

Ini bukan ambil alih namanya. Ini namanya membayar pampasan kepada syarikat konsesi untuk mengurangkan kutipan tol atau apek ini panggil 'caj kesesakan' luar waktu puncak dan percuma bagi waktu bukan puncak sehingga tempoh konsesi tamat.

Lagi hina, selepas konsesi tamat, 'caj kesesakan' akan diteruskan untuk menampung kos operasi. Penyelesaian 'menang menang' apakah yang kau maksudkan ini Guan Eng?

Dalam Manifesto Buku Harapan tiada janji untuk ambil alih konsesi dengan menerbitkan bon. Terbit bon bermaksud tambah lagi hutang negara. Bila tidak cukup kutipan, wang Rakyat yang akan digunakan untuk membayar. Bukankah syarikat pemegang konsesi sudah membuat keuntungan? Adakah Kerajaan PH Kerajaan Rakyat atau Kerajaan Syarikat Konsesi?

June 26, 2019

14 Zaman BN = Halal Hub, Zaman PH = Porn Hub


Terbukti PH = PornHub, apabila video intim Azmin-Haziq dikatakan berada di laman web lucah tersebut sejak pagi ini. Dikatakan video berkenaan telah ditonton lebih 10,000 kali, setakat posting ini ditulis.

Video klip baharu yang dikatakan 'Part 4' bertajuk 'Scandal Azmin Ali Full' boleh didapati di laman PornHub, memaparkan aksi intim di antara bekas pegawai politik Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang lelaki mirip Menteri Ekonomi.

Klip video berdurasi 9.10 minit itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini.

Tahniah Malaysia, jika di zaman Kerajaan BN terkenal dengan Halal Hub, di zaman Kerajaan PH terkenal pula dengan Porn Hub. Janji ada Hub kan?



June 25, 2019

13 Kenyataan-Kenyataan Media Kelakar Era Kerajaan Pakatan Harapan

Semalam, kita dihidangkan dengan Kenyataan Media jenaka daripada Menteri Pertahanan yang terlewat dua jam untuk bertemu Perdana Menteri di London. Kenyataan Media dikeluarkan hanya selepas seminggu berlalu.


Hari ini dua lagi Kenyataan Media pelik tapi benar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Pertama memgenai isu pencemaran udara di Pasir Gudang. 


Tolong fahamkan saya, kenapa sampai 5 orang sekaligus hendak mengeluarkan satu Kenyataan Media berjumlah 7 perenggan?

Di musim perayaan ini biarlah langsir dan baju saja yang sedondon. Buat kenyataan rasmi takkan nak sedondon juga? Atau mungkinkah kelima-lima badut ini cuba mengelakkan ketidakseragaman kenyataan seperti yang berlaku antara Zuraidah Kamaruddin dan Yeo Bee Yin dalam isu Sungai Kim Kim?

Kedua, Kenyataan Media dari FELDA hari ini amat kelakar. Ada jalan cerita, ada unsur drama dan ada petikan dialog. Apa pengurusan FELDA di zaman Malaysia Baharu ingat Kenyataan Media ini adalah satu certot?

Adakah ini Kenyataan Akhbar atau satu esei SPM. Boleh pulak ada dialog bagai. Ini urusan rasmi dan bukan kenyataan Facebook atau Istagram.

9 Status Sungai Kim Kim, Kejap Bersih Kejap Tidak, Berapa Banyak Mau U-Turn Da?


19 Mac 2019, Yeo Bee Yin kata Sungai Kim Kim disahkan selamat.


23 Jun 2019, bila kejadian yang sama berulang di Pasir Gudang, Zuraidah Kamaruddin tampil menjadi heroin dengan mengatakan sisa toksik di Sungai Kim Kim belum lupus sepenuhnya.


24 Jun 2019, belumpun panas bontot menyaksikan drama certot ini, Zuraidah membuat u-turn, antara yang paling cepat dalam sejarah Kerajaan PH, dengan mengatakan kawasan Sungai Kim Kim telah dibersihkan sepenuhnya. Betul Zuraidah? Tak sampai 24 jam?

Kesimpulannya, cakap Menteri PH ini, dengar boleh, percaya jangan. Semua Menteri dan Timbalan ada ilmu yang diturunkan Perdana Menteri iaitu ilmu u-turn.

9 Kekanda Wakanda Mujahid Guna Kursus Haji Untuk Ceramah Politik



Adalah tidak profesional dan beretika bagi Menteri Agama, Mujahid Yusuf Rawa menggunakan Kursus Perdana Haji untuk menyebarkan ceramah politik. Kursus Perdana Haji bukan medan propaganda politik untuk menghasut bakal-bakal jemaah supaya marah dengan Kerajaan terdahulu dan pengurusan Tabung Haji (TH) yang lalu. 

Daripada awal penubuhan sehinggalah hari ini tidak pernah dilaporkan TH rugi, bahkan bermula 2009, keuntungan bersih setelah ditolak cukai dan zakat, keuntungan TH mulai melangkaui angka lebih RM1 billion. Hanya apabila Mujahid naik sebagai Menteri, TH dikatakan rugi, akaun ditipu dan macam-macam tuduhan dan dakwaan. 

Jika benar akaun TH dimanipulasi, Jabatan Audit Negara adalah badan pertama perlu mengeluarkan kenyataan kerana selama ini merekalah yang mengaudit akaun dan laporan kewangan TH. Parlimen juga harus bertanggungjawab kerana dibentangkan dan diluluskan setiap tahun di Parlimen. Sebab itulah yang terbaik tubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) sebagaimana janji Pakatan Harapan juga dalam manifesto mereka. Ada berani Mujahid?

June 24, 2019

17 Akibat Tiada 'Whatsapp Group', Pejabat Menteri Pertahanan Buat Kenyataan Akhbar Minta Maaf Kepada Perdana Menteri


Di zaman pemerintahan Kerajaan PH, pelbagai kebodohan Menteri dan Pejabat Menteri dapat dilihat. Kenyataan Media di atas adalah bongkak dan tidak bertanggungjawab dari Pejabat Menteri.

Kelewatan penerbangan 2 jam bukan perkara disengajakan. Ia lazim terjadi kepada mana-mana penerbangan sekalipun. Beberapa persoalan boleh ditimbulkan daripada Kenyataan Media yang bodoh seperti di atas:

1. Untuk tujuan apakah Kenyataan Media di atas dikeluarkan? Kenapa Kenyataan Akhbar baru dikeluarkan selepas lebih seminggu kejadian berlaku?

2. Menteri Pertahanan buat temu janji untuk berjumpa Perdana Menteri Malaysia di London buat apa? Sekarang selepas seminggu kejadian, sudah jumpa Perdana Menteri atau belum?

3. Menteri Pertahanan tidak ada nombor telefon pegawai Perdana Menteri Malaysia atau 'whatsapp group' sehingga terpaksa buat kenyataan akhbar untuk memaklumkan kepada beliau punca kegagalan hadir dalam temu janji. 

4. Apa perkara yang penting sangat sampai terpaksa singgah di London dari Perancis untuk berjumpa Perdana Menteri Malaysia? Negara hendak berperang ka?

Kesimpulannya, pertama, kalau tidak bodoh bukan Menteri dan Pejabat Menteri Kerajaan PH. Kedua, Menteri PH berlumba-lumba hendak tunjuk siapa paling bodoh.

9 Kronologi Drama Sebabak, Aku Nak Jadi PM

Kronologi perjanjian PENYERAHAN KUASA PM daripada Mahathir Mohamed kepada Anwar Ibrahim:

15 May 2018
Saya mungkin jadi PM untuk 1-2 tahun sahaja.
(Mahathir)

3 November 2018 
Kalau Anwar izin, saya jadi PM 2 1/2 tahun.
(Mahathir)

24 Februari 2019 
Kekal sokong saya, Anwar akan jadi PM lepas 2 tahun.
(Mahathir)

29 Ogos 2018
Saya percaya Mahathir akan tunai janji serah jawatan PM.
(Anwar)

19 Mac 2019
Saya yakin PM akan serah jawatan pada bapa saya.
(Nurul Izzah)

22Jun 2019
Saya akan serah jawatan PM pd Anwar ikut keadaan semasa.
(Mahathir)

23 Jun 2019
Tiada perjanjian rasmi serah jawatan PM kepada Anwar.
(Rais Yatim)

24 Jun 2019
Saya jadi PM takkan lebih 3 tahun.
(Mahathir)

25 Jun 2019 (Terkini dan sensasi ... u-turn)
Saya tak kata akan letak jawatan dalam masa 3 tahun.
(Mahathir)

Kesimpulannya, dialog filem P Ramlee bertajuk Madu Tiga yang berbunyi,
Dan begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampus.









 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates