June 22, 2019

7 Mesra Sungguh Anwar - Maszlee Berpegangan Tangan




Kalau 10 tahun dulu lelaki sama lelaki berpegangan tangan mungkin tiada siapa yang perduli. Namun, tidak sekarang dengan tersebarnya video intim lelaki dengan lelaki, perkara ini kini pasti menjadi satu topik bualan.

Pastinya kemesraan berpegangan tangan di antara Ahli Parlimen Port Dickson dan Ahli Parlimen Simpang Renggam sewaktu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman Rasmi Menteri Pendidikan di Putrajaya, pasti mengundang senyuman netizen.

Kalau tanya CTS, suka hati hangpa lah. Jangan keluar video versi terbaru sudah. Cumanya CTS teringat lagu lama nyanyian Broery Marantika dan Sharifah Aini, di mana liriknya kurang lebih seperti di bawah:

Seiring dan sejalan
Seindah bunga di taman
Bak burung nan megah
Kanda kupuja
Bahagia kita berdua

Berlari berkejaran
Lupakan segala duka
Di kota di desa
Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua

Dinda
Kanda
Burung pun turut menyanyi
Tawa
Riang
Dan cinta mula bersemi
La la la la la la la la.

34 Bagaimana Agaknya Beebi Koya Dan SPRM Mahu Melucutkan Hak Perkara Ini?


Sebanyak 41 individu dan / atau entiti diugut akan dikenakan saman lucut hak oleh SPRM. Kita tahu SPRM hanyalah Pandir yang mengikut arahan. Persoalannya, bagaimana saman lucut hak hendak dilakukan ke atas entiti di bawah.

Pertama, bagi Program Khas Haji, adakah SPRM mahu menyaman kesemua 5,500 orang peserta yang ditaja sejak tahun 2012? Adakah wang saku sebanyak RM1,000 kepada peserta turut diminta balik?

Begitu juga syarikat swasta yang merupakan agensi perlancongan menguruskan pakej umrah untuk jemaah. Adakah perlu mereka mendapatkan balik duit bayaran umrah kepada peserta yang ditaja?



Kedua, bagi kegunaan pembangunan semula Masjid Kampung Baru, adakah struktur masjid yang dibina akan dirobohkan. Adakah AJK Masjid akan turut disaman?



Ketiga, rupa-rupanya DS Najib Tun Razak membeli kain bermutu tinggi di Jakel Trading Sdn Bhd untuk dihadiahkan kepada 14,254 imam dan 138,746 AJK Masjid bagi dibuat jubah. Ingatkan beliau membeli belah untuk kegunaan isterinya DS Rosmah Mansor? Itulah jumlah RM55 juta yang dibelanja, jadi purata seorang adalah sebanyak RM360 sepasang. 

DAP sudah melaporkan kepada SPRM sejak tahun 2016. SPRM tidak dapat sebarang bukti jenayah sejak dahulu dan sekarang Beebi Koya hendak buat dakwaan di bawah saman sivil? Eloklah Beebi Koya minta Tok Imam dan AJK Masjid pulangkan sahaja jubah itu kepada SPRM.




Kesimpulannya, idea saman lucut hak ini memang idea bodoh dan bangang.

June 21, 2019

18 Video Joget Hari Raya FGV Holdings Tular Di Media Sosial






Tahun ini peneroka Felda menyambut Hari Raya Aidil Fitri secara ala kadar. Maklumlah, harga sawit dan getah berada di bawah paras kemiskinan. Bantuan hari raya pun cuma RM300. Itu pun lepas peneroka mengamuk.

Alasan yang diberikan oleh Kerajaan PH adalah Felda dan Felda Global Ventures (FGV) Holding rugi disebabkan pentadbiran Kerajaan lalu. Oleh itu, Kerajaan PH tidak boleh bagi duit raya yang banyak kepada peneroka.

Oleh itu, sambutan Hari Raya FGV pun sekadar ala kadar sahaja. Makanan yang ada cuma rendang sawit. Bagi bersimpati dengan nasib peneroka Felda, kakitangan dan pengurusan  FGV berjoget menghiburkan hati. Sedih kan?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
TAHUN DEPAN JOGET LA LAGI

22 Drama 1MDB Bersambung 'Chapter 2.0' Di Bawah Beebi Koya

Semalam,


Hari ini,


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.


Pertama, permohonan lucut hak RM270 juta oleh  Beebi Koya dan SPRM hari ini adalah satu yang menggelikan hati. Kita ingatkan mereka akan tampil dengan nilai dengan lebih besar  Sebaliknya hanya RM270 juta. Ini kerana UMNO dan DS Najib Razak dituduh mencuri RM42 billion. 

Kedua, adakah Beebi Koya dan SPRM yakin ini adalah wang curi dari 1MDB? Apa buktinya? Bukankah kes 1MDB masih belum dibicarakan dan dirayu supaya ditunda oleh Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri? Bukan sekali ditangguh. Berkali-kali tangguh ke Ogos 2019 dan kemudian tangguh ke Oktober 2019.



Ketiga, tidakkah Beebi Koya dan SPRM mahu mengutip kembali nilai sumbangan haji daripada ribuan Jemaah Haji yang telah ditaja oleh Yayasan 1MDB oleh Kerajaan BN sebelum ini?

Keempat, adakah drama 1MDB 'Chapter 2.0' ini ditimbulkan semata-mata untuk menutup kes seorang Menteri yang gagal menjaga punainya?

12 Wayang Opera Cina Menteri Pengangkutan Kantoi


Pemilik akaun sosial media Facebook yang bernama Louis Lim Chun Weng meletakkan status di akaunnya berbunyi:
Kalau nak jumpa Liow (Tiong Lai, mantan Menteri Pengangkutan) kena pergi ke hotel mewah. Nak jumpa Anthony Loke (Menteri Pengangkutan DAP) naik keretapi sahaja dah boleh jumpa.
Semakan mendapati Louis Lim adalah Setiausaha Sulit Menteri Pengangkutan DAP. Baik punya wayang. Setiausaha sulit acah-acah jadi rakyat marhaen, acah-acah kebetulan terjumpa Menteri dan minta netizen tularkan. Opera Cina betul.

June 20, 2019

13 Apabila Ketua Penyiasat Duduk Makan Semeja Dengan Orang Yang Disiasat


Dalam Malaysia Baharu, semuanya boleh. Dalam situasi siasatan video intim Azmin Ali - Haziq sedang berjalan, boleh pula Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Menteri Dalam Negeri dan orang yang disiasat duduk makan semeja.

Dengan Mufti, Azmin sudah berjumpa. Dengan YDP Agong, Azmin sudah mengadap. Mungkin barisan orang-orang ini nerupakan talian hayat yang terakhir buat Azmin untuk membersihkan dirinya.

Mungkin dengan duduk semeja di antara pihak yang menyiasat dan pihak yang disiasat serta pihak yang hendak mendakwa, ketelusan,  dan kredibiliti semua pihak akan terjamin. Agaknya apa dialog Peguam Negara dan Azmin Alo seperti di bawah ya?


Kesimpulannya, tajuk Utusan Malaysia membodek Azmin Ali tak boleh blah, kata bebudak weChat.


18 Selepas Mufti Selangor, Mufti Pulau Pinang Juga Tidak Menghormati Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri




Kata Mufti Pulau Pinang,
Pihak berkaitan perlu jumpa dan berunding, selesaikan cara baik. Tidak perlu bersumpah (mubahalah).
Perkara ini tak perlu dibesarkan, dalam Islam apa juga aib orang tidak patuh didedahkan, apatah lagi aib diri sendiri.
Kalau ikut hukum Islam, dia (Haziq) boleh dikenakan hukuman Qazaf, rotan. Tetapi, dia masih boleh menarik balik tuduhan berkenaan.
Bahkan, kata mufti lagi, menurut perundangan syariah, Haziq yang membuat pengakuan melakukan aksi ranjang bersama lelaki didakwa sebagai Azmin boleh dikenakan hukuman qazaf.

(Sumber: Malaysiakini)

Seorang lagi Mufti Kerajaan PH yang bercakap tanpa menghormati Seksyen 41, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Pulau Pinang.

Amat memalukan hakim-hakim Mahkamah Syariah dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam, negeri Pulau Pinang sahaja.

Ini kerana berdasarkan Seksyen 41, Enakmen di atas, Qazaf tiada kaitan dengan jenayah liwat / semburit,  cuma perlakuan zina.

Sebagai penjawat awam, amaran Mufti Pulau Pinang untuk mengambil tindakan qazaf jika Haziq tidak menarik balik pengakuan merupakan satu kesalahan mengganggu siasatan polis dan berbau ugutan kepada saksi.

Di Malaysia, hubungan seks sesama jantan adalah kesalahan jenayah (criminal) bukan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah.

7 Speaker Dewan Rakyat Lagi Seorang Muka Tembok Ambil Kredit Orang



Sektor pendidikan terutama bagi institusi pengajian tinggi untuk menampakkan perubahan bukan boleh dilakukan dalam sebulan dua dan ianya adalah satu usaha yang berterusan

Di bawah disertakan fakta ranking atau kedudukan Universiti Malaya (UM) dan pembac nilaikanlah sendiri usaha Kerajaan mana dan siapa yang patut dapat kredit;

Tahun 2014 ranking 167
Tahun 2015 ranking 151
Tahun 2016 ranking 146
Tahun 2017 ranking 114

Tahun 2018 ranking 87
Tahun 2019 ranking 70

Sumber baca di sini. Buat Nga Kor Ming, anda dan seluruh jemaah Menteri Kerajaan PH adalah muka tembok dan tidak tahu malu yang acapkali sewenang-wenangnya mengambil kredit usaha orang lain. Rakyat tidak terkejut.

June 19, 2019

12 Geng Teksi Berdemostrasi di JPM, Putrajaya Pagi Ini




Lebih 1,000 pemandu teksi di bawah Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) berhimpun di depan Pejabat Perdana Menteri di sini antaranya bagi menuntut hak sama rata dalam industri teksi negara.

Laa ... kenapa berkumpul hari ini? Perdana Menteri sedang berada di Thailand menghadiri Bangkok Asean Summit. Lusa baru balik. Lagioun nasi sudah menjadi bubur. Dulu mereka ini kufur nikmat. Banyak yang Kerajaan berikan kepada mereka namun mereka tidak tahu bersyukur. Sekarang .... haa tepuk!

10 Dulu Saya Difitnah Ada Ijazah, Sekarang Saya Difitnah Pakai Topi PhD



Seorang Menteri berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dipakaikan jubah konvo dengan topi bulat PhD. 

Ini  betul- betul menghina ketinggian ilmu dan martabat warga universiti. Benarlah Malaysia adalah Negara Kakistokrasi.

Nota Kaki - Kakistokrasi didefinasikan sebagai sebuah pemerintahan di bawah pimpinan orang yang paling teruk dan tidak layak memimpin.

19 Azmin Kata Perbuatan Orang Dalam, Mukhriz Pula Kata Orang Asing Sebagai Dalang





Azmin Ali  sudah mengeluarkan kenyataan , video intim adalah kerja orang dalam parti. Tuan punya diri sendiri sudah mengaku.

Tetiba kalut pulak si Mukhriz @ Boboi buat Kenyataam Media memberitahu bahawa video itim ini adalah kerja orang luar dari Malaysia. 

Mungkin beliau bermaksud ajen-ajen luar seperti CIA, Mossad dan sebagainya. Nasib baik beliau tidak membuat dakwaan ada makluk asing seperti filem Man In Black yang membuat perancangan dan konspirasi menjatuhkan Kerajaan Malaysia.

Hang pi belajar atuq open house bagi makanan cukup dulu la baru nak sembang bab-bab komspirasi semua ni semua Mukhriz oiiii. Rumah Terbuka Aidil Fitri dengan Sultan dan Sultanah Kedah pun Rakyat terpaksa salam dalam 'sangkar' besi.

June 18, 2019

17 Adakah Perlu Menjemput Bukan Islam Untuk Membina Kurikulum Pendidikan Islam?



Satu cadangan yang bagus sekiranya Kerajaan PH bercadang meminta pandangan Rakyat atau buat sesi pendengaran awam untuk dapatkan input Rakyat. Ini menunjukkan sikap keterbukaan Kerajaan dalam menerima pandangan.

Tapi, tidak perlulah sehingga Kementerian Pendidikan hendak merangka Kurikulum Pendidikan Islam baru untuk sekolah-sekolah pun kena dapatkan pandangan dan cadangan orang Bukan Islam? Teo Nie Ching hendak mengajar dan membaiki Fardhu Ain Umat Islam, beliau sendiri hendak mandi pagi pun malas.

Kedua, apoakah motif Teo Nie Ching memadamkan status kontroversi beliau di laman sosial Facebook seperti di atas? Adakah Teo Nie Ching cuba memindahkan KEKURANG AJARAN dan KEBIADAPAN mencampuri hal ehwal Agama Islam oleh bukan Islam kepada Dr Maszlee Malik pula?

Tambah baik mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menjemput individu,  kumpulan dan intitusi TANPA MENGIRA BANGSA, AGAMA untuk kemukakan cadangan. Tolol mana yang berkata Islam di bawah Pakatan Harapan tidak terancam? Baca pautan di sini.

June 17, 2019

11 Sam Ketot Kantoikan Azmin Elak Dari Dikambing Hitamkan


Daripada Kenyataan Media isu perlantilan Haziq Abdullah di atas, terdapat 5 fakta penting iaitu:

1. Haziq sudah lama berada di dalam PKR sejak 2012, bermula umur 19 tahun, beliau adalah pengasas dan Presiden. Mahasiswa Keadilan, sebuah sayap PKR.

2. Sebelum dilantik bekerja di bawah YB Sam Ketot, Haziq pernah terlibat dengan beberapa pimpinan PKR, antaranya menjadi pelatih (intern) di firma guaman YB Baru Bian, yang sekarang ini merupalan Menteri Kerja Raya, pelatih bersama Lawyers for Liberty (YB Sivarasa Rasiah, Puan Latheefa Koya dan N.Surendran) dan juga pelatih di Pejabat Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

3. Haziq tidak pernah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan perkara ini telah disahkan oleh Datuk Awang Bujang Awang Antek, Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak. 

4. Penglibatan Haziq dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nancy Shukri hanyalah sebagai seorang pelatih Perdana Fellow.

5. Penasihat Utama PKR Negeri Sarawak menjelaskan bahawa Haziq tidak pernah keluar dari parti PKR.

Oleh yang demikian, bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. Kalau ada pimpinan PKR berkata tidak kenal Haziq yang merupakan pengasas dan bekas presiden sayap parti PKR, beliau memang kaki kelentong.

2. Sesiapa mendakwa Haziq budak BN baru masuk PKR bolehlah kemaskini fakta, sebab Haziq dari awal-awal baligh sampai sekarang masih dan tidak pernah keluar PKR. Haziq hanyalah merupakan pelatih dengan YB Nancy di Perdana Fellow. Syed Saddiq pun pernah menjadi pelatih program yang sama  di bawah YB Nancy dulu.

3. Azmin berbohong dengan semua orang apabila mendakwa hanya kenal dari jauh sahaja sedangkan Haziq merupakan bekas pelatih beliau di pejabat Menteri Besar Selangor dulu.

Kesimpulannya, anda boleh berbohong pada satu satu ketika tetapi anda tidak boleh berbohong pada setiap masa. Sam Ketot terpaksa mendedahkan semua ini, mungkin tidak mahu jadi kambing hitam.

17 Azmin Ali Dan Rafizi Ramli Kata Tidak Kenal Haziq, Hakikatnya Twitter Membuktikan Sebaliknya

Azmin Ali berkata,
Saya mengenalinya (Haziq) daripada jauh sebab dia ahli parti (PKR), dia pernah menjadi ahli parti kemudian menyertai pembangkang selepas menang (Pilihan Raya Umum) lompat balik ke parti Keadilan. Ini karakter indvidu yang diperalatkan dalam fitnah ini.

 
Hakikatnya,







Rafizi Ramli pula berkata,

Si penuduh, Sdr Haziq tidak pernah bersama saya. Beliau sepanjang masa rapat dengan orang lain.


Hakikatnya,







Kesimpulannya, Azmin Ali Kata Twitter yang salah. Min ... Min ...


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates