June 1, 2019

40 Majlis Khatam Al Quran Jemput Bukan Islam Untuk Penutup




Jika semalam CTS paparkan Rakyat Pulau Pinang hadap demgan memanggil Ahli Parlimen Bukan Islam DAP menyampaikan zakat di hadapan mimbar ruang solat Masjid, hari ini lain pula halnya di Melaka.

Pengerusi Masjid Pengkalan Rama dari PAN menjemput ADUN Duyong, Damian Yeo dari DAP untuk menyempurnakan majlis khatam Al Quran.Diulangi Majlis Khatam Al Quran. 

Mana pemimpin Islam di Melaka ni? Tidak pernah berlaku sebelum ini, majlis melibatkan Agama Islam disempurnakan oleh bukan Islam.

Tidak mustahil akan datang Lim Guan Eng pula akan dipanggil untul merasmikan Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Kebangsaan.

May 31, 2019

11 Sampai Depan Mimbar Khutbah MP DAP Bukan Islam Bagi Zakat





Sehingga ke depan mimbar masjid Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dibenarkan masuk. Persoalannya,

Pertama, tidak ada wakil orang Islam dari Pusat Zakat kah yang dapat memberikan sumbangan zakat ini.

Kedua, kenapa pemimpin DAP bukan Islam mahu menggunakan wang zakat yang dibayar oleh orang Islam untuk kepentingan pplitik kepartian mereka? Kasthuri Patto pernah bayar zakat ka?

Ketiga, kalau sanggap sekalipun dengan Ahli Parlimen DAP ini, tidak bolehlah acara ini dibuat di luar kawasan solat para jamaah Masjid?

Apa komen Mufti Pulau Pinang sekarang? Masih angguk-angguk?

12 Anugerah Pelakon Terbaik Lynas Wajar Dipegang Oleh Fuziah Salleh Dan Anwar Ibrahim


Semalam, Perdana Menteri sudah menghalalkan Lynas. Secara tiba-tiba dan ajaib, Lynas kini sudah tidak bahaya kepada Rakyat Malaysia.


Ini adalah kenyataan Fuziah Salleh hari ini. Untuk menghalalkan cara, salahkan BN dan Najib Razak untuk Lynas. Kini beliau menjilat ludahnya kembali.

Masih terbayang di dalam video di bawah, Ketika itu Fuziah Salleh menangis mengenangkan nasib orang Kuantan akan bahayanya LYNAS. Sampai teresak-esak bagai. Agaknya syarat  untuk menjadi YB ni perlu pandai menangis dan berlakon.


Masih terbayang juga apabila Anwar Ibrahim berkata,
Bila kita memerintah ke Putrajaya, kita akan tutup dan batalkan Lynas kerana merbahaya. Tonton di sini.
Namun, apabila sudah memerintah. tiba-tiba hari ni Lynas sudah tidak bahaya lagi buat Rakyat Malaysia. Lynas satu isu Rakyat Malaysia dikencing secara berjamaah oleh Kerajaan PH.

12 DAP Penipu Bersiri, Tol Lebuhraya Persisiran Barat Dan Susur Keluar Teluk Intan Bukti Penipuan


19/04/2018, calon Ahli Parlimen Teluk Intan berjanji akan menghapuskan tol Lebuhraya Persisiran Barat dan Susur Keluar Teluk Intan sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

Hari ini, 31/05/2019, Nga Ko r Ming sudahpun menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan. Pakatan Harapan sudahpun menjadi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Namun, tol Lebuhraya Persisiran Barat dan Susur Keluar Teluk Intan masih belum percuma. 

Malah, dengan muka tembok tidak tahu malu, Nga Kor Ming telah merasmikan tol berkenaan dengan memotong  riben, bersama Timbalan Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir. 


May 29, 2019

18 Apa Nak Jadi Dengan Mat Kalut, Jawatan Nak, Majlis Wakil Orang Lain

Tinjauan rambang di sosial media mendapati sebanyak 22 program termasuk program yang melibatkan Tuanku Sultan, program rasmi seperti majlis perlantikan SUSK negeri, program korporat, dan program Kerajaan Negeri tidak dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Tun Mahathir. Menteri Besar hanya mewakilkan kepada EXCO Negeri dan ADUN Kedah untuk program berkenaan. 

Apa masalah dengan Menteri Besar Kedah? Jawatan semua beliau sapu, gaji elaun beliau sapu tapi bila program tidak nampak muka, kena hantar wakil sahaja. Tidak ada guna beliau ada 100 jawatan pun, kalau setakat mewakilkan orang lain. Itulah Mat Kalut. Kalut nak jawatan, tapi program, dan mesyuarat tidak nampak muka.






















May 28, 2019

11 Kenapa Pemimpin DAP Bukan Islam Sibuk Mengedarkan Pemberian Zakat



Wang zakat bukan wang Kerajaan. Wang zakat tidak dikutip daripada orang Bukan Islam. Justeru, apa sebab pemimpin bukan Islam dari DAP yang sampaikan pemberian zakat kepada asnaf? Zakat merupakan ibadat khusus yang disyariatkan. Kenapa fungsi zakat iambil daripada orang Islam dan diserah / diagih kepada orang Islam atau asnaf yang berhak. 

Lakonan apakah yang sedang dimainkan wakil rakyat DAP Chris Lee Chun Kit yang memuat naik gambarnya 'mengagihkan zakat' di Pulau Tikus, Pulau Pinang? Apa yang cuba beliau sampaikan apabila orang bukan Islam yang mengurus atau yang mengagih zakat?

Pengagihan zakat kepada golongan asnaf bukan kali pertama dilakukan oleh pemimpin DAP Pulau Pinang. Ahli Parlimen Jelutong, juga dengan muka tembok dan tidak tahu malu melakukan perkara yang sama. Mungkin Pusat Zakat Pulau Pinang sudah diambilalih pentadbirannya oleh DAP, siapa tahu?

34 Apakah Kerajaan PH Mahu Melacurkan Institusi Masjid Dan Islam Di Bulan Ramadhan?


Hari ini, kita merasa sangat malu melihat orang Islam menerima sumbangan, bantuan dan makanan dari orang bukan Islam secara terbuka dan mendapat publisiti yang meluas.

Bukan kita tidak boleh menerima hadiah dan sumbangan dari bukan Islam cuma apabila dibesar-besarkan pada bulan Ramadhan, ianya seolah-olah merendahkan dan memperlekehkan ekonomi orang Islam.

Di mana maruah dan harga diri umat Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini? Berbuka puasa adalah satu ibadah dalam Islam. Tidak salah jika menjemput orang bukan Islam hadir ke majlis berbuka kita. 

Namun sangat memalukan orang Islam berbuka puasa di gereja dan kuil seolah-olah orang Islam di negara ini hidup melarat, merempat dan tidak bertempat. 

Terkini, Kerajaan PH mengadakan majlis berbuka puasa di rumah ibadat Agama lain. Jika ianya sekadar majlis keraian dan persefahaman buat sahajalah di perkarangan masjid. Nampak seperti ada usaha jangka panjang untuk menyamaratakan semua agama. 

Ada banyak cara dan keadah untuk mengukuhkan persahabatan antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini. Melacurkan bulan Ramadhan dan institusi Masjid tidak harus menjadi salah satu darinya.

May 27, 2019

13 Program Buka Puasa PKR Ala Pak Maun, Anwar Ibrahim Minta Maaf


Presiden PKR Anwar Ibrahim semalam memohon maaf kerana majlis berbuka puasa atau iftar yang diadakan oleh partinya kelihatan seperti pesta muda mudi ala Pak Maun dalam filem Nasib Do Re Mi. Pemuda PKR menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dengan iringan lagu beserta kugiran dan bunga api. Tiada bacaan ayat suci Al Quran sebagaimana lazim, jauh sekali diadakan solat tarawikh.






Sementara itu, Pemuda PKR mengulas kenyataan Presiden PKR adalah tuduhan jahat.

11 Menteri Pertahanan Dan Pegawai-Pegawai Khas Perlu Dihantar Kursus Protokol


Amat memalukan bagi seorang Menteri menulis posting di media sosial dengan bahasa yang amat rendah. Orang Melayu amat tinggi dengan lenggok bahasa dan pertuturannya.

Ke mana hilangnya pegawai-pegawai khas Kementerian atau adakah mereka juga turut baghal seperti pemimpin mereka?

Mat Sabu langsung tidak tahu mengatur ayat apabila mengaitkan Sultan Selangor. Dibuatnya Sultan Selangor setaraf dengan Rakyat.

Bukannya salah dalam tatabahasa tetapi apabila kita menulis perkara berkaitan dengan Sultan atau Raja, penggunaan ayat itu harus tukar "tune". Bukannya ditulis sama seperti kepada Rakyat. Alangkah elok kiranya tulisan beliau berbunyi sebegini,
Menjunjung kasih Ke bawah Tuanku Sultan Selangor kerana sudi mencemar duli santap berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Di Raja Malaysia.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates