March 9, 2019

10 Alhamdulillah, Menteri Belia Dan Sukaneka Sudah Pulih Dari Kecederaan Di PRK Semenyih




Melihatkan daripada gaya Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq menari sewaktu memyambut Hari Wanita, umum pastinya menarik nafas lega kerana Menteri berkenaan sudahpun sembuh sepenuhnya daripada kecederaan 'soft tissue' yang dialaminya ketika PRK Semenyih.

Beliau juga kelihatan bersama-sama Timbalan Perdana Menteri dan suami dan Menteri Pertahanan untuk hadir menontin tayangan perdana filem Bikers Kental semalam.



March 8, 2019

4 Menteri Muda Kerajaan PH Ambil Kredit Lagi


Menteri Rejim Palatan Harapan suka sangat mengambil kredit yang bukan dilakukan oleh mereka. Terbaru, Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq dengan bangganya umumkan pembinaan stadium ragbi PERTAMA di Malaysia.

Kononnya, ini merupakan kejayaan terbesar beliau kerana mengumumkan pembinaan stadium ragbi yang peruntukannya telah diluluskan pada tahun 2015 oleh mantan Menteri, YB Khairy Jamaluddin.

Persoalannya, adakah ianya stadium ragbi yang pertama di Malaysia? Jawapannya tidak. Di Ipoh, Stadium Ragbi Perak telah lama beroperasi dan di Likas, Stadium Ragbi Sabah sedang rancak dibina.

Kesimpulannya, Syed Saddiq tidak perlu barisan pekerja yang malas untuk membuat sedikit semakan. Cukuplah hanya dengan carian mudah di Google.


March 7, 2019

31 Menteri Kewayangan Wajar Dipecat Dan Didakwa Atas Akta Hasutan




Semakin hari belang rasis Menteri Kewayangan dan Setiausaha Agung DAP semakin menebal. Semalam, Lim Guan Eng menimbulkan kontroversi apabila membuat kenyataan yang berbunyi,
The flirtation between UMNO and PAS is over. Now they are all ouy to declare war against non-Malay and non-Muslims under the banner of Malay Unity.
Cina rasis ini terlupa, UMNO bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam Barisan Nasional. PAS pula ada sayap penyokong bukan Islamnya tersendiri. Sejak bila kerjasama PAS dan UMNO dalam konteks Perpaduan Ummah mahu berperang dengan bukan Islam? Ini satu hasutan dari Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng terlambat apabila beliau cuba membetulkan kenyataannya seperti di bawah. Kenapa Malaysiakini menukar tajuk berita rasis ini atas arahan Lim Guan Eng? Apa maksud "Lim has corrected his earlier comment"? Anda takutkah Lim Guan Eng.

Kesimpulannya, Lim Guan Eng harus dipecat dari kabinet dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1969.



March 6, 2019

13 Isu Khazanah Rugi RM6.3 Billion, Azmin Ali Cakap Tidak Serupa Bikin


Apabila Khazanah Berhad kerugian RM6.3 billion, Menteri Ekonomi yang juga Pengarah Syarikat, DS Azmin Ali pantas mengeluarkan kenyataan, janganlah kita menunding jari dan ini bukannya masa untuk menghentam sesiapa.

Beliau terlupa sewaku Khazanah kerugian RM80 juta dalam perniagaan baju dalam dan coli, beliaulah orang yang bertempik di dalam Parlimen minta penjelasan, sedangkan pada tahun tahun berkenaan, Khazanah untung sebanyak RM2.9 bilion.


Kedua, apabila Khazanah kerugian RM6.3 bilion, syarikat pelaburan Kerajaan berkenaan tetap terpaksa dan dipaksa membayar dividen berjumlah RM1.5 billion. Mungkin Menteri Ekonomi ini terlupa, di dalam kes Tabung Haji (TH), pemimpin PH membantah pemberian hibah / dividen kepada pendeposit TH konon hibah tidak boleh diberikan apabila nilai aset lebih rendah daripada liabiliti, dan TH perlu menerbitkan keuntungan dalam tahun tersebut.






Ketiga, Azmin Ali kata MAS antara sebab utama Khazanah rugi. Pada 01/03/2019, MAS umumkan kerugian 2018 adalah lebih rendah dari tahun sebelumnya. Pada 2017 MAS rugi lagi teruk dari 2018, namun Khazanah masih mencatatkan keuntungan sebab portfolio Khazanah yang lain mampu tampung kerugian MAS.


Keempat, troll DS Najib Razak terhadap Menteri Ekonomi sangat mendalam. Kalau beliau tidak faham lagi, tak tahulah nak kata apa. Kesimpulannya, dalam dunia realiti hari ini, jumlah orang yang mengaku dirinya pandai, sama banyak dengan orang yang tidak sedar dirinya bodoh.

March 5, 2019

17 Adakah Menteri Besar Kedah Menipu Pengisytiharan Harta Kepada SPRM?





DS Mukhriz Tun Mahathir telah mengisytiharkan harta beliau bersama-sama isterinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25,170,426. Adakah itu nilai harta sebenar DS Mukhriz dan isterinya?

Umum mengetahui DS Mukhriz dan isterinya memegang saham dalam syarikat fibre optik, Kumpulan Opcom. DS Mukhriz memegang 23.28% saham Opcom sementara isteri beliau memegang 14.11% saham Opcom melalui M Ocean Capital Sdn Bhd. Jadi, jumlah keseluruhan pegangan saham suami isteri adalah 37.39%

Berapa nilai Opcom Bhd? Nilai terendah selepas PRU14 adalah sebanyak RM101.59M. Ini bermakna sekiranya DS Mukhriz dan isterinya memegang sebanyak 37.39% saham Opcom Berhad, sepatutnya nilai harta DS Mukhriz suami isteri adalah RM37,984,501.

Untuk rekod, ini hanyalah baru nilai saham Opcom Berhad. Ini belum dicampur dengan harta-harta mereka yang lain. Belumpun diambil kira gaji dan elaun DS Mukhriz sebagai ADUN, Menteri Besar dan lain-lain jawatan sebagai Pengarah-Pengarah Syarikat lain. Adakah DS Mukhriz menipu pengisytiharan harta beliau suami isteri kepada SPRM?

20 Perhimpunan Perpaduan Ummah Di PWTC Antara UMNO Dan PAS



Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan tiba di  Menara Dato Onn, PWTC, bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perunding antara PAS dan UMNO. Ketibaan mereka disambut beberapa pimpinan UMNO.


Tidak pernah terfikir yang PAS akan bermesyuarat dalam bangunan UMNO. Petang ini kita saksikan ianya terjadi. Demi Ummah.




20 Setelah 14 Tahun, Khazanah Berhad Rugi, Tahniah Rejim Pakatan Harapan



Setelah 14 tahun, Malaysia mencatatkan sejarah apabila syarikat pelaburan Kerajaan, Khazanah Berhad, mengalami kerugian berjumlah RM6.3 billion.

Dalam masa yang sama, Khazanah Berhad turut mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia dengan nilai yang dikatakan mencecah RM1 billion.

Satira hari ini:

Najib Razak: "Kenapa jual Legoland?"

Nobita: "Lu tak tau ka lego (let go) tu kena lepaskanlah. Juallah. Kita Cina bila sebut lego memang kena lepaskan. Lu tak tau ka lego, bukan nego. Apa punya bodoh punya Najib."

Kesimpulannya, penyamun jaga 10 tahun tidak pernah rugi dan aset meningkat. Legenda jaga 10 bulan rugi RM6.3 billion dan nilai aset susut 20 peratus. Siapa yang menyamun ni? Siapa yang menyamun ni?


11 Penstrukturan Kabinet Malaysia 2019


Khabar angin bertiup kencang Perdana Menteri akan mengadakan rombakan kabinet secara besar-besaran dan menjenamakan semula Menteri-Menteri kabinet sekarang dengan nama baru. Antara nama Menteri yang akan diberi nafas baru adalah:

1. Menteri Buluh
2. Menteri Kasut Itam.
3. Menteri Air Mata.
4. Menteri Tisu.
5. Menteri Kulinari.
6. Menteri Tipu Sijil.
7. Menteri Salah Titik Perpuluhan.
8. Menteri LGBT.
9. Menteri Kilang Carlsberg.
10. Menteri Kereta Terbang.
11. Menteri AES Maqasid Syariah.
12. Menteri Aiskrim.
13. Menteri Ikan Kembong.

March 4, 2019

29 Terkini - MCA Dan MIC Mula Mengugut Untuk Bubarkan BN?



Belum sempat Barisan Nasional (BN) bergembira dengan kemenangan dua PRK di Cameron Highlands dan Semenyih, dua parti komponen BN, MIC dan MCA hari ini, telah bermesyuarat dan mengeluarkan Kenyataan Media Bersama.

UMNO adalah satu parti dari 3 parti yang membentuk BN. Dua lagi parti adalah MCA dan MIC. CTS bersetuju bahawa BN dibentuk atas dasar konsensus. Tiada konsensus dalam lantikan Setiausaha Agung BN. Justeru itu, pendirian MCA dan MIC bahawa lantikan itu tidak sah adalah berasas.

Namun, tindakan yang diambil oleh MIC dan MCA hari ini mungkin berpunca daripada ketakutan kerjasama di antara PAS dan UMNO. MIC dan MCA kelihatan terdesak meletakkan bidak catur, mungkin sebagai satu usaha untuk tawar menawar untuk kerusi pada PRU15.

UMNO adalah sebahagian daripada BN. Pembubaran BN perlu dibuat melalui persetujuan semua parti yang masih menganggotai BN. UMNO juga boleh mengambil pendekatan untuk keluar BN jika menganggap UMNO tidak perlu lagi berada dalam BN. UMNO dalam BN tanpa MCA dan MIC adalah hanya UMNO.

MIC dan MCA boleh memilih untuk bersendirian di dalam PRU15 atau memilih untuk menyertai Pakatan Harapan. Dapatlah MIC dan MCA 3 kerusi untuk ditandingi, ehsan daripada Pakatan Harapan. MCA boleh berkongsi kerusi dengan DAP manakala MIC boleh berkongsi kerusi dengan PKR.

BN ada banyak parti kawan (friendly party) yang tidak jadi parti komponen kerana tiada konsensus untuk menerima parti berkenaan seperti PCM, IPF, MUIP, Makkal Sakthi, KIMMA, PFP dan sebagainya. UMNO mungkin boleh membuat gabungan baru dengan parti-parti berkenaan termasuk PAS.

Adalah diharapkan Tok Mad Hasan sebagai pemangku Pengerusi BN akan dapat menyelesaikan isu BN ini sebelum PRK Rantau.





March 3, 2019

17 Menteri Badut Minggu Ini Jatuh Kepada ....


Walaupun mendapat saingan yang hebat daripada dua Menteri lain, Menteri Pembangunan Usahawan telah kami nobatkan sebagai juara untuk Menteri Badut minggu ini.

Ini kerana idea Menteri berkenaan yang melangkaui batas pemikiran manusia biasa dengan mencadangkan kereta terbang digunakan untuk Grab dan memantau industri perladangan.

Waima Elon Must, tokoh usahawan, genius dan billionaire dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX sekalipun hanya mampu berfikir hingga tahap kereta elektrik sahaja.


Tempat kedua, jatuh kepada Menteri Industri Utama, Teresa Kok. Teresa mencadangkan tanaman buluh sebagai alternatif kepada kelapa sawit.


Tempat ketiga, jatuh kepada Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu. Juri sebulat suara memilih beliau kerana berpakaian unik dan juga dibantu oleh Sidang Media keanak-anakan dan tidak profesional yang dilakukan oleh Setiausaha Akhbar beliau seperti di bawah.

Tahniah kepada semua pemenang. Jangan lupa mengikuti carta yang sama minggu depan.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates