April 20, 2019

11 Ketua Menteri Pulau Pinang Sudah Pandai Berbohong Seperti Sifu Beliau

Berikut adalah kenyataan KY Chow yang disiarkan oleh Bernama dua hari lepas,
Secara mudahnya cadangan untuk PSR telah diluluskan oleh MPFN tapi kita masih perlu mematuhi 18 nasihat yang diberikan, yang memerlukan kelulusan dari pelbagai agensi kerajaan pusat,” katanya dalam sidang media di sini.
Sementara itu, dalam Kenyataan Media Khalid Samad, Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 April 2019, para 2 menyatakan Majlis Pembangunan Fizikal Negara tidak pernah membuat sebarang kelulusan ataupun persetujuan ke atas projek mega tambakan laut yang dikenali sebagai Penang South Reclamation sebagaimana yang cuba digambarkan oleh KY Chow dalam Sidang Media di KOMTAR tengahari kelmarin.

Jelas di sini Ketua Menteri Pulau Pinang, KY Choy cuba untuk berbohong bagi meneruskan projek kontroversi yang diperturunkan oleh mentor beliau, Lim Guan Eng. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang belumpun 24 jam sudah membuat u-turn.


Bagi yang bertanya kenapa Khalid Samad yang mengeluarkan Kenyataan Media membetulkan kenyataan oleh KY Chow, ini jawapan Khalid Samad.

Plan Malaysia yang menjadi sekretariat kepada MPFN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri adalah satu agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

April 19, 2019

18 IM4U Dijenamakan Kepada Impact Malaysia? Satu Pelacuran Bahasa Dari Kerajaan PH




Bagai mendapat wahyu dari atas, berlumba-lumba Menteri Kabinet PH dengan muka tebal tidak tahu malu menjenamakan semula semua produk-produk Kerajaan BN terdahulu dan setakat ini tidak ada satupun yang dimansuhkan atau dihapuskan. Terbaharu, produk belia IM4U telah dijenamakan semula sebagai Impact Malaysia.

Pertama, pakar-pakar Bahasa seharusnya membuat pertanyaan kepada Menteri-Menteri Kabitet 'half past six' Kerajaan PH, kenapa suka melacurkan Bahasa Malaysia. Kenapa Impact Malaysia tidak dinamakan Impak Malaysia dan kenapa Permata Pintar dijenamakan sebagai Genius? Bangga sangatkah menggunakan Bahasa English?

Kedua, Syed Saddiq ketika masih menyusu, IM4U telah bergerak sebagai satu badan kesukarelawan di kalangan belia. Sukarelawan-sukarelawan ini berada di merata tempat di seluruh tanah air apabila berlakunya bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Adalah biadab dan kurang ajar apabila Syed Saddiq mengatakan bahawa 'IM4U' digunakan untuk menaikkan imej Perdana Menteri melalui program 'I Love PM'. Baca di sini.

Ketiga, adakah kebetulan atau memang disengajakan logo Impact juga diciplak?



Kesimpulannya, sekiranya program IM4U tidak berguna dan tidak mendatangkan hasil, batalkan dan bubarkan sahaja. Ini tidak, program yang dikatakan tidak berguna ini dicuri, dijenamakan semula dan diberi peruntukan RM10 juta untuk diteruskan. Apa kau ingat Rakyat bodoh macam kau Syed Saddiq?

4 Kuota Matriks Pelajar India 'One-Off' Atau Kerajaan PH Yang 'One-Off'?




Usaha Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk berbohong dan memutar belitkan fakta ternyata memakan diri sendiri apabila Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menemplak beliau di dalam laman sosial Facebook beliau. Dr Maszlee dalam Siaran Media beliau mendakwa, 2,200 tempat yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar kaum India untuk kemasukan ke Matrikulasi bersifat 'one-off'.

DS Najib sebaliknya menegaskan bahawa jumlah 2,200 tempat yang disediakan untuk pelajar-pelajar India untuk tahun 2018 adalah satu penambah baikan daripada tahun sebelumnya iaitu 1,500 yang diperkenalkan pada tahun 2012. Malah, kata beliau tambahan jumlah ini bersifat kekal, malah ada perancangan untuk meningkatkan lagi jumlah bagi tempat berkenaan.

Usaha pembohongan di siang hari oleh Kementerian Pendidikan ini ternyata memakan diri. Seperti kata Tun Samy Vellu, ianya bakal memberikan kemaluan besar kepada Kerajaan PH kerana memiliki Menteri Kasut Hitam yang menjaga sistem pendidikan negara.

April 18, 2019

32 Eksklusif: Pendedahan Penipuan Kos ECRL?


1. Pengumuman YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan dengan kos RM44 bilion menimbulkan seribu satu persoalan.

2. Sejak 2016, sebahagian pemimpin Pakatan menegaskan bahawa kos sebenar untuk projek ECRL (termasuk pembinaan Terowong Genting di Banjaran Titiwangsa) hanyalah sekitar RM27 bilion ke RM30 bilion sahaja, berbanding RM55 bilion yang ditandatangani bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

3. Sebaliknya, ahli politik Pakatan menuduh bahawa RM30 bilion daripada kos projek ECRL yang asal (RM60 bilion) yang ditandatangani Najib adalah bertujuan untuk disalahguna bagi membayar hutang syarikat 1MDB dan Jho Low.

4. Sumber utama rujukan pemimpin Pakatan dalam tuduhan kaitan ECRL-1MDB-Jho Low ini ialah laporan Sarawak Report yang bertajuk ‘OUTRAGE! - Najib's Secret Deal With China To Pay Off 1MDB (And Jho Low's) Debts!’ bertarikh 26 Julai 2016. Baca di sini.

5. Laporan tersebut menuduh kos ECRL sepatutnya hanya sekitar RM27 bilion sahaja, di mana ia menyatakan bahawa ‘Cost of project delivery’ oleh China Communications Construction Company Ltd (CCCC) ialah RM27 bilion. Sebaliknya, kos tambahan hampir RM30 bilion lagi adalah penyelewengan untuk membayar hutang 1MDB kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC, di samping pembayaran kepada dua syarikat berkaitan Jho Low iaitu Loh & Loh Corporation Berhad (LLCB) dan Putrajaya Perdana Berhad (PPB). Satu lagi siri pembayaran pula dituduh melibatkan pembelian aset dan ‘unit-unit’ 1DMB.

6. Pecahan tuduhan-tuduhan tersebut adalah seperti berikut: RM850 juta untuk membayar aset-aset 1MDB (tanah di Ayer Hitam, unit-unit Brazen Sky Limited, unit-unit 1MDB Global Investments Limited Fund, dan 1MDB Energy Holdings Ltd.), RM243.6 juta untuk membayar 90% pegangan syarikat berkaitan Jho Low iaitu Loh & Loh Corporation Berhad (LLCB), RM 71.3 juta untuk 70% pegangan satu lagi syarikat berkaitan Jho Low iaitu Putrajaya Perdana Berhad (PPB), RM65 juta lagi untuk syarikat perunding dan komunikasi strategik, manakala bakinya untuk membayar hutang 1MDB dan faedah kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM29.852 bilion (Rujuk imej Salinan dokumen kiri).

7. Namun begitu, laporan Sarawak Report yang sama turut melampirkan satu lagi dokumen ‘rasmi’ yang kononnya akan digunakan oleh pentadbiran Najib Razak untuk menutup ‘perancangan’ mereka bagi menggunakan RM29.852 bilion daripada pinjaman projek ECRL ini bagi membayar hutang 1MDB dan Jho Low.

8. Lampiran ‘palsu’ yang bertujuan mengaburi ‘perancangan’ ECRL-1MDB-Jho Low oleh pentadbiran Najib itu kononnya memperincikan kos projek ECRL seperti berikut: ‘General, Preliminaries, Enabling Works, and Design and Build Elements’ (RM10.2 bilion), ‘Infrastructure and Buildings’ (RM18.08 bilion), ‘Permanent Guide Way’ (RM14.1 bilion), ‘System Works’ (RM13.2 bilion), ‘Rolling Stock’ (RM4 bilion), ‘Testing and Commissioning’ (RM120 juta), dan ‘Training & Maintenance’ (RM300 juta) di mana keseluruhannya ialah RM60 bilion.

9. Maka hari ini selepas kerajaan Pakatan berjaya merundingkan kembali kos projek ECRL, timbulnya persoalan-persoalan berikut: jika ECRL ini adalah ‘alat’ Datuk Seri Najib untuk membayar hutang 1MDB dan Jho Low seperti mana dakwaan Clare Rewcastle Brown (Sarawak Report), mengapa kerajaan Pakatan hanya mengurangkan kosnya menjadi RM44 bilion (selepas ditolak RM10 bilion terowong Banjaran Titiwangsa)?

10. Jika dahulu kos ECRL dituduh sepatutnya hanya bernilai RM27 bilion, dan bukannya RM55 bilion atau RM60 bilion atau RM65 bilion, mengapa hari ini kosnya hanya dikurangkan kepada RM44 bilion dengan jajaran yang berbeza dan enam stesen dihapuskan?

11. Memang benar pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) antara CCCC dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menjadikan harga projek berkenaan dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asal sebanyak RM65.5 bilion. Soalnya sekarang di bahagian manakah dalam kos ECRL yang dikurangkan kerajaan Pakatan ini yang dikatakan sebagai bertujuan ‘membayar hutang 1MDB’ dahulu sedangkan pengurangan kos yang dilaporkan adalah disebabkan pengubahsuaian jajaran dan penghapusan stesen-stesen?

12. Jika benar RM29.852 bilion daripada projek ECRL ini bertujuan untuk membayar hutang 1MDB dan Jho Low, maka bukankah sepatutnya tiada sebarang perubahan jajaran atau penghapusan stesen ECRL yang terlibat sama sekali?

13. Bukankah sepatutnya jika berlaku penyelewengan dalam perancangan kerajaan terdahulu, maka kita seharusnya akan dapat menyaksikan satu projek ECRL yang sama dengan harga kos yang berbeza? Satu dengan kos RM60 bilion (Najib Razak) dan satu lagi dengan kos RM27 bilion (kerajaan Pakatan). Sebaliknya projek ECRL yang diluluskan hari ini adalah bernilai RM44 bilion dengan pengurangan stesen dan perubahan jajaran yang tidak memerlukan kerja-kerja menggali terowong di Banjaran Titiwangsa sama sekali.

14. Adakah hal ini tidak dijelaskan kerana sememangnya dalam perjanjian ECRL Datuk Seri Najib dahulu tidak melibatkan kos ‘membayar hutang 1MDB’ seperti mana yang didakwa Sarawak Report sama sekali? Jika itulah realitinya maka bolehlah disimpulkan bahawa laporan Sarawak Report pada 26 Julai 2016 itu adalah satu penipuan dan fitnah. Penipuan ini bahkan turut diulangi dalam buku beliau, ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’ khususnya Bab 37 ‘The China Connection’ dari halaman 459 hingga ke halaman 470.

15. Tentulah kita sebagai rakyat Malaysia berbangga kerana kerajaan Pakatan kita hari ini adalah satu-satunya kerajaan yang berjaya merundingkan semula kontrak gergasi dengan China di bawah Inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI) yang dilancarkan sejak 2013. Selain daripada penjimatan berbanding kos asal, penyertaan kontraktor tempatan turut ditingkatkan daripada 30% kepada 40% dan perkongsian risiko kini tidak lagi ditanggung kita 100%, sebaliknya dikongsikan 50-50 dengan CCCC.

16. Malah, ahli ekonomi Yunani Panos Mourdoukoutas melalui majalah perniagaan Forbes memuji Perdana Menteri Tun Mahathir kerana berani melawan China manakala pemimpin dunia lain tidak. Hal ini berbeza dengan negara-negara lain seperti Sri Lanka, Pakistan, dan Filipina yang diperangkap hutang oleh China.

17. Namun begitu, pada sisi yang lain, pemeteraian perjanjian tambahan (SA) ECRL ini menimbulkan lebih banyak persoalan politik berbanding jawapan. Malah, Tun Mahathir sendiri turut mendedahkan bahawa rundingan semula perjanjian projek mega ini ditandatangani tanpa sebarang syarat supaya China menyerahkan ahli perniagaan dalam buruan kerajaan iaitu Jho Low.

18. Sebaliknya, beberapa hari lalu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan bahawa Jho Low bukan sahaja bebas bergerak antara Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing dan Hainan di China, malah beliau turut memiliki kad penduduk Hong Kong dan syarikat beliau masih beroperasi di sana.

19. Ringkasnya, lima persoalan berikut wajib dijawab:

i. Jika dahulu kos ECRL dituduh sepatutnya hanya bernilai RM27 bilion atau RM30 bilion, dan bukannya RM55 bilion atau RM60 bilion atau RM65 bilion, mengapa hari ini kosnya hanya dikurangkan kepada RM44 bilion dengan jajaran yang berbeza, tanpa penggalian Terowong Banjaran Titiwangsa, dan enam stesen dihapuskan?

ii. Di bahagian manakah dalam kos ECRL yang dikurangkan kerajaan Pakatan ini yang dikatakan sebagai bertujuan ‘membayar hutang 1MDB’ dahulu sedangkan pengurangan kos yang dilaporkan adalah disebabkan pengubahsuaian jajaran dan penghapusan stesen-stesen? Mengapa tiada perbandingan kos ditunjukkan sama sekali dalam aspek ini oleh kerajaan hari ini?

iii. Jika benar RM29.852 bilion daripada projek ECRL dahulu bertujuan untuk membayar hutang 1MDB dan Jho Low, maka bukankah sepatutnya tiada sebarang perubahan jajaran atau penghapusan stesen ECRL yang terlibat sama sekali?

iv. Bukankah sepatutnya jika berlaku penyelewengan dalam perancangan kerajaan terdahulu, maka kita seharusnya akan dapat menyaksikan satu projek ECRL yang sama dengan harga kos yang berbeza? Satu dengan kos RM60 bilion (Najib Razak) dan satu lagi dengan kos RM44 bilion (atau 27 bilion menurut Sarawak Report).

v. Mengapakah Jho Low yang dituduh sebagai antara dalang di sebalik cubaan penyelewengan projek ECRL ini tidak dijadikan syarat supaya ditangkap dan diserahkan oleh China sebaliknya bebas bergerak dan mengoperasikan syarikatnya di Hong Kong seperti mana laporan Sin Chew Daily baru-baru ini?

Selagi kesemua persoalan ini tidak dapat dijelaskan, maka bolehlah disimpulkan bahawa laporan Sarawak Report pada 26 Julai 2016 itu adalah satu penipuan dan ahli politik Pakatan perlu berhati-hati dalam memetik sumber maklumat selepas ini – terutama sekali yang melibatkan kepentingan nasional kita.

Apa pun, setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Pakatan kerana meneruskan projek ECRL ini. Ikhlas daripada saya, anak Terengganu dan Pantai Timur.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

29 KLIA Dijenamakan Semula Sebagai Sepang International Airport? Gila Rebranding Betul Kerajaan PH


Setakat ini pencapaian Kerajaan PH dalam usaha untuk menjenamakan semula nama-nama baik yang dibuat oleh Kerjaan BN adalah seperti berikut:

Permata = Genius
Klinik 1M = Klinik Komuniti
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) = Pusat Komuniti Desa 
KPDNKK = KPDNHEP
AES = AWAS
SPAD = APAD
MVV = MVV 2.0
JKKK = MKKK
Caj Tol = Caj Kesesakan
KADS1M = BPPT
Amanah Saham 1M = Amanah Saham Malaysia 3
KR1M = HopeMart
BR1M = BaSaH

Yang terbaru adalah penjenamaan semula Kuala Lumpur International Airport (KLIA). KLIA akan bertukar menjadi Sepang International Airport. Mumgkin singkatan KUL akan bertukar menjadi SEX.

Kesimpulannya, bukan tidak boleh 're-branding'. Boleh. Cumanya di saat Rakyat disuruh mengikat perut, Kerajaan PH membazir dengan menukar papan tanda dan segala.

April 17, 2019

38 D4P Cakap Tidak Serupa Bikin, Salah Guna Kuasa Amalan Lazim Sekarang



D4P bercakap mengenai salah guna kuasa. D4P bercakap mengenai pengasingan kuasa di antara Kerajaan dan parti politik. Ini semua cakap-cakap syaitan bertopengkan manusia. Kini setelah D4P berkuasa, mereka yang ke depan menyalah gunakan kuasa.

Di dalam satu majlis di Perak, satu peruntukan Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri untuk Pasar Awam Teluk Intan, telah digunakan sebagai satu laba parti ini. Replika cek berjumlah RM360,000 telah diserahkan dalam satu majlis parti politik D4P. Dana kerajaan digunakan untuk kepentingan kegunaan parti.

April 16, 2019

31 Bursa Malaysia Di Zaman BN Dan Di Zaman PH

Malaysia kini dikenali dan dilaporkan sebagai "World's worst share market". Baca di sini.



Semalam, Bloomberg telah menaikkan pangkat Bursa Malaysia menjadi bursa paling teruk dalam dunia untuk tahun 2019. Bukan senang untuk menjadi nombor satu di dunia. Tahniah kepada Menteri Kewayangan dan Menteri Ekonomi.

Bloomberg juga berpendapat bahawa harapan untuk Kerajaan PH menarik balik pelabur asing bagi memulihkan ekonomi semakin pudar setiap hari. Bloomberg juga mengesahkan bahawa Bursa Malaysia mencapai rekod tertinggi di bawah Kerajaan BN sebelum PRU14 tetapi kini sudah jatuh sebanyak 14%.

Pasaran-pasaran saham di dunia sedang dalam keadaan "rally" ataupun dalam trend menaik. Malangnya, Malaysia adalah satu-satu negara sahaja yang jatuh. Sebelum PRU14, Malaysia dikenali sebagai "World's longest running bull market". Baca di sini.

Kesimpulannya, dari 'World Longest Bull Market 'kepada 'Asia's Only / Sole Loser' kepada 'World's Worst and Boring Major Stock Market'. Dari 'Among the Most Stable Debt Market in Asia' kepada 'Being ditched by the world's largest Sovereign Funds' kepada nak kena dikeluarkan pula dari World Bond Index. Apa ada hal. Janji Najib jatuh.

21 Rosmah Mansor Rasmi Kapal Dikritik, Normah Alwi Rasmi Kapal Pula Disanjung





Lihatlah bagaimana hipokrit dan munafik Kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang. Dulu bukan main kutuk apabila isteri Mantan Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor merasmikan kapal TLDM. Hari ini masing-masing terpana apabila isteri Menteri Pertahanan, Abang Mad Sabu pula yang rasmi kapal TLDM.

Sebagai pembangkang yang berpengetahuan, kita tidak mempertikaikan isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi merasmikan kapal berkenaan. Memang menjadi tradisi dunia perkapalan seorang perempuan merasmikan kapal. Namun, menjadi tradisi juga seorang wanita yang paling penting sesebuah negara merasmikan kapal tersebut. 

Kenapa kapal berkenaan tidak dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong? Kenapa bukan juga DS Dr Wan Azizah Wan Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri? Siapa Normah Alwi dan apa kelulusan akademiknya?

Kesimpulannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman masih hidup atau sudah berpindah ke alam baqa?

April 15, 2019

22 Fitnah-Fitnah ECRL Dirungkai Perdana Menteri Sendiri





Winston Churchill pernah mengatakan, "a lie gets halfway around the world before the truth has a chance to get its pants on." Alhamdulillah, hari ini satu lagi pembohongan Pakatan Harapan terbongkar. Dibongkar oleh tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri sendiri. Di atas adalah keratan fitnah-fitnah berkaitan ECRL yang boleh diringkaskan seperti berikut:

- ECRL adalah satu usaha jahat (scam) untuk melindungi 1MDB.
- Kos ECRL lebih tinggi disebabkan duit dicuri oleh Jho Low.
- ECRL menandakan Najib menjual negara kepada China.

Realitinya, pertama, kos ECRL mahal di zaman pemerintahan Kerajaan BN disebabkan ianya melalui kawasan berbukit (kos terowong Bentong-Gombak) yang dianggarkan RM10 billion, jarak yang lebih panjang dan melibatkan lebih banyak stesen-stesen atau hentian perantaraan.

Kedua, tiada kaitan antara ECRL dan 1MDB. Berikut adalah soalan yang ditanya pemberita kepada Perdana Menteri setelah Sidang Media pagi tadi:

Wartawan: Adakah projek ECRL (sebelum ini) digunakan untuk bayar hutang 1MDB?
Perdana Menteri: Kita syak saja sebab kosnya begitu tinggi.

Ketiga, sepanjang rundingan wakil Kerajaan Malaysia, Tun Daim dengan Kerajaan China, tidak ada elemen korupsi ditemui. Sekarang kerajaan hanya boleh berbangga kononnya telah 'menjimatkan' projek ECRL. Hakikatnya, ia adalah satu usaha 'downsizing'.

Keempat, Semasa Kerajaan BN, projek ECRL 100% milik Kerajaan Malaysia. Zaman Kerajaan PH, ECRL  akan dimiliki secara 'joint venture' atau perkongsian yang mana 50% dimiliki Kerajaan China. Siapa yang jual negara sebenarnya?

Kesimpulannya, cybertroopers Kerajaan terpaksa bekerja lebih masa untuk menjawab isu fitnah ECRL ini.

38 Bertahun Mengutuk Rosmah Mansor, Hari Ini Permata Dijenamakan Semula Sebagai Genius


Pertama, Kerajaan Pakatan Harapan tiada idea baru selain menciplak dan mencuri serta menjenamakan semula cetusan idea daripada Kerajaan Barisan Nasional yang lalu. Bertahun DS Rosmah Mansor sebagai penaung projek Permata Pintar Negara dihina dan ditemplak kononnya  membazir dan memperkayakan dirinya dengan projek ini. 

Hari ini, Kementerian Pendidikan menjilat kembali ludah mereka dengan mengiktiraf projek berkenaan. Untuk jangka panjang, Kerajaan Pakatan Harapan mahu kebaikan Kerajaan Barisan Nasional dilupakan, maka mereka menjenamakan Pernmata Pintar Negara kepada Genius.

Kedua, Bahasa Kebangsaan juga turut digadaikan apabila projek Permata Pintar Negara dijenamakan sebagai Genius. Tidak adakah perkataan Bahasa Malaysia yang boleh digunakan untuk mengantikannya?

Ketiga, Ada beberapa program utama iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, Permata Kurnia dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Permata yang kesemuanya dicetuskan oleh DS Rosmah Mansor. Cuma Rakyat hendak tahu, siapakah yang memperolehi kontrak untuk penjenamaan semula Permata Pintar Negara termasuk logo baru Genius, web site Genius dan lain-lain.

Kesimpulannya, ECRL diumumkan Perdana Menteri untuk diteruskan dengan memberi 50% pegangan kepada China dan Permata Pintar Negara diteruskan dengan nama baru Genius. Ini sahaja Kerajaan Pakatan Harapan dapat buat?

Nota Kaki: Ini adalah produk-produl yang diciplak dan dijenamakan semula selepas Kerajaan Pakatan Harapan memerintah:

1. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) kepada Majlis Pengurisan Komuniti Kampung.

2. BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) ditukar kepada BSH (Bantuan Sara Hidup).

3. SPAD ditukar nama kepada APAD.

4. Klinik 1 Malaysia ditukar kepada Klinik Komuniti.

5. Pusat Tranfomasi Luarbandar (RTC) diberi nama baru iaitu Pusat Komuniti Desa (PKD).



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates