March 23, 2019

20 Kenapa Program Kerajaan Pakatan Harapan Hambar?

Ini program himpunan keamanan yang diadakan di Dataran Merdeka (berarak dari Sogo), sejak 7.30 pagi tadi. Portal dan surat khabar Kerajaan mengambarkan sebagai lautan manusia putih.








Ini pula rakaman video di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di mana Fit Malaysia sedang berlangsung. Program bermula seawal 8.00 pagi dan keadaan video adalah pukul 10.00 pagi.



16 Misteri 6 Jahanam Terungkai







Pemuda pengkaderan DAP rupanya. 

March 22, 2019

47 6 Ekor Cina Cauvinist DAP Cetus Kontroversi, Tuduh UMNO PAS Sebagai Taliban







Pagi tadi enam pemuda Cina yang dipercayai agen DAP dengan lantang tampil menganggu program DS Najib Razak di Restoran Amjal, di hadapan pintu masuk Universiti Malaya.

Mereka mungkin unit kecil gangster Cina atau kader DAP. Jika pemuda biasa kaum Cina mereka ada adab dan tidak akan seberani itu. 

Ini budaya biadap dan gasar mengganggu majlis orang dengan poster dan kata-kata menghina. Baru setahun berkuasa sudah bagai merak kayangan.

Mereka yang mulakan dan cetuskan provokasi. Selepas itu menuduh Melayu penyokong DS Najib Razak sebagai samseng.

Nama saya Raykat. Raykat tercicir duit, jika ada sesiapa terjumpa duit Raykat, tolong pulangkan pada Raykat.

Ini salah seorang pendemo anti DS Najib Razak petang tadi. Memalukan Rakyat Malaysia tidak tahu bahasa Malaysia.


Lihatlah pula bagaimana portal dan akhbar milik Kerajaan memutar belikan berita.





4 Usaha Untuk Mertabat ''Our Nation's Mother Tongue Education' Seperti Kata Nga Kor Ming Telah Bermula



Apabila DAP berkuasa, sedikit demi sedikit kita melihat usaha mereka untuk memertabatkan apa yang dipanggil oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebagai, 'our nation's mother tongue education'. Agak pelik apabila 3 pasukan bertugas UEC dilantik dari orang-orang yang tidak berkelayakan. Seolah-olah mereka ini adalah badut atau puppet untuk menjayakan kelulusan UEC ini. 

Dengan 3 orang dalam pasukan ini, kita sudah boleh agak apa keputusan yang bakal diumumkan. Persoalannya, kenapa tidak dilantik mantan-mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia atau bekas pengarah-pengarah peperiksaan yang masih hidup atau tokoh-tokoh wibawa dalam pendidikan yang lain untuk menganggotai pasukan ini?

14 Pawagam, Kes HIV Dan ADUN DAP Yang Bodoh


ADUN Keranji (DAP) menempelak Kelantan kerana tiada panggung wayang gambat (pawagam), lalu mendakwa Kelantan catat kes HIV tertinggi.

Realitinya, statistik yang dicatat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana yang disunting oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES):

Statistik kes HIV tahun 2015:

01. Selangor : 767 kes
02. Johor : 451 kes
03. Wilayah : 448 kes
04. Sabah : 233 kes
05. Sarawak : 230 kes
06. Pahang : 177 kes
07. Kelantan : 169 kes

(Negeri - negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

Statistik kes HIV tahun 2016:

01. Selangor : 888 kes
02. Wilayah : 499 kes
03. Johor : 321 kes
04. Sarawak : 258 kes
05. Sabah : 256 kes
06. Pahang : 212 kes
07. Kelantan : 189 kes

(Negeri - negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

Statistik kes HIV tahun 2017:

01. Selangor : 986 kes
02. Wilayah : 464 kes
03. Johor : 347 kes
04. Sarawak : 226 kes
05. Sabah : 211 kes
06. Penang : 193
07. Kedah : 187
08. Perak : 154
09. Kelantan : 136 kes

(Negeri - negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

Kedua, apa kaitan pawagam dengan peningkatan kadar HIV? Bodoh punya ADUN DAP

March 21, 2019

20 Dari Tangga 35 Di Zaman @NajibRazak Turun Ke Tangga 80 Indeks Negara Paling Bahagia Di Dunia





Semalam Khalid Samad dilaporkan berkata Malaysia menduduki tangga ke 35 negara paling bahagia di dunia.

Namun, semalam juga digg.com, baca di sini, melaporkan Malaysia menduduki tangga ke 80 sebagai negara paling bahagia.

Apa yang Khalid Samad terlepas pandang, kedudukan ke 35 tu adalah dalam tempoh pemerintahan DS Najib Razak.

Apa yang Khalid Samad cuba sembunyikan, zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang inilah kebanyakan Rakyat Maiaysia kemurungan.

Malaysiakini juga agak sarkastik membuat perli kepada Menteri Wilayah ini.


Kesimpulannya, moto macai Tomato bahawa "PH menang Rakyat senang" adalah kepala bana!

19 Subsidi Haji Akan Dikurangkan? Haa Tepuk!



Pengurangan subsidi Haji sepatutnya disambut oleh masyarakat Islam dengan gembira. Bukan setakat pengurangan malah penghapusan subsidi juga satu tindakan yang baik.

Dahulu semasa diberikan bantuan pun, pengundi-pengundi Islam tahh bersyukur. Siang malam mulut berzikir dan beratib memgutuk kerajaan Barisan Nasional.

Sekatang biarlah padan dengan hukuman yang Allah berikan kerana tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan.

Elok sangatlah tidak diberikan bantuan. Kalau tidak cukup modal tidak usahlah menjalankan ibadah Haji. Beri bantuan pun bukan tahu ucap terima kasih.

March 20, 2019

15 ADUN Jeram Adalah Wakil Rakyat Selangor Di Dalam Kelas Tersendiri



Mula-mula, muka ADUN berkenaan ditampal di beg sekolah yang diberi sebagai sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah miskin B40. Baca di sini.

Kemudian, ADUN berkenaan menyumbang 10,000 baju kemeja dan kurung yang diagihkan kepada 10 sekolah rendah di dalam DUN Jeram, diletakkan jenama sendiri. Baca di sini.

Hari ini, ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli mengeluarkan kenyataan kontroversi dan berani mencadangkan agar Selangor dijadikan pengeluar ganja terbesar di dunia.

Ini padahnya pengundi Selangor memilih Wakil Rakyat 'uneducated'. Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan di atas dikeluarkan oleh ADUN berkenaan dalam keadaan sedar atau tidak.

Selepas mempunyai ladang babi terbesar di Asia, kini Selangor bakal mempunyai ladang ganja yang terbesar di dunia. Tahniah kepada pengundi-pengundi PH. Anda memang "bijaksana" memilih pemimpin yg "bijak".

March 19, 2019

13 Menteri Kesihatan Menghina Sunnah Rasulullah SAW?


Mana perginya ulamak dalam P4N ketika Menteri Kesihatan menghina sunnah Rasulullah SAW? Bekam atau hijamah merupakan salah satu kaedah perubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk umat Islam. 

Tujuan bekam dilakukan adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid atau racun yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.

Hadis yang mengalakkan Bekam antaranya adalah seperti di bawah:

Sabda Rasulullah S.A.W.

"Barang siapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah S.W.T"

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"

(Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)

Didalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair r.a., lbnu Abbas r.a., dari Nabi S.A.W., Baginda bersabda,

"Kesembuhan ada tiga perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api."

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya cara pengobatan yang paling ideal/baik yang kalian pergunakan adalah bekam/hijamah."

Dari Jabir Al-Muqni berkata: "Aku tidak akan merasa sehat sehingga aku berbekam, karena sesungguhnya pada bekam itu terdapat kesembuhan."

Bekam sangat dianjurkan oleh penduduk langit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku di-Isra'kan, melainkan mereka (para malaikat) semua mengatakan kepadaku: "Hai Muhammad, Engkau harus berbekam."
(Hadith Riwayat Tarmidzi)

Kesimpulannya, biarlah kalau Rakyat hendak berbekam sekalipun. Bukan pinjam duit gaji Pak Menteri yang berpuluh ribu tu.

6 Adakah RM3 Juta Untuk FoodBank Malaysia Mencukupi Dan Tidak Tiris?


MOF luluskan RM3 juta kepada KPNDHEP untuk sediakan 14 lori dilengkapi pendingin (chiller). Ianya digunakan untuk mengedarkan makanan kepada golongan B40 di 20 universiti tempatan.

Bukankah membazir membeli lori RM3 juta. Kos penyelenggaraan lori belum tahu berapa. Kos minyak dan kos pemandu. Yang untung adalah penjual lori dan pembekal sahaja.

Bukankah mudah RM3 juta ini ditukarkan dalam bentuk elaun langsung pada yang layak. Bagi duit kepada Mahasiswa dan bukannya budak sekolah rendah. 

Dari MOF salur dana membeli 14 lori ”food bank” untuk 20 IPTA dengan kos RM3 juta lebih baik letak 'vending machine' atau tempat simpanan makanan seperti di masjid. 'Vending Machine' yang hebat berharga sekitar RM30 ribu sahaja. Lagi banyak boleh letak, kos lagi murah.

Kita faham Menteri Kewangan memang lemah dalam matematik. Bagaimana hendak menyusun 14 buah lori untuk kegunaan 20 IPTA?

March 18, 2019

15 Tok Mat Bina Projek Perumahan Rakyat, MB Amin Sekadar Tebal Muka Ambil Kredit



Projek Perumahan Rakyat (PPR) Rantau dibangunkan di atas tapak seluar 15 ekar dengan kos sebanyak RM15.9 juta. Projek ini terdiri daripada 100 unit rumah teres 1 tingkat dengan keluasan 700 kaki persegi termasuk tiga bilik, dua bilik air, ruang tamu dan ruang dapur. Perasmian Permulaan Kerja Projek PPR Rantau, Negeri Sembilan, dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, DS Mohamad Haji Hasan, pada 16/01/2017. 

Projek ini turut dilengkapi dengan berbagai kemudahan seperti surau, tapak gerai, tadika, pusat komuniti dan gelanggang futsal bagi kemudahan penduduk. Projek ini mengambarkan keprihatinan Kerajaan BN terdahulu yang sentiasa berusaha bagi menyediakan kemudahan perumahan yang terbaik untuk setiap lapisan masyarakat terutamanya rakyat berpendapatan rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Hari ini, Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru daripada Kerajaan Pakatan Harapan cuba untuk mengambil kredit di atas usaha orang lain. Mana tidaknya, untuk memohon sahaja perlu diadakan Majlis Pelancaran. Lembu punya susu, sapi terhegeh-hegeh hendak dapatkan nama.


March 17, 2019

28 Lawatan Kerja Ke Batam Dirancang Awal, Tidak Baik Tau Fitnah Menteri Besar Johor


Kalau sudah ke Batam tidak sah kalau tidak menyabit rumput. Tak apalah. Mungkin program golf sudah diatur sebelum tragedi di Pasir Gudang. Amboi MB Johor, siapa pulak si nona manis di sebelah?

Seperti yang diterangkan oleh Menteri Besar Johor, semua ini adalah suratan, telah ditakdirkan dan telah diatur sejak sekian lama. Program sebegini seperti golf pastinya tidak dapat dibatalkan. Lagipun program di Batam telah dipendekkan sehari. Apa lagi Rakyat mahu?



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates