April 5, 2019

36 Kadar Hibah Tabung Haji 12.5% Adalah Paling Tinggi Dalam Sejarah



Minta maaf bukan 12.5%, sebaliknya 1.25%. Ingat Menteri Kewangan saja boleh tersalah titik perpuluhan? Adakah dengan pengumuman hibah 1.25% hibah Tabung Haji ini akan menyebabkan 'bank run' berlaku di mana pendeposit akan mengeluarkan wang mereka secara beramai-ramai?

Kalau saya adalah Rafizi Ramli versi BN, saya akan nasihatkan pendeposit suoaya mengeluarkan simpanan di Tabung Haji semaksimum mungkin dengan hanya meninggalkan syarat wajib simpanan RM1,400 untuk kekal giliran pergi Haji.

Banyak lagi tempat tuan puan boleh melabur mengikut syarak dan mendatangkan keuntungan. Mungkin Tabung Haji sudah tidak berminat untuk meniagakan duit tuan puan lagi sebab tu mereka lambat hendak mengumumkan hibah / dividen.

Untuk rekod, zaman DS Najib Tun Razak sekarang dipanggil pencuri, pencuri berjaya bagi hibah dan bonus sebanyak 6.25%. Yang nengaku malaikat dan suci dari dosa melesapkan harta Tabung Haji sebanyak hampir RM20 billion.


16 Reformasi Sudah Jadi Reforbasi Di #PRKRantau





Kalau 20 tahun dulu, bila dilaung reformasi, beremang bulu roma. Selepas itu diikuti pula dengan teriakan "undur Mahathir undur". Sekarang macai-macai DS Anwar Ibrahim menjerit reformasi sudah tak ada roh. Takkan nak jerit hidup Mahathir? 

Jerit reformasi pun  setakat jerit bodoh begitu saja. Lihatlah siri bercakap dengan kerusi dalam video ceramah di Rantau di atas. Tiada penyokong-penyokong tegar hadir di Rantau sempena 20 tahun kelahiran PKR.

Apa agenda reformasi untuk negara satu apa pun tiada. DSAI sudah tiada aura. Lemau. Basah. Kencing. Haprak. Reformasi telah bertukar menjadi reforbasi. Lihat di bawah bagaimana portal Berita Harian menjilat. 5,000 penyokong katanya.

April 4, 2019

7 Desperado Sehingga Menggunakan Kanak-Kanak Di Pentas Kempen #PRKRantau?





Semalam di Taman Orkid, pentas kempen Pakatan Harapan dicemari dengan kempen menggunakan kanak-6kanak kecil dalam programnya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pastinya bertungkus lumus untuk menyediakan alasan bagi menghalalkan perbuatan kempen ini.

5 Dividen TH Adalah 1.25%?

Semalam telah berlangsung satu program penerangan daripada pengurusan Tabung Haji kepada Ahli-Ahli Parlimen. 

Berkenaan dividen yang boleh diumumkan oleh TH, berdasarkan daripada 'slide' pembentangan tersebut,

1. Hanya RM913 juta maksimum boleh dibahagikan sebagai hibah kepada pendeposit tahun ini berbanding RM2.7 bilion pada tahun lepas. Dengan jumlah deposit sekitar RM75.5 bilion, dividen maksimum tahun ini secara matematiknya hanyalah akan berjumlah sebanyak 1.2 peratus.

2. Selain itu turut dilaporkan juga adalah susut nilai aset TH selepas 6 bulan pemerintahan PH adalah kira-kira RM4 bilion. Iaitu daripada RM68.6b pada suku kedua kepada RM64.4b pada suku keempat 2018.

3. Proses penstrukturan semula aset TH melalui SPV yang melonjakkan semula aset TH di atas kertas kepada nilaian RM76.5b yang membenarkan jumlah pemberian hibah RM913 juta tersebut.


Di atas adalah paparan kedudukan Lembaran Imbangan TH.

Aset TH meningkat dari RM 64.6 billion pada suku keempat 2018 kepada RM76.5 billion (peningkatan RM12 billion) pada Mac 2019 selepas penstrukturan semula Lembaran Imbangan.

Peningkatan ini berlaku selepas sejumlah RM19.9 billion aset milik TH selesai dipindahkan kepada SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd tanpa sebarang bayaran tunai daripada SPV milik MoF Incorporated tersebut.

Sekian CTS melaporkan.

Rujukan:

Slide Penjelasan Berkaitan Isu Tabung Haji oleh Lembaga Tabung Haji kepada Ahli Parlimen.









April 3, 2019

22 Sampai Hati Mereka Malukan Bakal Perdana Menteri Dengan Penonton Yang Sedikit




Walaupun berceramah dengan penglipur lara dan badut terkenal, Mat Sabu, PKR masih gagal untuk menarik perhatian pengundi-pengundi Rantau untuk hadir ke ceramah bakal Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim.

Kalau bakal Perdana Menteri sekalipun hanya mampu menarik penonton dari kalangan orang luar sahaja, lupakan sahaja untuk memanggil pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng atau Teresa Kok.

April 2, 2019

5 Sejak Bila Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Ambil Alih Kuasa YDP Agung?



Setiausaha Politik Menteri baru ditangkap SPRM kerana rasuah jam tangan bernilai RM28,000 semalam. Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato Salahuddin Ayub sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila melantik Senator Datuk Husam Musa, sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Petprtanian Kemubu (KADA).

Pertama, seperti kelaziman Pakatan Harapan acapkali merogol janji-janji mereka untuk tidak melantik jawatan yang berkepentingan politik. Kedua, lebih memalukan apabila Menteri bertindak di luar bidang kuasa beliau.

Kuasa melantik Pengerusi KADA terletak dalam bidang kuasa YDP Agung dan bukan Menteri. Surat perlantikan juga tidak diletakkan tarikh. Mungkin senang untuk membuat u-turn apabila isu ini menjadi panas.

15 Ciri-Ciri Munafik Cakap Menteri (Semua) Agama


Tidak perlu meneliti cakap-cakap Menteri Pakatan Harapan yang lain yang seringkali flip flop dan u-turn. Menteri (Semua) Agama sekalipun cakap seperti orang tiada Agama.

Disember 2018: Insya-Allah, hibah akan diberi seperti biasa! Masalah sudah settle.

14 Februari 2019: Hibah diumum Mac ini.

Mac: .... krik krik krik....

1 April 2019: Belum tiba masa umum. Kita ada kekangan. Masalah belum settle.

Ini kenyataan Menteri (Semua) Agama bertarikh 25/01/2016.


Ini pula kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini.

April 1, 2019

7 Baru 10 Bulan Sudah Makan Rasuah


Hanya dengan nilai RM28,000 Setiausaha Politik Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato Salahuddin Ayub sanggup menerima rasuah hanya baru memegang kuasa selama 10 bulan. 

Kita harapkan kes ini tidak seperti kes-kes sebelum ini seperti Pegawai Khas Menteri yang ditangkap merakam seluar dalam amoi.

Parti mana yang memerintah sama sahaja. Masing-masing ingin menjarah harta Rakyat yang ada. Kenyataan Media dari Menteri berkenaan di bawah.
KENYATAAN MEDIA 
Saya telah dimaklumkan setiausaha politik saya telah ditahan pada hari ini oleh pihak SPRM untuk siasatan.
Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak SPRM dan saya akan membiarkan undang-undang mengambil tempatnya. Beliau juga seperti rakyat Malaysia yang lain yang tertakluk kepada undang-undang.
Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya pihak SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas.
YB DATO’ SALAHUDDIN AYUB
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
1 APRIL 2019

March 31, 2019

20 ADUN Sabak Yang Kurang Ajar Bakal Dikuburkan Dalam PRU15



ADUN PKR Sabak, Ahmad Mustain Othman bertindak kurang ajar apabila didapati kenderaan yang digunakan oleh beberapa orang untuk membuat provokasi semasa sarapan pagi DS Najib Tun Razak hari ini, milik beliau.

Apa kesalahan DS Najib untuk bersarapan pagi di kawasan DUN beliau sehingga sanggup membuat perkara terkutuk tersebut? Rakyat Sabak di kalangan orang-orang Melayu pasti tahu bagaimana hendak mengajar ADUN yang kurang ajar ini di dalam PRU15. 

ADUN yang tidak sedar diri ini harus faham majoriti 130 undi yang dipegangnya tidak membawa erti apa-apa, kerana undi yang diperolehi oleh calon BN dan PAS pada PRU14 hampir menyamai undi beliau. Dengan kerjasama UMNO-PAS, harapan Ahmad Mustain untuk mempertahankan kerusi DUN Sabak adalah amat mustahil.





5 Kilang Lynas Diteruskan, Mana Pejuang Berani Mati Lim Guan Eng?



Kilang Lynas diteruskan untuk tarik pelabur asing kata Menteri Pembangunan Usahawan Kerajaan Pakatan Harapan (PH)), Dato Mohd Redzuan manakala 'Demo Stop Lynas' yang diterajui oleh PH dulu hanyalah menipu Rakyat semata-mata mahu berkuasa.

Sempena menyambut kenyataan Menteri PH semalam bahawa "Lynas tidak akan ditutup kerana ia baik dan adalah usaha kerajaan PH untuk menarik pelaburan asing", mari kita jenguk kembali kata-kata keramat pejuang berani mati bantah Lynas seorang ini.


Wong Tak mana? Wong Tak mana?

6 Dari Balai Bomba Ke Klinik Kesihatan, Dulu Tiada, Sekarang Ada, Sungguh Seram #PRKRantau


Calon PKR DUN Rantau, Dr Streram sebelum ini berkata "tidak ada satu pun kemudahan awam di Rantau". Manakala Anwar Ibrahim Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pula berkata "Mad Hasan gagal bawa pembangunan ke Rantau walaupun jadi MB selama 3 penggal".

Hari ini setelah kempen rasmi PRK Rantau bermula, Streram berkata "pasar awam Rantau walaupun dalam keadaan baik perlu dinaikkan taraf". Beliau juga berkata, "Rantau tidak perlukan hospital baru cuma Klinik Kesihatan Rantau juga perlu dinaikkan taraf".

Mungkin pakar bius ini ada masalah penglihatan. Jika dahulu Balai Bomba Rantau yang dikatakan tiada sebelum ini, kini sudah ada dan akan dirasmikan bulan depan. Sungguh cepat pembangunan di Rantau. Amat seram.




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates