June 7, 2019

13 YB Simpang Renggam Buat Rumah Terbuka Di Padang Sera



Ahli Parlimen biasanya buat Rumah Terbuka di kawasan masing-masing. Bagi Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Simpang Renggam pelik sikit. Maszlee Malik buat Rumah Terbuka di kawasan orang, di Kedah nun, rumah sebelah mertua.

Kesian YB terpaksa raya di kampung bini. Takut orang Simpang Renggam hantar resit toll ke? Bertabahlah pengundi Simpang Renggam, Johor. Anda yang mengundi Maszlee, Rakyat Padang Sera, Kedah yang dijamu dengan kenduri Rumah Terbuka.

5 Kereta DBKL Bawa Balik Beraya Terlibat Dalam Kemalangan



Seronoknya di zaman PH. Kenderaan milik Kerajaan boleh dibawa balik kampung untuk beraya. Dengarnya pemandu kereta ni bodyguard Menteri?

Apa khabar DBKL? Kereta agensi digunakan semasa waktu musim perayaan di luar kawasan liputan. Khabarnya kereta berkenaan masuk lorong kecemasan, langgar motosikal.

CTS juga laru tahu Kilometer (KM) 253.3, Lebuhraya PLUS, arah utara, berhampiran Pedas di bawah bidang kuasa DBKL.

Terima sajalah. Ini Kerajaan Baharu.

June 6, 2019

14 Apabila Macai Bandingkan Perlantikan Lathefaa Koya Dan TS Apandi Ali


Macai-macai PH mewajarkan perlantikan Latheefa Koya dengan cuba membandingkan Peguam Negara (AG), TS Apandi Ali. TS Apandi Ali dikatakan adalah ahli UMNO. Ini alasan-alasan kenapa macai amat bodoh membandingkan kedua-dua mereka ini.

Pertama, TS Apandi Ali dilantik sebagai AG selepas 24 tahun meninggalkan UMNO. Sementara Latheefa Koya dilantik sebagai KP SPRM selepas 24 JAM meninggalkan PKR. Itupun Setiauasaha PKR menafikan menerima surat berkenaan pada mulanya. Malah, lantikan Latheefa Koya juga tidak dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi PH dan kabinet.



Kedua, TS Apandi Ali merupakan ahli UMNO dari 1982-1991. Beliau dilantik ke jawatan AG pada 27 Julai 2015. Boleh macai kira berapa lama gap masa tersebut? Kalau macai boleh kira la.

Ketiga, perlantikkan politik ini tiada dalam manifesto BN seperti mana terkandung dalam manifesto PH. Buka kah ini satu pengkhianatan terhadap rakyat oleh PH. Dalam bahasa yang lembut, Rakyat dikencing lagi oleh Kerajaan PH. Hancing. Tonton video Pengerusi PH di bawah:


Kesimpulannya, macai memang bodoh!

June 5, 2019

21 Lidah Bercabang Daripada Menteri Tisu

Sebelum (06/03/2018)


Selepas (04/06/2019)0


Enough said for chameleon.

June 4, 2019

19 Rakyat Dikencing Lagi Apabila Latheèfa Koya Dilantik Menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM






Hebat Kerajaan PH. Sebelum perintah PH berjanji tiada lantikan politik untuk jawatan tertinggi Kerajaan. Sekali dengan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pun orang PH sapu habis. Mampukan seorang ahli politik tegar kepartian pastikan mereka tidak pilih kasih apabila melibatkan kawan sekapal? Sekadar bertanya.

Pada tahun 2016, Ketua Pesuruhjaya SPRM ditangkap khalwat dengan S Surendran, MP padang Serai, Kedah. Dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin. Sekadar bertanya, apa kesudahannya? Kes digugur atau 'no further action'?

Pertama kali dalam sejarah apabila Ketua Pengarah yang dilantik mempunyai 'zero working experience' dalam agensi awam Kerajaan terbabit. Boleh diumpamakan seperti melantik Chef Wan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Kata seorang penyokong tegar PH, yang mahu dikenali sebagai Jemin Ali,
Lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua SPRM yang baharu dibuat berdasarkan konsep "Rahmatan Lil Alamin" dan tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Semalam hantar surat perletakan jawatan, hari ini menjadi sesuci embun pagi.


Syukri Bedul menangis di pagi raya. Kerajaan sepenggal kini dalam genggaman.



7 Jualan Daging Lembu Harapan Kedah Dan Selangor Indah Khabar Dari Rupa



Kerajaan PH Selangor dan Kedah buat jualan harapan jual daging lembu sempena Aidil Fitri tiru sebiji macam BN buat dulu.

PH Selangor dan Kedah masing-masing buat jualan harapan daging lembu sebanyak RM29.50 dan RM30 sekilogram, sedangkan harga pasaran sekarang adalah di antara  RM30 hingga RM34. Maksima jimat sekalipun RM4 dengan beratur panjang.

Semasa Kerajaan BN Kedah buat pada tahun 2017, harga daging pasaran adalah RM32. Semasa jualan Festival Daging Barakah semperna Aidilfitri baru RM24 sahaja. Penjimatan sehingga RM8!

Kesimpulannya, Kerajaan PH hendak tiru BN tapi harga promosi yang ditawarkan masih kedekut. Rakyat di bawah Kerajaan PH sentiasa dikencing. Hancing.



Nota Kaki - Rumah siap, pahat berbunyi. Patutlah harga murah.

10 Islam Hilang Jati Diri Apabila Lukisan 'The Last Supper' Diolah Menjadi Sampul Raya





Apa hendak jadi dengan masyarakat Islam sekarang, apabila rekaan grafik pada sampul raya di atas dihasilkan oleh anak Melayu muslim di sebuah perusahaan grafik yang sememangnya majoriti muslim, diadaptasi dari lukisan terkenal Leornardo Da Vinci bertajuk 'The Last Supper'.

Lukisan ini adalah gambaran santapan terakhir Jesus bersama 12 orang pengikutnya. Di dalam Kristian, 'The Last Supper' merupakan satu i'tiqad yang menjadi sumber peringatan untuk mereka merayakan Hari Paskah (selain dari memperingati hari bebasnya bani Israel daripada Firaun pada zaman Musa).

Sebagai Muslim kita perlu ada nilai sensitif terutama dalam soal penyerupaan terhadap sesuatu ritual yang berbentuk keagamaan. Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka." (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, Al-Bazzar).

Dalam isu ini, ianya termasuk dalam perkara 'tasyabbuh' iaitu menyerupai sesuatu perkara yang bersifat keagamaan. Jangan cemari ibadah hari raya Aidil Fitri dengan perkara-perkara tasyabbuh yang bukan menjadi syiar dalam agama Islam.

June 3, 2019

20 Majlis Buka Puasa Port Luck MB Kedah Hambar






Menteri Besar Kedah gagal mengumpul Rakyat untuk berbuka puasa ala port luck bersama beliau. Mulhriz Mahathir seperti tiada aura untuk membuatkan Rakyat mengerumuni atau mendekati beliau.

Bila Menteri Besar lebih banyal menghabiskan masa dengan keluarga di Kuala Lumpur daripada duduk Kedah, inilah jadinya. Rakyat negeri sendiri pun sudah tidak heran dengan beliau. Macam kera sumbang tersengeh-sengeh sendiri.

Mukhriz Mahathir kelihatan terasing. Berselfie pun dengan isterinya sahaja. Sepatutnya beliau bergaul dengan Rakyat Kedah sebelum masuknya waktu berbuka puasa. Secara keseluruhannya, majlis ini gagal dan hambar.

Nota Kaki: Ejaan pot luck disengataipkan sebagai port luck, bagi menyahut seruan English Mat Sabu. Harap maklum.

5 Ronggeng Jangan Tak Ronggeng MB



Pandai Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu beronggeng ye? Teman ni pandai tu idaklah, tapi bolehlah. Cuma teman tak beronggeng semasa bulan Ramadhan.

24 Perbezaan Menhan Dulu Dan Sekarang


Perbezaan di antara DS Hishammuddin Tun Hussein dan Mat Sabu, boleh ditonton dalam video di bawah. Dalam sidang yang sama cuma berlainan tarikh dan tempat persidangan.

The major difference between DS Hishamuddin and Mat Sabu is one is a well educated lawyer and the other a cookery school dropout. Firther, one knew how to talk in a diplomatic way and the other in a stupid way.

Since when geographically we are bordering China? China claims on Spratly is based on South China Seas name only. In reality, Spratly only bordering ASEAN countries.

Ini yang Raykat pilih. Ini yang Raykat nak. Pemimpin yang bangang hasil dari pengundi yang bangang. Hebat pengundi Kota Raja. Elephant fight, elephant grass will suffer, kata Mat Sabu.

Menhan Dulu:


Menhan Sekarang:


June 2, 2019

19 Lawak Menteri Pertahanan Tular Di Peringkat Antarabangsa



I have always been proud of Malaysia and how Malaysians interact on an international platform but this video below tells me something is either really wrong with our education system or we are just too stupid that we can be led by Ministers of this standard. Poor us!


Firstly, Mat Sabu embarassing Malaysia by saying that New Zealand Prime Minister is a man when the said Prime Minister is actually a woman. Don't Ministers prepared their text before international conferences?

Secondly, the right phrase is "when elephants fight, it is the grass that suffers", and not "elephant fight with elephant, the grass will suffer". Oh my English.

What Mat Sabu mean by "With Pakatan Harapan, we have to fight with them soft way and hard way, and we also have to study deep inside Pakatan supporters, who is the father and mother"? Your broken English is totally unacceptable for a post of Ministers.

Maafkan CTS berbahasa English. Kalau terlalu pissed-off, keluarlah Bahasa English. Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu buat lawak bodoh lagi. Kali ini diperingkat antarabangsa. Beliau buat lawak ketika memberi ucapan di 18th IISS Asia Security Summit Shangri-La Dialogue (SLD) di Singapura. 

Lawak bodoh beliau turut mendapat perhatian wartawan negara luar kerana kebodohan Menteri Pertahanan Malaysia.





Kenapa perkara ini berlaku? Semuanya disebabkan tahap pengajian seseorang Menteri itu. Lihat perbezaan di bawah:

ASEAN MINISTERS OF DEFENCE

1. General Prawit Wongsuwan
Thailand Minister of Defence.

Qualifications:
- Saint Gabriel's College.
- Armed Forces Academies Preparatory School
- Chulachomklao Royal Military Academy 
- 36 years of military service rising up to rank of General.

2. Dr Ng Eng Hen
Singapore Minister of Defence.

Qualifications:
- National Junior College
- National University of Singapore 
- University of Texas 

3. General Ryamizard Ryacudu
Indonesia Minister of Defence.

Qualifications:
- Indonesian Military Academy
- 31 years of military service rising up to rank of General.

4. Maj. Gen. Delfin Negrillo Lorenzana
Secretary of National Defense, Philippines.

Qualifications:
- Philippine Military Academy
- MBA, Ateneo de Manila University
- Australian National University

5. General Ngô Xuân Lịch
Vietnam Minister of Defence.

Qualifications:
- Military Academy of Vietnam
- 44 years of military service rising up to rank of General.

6. Mat Sabu
Malaysia Minister of Defence.

Qualifications:
- Kicked out of Mara Institute of Technology
- Good at cooking.
- Can crack jokes in international level.

Kesimpulannya, Mat Sabu seharusnya menumpukan perhatian kepada bidang masakan sahaja. Memalukan Malaysia.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates