March 30, 2019

11 Mana Presiden Bersatu Bila UEC Diiktiraf?


Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.

Menerusi kenyataan di akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.

Sedikit demi sedikit Timbalan Menteri Pendidikan memperkasakan sistem pendidikan Taiwan. Menteri Pelajaran masih dengan kasut hitam, kolam renang dan bilik R&R guru.

Di mana Presiden Bersatu yang sebelum ini lantang membantah UEC? Adakah beliau kini merubah pendirian atau mulutnya sudah ditutup?

Cakap-cakap TS Muhyiddin Yassin adalah sekadar janji manis untuk memenangi PRU14 dan hanya ibarat seekor anjing yang menyalak bukit. Hakikatnya, umum mengetahui bahawa DAP menentukan hala tuju di dalam Pakatan Harapan.

March 29, 2019

11 Dari Miri Ke Rantau, Jauh MP PKR Terbang Hendak Menderma


Ahli Parlimen (MP) PKR Miri, Michael Teo berkata, beliau mengadakan program pengagihan kupon makanan percuma kepada pelajar miskin di Rantau ATAS PERMINTAAN Calon Pakatan Harapan PKR DUN Rantau, Streram Sinnasamy.

Kita husnuzon sajalah. Jauh MP Miri terbang untuk mengagihkan kupon makanan percuma bernilai RM75,000. CTS yakin dan percaya di Sarawak terutamanya di Miri pastinya sudah tidak ada lagi pelajar miskin yang memerlukan bantuan makanan kerana mungkin terdiri dari keluarga kebanyakkannya kaya raya.

March 28, 2019

16 Kelentong Menteri Mengenai Kereta Terbang Sudah Jadi Seperti Cerita Tahyul


Mulanya diakui prototaip kereta terbang adalah seperti yang dipamerkan di LIMA 2019, Langkawi. Setelah mendapat troll yang maha hebat semalam, syarikat berkenaan mengeluarkan kenyataan menafikan model berkenaan bukan kereta terbang yang dinyatakan.


Hari ini, Menteri berkenaan buat cerita baru pula. 


Cerita penglipurlara yang terbaru adalah kereta terbang itu kini sedang dibangunkan di Jepun, oleh Rakyat Malaysia. Bila pula kita tandatangan persefahaman dengan Jepun untuk membina kapal terbang? 

Prototaip berkenaan pula dibangunkan tanpa menggunakan peruntukan Kerajaan pula tu. Baik sungguh hati Jepun. Kalau betul bagai dikata, pastinya Jepun sudah lama melabur di Malaysia semasa Kerajaan Pakatan Harapan memerintah dan bukan hanya memberikan pinjaman Bon Samurai.

Sembang Menteri yang lebih dikenali dengan nama Pak Wan, sudah melalut sampai tak ketahuan. Kata Pak Wan Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan nak bangunkan modal insan tempatan dan komersialkan teknologi otomotif dan drone tempatan, tapi prototaip kereta terbang dibangunkan di Jepun?

Kesimpulannya, sembang Menteri Pakatan Harapan ini, ibarat babi pun boleh terbang.

March 27, 2019

22 EXCO Awak Tahu Saya Siapa? Buat Hal Lagi





EXCO DAP Melaka buat hal lagi. Selepas berlagak, bergaduh dan tunjuk kuasa dengan orang kampung, beliau sekarang buat perkara yang sama kepada penarik beca pula.

Siap hendak berkasar pula. Paling tidak boleh tahan adalah ayat sama juga yang keluar dari mulut beliau,

AWAK TAHU SAYA SIAPA?

Tidak adakah anak Melaka keturunan Hang Tuah 5 bersaudara yang boleh mengajar EXCO ini erti kesopanan? Bosan sudah melihat bagaimana wakil DAP biadap melayan Rakyat.

16 Banyak Cerdik Pandai Melayu Islam, Tiadakah Yang Layak Menguruskan Harta Tabung Haji?




Malaysia mempunyai banyak pengurus pelaburan (investment managers) berbangsa Melayu Islam di JP Morgan, Credit Suisse, Barclays, Goldman Sachs maupun Paribas, namun bangsa Cina juga yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menguruskan RM20 billion aset kepunyaan 9.5 juta pendeposit Tabung Haji. Tidak perlu dinyatakan bahawa 100% pendeposit Tabung Haji adalah orang-orang Islam.

Tontonlah video di bawah bagaimana Menteri (Semua) Agama cuba menyembunyikan nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berbangsa Cina menguruskan RM20 billion aset Tabung Haji, sewaktu perbahasan di Parlimen. Menteri Islam apakah ini?


Mungkin Menteri (Semua) Agama terlalu lama berdemo di jalanan, sehingga beliau tidak faham dan tidak pernah dengar mengenai Bank Pelaburan (investment banks). Nak buat macam mana, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji juga kayu atau lembu dicucuk hidung.

Kesimpulannya, hanya di Malaysia, orang bukan Islam menguruskan harta orang-orang Islam, manakala orang Islam menguruskan babi.

21 Alhamdulillah, Prototaip Kereta Terbang Pertama Negara Dipamerkan Di LIMA 2019




Siapa kata Menteri Kerajaan Pakatan Harapan pembohong? Prototaip Kereta Terbang pertama negara telah dipamerkan di Pameran LIMA 2019. Mainan anak siapalah dan kipas meja mana syarikat yang berkenaan ambil untuk buat prototaip berkenaan.

Kalau mengikut model yang dipamerkan, kereta terbang berkenaan sesuai untuk bujang atau pasangan yang tiada anak. Persoalannya, mampukah orang bujang memilikinya? Bayar PTPTN pun mengeluh. Matilahnak.

Kesimpulannya, kau buat kereta mainan dan pamer di pameran antarabangsa LIMA 2019? Gila ko apa? Lihat video BERNAMA bodek kereta terbang Kerajaan PH di bawah.



2 Fakta Atau Auta Kejayaan PH Memerintah Malaysia?


Mungkin dedak sudah ditabur kepada cytro-cytro Kerajaan sehingga mereka berlumba-lumba menyiarkan infografik di atas di media-media sosial. Sekali pandang nampak seperti kejayaan besar yang dilakar oleh Kerajaan Pakatan Harapan selama 10 bulan memerintah Malaysia. Benarkah info di atas. Di bawah adalah penerangan fakta melawan auta.

Minyak RON95

BN: RM2.36 pernah capai RM2.80

Mana pernah harga minyak mencapai RM2.80? Paling tinggi pun RM2.36. Itu pun untuk satu minggu sahaja. Sejak 3 tahun lalu ini, RON95 pernah jatuh ke RM1.60 untuk beberapa bulan. Contohnya, pada bulan Mac 2016. Baca di sini.

PH: RM1.92 paling tinggi RM2.08.

Ramai sudah lupakah, RON95 pada bulan Disember 2018 adalah RM2.20 kerana Lim Guan Eng mengenakan cukai petrol 30 sen satu liter? Selepas DS Najib Tun Razak bongkarkan perkara ini, Lim Guan Eng terpaksa turunkan menjadi RM1.92 satu liter. Lepas itu harga minyak naik balik lagi ke RM2.08 sekarang.

Bantuan Khas Pesara

BN: RM250

Bohong! Siapa kata hanya RM250? RM500 untuk pesara dan RM1,000 untuk semua penjawat awam. Baca di sini.

PH: RM500

Bantuan Khas penjawat awam hanya RM500 sahaja. Baca di sini.

BRIM

BN: RM1,200
PH: RM1,480 
Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120.

Di bawah BN, BR1M adalah RM2,000 untuk tahun 2018. Bukan RM1,200 seperti yang dimomokkan. Belum masuk lagi bayaran khas RM1,500 untuk anak penerima BR1M yang layak masuk ke universiti. Lagipun, PH sudah mansuhkan BR1M untuk orang bujang, BR1M untuk orang yang berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000.

Biasiswa

BN: 2016-2018 tiada peruntukan

Ini pun ada orang percaya? Jika tiada biasiswa untuk 3 tahun, sudah kecoh satu Malaysia. Memang ada dan pada kadar lebih tinggi dari PH.

PH: RM3.8Billion untuk tahun 2019.

Potong bajet biasiswa adalah. Mana ada tambah? MyBrain pun sudah mansuh. Baca di sini.

Royalti Minyak

BN: Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak. Bila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walaupun bertanya ikut saluran.

Tiap-tiap tahun di bawah BN Terengganu dibayar royalti minyak RM210 juta. Baca di sini.

PH: Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.

Mana ada penuh? 20% royalti minyak sudah bayar ke?

Plan bantuan FELDA

BN: setiap tahun bayaran one-off RM700
PH: RM77juta untuk bayaran one-off, khairat kematian dan elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.

Isu FELDA tidak bayar adalah penipuan PH. Peneroka-peneroka yang kini menderita tahu siapa yang lebih baik. Semua rindu zaman BN. Yang RM77 juta itu jika dibahagikan 120,000 peneroka dapat berapa untuk elaun hidup? RM600 setahun?

Tol

BN: 5 tahun naik 2 kali (PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)

Tol hanya naik sekali sahaja dalam tempoh 9 tahun DS Najib jadi PM iaitu pada tahun 2016 sahaja. Itupun tol pihak swasta. Semua tol di bawah lebuhraya PLUS tidak pernah naik selama 9 tahun DS Najib jadi PM.

Banyak tol telah dimansuhkan di bawah DS Najib. Empat tol sahaja pada akhir tahun 2017 iaitu tol Batu Tiga, Tol EDL Johor, Bukit Kayu Hitam dan Batu Tiga dan tol Sungai Rasau. BN pun tidak pernah berjanji untuk manushkan semua tol dalam bandar.

PH: Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11p.m. - 5 a.m.

Untuk rekod, janji manis ini masih dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi. Janji PH adalah hendak mansuhkan semua tol. Kini mahu bagi diskaun tengah malam. Itupun belum buat lagi sudah mahu mengambil kredit?

Peruntukan sekolah daif

BN: pembantu Rosmah seleweng RM4 billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.

Projek solar mana ada RM4 bilion? Itupun RM1 bilion untuk solar untuk setiap sekolah termasuk kos diesel untuk 380 sekolah tiap-tiap tahun untuk 5 tahun. Pembantu Rosmah didakwa menerima RM5 juta dari pengendali projek. Mana datang RM4 bilion itu?

PH: RM1 billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.

Ini lagi kelakar. RM1 bilion itu sebenarnya sudah diperuntukkan dalam Bajet 2018 BN. Namun, PH tidak mahu bayar. PH hanya bayar selepas kerajaan Sarawak pinjam RM1 bilion kepada PH untuk PH bagi balik kepada Sarawak.

Kos projek Mega

BN: ECRL: RM71 billion  (kos sebenar bawah BN RM55 bilion. Di mana datang RM71 bilion)
MRT3: RM31 billion 
MRT2: RM39 billion

PH: ECRL: RM40 billion  (Sudah buat ke? Skop apa telah potong?Belum buat jangan mengambil kredit)
MRT3: RM15 billion (PH sudah mansuhkan MRT3 lah. Apa kebodohan ini?)
MRT2: RM30Billion. (Ini kerana banyak stesen sudah dihentikan dan saiz stesen sudah diperkecilkan. Ini bukan penurunan harga tetapi penurunan skop projek. Lain kali naik perbesarkan dan tambah balik stesen lagi mahal.)

Kesimpulannya, propaganda menipu PH masih diteruskan walaupun sudah bergelar Kerajaan. Sudah menang dengan fitnah. Selepas menang masih mahu tipu dan fitnah Rakyat? Berikut adalah kejayaan sebenar Kerajaan PH:

1. Billionaire Alibaba, Jack Ma tidak mahu berurusan dengan Malaysia. 
2. Putera Mohammad Salman batal lawatan ke Malaysia.
3. Kerajaan India haramkan jet peribadi PM7 lalu ruang angkasa. 
4. Filipina hentikan import sawit. 
5. EU hentikan import sawit. 
6. Jepun hanya mampu bagi bond Samurai bukan pelaburan. 
7. Malaysia buat pelaburan 900 juta USD di Pakistan. 
8. Penjualan asset kerajaan besar-besaran.
9. Peningkatan hutang kerajaan sebanyak 55 billiomn.
10. Penjarahan Petronas sebanyak 82 billion.

5 Demi Pakatan Harapan, Berkorbanlah Membayar Yuran Asrama UiTM



Alhamdulillah, berkat istiqamah Ibu Bapa yang mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU14 yang lepas, mereka kini dapat menyumbang kepada Kerajaan yang mereka sayangi dan idamkan dengan membayar yuran asrama untuk anak-anak yang sedang melanjutkan pelajaran ke UitTM.

Ringan banyak beban Ibu Bapa sekarang. Dulu masa gaji poket penuh saja, sekarang duduk kolej pun kena bayar sewa bilik di UITM, ringan sikitlah poket Ibu Bapa kena bayar UITM pulak. Bersyukurlah.

March 26, 2019

10 Timbalan Menteri Berbohong Mengenai Bantuan JKM?



Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan PH suka benar mengambil kredit apa yang tidak mereka lakukan. Terbaru, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak perlu mendapatkan sokongan wakil rakyat untuk membuat permohonan.

Hannah Yeoh dipetik berkata, proses pembaharuan borang permohonan turut diringkaskan dari 10 muka surat kepada 3 muka surat. Pertama, borang JKM18 sudah berkurang mukasurat dari 9 helaian kepada 3 helaian bermula tahun 2016. Sejak itu juga, tak perlukan lagi tandatangan saksi. Ini bukan perkara baru. Janganlah mengambil kredit perkara yang YB tidak buat.

Kedua, di bawah adalah kenyataan daripada ADUN Kuala Sentul, Pahang yang telah berkhidmat selama 3 penggal. Nampak sangat Hannah Yeoh menipu.


Di bawah disertakan borang JKM yang digunakan dari tahun 2016. Pakatan Harapan dan pembohongan berpisah tiada.



March 25, 2019

12 Ini Yang Cina MCA Berani Buat Apa Yang Cina DAP Takut




Apabila EXCO Pakatan Harapan Kedah merasmikan tugu peringatan Tentera Jepun Sebagai Wira Negara yang dibina dengan kerjasama Konsolut Jepun, isu menjadi viral dan kontroversi.

Hari ini MCA bangun memprotes cara Kerajaan Kedah mengiktiraf tentera Jepun dengan menyelubungi tugu peringatan berkenaan dengan kain hitam yang berbunyi,
“Rakyat Malaya Yang Terkorban Sebab Menentang Jepun Barulah WIRA”
Apa yang MCA lakukan ini tidak mungkin dilakukan oleh DAP.

9 Perdana Menteri Minta Rakyat Malaysia Minum Sesudu Minyak Sawit Sehari


Dalam ucapan pelancaran 'Sayangi Sawitku', Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir meminta Rakyat Malaysia agar meminum 1 sudu minyak sawit sehari. Sepatutnya semasa gimik pelancaran, Perdana Menteri dan Menteri berkenaan, Terresa Kok minum segelas minyak sawit, sebagai tanda pelancaran kempen. Barulah namanya kepimpinan melalui teladan.


Perdana Menteri mohon mencadangkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek supaya meminum segelas minyak sawit sehari, mudah-mudahan boleh mengurangkan sedikit kebebalannya berkaitan perkara-perkara di bawah:

1. Kejadian di luar universiti. Restoren Amjal tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Universiti Malaya.
2. Provokasi dimulakan oleh mahasiswa keturunan Cina tersebut. Protes yang dipanggil 'silent protest' turut membawa pembesar suara. (Lihat gambar di bawah)
3. Naib Chanselor diarah komen hal politik? Kegilaan apakah ini?


March 24, 2019

9 Kenapa EXCO PH Kedah Tidak Sensitif Dan Bodoh?







EXCO PH Kedah ini bekata orang lain yang bayar. Beliau ke majlis itu untuk merasmikan sahaja. Beliau langsung tak tahu apa yang dia rasmikan? Sama ada beliau bodoh atau tidak tahu buat kerja.

Adakah ini satu cara hutang budi dibalas. Maklumlah, bukan senang Jepun hendak bagi Bon Samurai. Apalah sangat tentera Jepun yang membunuh ribuan penduduk Tanah Melayu diangkat menjadi wira negara.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates