June 15, 2019

16 Berita Jenaka Aidil Fitri MP Port Dickson


Mungkin berita berkenaan boleh diteruskan seperti berikut:
TPM juga akan bermalam di rumah MP Port Dickson. Dijangkakan TPM akan tidur sekatil dengan MP Port Dickson
Pening CTS dengan tajuk berita sebegini. Mungkin ini saja caranya untuk mengalihkan perhatian isu Azmin-Haziq.

Bukan setakat itu sahaja, banner Rumah Terbuka Aidil Fitri ADUN Kota Damansara juga menimbulkan kelucuan. Ini kerana di atas banner berkenaan, MP Port Dickson dinobatkan sebagai "Perdana Menteri Ke 8 (Dalam Masa Menunggu)".

Sepatutnya Berita Harian tulis,
"TPM hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PM 8 (Dalam Masa Menunggu)"

Kesimpulannya, PKR memang sebuah parti yang kelakar.




June 14, 2019

20 Penipuan Demi Penipuan Isu Sensasi Azmin-Haziq

Penipuan Pertama

12 Jun 2019:

"Saya cam, itu bukan dia. Bukan dia, itu orang lain, itu bukan dia (Haziq)." - Ketua Cabang PKR Santubong, Ahmad Nazib Johari.

13 Jun 2019:

"Sepanjang bertugas sejak enam bulan lalu, dia (Haziq) tidak nampak tanda atau bersikap pelik seperti 'golongan itu' (gay)."

"Justeru tindakan (melakukan hubungan sejenis) beliau ini sangat mengejutkan dan tentunya tidak diduga." - Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kesimpulan - Ahmad Nazib nafikan pelakon dalam video seks tersebut bukan Haziq manakala Shamsul Iskandar pula kata dia terperanjat tahu Haziq seorang gay.

Penipuan Kedua

13 Jun 2019:

“Kami berbual tentang video yang tular itu. Haziq menyatakan kekecewaan atas permainan politik jijik dan beliau tegaskan bahawa video palsu dan beliau bukan karakter dalam video itu." - Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham.

13 Jun 2019:

"Dia (Hilman) paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya." - Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Kesimpulan - Hilman kata, Haziq mengaku dia bukan pelaku dalam video seks tersebut. Haziq pula kata, Hilman paksa dia berbohong.

Penipuan Ketiga

12 Jun 2019:

"Tidak pernah nampak Haziq ketika PRK Sandakan." - Hilman Idham.

13 Jun 2019:

"Saya pergi Sandakan hari Rabu dan pulang hari Khamis, ketika beliau (Haziq) kata ada di sana (Sandakan) 11 Mei. Saya fikir 11 Mei hari Sabtu, hari bekerja kementerian hanya pada hari Isnin sampai Jumaat. Mungkin kerana lepas waktu pejabat," - Shamsul Iskandar.

Kesimpulan - Hilman kata tidak nampak kelibat Haziq di Sandakan, Shamsul Iskandar pula kata, dia dimaklumkan Haziq di sana, tetapi bukan atas urusan kerja.

Penipuan Keempat

13 Jun 2019:

"Bagaimanapun selepas BN tumbang pada PRU14, dia menyertai PKR dan saya pelik bagaimana dia boleh menawarkan diri menjadi calon Ketua AMK Cabang dan memenangi jawatan itu." - Hilman Idham.

13 Jun 2019:

"Saya mengenalinya dari jauh, sebab dia ahli parti. Dia pernah menjadi ahli parti (PKR), kemudian menyertai pembangkang." - Azmin Ali.

Kesimpulan - Hilman kata, Haziq masuk PKR selepas BN tumbang. Azmin pula kata, Haziq memang ahli PRK sejak dahulu.

Penipuan Kelima

13 Jun 2019:

"Keluarga tidak tahu di mana Haziq berada." - Shamsul Iskandar.

13 Jun 2019:

"Betul (mengadakan pertemuan dengan Haziq di Hotel Marriot, Putrajaya)." - Hilman Idham.

Kesimpulan - Shamsul Iskandar kata, keluarga Haziq gagal hubungi dan tidak tahu lokasi Haziq. Anehnya Hilman boleh hubungi Haziq dan adakan pertemuan di Putrajaya.



June 13, 2019

17 Sejak Bila Qazaf Dikenakan Ke Atas Peliwat?


Qazaf adalah hukuman kepada mereka yang membuat tuduhan berzina ke atas perempuan-perempuan yang secara zahirnya tampak baik. 

Justeru apabila Setiausaha Politik Azmin Ali, Hilman Idham membuat laporan qazaf mengenai video yang tersebar, ada dua persoalan seperti di bawah yang perlu dijawab:

1. Adakah Azmin termasuk di dalam kategori perempuan baik-baik sebab beliau berwatak pasif di dalam video tersebut?

2. Sejak bila meliwat termasuk di dalam kategori zina? 

Melemparkan tuduhan zina yang tidak berasas adalah diharamkan oleh syarak berasaskan pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya,

1. Firman Allah Ta’ala:

Maksudnya : Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke atas perempuan-perempuan yang suci bersih kemudian tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan merekalah orang-orang fasiq.

2. Firman Allah Ta’ala:

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berzina) kepada wanita-wanita yang baik dan yang lupa (melakukan perbuatan keji) lagi beriman, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi mereka azab yang pedih.

3. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya : Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan, mereka bertanya ya Rasulullah apakah dia itu ? Rasulullah menjawab : “Menyengutui Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada peperangan di jalan Allah dan menuduh perempuan yang baik lagi beriman berbuat zina.


Kedua, di dalam kes DS Anwar Ibrahim vs Mohd Saiful Bukhari Azlan, Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, iaitu badan tertinggi dalam kehakiman syariah, telah membuat keputusan kes menuduh liwat tidak termasuk dalam jenayah Qazaf.

Kesimpulannya, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan tidak perlu membuang masa menyiasat laporan Setiausaha Politik Menteri terbabit.

8 Isu Pengakuan Sumpah Haziq, Pengiklan Bijak Mengambil Peluang






Cukup kreatif dan kelakar. Pengiklan bijak memanipulasi isu pengakuan sumpah Haziq ala-ala Pengisytiharan Hari Raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk memasarkan produk merekap

Serius, mereka pandai menggunakan isu semasa untuk melakukan promosi produk atau perkhidmatan. Inilah cara pemasaran alaf Malaysia Baru.

5 Lim Guan Eng Kenakan Cukai Lagi Untul Hartanah Lebih 5 Tahun



Tahukah anda, 

Dibawah Kerajaan Malaysia Baru, Rakyat yang memiliki sesebuah hartanah melebihi 5 tahun juga dikenakan cukai jika ingin menjualnya. Bermula 1 Januari 2019, setiap hartanah yang dimiliki lebih 5 tahun dan mahu dijual akan turut dikenakan Cukai Keuntungan Hartanah sebanyak 5%

Sebelum ini ketika era BN, Cukai Keuntungan Hartanah hanya dikenakan bagi pemilikan di bawah 5 tahun dan mahu menjualnya. Apabila memasuki tahun keenam dan seterusnya, tiada cukai dikenakan terhadap urusan jual beli hartanah terbabit.

Dengan kaedah yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia Baru ini, semakin lama sesebuah hartanah dimiliki dan mahu dijual, maka semakin banyaklah duit rakyat akan dikenakan cukai dan masuk ke kantung kerajaan.

Haa ... tepuk!!!

June 12, 2019

17 Belum Sempat Sembahyang Hajat, Bahagian Kedua Video Keluar Pula


Katanya, malam ini ada Sembahyang Hajat di kediaman Menteri Besar Selangor oleh pimpinan dan penganut PKR. Ironinya sebelum hajat diminta, kMalaysiakini menjadi media terawal mendedahkan mengenai kewujudan video peribadi kedua (Part 2) mirip pemimpin Pakatan Harapan. Baca di sini.

Dalam pendedahan tersebut, terdapat "screenshot" aplikasi Whatsapp dengan nombor telefon +6011-6135 7966 dan menggunakan nama samaran "Najib Razak". 


Persoalannya sekarang, siapa sebenarnya pemilik nombor tersebut yang cuba mempergunakan nama Najib Razak dan bagaimanakah MalaysiaKini boleh mengetahui lebih awal daripada media lain mengenai kewujudan video susulan?

Nampaknya, permainan politik ini semakin menarik. Katanya pendedahan Part 2 malam ni adalah dari 4 bahagian kesemuanya. Sama-sama kita jadi penonton.

Nota Kaki - Semoga Allah memakbulkan doa Sembahyang Hajat yang dilakukan di kediaman Menteri Besar malam ini dengan menyerlahkan kebenaran apa yang berlaku di bilik 2526, Fourpoints Sandakan, 11 Mei 2019, 6 Ramadhan 1440H, jam 1.00 - 2.00 pagi.



12 Menjawab Persoalan Cytro PH Tentang Garis Masa Kejadian


Cytro PH cuba menimbulkan keraguan mengenai garis masa kejadian di Sandakan dengan meletakkan gambar Azmin Ali berbuka puasa dengan YDP Agong pada 11 May 2019. Ini berikutan pelaku mendedahkan tarikh kejadian adalah pada hari yang sama. Ini penjelasannya.

Pada jam 12.00 AM 11 Mei 2019, pun dikira sebagai 11 Mei 2019 juga. 

10 Mei 2019 10.00 PM, Azmin masih di Sandakan.
11 Mei 2019 7.00 PM; Azmin di Kuala Lumpur.

Penerbangan terakhir Sandakan - Kuala Lumpur adalah jam 8.40 PM (Air Asia) dan 6.10 PM (MAS).

Azmin masih di Sandakan pada 9.40 malam 10 Mei 2019 (lihat gambar di bawah). Oleh yang demikian, Azmin kena juga bermalam di Sandakan pada malam 10 Mei 2019. Kedua, YB Jaffary Waliam pula mengakui menghantar Azmin ke lapangan terbang di sebelah pagi 11 Mei 2019 (lihat gambar di bawah).

Persoalan yang perlu dijawab oleh cytro PH, di manakah Azmin di antara 12.01 AM (11/05/19) dan 7.00 PM (11/05/19)?



13 Azmin Ali Sila Letak Jawatan Atau Saman Haziq Abdul Aziz




Berkaitan gambar-gambar dan video tular sejak semalam berkenaan aksi tidak diingini di atas katil, tuan punya badan Haziq Abdul Aziz yang juga Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Shamsul Iskandar telah mengaku pagi tadi video bahawa adalah sah beliau dengan Azmin berada di lokasi tersebut pada 11 Mei 2019 di Sandakan.

Di Malaysia, kes liwat adalah satu kesalahan jenayah. Boleh dikenakan penjara  dan rotan sebab pelaku masih muda. Ianya berlaku pula di dalam negeri Sabah, Malaysia. DS Hamid Bador kena mengambil tindakan segera sebab sudah ada pengakuan dibuat. Suka sama suka pun masih dikira sebagai satu kesalahan.

Kita minta AZMIN ALI SILA LETAK JAWATAN atau saman Haziq Abdul Aziz sekiranya berita ini tidak benar. Macai-macai PH bolehlah mencati bukti untuk mengaitkan Haziq dengan Najib Razak, kalau ada. Sekiranya tidak, berhentilah menuduh UMNO dalang semua ini.
Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik di sebuah hotel.
Kesimpulannya, like Bang Mad Sabu said, Elephant fight elephant, ... but this time elephant fight elephant, Bang Mad ada peluang jadi TPM.


7 Apabila Menteri WeeChat Bodoh Hal Ehwal Protokol Istana


Amat malang bagi Kerajaan PH mempunyai Menyeri WeeChat yang bodoh dan jahil mengenai hal ehwal protokol Istana.

Terima kasih?

Tunku?

Apakah Menteri-Menteri PH tidak didedahkan dengan protokol bahasa Istana? Bukan terima kasih tetapi Menjunjung Kasih. Bukan Tunku, tapi Tuanku Permaisuri. Benda mudah pun bodoh.

June 11, 2019

10 Banyak Perkara Yang Tun Dr Mahathir Tidak Tahu Semenjak Jadi Perdana Menteri Ke 7

Hari ini, sekali lagi ketika diajukan soalan kepada penularan sebuah video dan gambar yang mirip seorang Menteri, Tun Dr Mahathir menjawab beliau tidak tahu apa-apa berkenaan video tersebut. Ini berikutan tular sebuah video dan gambar kelihatan dua orang lelaki berada di atas katil dan salah seorang darinya kelihatan mirip seorang Menteri.

Perdana Menteri perlu memecat semua pegawai beliau. Maklumat tidak kemaskini dan up-to-date. Satu Malaysia sudah tahu pasal video berkenaan, Perdana Menteri masih tidak tahu. Tambahan lagi, kejadian Perdana Menteri tidak tahu bukan sekali dua. Malah carian mudah di internet mendapati 6 kejadian Perdana Menteri tidak tahu.

Kesimpulannya, baik lantik CTS saja jadi Pegawai Khas Perdana Menteri.







6 Menteri 'Half Past Six' Bergambar Ala-Ala Ahmad Maslan Di Hari Raya



Tidak dapat dipastikan motif kedua-dua Menteri Kerajaan PH di atas memuat naik gambar-gambar Hari Raya di media sosial. Satu acah-acah memasak ala Datuk Ahmad Maslan, cumanya beliau hanya mampu masak telur sahaja. Yang lagi seorang berlakon amah basuh pinggan, seolah-olah menjadi kuli batak anak menantu di rumah.

Maka dengan gambar-gambar pemimpin PH ini, manifesto akan dapat ditunaikan. Rakyat akan dapat manfaat dari gambar-gambar sebegiini. Ekonomi negara akan terus meningkat. Terima kasih Perdana Menteri kerana melantik barisan kerajaan sepenggal.

7 Apabila Telor Dipegang Sang Dewata Raya, Ketegasan Hanya Sekejap Cuma

3 hari lepas, bergoncang bumi Malaysia apabila Hero India seorang ini bersuara.


Sayangnya, suara ketegasan beliau tidak lama apabila ditegur Sang Dewata Raya.


Hari ini menikus meminta pengikut-pengikut menerima keputusan seadanya. Itulah akibat apabila telor kena pegang.


Kesimpulannya,


June 10, 2019

8 Macai PH Meroyan Buat Persepsi Kononnya Harga Barang Murah Di Hari Raya

Sekarang


Dahulu



Penyokong dan pentaksub Pakatan Harapan (PH) cuba membuat persepsi di media sosial bahawa harga barangan telah menjadi murah bersempena Hari Raya Aidil Fitri. Ini kononnya pengawalan yang baik oleh kementerian dan Menteri yang berkenaan.

Kepada para macai berkenaan, pertama, sila hadamkan senarai barangan daripada laman web KPDNKK sendiri yang disertakan di bawah. Majoriti barangan meningkat dan bukan menurun lah bodoh. Warna merah tanda peningkatan harga.

Kedua perbandingan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2018 dan 2019 adalah tidak tepat. Ini kerana hari raya kedua-dua tahun berkenaan diperintah oleh PH. Bandingkan dengan tahun Hari Raya tahun 2017 yang diperintah oleh BN lah bodoh.

Kesimpulannya, kalau tidak bodoh bukan macai PH namanya.













 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates